"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

10 August 2010

SIR : Sekolah Islam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan ini, pendaftaran bagi Sekolah Islam Ramadhan (SIR) telah dibuka kepada semua muslim, tak kira umur, jantina, warna kulit dan taraf status !

Pengajian :

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

Syarat-syarat kelayakan :

1. Persediaan mental – menahan diri dan nafsu dari kejahatan

2. Persediaan ruhi – meletakkan sepenuh jiwa untuk sukses

3. Persediaan fizikal - jasad yang mantap untuk melaksanakan tugas

4. Sesi muhasabah - terhadap puasa pada Ramadhan lepas

5. Masterplan - merancang yang lebih baik pada tahun ini

6. Menjalani persediaan di Kolej Rejab dan Syaaban

Kurikulum dan ko-kurikulum :

Puasa 30 hari + Qiyammullail + Tilawah Al-Quran + Sedekah + Terawih & Nawafil + Iktikaf + Umrah + Zikir + Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Saham-saham yang disertakan (secara kasar) :

Purata sehari Nawafil Fardhiah* Jihad + Dakwah**
Selain Ramadhan 1 70 700
Ramadhan 70 4 900 49 000
Lailatul Qadr 50 400 35 280 000 352 800 000


*Dalil dari Hadith Rasul SAW. (maaf tak ingat matan)

**Dalil dari Al-Quran 2:261

Sijil-sijil tamat sekolah :

- Sijil penyertaan : hanya menahan makan dan minum (Soum ‘awam)

- Sijil khas : menahan makan, minum dan perkara mungkar serta memakruhkan puasa (Soum elkhusus)

- Sijil tinggi khas : menahan segala perkara yang mencacatkan puasa dan juga menambah amal-amal soleh (Soum khusus elkhusus)

Kelebihan-kelebihan berbanding sekolah lain :*

Dibuka pintu syurga. Ditutup pintu neraka. Diikat syaitan-syaitan. Dianugerahkan lailatul Qadr. Dilimpahkan rahmat. Diampunkan dosa. Dimakbulkan doa. Dikurnia haruman kasturi dari mulut.

*Akan dianugerahkan semuanya tanpa terkecuali jika segala kurikulum dan ko-kurikulum dikerjakan dengan penuh dengan keimanan dan kesungguhan (eemanan wahtisaaban)

Testimonial dari doktor pakar sakit jiwa :

“Tempoh minimum untuk mengubah tabiat manusia adalah 30 hari = tempoh Sekolah Islam Ramadhan.”

Graduan yang telah berjaya :

Ahli-ahli Badar (313) : Para mujahid yang perlu berperang walau pada asalnya tiada niat untuk menentang musuh sebegitu. Namun, akur dengan perintah Allah dan Rasul.

Tentera-tentera Khandak : bersama-sama menggali parit sepanjang 2.3km, dengan kedalaman hingga 4.5m, dan lebar lebih kurang 4.1m [Al-Quran for Life Excellence, Dr Danial Zainal Abidin]

Toriq ibn Ziyad & tentera-tentera Andalus : panglima perang, Toriq bersama tentera-tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan Eropah dalam usaha untuk menawan Andalus. Diwajibkan para tenteranya untuk Qiyam. Dibakar segala kapal untuk membunuh rasa rindu dan hendak pulang ke kampung halaman serta menambah fokus bagi para tentera. Akhirnya kemenangan di tangan mereka.

Abd Rahman Al-Ghofiqi – seorang syahid, seorang panglima tentera dalam siri peperangan Andalus, perang ini berlaku dalam kawasan sejauh 30km dari bandar Paris.

Ali Abi Talib – dihantar ke Yaman bersama surat baginda SAW untuk penduduk di sana dan dalam satu hari sahaja telah berjaya untuk mengimamkan solat mereka.

Perhatian !!!

Sekolah Islam Ramadhan (SIR) = Seer = dalam Arab, membawa maksud rahsia. Ganjaran puasa itu hanya terletak disisi Allah semata-mata. Maka, ambillah hatiNya untuk sejahtera diri anda. Kelebihan-kelebihan yang disenaraikan dan saham-saham yang dihuraikan secara kasar hanya sebagai penolak bukan jaminan untuk akaun peribadi.


Dan sekolah ini tidak mendidik jiwa pelajarnya untuk berbelanja berlebih-lebihan seawal mungkin seperti tidak mengalu-alukan langsung tetamu mulia ini.

Fully credit to Sis Kyna (^_~)


Jika kalian beramal kerana Ramadhan, Ramadhan akan meninggalkan kalian. Beramallah kerana Allah, Allah tidak akan pernah meninggalkan kalian.


Berkumandangnya azan Maghrib, bermula pesta ibadah. Selamat berterawih sehingga ke penghujung Ramadhan :)

Salam Penghujung Syaaban,
Insyirah Soleha

10 leaves:

k.isma,  10 August 2010 at 14:27  

salam ramadhan untuk dik syira dan zauj... semoga Ramadhan kali ini adalah ramdhamn y baik buat antum...

salam ukwah =)

Anonymous,  10 August 2010 at 15:36  

anis suka post ni... minta ye untuk dikongsi bersama sahabat2 anis... syukran kak comey!

Insyirah 11 August 2010 at 12:43  

Salam ramadhan buat kak Isma :)

Moga dapat menjalani mega ibadah dengan penuh tawadhuk & berkualiti, insya Allah :)

Insyirah 11 August 2010 at 12:44  

Anis ~ silakan dik :)

p/s: Eh, kak comey yer? :P

salmanfasiri 12 August 2010 at 15:54  

boleh tak kalau nak ubah kepada Universiti Tarbiyah Ramadhan (UNITAR)...nampak hebat ckit...hehe

Insyirah 14 August 2010 at 17:38  

kalau tak bagi ubah pun memang dah ubah... :p

"Yang Menumpukan Jiwa Raganya Kepada Sesuatu" 15 August 2010 at 02:12  

salam..best2.. mohon share.. syukran.. *padahal da copy

hanyzan30 15 August 2010 at 12:38  

Bismillah,
Ya Allah kau rahmati dan berkati tuan punya blog ini,berilah perlindungan di dunia dan juga akhirat...
Jadikan Islam Itu Panduan Hidup...

Insyirah 16 August 2010 at 13:30  

Yang Menumpukan Jiwa Raganya Pada Sesuatu AKA adik banin SPIES (apa nama adik ni yer?)

Silakan...

Insyirah 16 August 2010 at 13:32  

Ustaz Hanyzan,

Moga dengan kemuliaan Ramadhan ini, Allah memakbulkan doa ustaz. Insya Allah.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO