Terapi Fizikal & Rohani
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Awal pagi lagi dah melambai tangan pada zauj, "Tata... Belajar elok-elok" kononnya nak buat lawak jenaka awal pagi walhal sebenarnya nak cakap "Tata, bawa kereta elok-elok" tapi tengok muka zauj lain yang keluar dari mulut. Sempat bekalkan nasi goreng dengan air. "Jumpa esok" waaa... malam ni tidur di rumah Mak Teh memandangkan zauj ada kelas sampai lewat malam dan awal pagi esok pun ada kelas lagi. Jadi, suruh zauj stay di Bangi dan ana akan bermusafir ke rumah Mak Teh yang tak sampai 1km pun (rasanyalah!).
Toink! Sesekali membujang selepas kahwin ibarat dapat eskrem perisa mint mixed dengan cappucinno, uhhhh sunyi sangat sampai terbayang nak makan eskrem pastu makan cheese cake pula kemudian makan pula keropok goreng lepas tu nak makan itu, ini... weh! Sunyi lorhhhh! <-- Esok dalam kubur pun sendirian juga, praktikal la ni bezanya di dunia sendirian tu masih juga ada lappie, ada buku yang nak dibaca dan ada warkah cinta dari zauj nak ditenung-tenung... Muahaha.
Tiba-tiba rindu pada teddy bear busuk ana di rumah, dah lebih 8 tahun tidur dengan teddy bear sampaikan masuk wad pun usung teddy bear juga. Erk... Harus simpan teddy yang banyak berjasa tersebut sebagai harta pusaka, memandangkan dah ada teddy bear yang jauh lebih besar dan boleh berkata-kata :p
Ok. Back to main topic, wah english gituuuu! (Ni la jadinya bila duduk sendirian, sewel juga dibuatnya) :p
Insya Allah ana nak berkongsi sedikit dengan pembaca blog (er, ada ke yang baca? Tengok follower ramai sangat, seram juga) tentang pengalaman ana beberapa hari ini. Semoga ianya bermanfaat kepada orang lain. Setiap sesuatu yang Dia ciptakan pasti ada hikmah, apabila mempunyai ramai kenalan dan tali ukhuwah yang diikat kerana iman dan taqwa insya Allah membuahkan kasih sayang dalam persaudaraan. Selepas berkahwin, 'terjun' dalam kehidupan suami yang mempunyai ramai sahabat dari pelbagai latarbelakang keluarga, banyak 'ibrah yang ana kutip.
Semalam, sahabat suami datang ke rumah dan selepas beliau pulang baru suami beritahu ibu mertua sahabatnya berada di Hospital Sungai Buloh akibat minor stroke. Petang semalam selepas solat Asar, kami menziarahi ibu mertua sahabat suami di Hospital Sungai Buloh. Melilau seketika mata ana melihat hospital yang besar dan cantik (:p) ada kafeteria (kopitiam pun ada juga) dan bau jagung menyambut kami. Hehehe. Pertama kali menjejakkan kaki di hospital tersebut, dah macam hospital swasta. Cantik! :) Eh, ana ni nak cerita pasal hospital pula ke... Adeh la.
Ibu mertua sahabat suami diserang minor stroke pada hari Sabtu (petang) tetapi keadaannya terjejas sedikit demi sedikit sehingga lidahnya tidak mampu untuk bertutur pada sebelah malam. Awal pagi Ahad baru ke hospital selepas keadaan semakin teruk. Biasalah, nak sakit ni sekejap je datangnya. Sedang berjogging atau bersukan, dapat serangan jantung bertahun juga nak pulih untuk mendapat kesihatan yang baik. Maka, hargailah kesihatan dan nikmat sihat yang Allah pinjamkan kepada kita.
Kata doktor, ibu mertua sahabat suami akan pulih paling awal pun sekitar 2 minggu. Tetapi, tercatat dalam sejarah bahawa ibu mertua suami sudah boleh berjalan (semasa ana ziarah semalam, dia dah berjalan okey) selepas 4 hari diserang minor stroke. Zaujah kepada sahabat suami beritahu pada ana, ibunya diserang stroke sebanyak 4 kali, pada bahagian kanan badan kemudian bahagian kiri. Apabila sedar dari pengsan, ibunya tidak dapat mengenali hatta anaknya sendiri. Tapi, keadaan tak lama hanya sekitar 1 jam saja.
See... Kuasa Allah kan, kalau Dia takdirkan sesuatu hatta yang mustahil di pandangan manusia, ia tetap akan berlaku :) Doktor pun terkejut macammana boleh cepat sangat proses penyembuhan tersebut, tapi ana dah tahu rahsianya ^_~ dan ana ingin berkongsi dengan pembaca blog, mudah-mudahan ianya bermanfaat insya Allah.
Kalam-kalam Allah, pendek kata al-Quran itu adalah penawar bagi kita. Sama ada sakit rohani mahupun jasmani (fizikal), insya Allah.
Sahabat zauj membaca doa-doa syifa', sapu pada bahagian yang diserang stroke, buat air dengan doa-doa syifa' dan selebihnya adalah solat hajat. Allahuakbar. Muka yang herot (senget) akibat serangan stroke juga sudah hilang sepenuhnya sampaikan semalam ana agak terkejut apabila zaujah kepada sahabat zauj bagitahu muka ibunya senget selepas serangan stroke. Langsung tiada kesan. Masya Allah :)
Long time ago pun, merawat kecederaan otak kiri ana dengan kalamullah dan sehingga kini proses rawatan menggunakan al-Quran diteruskan. En. Zauj juga sangat rajin membaca kalamullah dan ditiupkan pada ubun-ubun dan bahagian yang sakit, bila diserang semput dan semakin sukar mengawal pernafasan, ana akan berusaha keras mencari posisi badan untuk bernafas dengan selesa dan selalunya apabila terlalu lama semput dan bekalan oksigen pada otak tidak mencukupi, ana akan collapse. Tapi, dengan asbab al-Quran dan izin Allah semput ana cepat reda dan tidak berakhir dengan collapse, muka ana juga tidak kebiruan malah boleh bangun dan senyum. *wink*
Selalunya, orang mengambil peluang Ramadhan untuk khatam al-Quran (mungkin kesuntukan waktu untuk membaca al-Quran pada bulan lain) atau lebih banyak waktu lebih baik diperuntukkan untuk melayari internet berbanding membaca al-Quran (wallahua'lam) dan mungkin juga al-Quran hanya sebagai hiasan di rak buku untuk dijadikan tempat berlabuhnya debu-debu. Mungkin juga sibuk mentadbir dunia sehingga terlupa untuk mentadbir hati, menundukkan hati dengan kalam-kalam Nya. Allah...
Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al-Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami; menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Surah al-A'raf : 52)
Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raf : 205)
Never say never! Mulakan dengan HARI INI, jangan tunggu Ramadhan mungkin esok bukan lagi menjadi milik kita. Bacalah sedikit hatta selembar mushaf al-Quran, jangan sampai tak baca langsung. Setiap hari, saban waktu pada mereka yang menjalani kehidupan di luar sana... Berjumpa dengan pelbagai orang, melihat pelbagai kerenah manusia. Mata yang liar menundukkan iman dan akal lalu nafsu ditunjang dek kerana hati yang kotor dengan debu-debu dosa, astaghfirullah hal azhim.
Kalau tak mampu nak membaca al-Quran untuk membersihkan jiwa, biarlah diusahakan al-Quran sebagai penawar untuk kesihatan jasmani. Mudah-mudahan ayat-ayat Allah yang meresapi kapilari darah mengepam pada jantung dan membawa ke keseluruhan jasad akan menggetarkan hati yang beku, bawalah hatimu kepada Allah!
Wallahua'lam.
Love,
Insyirah Soleha
Teratak 1052
1 leaves:
mendpt petunjuk & kekuatan dr awal pembacaan entry nie
Post a Comment