"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

30 August 2010

Belumkah Datang Waktunya?


Bismillahirrahmanirrahim.

Salam 20 Ramadhan, selamat menduduki semester ketiga Ramadhan. Sudah 20 malam kita berterawih, sudah masuk hari ke-20 kita ditarbiyyah oleh Allah di dalam madrasah Ramadhan. Apakah perubahan yang sudah kita lakukan atau adakah keadaan kita masih juga sama seperti sebelum datangnya bulan Ramadhan?

Pada zaman dahulu, seorang lelaki bernama Fudhayl Bin Iyyad. Beliau merupakan seorang ketua penyangak. Pada suatu ketika, beliau ingin merompak sebuah kampung dan sebelum merompak beliau terlebih dahulu menghantar notis kepada penduduk kampung supaya keluar dari kampung tersebut. Hebat bukan? Sebelum merompak, dia bagitahu dulu notis supaya keluar agar dia boleh merompak. Kita zaman sekarang tak gentleman, nak merompak senyap-senyap pecah masuk rumah orang.

Ketua Kampung tersebut mempunyai anak perempuan yang mana amalannya ialah membaca al-Quran selepas dari waktu Isyak sehinggalah pagi. Dan apabila tiba hari yang ditetapkan untuk merompak... Anak perempuan Ketua Kampung tersebut tidak mahu meninggalkan rumahnya kerana ingin membaca al-Quran, kalau tinggalkan rumah beliau tidak dapat meneruskan amalannya membaca al-Quran sehingga pagi.

Semasa mahu masuk ke dalam rumah Ketua Kampung ini, Fudhayl Bin Iyyad pun terdengar suara orang membaca al-Quran. Amarahnya memuncak, sudah diberikan notis untuk keluar malah perempuan ini degil sekali untuk tetap berada di dalam rumahnya. Sebelum merempuh masuk ke dalam rumah, perempuan ini sedang membaca surah al-Hadid dan tiba di ayat yang ke-16.

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."


Fudhayl Bin Iyyad merasa sangat tersentuh, hatinya sangat sebak lalu beliau menjawab.

"Ya Allah, sekarang juga..."

Maka, Fudhayl Bin Iyyad bertaubat. Beliau mengembalikan kesemua harta yang pernah dirampas, memulangkan barang yang dirompak dan berkata kepada pengikutnya.

"Kalau kalian ingin mengikuti aku, maka ikutilah. Kalau kalian tidak mahu mengikuti aku, maka pergilah."

Kesemua pengikutnya bertaubat dan mengikut Fudhayl Bin Iyyad. Allahuakbar, penyangak pun wala' kepada pemimpin. Akhirnya, Fudhayl Bin Iyyad menuntut ilmu agama dan beliau menjadi seorang sufi yang abid (ahli ibadah) dan imam di Masjidil Haram.


Subhanallah hi wabihamdihi
Subhanallah hil azhim

Seorang ketua penyangak boleh berubah menjadi seorang abid. Rahmat Ilahi terlalu luas, pengampunan Allah terhadap hamba-hamba Nya sentiasa terbuka luas selagi mana nyawa ada di jasad. Betapa Allah kasihkan hamba-hamba Nya, barangsiapa yang dikehendaki kebaikan untuknya maka diberikan kefahaman dalam agama. Allah...

Cuba kita renungkan sejenak, seorang ketua penyangak yang bertahun-tahun menyamun, merompak dan merampas harta orang lain (mengambil hak orang lain) juga diberikan peluang oleh Allah taala untuk kembali kepada jalan Nya inikan pula kita... Manusia yang insya Allah bukannya perompak, penyamun. Masakan kita tidak boleh berubah?

Sudah 20 hari kita berada di dalam madrasah Ramadhan, apakah kita tidak mendapat apa-apa pengajaran dari tarbiyyah Allah? Kita sudah berada di penghujung Ramadhan, sudah melangkah ke 10 malam yang terakhir. Apakah hati kita masih tidak terusik dengan kalam-kalam Ilahi yang menyusup ke dalam gegendang telinga setiap malam semasa solat sunat terawih berjemaah di masjid? Adakah hati kita tidak bergetar dengan kalam-kalam Allah yang dibaca secara bertadarus selama 20 hari?

Hitam pekat sangatkah hati kita sehingga keras membeku, tidak dapat diubahkah diri kita? Apakah belum datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kebenaran yang telah turun (kepada mereka)?

Allahuakbar.

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, kelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."

[Al-Ahzab (33) ayat 35]

Wallahua'lam.

Mencari Cinta Nya,
Insyirah Soleha
Teratak 1052

2 leaves:

~dek ama~ 30 August 2010 at 21:48  

salam..entry yg best..thanks sbb bkongsi..

nurul iftitah a.k.a ifti da' toteq 31 August 2010 at 21:34  

salam

saya suka dengan tulisan sdri.teruskan usaha murni!

salam ukhuwwah :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO