"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

16 June 2009

Rindu Sebuah Kerinduan

Bismillahirrahmanirrahim...

Moga kita dalam keadaan iman dan fizikal yang sihat, insya Allah. Pagi ini entah kenapa banyak mengelamun, sampaikan ada yang hangit dibuatnya masa buat breakfast. Beberapa hari yang sangat 'misteri' untuk dirungkaikan.

Rindu pada seorang insan yang kerdil, insan yang berpegang pada prinsip hidup, insan yang tak mudah jatuh walaupun seringkali tersungkur terus (apakah maksudku ini?), insan yang sangat merindukan suasana tarbiyyah, insan yang selalu menyediakan masa untuk membaca, insan yang selalu 'nguks'kan orang dengan kesengalannya, insan yang selalu tersenyum dalam kepayahan, insan yang... yang... yang... terlalu dirindui ialah watak kepada diri sendiri.

Masa bergerak, bumi berputar pada orbitnya, awan masih memutih, langit masih cerah, burung masih berkicau dan matahari masih garang seiring itu pengalaman dan pertambahan usia meningkat dalam sedar atau tidak. Dalam segalanya bergerak pada sunnatullah, diri masih tercari-cari jalan mana yang harus dilalui. Terkadang merasakan diri melaghakan orang lain dengan kesengalan-kesengalan yang tak lain sekadar menghiburkan sekeping yang bernama hati. Terkadang malu apabila ditanya "berapakah umurmu?" mahu saja ku jawab 4 tahun, itu tandanya belum mumaiyiz, belum menanggung beban dosa, hati juga masih dengan fitrah.

Aduh, andai saja mampu... Tetapi kudrat sang hamba dan sebagai hamba, sungguh tak mampu menjawab begitu. Mustahil barangkali! Masakan mahu menjawab 4 tahun?! Tetapi, seiring pertambahan usia semakin beban perasaan ini ku bawa bersama. Adakala tersenyum pada gerak dan tari alam sekeliling, adakala menangis sendirian di tikar sejadah. Apakah masih ada sinar dalam cahaya terang ini? Keupayaan berfikir dan keupayaan mencerna apa yang difikir, gawat sekali mahu diterangkan.

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-

Merindui diri yang dahulu, terasa semakin diri ini hanyut dengan arus dunia lalu terkapai-kapai mencari pelampung akhirat. Masih ada waktu untuk bangkit dan kembali berenang ke muara cinta Allah! Masih punya kesempatan selagi masih mampu bernafas di bumi Nya.

Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati lillahi rabbil 'alamin.


Memanfaatkan masa dengan membaca, buku-buku yang sedang usaha dihabiskan.

NOVEL - Bidadari Dari Timur - Tamat
NOVEL - Cerita Dari Hati
SIASAH - The Great Wife: Aisyah r.a.
SIASAH - Mutiara 2 Tok Guru
PSIKOLOGI - Bercinta Sampai Ke Syurga - Hampir tamat
PSIKOLOGI - Aku Ingin Bercinta Tetapi Dengan Siapa?
ROHANI - Kisah Cinta Dalam al-Quran - Hampir tamat

Buku Bidadari Dari Timur tulisan Ili dan Tuan Sabariah (isteri kepada TG Nik Abdul Aziz) buat diri ini banyak berfikir. Terendam dalam lautan sakinah saat menghayati perasaan beliau, aduh.. Kalau bersua muka, entah apa pula perasaan ana.

Buku The Great Wife: Aisyah r.a. ni sebenarnya sudah lama dibeli tetapi memandangkan buku itu duduk dalam plastik maka amat berat sekali nak buka plastik, sayang. Tapi, sayangkan kulit hingga isinya tak dirungkai... Apa kes, huhu. Ok, Ok...! Mesti buang plastik dia. (Lepas ni beli buku yang tiada plastik ye.)

Buku Aku Ingin Bercinta Tetapi Dengan Siapa? adalah buah tangan dari penulis buku Warkah Cinta Berbau Syurga, novelnya yang lalu terlalui puitis dengan sentuhan sastera. Warna-warna kehidupan di Bumi Kinanah diceritakan sungguh terperinci dengan nilai-nilai sastera yang tinggi.

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO