Menyempurnakan Sebahagian Agama
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, beberapa hari membiarkan blog tanpa dikemaskini lantaran beberapa kesibukan harian, menghadiri undangan perkahwinan dan beberapa urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Kerja rumah perlu disiapkan sebanyak yang boleh sebelum ditinggalkan untuk bermusafir. Masa perlu diuruskan dengan baik, insya Allah. Soalan-soalan berlonggok di Al-Insyirah dan seruan dari Azizul tak dapat ana nak jawab dalam masa terdekat kerana ana berusaha menghabiskan balasan dari PM. Maaf Azizul, tak dapat nak jawab awal. Haritu dah taip panjang, ghaib semuanya. Ana tak putus asa cuma perlukan masa untuk menaip kembali. Insya Allah.
Ok. Kembali pada tajuk utama, Menyempurnakan Sebahagian Agama. Apa yang ana ingin sampaikan disini ialah apa yang ana nak sampaikan la, huhu. Masih dalam tempoh cuti sekolah maka banyaklah jemputan perkahwinan dari sahabat handai ibubapa. Mabruk pada semua pengantin, moga jodoh berkekalan hingga ke syurga. Ameen. Mereka sudah pun menyempurnakan sebahagian dari agama dan sebahagian lagi agama tuh sempurnakanlah dengan sesempurna yang boleh. :)
Ok. Setel satu bab. Ana nak bebel bab seterusnya ni, perkara yang amat sangat menakutkan! COUPLE! Huh, bahaya sungguh bicara soal ini pasti ada feedback yang positif dan negatif. Ada yang setuju dan ada yang tidak. Tetapi sesiapa saja yang bertanya pada ana, maka pendirian ana tetap sama. Ana bersifat kekirian dalam hal ini, dan ana akan berusaha semampunya untuk menerangkan perkara yang sama walaupun berkali-kali. Pernah juga ana give-up dalam hal ini tetapi selepas 'dibelasah' oleh Ustaz Khairul, ana berfikir semula;
"Anti putus asa atau malas untuk teruskan?"
"Bukan Ustaz, ana penat la ulang benda sama."
"Anti penat berdakwah?" Suaranya dah lain macam. Ketaq juga la masa ni. Dan huraian panjang lebar juga bekalan semangat dari ustaz, ana gagahkan juga semangat yang terumbang ambing ni. Insya Allah, pinjam kata-kata Kak Atiqah "Kerana Allah, Demi Islam, Kita Berjuang!" Ameen.
Sebelum ini, ana sudah pun membuka satu topik Dalil-Dalil Cinta DIBENARKAN Dalam Islam, maka... Apabila orang masih bertanya dan terus bertanya, ana kembali muhasabah diri apakah tidak sampai maksud yang ana ingin sampaikan? Ana tinggal dulu persoalannya jauh-jauh. Kembali menyusun bicara supaya lebih segar. Beberapa pengakuan yang dilakukan oleh beberapa 'pembaca setia' artikel ana sebelum ini sangat menghancur luluhkan hati tetapi dengan bantuan seorang sahabat, Ustaz Faiez yang selalu 'mendebik' kepalaku untuk positif menerima setiap perkara dan jangan menggelabah tak tentu pasal. Maka, ana selalunya membaca setiap pengakuan itu, diam dan terus meninggalkan pc seketika sebelum memikirkan ayat untuk menjawab PM tersebut.
Pernah ana terfikir untuk men'standard'kan satu artikel dan kemudian save saja. Apabila mendapat pengakuan dari mereka, maka ana hanya perlu paste sahaja dan edit nama. Tetapi ana fikir semula, barangkali yang pertama ana menulis dengan hati tetapi yang lain-lain ana hanya MALAS dan bersuara hanya dengan tangan, masakan ana akan menyentuh hati mereka dengan menggunakan tangan?! Maka, setiap pm yang dihantar sedaya upaya akan ana jawab dengan versi yang baru. Insya Alla, maka... Banyaklah masa yang ana perlukan untuk meneliti satu per satu jawapan ana sebelum dihantar. (Susah... Inilah sekadar yang ana mampu)
Apa yang hancur luluh sangat ni cik comot?
...Sebak pula nak menulis... Tapi ana tetap juga nak tulis, sebagai peringatan bagi kita semua.
Hampir setiap dari pengakuan itu sama ada mereka sudahpun terlanjur dengan kekasih mahupun hampir terlanjur. Astaghfirullah hal azhim. Agaknya berapa umur mereka? 20? 30? Owh TIDAK! Mereka masih beruniform sekolah!!! Ayuh sahabat-sahabat, bukalah MATA dan HATI kalian. Masih banyak lagi yang kalian perlu usahakan dalam gerak dakwah ini selain bertelingkah bicara jemaah mana yang lebih baik, jemaah mana yang lebih tarbiyyah atau apa saja yang bersifat assobiyah. Nah! Ini kelalaian kita semua maka mereka menjadi mangsanya!!
Sahabat-sahabat seakidah, saudara seagamaku, renungkan kembali untuk apa kita hidup di dunia ini? Ana hanya mampu bersuara dengan tulisan, ana hanya mampu memberikan kata-kata yang bisu berbanding kalian yang mantap ilmu untuk berusaha mengembalikan izzahnya Islam. Kalian yang mantap tarbiyyah dan mantap segalanya berbanding ana, maka ana memohon kalian untuk bersama ana dalam usaha ini! Aduh, terasa mahu saja ana terbang untuk bertemu dengan Ummi Roses untuk meluahkan segala-gala isi hati yang ana pendamkan selama ini.!
Beberapa ketika ini emosi ana agak tidak stabil, ana cepat moody dan mangsanya ialah adik-adik. Melihat adik perempuanku yang sudah mula berjinak-jinak di alam yang satu itu, ana dengan pantas merancang strategi halus untuk memutuskan hubungan mereka sebelum serius. Maafkan akak wahai adik kesayanganku! Kakak tidak mahu adik yang sangat disayangi melakukan perkara yang kakak sendiri perangi pada insan disekeliling akak. Maafkan, andai dirimu terluka. Dirimu terlalu muda untuk melaluinya, usia emasmu perlu dimanfaatkan. Lantas, buku Tentang Cinta tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi ana serahkan pada adik untuk dia hadamkan. Arhhh... Kejamkah ana?
Cerita ummi yang berlinangan air mata, ana tak sanggup. Sangat tidak sanggup melihat ummi menangis bercerita apa yang berlaku pada anak rakan-rakan sekerjanya yang buas, liar di belakang ibubapa. Aduh, sulit untuk ana bicarakan tetapi ana tetap mahu bicara supaya kita sama-sama CELIKKAN mata yang kita sengaja pejamkan. Anak yang masih beruniform sekolah sudah pandai bercumbu dibawah tangga, sudah pandai menyelak kain pada teman lelaki yang dipuja, sudah pandai menayang segalanya pada kekasih hati? Aduhhh... Apakah yang bakal ibubapa kalian rasa andai terjumpa anak yang ditatang bak minyak sedang beraksi hebat bersama buah hati tersayang tanpa seurat benang di atas bumbung flat???! Fikirkan, antum ada akal... Ada otak!
Allah beri nafsu tetapi Allah juga bekalkan AKAL untuk berfikir dan Allah tidak pula terlupa berikan IMAN untuk kita jadikan sandaran saat nafsu sedang menggila. Allah tidak kejam, kita ada pilihan untuk memilih cara hidup yang terbaik. Bukan Allah mentaqdirkan segalanya dengan sia-sia, hanya iman kita yang lemah berdepan godaan si makhluk terkutuk syaitan laknatullah itu. Maka, sebelum meloloskan diri dengan sengaja dalam gaung maksiat, apakah kita tidak mampu untuk mengelak? Sudah cukup kuatkah kalian untuk merasai bara api neraka yang amat dahsyat?
"Tapi Insyirah, saya baca kalau couple niat nak kahwin tak apa. Tak salah pun. Saya baca ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Saya keliru."
Aduh, menyengat keringat peluhku. Panas sungguh rasanya, bukan panas hati tetapi panas muka.
"Apakah jalan yang mendekatkan penzinaan itu halal sedangkan Allah sudah mengingatkan kita semua 'dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji'. Ingat, Allah kata jangan mendekati zina dan bukannya jangan berzina kenapa? Untuk kita berfikir, zina itu tidak berlaku dengan tidak sengaja atau tidak terancang sebaliknya kita sendiri yang membuka pintu-pintu ke arah penzinaan. Maka, manakah halalnya couple andai kita menjebakkan diri dengan zina? Zina itu keji, bukan ana mengeji tetapi Allah sendiri berfirman zina itu perbuatan yang keji."
... kita bicara soal couple, berzina suka sama suka kerana cinta bukan bicara soal kes rogol ...
Hampir setiap orang yang bertanya, ana pasti menjawab...
"Ana hampir saja menyarankan kalian menikah! Tetapi bersediakah kalian untuk bernikah? Apa pula perasaan dan persetuan kedua ibubapa kalian? Yang mampu ana pesankan, solat taubat banyak-banyak dan berazam untuk tidak mengulangi lagi apa yang dilakukan. Kalau mampu kahwin, kahwin sajalah."
Sebak sangat-sangat untuk mengungkap istilah "KAHWIN" pada mereka kerana ana takut mereka tidak bersedia menghadapi gelora dan badai serta kerenah berumah tangga. Bercinta semuanya manis tetapi perkahwinan bukan main-main, ia berkisar hidup mati dunia akhirat. Kenapa orang mampu pertahankan percintaan bertahun-tahun tetapi tidak mampu mengekalkan perkahwinan? Muhasabah kembali, perkahwinan itu ada keberkatannya. Membina keluarga sakinah memerlukan mujahadah. Hakikatnya, pahit itulah penawar. Kehidupan SEBELUM berkahwin memberi implikasi kepada kehidupan SELEPAS perkahwinan, andai sebelum berkahwin dihiasi dengan 'hantaran-hantaran' maksiat untuk dipersembahkan maka apakah lagi manis dan nikmatnya perkahwinan? Bagaimana datangnya keberkatan dan keredhaan Allah dalam usaha 'membina masjid' andai 'masjid' dibina atas maksiat?
Membina masjid? Indah sungguh ungkapan itu, simbolik pada keindahan alam perkahwinan yang Allah turunkan rahmat, mawaddah dan sakinah tetapi rumah tangga era kini... Berpaksikan cinta yang bertunjangkan nafsu serakah. Jadi, dimana mahu datangkan keberkatan untuk mengekalkan rumah tangga? Renung-renungkan.
Lelaki... Bercinta dengan siapa pun boleh tetapi untuk dijadikan isteri, pasti (tidak ragu-ragu sedikitpun!) mencari isteri yang baik, yang suci zahir dan batin. Perempuan juga begitu, untuk bermain cinta dengan jantan mana pun tak mengapa tetapi untuk suami, sesoleh-solehnya dicari gali. Ingat, kita hidup bukan untuk MENCARI tetapi MENJADi. Andai semua berusaha untuk MENJADI, maka urusan MENCARI sangat mudah. Malangnya, semua berlumba untuk MENCARI tanpa mahu MENJADI.
Akhir kalam, buat teman-teman yang berada di saff dakwah, tarbiyyah dan semua dari kita... Ambil tahu apa yang berlaku disekeliling! Ambil peduli apa yang berlaku pada adik-beradik kita, ambil kisah pada teman-teman. Andai mereka bentak, usah kita turut sama membentak sebaliknya beritahu pada mereka...
... Ummi, amanah ummi akan dilaksanakan sebaik mungkin ...
p/s: Syirah, jangan nangis. Nanti makin comot..!
12 leaves:
Salam ukhti.
Moga thabat dalam perjuangan, inshaALLAH. Siapa la ustaz khairul tu ye, mesti hensem kan :D
Ya Allah, kurniakanlah ketabahan buat kak Syira. Berikanlah kesabaran buatnya di jalan dakwah dan janganlah Engkau jadikan dia termasuk golongan hamba yang lemah.
Ya Rabb, kurniakan maghfirah Mu untuk kami...
Uhibbuki!
nauzubillahiminzalik...mohon dijauhi diri dan keturunan kita drp gejala sosial mcm tuh..
papepun...nikah is da best way to forbid the social crisis...hehehe ^_~
Setuju 200 peratus 800 500!!! <--- apakah?? hehe
Benar sekali, jika sudah menggunakan manisnya nikmat pernikahan sebelum masanya,kelah bila bernikah,apa lagi manisnya yang tinggal??
Mahu mencari yang terbaik, jadilah yang terbaik.. baru tepat dengan kalam ilahi "perempuan baik untuk lelaki yang baik", kan3??
JIka semua hendakk mencari, siapa pula yang menjadi.. habislah pakat2 semua tk kawen.. sbb?? sbb cari org yang baik tak jumpe2.. hehe..
Kagum baca artikel ni, masih ramai lagi yang bersifat kekirian tentang cinta, namun masih ramai juga yang sudah terjebak dalam kancah percintaan itu..
Takut mahu cakap lebih, seringkali kita ni diuji, Nauzubillah, mintak dijauhkan.. "Allahumma thabbit quluubana 'ala deenik wa 'ala tooatik"..
Salam Abu Uwais.
Hok oloh, ngaku ensem lak dah... Takpe3 demi cintaku pada Uwais, cakap jer la ensem (bapa mertua la katakan - kene ambik hati walaupun tak ikhlas) hik hik hik :P
Fatimah,
Ameen ya Rabb. Syukran atas doanya... Adik sihat? Buat apa sekarang ni, jalan-jalan cari makan?! :D
Nurul Muslimah:
Yup. Betul tu ukhti, nikah is da best way to forbid the social crisis tapi persediaan nak menghadapi pernikahan tu juga penting.
Andai kamu mahukan dunia, maka dengan ILMU. Andai kamu mahukan akhirat, maka dengan ILMU. Andai kamu mahukan dunia akhirat maka dengan ILMU :)
"Allahumma thabbit quluubana 'ala deenik wa 'ala tooatik"..Ameen ya Rabbal alameen..!
Huhu, insya Allah nanti ana sambung lagi tulisan neyh, moga sama-sama membuka mata hati.
Seburuk-buruk buta adalah buta hati. :(
Salam'alaikum kak Syira :)
Dah agak muka akak mesti merah jer nak tulis semua ni. Alhamdulillah, saya suka semua tulisan kak Syira sebelum-sebelum ni, walaupun dah lama tak baca 'sentuhan' kak Syira tapi celoteh pun jadi la kan! Skrg dapat baca 'sentuhan' kak syira... Ermh! Sukanya!! Sama-sama kita berpesan pada kesabaran dan brpesan pada kebenaran. insyaAllah.
bersikap kekirian dalam bab kapel x salah, tapi kalau kekirian bab cinta ana tOlak...:D...
bagus artikel ni, sudah2 lah masuk dalam mainan pOlitik syaitan, buang masa ja...ayuh kejar yang nyata cicirkan yang fantasi semata...
Saudara Zul,
Hohoho... Iye.. iye, kekirian pada kapel bukan cinta :)
Ain,
Syukran dik :)
Post a Comment