[Cerpen] Dilema Cinta Ilahi
Bismillahirrahmanirrahim.
Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah ku selami
Namun geloranya tetap sama
Oh Tuhan dimanakah cinta Mu
Oh Tuhan dimanakah rindu Mu
Dan ke manakah redha Mu
Ke manakah restu Mu
Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Ku mengharapkan cinta Mu Ilahi
Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Harapku dapat langkah dari Mu
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah ku selami
Namun geloranya tetap sama
Oh Tuhan dimanakah cinta Mu
Oh Tuhan dimanakah rindu Mu
Dan ke manakah redha Mu
Ke manakah restu Mu
Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Ku mengharapkan cinta Mu Ilahi
Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Harapku dapat langkah dari Mu
Di corong radio, kedengaran sayup-sayup irama nasyid yang berdendang namun hati yang sedang amuk sukar benar menghayati bait ayatnya. Di dalam hati hanya ada kesakitan yang luar biasa, di dalam jiwa hanya ada kekacauan yang dahsyat dan di akal warasnya telah diputarkan 180 darjah ke belakang sehingga tidak mampu untuk mentafsirkan apa yang berlaku dengan baik. Di persimpangan rasa dan timbangan iman yang bersisa, Firdaus menghembuskan nafas yang berat.
"Ya Allah...!!!"
Jeritannya bergema entah kali ke berapa. Kepalanya berdenyut, rentak jantungnya tidak lagi bergema ria tetapi berdentum seperti guruh.
"Ya Allah...!!!"
Jiwa lelaki yang bersalut kegagahan fizikal akhirnya tumpas hanya di tangan seorang wanita. Penahan cinta seorang wanita, bisa meruntuhkan tembok iman sang lelaki dan berkuasa juga menjatuhkan maruah diri seorang lelaki. Sabda Rasulullah itu benar bahawa tiada fitnah (ujian) di dunia ini selepas kewafatan beliau selain fitnah (ujian) dari wanita. Di dalam al-Quran juga, Rabbul Jalil menukilkan betapa hebatnya tipu daya seorang wanita.
"Ya Allah...!!!"
Suhu badannya naik mendadak, resah di hati dan relau jiwanya menatijahkan kesihatan yang tergelincir dari landasan. Mundar mandir ke kiri dan kanan, depan dan belakang. Talifon bimbit di campak ke sisi, mujurlah asma' Ilahi bergema berselang seli dengan rungut pada hati, untung juga kalam-kalam Nya bermain di layar kornea saat buntang mata mahu menerkam mangsa yang hanya berjarak beberapa meter.
3 hari sembilu menusuk hatinya, rasa yang tidak berkurang dan tiada yang membantu untuk mengikis segala yang menyiksa. Saat azan Asar berkumandang, hati bersuara sepi melihat sang murabbi di dalam masjid. Murabbi yang garang di matanya namun murabbi tersebut sangat prihatin terhadap anak-anak muridnya, wajah yang tenang namun tegas.
Usai solat Asar berjemaah, sang murabbi bertadabbur al-Quran di ruang masjid. Firdaus mendekat, duduk di sisi murabbi.
"Ustaz, ana geram betul."
"Ha... ermh, kenapa ni?" Murabbi masih menghayati kalam Ilahi di tangan.
"Ana sakit hati sangat."
"Ha... ermh." Seakan tidak memperdulikan keberadaan Firdaus di hadapan yang mengharapkan perhatian.
"Ana stress... Geram! Sakit hati!"
Sekilas murabbi melemparkan pandangan ke wajahnya dan meneruskan pembacaan al-Quran yang diganggu.
'Argh... Ustaz...!!! Ana nak bercakap dengan ustaz ni.' Monolog kecil seakan mahu menjerit namun tidak terzahir dengan lisan.
Selesai muroja'ah al-Quran, sang murabbi melihat pelajar di hadapannya.
"Firdaus, enta kenapa ni?"
"Begini ustaz..."
"Kita masuk bilik mudah nak cakap."
Dua sosok bangun dan menuju ke bilik imam, suasana yang jauh dari orang lain dan perbualan yang lebih mendasar ke dalam hati memerlukan keadaan yang sepi dan privacy.
"Macam ni ustaz, ana ada kenal dengan seorang perempuan ni. Dia bukanlah solehah mana pun, dah banyak kali terlanjur. Tapi, ana harap dia boleh berubah. Sebelum ana datang sini pun dia ajak berjumpa, dia bukan budak yang baik. Masa dalam bas, dia pegang tangan ana dan letakkan tangan ana di badannya. Kita yang tak biasa dengan benda pelik-pelik ni rasa pelik juga. Bila ana datang sini, dia bagitahu nak kawan je dengan ana sebab nak habiskan belajar. Ana pun OK la. Beberapa hari, ana talifon dia tapi orang lelaki yang angkat. Rupanya dia couple dengan budak tu. Sakit hati betul. Kita bukan la nak sangat dengan dia tapi dia tipu macam tu, memang geram la. Ana ugut nak beritahu mak dia yang dia pernah terlanjur, dia menangis."
'Hmmm...' Keluhan berat sang murabbi mendengar masalah pelajarnya.
"Tapi, seronok kan? Dosa ni memang sedap buat."
Firdaus tunduk ke lantai. Astaghfirullah hal azhim.
"Kita bukanlah nak sangat perempuan macam ni, tapi geram la juga bila dia buat macam ni."
Firdaus meluahkan bahasa jiwanya yang tersekat beberapa hari.
"Allah tegur enta tu. Allah masih sayang dengan enta, enta belajar agama, hafaz al-Quran... Jauh macammana enta dengan Allah, Allah tarik enta semula. Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang berlaku. Enta pun tahu dia bukan perempuan yang baik, Allah nak bagi yang lebih baik. Insya Allah."
Betapa Allah sentiasa melimpahkan rahmat Nya kepada makhluk ciptaan Nya namun manusia yang dicipta sebagai khalifah Allah seringkali melakukan kerosakan di bumi Allah bahkan manusia selalu mempersoalkan kembali qada' yang Allah tetapkan.
"Kenapa aku kena puasa bulan Ramadhan, bukankah ia satu paksaan. Aku tak nak buat perkara yang aku tak suka!"
Allah, bongkahnya dirimu wahai hamba Allah. Yang menuturkan bukan beragama buddha, hindu, kristian, yahudi mahupun athies tetapi seorang MUSLIM.
"Dalam IC dah tercatat bangsa Melayu dan agama Islam. Go to hell, aku tak suka buat benda yang aku tak nak buat!"
Baiklah. Kalau tidak mahu mengiktiraf agama yang dianuti dari keturunan dan mahu membina mazhab agama baru, dipersilakan... sekiranya kamu mampu memberi oksigen kepada manusia yang menganuti agama baru tersebut, sekiranya kamu boleh memberi rezeki dengan kudratmu kepada dirimu sendiri, sekiranya kamu boleh mencipta dunia lain untuk mendiaminya... Silakan! Betapa bongkaknya manusia.
Meminjam segala-gala yang Allah berikan, meminta nikmat dunia yang diimpi, mengharapkan dunia seindah mimpi tetapi terlupa kepada Pemberi segalanya. Bukankah nyawa dijasadnya hanya dipinjamkan Allah dan boleh ditarik pada bila-bila masa? Bukankah rezekinya telah Allah tetapkan tanpa berkira ketaatan kepada Allah?
"Firdaus, enta muhasabah semula. Jangan nak rasa tersungkur dengan ujian, baru permulaan hidup enta. Usia enta masih muda, belum masuk fasa nak berkahwin lagi. Cinta suka-suka, kalau sekarang enta tersungkur... Macammana enta nak hadapi ujian yang lebih besar? Allah sayang enta, Dia tarik enta. Tak nak enta kekal dalam kemaksiatan."
Matanya tidak mampu menatap wajah sang murabbi. Begitu Allah menyayangi hamba-hamba Nya meskipun melakukan dosa, betapa Allah menurunkan rahmat Nya tanpa mengira ketaatan kita kepada Nya. Andai Allah membuat perhitungan sekiranya manusia begini, baru Aku berikan ini. Andai Allah berkira dengan manusia, apakah degup jantung akan terus beritma?
Dalam kesakitan hati dan kepedihan jiwa ini, Allah mahu memberikan yang lebih baik. Bukan Allah terus mengurniakan pasangan solehah namun Allah membebaskan diri ku dari terus-terusan dalam maksiat. Andai 30 juzuk yang pernah menjadi hafalan tidak mampu untuk membentengi diriku, bagaimana untukku menjadi nakhoda kepada sebuah rumahtangga muslim yang mengharapkan redha Ilahi.
"Enta ada gambar budak tu?"
"Ada..."
"Jangan simpan, bakar saja."
"Ana nak pulangkan semula."
"Tak perlu, selagi enta simpan gambar tersebut selagi itu hati enta akan sakit. Ingatan enta tak akan pudar selagi enta ada gambar ni. Bakar!"
Tegas. Biar ku bakar sekeping gambar ini, membakarnya umpama melupuskan ingatan yang singgah di minda.
Ya Allah, andai Ramadhan ini terakhir buatku berilah peluang untukku bertaubat kepada Mu. Sekiranya salafussoleh merasakan 1 rakaat solat yang Engkau terima melebihi dunia dan seisinya maka hanyalah dengan rahmat Mu dengan kedatangan Ramadhan ini, aku meminta cinta Mu. Kirimkanlah rindu ini hanya untuk Mu dan palingkanlah hatiku dari fitnah wanita. Kekalkanlah rasa kehambaanku!
Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah ku selami
Namun geloranya tetap sama
Oh Tuhan dimanakah cinta Mu
Oh Tuhan dimanakah rindu Mu
Dan ke manakah redha Mu
Ke manakah restu Mu
Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Ku mengharapkan cinta Mu Ilahi
Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Harapku dapat langkah dari Mu
Insyirah Soleha
11 Ramadhan 1431 H
Teratak 1052
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah ku selami
Namun geloranya tetap sama
Oh Tuhan dimanakah cinta Mu
Oh Tuhan dimanakah rindu Mu
Dan ke manakah redha Mu
Ke manakah restu Mu
Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Ku mengharapkan cinta Mu Ilahi
Dilema cinta ini merunsingkan hatiku
Harapku dapat langkah dari Mu
Tatkala Dia mendatangkan ujian, pandanglah dengan pandangan iman.
Di saat Dia mengirimkan musibah, hadapilah dengan hati yang tabah.
Di kala Dia mengutuskan sesuatu, belajarlah untuk berjiwa hamba.
Insyirah Soleha
11 Ramadhan 1431 H
Teratak 1052
0 leaves:
Post a Comment