"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

15 June 2009

Secangkir Kasih Buatmu

Bismillahirrahmanirrahim...

Sollu 'alan nabi. Moga kita kekal dengan nikmat iman dan islam, ameen. Alhamdulillah, kita masih disini sebagai pengembara, entah bila kan tiba waktu untuk kembali ke sana. Ajal yang datang di muka pintu, mengetuk jendela hati... Membiarkan manusia memilih, sama ada mahu terus lalai ataupun mencari rahmat Allah pada sisa usia yang berbaki. Moga Allah yang menjadikan kita sebaik-baik kejadian Nya, mematikan kita dalam keadaan yang terbaik (husnul khatimah). Insya Allah, ameen!

**************


Pada raut wajah itu, semakin tergaris rona-rona getaran pada usia yang dilewatinya. Pada semangat dan perjuangannya, garis-garis itu semakin jelas dan tampak bercambah. Pada rambut yang semakin berubah warnanya, hitam dan pekat lalu semakin bergandingan warna-warna putih. Sesekali, ku pinta agar menginaikan rambut yang kian memutih itu, tampak segak dengan rambut keemasan! Aduh, belahan jiwa yang ku sayangi dengan hati yang dambakan keredhaannya juga keredhaan Yang Maha Esa!

Sesekali, suram wajahnya tampak jelas. Arh... Masakan hidup selalu indah tanpa ada badai? Andai semuanya senang, usahkan kita menjadi hamba Allah yang tabah, untuk menjadi penyabar pun belum tentu! Tetapi dia, sosok yang sentiasa berdampingan dan beriringan denganku. Sosok yang selalu gagah menerima ujian Allah, pada semangat yang kental dia merintih tetapi tidak pada manusia-manusia kerdil sebaliknya pada Tuan Pemilik diri, Allah taala.

Masih ku ingat isak tangis berpanjangan itu, pada nada dan suara dan tersekat-sekat di sebalik jubah putih yang disaluti dengan perasaan cemas melihat diriku yang sangat lemah di pangkuannya. Masih jelas terbayang wajahnya yang meminta-minta untukku segera bangun dan memakai jubah-jubah yang dibelinya di Mekah Mukarramah lewat musafirnya melaksanakan tuntutan agama. Masih jelas tergambar wajah cerianya saat kami bergembira dan bergurau bersama.

Aduh.. Wajah penangan rindu yang selalu menceriakan hati, wajah rindu yang sentiasa memberi harapan segar membugar pada kami, tentera-tentera kecil yang memegang kalimah 'La ila ha illallah'. Pada lewat usianya yang hampir separuh abad, dia masih gagah dengan semangatnya yang terkadang dihantuk dengan ujian berdepan manusia.

Tanggal 13 Jun 2009, genaplah usia seorang insan yang hampir, sangat hampir dengan diri ini mengukir usia 48 tahun dalam kembaranya. 48 tahun yang dilalui dengan segala macam ragam manusia yang akhirnya menjadikan dia insan yang tak pernah kalah dengan ujian. Wajah yang sentiasa tenang, namun... Ada waktunya garang bukan kepalangan tetapi bukan di depan anak-anak sebaliknya di depan para pekerja.

Pada 13 Jun 2009 juga sosok istimewa di sisi gerakan Islam, Syeikh Fathi Yakan kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Secara peribadinya, dia sangat menyanjung tokoh gerakan Islam ini hingga menamakan adik ku Ahmad Fathi Aiman. Aduh... Masakan tidak, beliau secara peribadinya bersua muka dengan Syeikh Fathi Yakan sewaktu berkelana ilmu di UK.

Aku bersaksi, bahawa sosok inilah yang telah melaksanakan tuntutan Allah dan saranan Rasulullah bahawa dia telah berbuat baik kepada keluarga! Pasti!


~ SaNaH HeLwa Ya aBi ~

Redhakanlah anakmu ini... Maafkan diriku yang selalu menyakiti hatimu...

4 leaves:

ummu uwais,  15 June 2009 at 17:41  

Salam.

Semoga abu Insyirah sihat, panjang umur dalam kebajikan, murah rezeki dan dikurniakan ketenangan hati. Ameen.

Dik, baru sudah daku membaca coretan mu yang agak panjang dan pendek bertajuk "Brain Tumor". Entah perasaan apa yang nak dinukilkan, apapun sama-sama doakan kesembuhannya. Ujian datang silih berganti sebagai tanda Tuhan mengingati! Jangan dipanjang-panjangkan tangisan dan sendu kerana bahagia itu bukan hanya di penghujung jalan tetapi ia ada di sepanjang jalan. Insya Allah!

Jaga kesihatan dan gemburkan semangat! I'm always at your side, insya Allah. :)

Dik, dah habis baca buku "Aku Ingin Bercinta Tapi Dengan SIAPA" tuh, nanti citer-citer lah ye. Heheh, dengan siapa yang kamu mahu bercinta? Opss... Cinta?! :)

Tirana 16 June 2009 at 07:48  

Selamat harijadi untuk ayah Syira..semoga hidup sentiasa diberkati..

Insyirah 16 June 2009 at 08:59  

Salam Ummu Uwais, insya Allah. Nanti dah habis syira cuba buat review kat sini.

Insyirah 16 June 2009 at 09:06  

Syukran Ummi Tirana =)

Ameen. Moga Allah menerima doa kita :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO