"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

02 August 2010

Nak Makan Painkiller, Boleh?

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, selepas hilang kerasukan emosi yang pelik-pelik terasa lebih 'segar' dan bertenaga. Di saat kesakitan pada tulang belakang menjalar pada saraf kaki kiri, tetap juga meneruskan kerja seperti biasa cuma bezanya masa dihabiskan dengan tidur akibat badan yang terlalu sakit dan tidur adalah jalan pintas untuk melupakan setiap kesakitan. *sigh*

Terseret-seret kaki yang sakit dan sendi yang seakan menekan saraf, solat duduk dan menjalani kehidupan seperti biasa. Pada setiap rakaat, semakin membongkok. Pada setiap saat, semakin badan terkehadapan. Selesai salam, terus membelek al-Quran. Teringat pada Abang, selalunya bila sakit Abang akan baca ayat-ayat Allah tentang kesabaran apabila ditimpa musibah.

Usah menangis kerana diuji oleh Allah, tetapi menangislah kerana terpilih untuk diuji oleh Allah. Redhalah dengan pemberian Allah sebelum mengharapkan keredhaan Allah.


Status pada facebook minggu lalu. Melalui fasa-fasa kesakitan seperti selalu. Ana memang gemar memujuk diri sendiri, tetapi ramai pula yang menyangka ana memujuk mereka. Seorang kakak pernah menghantar mesej pada facebook... "Syirah, buatlah sesuatu yang akan berterusan meskipun Syirah dah tak ada." Gurlp! Terdiam, akhirnya hanya membiarkan jari menari tanpa ada bahasa yang tertulis.

Selesai membaca kalam Ilahi sebagai pengubat hati dan makanan rohani, tersenyum melihat adinda Mahfuzah menyorong kerusi roda ana. Barangkali posisi badan ana yang semakin membongkok membuatkan adinda yang dikasihi kasihan. Ana masih mahu berjalan seperti biasa, tanpa bantuan tongkat dan kerusi roda. Ana mahu meniti jalan-jalan dengan usaha sendiri, selagi masih mampu untuk melangkah walau setapak demi setapak, ana masih mahu menikmati masa tersebut.

Akhirnya akur sendiri, Allah tidak bentangkan ujian untuk dikeluh kesah dan menjadi peluang untuk resah sebaliknya supaya kita bersyukur (menambahkan kesyukuran, bersyukur di atas syukur, bertaubat di atas taubat). Toink! Vroooom, naik kerusi roda dengan senang hati dan sesekali menghayati kabus di hujung jendela tanpa mampu menikmatinya dengan fizikal. Cukuplah mampu memandang, bukan semua manusia mampu untuk memandang panorama indah alam tersebut. Alhamdulillah, Dia hiburkan hati ana dengan kabus yang menutupi pemandangan hijau bukit dan belantara. Sesekali melanggar perabot dan meja, aduh bila la ana nak pro 'memandu' kereta kebal ana ni?

Disebabkan risau dengan keadaan ana, zauj pun balik ke rumah (ibubapa ana) dan bermalam selama 2 hari. Iya, dengan tugasan yang masih belum selesai zauj terus juga balik untuk tengok keadaan ana. Zauj menyiapkan tugasan dan ana hanya tidur di depannya. Ok la, sekurang-kurangnya ada depan mata kalau jadi apa pun depan mata. Ngeh ngeh ngeh. Psikologi je semua tu! :p Bak kata abi, balik je buah hati (zauj) terus la hilang sakit belakang.

Disebabkan ada program, maka zauj turut membawa ana ke Sungai Buloh selepas keadaan fizikal semakin pulih. Alhamdulillah, kerusi roda sudah dipisahkan dari jasad, sudah berjalan dan ada ketikanya duduk membekukan diri. Pada hari Ahad, zauj bawa ziarah ke rumah sahabat. Fizikalnya ana boleh berjalan, kerana kaki masih boleh melangkah gagah maka ana usahakan untuk menghiburkan sesiapa sahaja.

Ke rumah Ustaz Hamidi, zaujahnya (Kak Zaimah) sangat peramah walaupun baru pertama kali bertemu tapi terasa macam dah berkali-kali saja. Anak-anak yang comel, Muaz, Hajar dan Asma'. Entahlah, sudah beberapa kali berjumpa dengan anak-anak sahabat yang sangat susah nak mesra dengan orang boleh mesra dengan ana dan zauj. Asma' akan meragam bila ada tetamu meskipun tetamu adalah dari kalangan keluarga, balik ke kampung juga akan berdepan dengan kerenah Asma' yang sukar berjauhan dari umminya. Tetapi, boleh pula main dengan zauj dan kenyit mata dengan pelbagai aksi dengan ana ^_~

"Ya Allah, peliknya Asma' ni. Akak langsung tak bayang dia boleh duduk macam ni."

Ana tersenyum.

"Tu yang tadi Ustaz Hamidi tanya pada suami Syirah, ada hembus apa-apa ke."

Tersenyum lagi.


Muazz, Hajar (bertudung) dan Asma'. (Sumber)

Teringat pada si kecil Izzah yang begitu susah untuk didukung selain ummi dan abinya tiba-tiba boleh pula ana mendukung sambil bawa berjalan. Aura kasih sayang yang terbias dan juga rembesan perasaan cinta pada makhluk fitrah membuatkan anak-anak ini boleh menerima kami. Ngeeee... (perasan sendiri)

Balik dari rumah sahabat zauj, atas layanan yang istimewa... Allah, terharu sungguh. Ana diam dalam perjalanan balik, sakit belakang yang sudah berkurang tiba-tiba menyucuk. Semakin lama semakin sakit dan semakin menyeksa untuk duduk :D

Zauj masih meneruskan tugasan, badan yang seakan mendengar seruan tilam dan bantal tetap duduk di hadapan zauj. Membantu untuk menyiapkan tugasan, membantu untuk menghiburkan hatinya. Akhirnya, sakit sudah tidak tertahan lagi. Puas buat muka Doeramon, Mashi Maro, Winnie The Pooh dan tak tahu nak jadi apa lagi terus berubah jadi raksasa. Bangun macam Robocop dan pandang muka zauj.

"Nak makan painkiller, boleh?"

Muahahaha... Sudah 2 bulan ana membebaskan diri dari pengambilan painkiller. Ana mahu menahan rasa sakit daripada terpaksa menahan kesan akibat pengambilan painkiller. Teringat pada kisah seorang kakak yang mengalami masalah jantung, beliau berhenti mengambil sejenis ubat yang boleh mengakibatkan janinnya cacat semata-mata untuk memberi zuriat kepada suami, sepanjang tempoh kehamilan kesihatan sering terganggu, muka selalu menjadi biru (kalau hijau macam Incredible Hulk, nasib la muka ana kemerah-merahan macam faraulah je :p) dan selepas melahirkan puterinya dengan pembedahan, suaminya 'taubat' tak izin untuk mengandung lagi. Sobs sobs... Perit sangat agaknya keadaan tersebut. Meninggalkan ubatan yang 'wajib' demi anak tersayang.

Duduk sendirian, beg ubat dipegang tetapi bila difikirkan ke hadapan ana terus meletakkan kembali beg yang terisi ubat-ubatan.

"Jaga diri baik-baik ye!"

Senyum menghantar suami di muka pintu. Tata painkiller, duduk dan cuba untuk bergerak... Teringat setiap kali suami suruh makan ubat, ada saja alasan yang pelik lagi entah apa-apa.

"Buat apa nak makan ubat, bukan sakit pun."

"Kene kuat semangat, nanti baru la anak-anak kuat semangat macam ummi dia..." Hahaha. Tak boleh blah langsung, kuat semangat apanya kalau air mata malu-malu kucing membasahi pipi comel ana. Toink!

Ya, mesti buat terapi..! ^_^

Kesakitan yang ada ketika boleh ditahan, apabila banyak bergerak akan membuatkan kaki membengkak dan radang pada sendi. Sungguh menyedapkan terutama bila posisi duduk nak bangun untuk berdiri, badan membongkok tanpa boleh ditegakkan kecuali setelah beberapa minit statik dan cuba bergerak perlahan.

Hari ini, berazam mahu mengekalkan semangat untuk menjauhi painkiller. Insya Allah wa biiznillah :)

Insyirah Soleha
Teratak 1052

4 leaves:

Unknown 2 August 2010 at 20:11  

Insya Allah, kak percaya Syirah boleh..rabbuna yusahhil..(bila agknya kt nk jmpa ye?huuhu..rindunya akak pd syirah, wpn hakikat nya kt x pernah jumpa pn..wuwuwu..)moga drpermudahkan sgala urusan syirah n syafakillah dik..

Unknown 2 August 2010 at 20:11  

Insya Allah, kak percaya Syirah boleh..rabbuna yusahhil..(bila agknya kt nk jmpa ye?huuhu..rindunya akak pd syirah, wpn hakikat nya kt x pernah jumpa pn..wuwuwu..)moga drpermudahkan sgala urusan syirah n syafakillah dik..

Anonymous,  21 August 2010 at 12:50  

I would like to exchange links with your site niqobgirl.blogspot.com
Is this possible?

نور العين عبد الرشيد 27 November 2010 at 08:38  

salam 'alaik..
nak tanya, ukhti insyirah ni sakit apa ye? scoliosis ke?
saya ada adik scoliosis juga.alhamdulillah skrg makin membaik.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO