"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

02 June 2009

DuPLiCaTe ~ Tentang Kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pada Jumaat malam Sabtu yang lalu kami sekeluarga berangkat ke kampung nun di Utara Semenanjung. I'm so sleepy, al-maklum kami bermusafir pada waktu malam. Sampai di kampung pada tengah malam (awal pagi kot), sebenarnya boleh sampai lebih awal tetapi nak konvoi dengan abang-abangku yang seorang dari Temerloh dan seorang lagi dari Sungai Buloh. Jadi, abi bawa slow jer. Ngantuks bangat deh! Tapi bulatkan juga mata, sepanjang jalan fikiranku entah dibawa kemana-mana, jalan raya langsung tak ku fokuskan. Rasa sedih tetapi tak menangis, rasa hiba tapi tak sebak. Pelik bukan? Biar Allah saja yang memujuk dengan cara dan kehendak Nya (",)

Di pagi Sabtu yang indah, abi ajak ana ke farmasi untuk beli kapsul nak isi habbatus sauda'. Antara aktiviti yang amat menyeronokkan, mengisi habbatus sauda' dalam kapsul, hehe. Banyak juga yang ana dapat buat untuk Mak Long, Mak Ngah dan Tok. Lebih 300 kapsul. Alhamdulillah.

Petang Sabtu, keluarga Pak Uda selamat sampai ke kampung. Hehe, ini la yang ana nak kongsikan bersama dengan sahabat-sahabat. DUPLICATE ~ Tentang Kita. Yang ana maksudkan ialah anak bongsu Pak Uda, si cilik Ayuni Ilya (gambar sebelah ni-baju putih). Kata ummi, kalau nak tahu macammana ana masa kecil, sama macam Ayuni. Susah juga nak terima kenyataan tetapi memandangkan ummi dan abi mengesahkan perkara itu maka ana telan juga la air liur walaupun tak pahit mana.

"Ummi, Ayuni ni tak ada perasaan ye. Puas di agah, langsung tak senyum. Blur je muka dia."

Ana berkerut dahi, penat mengagah si kecil depan mata tetapi langsung tak senyum malah dia melihat insan-insan di depannya macam tak ada perasaan. Huhuhu.

"Kalau nak tahu, dulu Kakak macam tu lah. Sebijik!"

Eh... iye ke... Monolog sendiri je la. Takkan la ana boleh tahu, masa tu Ayuni dalam 6 bulan pertama kehidupannya. Hehe. Oleh sebab ummi dan abi selalu cakap Ayuni adalah junior ana, duplicate gitu. Maka, ana selalu perhatikan gelagat Ayuni. Selalu juga bertanya dan monolog.

"Beginikah diriku?"

"Blur sungguhkah daku?"

"Tiada perasaankah daku?"

"Ahh... Pedulikan, yang pasti daku si comel pujaan hati ayah bonda..." Keh keh keh!

Hingga la ke pertemuan baru-baru ini, perhati jer Angah (sepupuku) bermain dengan Ayuni. Owh, beginikah daku? Tapi sekarang Ayuni dah 2 tahun setengah. Dah pandai bercakap, jadi... Ku renungi lagi diriku. Alangkah indahnya aturan Ilahi, diberikan kita akal untuk berfikir. Kanak-kanak adalah cermin bagaimana tingkah kita saat dulu dan orang yang lebih dewasa menjadi reflek kepada kita pada masa akan datang. Andai dipanjangkan usia. Selalu muhasabah, memperbaiki diri.

"Kalau nak tahu muka Kakak dulu, macam Ayuni juga. Caranya, blurnya, mukanya, semua sama." Ummi tambah lagi bicara. Ana bongkahkan kembali album gambar ana saat kecil dulu, aduhhh... terasa minyak menyiram ke muka, 80% sama. Keningnya, caranya. Beza ketara antara kami hanya si Ayuni 'lebih baik' dari ana, ana sangat kuat menangis di zaman kecil. :) Muka tak pernah berseri, nangis sokmo. Huhuhu. Kiranya Ayuni much better then me, muka Ayuni berseri juga.

Kerenah Ayuni yang selalu menggelikan hati ana, dia sangat suka 'spot check' telinga orang (perempuan). Nak tahu sama ada kami (sepupu sepapat yang lain) memakai subang. Hehe, kecil-kecil lagi dah pandai tau! Suka sangat menyelak tudung ana, nak check rantai leher. Baru-baru ni ana tanya la pada Ayuni my junior.

"Ayuni, tak nak pakai cincin (sambil tunjuk jari dia dan bezakan dengan jariku)?"

Ayuni mu junior menjawab "Tak ada."

Alolo... Sweetnyer! Tangan kedua-dua belah ada rantai tangan, ada rantai leher, subang berkilau. Yang tak ada, cincin jer. Hehehe, 'budak perempuan'. Walaupun di kelompok sang Adam dek kerana abang-abangnya 3 orang lelaki dan Ayuni satu-satunya anak perempuan Pak Uda+Mak Uda, maka Ayuni dalam lembut sang perempuannya masih terselit keganasan extream. Barangkali belajar dari abang-abangnya. (Hohoho... Tergelak daku mengenangkan peristiwa itu)

Moga Ayuni kan membesar dengan kasih sayang dan kelembutan walaupun bersama abang-abangnya. Membesar sebagai insan solehah... Ameen, insya Allah!

* Masih penat. Sampai dari kampung pada malam Isnin. Pada Isnin selepas subuh, terus bertolak ke Kuala Lumpur dan malam tadi baru pulang semula ke rumah. Demam *


Latest gambar Aqef Haikal (",)

p/s: Fauzani, sila jeles... Gambar pertama dalam stroller, gambar kedua ternganga :D

8 leaves:

balqis,  2 June 2009 at 14:28  

Amboi... Cik Syirah memakai cincin ssmbil menayang2 pada Cik Ayuni da junior? :P

* bau nasik minyak laaaaa *

KeH KeH KeH :D

~ZuLhAiRi~ 2 June 2009 at 14:48  

salam...

cOmelnya ayuni tu...walaupun xdak perasaan...:D

dak2 puan ni kecit2 dah ngancam sifat feminin tu...cincin xdak?...sian dia, meh ana bg, cOp awal2...hehehe

aqef haikal pun comel!...teringat anak2 sedare la cmni..huhu

MrS HaNaFi,  2 June 2009 at 21:28  

Salam 'alaiki :)

Moga dalam keadaan iman dan fizikal yang sihat, insha Allah. Pencinta kanak2 sungguh ye ukhti ni, kalau jadi cikgu ni mungkin bnyk main berbanding mengajar :P

(ukhti balqis ni tak habis-habis perang dengan cik Syira ye. macam2 betul)

Pn Balqis bila nak mengendong baby? :)

Insha Allah, summer nanti kami ke Syria 2 minggu. Syukran atas doa :)

cik santun 3 June 2009 at 18:27  

salam...

hehe comelnya gambar ayuni tu.. geram betul..

semoga ayuni tu juga jadi anak solehah..

Insyirah 3 June 2009 at 20:33  

Puan Balqis ni tak habis2 yerk... Adeh la, abang ana lambat agik nak kawin la. Sabaq la, nanti ceq jemput la :)

Insyirah 3 June 2009 at 20:40  

Salam Saudara Zul.

Cakap Ayuni comel sama juga mengesahkan kecomelan ana masa kecik, hihihi. Tak payah bgtau pun dah tau memang comel.

Aiwah, nak bagi cincin pada Ayuni. Dia ada di Indon skrg ney, baru je fly Isnin lalu. Cuti sekolah selalunya family dorang balik ke Indon, balik kampung maa... :)

Aqef Haikal memang cumel... geram kannn ngan mata dia, macam nak kurik2 jer :P

Insyirah 3 June 2009 at 20:42  

MrS Hanafi :

Waalaikumussalam whb kak :)
Alhamdulillah, sihat jer. Moga akak juga begitu, insya Allah.

(p/s: puan balqis ni memang camtu lepas kawin..huhu)

Wah, Syria??!! Nak ikutttt..!! :P

Insyirah 3 June 2009 at 20:44  

Salam Cik Santun.

Hehehe, Ayuni cumel? Sama jugak dengan saya yang cumel.. hik hik hik

Ameen, insya Allah. Moga Ayuni kan membesar sebagai insan solehah. Ameen :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO