"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

19 June 2009

Nikmat Yang Dilupakan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Allah masih mengurniakan usia buat kita untuk berfikir dan merenung kejadian Nya, apakah mahu disyukuri atau dikufuri? Terpulang pada penilaian iman dan ketaqwaan yang ada pada sekeping hati. Wallahua'lam.

Salam keceriaan pagi Jumaat, moga kita masih berdiri di bumi Nya dengan kesihatan iman dan fizikal yang baik. Insya Allah. Bicara untuk pagi Jumaat yang indah, antara nikmat-nikmat yang Allah pinjamkan, terlalu banyak nikmat yang tak sempat dan tak sanggup kita hitungkan. Betapa pemurahnya Allah pada kita, hamba-hamba yang sentiasa lalai dalam mengingati Nya, hamba-hamba yang sentiasa memburu dunia dan melupakan negeri Abadi yang dijanjikan Nya bahawa ia adalah kepastian bagi kita semua.

"Maka diantara nikmat-nikmat Tuhanmu, nikmat apakah yang hendak kamu dustakan.?"

Tidak perlu dihitung nikmat yang pelbagai, bicara saja soal nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan untuk kita. Sebanyak mana kita mentafsirkan syukur pada Allah dengan kesihatan yang diberikan kepada kita, adakah dengan berjalan tanpa arah tujuan? Mencari bahan cerita yang tidak bermanfaat? Bermain dan melayari internet dengan perkara yang tiada faedah? Menghabiskan masa dengan chatting YM, g-talk dan sebagainya? SMS pada sahabat-sahabat atas urusan yang tidak penting? Banyak sangat yang kita habiskan dan perhabiskan usia atas urusan yang tidak penting sedangkan dalam masa yang sama kita menggunakan kesempatan nikmat kesihatan atas jalan yang tidak membawa faedah.

Mengapa ana berkata begini? Dihantuk kesedaran yang 'sedar' dalam sedar. Semalam, seharian dari pagi hingga ke malam hari ana 'menghabiskan' masa dengan jayanya hanya dengan tidur. Sedar benar diri ini, Allah sedang mentarbiyyah dengan cara Nya. Sedar juga hati ini, Allah sedang memberitakan sesuatu untuk bermuhasabah. Sedar jiwa ini bahawa aman akan perkhabaran dari Allah bahawa Dia sedang mendidikku untuk sandarkan harapan hanya pada Allah. Tidak berharap pada manusia yang turut sama lemah seperti ana.

Ana meninggalkan semua rutin harian dek kerana badan yang terlalu lemah, mata juga tidak mampu bertahan lama dan kembali terpejam dan terus pejam dalam dakapan Allah. Kalau dulu, ana sering berkata; ini tanda Allah masih mengingati ana dalam ana selalu melupakan Nya apabila 'senang'. Tetapi, hati kembali terpujuk dengan satu kata-kata biasa yang luar biasa bagi ana.

Allah sedang membersihkan ana.

Itulah kata seorang ustaz yang ana lebih senang memanggilnya Babah. Fitrah manusia itu bersih dan dekat dengan Allah, tetapi semakin usia bertambah dan semakin bertambahnya titik noda dalam hati maka semakin jauh kita dari Allah. Sudah fitrahnya kita dekat dengan Allah, apabila bahtera pelayaran tersasar dari tujuan kita hidup (beribadah kepada Allah) maka Allah dengan cara Nya akan menggetarkan ombak agar pelayaran kita kembali pada jalan sebenarnya.

Semalam, abi menghulur kembali tongkat yang ana simpan kemas (siap lipat lagi tuh) untuk digunakan semula. Barangkali kesakitan setiap genap saraf menjadikan ana si ulat gonggok yang kesejukan maka tulang belakang menjadi 'mangsa' keadaan. Kesakitan kepala atas apa yang ana sedia maklum, ana usahakan untuk 'berehat' dari melakukan sebarang aktiviti fizikal. Bimbang terjatuh atau terhantuk dimana-mana, takut-takut kelalaian diri menyusahkan orang lain. Amaran dari neurologist masih ana simpan kemas-kemas; "jangan sampai kepala awak terhempas lagi, bimbang berlaku pendarahan otak." :)

Tahun lepas beberapa kali kepala terhempas dan mengambil masa yang berbulan untuk kembali lepas dari 'sengsara' sakit kepala. Hik hik hik. Segenap ruang saraf bagai disentap-sentap, arh... terlalu sedikit dibandingkan sakit untuk melepaskan nyawa saat sakaratul menjelang kelak. Moga kerinduan ini terubat tatkala Tuhan menghadirkan mehnah agar diri ini muhasabah. Tenanglah sang hati, pujuklah badanmu untuk bertenang sepanjang 'kerja-kerja pembersihan' dilakukan oleh Allah. Tidak ada yang lebih indah dan enak selain nikmat ketenangan dalam hamparan rahmat Allah, disisipkan iman untuk bermonolog dengan hati kala badan kalah dengan bisikan syaitan.

Arh... Lupakan saja kesakitan yang hadir kerana nikmat disana jauh lebih besar. Pasti Allah mengasihimu, 'dibasuh' dengan cara Nya. Moga menjadi kaffarah (insya Allah, ameen) kerana Dia Maha Tahu diri ini terlalu kerdil dan lemah berdepan ujian maha hebat di sana.

Hargailah setiap nikmat-nikmat Nya,
Usah terhantuk baru mengadah...

TaHNiaH ukhti Alwani atas pembinaan blog. Moga permulaan ini buat akak thabat dalam perjuangan. Selamat menulis dengan santapan-santapan minda dan rohani. Syukran atas kebaikan yang kakak berikan pada diri ini. Moga Allah membalas dengan sebaik-baik pembalasan. Ameen.

p/s: Keep silent for a moment kerana mata ana semakin layu. Gagahi juga untuk menulis agar tak kalah dengan keadaan yang dhaif. Salam sayang buat sahabat-sahabat.

3 leaves:

adik mucuk,  19 June 2009 at 14:52  

aslmkm akak mucuk.rasa cam nak nanges jer baca entry nih...
Allah menguji hamba2nya mengikut cara yg dikehendakinya.But actually ujian itu indah kan...sbb hanya org yg terpilih jer yg boleh merasainya...ngeh ngeh ngeh
akak doakan adik pun kuat semangat yer...
MIZ U...

ummu uwais,  19 June 2009 at 15:40  

Salam dik sayang.

Syafakillah. Moga tabah ye dik. Sebak baca catatan hari ini, tatkala Allah menguji dirimu dengan fizikal, yakin apa yang Dia ambil digantikan dengan perkara yang LEBIH baik iaitu sabar dan tabah serta tawakal pada Allah. Kepasrahan diri pada Allah. Tidak semua insan 'sanggup' dan 'gagah' menghadapi apa yang adik hadapi.

Kalau akak... Mungkin akak juga akan terduduk malahan mungkin tersungkur terus. Kuatkan semangat!

Insyirah 25 June 2009 at 09:36  

Dik Mucuk dan Kak Cayang (eh, mak mertua la...hik3)

Salam'alaik, asif baru balas mesej antunna... hehehe, syukran2 atas komentar dna semngat! jazakillah.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO