"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

19 August 2009

Si Kecil Faqirah

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedari semalam, ana terkejar sana sini. Pada awal pagi, ummi pesan pada ana agar ikut ummi bawa Mahfuzah berjumpa doktor kerana ummi perlu hadiri mesyuarat takut-takut tak dapat nak bawa Mahfuzah. Maka, ana yang masih lagi mamun (baru bangun tidur) terus cari baju Mahfuzah dan masukkan dalam beg in case warded kemudian iron baju dengan kelam kabut.

Semalam hari ke-4 Mahfuzah demam. Bawa Mahfuzah jumpa doktor, alhamdulillah -ve H1N1 dan tidak dimasukkan ke wad.
Balik ke pejabat ummi, ana dan Mahfuzah berehat di surau. Sementara Mahfuzah yang masih selsema tidak dapat melelapkan mata, ana berusaha merehatkan badan sejenak dek kerana semalaman ana tidak tidur setiap 1 jam bangun tengok ummi, Mahfuzah dan Fadilah yang semuanya tidak sihat. Mata masih terpejam tetapi otak ligat berputar, mengantuk tapi tak mampu nak rehat.

"Fuzah, tutup la lampu. Nak tidur jap..."

Qailullah la konon, huhuhu. Tetapi Mahfuzah tak nak tidur, dia tak nak tutup lampu dan tak nak duduk dalam gelap. Hadoi, sabar jer la dengan orang demam. Mujur la dia demam, sabar je. Sambil nak tidur tu mesej dengan Cik Mie Sepet, tak juga terlelap mata ni. Lama-kelamaan, sejuk sangat duduk dalam air-cond. Ambil sejadah dan dibuat sebagai selimut, sweater pula membalut badan. Tetap juga tak boleh lelap, akhir sekali... Ambil niqob dan tutup muka. Ngeeeee! masih juga tidak boleh tidur, mata terkelip-kelip dalam niqob.

Dengar orang ketuk pintu surau, zazzzzz berderau darah. Terus bangun dan duduk elok-elok. Owh, ummi rupanya bawakan lontong. Alhamdulillah, rezeki. Pusing kiri, pusing kanan, duduk dan bersandar tetap juga tak boleh tidur. Argh... jam menunjukkan sudah berangka 12. Ouch! Pergi ke tempat ummi, dengan muka yang kelam kabut ummi mengemas meja bagitahu abi baru called ummi. Cikgu called abi suruh ambil Fadilah di sekolah, demam panas.
Waduh, nak terus ke sekolah Fadilah mengambil masa hampir 2 jam.

Takut sekolah pun dah tutup dan kesemua cikgu sudah pulang. Setelah 10 minit perjalanan, teringat pula nak call Tok Bah minta ambilkan adik. Pantas idea ana disetujui ummi, talifon Tok Bah dan teramat lega bila Tok Bah cakap dah ambil Adik dan sedang berada di hospital. Jam 2 petang tiba di rumah Tok Bah, Adik juga negatif untuk H1N1.



Subhanallah... Alangkah indah andai tika ini ana berada di tempat dalam gambar ni, mesti sedang menyejukkan badan dan menenteramkan fikiran, hihi :)

Sementara menanti abi dari Kuala Lumpur, ana berusaha melelapkan mata. Nampaknya AriSsa tidak mengalah mengacau ana, panjat badan ana. Dah la badannya yang gempal, tembam dan berat bangat tu nak melompat-lompat atas ana. Wehhh... Berani kamu ya! Meh sini nak gigit. Terjadi pergelutan antara ana dan AriSsa pula, lawan menggigit. Tak jadi juga nak tidur, waaa tensionnya. Dah la mesej yang ana hantar pun tak berbalas, terasa lain macam pula. Rasa bersalah, macam-macam rasa. Menci bila rasa macam tu. Argh...

Akhirnya, setelah memujuk AriSsa tidur dan masih degil budak kecil tu ana pun mengurung diri dalam bilik. Keluar bilik tengok AriSsa duk sapu sampah di halaman belakang, walla walla budak kecil umur 2 tahun menyapu sampah dengan penuh keyakinan dan aksi. Comel betul, hihihi. Tergelak-gelak dengan kerenah AriSsa, mata ana tak juga berjaya dilelapkan. (*_*)


4 pm paksa AriSsa masuk buaian dan sambil mendodoi AriSsa, ana pula yang tersengguk-sengguk. Macam ni agaknya masa ana kecil-kecil dulu yer, ummi jaga anak-anak yang tak boleh tidur malam dan siang hari pula tersengguk-sengguk melayan kantuk yang tak diqadho. Huhu. Lastly, tak reti nak buat apa untuk bagi mata pejam. Bersembang dengan Tok Mak, menyakat Tok Bah dan mengacau Ummi. Azan Asar berkumandang, wah... Gagal juga mata dilelapkan.

Sampai rumah, memandangkan abi masih lambat nak sampai ana mengemas rumah apa yang patut. Abi sms, katanya ada surprise! Yeh yeh yeh...

Sehingga waktu pagi tadi, baru mata ana terpejam dan rehat itupun selalu terjaga memandangkan tidur sebelah Adik yang demam panas. Ana pula terasa hangatnya. Pagi ini, suhu badan Adik masih tidak turun-turun, buntu nak buat apa. Akhirnya, ana tuang ais dalam basin dan air. Dengan Adik yang masih tak bangun-bangun, ana buka pakaiannya dan lap dengan air ais yang sejuk itu.

Wahhh, satu lagi dugaan bila Adik menangis kesejukan. Nak pujuk dia pula, haiyok haiyok. Usai mengelap satu badan Adik, tukar pakaiannya dan bedakkan dia (asyik baring tak keluar selimut, bucuk! :P) kemudian suap dia makan. Jam tepat ke angka 12 tengah hari, perut ana berkeroncong.
Sambil menyuap Adik, ana makan nasi lemak. Abi juga ketiduran kerana demam. Satu rumah demam (ummi, abi, Aiman, Mahfuzah dan Fadilah) kecuali ana. Huk huk huk...

Budak yang paling kerap dan mudah sakit tiba-tiba menjaga kesemua yang jarang sakit. Waduh, akhirnya abi kuarantinkan KAMI sekeluarga gara-gara demam. Adik yang paling teruk, suhunya tinggi sangat dan tak turun-turun sehingga la ana lap dengan ais. Kalau masih kecil, senang je. Rendam tuala dalam ais kemudian balut badan dengan tuala tu tapi ni Adikku sudah 10 tahun, dah besar nak balut guane. Setiap 15 minit, nak kena check tuala yang diletakkan pada dahi+kepala Adik.


Takut Adik jadi sawan (tarik) sebab badannya yang panas. Ni pun duduk sebelah dia jer...

Sambil melawan rawan, memujuk hati... Ana lihat jumlah pengikut blog mencecah 101 orang. Subhanallah. Apa la sumbangan tulisan ana selain merepek dan menyengal.

Beberapa hari lalu, Saudara Azizul minta bantuan mengenai e-Majalah yang ingin kami laksanakan. Ana pening kepala, hehe. Apa yang nak ditulis, ana tak tahu. Dahulu, apabila diminta oleh Saudara Kamal Zharif (halaqah.net) untuk menjadi penulis, ana menolak dan sekadar meminta beliau sendiri melihat apa yang ana tulis. Sekiranya sesuai, ambil saja. Tiada copyright. Teman dari sebuah IPT juga menawarkan ana menulis bersama-samanya, ana juga menolak. Huhuhu.
Sekadar mengedit buku-buku yang ingin sahabat-sahabat terbitkan tetapi itupun tak semua yang ana terima.

Atas beberapa insiden yang mencalarkan hati, ana mengelak untuk membantu ikhwah dalam penulisan ataupun program. Sudah berusaha untuk mengelak terjadinya perkara yang tidak diharapkan tetapi susulan beberapa peristiwa cukup mengajar untuk lebih berhati-hati. Dipandang serong dengan beberapa sahabiah dek kerana membantu mengedit tulisan ikhwah, kata-kata dan padangan serong buat ana lebih selesa dengan kehidupan sendiri. Alhamdulillah. NO PAIN NO GAIN :)


Ana masih berusaha untuk melaksanakan e-Majalah yang telah dibincangkan, cuma... ana masih memikirkan bagaimana untuk mengelakkan insiden lepas dari berulang. Hihihi. Serik dah kena serang dengan bom sokmo, roboh tembok China kalau hari-hari kena bom kan inikan pula ana.

Semalam, dalam menyiapkan beberapa kerja yang tergendala, ana baca mail dari seorang yang ana panggil Ibu kerana usianya hampir sebaya dengan ummi. Ana tersenyum dengan bait bicaranya, rasa lelah dah dilepaskan. Sentuhan kasih seorang ibu, Allah saja yang tahu. Tetapi, jauh di sudut hati ana merasa takut dengan tanggapannya pada ana, kerana ana jauh dengan apa yang difikirkan oleh Ibu. Ana sekadar si kecil faqirah yang merangkak dalam hidup. Bukanlah faqihah tetapi sekadar faqirah yang kerdil.

... ya Rahman, di bawah pohon rahmat Mu ku berteduh melukut di sisi Mu mengharapkan maghfirah dari Mu. Bantulah aku dalam menghadapi segala getir ini demi rayuan atas kemanisan iman dengan hati yang landai pada kasih Mu dan jangan tinggalkan daku kesepian di lautan mu. Biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak sepi dari kasih Mu kerana sesungguhnya hakikat cinta hanya Engkau yang Maha Esa ...


Fi NouR iSLaM
El-Faqirah Insyirah.

1 leaves:

Abu Hanisah,  19 August 2009 at 19:52  

salam'alaiki...
wah, sejuk mata aku baca tulisan budak ni. sejuk atie dapat anak camni.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO