"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

30 January 2009

Perkahwinan Bukan Sekadar.....

Alhamdulillah, semalam saat pening kepala dengan satu perkara ni, terbaca satu posting yang amat-amat buat jiwa ini merintih sendiri. Terasa betapa sayangnya Tuhan pada diri yang penuh selut dosa. Tazkirah yang sangat memberi kesan pada hati. Moga-moga ana kan berjaya mencontohinya! Ameen!

---------------------------------------------

Assalamu 'alaikum

Salam ukhuwwah. Saya telah diberikan tugasan oleh cik moderator untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang bergelar pelajar dan juga sebagai seorang isteri. Perkahwinan tidak semudah lafaz I LOVE YOU. Nak melafazkan I LOVE YOU pun terketar-ketar inikan pula nak melafazkan akad dan nikah, bukan mudah nak mengambil alih tugas sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa seseorang untuk menjaga anaknya. Inilah yang suami ana bebelkan hampir setiap minggu. Hehehe.

Saya berkahwin pada usia yang muda atas permintaan ibu bapa saya. Melepaskan anak gadis berjauhan dari keluarga bukan perkara yang mudah, alhamdulillah mereka mencarikan saya seorang lelaki yang soleh, faqeh (insya Allah) dan penyayang. Sewaktu istikharah, saya hanya memberikan hati saya pada mak ayah sebab saya yakin mereka mahu yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah, Allah berikan jalan yang terbaik kepada saya. Dibesarkan dalam biah solehah, dan abang-abang saya selalu mengingatkan saya tentang cinta.

Cinta itu mahal. Bukan mudah mendapatkan cinta kalau kita tak berusaha untuk mendapatkannya. Sesuatu yang mahal dan berharga memang sukar untuk kita miliki, perlu usaha berterusan. Itulah harga cinta Ilahi.

Berkahwin pada usia muda tidak mudah adik (not to sure siapa lebih tua), tanggungjawab besar dan banyak. Nak catch up pointer sebagai pelajar, nak catch up pointer sebagai isteri. Kelebihan saya sebab suami dah biasa urus rumah tangga, bezanya dulu dengan kawan-kawan ada giliran hari untuk masak dan sebagainya. Tapi, bila dah kahwin lain jadinya. Hampir setiap hari suami yang memasak dan menghantar saya ke kuliah. Terkadang worse lagi bila saya pening mengadap nota-nota, maka suamilah yang akan mengalih nota-nota tersebut kepada bahasa Inggeris/Malaysia. Selalu dia berbangga, kalau sama-sama ambil exam pasti dia lebih excellent sebab dia yang terjemah nota-nota saya. Tapi seronok juga hampir setiap hari boleh bergaduh.

Suami seorang yang agak syadid sebelum berkahwin, 4 tahun mengikat pertunangan. Untung kerana kami sepupu. Selama 4 tahun suami di Mesir, jarang sangat nak berhubung. Lagipun penghubung kami ialah mak ayah. Sepucuk surat yang dia layangkan dan merupakan satu-satunya surat yang saya dapat sepanjang bergelar tunangnya. Antara amanah yang dia sampaikan ialah:

...kita sama-sama terpisah benua kerana mencari ilmu, berjuang sebagai pencinta ilmu, kita sama-sama bertanggungjawab untuk membaiki diri setiap hari dan waktu kerana Allah mengikat kita dalam satu tali yang kuat, persaudaraan sesama muslim. Ukhti bertanggungjawab dan ana juga bertanggungjawab lebih dari ukhti kerana ana yang bakal memimpin ukhti, maka persiapan ana akan jauh lebih sukar. Ukhti juga punya peranan sebagai seorang wanita bakal ibu yang akan mewariskan ilmu dan akhlaq kepada anak-anak. Ana amanahkan kita sama-sama berusaha mencari cinta Ilahi sebelum kita berusaha perolehi cinta manusia. Ana yakin dengan istikharah ana dan ana harap ukhti boleh melaksanakan amanah ini sebaiknya...

Lucunya, surat diberi melalui ayah saya. Lebih lucu lagi, ayah minta izin dari tunang (masa tu) untuk baca surat. Terus berubah mukanya. Tapi diangguknya juga (bakal ayah mertua la katakan, hehe). Sampai sekarang pun alhamdulillah, suami mengingatkan saya untuk sentiasa perbaiki diri. Syukur alhamdulillah. Ujian dalam rumah tangga banyak... Tidak dihamparkan kemanisan tanpa ujian. Stress juga sebagai pelajar dan dalam masa yang sama perlu untuk menjaga perasaan suami.

Terkadang, orang hanya mengambil jalan mudah dengan berkahwin. Sebenarnya perkahwinan bukan satu perkara mudah, ianya bukan sekadar menghalalkan apa yang haram. Tapi jauh lebih besar dari tu. Kita bukan hanya perlu mantapkan ilmu agama tapi perlu juga mantapkan perasaan dan hati supaya berfikir dengan tenang bila hadapi masalah. Bila menghadapi masalah, kami tidak terus hanya berfikir sebaliknya suami akan suruh saya bermuhasabah diri dan sentiasa kembali pada Nya.

Cinta bukan sekadar ungkapan di bibir, cinta perlu sentuhan dari Rabb agar ianya sentiasa mekar dengan perasaan kasih, tidak tercemar dengan perkara-perkara yang mendatangkan kemarahan Allah. Cinta juga menjadi indah kalau kita berjuang untuk mendapatkannya! Kalau dengan mudah kita dapat cinta manusia, kita tak hargai cinta tersebut. Kalau kita mujahadah mendapatkan cinta Allah sebelum cinta manusia, kita lebih memahami apa itu cinta.

Di Malaysia, pasangan berkahwin dan belajar agak sukar nak enjoy dengan perkahwinan tersebut sebab ada mak ayah yang dekat. Huhu..... bila merajuk cari mak ayah. Itu yang membuatkan masalah kecil jadi besar. Perkahwinan bukan macam percintaan, tapi satu perkongsian yang diharapkan sampai kepada penghabis usia di dunia dan permulaan usia di alam Akhirat. Saya pernah tanya suami kenapa dulu jarang tanya khabar pada saya walhal kalau sms pun 50 sen je, bukan mahal. Sesekali je mesej. Dia jawab:

Buat apa nak susah-susah cari cinta manusia kalau kita belum milikinya. Kalau sekarang ni, bukan setakat mesej tapi hari-hari terpaksa dengar celoteh dan bebelan abang kan?

Hahaha... betul betul betul. Memang hari-hari..! Kalau dari dulu dah biasa dengar bebelan dia, pasti sekarang dah bosan. Tapi sekarang nak tak nak kena la dengar juga bukan dengan perasaan bosan tapi ditambah dengan tahap curious nak tau apa pula topik yang nak digaduhkan. Lepas gaduh selalunya dia akan tick pada kertas yang dia telah menang dan 'menakluk' saya, supaya bila saya dah habis study nanti dia nak bagitau pada mak ayah saya yang bukan saja pelajaran saya yang dia jaga tapi akhlaq dan perasaan saya juga dia bertanggungjawab untuk lentur.

Dan saya? Makin susah nak buat-buat malas dalam study. Suami berikan tekanan pada saya supaya saya dapat bertindak jauh lebih baik berbanding tanpa tekanan. Nanti umur muda belia dah kene darah tinggi, erk! Nau'zubillah. Bila dah berkahwin, perlu jaga perasaan suami supaya tidak terguris. Walau sesibuk mana pun, mak pesan agar luangkan masa dan perasaan untuk suami kerana perkahwinan adalah perkongsian bukan saja berkongsi suka tapi sakit demam semua sekali. Termasuklah bila emosi suami tak stabil, marah atau apa pun. Kita akan terkena tempias, kalau bukan kita yang dimarahinya pun tetap juga kita akan rasa kelainannya.

Bila kita sayang seseorang, kita bukan hanya nak dia bahagia di dunia kerana dunia hanya sementara. Kita mahukan kebahagiaan padanya dunia dan akhirat. Bahagia dengan kehidupannya, dia bahagia bila kembali pada Tuhannya. Kalau kita hanya berikan bahagia di dunia dan akhirat kelak kita yang mengheretnya ke neraka Allah, itu bukan cinta tapi penganiayaan yang sangat menghinakan mereka di depan Tuhan. Nau'zubillah.

Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan apa yang haram.

Sekadar pengalaman, bukan pandangan dan bukan juga nasihat.

p/s: Terima kasih abang sebab memberi peluang saya mengenali Allah sebelum mengajar saya erti sebuah percintaan.

-------------------------------------------------

Subhanallah, entah kenapa air mata mengalir membaca satu 'warkah' yang sangat memberi pengajaran pada ana. JAGA HATI, JAGA HATI dan JAGA HATI. Bila sudah istikharah, belajarlah untuk merasai kemanisan tawakal pada Allah taala. Itulah yang Ummu Uwais pesankan dalam posting sebelum posting di atas ni. Iya, tawakal. Istikharah dan tawakal, satu kombinasi yang insya Allah akan mengajar manusia jadi hamba Allah, menghambakan diri pada Tuhan Yang Maha Esa. Moga-moga Allah merahmati usaha dalam membina baitul muslim yang berkat dan bebas dari unsur-unsur cinta. (*_*)

Just wanna sharing, gambar (langit) sepanjang tempoh tension (am I depress?) yang agak memaksa diri jadi keanak-anakan semula. Petang semalam, teringat nak keluar main buaian di bekalang rumah. Kebetulan hujan dah berhenti, so ana dan adik-adik keluar menikmati panorama alam. Main buaian.... Seronok rupanya dihayun tinggi-tinggi sampai pening kepala. Ehek. Bukan setakat pening tapi sampai rasa nak muntah, huhu. Patut la anak-anak Pak Uda kalau datang rumah, susah sangat nak masuk rumah. Dorang lebih suka main di luar especially si Faiz, Irsyad dan Faris, hehe. Baru ku tahu.

Laman bekalang agak luas, siap buat lawak sengal pada abi dan ummi. Nanti kalau nak buat kenduri kahwin, pasang je khemah kat laman bekalang. Sure orang pelik, kereta banyak depan rumah tapi tak ada khemah. Rupanya khemah duk belakang, eheks. Yang lelaki leh pasangkan khemah kat bawah pokok kelapa depan rumah. Wah, canggih tu. Baru la mesra alam, agak-agak nak bersanding (khusus untuk family je), bersanding je atas buaian. Hik hik! Kalau bab nak wat kad jemputan, abang leh set up. Tapi rugi kertas tu, kita kena less paper kan. Mesra alam la katakan.

Hantar SMS je, invite kawan-kawan, pastu bagi mereka yang berhasrat nak datang boleh la download peta rumah melalui website. Lagi la canggih, kih kih kih. Abang tak leh cari makan la gitu kalau semua bakal pengantin berfikir sengal macam ana. (*_*)

Langit yang indah, subhanallah. Ciptaan Nya indah, aturan Nya berhikmah.

Read more...

28 January 2009

"Terima Kasih Baba"

Seorang ayah dikejutkan oleh anak kecilnya yang minta dibancuhkan susu. Puas tangan ayah digoyang di tepi katil. Dalam rengek, dipujuknya ayah berkali-kali disuruh bangun juga, memang menjadi kelaziman ayah bangun malam untuk membuat susu si manja kerana simpati dengan keletihan isteri yang seharian bekerja dan terpaksa menguruskan kerja rumah pula.

Dalam keadaan mata yang sangat kelat, kaki diseret longlai ke dapur mencari tin susu dan termos air. Sambil mengocak botol susu dia bergegas ke bilik anak. “Nah!” suara si ayah seakan mengherdik. “Terima kasih baba,” suara di manja lembut dan tersenyum menyambut botol. Mata ayah yang mengantuk terus terjaga, malu sendiri dengan sikap kasar dan terus beristighfar panjang. Dia terduduk di tepi katil anak memerhatikan anak yang kehausan meneguk air susu hingga terlena kembali.

Dahi anak perempuannya dicium, dia terus ke bilik air mengambil wuduk dan solat malam. Sesungguhnya kejutan anak itu sebagai syarat untuk menggerakkannya bangun malam. Sejak dari peristiwa itu, setiap kali hendak bancuh susu anak dia pasti akan tersenyum sendiri mengingatkan peristiwa dinihari itu.

SubhanAllah...! Allah sajalah yang dapat mengubah segalanya... Alhamdulillah. Moga kisah ini dijadikan satu tauladan bagi ayah-ayah di luar sana! Insya Allah ^_^

Read more...

27 January 2009

Hakikat Ikhlas

Imam Al-Ghazali mempunyai kajian yg mendalam dalam al-Ihya’, dalam menjelaskan hakikat ikhlas. Beliau mempunyai kepakaran dalam perkara ini, sama ada dalam isi ilmu mahupun dalam amalan. Dia melihat amalnya menyusun buku, menggali ilmu2 fiqh, usul, menghuraikan falsafah, kebatinan dan lain2, sehingga amalannya menjadikan beliau layak duduk di kerusi imam dan kemahsyuran di seluruh dunia Islam pd waktu itu. Dia melihat semua ini termasuk amal dunia, hasrat jiwa, tuntutan kedudukan dan kehormatan di hati manusia. Lalu dia pun meninggalkan semua ini untuk mencari penyelesaian tentang masalah ikhlas.

Maka huaraiannya di sini penuh dgn hawa nafsu manusia, perasaan, kemuflisan dan bisikan2 iblis terhadap manusia, sehingga dia berfikir telah beramal krn Allah, yg nyata dia beramal untuk dirinya sendiri. Al-Ghazali berkata, “Ketahuilah bahawa segala sesuatu digambarkan mudah bercampur dengan sesuatu selainnya. Jika bersih dr percampurannya dan bersih darinya, maka itulah yg disebut murni. Perbuatan yg bersih dan murni disebut ikhlas.” Allah berfirman yg maksudnya:

“…berupa susu yg bersih antara tahi dan darah, yg mudah ditelan bg org2 yg meminumnya.” (an-Nahl : 66)

Kemurnian susu itu diukur tanpa adanya campuran kotoran dan darah atau sesuatu yg menyebabkan ia bercampur dgnnya. Ikhlas adalah lawan syirik. Siapa yg tidak ikhlas, bererti dia musyrik. Ikhlas dalam tauhid lawannya syirik dalam uluhiyah. Syirik ada yg tersembunyi (syirik khafi) dan ada yg jelas (syirik jali). Begitu jg dgn ikhlas. Ikhlas dan syirik (riak) sama-sama menyusup dalam hati, krn mmg hatilah tujuanya. Yang demikian ini akan terwujud dalam tujuan dan niat.

Telah disebutkan hakikat niat, yang dikembalikan kpd pemenuhan pelbagai faktor pendorong. Sekalipun pendorongnya hanya satu, maka perbuatan yg keluar darinya sudah boleh disebut ikhlas. Tambahannya adalah apa yg diniatkan. Barang siapa yg jujur dan tujuannya utk riak semata, dia sudah dapat di sebut org yg mukhlis.

Orang yg tujuannya semata taqarrub kpd Allah, juga disebut org yg mukhlis. Tetapi kemudian, berlaku kebiasaan utk mengkhususkan sebutan ikhlas dgn memurnikan tujuan taqarrub kpd Allah dgn memurnikan dr segala campuran, sebagaimana sebutan kufur utk penyimpangan. Tetapi bererti yg biasa terjadi, penyimpangan ini dikhususkan sbg dari penyimpangan yg benar. Barang siapa yg pendorongnya adalah riak semata bererti dia mengheret diri sendiri kpd kehancuran.

Orang yg terdorong untuk tujuan taqarrub; tetapi pendorong ini bercampur dgn pendorong lain, apakah ini berupa riak atau berupa pertimbangan2 peribadi lain. contohnya:

- seseorg berpuasa utk tujuan diet dan jg taqarrub.
- Memerdekakan hamba sahayanya agar dia terbebas dr kejahatan dan keburukan akhlaqnya.
- Menunaikan hj utk melengkapi kebiasaannya melakukan safar atau utk melepaskan diri dari musuh di tempat tinggalnya atau utk melepaskan diri dr kepenatan mengurus keluarga, anak2 dan pekerjaan, maka dia boleh beristirehat beberapa ketika.
- Berperang utk melatih diri dan mampu mengurus pasukan tenteranya.
- Solat malam dgn tujuan utk menghilangkan kesengsaraan dr dirinya, agar keluarganya aman.
- Mendalami ilmu agar mudah mencari pekerjaan dan harta
- Mengajar atau menyampaikan pengetahuan dan nasihat, agar tidak diam shj.
- melayani ulama/sufi agar dihormati dan dimuliakan manusia.
- menulis mushaf agar memperolehi pekerjaan dan keahlian dalam menulis kaligrafi.
- menunaikan haji dgn berjalan kaki utk mengurangkan belanja.
- wuduk utk membersihkan diri atau menyegarkan badan.
- mandi agar berbau harum
- meriwayatkan hadis agar dikenali sbg org yg prihatin dalam mslh isnad.
- iktikaf dimasjid utk meringankan sewa tempat tinggal.
- berpuasa agar tidak sering makan atau tidak terlalu sibuk utk menguruskan masalah makanan.
- memberikan nafkah kpd pengemis utk menghilangkan pengemis meminta darinya.
- menziarahi org sakit agar dia juga diziarahi jika sakit.
- menziarahi jenazah agar keluarganya yg meninggal akan diziarahi.


Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

24 January 2009

Nota Buat Insyirah

Alhamdulillah wa syukrillah ala nikmatillah.

Subhanallah. Hidup bersilih ganti antara senyuman dan tangisan. Andai tangisan itu meluah bicara, menangislah. Andai senyuman itu penawar duka, senyumlah agar luka itu terubat. Kata-kata dari seorang sahabat yang ana simpan, semoga Allah terus-terusan berikan nikmat ingatan dan tautkan hatiku pada sahabat-sahabat yang begitu gigih dan istiqamah mendaulatkan Islam. Mereka juga yang selalu memberi tarbiyyah pada hati dan tazkiyyatun nafs berpanjangan buat ana. Jazakumullah khair katsir!

Setelah 19 tahun berkelana di bumi Allah, banyak catatan kehidupan. Mudah-mudahan ia adalah cara Allah mendidik untuk mematangkan ana, menjadikan ana dewasa pada fikiran. Insya Allah, setelah usia yang beralih angka pada hari ini. Ana berazam, dan moga Allah mudahkan!

Ana tidak mahu lagi jadi ADIK COMOT pada akhun wa ukhtun [cikgu Shidee mesti gelak ni] sebab hijrah ana nak jadi ADIK COMEL pada akhlaq dan mudah-mudahan menjadi insan yang solehah pada kalam dan perbuatan.

Ana tidak mahu lagi jadi ADIK BUCUK pada ukhti Amiera [yesss!] sebab hijrah ana nak jadi ADIK WANGI yang selalu menebarkan haruman iman dan taqwa pada Nya. Mudah-mudahan biasan iman dan taqwa dari ukhti akan ana rasai... Maka, ana akan selalu harum dengan perfume iman dan taqwa. Ameen.

Ana tidak mahu lagi jadi ADIK MANJA pada sesiapa [dengan kejamnya! ^_^] kerana ana tidak lagi budak-budak hingusan, walaupun ramai beranggapan begitu. Akan diusir sehabis mungkin ciri-ciri manja pada diri. Tinggal manja dengan Mr Pooh je la, si jantung hatiku. Huhu. Hijrahku mahu menjadi ADIK CEKAL yang mampu memberi kebaikan pada orang lain, terutama pada ummi dan abi. Moga Allah memudahkan. Ameen.

Yang ana mahu jadi ADIK COMEL, ADIK WANGI dan ADIK CEKAL [dengan semangatnya!] pada hari-hari mendatang. Hari ini, selangkah usiaku menuju ke alam barzakh, semakin pendek usiaku. Saban hari, mendoakan agar Allah kurniakan usia yang berkat. Walaupun ditakdirkan PENDEK angka di dunia Nya, mudah-mudahan PANJANG dek kerana barakah yang diperolehi. Arh... Mampukah? :(

Hadiah hari lahir dari Allah, akhirnya ana berchatting panjang dengan Ukhti Syifa'. Macam-macam yang dikongsikan, usik mengusik, dan paling sebak bila ukhti katakan sesuatu pada ana. Waaaa... Cengeng la ana ni. Kene struggling nak BUANG sifat cengeng ni. Ya Allah, panjangkan ukhuwwah ini hingga ke Negeri Abadi.

My Love Heart - Wah.. Macam adik beradik kan? *_^

Pagi tadi, ummi dan abi tersenyum-senyum pada ana. Hehe, pagi lagi ana dah ON laptop, tengok gambar-gambar terakhir sebelum masuk wad... Wajah-wajah ceria abang, abang cik, aiman, mahfuzah dan fadilah. Ummi dan abi yang sampai sepet-sepet matanya gelak dengan keletah kami. Nampak je dah besar tapi masing-masing perangai macam bebudak jer. Alahai... Tak sedar ummi dan abi dah nak dekat 50 tahun, abi kata kena prepare la lepas ni nak pergi pinang anak orang. [Kih kih kih] =P

"Happy birthday... Happy birthday... Happy birthday..."

Alamak, malunya *_*
Rasa macam nak peluk ummi dan abi je tapi muka dah merah semacam. Tutup muka... Ngeee... Ummi, abi, doakan kakak... Moga jadi anak yang solehah, selalu taat pada ummi dan abi, selalu dengar kata, tak mo degil-degil dah. *_*

Sepagi ini, sekadar mendengar lagu ANAK SOLEH.
Hati ini sebak, tapi tak mahu menangis! Up and down of my life... Like abi said: Life must go on with HOPE! Jadilah manusia yang selalu meminta pada Allah. Jangan jadi manusia yang bergantung pada manusia. Hakikatnya, dia juga bergantung pada Nya.

Ya Rabbana,
Jadikanlah aku anak yang solehah,
Taat pada perintah ibu ayah,
Sering sabar mendepani mereka,
Sesabar mereka malayan kerenah ku,
Sayangilah kedua orang tua ku,
Sesayang mereka pada ku sejak dulu,
Cinta mereka tiada syarat,
Ku yakin cinta MU tanpa syarat,
Kerana Engkau yang menciptakan cinta,
Engkau juga membenihkan cinta,
Menebarkan cinta di hati hamba-hamba,
Maka... Peliharalah cinta kami,
Hingga kecintaan kami pada Mu melebihi segalanya!

Allahummaj 'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ameen ya Rabbal alameen.

And... Last but not least. SANAH HELWA buat DIRIKU. (",)

Read more...

23 January 2009

Tabahkan Hatimu

Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat, tanda kasih Nya yang tidak ternilai. Jalannya dihiasi dengan duri-duri luka, tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah, tetapi disajikan dngan keperitan yang tiada berkesudahan. Terimalah dengan hati yang ikhlas.

Ikhlas itu rahsia antara manusia dan Allah s.w.t., malaikat tidak tahu dan tiada upaya mencatatnya, syaitan juga tidak mengetahui dan tiada upaya untuk merosakkannya.

Itulah kata dari ahli hikmah. (",)

Adik-adik yang disayangi, moga segala kesakitan yang datang akan menjadikan adik-adik seorang yang kuat, tabah dan sabar menempuhnya. Jangan bersedih, masakan Allah mentakdirkan sesuatu yang sia-sia, sedangkan perancangan Nya Maha Hebat dan Dia Maha Mengetahui segala apa yang terbaik untuk kita semua.

Akak yakin, adik-adik adalah orang yang sangat tabah dan penyabar. Kalau tidak, masakan Allah menetapkan sebegitu. Allah tidak kejam seperti manusia, Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang... Andai mampu dialihkan kesakitan yang sedang kalian tanggung pada akak, pasti sudah lama akak mengalihkannya tapi Allah tahu akak tidak sekuat kalian untuk menanggungnya. Akak juga tahu, adik-adik tidak bersendirian (sama ada adik yang sedang dirawat di hospital mahupun adik yang sedang berehat di rumah sambil makan jeruk) kerana zahirnya kalian bersendiri tapi hakikatnya Allah bersama kalian. Kalian orang-orang yang sabar, masakan kalian bersendiri. Allah bersama kalian, insya Allah.

Innallah hama'as sobirin.

Jangan bersedih!
Kata sahabat akak, Rasulullah s.a.w. sendiri pernah meminta seorang yang sedang kesakitan untuk berdoa. Kerana orang yang sakit ini sebenarnya sedang 'dibersihkan' oleh Allah. Masakan adik-adik bersedih kerana Allah 'membersih'kan adik-adik? Pastinya TIDAK, kerana akak yakin adik-adik adalah dari kalangan mereka yang solehah. Insya Allah. (",)

Jangan bersedih!
Sentiasalah merenung ke dalam diri, setiap kekurangan adalah BONUS dari Allah. Tak semua mampu melaluinya kecuali mereka yang Allah pilih. Hehehe... Ingat ye adik-adikku (juga pesanan buat diriku):

Jangan menangis kerana ujian yang datang tetapi menangislah kerana dipilih oleh Allah s.w.t. untuk diuji Nya.

InsyaAllah. Moga CEPAT SEMBUH.

"Dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan."

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Engkau Maha Penyembuh,
Sembuhkanlah adik Najwa dan adik Fauzani,
Ya Allah yang Maha Berkuasa,
Kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka,
Suburkan hati mereka dengan ketabahan,
Gemburkan jiwa mereka dengan kesabaran,
Titipkan pengharapan di hati mereka,
Usah biarkan mereka bersedih,
Gembirakanlah hati mereka dengan ayat-ayat Mu,
Hanya Engkau tempatku meminta,
Hanya Engkau tempatku sandarkan harapan,
Peliharalah adik-adikku dari bisikan syaitan,
Moga mereka tenang dalam pemeliharaan Mu,
Berilah kesembuhan buat mereka,
Ameen ya Rabbal alameen. (",)

Syukran. Jazakumullah pada semua yang VIEW blog ana, mudah-mudahan doa kita semua dimakbulkan Allah s.w.t dengan berkat hari Jumaat. Insya Allah.

Salam kasih sayang,
(,") Ukhti Insyirah (",)

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

22 January 2009

Just A Story

A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the tree top, ate the apples, took a nap under the shadow...

He loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by... the little boy had grown up and he no longer played around the tree everyday.

One day, the boy came back to the tree and he looked sad. "Come and play with me," the tree asked the boy. "I am no longer a kid, I don't play around trees anymore." The boy replied, "I want toys. I need money to buy them."

"Sorry, but I don't have money... but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money."
The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.

One day, the boy returned and the tree was so excited. "Come and play with me" the tree said. "I don't have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?"

"Sorry, but I don't have a house. But you can chop off my branches to build your house."
So the boy cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the boy never came back since then.

The tree was again lonely and sad. One hot summer day, the boy returned and the tree was delighted. "Come and play with me!" the tree said. "I am sad and getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?"

"Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy." So the boy cut the tree trunk to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.

Finally, the boy returned after he left for so many years. "Sorry, my boy. But I don't have anything for you anymore. No more apples for you... " the tree said. "I don't have teeth to bite" the boy replied.

"No more trunk for you to climb on". "I am too old for that now" the boy said. "I really can't give you anything ... the only thing left is my dying roots" the tree said with tears. "I don't need much now, just a place to rest. I am tired after all years." The boy replied. "Good! Old tree roots is the best place to lean on and rest. Come, Come sit down with me and rest."

The boy sat down and the tree was glad and smiled with tears.......

This is a story of everyone. The tree is our parents. When we were young, we loved to play with Mom and Dad... When we grown up, we left them.... only came to them when we need something or when we are in trouble. No matter what, parents will always be there and give everything they could to make you happy. You may think the boy is cruel to the tree but that's how all of us are treating our parents.

------

Dont know how much times I read this post. 1st time when I am 15 years old... Just wanna sharing this good article with my friends. Mom.. Dad... I LOVE YOU!

Read more...

21 January 2009

Iqra' Bismi Rabbik


Salam'alaykum. Moga hari ini bersinar iman dan taqwa, semakin bertambah rasa syukur pada Allah, insya Allah semakin cintakan saudara se-agama. Moga keampunan dari Nya diperolehi walau sukar mendambakan keredhaan Nya. Ameen. (",)

Harini.
Im speechless.
Emosi = K.O. [dah ok sikit - harap macam tu la]
Fizikal = totally out. [strunggling - back to normal]
Rohani = moga dalam perhatian Nya. Ameen.

Ku ingatkan diri+hati+iman dan akal yang sentiasa alpa dengan dunia:
Bila kita minta SABAR, Allah tak terus berikan sabar tapi diberikan Nya ujian supaya kita belajar menjadi menusia yang penyabar. Kita minta KUAT, Allah tak terus berikan kekuatan supaya kita gagah perkasa tapi diberikan kita kelemahan untuk diatasi supaya sentiasa berusaha mencapai kekuatan yang kita harapkan. Kita minta TABAH, Allah tak terus jadikan kita tabah tapi diberikan kita dugaan-dugaan yang mencabar supaya kita menjadi seorang yang tabah sepanjang proses mengenal diri sebagai hamba Allah.

Allah tak beri apa yang kita minta kerana Dia menggantikan apa yang kita perlukan. Subhanallah. Indah aturan Mu ya Ilahi.


The whole day, ana ketiduran dek kerana demam dan semput yang agak teruk. Hahaha... Ni gara-gara 'hujan lebat' malam tadi agaknya. Padan muka! Kan dah kata, ana ni bermasalah dalam bab menahan emosi, kalau dah nangis tu payah nak stop. Puas di lap air mata, tak berhenti-henti juga. Sampai tertidur di ulit air mata... Cengeng! Sapa ada teori ataupun petua nak bagi tahap cengeng ni hilang? Tak hilang, kurang pun jadi lah. ^_^

Usai solat Subuh, duduk je. Tengok ummi bersiap nak ke pejabat, ana pegang buku Putera Lembah Bakkah yang tak habis-habis. Ni satu lagi hal, nak habiskan buku ni pun bertakung air mata. Agaknya kena suruh orang bacakan untuk ana, record suara dia. Bila-bila rasa nak dengar, play je. Huhu. Sapa nak volunteer? *_*

Dalam menunggu ummi bersiap, ana dah ketiduran. Im so weak. Apa yang membuatkan diriku menangis. Setelah 'sengal' yang tak tentu pasal, semalam feel better. Tulang belakang tak sesakit dulu, disebabkan 'sengal' yang tak boleh dibendung lagi. Rasa rindu sangat-sangat-sangat-sangat nak rasa solat dalam keadaan rukuk dan sujud macam biasa. So, Isyak tu try la solat walaupun terserlah kecacatannya. [Dush..!] Sujud akhir agak lama, sobs sekkk... sobbb seekkk... budak cengeng! [buuu... shame urself syirah]


Ya Allah, betapa besar nikmat ini. Perasaan yang Kau gemburkan dalam hati tika dahi kembali bersujud atas sejadah hamparan dunia. Emosi yang Kau berikan tat kala 'bersentuhan' dengan tempat aku kembali nanti. Subhanallah. Itu je yang mampu di lakarkan, buat kenangan dan ingatan di masa depan [kalau panjang usia].

Usai solat, krukk kreekkk... Sakitnya pinggang den. Maybe natijah angkat kain dari ampaian. Mahfuzah pun tanya: "Lorh, solat pun nak nangis jugak?"

Hanya yang melalui akan mengerti. Satu senyuman penyeri. Im ready to sleep. Tapi, entah... Emosi yang terawang-awang disentak dengan sesuatu. Ummi dah tidur, Adik dan semua dah tidur. Masih terkebil-kebil lagi meniti malam berlabuh, sejuk menggigit tubuh, menggigil sendiri. Terasa sakit dada, tapi sikit je. Dan selalunya, kalau sakit dada just hug Mr Pooh kuat-kuat, breath slowly.

Tapi nangis tak henti-henti juga...

Harini, whole day langsung tak bermaya. Pagi terasa teruk teramat tersangat, nafas pendek-pendek sampai rasa macam tak bernafas je. Nak mati dah ke ni? Ya Allah, hanya mampu diulang-ulang "La ilaha illallah" sampai ana sendiri tak sure sama ada ana ketiduran atau kepengsanan. Wallahua'lam. Im pale like a ghost. Ngeee. Terasa kering kontang sebab setitis air pun tak minum lagi. Selalunya, setiap pagi 2 gelas air mineral akan membasahi tekak, buat pelincir untuk buah pinggang bekerja keras. Harini, lesu sampai terasa nak dehidrasi. [Dush..!]

Abi balik lunch [1 lebih] bagi salam tak berjawab. Suara tak nak keluar, abi lupa bawa kunci. Lastly dengan kudrat yang tinggal, gagahkan juga langkah untuk buka kunci. Mengesot je la. Then, abi bagi minum. Masih tahap mantong je pun. Solat Zohor terus baring, rasa nak tercabut urat dek kesakitan kepala. Waaa... Oksigen yang perlu 'dihantar' ke otak. Nak nafas pun rasa perit, allahuakbar. Lama-lama, merangkak la pula. Hehehe... [Uwais mesti jeles ngan kholah kan] ^_^

Kesian abi, just lunch dengan Nasi Lemak yang abi beli pagi tadi. Tak pasal-pasal rasa hiba yang melampau-lampau, im trying to be a good daughter, Allah's slave and to prove that with my harder trying to be a good muslim, solehah pada kalam dan perbuatan. Last, abi yang jaga ana. Abi, maafkan daku yang sentiasa tak sempurna dan gagal menyempurnakan misi. [astaghfirullah hal azhim]

Petang semakin meminggir.
6.40 pm, paksa juga kuatkan semangat. Pergi dapur dan masak untuk makan malam. Dengan badan yang terketar, asyik nak jatuh je. Last, masak je ala kadar. Sekurang-kurangnya tak macam lunch tadi. Tangan ketar-ketar, agak tension kalau tangan tak henti-henti shacking nak masuk garam dalam kuali pun tabur atas lantai. Satu hal pula nak mengelap semula. Tak pe, kicik hal la... Walaupun macam nak meraung kat dapur, buat juga la. Allah juga yang memudahkannya. Alhamdulillah. =)

Senja melabuhkan tirai.
8.15 pm abi perlu ke pejabat semula, ada mesyuarat. Huks! He looks so tired and bored. Makan malam yang simple sebabnya ana yang ketar-ketar pun ON kipas, tak leh nafas kalau udara stuck. Huhu. After Isyak, entah kenapa hati 'gundah gulana'. Missing someone! Who? MY SELF. Hihi. Perlu ku usapkan jiwa ini dengan sentuhan kalam Nya, perlu dijernihkan hati ini dengan kelembutan ayat suci Nya, iman ini perlu dibelai. Surah ar-Rahman diulang. Tafsir disemak.

Menggigil...

Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Dulu, masa kecil-kecil [Ust Faiez mesti tak puas hati kalau ulang 'masa kecil-kecil'] selalu berangan, nak jadi bidadari. Cantik... [pengakuan eksklusif]

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap ditempat tinggal masing-masing. Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?. (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani yang sangat indah. Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Maka Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. [Surah Ar-Rahman : 72-78]

Diulang-ulang "Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" kerana Allah tahu manusia LALAI dan selalu perlu diingatkan, maka dalam surah al-Asr Dia ingatkan lagi pada manusia supaya "saling berpesan kepada kebenaran dan berpesan pada kesabaran".

Iqra' Bismi Rabbik!
Wahai jiwa yang selalu lalai, kembali lah pada Tuhan yang menciptakan Engkau dari tanah yang tak berharga, lalu digubah dengan indah dan sebaik-baik ciptaan, di amanahkan menjadi khalifah di muka bumi. Ingatlah wahai jiwa yang alpa, setiap yang dipertanggungjawabkan ke atas kamu akan disoal kelak! Ingatlah wahai jiwa yang semakin rakus, hidup ini terlalu singkat untuk mengejar dunia kerana akhirnya kita yang akan meninggalkannya.

Semakin ku susuri.

Semakin ku akui... Hakikat diri ini yang selalu melupakan nikmat-nikmat yang diberikan. Semakin ku renungi jauh didasar hati, sesuatu yang dirindui... kemesraan dan kenikmatan saat berdua-duaan dengan Mu ya Rabbana. Jalan berliku yang Kau hiasi dengan onak dan duri pasti kerana kecintaan Mu pada ku, agar jiwa ini tak lari dari Mu. Agar aku sentiasa mencari-cari Mu sebagai tempat pengaduan dan sandaran jiwa. Terima kasih Tuhan, moga sahabat-sahabat ku juga merasai apa yang sedang Kau gemburkan di dalam ladang hati yang gersang ini.

CINTA yang sejati hanya cintakan ILAHI (",)

Mudah-mudahan aku menjadi seorang insan yang sentiasa berusaha menjadi penyejuk mata, penyeri hati, penenang jiwa insan yang ku sayangi dengan hati dan jiwa, dengan iman juga taqwa demi kasih dan redha Ilahi. Dia yang ku sandarkan pada tiang hati agar hidup ini sentiasa bererti, UMMI dan ABI. Kalianlah buah cinta yang digemburkan Tuhan buat hamba yang sentiasa rindu belaian kasih Nya.

Aku... Yang berimpi andai Kau panjangkan usia ini. Andai ditakdirkan seseorang yang menjadi penyeri hidup, teman perjuangan yang resah tak menentu dilambung ombak dan badai. Moga-moga berwatak solehah, dibibir sarat dengan senyuman, diadun dengan kelembutan yang Kau gubah sebagai sayap perjuangan hamba Mu. Menjadi teman yang sentiasa mendengar bicara, menjadi penghibur kala berduka. Bidadari dunia yang tak pernah merindui kecuali saat berdua dengan Tuhannya. Andai tidak ku temui di dunia ini, mudah-mudahan masih kan ku temui di Negeri Sana. Ameen ya Rabbal alameen.

Panjang membebel pada malam hening, nampaknya perlu dibuat sesuatu agar bebelan ni tak jadi tabiat. [Grrr...] Sekurang-kurangnya perlu ku bayar hutang pada sahabiah. Ah, terlalu lama ana tidak berkarya. Terlalu lama tidak mengusik perasaan dengan keindahan ayat-ayat sastera yang akhirnya ana sendiri ketawa... Kui kui kui. Puitis sungguh bila berkata-kata walau hakikatnya "AKU LAH PEMBULI GANAS MANUSIA-MANUSIA KERDIL". Adoi, rindu pula pada Arissa.

^_^

Moga malam ini lelap ku tidak diiringi tangisan panjang... [mudah-mudahan]

p/s: Membilang hari-hari akhir usiaku. Subhanallah.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

20 January 2009

Sedetik Bila Ku Imbas Kembali


Alhamdulillah. Lama menyepi, pelbagai insiden 'kelakar' yang berlaku sepanjang belajar nak berjalan semula. Tagline Fadilah "Usaha Tangga Kejayaan". Dalam hati bermonolog sendiri, budak ni bagi semangat ke perli nih...? Huhu. Tak baik suudzhon kan, padahal Adik bersungguh-sungguh ajar ana berjalan. Yey! Perasaannya seperti budak baru lulus langkah pertama tanpa jatuh, subhanallah! Nikmat yang hanya Allah mengetahui.

Beberapa hari, sahabiah yang disayangi; ukhti Najwa pula yang diuji dengan Allah. Syafakillah. Moga adik terus sabar dan tak putus-putus putus asa mohon doa dengan Allah, insya Allah selagi kita yakin Allah mendengar doa kita selagi tu lah keyakinan kita dalam meminta-minta dan merengek-rengek padanya akan terus subur.

Faham sungguh dengan apa yang ukhti Najwa lalui. Duduk di hospital, masuk IV drip, ambil darah, cucuk sana, cucuk sini. Huaa... Satu penyeksaan mental yang sangat mengerikan, hehe. Apapun, moga Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan hati untuk meneruskan hidup di ruang hospital. Akak doakan adik cepat sembuh. Ameen!

Yang mampu ana pesankan: banyakkan zikrullah dan baca Al-Quran. Insya Allah bila kita dekat dengan al-Quran, banyak keajaiban yang berlaku. Allah akan bantu kita, lebih-lebih lagi bila jiwa kita sihat mudah-mudahan fizikal cepat sihat. Ameen. Al-Quran ubat bagi ketenangan jiwa, bila jiwa sihat... Secara psikologinya lebih mudah badan nak sihat, insyaAllah.

Subhanallah, balasan dari ukhti Najwa benar-benar menginsafkan ana. Dia yang beri ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Itulah yang ana pesankan pada hati, jangan putus asa. Allah Maha Berkuasa atas segalanya, segala yang ada pada kita adalah milik Nya. Bila-bila masa yang Dia kehendaki untuk mengambil semula, semua di tangan Nya. Hatta nyawa kita, juga pinjaman dari Nya kerana kita adalah milik Dia. Diciptakan untuk beribadah kepada Nya semata-mata.

Manusia... Seringkali, selalu dan sentiasa mudah lupa diri. Faham, berikrar dan berjanji taat setia hidup di dunia hanya sebagai khalifah Nya, berjalan dan bergerak di dunia Nya untuk beribadah dan mengambil ibrah dari segala kurniaan Nya. Nama pun manusia, perlu selalu disentak dengan sesuatu agar cepat tersedar lari lena yang panjang. Indahnya kalau sentiasa dalam perhatian Allah, bila dunia hanya alat bukannya matlamat. Berapa ramai yang benar-benar faham dengan hakikat ini?

Alhamdulillah. Ukhti Najwa menyelami apa yang berlaku padanya. Alhamdulillah, kami dapat berkongsi segala yang berlaku, kerana mudah untuk memahami apa yang terjadi. Alhamdulillah, kami sama-sama merasai apa yang telah Allah tetapkan. Insya Allah, sama-sama memberi semangat pada sekeping hati yang selalu alpa. Allah Maha Mengetahui, setiap ciptaan Nya indah, setiap aturannya berhikmah... Hanya Dia yang mampu meresapi hati ini dengan ketenangan dan kebahagiaan. Alhamdulillah.

Bicara soal al-Quran, kata-kata dari Cikgu Shidee beberapa tahun lalu masih segar dalam otak. Walaupun telah bertukar nombor telifon bimbit juga bertukar talifon, namun ayat-ayatnya masih segar dan insya Allah moga terus kekal dalam ingatan. Ameen.

Bacalah al-Quran setiap hari. Sekurang-kurangnya satu muka surat, kalau tak mampu memadailah beberapa ayat, kalau tak mampu memadailah satu ayat dan kalau tak mampu juga pandanglah al-Quran dan bertanyalah kepada diri:
Ya Allah, apalah dosaku hingga aku tak mampu membaca kitab Mu.

Allahuakbar. Astaghfirullah hal azhim.

Iya, sentiasa menyediakan waktu untuk membaca al-Quran walau satu muka surat. Berapa minit la sangat. Kalau boleh update blog, baca blog berminit-minit (berjam-jam) apatah la sangat nak baca Quran. Mendisiplinkan diri sehari 1 juzuk al-Quran pun belum tentu ramai yang mampu. Seperti kata abi tazkirah tempoh hari:

Di Malaysia, orang yang membawa sepanduk dan membakar bendera Israel belum tentu solat. Malangnya lagi, beriya-iya memboikot barangan Israel tup-tup lepas tu pergi sturbucks (eh, betul ke ejaan ni?).

Kita hanya mampu berjihad secebis cuma, melumpuhkan ekonomi mereka (Israel). Tapi mereka (mujahideen) menggadai nyawa sehabis mungkin demi melihat tanah air terus menjadi hak mereka. Semoga Allah terus memberi kekuatan pada para pejuang yang memperjuangkan Palestin.

Buat adikku, Syahidah Najwa.
Moga Allah kuatkan hatimu. Bila adik dah sihat, insya Allah akak bawa adik lari ye. Nak ikut tingkap ke nak ikut lift? Kalau ikut tingkap, terpaksa akak kuatkan semangat untuk merompak balai bomba, nak 'pinjam' lori bomba sebabnya nak guna tangga bomba tu ambil adik dari hospital. Ehehe. Kalau nak naik lift, akak tolak guna kerusi roda je, boley? (",)

Tak pun, kita panggil Uwais ye... Lalalalala... Uwais My Heart, Durrah My Sweetie & Mus'ab My Gebus Gebus, kholah rindu bangat sama kalian!

Thanks Anyah n Mak Ngah Hanim bawakan Arissa tempoh hari. Sedih sangat tak dapat nak dukung + peluk Arissa macam dulu, bahkan Arissa pun takut nak dekat dengan ana. Adik dan Mahfuzah sangat 'eksen' mengusung Arissa ke sana ke sini. Arissa pula tak nak salam dengan ana, sedihhhhh! Takut agaknya tengok 'nenek muda' bawa tongkat. Adik + Kakak bangga dukung Arissa, ana pun tayang Mr Pooh (itu je yang mampu ku kendong). Terbeliak mata dia, hua hua hua...

Sekali dia ambil Mr Pooh, dia peluk-peluk. Eh, Mr Pooh tu pun lebih kurang besar dia je... Siap cium-cium lagi. Nasib tak jilat-jilat Mr pooh ku, kalau tak... Huhu. Lari-lari, seronok betul tengok Arissa. Sekali dia jerit kuat betul; "Itannn!" Owh, ikan dalam akuarium tu membuatkan dia hilang kawalan. Apa lagi, usik dia... Ngeh ngeh. Adik dukung dia, ana ambil tangan dia letak dalam akuarium. Apa lagi.... Meraung laaaa!

Moralnya: Ko jangan eksen sangat Arissa. Kelihatan je 'nenek muda', tapi masih nakal nak membuli insan-insan kerdil seperti kalian. Muahahah [gelak macam apa ni] Uishhh...

Ok, cukup setakat ini. Sampai ketemu...
Wassalamu'alaikum whb.

Read more...

15 January 2009

Baromkeh Matamu Di Mataku

Penulis: Ummu Hani Abu Hassan
Harga : RM28
Terbitan : Utusan Publications & Distrubutors SDN BHD

Awalnya, saya mula kagum pada peribadi Doktor Husam. Anak muda yang gigih berusaha untuk meraih keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan demi membuktikan kesungguhannya melamar Iman Kautsar. Bahkan sikap beraninya menghantar salinan keputusan peperiksaan kepada kedua ibu bapa Iman Kautsar membuktikan bahawa Husam memang bersungguh untuk melamar Iman Kautsar. Malah, surat untuk kedua ibu bapa Iman lebih banyak berbanding surat untuk Iman.

Bertahun Husam gigih berjuang ilmu, akhirnya dengan mendadak bapa Iman Kautsar memberi pelawaan untuk menikahkan Husam dan Iman Kautsar seminggu kemudian! Dan lebih memeranjatkan 2 hari sebelum Iman Kautsar terbang ke Bumi Syria! Subhanallah!

Dinda berkahwin dengan abang bermaksud dinda masuk ke gerbang universiti...

Itulah dialog Husam yang membuatkan saya berfikir panjang. Ada kah lelaki yang sanggup untuk melepaskan isterinya berjuang sendirian dan terpisah benua sejauh itu selepas 2 hari bernikah? Wallahua’lam. Kala Iman Kautsar dan Salwana sampai ke Bumi Syam, saya hanyut dengan panorama alam bumi ambiya’ itu. Aduh...! SAYA JATUH CINTA dengan penceritaan Ummu Hani. Hampir saja saya menyangka watak utama ialah Iman Kautsar dan Husam, sangkaan meleset.

Banyak watak-watak baru muncul apabila Iman Kautsar dan Salwana di Syria. Terutama watah Fehda Nur yang sering dipandang serong oleh ahli Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Fehda Nur melambangkan betapa cekalnya anak gadis itu berjuang untuk menghabiskan pelajarannya walaupun 3 kali rosib (gagal) madah Sastera Arab! Watak Ziyad, Hamdi dan saff kepimpinan PPMS juga hidup.

Saya terarah pada watak Adawiyah, lembut dan sopan. Masih menjaga perasaan malu di depan ajnabi. Malah, saya hampir membeliakkan mata kala Fehda Nur mengingatkan Iman Kautsar supaya tidak menunjuk jari kepada lelaki Melayu kerana pelajar Melayu sangat pemalu bahkan pandangan banyak terlempar ke tanah. (Masih ramaikah lelaki yang menjaga pandangan dengan sebaiknya?) Geli hati kala Ziyad memuji kecantikan mata Nenek Ahlen, mata yang cantik... Kanak-kanak arab yang seperti Patung Hidup! Subhanallah.

Terkadang, saya tersenyum kecil mengajuk bahasa ammi Syria. Selama ni hanya diajarkan ammi Mesir dan ammi Maghribi, maka saya lebih 'galak' mengajuk bahasa ammi. Betapa masyarakat Arab meraikan tetamu, masya Allah! Tetapi, amat menakutkan apabila perempuan Arab marah, nauz'ubillah. Ummu Hani menulis hasil dari kembaranya di Bumi Syam, maka sangat wajar apabila beliau mampu memperincikan setiap kawasan di Baromkeh dan pekan-pekan sekitarnya dengan baik.

Saya memikirkan penamat kisah Adawiyah pasti dengan pemimpin PPMS tapi... Kalian perlu membacanya sendiri. Betapa Adawiyah menerima dengan tenang bahawa jodoh yang datang bukan sia-sia sebaliknya setiap aturan Ilahi beserta hikmah yang sangat indah. Masya Allah. Tangisannya hanya sekali, tanpa siapa yang peduli. Hanya Allah yang Mengetahui bahawa hatinya terisi dengan kehadiran seseorang namun perancangan Nya lebih baik buat hamba Nya.

Bravo!
Hampir semua wataknya menjadi watak utama! Walaupun watak Ummu Huzaifah sekadar sampingan tetapi masih menjadi penting, watak Annisah juga sangat memukau. Betapa masyarakat Arab memuliakan penuntut ilmu di Bumi Syam hingga menganggap mereka adalah hamba (rakyat Syria) kepada penuntut ilmu, subhanallah! Terarah pada watak Anis, gadis yang tidak betah dengan peraturan ketat PPMS hingga membawa rajuk ingin menamatkan pengajian di Syria dan menyeberangi Jordan! Adakah Anis akan meninggalkan Syria?

Kesudahannya?
Sangat terharu... Saya terbawa-bawa keindahan salju kala musim sejuk di bumi Syam, indahnya lagi Ummu Hani turut mengepilkan gambar-gambar Syria di pengakhiran novel. Masjid Umawi, masjid terbesar di Damsyik mencatat sejarah ijab dan kabul antara 2 watak dalam novel ini!

Alhamdulillah, saya tidak dihenyak dengan cinta 2 insan dilambung asmara rindu selain kalimah cinta dari Husam kepada Iman dan catatan Iman yang menyimpulkan ikatan cinta untuk suaminya. Betapa cekalnya Husam dalam menyuburkan cintanya buat Iman Kautsar hingga sanggup melepaskan isteri tercinta menyeberang laut menyambung pengajian di Syria!

Mahu kerasukan panorama Syria? Selamat membaca Baromkeh Matamu di Mataku... Hikmahnya berfikir dengan akal berpandu iman pada Allah s.w.t.. Terima kasih Ummu Hani kerana membawa saya bersama mengembara ke Bumi Syria!

- in LoVe... SubhanALLAH -

Abi... Later later we plan a trip to Syria ya. Ngeh ngeh ngeh ^_*

Komen:

Selain dihenyak dengan keindahan cinta sesama manusia yang haq (suami isteri). Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk menghayati kesungguhan dan keyakinan dalam berdoa. Seperti mana buku Travelog Haji tulisan Prof Kamil. Ummu Hani mempamerkan kesungguhan dalam menghidupkan watak-wataknya dengan sangat baik, bahawa DOA dalam menghadapi apa jua situasi.

Sentiasa HUSNUDZON dengan semua orang. Sama ada pada pandangan kita, dia adalah dikalangan mereka yang 'tidak baik', hakikatnya berdampinglah seseorang kerana Allah juga semata-sama untuk ukhuwwah fillah.

Secara keseluruhannya, saya lebih mengagumi watak Fehda Nur yang digelar 'perempuan hebat' dikalangan para pelajar Malaysia di Syria namun, saya memandang watak Fehda Nur dengan meletakkan dia di dalam diri saya... Dan akhirnya, saya menangis.. Bersyukur pada Ilahi, moga Dia titipkan kecekalan Fehda Nur yang sentiasa dihimpit mehnah ke dalam diri saya. Fehda Nur membuka mata saya supaya sentiasa berusaha dan tidak sesekali berputus asa dalam apa jua situasi. Subhanallah. I'm admire with Fehda Nur!

Watak-watak lain... Saya mencintai keperibadian Adawiyah! (",)
Moga Allah memberi kekuatan supaya saya dapat berusaha menjadi muslimah seperti Adawiyah yang sentiasa memelihara perasaan malu di hadapan mahupun belakang Sang Adam. Dalam apa jua kondisi, menahan diri dari segala 'rasa' termasuklah pada gelagat insan agresif seperti Fehda Nur. Hehehehe...

Read more...

14 January 2009

Suatu Monolog Untukku Renungi

Sekadar pengalaman untuk berfikir, sekadar coretan agar ana tak lupa kiranya suatu hari nanti Allah tarik nikmat ingatan yang dipinjamkan, sekadar bingkisan bagi siapa yang ingin membaca.

[I]

Sewaktu di hospital tempoh hari, pelbagai pengalaman yang sempat dilalui. Antaranya detik dimana langsung tidak mampu untuk mengangkat kaki kiri hatta 10 darjah! Hanya mencuit saja sudah cukup membuatkan satu badan menggeletar kesakitan. Aduh, betapa sakitnya sakaratul maut. Hanya tulang belakang yang menekan saraf tunjang saja hampir separuh badan tidak mampu untuk digerakkan. Sakit? Jangan ditanya, air mata tak henti-henti mengalir.

X-ray pertama, memang langsung tak mampu nak gerakkan badan. 100% bergantung pada bantuan nurse yang menolak badan ke kiri dan kanan. Setiap yang ada pada kita hanya pinjaman Allah s.w.t., bila-bila masa saja Dia berhak untuk menariknya kembali. Bersyukurlah selagi mampu bernafas!

Bila doktor membuat pelbagai andaian tahap keseriusan tulang belakang yang amat mengerikan, ana hanya tersenyum. Benar, semuanya pinjaman Allah. Tapi ana juga menangis, memikirkan apakah pula keadaan di alam barzakh. Kanser juga mempunyai pelbagai jenis, ada yang aktif dan ada yang tidak aktif. Ingatan terus pada Arwah Pak Ngah, moga Allah merahmati rohnya.

X-ray kedua, alhamdulillah kaki sudah mampu diangkatkan pada 20-30 darjah dengan muka yang berkerut-kerut. Aduh, terlihat tulang temulang dalam badan. Subhanallah. Ini hanya dunia, kalau di alam barzakh nanti apakah tulang akan bertemu tulang ataupun kubur umpama padang yang terbentang luas? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Astaghfirullah hal azhim.

Ultrasound pertama, dalam menahan sakit dan juga menahan lawak dari doktor yang ana fikir memang sengaja berlawak supaya ana tak terfikir dengan kesakitan yang sedang membelit sendi-sendi. Allah, hatiku, buah pinggang ku... Segalanya terlayar di skrin. Apakah hatiku dalam keadaan baik? Kata Luqman al-Hakim, kiranya 2 anggota (hati dan lidah) dalam keadaan yang baik, maka baiklah keseluruhan anggota.

Ultrasound kedua, ana lebih banyak diam. Tidak mahu berkata apa-apa, menahan diri dan hanya memejam mata. Selesai ultrasound, kesengalan yang buatkan staff nurse tergelak: Ummi, bersalin tu sakit kan. Mengandung tu sakit tak? Tapi muka blur sangat (hahahaha...) Kalau di ingat, mesti tersenyum. Soalan apa la. Tak ada kaitan langsung. Tapi ummi kata, bila tengok ana mengerang sakit belakang yang dahsyat tu (dahsyat sangat ke?) teringat pula konstraksi masa nak bersalin. Wah, untung tu tak kahwin lagi dah leh sipi-sipi rasa sakit... (lawak je...)

Di bilik MRI, muka agak pucat. Teringatkan bahan cecair yang bakal disuntik ke urat, sakitnya bukan kepalang. Ini bukan kali pertama menjalani MRI, dup dap dup dap... Hanya cecair biasa yang memberi kesan luar biasa. Pelik, tangan selalu bengkak kalau dimasukkan ubat melalui salur tiub pada tangan. Tak kena gaya, bengkak berminggu-minggu. Manja!

Tukar pakaian. Buka rantai. Terasa mantong je, argh beratnya mata. Badan longlai semacam. Bersedia... Dah baring atas tempat sepatutnya, sempitnya! Siap kena ikat tangan lagi sebab tak nak bagi bergerak. Kalau mati nanti, kain kafan... Ish, tangan terikat juga. Bezanya dalam mesin MRI tu ada juga cahaya, kalau dalam kubur? Keluasan mesin MRI tu hanya muat badan, ada la sikit ruang tapi tak tau nak kata. Kalau kubur... Tanah...


Duduk dalam mesin MRI tu, dup dap dup dap...
Yang hidup PASTI mati, yang mati dah tentu mati. Yang hidup perlu teruskan hidup, yang mati tak hidup lagi kat dunia ni melainkan terus ke alam barzakh dan ke Negeri Abadi. Yang sakit kena la makan ubat, yang sihat belum tentu betul-betul sihat. Eh, apa benda la yang ana fikir. Semua yang pelik-pelik terlintas.

Entah, malam tu... Soalan sengal...
Mati tu sakit tak? Apa rasanya ye nak mati tu.

Oit, sapa la yang boleh jawab soalan ni?
Hakikatnya tak mungkin KITA boleh jawab dengan mudah. Sebab KITA yang sedang membaca ni masih lagi hidup, pastinya belum rasa sakitnya mati. Tahu lagu apa yang ana nyanyikan sendirian dalam mesin MRI tuh?

Menanti di Barzakh!

Ye benar, melalui hadis-hadis digambarkan betapa sakitnya mati. Ingat lagi apa yang ustaz cakap, katanya... Ana lebih ma’ruf sebab bukan harini atau semalam ana sakit. Apa yang ana rasa hanya HUJUNG KUKU je kalau dibandingkan dengan sakitnya mati. Allahuakbar. Astaghfirullah hal azhim. Bila tengok cerita Melayu yang menghidangkan watak orang nazak, ana selalu bergurau pada ahli bait:

Mudah la dia nak mati nanti, dah buat benda yang sama berkali-kali. Dah tau apa nak buat nanti...

Hakikatnya?
Ana bersoal jawab pada diri sendiri. Oh.. Bersediakah aku? Kalau harini? Andai ini adalah tulisan terakhir, adakah cukup persediaannya? Kalau saat ini adalah yang terakhir, apakah sempat untuk bertaubat pada Nya? Kalau nafas ini adalah yang terakhir, apakah sempat menyebut nama Nya? Kalau air mata ini adalah titis yang terakhir, apakah mampu memadam api neraka Nya?

Tuhan...
Kami hamba-hamba Mu yang terlalu lemah, sering pula kami ingkari janji-janji kami pada Mu. Namun, rahmat Mu masih terhampar luas untuk kami yang selalu alpa dan leka. Tangan Mu masih membelai kami dengan penuh setia. Kau masih memandang kami yang bersalut dosa... Ampunkan kami. Ampunkan kami. Ampunkan kami.

Jauhkan kami dari fitnah Dajjal.
Jauhkan kami dari azab kubur.
Jauhkan kami dari api neraka Mu.
Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu.

[2]

Ana memohon maaf secara terbuka pada semua teman-teman mahupun mereka yang setia menjenguk blog. Maaf kerana ana tidak menyentuh isu Palestin seperti kalian. Beberapa kali ditegur kerana seakan tidak menghiraukan isu Palestin. Awalnya ana masih bersikap biasa. Kagum dengan rakan-rakan yang sangat sensitif terhadap isu Palestin, rata-rata blog yang ana ziarahi mengutuk kekejaman Zionis dan seangkatan dengannya. Bangga punya rakan-rakan yang sangat bersemangat seperti kalian.

Sejujurnya... Pada suatu hari yang lalu, hampir 20 blog yang diziarahi boleh dikatakan semuanya mempamerkan kekejaman tentera yahudi. Maaf, ana sangat bermasalah dalam bab mengawal emosi. Ana boleh menangis tanpa henti dengan air mata yang bagaikan air terjun 2-4 jam kalau emosi terusik.

Dan pada hari tersebut, ana hampir pengsan depan laptop! Sensitiviti diri yang tersangat sensitif, waaaaa... tak sanggup! Itu la faktor utama blog ini langsung tak ada gambar mangsa korban Zionis. Ana bukan bermetafora! Memang ana hampir pengsan disebabkan menjamu gambar-gambar korban tersebut. Dengan mayat berlumuran darah, badan yang tak sempurna.

Tak percaya? Hidangkan dan biarkan ana menatapnya beberapa minit. Dan ana akan tumbang tanpa ditolak sesiapa... Ana terus baring dan take a deep breath. Waduh, gawat sungguh. Ana MOHON MAAF kiranya tak ziarah blog rakan-rakan, tahap kesihatan masih lagi belum memuaskan. Ana tak sanggup nak menatap gambar-gambar saudara di Palestin. *_*

Kursus motivasi yang pernah ana hadiri, menghidangkan gambar-gambar saudara mara di Palestin dan ana terus lembik. Maaf, ana bukanlah insan yang cukup bersemangat untuk melihat gambar sebegitu. Agaknya kalau antum hantar ana ke Palestin, belum angkat senjata pun dah semput tengok mayat bergelimpangan.

Ya Allah, aku pasti Palestin tidak selemah diriku
Para syuhada Palestin sedang berbahagia
Berterbangan di dada burung... Bebas...
Para mujahidin masih kental bersemangat
Mencarik perjuangan Salehuddin al-Ayubi
Mencanai kekentalan Saidina Umar al-Khattab

Moga kita disini
Tidak hanya berlumba menjadi Fahri
Pada si Aisha yang diimpi
Tapi mencorak peribadi terpuji
Memperkasa keterampilan diri
Demi agama... Islam... yang kita cintai...!








Dimana bumi dipijak,
Disitu ISLAM dijunjung!

Read more...

11 January 2009

Jangan Pisahkan Aku dan 'Dia'

Ya Allah,
Lindungilah Palestin.
Lindungilah Gaza.
Lindungilah para pejuang Islam.
Moga Engkau suburkan cinta kami kepada 'adik beradik' kami di Palestin.
Suburkan kejituan ukhuwwah kami kepada 'adik beradik' kami di SERATA DUNIA.
Kuatkan iman dan taqwa kami dalam menempuh hidup di dunia.
Pasakkan kami dengan kecintaan pada MU.
Kukuhkan kami dengan keindahan syurga MU.
Jangan lunturkan semangat para pejuang ISLAM di SERATA DUNIA.
Ameen ya Allah. Ameen ya Rahman. Ameen ya Rahim.
Ameen ya Rabb. Istajib doa ana ya Habibi... Ameen ameen ameen.

InsyaAllah, harini sebahagian teman-teman di Universiti Al-Azhar Dirasat Islamiyyah ada imtihan. Moga diberikan ketenangan dan keyakinan sewaktu menjawab soalan-soalan, mendapat natijah yang setimpal dengan usaha, moga-moga berjaya dunia akhirat sebagai ilmuan agama yang disegani kerana ilmu dan amalan yang ikhlas serta istiqamah. Ameen. GOOD LUCK teman-teman di Kaherah, Damanhur, Zagaziq, Mansurah dll...

Terima kasih ya Allah.
Ku bersyukur atas kurniaan Mu. Selautan syukurku hanya setitis dari rahmat Mu. Terima kasih ya Habibi atas setiap percaturan yang Engkau tintakan buatku sepanjang usia ini. Hanya dengan rahmat Mu sajalah hamba Mu masih disini. Masih bernafas dan bergerak, hanya dengan ihsan dari Mu sebagai tanda cinta Mu pada ku. Ya Ilahi. Seandainya telah Kau ciptakan sesuatu yang punya hikmah terbaik untuk dunia dan akhiratku, aku berserah diri sepenuhnya pada Mu sebagai tempat sandaran dan pengaduanku. Ya Ilahi, bukan aku tak tahan dengan ujian Mu, aku hanya nak mengadu pada Mu tempat aku kembali nanti. Terimalah pengaduan serta pengharapan ini. Tiadalah dayaku tanpa pertolongan dari Mu.

Syukur atas segalanya.
Dia menghadirkan 'dia' saat kerapuhan yang teramat sangat. Saat ketidakmotivasian diri beraja di dalam hati dan emosi, Engkau datangkan 'dia' yang seakan meniup semangat dan menyubur taqwa hamba. Alhamdulillah. Syukrillah ala nikmatillah ya Allah. 'Dia' selalu hadir dan masih setia menerima diri ini seadanya, diri yang serba kekurangan dan nyata pula kelompongan sebagai manusia biasa. 'Dia' pelengkap kehidupan yang penuh pancaroba. Sesungguhnya Engkau memberi apa yang hamba perlukan, walaupun munajat serta bingkisan dari hati tidak Engkau penuhi namun Engkau gantikan dengan perkara yang jauhhhhh lebih baik untukku. Moga ianya baik untuk agama, dunia dan akhiratku. Insya Allah. Ameen.

Syukur atas suratan takdir Ilahi.
Kehadiran'nya' sangat mendamaikan relung jiwa. Kehadiran'nya' menyemai sabar yang sangat rapuh. Hanya dengan kehadiran'nya', hidup ini sangat indah. Setiap duri dan jarum kehidupan hanyalah satu permainan dan titik tolak perubahan diri yang sangat mengasyikkan. Pengalaman dan pengorbanan yang dilakukan terasa sangat dihargai bila 'dia' bersama. Tuhan, terima kasih kerana menghadirkan 'dia' dalam hidup hamba yang sering alpa dan leka dengan permainan dunia. Maafkan hamba yang selalu menyepikan diri dari'nya' lantaran kebodohan diri yang nyata. Sungguh, hidup ini tersangat indah dengan 'dia' dihati. Yang sentiasa membelai relung jiwa supaya infaqkan diri pada perjuangan, pada ummi dan abi, pada agama dan adik-beradik di serata DUNIA. Tuhan, jangan ambil 'dia' dari hidupku, kerana 'dia'lah sumber pengharapan diriku menggagahi segala ujian yang Engkau semaikan supaya hamba selalu mencari ruang untuk berfikir dengan'nya', supaya hamba TAHU dan sedaya upaya MAHU bersyukur dengan takdir terindah dari Mu.

Tuhan... 'Dia' adalah sumber untukku bernafas. Jangan pisahkan kami. Walau dunia terbelah dua... Walau dunia hilang rasa kasih dan cinta, izinkan kami KEKAL bersama selama-lamanya hingga ke Negeri Abadi yang kekal selamanya. Hanyalah 'dia' terbaik untukku walau ku tahu 'dia' adalah kekasih terbaik dalam kembara ini. Siapalah aku tanpa 'dia' dihati, siapalah aku tanpa 'dia' bersama dalam hari-hari ini... 'Dia' menyemai cintaku pada Mu, juga kerana manisnya mencintai'nya' membuatkan aku sangat bersyukur kerana diberi peluang menyayangi dan sentiasa belajar menjadi manusia yang penyayang pada ayah bonda, akhun wa ukhtun, sahabat-sahabat dan 'adik-beradik'ku di serata dunia. Tuhan, 'dia' adalah anugerah yang lebih bermakna yang Engkau suburkan melalui ummi dan abi dan kecintaan ku pada Mu melangkaui segala-galanya hanya kerana kehadiran 'nya'. Tanpa 'dia', siapalah aku dipandangan Mu Tuhan. Hanya insan yang terlalu hina, terlalu kerdil dan jahil menilai cinta Mu.

Terima kasih Tuhan.
Sentiasa mengingatkan cintaku pada'nya' walau apa jua yang Engkau hadirkan. 'Dia' datang saat aku gembira, saat berduka juga saat aku menghitung waktu untuk kembali pada Mu. Setianya 'dia' dihati juga adalah kerana rahmat dari Mu. Hamba pohon ya Allah, kekalkan 'dia' selamanya di dalam relung jiwa ini kerana 'dia' adalah IMANKU ya Allah. Jangan pesongkan hati ini setelah Kau berikan hidayah Mu. Tuhan, hamba pohon... Kekalkan nikmat iman dan Islam. Kekalkan kemanisan imanku walau tat kala nyawa di pertaruhkan. Ameen ameen ameen...

Jangan pisahkan aku dan 'dia'...
'Dia'lah sumber inspirasiku...
'Dia'lah sumber cintaku pada Mu...

Read more...

10 January 2009

Senyum.. Senyum.. Senyum...!

Salam’alaykum...

Alhamdulillah wa syukrillah.

9 Januari (Jumaat) dilepaskan keluar wad. Alhamdulillah. Penderaan mental berakhir dengan sebuah senyuman palinggggggg sweet (huhu). Senyum pada staff nurse, senyum pada ummi, senyum pada abi, senyum pada adik-adik (yang memonteng sekolah) sebab nak ambil kakak nya di hospital. Abi sampai masa baru habis buat fisioterapi, tengah makan nasi dengan ummi.

Senyum... Senyum... Senyum pada awan, pada bulan, pada bintang, pada matahari, pada matahati, pada langit dan seluruhnya. Senyum... Senyum... Senyum... Sedekah yang paling mudah. Apa yang tergambar di wajah adalah apa yang tersingkap dari hati. Senyum... Senyum... Senyum... Senyum pada semuanya. Opsss... Tundukkan pandangan.

Kebetulan, Sultan Perak datang ke hospital. Not to sure sama ada melawat ataupun mendapatkan rawatan. Yang pastinya, abi kata keluar ikut pintu belakang sebabnya pengiring sultan penuh di lobi utama hospital. Tunggu orang bawakan kerusi roda. Senyum... Senyum... Senyum... Selamat tinggal ‘white house’ yang mengajarkan erti kedewasaan padaku.

Alhamdulillah. Ana sudah mula berjalan (walaupun belum sempurna) dengan tongkat. Sudah mampu untuk berdiri (walaupun lambat dan perlukan sokongan). Hasil x-ray, MRI dan ultrasound. Alhamdulillah. Syukur pada Allah, tiada apa yang terlalu serius (kanser/ketumbuhan mahupun keretakan) pada tulang belakang. Mungkin di hospital kerajaan tempoh hari, x-ray diambil dalam keadaan ana yang shacking (menggeletar) kesakitan menyebabkan x-ray tak tepat. Wallahua’lam.

Kata Dato’ Dr Siva,
“Don’t worry pretty girl, you will be fine. Nothing serious but you must always be carefull, don’t do anything rushing. Jangan angkat benda berat, jangan buat kerja berat, please make sure don’t falling down. Okay?”

“Okay!” Soft spoken sungguh doc ni. ^_*

Lepas pick up di hospital, abi & Aiman solat Jumaat. Duduk dalam kereta, just boleh turunkan seat je. Lama duduk dalam kereta, sampai di rumah Tok Mak pun duduk juga. Malam, kaki dah bengkak dan mula terasa sakit. Alhamdulillah, kaki je sakit, tulang belakang dah tak terlalu sakit seperti mula-mula. Dah mampu duduk tanpa sokongan dari orang lain. Yang paling seronok dah boleh solat duduk walaupun hanya atas kerusi. Masih belum mampu rukuk dan sujud sebab tulang belakang & kaki tak boleh “stress”.

Hanya tulang yang menekan saraf tunjang.

Tidak ada apa-apa yang serius. Kata abi, kalau stay di hosp kerajaan tempoh hari masih di tahap “eksperimen”. 6 doctor without experience dan sentuhan Dato’ Dr Siva yang sangat experience... Sungguh! Kaki langsung tak di kepak. Hanya disentuh pada bahagian jari kaki dan selebihnya beliau melihat result MRI dan x-ray. Ultrasound dari Dr Mohamed Ishak pun sangat profesional! Tak ada apa yang aneh.

Dato’ Dr Siva dah berpuluh tahun di bidang ortopedik, pakar ortopedik yang terbaik di Asia Tenggara. Masa admit di ER (emergency room) pun abi minta khidmat Dato’ Dr Siva, dan doc di ER pun segera “bersetuju” because he is the best! Pengalaman abi, masa sakit dulu pun Dato’ Dr Siva tak banyak songeh. Lepas x-ray terus buat rawatan. Tak de pula nak kepak-kepak kaki (mengomen doc gov lak, huhu).

Sembang dengan Dr Morgan (O&G), keluar la pasal ‘kisah-kisah lalu’ dan keluar nama Dr Zakaria (neurologist ISC). Tak sangka rupanya Dr Zakaria one of the specialist yang top di Asia. Berlagak sungguh budak ni, nak khidmat yang ternama je. Doktor yang ‘kanyaq’ langsung tak pandang, huhuhu. Bukan tak pandang tapi tak sanggup dijadikan bahan ujikaji. Kepak sana, kepak sini.Yang tak sakit pun jadi sakit. *_*

Bila sakit begini, syukur tak terhingga pada Allah. Walaupun diuji dengan kesakitan, namun dianugerahi dengan ummi dan abi yang sangat setia memberi semangat, sahabat-sahabat yang setia mendoakan, keluarga di kampung yang tak putus asa solat hajat untuk ana. Moga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik pembalasan. Ameen allahumma ameen.

Bayar bil hospital. Ana diam, tau pada angka yang ‘mengalir’ keluar tapi abi sangat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Kata abi:

“Sentuhan seorang doktor yang berpengalaman jauh lebih berkesan dari sentuhan try and error 6 doktor tanpa pengalaman.”

Alhamdulillah. Kondisi sudah semakin pulih. Secara psikologinya 80% sudah sihat, dari segi fizikalnya 60% lebih baik dari dahulu. Hanya perlu tekun melakukan fisioterapi agar boleh berlari seperti dulu (eheks). Rindu sangat pada buah hati... Uwais, Durrah dan Mus’ab, terima kasih kerana cerita dan kerenah antum di blog Ummu Uwais teramat menghiburkan hati sewaktu di hospital! ^_^

Indahnya perasaan dah balik ke rumah. Walaupun pergerakan masih terhad tapi lebih privasi, yeyeyeyeye. Dah jumpa pakwe (teddy bear), dah lepaskan rindu. Sebaik-baik tempat ialah di rumah. Fizikal hanya luaran, yang penting rohani dan mentalku sihat. Insya Allah.

Sahabat tanya, selain cerita sakit tak sentuh sedikit pun isu Palestin? Jawapan ana masih seperti dulu: Menulis bukan apa yang ana MAHU tapi menulis apa yang ana TAHU. MAHU menulis tanpa TAHU menulis, lain jadinya. TAHU apa yang MAHU ditulis lebih mudah. Just flow like a river. Hanya nak kata:

“ISLAM TAK MENANG KALAU HANYA PALESTIN YANG BERJUANG. SELAGI PEMUDA HANYUT DENGAN HIBURAN, PALESTIN TERUS BERDARAH. MANA PERGINYA SALEHUDDIN AL-AYUBI SEDANGKAN SEMUANYA BERLUMBA MAHU MENJADI FAHRI.”

Aku hanya musafir... Kerdil disisi Tuhan...
Salam perjuangan buat para pejuang agama dan buat teman-teman di Universiti Al-Azhar, selamat menempuh imtihan! Moga natijahnya nanti JAYYID JIDDAN. Insya Allah. (",)

p/s: Insya Allah akan disambung dengan pengalaman di 'white house' sepanjang menjalani rawatan. Moga mendapat iktibar dari sebuah kisah insan biasa.

p/s: Dik Azmah, Insya Allah I will try to write something for you dear. Kuatkan semangat!

Read more...

07 January 2009

Sakit Hapuskan Dosa

DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).

Petikan Mastika Hadis terbitan Jakim.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

Dari Jendela Hospital

Assalamualaikum whb.

Lama tak dapat nak update blog. Alhamdulillah, akhirnya harini sempat meng'update' blog dari hospital. Chayok la, orang ketiduran dek kesakitan leh pula budak ni update blog. Keh keh keh...

TQ abi bawakan laptop with broadband untuk mengisi waktuku... hihi

Terkejut bila beberapa sahabat menghantar SMS tanyakan situasi ana, sedangkan ana tak bagitau pun. Rupanya menjenguk jurnal sebentar tadi, Abu Uwais dan Ummu Uwais war-warkan dalam blognya & jurnal ana. Syukran pada semua, tak sempat nak balas semua mesej. Full time tidur je, hohoho.

Kisahnya begini. Sakit belakang yang pada awalnya hanya 'sipi-sipi' semakin sakit dan sakit... Awalnya masih mampu berjalan dan akhirnya bertatih sampaikan abang-abang 'penat' tunggu ana berjalan, dorang pun dengan bangganya nak mendukung ana. Heheh, jadi baby balik. Nak didukung pun sempat nangis se'round' nak letak pun nangis lagi. Akhirnya kesakitan yang teramat hingga membuatkan diriku surrender! Hihi, pada hari Ahad lalu (4 Januari) abi hantarkan ke hospital.

Melihat diriku yang sudah tidak mampu berdiri lagi, jeng jeng jeng... Sampai hosp, terus buat x-ray pada tulang belakang, tulang pelvis dan bla bla bla... Diagnosis awal: Keretakan pada tulang belakang, subhanallah!

Esoknya, Isnin (5 Januari) kes dirujuk kepada pakar ortopedik di Hosp Besar Ipoh. Walla, ingatkan just check tapi kena admit juga. Time ni macam nak 'makan' je orang yang memaksa ana ke hosp. (Tak perlu diberitahu namanya, sapa rasa dia yang memaksa, faham sendiri je lah) :D Ouch, sabar je la. Huhuhu...

Tak ada progress... Doc menganalisa kembali, makin kecut perut bila mereka masih muda. Kata orang utara, duk 'kanyaq' lagi. Just try and error. No treatment, just giving me painkiller. Hanya kaki ku yang dikepak-kepak. Apa lagi, nangis je la. Huhuhu.. Cengeng sungguh! Nak kata jatuh pun tidak, nothing! it just happen like that... Sakit dan semakin sakit hingga kaki kiri langsung tak boleh digerakkan. Hatta adik nak pakaikan stokin pun ana nangis... Ngeh ngeh ngeh. Cengeng tul la.

Doc buat beberapa andaian:

[1] Bengkak pada tulang
[2] Kanser tulang
[3] Ketumbuhan pada tulang

MasyaAllah, doc ni buat ana takut je. Aduih, seghiau!

Doc kata nak buat MRI then tak jadi, buat ultrasound pula. Just waiting sampai petang baru doc bagitau ultrasound buat 9/1/09 (Jumaat) sebab kena que up. Alamak, ana dah tak mampu nak tunggu dan tunggu without any treatment. Ngadu pada abi, kalau boleh minta discharge dan masuk privet hosp. Doc pun macam tak confident, duk ulang buka nota... Huhu. Dikelilingi 6 doc muda dan 1 doc agak berusia, terasa macam bahan eksperiman. Memang mereka menggelar ana "INTERESTING CASE" sepanjang bersoal jawab.

Tau, mereka dalam proses nak study. Tapi, rasa tak mampu nak bertahan. Lepas ultrasound, baru que up MRI pula. Hmmm, nak kata ana manja pun, katalah. Nak kata mengada pun, katalah. Yang menanggung, badan ni jugak. Larat ke hari-hari nak kene kepak kaki, doc pula tak habis-habis ngan andaian. Huwaaaaaaa...

Semalam (6 Januari) abi minta discharge dari GH. Doc semuanya frusted bila abi kata nak bawa ke privet hosp. Urm, tau la ana sememangnya interesting case pada mereka but tak mampu rasanya nak waiting. Orang kata, bese lah abi ada duit. Now, we are not talked bout money, we talk about PAINFULL. Huk huk huk. Maghrib semalam discharge dan dinner terus admit ke privet hosp. Sampai je sini, on the spot buat ultrasound.

Harini (7 Januari), early morning Dr Siva (the best ortopedic di Asia Tenggara) datang. Check my left painfull leg, buat x-RAY, MRI and 2nd time ultrasound. Wah... Tunggu result je la. Hope tak seserius yang doc-doc GH ramalkan :'(

Ya Allah,
Bukan aku tak tahan dengan ujian Mu,
Hanya nak mengadu pada Mu,
Tempat aku kembali nanti...

Syukran wa jazakumullah pada semua yang mendoakan.
Doakan iman ana, doakan kesabaran dan ketabahan ana.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO