"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

31 August 2010

[Cerpen] Taman Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

"Nikmat syurga itu extreme dan azab neraka itu extreme tapi kita gagal extreme iaitu bersungguh dalam beribadah. Bukan sekadar kuantiti ibadah tetapi extreme menjaga kualitinya!"

Suara abi menggetarkan saraf dan mengejutkan seluruh sendi yang masih dihurung kantuk. Sesudah azan pertama yang dilaungkan muazzin, aku segera membersihkan diri supaya segar dan lebih selesa untuk menunaikan solat Subuh. Sinonim di tanah arab, azan waktu subuh bergema dua kali. Azan pertama menggerakkan roh untuk membangkitkan jasad sujud kepada Rabbul Jalil. Azan kedua menandakan masuknya waktu solat.


'Allahumma hasibni hisaban yasira... Allahumma hasibni hisaban yasira. Astaghfirullah hal azhim.' (Ya Allah, hisablah diriku dengan seringan-ringan penghisaban. Ya Allah, hisablah diriku dengan seringan-ringan penghisaban. Ampunkan aku.)

Saat fajar menyinsing, kantuk yang dihurung sama dilepaskan dengan bergemanya suara abi. Tegasnya seorang pemimpin di dalam bahtera rumahtangga, adakala samudera bergelora namun tenangnya jiwa seorang manusia yang meletakkan Allah sebagai matlamat terus mengemudi anak-anak kapal agar tetap di jalan Allah.

Di dalam dunia ini, kita sentiasa diberikan pilihan oleh Allah taala. Tatkala Dia mengirimkan ujian dan musibah, kita boleh untuk mengeluh dan terus merungut tetapi ujian Nya tetap juga diberikan kepada kita, dan Dia juga memberi pilihan kepada kita untuk memilih sabar dan meredhai ketentuan Nya, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Bukankah di dalam al-Furqan, Rabb berulang kali memberi khabar batapa cantiknya mereka yang memiliki sifat sabar.

"Orang yang redha tidak semestinya akan gembira tetapi mereka yang bergembira apabila diberikan musibah Allah taala insya Allah akan redha. Bukan mudah nak redha dan gembira dengan adanya musibah, ramai yang redha tetapi tidak gembira."

Abi mengelus lembut di ubun-ubunku, telapak tangan abi hangat membiaskan habanya. Tanpa disedari, kelopak mataku berair. Kasih sayang umpama pengecas kekuatan hati dan jiwa, kasih sayang menatijahkan kesempurnaan perasaan yang luar biasa, kasih sayang melambangkan keakraban dua jiwa. Andai cacat kasih sayang, maka lomponglah warna dan corak kehidupan. Dewasa kini, terlalu ramai manusia yang dahagakan kasih sayang sehingga menatijahkan hilangnya nilai kemanusiaan.

Di sana sini, manusia membuang bayi di tempat yang keji. Apakah mereka tidak takut dengan azab Ilahi? Apakah mereka lebih mendahulukan perasaan malu berdepan dengan manusia kerana membuahkan dosa dari penzinaan sehingga rela membuang bayi yang langsung tidak bersalah? Apabila meletakkan nafsu di hadapan dan menidakkan hukuman Allah terhadap mereka yang menyalahi syariatullah maka lihatlah kerosakan demi kerosakan jiwa dan perasaan manusia.

"Allahuakbar."

Telekung masih kemas di jasad, hati dipagut rasa sayu yang saling berpelukan dengan hiba yang menolak atma jiwa. Apakah mungkin undang-undang manusia melebihi undang-undang Ilahi? Bukankah Allah yang menciptakan manusia, telah difirmankan didalam al-Quran yang mulia.

Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Ali Imran (3) : ayat 6]

Masakan Pencipta tidak mengetahui apa keperluan ciptaan Nya? Telah diberikan garis panduan, telah dikirimkan Nabi dan Rasul membawa kebenaran, apakah lagi yang mahu didustakan? Menanti azab neraka yang extreme baru mahu mengakui kebenaran Tuhan? Ya Allah...

Abi tenang, orangnya tegas namun hatinya selalu membiaskan kasih sayang melalui sinaran bebola matanya. Kesan demam denggi yang ku kutip semasa Kem Islah Remaja tiga minggu lalu masih bersisa, dua minggu menghuni Wad Mujahidah di Hospital Darul Taqwa menikmati tarbiyyah Allah benar-benar mengajar syukur atas nikmat kesihatan yang dipinjamkan Tuhan. Meski sakit masih menyelirat di urat dan sendi namun perancangan menunaikan ibadah umrah yang dirancangkan tiga bulan dahulu tetap diteruskan.

Jasad adalah medan ujian Ilahi, jasad hanyalah luaran. Hakikatnya, yang diuji bukanlah pada jasad tetapi pada roh dan juga iman. Allahu Allah. Mereka yang bermujahadah menghilangkan segala duka perasaan dan perit jasad yang diuji Allah dengan meletakkan Allah sebagai matlamat kehidupan pasti akan merasai manisnya di dalam kenikmatan iman dan Islam. Masakan nikmat tersebut tidak terasa kemanisannya, Allah yang memberikan cahaya hidayah dan taufiq Nya kepada manusia. Atas naungan Islam, nikmat bekalan iman yang dititipkan dalam perjuangan pasti gelincir langkah akan segera dipandu kepada matlamat asal ~ redha Ilahi.

Tertahan-tahan sakit sendi yang menyelirati tubuh, Subuh di al-Haram adalah kenikmatan berganda. Tidak terbendung perasaan cinta yang membugar di dada, moga ilham Nya memberi pengajaran untuk lebih bersyukur kepada Pencipta Agung.

"Humaira. Bersyukurlah kerana Allah memberi rasa syukur kepada kita, bersyukur di atas kesyukuran. Bertaubatlah kerana Allah memberi rasa kekerdilan kepada kita, bertaubatlah di atas taubat-taubat kita."

Ummi lembut berpesan saat lembut lidahku mengalunkan bait-bait dari surah Ar-Rahman, berlinang air mata ummi. Entahkan pawana ar-Rahman Ilahi menyuburkan rindu kepada Nya mahupun ayat-ayat dari surah Ar-Rahman menggetarkan jiwa ummi. Allah lebih tahu, Allah Maha Mengetahui segalanya.

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa."

"Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."

"Maka diantara nikmat-nikmat Tuhanmu, nikmat apakah yang hendak kamu dustakan?"

[Surah Ar-Rahman (55) : Ayat 26-28]

****

"Kenapa Kak Long pakai tudung dalam rumah?"

Hanisah Nasuha, adik bongsuku bertanya. Air mukanya memberi seribu satu ketenangan, anak-anak adalah mengikut fitrah. Mereka kekal di dalam fitrahnya sehingga manusia di sekitarnya akan mencorakkan sama ada kain putih (sifat fitrah kanak-kanak) dicorakkan dengan warna hijau, merah, coklat dan sebagainya.

Rasulullah juga pernah menitipkan pesan dalam sabdanya; "Anak yang lahir ke dunia ini, dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibu bapanyalah bila anak itu menganut agama Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Seorang ketua rumah (suami/ayah) akan menanggung dosa kesalahan isi rumahnya. Seorang lelaki dipertanggungjawabkan ke atas 4 wanita (ibu, isteri, saudara perempuan, anak perempuan). Beruntunglah kepada lelaki yang mendapat habuan di dunia ini dengan kurniaan isteri solehah yang akan mewariskan keindahan akhlaqnya kepada zuriat penyambung warisan.


"Kak Long pakai tudung sebab ada lelaki dalam rumah. Selain abi dan Abang Hakim, Kak Long kena pakai tudung."

"Abang Luqman tu kan saudara kita, kena pakai tudung juga ke?"

"Iye dik. Walaupun Abang Luqman tu saudara kita tetapi kita tak boleh tunjukkan aurat pada dia."

Ramai yang terlepas pandang. Sepupu adalah golongan yang boleh dikahwini, maka aurat dengan mereka sama seperti ajnabi (seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan). Meskipun Islam menggalakkan umatnya untuk bernikah dengan mereka yang bukan dari kerabat namun Islam tidak mengharamkan pernikahan diantara sepupu maka wajib bagi seorang muslimah menjaga aurat dan pergaulannya bersama sepupu.

"Haritu Ateh tanya kenapa Kak Long pakai tudung, kak Long cakap sebab sayang ummi abi. Bila kita jaga maruah diri, secara automatik kita menjaga maruah keluarga dan agama. Seterusnya kita akan menyelamatka ibubapa kita dari azab Allah. Dalam surah At-Taghabun ayat ke 14 ada menukilkan pesan dari Allah bahawa '.... sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka....' menunjukkan bahawa mereka yang tidak berpegang kepada syariatullah akan saling bermusuhan."

Halimatun Saadiah tersenyum, adik perempuan yang paling akrab denganku.

"Betullah tu, kalau Kak Long jawab macam tu pada Adik mana la Adik nak faham. Kau ni pun Ateh, Kak Long gigit baru tau!"

"Ayat seterusnya Allah mengingatkan lagi bahawa 'Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu): di sisi Allahlah pahala yang besar.' Strive for mardhatillah!"

Halimatun Saadiah meneruskan bicaranya, adakala menjentik iman yang senipis kulit bawang. Allahu Allah.

"Insya Allah!"

Sahutanku tenggelam dalam perasaan. Betapa madrasah pertama bagi anak-anak adalah kedua ibubapa, ibu yang solehah dan bapa yang soleh akan berusaha mencorak keperibadian anak-anak dengan sunnah Rasulullah. Iman tidak boleh diwariskan dari generasi kepada generasi namun ilmu dan qudwah hasanah adalah usaha terbaik dalam membentuk generasi rabbani.

Anak-anak mungkin sukar mendengar bicara ibu dan ayahnya namun anak-anak jarang sekali tidak melihat perlakuan ibubapanya. Sentuhan tarbiyyah bukan hanya pada lisan namun kekuatannya adalah bagaimana kita mengaplikasi teori secara praktikalnya.

****

Ummi adalah seorang insan yang lembut hatinya, jiwanya dibaluti dengan perasaan yang tidak jemu berkorban untuk anak-anak dan keluarga. Keperluan orang lain dipenuhi dan didahulukan berbanding dengan kemahuan diri sendiri.

Abi adalah seorang insan yang sarat dengan kasih sayang, meski fizikalnya tersembunyi dari biasan perasaan namun binar matanya sentiasa menjadi bukti apa yang ada di dalam hatinya :)

Dedikasi terindah buat ummi dan abi yang dikasihi... Semoga Allah melimpahkan rahmat Nya ke atas kalian, memberkati usia dan kehidupan kalian, memberi keampunan Nya kepada kalian & meredhai kalian. Amiin ya Rabb.




31 Ogos 1985 ~ 31 Ogos 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang Ke-25.

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada ibu bapanya, dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada Ku lah kembalimu, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. [Surah Al-Ankabuut (29) : Ayat 8]

LoVe iS WoNDeRFuLL,
Insyirah Soleha
Teratak 1052

1 leaves:

aida 31 August 2010 at 11:53  

salam syira, selamat menempuh 10 terakhir ramadhan.

Salam kejauhan, kak limau

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO