Anti-Couple?
Bismillahirrahmanirrahim.
Insya ALLAH, ana akan meninggalkan blog seketika. Kesihatan terganggu... (tu la, minta sangat, kan dah dapat). Asif yer pada sahabat-sahabat yang comel, dengan slumber ana tak balas sms antum. Kesemputan yang agak teruk semalam, penat sangat-sangat. Ana mungkin akan meninggalkan blog beberapa hari sepanjang permusafiran. Jadi, jangan nakal-nakal yer! :P
Sambungan dari artikel sebelum ini.
Dalil yang paling jelas kenapa bercinta/couple itu perlu dijauhi ialah; Janganlah kamu sekelian mendekati zina, kerana zina itu perbuatan yang keji. [Al-Isra’ : 32] namun dikalangan kita hanya memahami ayat ini adalah untuk mereka yg ingin melakukan penzinaan sahaja, inilah pandangan-pandangan yang dangkal dengan tidak merujuk kepada pembahasan sebenar maksud ayat ini. Ketahuilah bahawa ayat tersebut tidak mengatakan jangan berzina, tapi jangan mendekati, kenapa?
[1] Biasanya org tidak terus melakukan zina tapi melalui tahap-tahap berikut: saling memandang, berkenalan, bercumbu kemudian baru berbuat zina yang terkutuk. Kenapa saling memandang tak boleh? Ini adalah kerana Islam menyuruh lelaki dan perempuan menjaga mata/pandangan. Jadi, bagaimana kedudukan orang yang bercinta sebelum ada keterikatan ini, apakah tidak jadi pandang memandang antara satu sama lain, lebih-lebih lagi bercinta pada tempoh yang lama? Kecuali, mereka yang ingin melihat pasangan masing-masing untuk terus dijadikan bakal suami/isteri.
Oleh kerana itu, Allah berfirman dalam al-Quran; Katakanlah kepada lelaki yg beriman, hendaklah memalingkan pandangan mereka (dari yang haram) dan menjaga kehormatan mereka...... Dan katakanlah kepada ppuan yang beriman, hendaklah menahan pandangan mereka dr yang haram dan menjaga kehormatan mereka. [QS 24 : 30-31]
[2] Kalau ayat itu berbunyi; Jangan berbuat zina atau telah diharamkan zina... maka bererti, pandang memandang, pegang memegang, cium ciumam dsb boleh seperti yang dilakukan oleh orang bercinta/bercouple. Maka jelas jadinya bahawa segala tindakan yang akan membawa kepada perbuatan zina hukumnya HARAM.
Allah telah memerintahkan perempuan untuk memelihara pandangan mereka dari lelaki ajnabi dimana Dia berfirman; Katakanlah kpd wanita yg beriman; hendaklah memelihara pandangan mereka dari melihat yang haram dan kemaluan mereka [an-Nur : 31]
Imam Al-Hafiz Imadudin Ibnu Katsir Rahimahullah mengatakan [Tafsir Al-Quran Al-Adzim, III/283]
“Firman Allah: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka.” bererti pandangan terhadap hal-hal yang diharamkan oleh Allah bagi wanita untuk melihatnya dari lelaki selain suaminya. Alasan larangan tersebut adalah kerana pandangan wanita pada lelaki AJNABI atau sebaliknya merupakan pendahuluan dari perbuatan zina, bahkan Rasulullah menyebutnya sebagai “zina mata”.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu`anhu, dari Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda; Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak cucu Adam bahagian dr zina, zina mata berupa pandangan, zina lisan berupa ucapan, dan jiwa mengharap dan menginginkan. Dan kemaluan yang membenarkan atau mendustainya. [HR Muttafaqun ‘alaih]
Al-Hafiz Ibnu Hajar Rahimahullah mengatakan [Fathul Bari, Ibnu Hajar. XI/22]
Ibnu Bathal berkata; Pandangan dan ucapan disebut berbuat zina kerana keduanya mengajak kepada zina yang sebenarnya. Oleh itu, Rasulullah bersabda: Kemaluan membenarkan atau mendustainya.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w, bahawa Baginda pernah bersabda kepada Ali: wahai Ali, janganlah engkau susul pandangan dengan pandangan lagi, krn yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu) [HR Ahmad, At-Tirmidzi dan Abu Daud]
Dalam hadis lain disebut; Pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari berbagai macam anak panah iblis. Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan-keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya, yang akan dia dapatkan hingga dia bertemu dengan Nya.
Oleh yang demikian, setiap MUSLIMAH diharuskan utk memelihara pandangannya daripada melihat lelaki ajnabi, kerana yang demikian itu adalah lebih baik baginya di dunia dan akhirat. Ana harap, sedikit sebanyak kupasan kalini dapat membantu sahabat di luar sana untuk melakukan yang terbaik di atas setiap perhubungan yang terjalin antara lelaki & perempuan lebih2 lagi pada mereka yang dilambung asmara cinta yang akan membinasakan keduanya, nauzubillah hi min zalik.
Semoga ada sahabat lain juga berkongsi ilmu & pendapat disini, insyaAllah. Yang baik dari Allah dan segala kekurangan adalah dari kelemahan diri ana yg dhaif jua... Ya Allah, janganlah Kau hukum kami jika kami terlupa atau tersalah, ameen Allahumma ameen. Ana harap, lepas ni tidak ada lagi sahabat yg masih samar-samar lagi untuk menentukan hala tuju & gaya hidup Islam yang sebenar. Islam itu indah dan Allah menyukai keindahan, maka indahkanlah akhlaq kita sebagaimana Allah memberi keindahan pada wajah kita, insyaAllah.
Firman Allah; Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang selagi kamu tidak mengikuti mereka. [Al-Baqarah : 120]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia itu dalam syurga. Beliau s.a.w. menjawab: "Bertaqwa kepada Allah dan keindahan akhlaq." Beliau ditanya pula tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia dalam neraka. Beliau menjawab: "Kerana perbuatan mulut dan kemaluan." [Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan]
Wallahua'lam
1 leaves:
salam...
bagus artikel ni...memberi pengajaran kepada umat Islam terutamanya para syabab wa fatayat.
memang pandangan mata tu antara punca kepada perzinaan.
bak kata orang,
pandang2. mula nak dekat2. lepastu nak rapat2. kemudian barula nafas tu tersekat2 dengan badai cinta. nak minta izin nak amik post ni isi dalam blog boleh???
salam ukhuwah...
(sory,terkomen banyak sangat...hehe)
Post a Comment