Memotivasikan Diri
Bismillahirrahmanirrahim...
Syukran jiddan pada sahabat-sahabat yang setia menghantar sms walaupun tidak dibalas, juga PM yang panjang lebar. Memberi dan terus memanjangkan nasihat pada ana, insya Allah ana cuba untuk menjadi yang lebih baik dari hari yang berlalu. Alhamdulillah, banyak perkara yang membuatkan diri ini duduk dan muhasabah kembali atas setiap rentetan perjalanan yang 'pendek' tetapi 'panjang'. Insya Allah, moga hati ini terus rindu untuk bertemu dengan Rabbi.
(Insya Allah, sms yang dihantar akan ana usahakan untuk balas setelah mengisi kredit yang sengaja dibiarkan kosong. Menyendiri tidak bermaksud bersendiri) ^_^
Alhamdulillah, dalam meniti hari-hari yang lalu... Ana berusaha menyimpulkan bait-bait ayat menjadi ikatan dan jalan cerita yang masih lagi terumbang-ambing. Suka hati ana je nak taip apa on the spot bila memegang laptop. Mungkin itu saja cara ana untuk memotivasikan diri, mengangkat semangat yang jatuh disisi bawah dan terus melangkah setapak dan maju setapak. Sebenarnya, dah ada tajuk... Plotnya juga sudah dirangka dengan baik, tetapi apabila mula menulis semuanya dah tak ikut cerita asal, main redah aje. :P
Lastly, kisah makin mengembang dan terus dikembangkan tanpa ada sempadan. Jadilah cerita yang makin merapu seperti tuan yang menulisnya. Huhu, tak apa lah. Slowly, make it clearly...
Maaf pada sahabat-sahabat atas diamnya diri ana. Azmah, Fauzani, Fatimah, Ust Zu, Kak Wani, Kak Bibi dll. Nanti ana balas mesej antum yer... Insya Allah. (Azizul, ana dah balas soalan anta melalui YM)[1]
Dalam menapak selangkah demi selangkah kaki, ada garis-garis luka yang masih terlakar jelas di wajah. Sugul dan tak bermaya. Terkadang hamparan sejadah membawa jiwa terbang bebas di antara langit dan tanah, betapa kuasanya pabila jiwa diserahkan pada Rabb maka segalanya seakan memberi satu kenikmatan tiada tandingan. Garis luka dan duka dilemparkan, padam dengan segala kekusutan apabila segalanya diserahkan sepenuhnya pada Rabb. Dia menciptakan segalanya dengan penuh berhikmah, kita hanya manusia hamba Allah, usah terlalu merasakan diri cukup sempurna dan agung hingga layak bertanya pada Sang Pencipta "Mengapa?" dan terus bertanya "Mengapa?" sedangkan kita hanya hamba, hanya hamba Allah. Dia yang memiliki segalanya. Berusahalah, bersihkan hati, basuh jiwamu dan dengarlah kalam-kalam Nya dengan akal yang dipandukan iman pada Allah taala.
Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan melainkan Engkau.
[2]
Hari ini bertemankan tangis dan sendu, puas dipujuk hati yang layu dengan siraman juga dedaunan dari pohon yang sedang mekar. Puas di rajut cinta pada Ilahi tatkala insan lain hanyut dibuai mimpi indah. Betapa jiwa ini merintih, layu, pedih, sedih dan segalanya dilepaskan di keheningan malam yang sepi. Betapa asyiknya bertemankan Allah saat suka dan duka. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui segala isi hati dan fikiran yang berawang di kotak fikiran. Entah manakan mahu dibicarakan dahulu, sesak memikirkan perkara yang memberi kepedihan pada sang hati. Biarlah segalanya terbuku, tidak perlu dibicarakan kerana Allah sentiasa mengetahui segala yang ghaib juga segala yang terbentang luas di depan mata sang hamba. Terus... Terus sandarkan harapan pada Allah. Temankan jiwa dengan hati yang rindu pelukan kemesraan saat berkhalwat dengan Tuhan.
Sakinah menutup bicara sepinya di dalam blog yang telah dikunci sebagai blog 'privet'. Tiada siapa yang dapat membaca coretan demi coretannya sepanjang menempuh suka dan duka di bumi Syria. Segalanya diluahkan melalui blog yang dibina sejak dari awal kedatangannya ke bumi Syria. Begini caranya meluahkan bicara, sekadar tulisan sepi... Hanya ditulis dan untuk dibaca oleh dirinya sendiri, Nur Sakinah Binti Syukri.
... Siri yang entah ke berapa, hek hek. Sengal sungguh daku! ... Oh ya, sebelum ana terlupa. Dapat sms dari Cikgu Shidee.
Salam buat sahabat sekalian, esok pagi jam 7.30 a.m insya Allah ana akan keluar dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1. Doakan ana ye.
Ok! Pada anak-anak murid Cikgu Shidee (x-MAP sekalian) mari kita bersama menanti di depan TV sebelum 7.30 a.m yerk! :P
Ada insan memotivasikan diri dengan membaca bahan motivasi, ada yang melihat dan mentafsir kejadian alam, ada yang suka meneruskan hidup tanpa memikirkan apa yang telah berlaku. Menjadikan sejarah hanya sebagai rujukan dan bukan menjadi satu bebanan yang perlu dipikul selamanya. Ada insan gemar bersuara, maka berbual adalah cara untuk memotivasikan diri. Hilang upaya untuk bersemangat tinggi akan pulih apabila banyak berbual dan mengambil iktibar dari bicaranya. (No gossip ya!)
Bagaimana kita berusaha untuk memotivasikan diri, usah lupa muhasabah kembali pada diri. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dari Tuhan. Dia yang Maha Mengetahui segalanya dengan baik, jadi sandarkan harapan hanya pada Allah agar harapan tidak hanya menjadi harapan tetapi mampu beralih menjadi impian! :) Impian yang positif, berlandaskan syariat.
Banyak yang ana harungi lewat kebelakangan ini, namun Allah anugerahkan juga sahabat-sahabat untuk membantu ana mencari arah yang betul dalam pelayaran ini. Insya Allah. Beberapa kalam dari akhi Adnan buat ana merenung ke dalam diri, fikir dan terus muhasabah. Kekurangan untuk diperbaiki, terus memotivasikan diri yang sudah tidak termotivasi. Sekadar kecil hati, diri ini hanya diperlukan apabila sahabat-sahabat menghadapi kesulitan. Apabila bahagia dan gembira, seolah-olah diri ini tak pernah wujud dalam hidup mereka. Sahabatkah itu? :)
Sebenarnya, setiap langkah kaki ini telah dibekalkan dengan pengalaman dan ilmu. (Peringatan bagi yang mahu!) Maka semakin panjang langkah ini, samakin bertambah usia sepatutnya semakin banyaklah pengalaman yang kita kutip. Positifkan diri, motivasi agar terus melangkah. Dugaan hari ini adalah satu cara Allah mentarbiyyah untuk bersedia menghadapi ujian yang jauh lebih besar. Jadi, usahlah terlalu berkeluh kesah. Bahagia itu milik semua, andai kita pandai mengatur jalan mencari bahagia. Tetapi usah dilupakan, bahagia hanya milik yang bertaqwa!
Dalam hal ini, ana lebih berhati-hati untuk berbicara. Kalam dari akhi Adnan sedikit sebanyak menjadi ubat pada ana untuk terus memotivasikan diri agar langkah kaki terus digagahi.
MMg dalam byk keadaan anti boleh memenangi isu2 di sini ..tapi yang ini ana rasa kerana pengalaman anti nampak sgt masih kurang ...maklumlah belum habis lagi umur dewasa anti tu....masih jadi dak comot lagi hahahahaha.... :-)
Anti akan pelajari semua tu dgn perjalanan usia anti nanti ...dan jadikan ini salah satu permulanya sahaja...
Ana dulu mmg shadid tapi bila dah tua nie..dgn perjalanan liku hidup yg ana lalui....ia menjadikan ana lebih berfikir sebelum bersuara...ramai senior ana takpuas hati dgn ana masa belajar dulu...anti bayangkanlah dalam majlis menyambut adik2 junior (bacth ana) ana tegur semua senior direct ana pergi kat mikrofon kat depan majlis pastu ana blah....gile tak giler nya junior.....nasib baik tak kena pukul walaupun mmg ana dipihak yang benar...cuma kaedah berdakwah tu jer yg kureng..hehehehe
Simple but it is so priceless for me! Ana bukanlah insan yang syadid, tetapi kata-kata akhi Adnan ingatkan ana pada seseorang. Adehhhh... Positif sajalah wahai hati.
kalau nak mendiamkan diri tu silakan ambil jer masa tu...cuma mmg tak leh nak nafi...org ada ilmu ni kena beramal org beramal ni aduhai...ujiannya...mmg menduga ilmu kita semula...kalau dah dapat naik setingkat tu kadang2 leh jatuh bertingkat2...payahnya nak jaga iman dan amal yek..?
Tapi kadang kala tu dalam berbicara kita kena fikir sekali bukan setakat diri yang berdepan dgn kita dgn makhluk yg bernama syaitan itu pun kena kita timbangkan....sebab dalam masa yang sama walau hujah kita tu tepat syaitan tidak lupa memberi nasihatnya pada masa yang sama tu yang susahkan kita balik....
Husnudzon!
Pagi ini ana membaca coretan Kak Fong (admire sungguh dengan tulisan dia!) juga menyentuh tentang kesyadidannya sewaktu muda tetapi apabila usia semakin meningkat dan usaha untuk memahami mad'u dilebihkan maka dia lebih merasai kemanisan dakwah itu sendiri. Yeyeyeye, ana sudah terima 'KUNCI' yang dicari-cari. Alhamdulillah! Mungkin ana jenis yang very straight forward, jadi bagi yang tak kenal akan terus rasa ana syadid walhal ana taklah macam tu. Sengal semacam je pun... (Nadia, rindulah dengan anti!)
Dengan rendah diri dan rendah hati...
Ana memohon kemaafan dari semua guru-guru, sahabat-sahabat dan insan disekeliling bagi yang mengenali ana secara personal mahupun tulisan andai kata-kata ana sebelum ini menyinggung mana-mana pihak. Insya Allah, teguran itu sangat perlu untuk ana perbaiki diri. Syukran pada semua yang sudi menasihatkan diri yang jahil ini. Jazakumullah khairan katsira, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian dengan sebaik-baik pembalasan.
Insya Allah, pemacu arah laluan ini cuba diusahakan agar tidak goyah walaupun terasa sungguh lemah apabila dihempas badai... Terima kasih ya Allah, menghadirkan setiap insan yang sempat ku kenal dalam usia singkatku. Ampunkan kami atas kealpaan kami.
~ MaKe a sMiLe tO MaKiNg OtHer SmiLe ~
5 leaves:
Setiap manusia melakukan kesilapan, jangan hingga kita lali dengan kesilapan tanpa mahu membetulkan. Selamat berjuang. =)
salam 'alayk...
hikmah itu indah...bukannya perlu terlalu lembut, bukan pula terlalu syadid, ia juga bukan sedang2 saja, namun jika tindakan yg diambil itu mampu mghasil hasil yg positif biiznillah...maka itu kita namakan ia sebagai HIKMAH...sama2 usahakan...:)
terus juang n terus thabat yup!...
Tanpa Nama;
Syukran, insya Allah. Akan diusahakan untuk memperbaiki diri :)
Wa'alaikumussalam whb Zul :)
InsyaAllah, betul tu. Natijah yang positif kita harapkan pada mad'u tetapi ia hanya usaha dan selebihnya Allah juga yang lebih mengetahui. Apa yang mampu kita usahakan, kita usahakan. USAHA... USAHA... USAHA... Doa dan tawakkal pada Nya :)
Dik Syirah,
fasobrun jameel. Tapi kadang memang rasa anti syadid, ngeeeee ^_^
Post a Comment