"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

19 August 2010

Pelihara Maruah Diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, semester pertama Ramadhan sudah hampir berakhir. Moga semester pertama dijalani dengan cemerlang agar semester kedua akan disusuli dengan kejayaan yang gemilang seterusnya di akhir semester ketiga akan memperoleh natijah kejayaan yang lebih baik dari tahun lalu. Amiin, insya Allah.

Bercerita tentang Ramadhan, sekadar berkongsi cerita hasil pemerhatian. Alhamdulillah, Ramadhan pertama sebagai seorang isteri dan Ramadhan pertama bersama suami. Apabila kesihatan mengizinkan, insya Allah akan bersama dengan suami untuk berterawih di surau yang hanya beberapa langkah dari rumah. Semasa kesihatan tidak mengizinkan maka solat berjemaah terawih 8 rakaat sahaja di rumah memandangkan suami akan mengimamkan solat terawih pada 10 rakaat akhir di surau.

Bila mengikut suami ke surau, pelbagai gelagat yang boleh dilihat. Ada yang memakai jubah blink blink di malam hari, ana tersenyum sendiri. Dalam gelap zulumat malam, bila pakaian gelap bersinar banar disuluh cahaya lampu jalan bukankah ia menarik perhatian dan mata untuk melihatnya? Apatah lagi apabila disembur dengan haruman yang menusuk rongga hidung sehingga sesak nafas dibuatnya.

Alhamdulillah, kedatangan ke surau mahupun masjid adalah untuk solat terawih berjemaah dan dipisahkan tempat muslimin dan muslimat. Benar, tiada percampuran (ikhtilat) di situ tetapi melihat para muslimah moden dengan pelbagai gaya dan rekaan buat ana terfikir-fikir teguran dari zauj lama dahulu supaya ana hanya solat di rumah. Ada pula yang ke surau dengan seluar yang ketat sehingga menampakkan bentuk peha dan betis, ana setuju mereka memakai telekung dari rumah. Telekung yang labuh menutup bahagian atas badan tetapi apakah kaki mereka bukan anggota badan? Agaknya, lelaki yang terpandang tak terkesan ke?

Kasihan lelaki-lelaki yang ke masjid/surau untuk mengimarahkan rumah Allah, perginya dengan niat yang baik -mengimarahkan rumah Allah- namun perjalanan pergi, keberadaannya dan perjalanan pulangnya sentiasa dihinggapi fitnah (ujian) wanita. Benarlah sabda Nabi, "Tidak ada fitnah yang lebih besar selepas kewafatanku selain fitnah wanita."

Bayangkan, seorang lelaki yang pulang awal dari pejabat dan bersiap di rumah sebaik mungkin lalu menuju ke masjid. Dalam perjalanan ke masjid, terpaksa berhenti apabila lampu isyarat menjadi merah lalu melintas amoi aweks cun seksi gebus nak mampus (ayat... isk isk) sambil berjalan terkedek-kedek macam itik pulang petang, tak ke bergelora hati lelaki tersebut? Mungkin mulut dan hatinya menyumpah seranah dengan amoi aweks cun seksi gebus nak mampus tersebut tapi matanya tak berkelip. Allahuakbar!

Usah disusuli pandangan pertama dengan pandangan kedua. Pandangan pertama ada rezeki tetapi pandangan kedua sudah menjadi dosa. Tetapi, yang orang tak faham tetapi buat tafsir sendiri mengatakan pandangan pertama adalah rezeki maka dilihatnya tak berkelip-kelip, astaghfirullah hal azhim. Inilah seronoknya tentang dunia, segala tentang dunia adalah kelazatan dan kenikmatan, yang ada adalah keseronokan dan juga kegembiraan namun ia bukanlah hakiki atau sesuatu yang dicari mahupun menjadi matlamat.


Letakkan dunia hanya di tangan agar mudah untuk dilepaskan!

Terkadang, ana sangat kasihan pada lelaki yang terpaksa mujahadah sekeras-kerasnya apabila berhadapan dengan wanita. Apabila longgokan masalah sosial berlaku, semua wanita yang menjadi mangsa lelaki akan menyalahkan lelaki yang bermata keranjang, lidah bercabang, kuda belang harimau bintang semua keluar... Tetapi, yang menjadi kelakarnya kenapa tidak menyalahkan diri sendiri yang membuka seluas-luasnya kekeranjangan mata sang lelaki dengan pakaian ketat dan sendat, baju adik-adik tu tak perlulah nak pakai lagi. Malu pada adik yang kecil tengok kakak pakai baju adik. Kelakar bila perempuan marah-marah menyampah apabila lelaki melihatnya sedangkan dia sendiri yang menyembur haruman sehingga bermeter pun boleh bau.

Mana-mana wanita yang memakai haruman untuk dihidu oleh lelaki, dosanya adalah seperti seorang pelacur. Nauzubillah.

Niat nak solat terawih berjemaah, merebut pahala berganda di bulan mulia akhirnya tanpa disedari membakulkan dosa. Nauzubillah.

Di surau, ana suka duduk menyendiri apabila suami memberi kuliah. Duduk bersendiri bukan kerana ana tidak suka bergaul dengan masyarakat tetapi ana paling bimbang apabila mak cik-mak cik disekitar akan ajak bersembang, akhirnya tumpuan bukan pada untaian kalam dari suami tetapi tasbih cerita hal duniawi. Nampak seperti tidak suka bersosial, tetapi itu hanyalah salah satu usaha untuk mengelakkan diri dari terjebak dalam pot pet perempuan yang ceritanya tak sudah-sudah... Selesai solat, baru ana akan bercakap dan berbual dengan jemaah muslimat yang lain.

Bukan sombong tetapi... Biarlah keramahan bertempat. Jaga adab dalam majlis ilmu :)

Salam Ramadhan
Insyirah Soleha

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO