Manfaatkan Cuti Sekolah
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik masih lagi celik ye. Pinjaman usia yang Allah amanahkan, moga kita guna dengan baik. Insya Allah. Alhamdulillah, sepanjang cuti sekolah banyak perkara yang dapat kami lakukan bersama! :) Antaranya ziarah nenek di kampung, mengikuti abi ke Kuala Lumpur (sementara abi meeting, sempat shopping di MidValley, bagus kan?!) :P dan juga... hehe...
Pagi tadi Allah beri ingatan juga pada ana untuk sabar menanti di depan TV, tunggu kemuculan Cikgu Shidee di TV1. Seawal jam 7.30 a.m dah buka TV1. Sesuatu yang agak jarang (macam tak pernah je) dilakukan, selalunya pagi-pagi ana sibuk di dapur. Tapi, pagi ni ana pesan pada abi nak tengok TV1. Hehehe. Alhamdulillah, dalam penantian tu tertunggu juga... Mana tak keluar pun orangnya. Finally, keluar juga. Aiwah, baju batik hijau lagi. Semakin 'sihat' sifu ana ni, ehehe.
Topik yang dibincangkan ialah penggunaan waktu sepanjang cuti sekolah. Masa yang berkualiti bukan hanya pada kuantiti tetapi kualiti bersama keluarga. Peranan ibubapa dan lain-lain lagi. Bagi ana, walaupun belum ber'ANAK' lagi tetapi sebagai supervisor pada adik-adik maka banyak yang perlu ana ambil tahu dalam menguruskan keperluan mereka. Rohani, jasmani dan emosi... (walaupun ana sendiri sering beremosi, huhu)
Kadang-kadang ana terpaksa membaca kembali buku zaman kanak-kanak, untuk refresh apa yang perlu ana beri pada adik-adik. Kadang-kadang ana juga mengaku kalah berdepan dengan mereka, bila rasa geram... Air mata juga yang mengalir. Jadi, bila cuti sekolah ni banyak masa yang dapat kami manfaatkan bersama! Seusai mendengar kalam cikgu Shidee di TV1 maka ana terus mendapat idea...
Abi balik petang nanti (habis kerja) nak ajak abi ke padang golf! Nak berkelah di tepi tasik yang indah, sambil jogging dan menikmati pemandangan alam yang serba hijau. Padang golf yang berstatus privet, maka memang selalunya keluarga kami saja yang berjogging tapi dah lama sangat ana tak jogging. Alhamdulillah, hari ini adalah hari pertama ana jogging setelah keluar dari hospital awal tahun lalu. Mabruk Syirah! (^_~)
Abi balik lunch, abi tak berapa sihat. Maybe gula kurang dalam darah buat abi pening yang agak teruk. Padahal setiap pagi ana make sure abi minum yang manis, letak gula walaupun kurang manis. Gula tetap perlu untuk badan walaupun diabetis. Hurm! Abi penat sangat agaknya kebelakangan ni banyak travel. Jadi, rancangan kami terpaksa di ubah untuk berkelah belakang rumah sambil main buaian. Tapi, petang tadi Arif (jiran) hantar Laksa Terengganu makanya petang lepas solat Asar kami makan laksa dalam rumah. Tak jadi berkelah di padang golf mahupun belakang rumah. Sedih ker? (T_T)
Lastly, lepas siap makan laksa... Kami bertiga (power-puff muslimah) :D jalan-jalan hirup udara segar petang yang hening. Konon nak jogging di padang bola, tapi ada orang asli main bola pula. Mujur mereka main di bahagian selatan, jadi kami bertiga dapat jogging di bahagian utara. Tak jogging sangat pun, main naik turun tangga entah berapa kali. Bangganyeeeee! (^_~) Seronok sungguh riadah macam ni, dah lama sangat tak buat aktiviti luar macam ni. Walaupun ada orang yang nak ajak lumba lari tetapi tak mampu la rasanya nak patahkan hati nanti kalau kalah tak pasal-pasal ada yang terjun tasik mencari ikan duyung (ikan dugong agaknye). Sian dia kan! :D
Hihihihi, mengada lak. Mentang-mentang baru baik demam :P
Kalau semput tengah padang tadi baru ku tahu! Hehehehe. Esok kalau sempat boleh lagi jogging sambil berhalaqah dengan adik-adik di satu 'pot' baik punya, kami dah roger. Ngeeeee ~
Buat adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik... Manfaatkan cuti sekolah dengan baik. Selain melancong dan melencong ke mana-mana, jangan lupa jadikan cuti sekolah sebagai medium penambah perasa kasih sayang dengan solat berjemaah. Insya Allah.
6 leaves:
Salam Kak Syirah comel :P
Subhanallah cantiknya kawasan tu. Hijau jer, itu baru dunia. Macammana la agaknya keindahan di syurga ye, masya Allah!
Kak Syirah pakai baju+tudung ungu, memang taksub sungguh dengan ungu yerk! Nanti kawin pun ungu juga la tuh, hihi sweetnyeeee :D Da, nampak da niqab hitam...:P (kantoi yerk)patut lah x bagi ambil gambar :P
amboi..bkn maen eksyen lg awk ya,mntg2 dpt riadhah blkng umah.lumba lari ek,skali kena kejar ngn bdk2 org asli bru tau,hehehe;))
pantun utk awk:
buai laju2,
sampai pkok sena,
ape kaler baju,
unggu warnanyee..
Amboi Syirahhhhh....
Ungu maaaa! Takpe, nnt walimah pun pakai baju ungu gak tau, mesti sweet jer! (Napa suh Syirah kawen ek. Uwais kecil lagi. Huhu) :P
Hati-hati belakang anda tu wahai cik Syirah :) Jangan sampai mencederakan tulang belakang :)
Barakillahu fiik.
Salam Fatimah yang cantik :)
Alhamdulillah, Allah berikan keindahan untuk kita sama2 nikmati.
Ungu?? Wahhh... Tenkiu2 kerana bg idea menarik, nnt kene carik la baju ungu utk walimah. hik hik hik.
Acik tedy:
hehe, sekali sekali kan eksyen. bukan selalu pun :) Tak kene kejar pun sebab dorang tahu dorang lari lagi laju dr saya, huhu.
buai laju-laju,
sampai pokok cemara,
apa kaler muka,
pink sudahnya... :P
Balqis my bunny (haha)
Hehe, orang kalau dah sweet pakai baju ape pun sweet gak kak oiiii :D
Insya Allah, nanti saya pakai supporter tulang belakang ye kak. Tapi macam susah gerak je kalau pakai.. huk huk. Gune tongkat pun sengsara, nak pakai supporter pula, lagi la double sengsaranya. Hehe. Kalau Uwais tecik lagi, kawen ngan amirul. Hohoho. Amirul dah besar :P
Post a Comment