"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

09 August 2010

Bersama Adik-Adik Medic & Dentistry Mesir

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pada 7 Ogos yang lalu iaitu hari Sabtu ana dan zauj diizinkan oleh Allah untuk bersama adik-adik pelajar medic and dentistry Mesir yang pulang bercuti di Malaysia dan juga bakal pelajar yang akan berlepas ke Mesir pada bulan 9 nanti, insya Allah. Program S.P.I.E.S Siswa anjuran SUK Selangor dikendalikan oleh Impact Learning Resource bertempat di TNB ILSAS Bangi.

Zauj yang dahulu pernah bekerja dengan Impact Learning Resource sebelum menyambung sarjana di UKM dipanggil untuk membantu mengendalikan adik-adik ini dan ana sebagai PA (personal assistant) turut 'terpanggil' untuk bersama mengikuti program ini :)

"Akak tahun berapa?"

Mungkin dilihat datang bersama dengan orang yang mengendalikan mereka, hampir kesemuanya menyangka ana pelajar al-Azhar yang akan menjadi fasilitator.

"Bukan, akak zaujah ustaz."

Semasa proses pendaftaran, ana duduk di dalam dewan pada kerusi barisan akhir memerhati gelagat dan kerenah adik-adik yang selesai berdaftar. Senyum sendirian, walaupun bakal bergelar doktor tetapi masalah SIKAP kebanyakan mereka masih kebudak-budakan. Tidak ada ciri kematangan yang menonjol bahawa mereka bakal menjadi doktor, ana senyum lagi mengenangkan usia mereka yang masih 'kecil'. Kebanyakan peserta adalah lepasan SPM, berusia 18 tahun dan mereka menjalani pre-medic sebelum diterbangkan ke Mesir melalui MedicMesir.

Selesa memerhatikan mereka, disapa oleh beberapa orang adik dan sempat untuk berta'aruf dengan mereka. Awal sesi, ana kurang bercampur kerana mengerang sakit pada bahagian peha yang direntap sehari sebelumnya (terapi pada hari Jumaat) dan tulang belakang yang sedikit sengal. Alhamdulillah, dapat juga bersama zauj untuk menjadi teman bergaduh setiap masa :) Ditegur oleh ibu-ibu peserta, terasa semacam juga kerana ana tak tahu apa-apa tentang program dan hanya ikut zauj tapi jawab juga soalan mereka sekadar untuk menenteramkan hati seorang ibu.

Pada satu sesi, ana yang duduk di kerusi paling belakang dan 'berlagak' macam fasilitator didatangi seorang adik yang manis.

"Akak ada blog ke?"

"Ada."

".:: HaRuMaN MaWaR ::.?"

"A'ah."

"Ya Allah, saya selalu sangat baca blog akak. Dari tadi rasa macam nak tegur, naluri ni."

Terpinga-pinga ana, blushing dah muka ^_~

"Ye ke? Allah, malunya."

"Cakap dengan mak, nak sangat-sangat jumpa dengan akak. Mak cakap, contact la dengan email yang akak letak dalam blog."

"Oh yeke, adik baru nak pergi Mesir ke?"

"Tak, saya memang dah pergi Mesir. Sekarang cuti."

"Ambil medic?"

"A'a..."

"Di mana?"

"Tanta."

"Oh, Tanta."

Lalalalaa, speechless dan tergezut (aih, siapa la mempengaruhi ana dengan perkataan ni :p) sangat bila orang tanya macam ni sebab langsung tak expect orang kenal. Dulu selalu terfikir, ana ni suka merapu dan merepek dengan tulisan yang santai tapi follower ramai. Daripada ana menulis sesuatu yang tak berguna lebih baik memberi sesuatu yang berfaedah walaupun niat setiap tulisan sebagai wacana bagi diri sendiri dan memori buat mereka yang rapat dengan ana. Sekadar menyimpan kenangan di hari esok kerana catatan hari ini.

Pengiraan tetamu yang datang juga agak ramai meskipun blog tidak di update. Maka, lebih baik merepek dengan sesuatu yang mungkin boleh dimanfaatkan. Insya Allah, akan belajar untuk menghormati pembaca blog meskipun ana lebih suka menulis apa yang ana nak tulis.

Adik ini belajar di Tanta, bernama Maisarah dan merupakan salah seorang pembaca blog. Tanpa perancangan, Allah mengatur pertemuan kami di dalam program S.P.I.E.S Siswa dan Dia juga mengilhamkan kepada Maisarah untuk menegur ana kerana merasakan ana adalah Insyirah Soleha. Alhamdulillah, setiap aturan Nya berhikmah. Dengan bera dan kesan terapi, Allah beri kekuatan untuk mengikuti suami kerana Dia nak temukan ana dengan seseorang yang berhajat untuk bertemu dengan ana. Masya Allah!

Di dalam satu slot LDK, ana yang 'berlagak' seperti fasilitator bergerak dari kumpulan ke kumpulan yang lain. Uniknya, senior (pelajar medic/dentistry yang sudah ke Mesir) akan menjadi ketua bagi setiap kumpulan. Ada satu kumpulan yang menarik perhatian ana, setiap kali sebelum berbincang mereka dahulukan dengan bacaan doa.

Bergerak dan terus bergerak, tiba di satu kumpulan ana duduk mendengar perbincangan mereka. Melihat apa yang mereka tulis dan bertanya (kan dah cakap ana berlagak :p) apa yang mereka tuliskan untuk dibentangkan. Kenapa ditulis sebegitu dan macam-macam soalan, akhirnya tersenyum. Mereka faham apa yang mereka tulis, alhamdulillah.

Semasa waktu makan tengah hari, ana mencari meja yang masih berkerusi kosong untuk menempel dengan mereka. Kan dah cakap ana berlagak :p Alhamdulillah, ikhwah dan akhawat diasingkan bahagiannya dan ana boleh makan dengan selesa bersama adik-adik ini.

"Akak nak duduk sini boleh?"

"Boleh."

"Alhamdulillah, semua ni senior atau baru nak pergi Mesir?"

"Baru nak pergi Mesir."

"Medic ke?"

"Ye, ada yang dentistry."

"Ooo... ha, akak nak tanya kenapa nak pergi Mesir ni?"

Muka masing-masing berkerut dan melihat pada kawan-kawan yang lain. Ana soroti wajah seorang demi seorang dan reaksi yang agak mengecewakan, huhuhu.

"Kenapa nak pergi Mesir?"

Niqab diturunkan dan terasa semua mata memandang tepat pada ana walaupun dari meja-meja yang jauh. Aduh, malunya. Ana menurunkan niqab bagi memudahkan ana untuk makan dan buat adik-adik tersebut selesa untuk bercakap dengan ana memandangkan kawasan tersebut jauh dari ikhwah dan kedudukan ana yang diyakini tiada ikhwah melintas kerana ana membelakangkan ikhwah. Tapi, semua mata tertancap pada muka ana. Gurlp, seram!

"A... A... Sebab, ini je peluang yang dapat."

Tersenyum.

"Nak pergi Ireland susah kak."

Tersenyum.

"Saya nak jawab! Saya yakin setiap perkara ada hikmahnya."

Tersenyum juga. Kalau Kak Bet yang tanya, mesti budak-budak ni kena psiko tahap super gaban raksasa lagi-lagi bila Kak Bet cakap. "Akak tak nak jawapan ni, akak nak jawapan lain. Fikir lagi!"

Aduhai, adik-adik ni masih belum 'jelas' kenapa mereka memilih untuk ke Mesir meskipun tinggal sekitar 1 bulan setengah sebelum berangkat ke Mesir. Mereka hanya mengikut arus dan juga kawan-kawan yang kebetulan merancang nak ke Mesir. Mereka hanya memaksa diri untuk ke Mesir bagi menyempurnakan cita-cita untuk menjadi doktor. Mereka hanya meletakkan Mesir sebagai satu peluang kerana ada agen untuk menghantar pelajar medic/dentistry ke Mesir. Mereka melihat kos di Mesir lebih murah dari tempat lain.

Sedih.

Ana sempat memberi beberapa pesan bukanlah bermaksud ana menasihati mereka tetapi sekadar sebuah peringatan dari seorang kakak kepada adik-adik yang bakal ke Mesir sebagai seorang pelajar perubatan mahupun pergigian. Merasa kasihan juga kerana profesion mereka di masa depan adalah seorang doktor, tetapi halatuju mereka masih samar-samar.

"Di Mesir nanti, jaga diri baik-baik jangan mencari hiburan pula!"

Ingatan yang lembut tetapi sangat tegas.

"Eh kak, Mesir ada ke tempat berhibur?"

Tercengang.

"Pergi dulu, nanti tahulah. Apa yang akak cakap tadi, ingat betul-betul."

"Akak ni bekas pelajar Al-Azhar ke?"

Tergelak. Mereka tak tahu umur ana hanya senior 2 tahun je dari mereka sebab berlagak macam dah tua sangat, lagipun dengan status 'zaujah ustaz' sangat mudah untuk orang judge ana dah tua. Huhu!

"Kenapa tanya macam tu?"

"Ye la, dari tadi akak cerita macam Mesir tu dekat je dengan hati akak."

Tergelak lagi. Weh, bila ana nak mula makan ni.

"Percaya tak, kalau akak cakap akak tak pernah sampai Mesir pun?"

Tergelak lagi dan mereka tercengang. Lalalala...

"Errr... Percaya, errr... Kot la... errr entah."

"Ha, baik korang percaya."

Ana pun dengan lafaz basmalah, "Ok la, akak nak makan dulu."

Mereka dah selesai makan, angkat punggung dan pergi ke bilik masing-masing bersiap untuk solat Zohor dan masuk semula ke dalam dewan.

Usai solat Asar berjemaah, zauj memberi sedikit tazkirah dan kami berdua beransur untuk ke Rawang kerana zauj ada jemputan ceramah. Keluar rumah jam 6.30 pagi dan pulang ke rumah jam 11.45 malam! Penat, seharian berkejar dengan waktu sampai kami kelelahan. Dalam perjalanan membelah kabus malam, suami bertanya.

"Macammana orang yang berjuang? Ya Allah."

Sama-sama bermuhasabah. Rentak hidup seorang pejuang, sentiasa mengejar waktu dan terus berlari dari hambatan tugas kerana waktu yang ada jauh lebih sedikit berbanding dengan tanggungjawab yang terpikul. Allah...

Pada 8 Ogos (hari Ahad), hanya suami yang meneruskan kebersamaan dengan adik-adik dalam program S.P.I.E.S Siswa di TNB ILSAS. Ya Allah, meski kudrat fizikal tidak mampu untuk dikerahkan pada jalan Islam seperti orang lain tetapi janganlah sehingga kekurangan ini mengikat kaki seorang yang mahu berjuang.

Tiada gambar dapat dikongsikan buat masa sekarang, semuanya ada pada suami :)

* Ralat tak dapat bersama adik-adik pada hari Ahad.

Insyirah Soleha
Teratak 1052

7 leaves:

Kerikkerik 9 August 2010 at 10:13  

Salam 'alaik ya ukhti. Lama tak bertegur sapa. :)

Dulu ana ada cita2 nk amek medic dan pergi mesir. Btol ckp Puan syira, adik2 tu mcm samar2 dgn tujuan mereka ke sana. Sama mcm ana dlu.

Mungkin sbb tu kot xda rezeki utk jd doc. (Insyaallah. Allah sediakan something yg lebih baik)

Waaa. tetiba rasa mcm rindu nk jumpa Cik puan. Hihihihi. ;p

Ehem2. Dah ada 'insyirah junior' blom? lalalala~ :P

Insyirah 9 August 2010 at 10:26  

wa'alaikumussalam warahmatullah cik Syudde :)

Salu je ana singgah blog ukhti tapi malas la nak tegur, asyik tergelak je baca entry ukhti takut tersembur air liur tu yang diam-diam je :P

Cik, mereka bukan macam samar-samar tapi memang samar-samar. Kesian juga. Tak apa, moga nanti mereka akan terbuka minda bila dah sampai ke Mesir * amen *

insya Allah, ada rezeki sebelum fly meh la jumpa :)

Insyirah junior? eh, cik syudde... teddy bear ana namanya Insyirah Jr la! Lalalaaa...

Anonymous,  9 August 2010 at 12:22  

Aih..kalau tak panggil akak kak Bet buleh tak?Hi3..budak ni, memang nak kenelah..

Salam dik..

Memang pelajar skrang samar2 kenapa mereka belajar. Bukan setakat pelajar yg amik medic ni je, pelajar2 yg bawah lagi pun masih tak tahu..

Tapi, kadang2, mereka tahu dah, cume mereka tak faham..akak selalu je psiko bdak2 yg cakap, "saya belajar kerana Allah"

"Belajar kerana Allah ea..camne tu ea" Kui3..elok2 dah bg jawapan betul dah, kene balik soal lagi dalam..last2 budak2 ni yg terdiam..berbisik kat kawan sebelah, "weh, nak jawab ape ni weh"

Sebelum kita masuk ke dalam medan dakwah, kita kene hadam dahulu perangai org..dan kehidupan..baru kita boleh luahkan apa yg sesuai dgn nya..baru mad'u boleh faham kenapa dan mengapa..hi3..

Hi3..nak kene betul panggil akak kak bet ea..sabo jolah..huhuh

Anonymous,  9 August 2010 at 21:53  

semoga mereka dpt sesuaikan diri & suasana di sana.....& bw balik ilmu sepenuhnya di negara sndiri nanti

"Yang Menumpukan Jiwa Raganya Kepada Sesuatu" 13 August 2010 at 11:57  

SALAM... terkejut saya.. 1st tim buka blog ni... men click je.... tiba2 trnmpk entri ni..(SPIES)... terasa keciknyanya internet nih.. -peserta SPIES(banin)

Anonymous,  18 August 2010 at 09:24  

dik,
Impact Learning Resource yang kat kajang tu ke?

k.aysa

Insyirah 18 August 2010 at 10:48  

k.Aysa ~ yep, Impact Learning yang Kajang tuh :) Nape?

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO