"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

27 February 2009

Updating... News...

Salam'alaykum whb.

Alhamdulillah. Setelah beberapa hari menahan kesakitan kepala yang membataskan setiap pergerakan, harini ana beransur sihat. Sebenarnya, ianya tidaklah seteruk mana pun, hanya ana yang dhaif tanpa bantuan Allah untuk menghadapi setiap 'warkah cinta' dari Allah s.w.t.. Sekali lagi, ana bersyukur walaupun kesakitan yang menghinggap segenap saraf kepala tidaklah hingga ana hilang kawalan diri. Alhamdulillah. Smile

Kesakitan yang terpaksa dihadapi lantaran doktor sendiri tidak mahu mengambil risiko menjalankan pembedahan, alhamdulillah. Ujian itu tarbiyyah, sabar itu indah. Ana tersenyum kala membaca sms dari seorang teman: "Ana yakin, anti pasti kuat! Kalau tidak, masakan Allah tak putus-putus menghadiahkan anti dengan sakit yang bertali arus. Sakit tulang belakang, kemudian demam panas hingga zahirnya ana nampak anti sedikit kurus, dan baru ana nak rasai keceriaan anti, terus anti diuji dengan sakit kepala yang maha dahsyat. Semput lagi. Ana yakin, Allah tak mahu anti lalai, Dia sentiasa ‘memegang’ anti dengan penuh hikmah! Masya Allah. Hanya Dia yang Maha Tahu apa yang tersirat, tapi ana sangat yakin anti mampu untuk laluinya."

Aaminn. Tiadalah dayaku tanpa bantuan dari Mu ya Rabbi...


Ana tiada migrain tetapi ana tak boleh berada dalam keadaan stress (under presure). Kata Ukhti Wan, dari apa yang dia tahu memang orang yang seangkatan dengan ana tak boleh stress, banyak masalahnya kalau stress. Sebab tu la masa ambil SPM pun abi apply untuk exam di hospital, huhu. Hari pertama exam, arwah Pak Ngah kembali ke rahmatullah. Malam tu ana nangis puas-puas, sampai nurse pasang oksigen. Next day, English paper... Submit paper pun awal 30 minit, kepala hang, blur dan sakittt sangat. Dalam hati, nak tidur supaya kertas Sejarah nanti boleh buat dengan tenang. Insya Allah. Abi sms tanya paper English, jawab ringkas: "I cant answer that, mantonggggg!"

Sedih kan... Tragis je... Huhu. Masa ambil result SPM pun rasa abis la semua paper ni, jawab exam ada yang sambil baring kuak lentang semua cukup la. Hingga pengawas yang jaga exam tanya: Kalau nak tidur dulu, kita boleh KIV. Tapi nak tidur pun, haaa sampai malam pun tak habis jawab. Ngeee... Tension! Ambil result exam, tunggu semua kawan-kawan dah balik, pergi dengan abi ambil result. Sekali tengok, upsss... Hamdalah. Senyum je tengok abi. Abi minta result, terus cakap "Sorry. Jangan marah ye!" Pandai buat lakonan, ala-ala muka frust lagi. Tapi, mana boleh tipu abi kan kan kan. He know me better that I know myself, huhu. Smile

Beberapa harini memang banyak tidur dan baring. Amaran Doktor Zakaria terngiang-ngiang sentiasa di benak fikiran: "Kalau sakit atau rasa semacam, lebih baik duduk dan kurangkan beraktiviti. Kalau kepala jatuh terhempas lagi, saya takut awak mengalami pendarah otak."

Allahuakbar. Jeng jeng jeng...

Gelak je haritu jumpa kawan lama ummi, ana dah penat sangat. Macam terlentok sikit, sekali makcik tu tegur: "Lemah lembut je anak awak ni ye, anak perempuan saya kat rumah tu bukan boleh duduk diam, kasar. Buat kerja pun macam lelaki." Dalam hati ana, normal la tu, perempuan sekarang banyak sangat pendedahannya. Main futsal bagai, aduiii...! Sekali dengan penuh keyakinan dan iltizam, ummi menjawab: "Anak saya bukan lemah lembut, tapi lembik!"

Amboi... Amboi... Amboi...

Sedapnya ummi kata ana lembik! Eh eh eh, lembik-lembik pun kuat semangat tau. Hehe. Tengok orang yang gagah perkasa belum tentu semangatnya kuat, ngeeeee. Smile

Ana mohon maaf pada sahabat-sahabat, banyak sms tak berbalas. Menjauhkan diri dari komputer, tv dan hp! Kepala berdeyut. Kalau diibaratkan kepala seperti gigi, dah lama ana cabut. Lalalalala... Very Happy


Semilir angin petang mendamaikan
Senja berlalu di sebalik gugusan awan
Malam melabuhkan tirai perlahan
Hati semakin dicengkam rawan
Rayuan jiwa yang tak berirama
Hanya Tuan pemilik hati jua mengerti
Secebis rahsia yang disimpan rapi
Si gadis yang digelar Mawar Berduri
Moga kau mekar dengan akhlaq dan budi
Manis kerana iman dan taqwa di hati
Malu menjadi pendinding diri
Mudah-mudahan menjadi pendamai hati
Pemilik insan bernama suami

Read more...

24 February 2009

Mengimbau Cebisan Kenangan

Er, tolong jangan salah faham ~ ini bukan saya.

Setiap manusia mempunyai tahap pemikiran yang berbeza sesuai dengan faktor umur. Semakin bertambah usia, sewajarnya semakin bertambah tahap kematangan dalam berfikir. Tetapi kita perlu ingat, tidak semua manusia melalui proses pembesaran yang sama, setiap faktor luaran mendorong seseorang untuk menjadi lebih matang dan sebaliknya. Kesimpulannya, kematangan setiap orang adalah berbeza walaupun sebaya. Wallahua'lam. Melalui pengalaman, manusia menjadi lebih banyak pengetahuan, melalui pengetahuan itulah manusia menjadi semakin matang. Insya Allah.

Semakin banyak seseorang menghadapi ujian secara positif, maka dia sebenarnya sedang mencari hala tuju untuk menjadi insan yang lebih matang seiring dengan ujian-ujian yang dilaluinya. Ujian itu tarbiyyah, sabar itu indah. Sebaliknya, masih ramai juga manusia yang semakin bersikap negatif apabila mendepani ujian dan akhirnya mengambil jalan paling pintas- bunuh diri. Maaf, inilah tanda orang yang pendek akal dan tak ada iman. Kalau tiada iman sekalipun, masih ada akal untuk pertimbangkan. Jangan sesekali lari dari masalah, sebaliknya menjauhi masalah itu. Bila kita terlalu dekat dengan masalah, kita tidak nampak jalan penyelesaiannya, maka beralihlah ke satu sudut yang lain.

Contohnya seorang penulis skrip, tidak lagi mampu memikirkan babak seterusnya apabila tetap menulis di sudut yang sama pada setiap kali mencetus idea, maka dia beralih... Berjalan ke gigi pesisir pantai, melihat dan merenung ciptaan-ciptaan Allah, maka dapatlah dia 'sesuatu' dari alam semesta. Konteks belajar dengan alam. Wallahua'lam. Smile

Alhamdulillah, Allah memberi peluang dan memudahkan urusan ana untuk bertemu seorang junior sewaktu di sekolah dulu. Perjumpaan yang singkat, insya Allah memberi seribu satu makna pada ana. Setiap pertemuan adalah lambang keutuhan ukhuwwah, biar jauh biar lama tak berjumpa tapi tetap ada kemesraan yang terjalin. Subhanallah. Walaupun pada awalnya, cik adik (junior) dah gelabah sebab dia tak dapat nak datang pada waktu yang dijanjikan, tapi dengan cool ana menanti penuh sabar (uwekkk!) dan kasih sayang, alhamdulillah dapat juga bertemu.

Rasanya ana dah berusaha sedaya mungkin untuk kekal senyum dan senyum dan senyum. Masya Allah, walaupun hati dibalus bungkus awan yang kelam tapi anugerah Allah yang tak putus-putus memujuk hamba Nya, lalu ditemukan dan diikatkan dengan mahabbah, alhamdulillah keceriaan bertandang bukan saja pada sinar wajah tapi juga pada tabir hati. TERIMA KASIH YA ALLAH. Tapi tak tahu la pula kalau cik adik rasa senyuman ana tak cukup untuk mewarnai perjumpaan singkat tu. Huhuhu. Syuttt... Tak payah cakap, akak tahu akak comel sangat kan that time (duduk dalam bakul naik lift).
Smile Perlu diberikan sekalung penghargaan buat tukang jahit tudung, hehehe. (Puas kena perli dengan ahli baeyt sebab tudung tu) Very Happy

Subhanallah, sedar tak sedar. Dah makin comel la adik Azmah, makin berseri-seri biasan wuduk. Banyak juga la yang dibualkan (jangan risau, tak mengumpat sesiapa pun). Akhirnya, kami balik dalam kebasahan, hujan lebat amat. Ana yang agak-agak sejuk tu, sebelum berpisah entah berapa kali salam dan berikan pelukan ukhuwwah. Kesian Azmah, mesti macam pelik dengan akak. Hehehe, sebab ana tak tau bila lagi nak ngedate macam itewww!! Tapi itulah, rasanya kali ni 'dating' mudah je, senang dapat greenlight dari both parents. Kalau Allah nak mudahkan, tiada siapa mampu menghalangnya. Allahuakbar.

Tengok Azmah, ana teringat dan rindukan kawan-kawan sekelas masa sekolah dulu. Yang paling ana rindui "Opah", gerangan insan yang menjadi teman sebelah meja ana. Sekarang dah tercampak ke Pahang mengemis ilmu Nya. Opah ni beza umur dengan ana sebulan je tapi ana suka sangat buli dia, dia memang penyabar (walaupun selalu naik angin dengan tahap keras kepala ana). Setiap kali ana sakit, dia lah yang akan menjadi heroinnya. Hehehe, paramedik yang terlatih dengan pe'el ana. She know what to do! Nieda dan Cenap selalu bertindak menjadi 'penenang' ana, bila dah start shacking tak ingat dunia dorang akan pegang tangan dan cakap "Genggam tangan aku" ala cuak la tu sebab penah sekali ana shacking dan genggam tangan sendiri, alih-alih langsung tak boleh buka genggaman, puas dorang urut-urut tangan. Lebih kurang 30 minit juga la baru boleh buka genggaman.
Razz Sekali kena kancing gigi, baru la gelabah. Huhuhu, sampai sekarang ana sentiasa diburu rasa bersalah pada kalian.


Doktor-doktor lain ialah Aisyah, Hafizah dan Shuhaila. Yang bertiga ni jauh lebih berpengalaman sebab since form 1 lagi dorang ada 'patient' yang comel untuk sentiasa berjaga-jaga. Kredit perhatian dan kenangan ini juga perlu dikalung pada pelajar-pelajar lelaki, walaupun ana tak mesra alam dengan mereka (sokmo kena sound sebab ana selalu tak puas hati dengan dorang yang suka gelak) tapi mereka juga banyak berjasa pada ana. Walaupun cikgu selalu cakap: "Haa... Kamu ni nama je budak Sains, tapi hampeh! Perangai macam budak bla bla bla". Ala biasa la tuh, lelaki kan lambat matang.
Razz

Nakal budak-budak je.
Smile
Saat-saat kritikal, mereka ni la yang selalu ingatkan cikgu cikgi dan teman-teman yang lain supaya jaga aurat ana walaupun ana sendiri tak sedar diri. Huk huk. Kalau nak, dorang boleh je ambil kesempatan membiarkan orang buka tudung tapi dorang respek pada ana and I will never ever to forget all of you, teringat lagi kalimah-kalimah mereka: "Cikgu, walaupun dalam keadaan kritikal macam ni, jangan la buka tudung dia, sian kat dia. Buka anak tudung je la. Time dia di alam nyata, punya la dia jaga aurat, skali dia sakit kita senang-senang je buka tudung dia. Nanti dia tiba-tiba sedar, mesti dia malu."

Allahuakbar...
Di saat hamba ini yang sangat dhaif dan hina disisi Mu untuk mempertahankan apa yang perlu dipertahankan oleh seorang muslimah, bangkit seorang saudara (seIslam) mempertahankan maruah saudaranya. Masya Allah. Walaupun masa tu ana memang tak sedar diri tapi apa yang diberitakan dari teman-teman cukup untuk ana kenangkan setiap pengorbanan yang kalian berikan pada jasad hina ini. All the time, when I fainted dorang mesti buat 'emergency action' dengan menolak semua kerusi & meja ke tepi dan akhirnya sahabiah akan membaringkan ana tengah-tengah kelas betul-betul bawah kipas. Apakah perlu ana melupakan jasa-jasa mereka hanya kerana mereka selalu membangkitkan ketidakpuasan pada ana. (Pelajar laki kelas ana suka gelak kuat-kuat, ana tak sukaaaaaa.)

Walau dimana kalian berasa sekarang, ana doakan kalian semua menjadi hamba Allah yang soleh/solehah, sentiasa bersemangat untuk belajar, sentiasa menjaga adab dengan ilmu, sentiasa belajar kurangkan gelak ketawa, sentiasa belajar dan belajar dan belajar... Walaupun di mana kalian berada, jasa kalian tetap bersemadi di ruang kamar hati ana ~ budak yang selalu mengundang kesusahan pada kalian ~ Miss all of you...


Siapa kata budak Kelas Sains skema? Tak da maknanya, semua sengal-sengal je. Berapa kerat sangat la yang skema, bak kata Yusz: "Otak dah tepu nak disumbatkan dengan istilah Bio, Fizik, Kimia. Belum lagi formula matematik tambahan. Sesekali kita gelak, apa salahnya?" Sesekali tak apa, masalahnya selalu... huhu. Gelak la banyak-banyak, habis yang dihafal tu hilang. study

Harini... Apasal ana jadi kelam kabut je buat kerja tapi masih sempat update blog dengan panjang lebar begini? Bukan apa... Ana dah pening nak siapkan beberapa task.

Soalan dari shoutbox dari seorang pengunjung mengenai NIQAB/PURDAH, ana tak bercadang nak mengupas panjang lebar dalam blog. Pagi tadi sempat ana mencari kembali diskusi teman-teman yang panjang lebar, jadi ana pastekan link disini. Selamat membaca.

[1] Adab Pemakaian Muslimah
[2] Dalil Muslimah Berpurdah


Cik Mie dan Cik Mar, lainkali meeting kena buat minit ye. lol!

Read more...

23 February 2009

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan


Oleh: Fatimah Busu

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?"

"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki ... tiga empat orang ."

"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."

"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."

"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."

"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?"

"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital . Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?"

"Kenal . abah ."

"Berapa orang ?"

"Empat ."

"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"

"Seorang saja . yang lain tidak tahu."

"Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! "

"Huuuuu . dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "

"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu . sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!"

"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"

"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."


9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.

"Hah! Padan muka si Saman tu . megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!"

"Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji."

"Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu .. Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang."

"Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!"

"Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.."

"Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!"

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.

"Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik . saya runsing sangat!"

"Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !"

"Esok saya nak pergi jumpa bomoh . tentu bomoh tahu. ."

"Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik .."

"Habis ?"

"Kikta tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah."

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.

"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah .bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!"

"Dunia sekarang memang kejam, puan . anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?"

"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik .."

"Dia kerja apa di KL, tu?"

"Katanya pegawai eksekutif syarikat .."

"Syarikat apa, puan?"

"Kalau tak silap syarikat import eksport . katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar . bosnya baik . selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali."

"Oh?"

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

"Hei anak bertuah! Kau tengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?"

"Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?"

"Kau cakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?"

"Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video . tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?"

"Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!"

"Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?"

"Dia tu bekerja, bukan?"

"Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?"

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.

"Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami."

"Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica... ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia."

"Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?"

"Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu."

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

"Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?"

"Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!"

"Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?"

"Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline."

"Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!"

Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging ****!"

"Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?"

"Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!"

"Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?"

"Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi."

"Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?"

"Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!"

"Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?"

"Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu.."

Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!

"Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!"

"Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!"

"Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!"

"Ah, ada yang parah nampaknya . satu lagi nampak okey .."

"Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?"

"Bawa kawan saya keluar, dulu . saya okey. Saya boleh keluar sendiri."

"Mari kita angkat dia ramai-ramai . jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini.."

"Aaaarrrrgggg . aaarrrrgggg ..."

"Masni . Mas . Mas. mengucap . mengucap Mas .."

"Aaarrrggg . aaarrrggg .."

"Mengucap Mas .ikut saya, mengucap ... Laaa ilaaa haillallah . Laaaa ilaaa haillallah .."

"Laaaa . ilaaaa .."

"Kata, Laaa ilaaa haillallah .Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .."

"Laaa . ilaaa .."

"Massss . sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss. sebut Laaa ilaaa haillallah.."

"Dia sudah tidak ada lagi dek ."

"Masss .sebut Laaa ilaaa haillallah .Masss .sebut ."

"Dia dah tak ada, dek. dah tak ada lagi !"

"Ah, Mas . Mas . mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss . Laaa ilaaa,

tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan . !"

"Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?"

"... Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)

"Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan ." (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.

"Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap."

"Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah .."

"Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia."

"Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi."

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.

"Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! "

"Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?"

"Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!"

"Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!"

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

"Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)

Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.

BIODATA: Dr Fatimah Busu

PENGARANG veteran wanita ini mewarnai dunia sastera tanah air sejak 41 tahun lalu dan pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM). Antara karyanya, Koleksi Cerpen Al-Isra (10 cerpen) membawa persoalan falsafah, politik, agama, unsur mitos dan lagenda dalam sastera Melayu tradisional dengan tanggapan baru. Kumpulan Cerpen Lambaian Tanah Hijau memuatkan 15 cerpen dengan tema kritik sosial dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Belanda, Tamil, Perancis, Mandarin, Jerman dan Vietnam. Kumpulan Puisi Apa Ada Di Sana (2003)

Nota kaki:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan menghias-hiasinya (membuat indah dalam pandangan lelaki sehingga ia terfitnah)”. (HR. At Tirmidzi, disahihkan dengan syarat Muslim oleh Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi`i dalam Ash Shahihul Musnad, 2/36).

Read more...

20 February 2009

Dari Hati Turun Ke Hati

Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang di langit dan apa yang di bumi dan bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dia lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. [Surah Saba’ : 1]

Semoga Allah memelihara kita dengan iman dan fizikal yang sihat. Insya Allah. Meminjam semula kata-kata Cikgu Shidee: Bercakap dari hati insya Allah turun ke dalam hati sedangkan bercakap dari mulut belum tentu melepasi telinga. Subhanallah. Kata-kata yang ana selalu pegang bila mahu menarikan jari-jemari untuk menulis. Mudah-mudahan dapat difahami pada yang membacanya, insya Allah. Istimewa buat Ukhti Azmah. (”,)

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada Nya di waktu pagi dan petang. [Surah Al-Ahzab : 41-42]

Setelah sangat lama mengeringkan otak memikirkan ayat apa yang ingin ditamsilkan, insya Allah harini berusaha dengan sebaiknya untuk menzahirkan ayat-ayat yang sudah terlalu lama dipendam. Menulis sudut kehidupan, tak semudah berimeginasi di dunia khayalan, membaitkan ayat-ayat puisi. Hidup satu perkara rumit untuk dirumuskan. Setiap manusia mempunyai pengalaman yang berbeza hatta menghadapi masalah yang sama. Subhanallah, indah aturan Tuhan, setiap yang telah, sedang dan bakal berlaku pasti punya hikmah yang terbaik buat kita. Selagi menggunakan akal seiring dengan iman pada Allah, insya Allah kita mampu memilih jalan yang baik untuk dunia dan akhirat.

Dan janganlah kamu menuruti orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq itu, janganlah kamu hiraukan gangguan mereka dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung. [Surah Al-Ahzab : 48]

Cabaran apabila dikelilingi dengan mereka yang berlainan agama, banyak cabarannya terutama cabaran iman. Kenapa kafir laknatullah tak menyerang ummat Islam keseluruhannya dengan berperang zahir? Kerana orang Islam berperang untuk mati (syahid), sedangkan orang kafir berperang untuk hidup. Orang Islam (mukmin) merindukan syahid, dan sudah pasti sangat rindu untuk bertemu dengan Tuhan. Jadi, kematian itulah yang ditunggu-tunggu kerana dia bakal bertemu dengan Kekasih belahan jiwanya. Allahuakbar! Ukhtiku sayang, jangan lah berasa tertekan apabila berdepan dengan mereka (non-muslim) disekitarmu, engkau punya iman sedang mereka tidak!

Merasakan bunuh diri adalah jawapan penyelesaian bagi setiap masalah? Itulah singkatnya penilaian mereka yang tiada iman, sedangkan mati adalah permulaan kembara kita. Masih ingat apa yang akak pesankan pada adik; Hidup hanya untuk DILALUI bukan untuk diramaikan. Kita semua menuju kematian, maka biarlah perjalanan singkat di dunia ini kita penuhi dengan amalan-amalan soleh sebagai penawar setiap duka yang menerjah relung hati. Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama hamba-hamba yang bersabar. Jangan rasa terasing, biarlah kita dipandang hina makhluk di bumi tapi janganlah hingga dihinakan makhluk di langit. Na’uzubillah.

Sesungguhnya Allah melaknati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka), mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; mereka tidak memperoleh seorang pelindung pun dan tidak (pula) seorang penolong. [Surah Al-Ahzab : 64-65]

Ukhtiku sayang, renungkanlah ke dalam hati kita agar sama-sama mendidik diri secara istiqamah untuk belajar menjadi manusia yang tahu dan mahu bersyukur kepada Allah. Selaut kesyukuran kita hanya setitis dari nikmat-nikmat yang kita perolehi. Allah Maha Pengasih, rahmat Nya mendahului kemurkaan Nya. Bersyukurlah atas setiap ujian yang menimpa kerana Dia sedang mentarbiyyah dan memujuk adik dengan cara dan kehendak Nya. Subhanallah.

Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)? [Surah Fathir : 3]

Belajarlah, terus didik hati untuk bersyukur. Akak yakin adik akak ni pandai orangnya, mampu untuk meluruskan akal seiring dengan iman. Insya Allah. Terkadang Allah datangkan ujian apabila berdepan dengan keluarga sendiri, Allah hanya mahu menguji kesungguhan kita untuk meneruskan niat dan impian kita. Seandainya kita meneruskan usaha tanpa rasa putus asa, insya Allah Dia akan berikan juga apa yang kita pohon. Andai tak diberikan apa yang kita pohon, pasti Dia menggantikan dengan yang lebih baik. Insya Allah.

... dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya... [Surah Ibrahim : 34]

Allah lebih tahu apa yang kita perlukan, hatta kita sendiri masih ‘tidak kenal’ diri kita. Allah lebih tahu apa yang kita mahukan, kerana Dialah yang menciptakan kita. Dari setitis mani yang hina lalu digubah menjadi sebaik-baik ciptaan dan diangkat menjadi khalifah Nya di dunia. Tapi, sedar tak sedar diantara makhluk-makhluk Nya, kitalah (manusia) yang selalu kufur atas setiap nikmat yang diberikan.

Dalam Surah Ar-Rahman, berulang kali Allah bertanya kepada manusia;

Dan di antara nikmat-nikmat Tuhan mu, nikmat manakah yang hendak kamu dustakan?

Saat hiba menaungi taman hati, kenangkanlah nikmat-nikmat Nya. Apabila ada nikmat yang dikecapi ditarik semula, berbaik sangkalah dengan Allah. Bukan dia tak memandang kita, sebaliknya Dia sedang melihat sejauh mana kita akan bergantung harap pada Nya. Dia rindu untuk mendengar rintihan hamba-hamba Nya dalam kesejukan malam, di bawah cahaya rembulan bertitiskan embunan, Dia berbangga melihat hamba Nya menyembamkan muka di atas hamparan dunia, tempat yang bakal kita dikembalikan.

Allah rindu untuk melihat aliran air mata dinihari di pipi hamba Nya saat manusia lain terus hanyut dalam lena. Allah ciptakan malam untuk kita berehat dan sebahagiannya lagi untuk kita beribadah kepada Nya. Bila fikiran sudah tidak mampu untuk dimaksimakan, lihatlah masalah dari sudut lain. Jangan terlalu berfikir hingga tidak mampu lagi tenang dalam pemikiran, rehatkan sejenak minda dan bersujudlah memohon petunjuk Nya agar kita mendapat membuat penilaian yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita. Insya Allah.

Saat ujian demi ujian menghampar bahtera hidupmu, kemudikanlah hati sebaiknya. Fikirkan keindahan syurga Nya, alangkah indah andai kita bersabar untuk mencapai sesuatu yang indah dengan keindahan sabar. Walaupun sememangnya kita tak layak berhajatkan syurga Nya, sesekali fikirlah keindahan syurga Nya agar kita bermotivasi dan berusaha mencari jalan untuk mendiaminya. Insya Allah. Aamin!

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Surah Al-Hadiid : 1]

GooD LuCk ~ aLL tHe BeSt ~ HaVe FuN yaaa untuk KuiZ KIMIA esok! Selamat menyeliratkan saraf-saraf otakmu, hehehe.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Usai solat Zohor tadi, sms pada Kak Nur Fasihah (baca baik-baik ya!) bertanyakan tarikh walimah. Alhamdulillah, jodohnya dengan orang Burma. Moga jodoh berkekalan hingga ke syurga Nya, aamin. Jadi zaujah solehah yer. Alhamdulillah, kakak-kakakku ramai yang sudah dan bakal berubah status. Pandai-pandai la ana nak bawa diri selepas ni, tak boleh nak bermanja sangat dengan mereka. Ku nantikan kalian di pintu syurga, chewah! (^_^)

Tiap kali buka freezer, perlu ke pejam mata dari melihat sekotak aiskrim yang amat-amat menggiurkan? Semoga ukhti Fauzani & ukhti Najwa cepat sembuh, aamin.

p/s: tak pergi Kedah pun semalam dapat makan satey, alhamdulillah. Yeyeyeyey! (^_~)

*** Kenapa ana tak boleh nak masukkan gambar-gambar ni, blogger problem ker?

Read more...

19 February 2009

Suatu Muhasabah

Salam'alaykum whb. Moga kita semua dalam keadaan iman dan fizikal yang sihat. Insya Allah.

Alhamdulillah, pagi ini bermula dengan keceriaan. Awal pagi ana rasa sangat tenang dan damai, subhanallah. Rutin harian, buat sarapan ummi, pot-pet awal pagi dengan ummi sambil ummi makan, hantar ummi depan pintu, kissing & lambai-lambaikan jari jemari yang mulus pada ummi. Buat sarapan abi pula (^_^) Sambil temankan abi makan, ana pun bersembang je la apa yang patut. Kadang-kadang 'mengumpat' kucing, huhuhu. (Ana dah tak takut dengan kucing taww!!) Seawal pagi harini, ummi & abi bagi ceramah pada ana. Senyum, dalam hati berbunga-bunga je.

Abi dah pergi kerja, melayan sms dari seorang sahabat. Waduh, kok pagi ini memang ana ada penceramah yang didatangkan khas dari Pemilik diri, memberi tazkirah yang bukan saja menyentuh hati tapi perasaan dan juga iman. Terkedu, terdiam dan terkesima. Muhasabah diri semula. Kenapa dalam keriangan dan kegembiraan ini, hati terpaut pada satu perasaan hiba yang melampau-lampau hinggakan ana pesankan (atau rayu) pada sahabat "jangan buat ana menangis pagi-pagi ni..." Wallahua'lam, hati dipaut satu perasaan yang aneh, bergetar dan semacam. Allahuakbar.

Long~long~time~ago ana pernah la tanyakan pada seorang teman "apa pendapat ukhti kalau dilamar seorang tabligh?" Ana tersenyum selebar-lebarnya dengan jawapan ikhlas dan spontan darinya: "Ha, tabligh! Tak nak, nanti selalu kena tinggal."

Tiba-tiba harini ana rasa terlalu hipokrit, astaghfirullah hal azhim. Lama bermuhasabah sambil menikmati tazkirah demi tazkirah yang membuatkan air mata dah hampir nak menitis tapi ditahan-tahan, bukan nak melambungkan ego yang memuncak tapi rasanya tak mampu nak menumpahkan air mata pada saat itu. Setelah beberapa hari ini penat perasaan dan letih emosi dengan 'semua' yang berlaku.

Ana teringatkan luahan hati yang pernah ana tamsilkan dalam blog ini, ana tidak mahu meminta apa-apa dari seorang insan kelak bergelar zauj selain dia menginfaqkan dirinya pada Islam. Ana mencari satu kata-kata yang boleh 'mengubati' sedikit rawan yang menerjah kolam ketenangan pagi tadi. Apa yang nak dirisaukan, kita bantu agama Allah, pasti Allah datangkan pertolongan Nya. Jangan sedih, kita semua pasti ditinggalkan dan akan meninggalkan. Anggap saja lah 'perpisahan' semasa dia berjuang sebagai satu latihan dan motivasi bahawa suatu hari nanti tetap juga akan terpisah nyawa. Mati itu pasti. Ana menjenguk sebentar ke blog pakcikku... Cerita tentang mati. Hati ana benar-benar terubat, mekacih pakcik.

Kalau harini dengan bersemangat kita (muslimah) mahu menjadi tulang belakang pada mujahideen, tapi esok-esok mungkin semangat itu pudar kalau tidak istiqamah menyiramnya dengan perjuangan, tidak istiqamah membajai dengan semangat cintakan agama. Terasa hanyut dengan perasaan, entah kenapa terasa betapa tak layaknya menulis semua ini. Dan takut-takut pula bila mendapat mujahideen, kelak diri sendiri yang menjadi ujian pada mujahideen untuk berjuang. Na'uzubillah. (Urm...)

Sambil ana melanjutkan muhasabah diri, ana bongkahkan kembali buku yang suatu ketika dulu menjadi antara buku kegemaran ana "Islam & Peranan Wanita." Seimbas dan sekilas lalu, hati ana terpaut pada satu kata-kata, ana senyum pada hati yang semakin basah dengan kata-kata sahabat. Terkenangkan kata-kata Ummu Uwais; "Wanita yang ditarbiyyah itu mudah dilentur, mudah mendengar bicara dan mudah tersentuh hatinya. Begitu juga dengan lelaki." Kadang-kadang nampak je lelaki ni gagah pada zahirnya, tapi hakikatnya dia juga 'berpaut' pada kelemahan sang wanita yang gagah perasaan. (Eceh...)

Pagi tadi, kedua-dua adik perempuanku bertegang urat. Budak berdua ni memang hobi mereka bergaduh, huhu. Bak kata Abang Cik, biar je la nak gaduh pun, esok dah besar ada jugak kenangan yang nak dikenangkan. Jadi baik sangat pun, esok cerita dah tak menarik, bila lagi nak bergaduh adik-beradik kan, jangan dah tua nanti gaduh berebut harta dah la. Ana mengaminkan dalam hati, minta dijauhkan atas ujian tersebut. Putus saudara hanya kerana harta? Apalah sangat, esok-esok mati bukan harta tu nak dibawa masuk kubur pun.

Al-kisah pergaduhan adik-adikku, yang Si Kakak nya cakap adik buat-buat demam, nak ponteng sekolah. Si Adik nya pula balas, kakak perasan cantik. Ana yang di dapur, tersenyum sendirian. Masa kecil, tak ada pula peluang ana nak bergaduh siapa lagi cantik. (^_^) Kakak nya pula jawab Adik cemburu, Adik pula kata Kakak itu dan ini... Tak tahan geli hati dengan dialog mereka berdua, ana menyampuk juga la. Teringatkan pesan abi malam tadi; tarbiyyah la adik-adik dengan kasih sayang. (Ana ni garang sangat agaknya) Memang sayang budak-budak ni cumanya ana garang, ngeee :P

"Jangan gaduh, KITA semua cantik!"

Sengaja ana menekankan perkataan 'kita' menunjukkan semua manusia, semua orang... Nampaknya Adik tak puas hati "Apa pula, mana Kak Yang tau? Apa buktinya?" Aiwah, budak kecil ni... Kata demam, bukan main lagi lantang nak ajak cari gaduh ye. Campak dalam sungai belakang rumah baru tau (hua hua hua). "Iyer la, buktinya dalam Quran, Allah dah kata pun al-insan fil ahsani taqwim. Manusia itu sebaik-baik ciptaan." Terus dia diam dan menghabiskan sarapan. Allah, ni baru berdepan dengan 2 cinonet ni ha. Esok-esok dah ada anak, wa tatau mau cakap maaa! Agaknya nak tak nak kena train juga diri ni slow down, tak buley garang sangat, kena jadi macam Ummu Uwais. Wawawa... Baca apa yang Kak Fong tulis, dia ada 4 anak laki (Asim, Harith, Humam dan Fawwaz) pun kata dia tak layak ada 4 anak, dengan keadaan mulut 'cepat' berbunyi (bebel la tuh). Inikan pula ana? Uwaaaa!! Come on Insyirah! Muhasabah, Mujahadah dan Istiqamah!

Muhasabah lagi... Jangan impikan lelaki yang baik, yang indah segala-galanya kalau diri sendiri tak nak berusaha nak jadi sebegitu.

Muhasabah lagi... Tekadkan hati, teguhkan iman dan perasaan. Ujian itu satu tarbiyyah indah dari Allah untuk mengukuhkan kepercayaan dan kebergantungan kita pada Allah.

Muhasabah lagi... Banyakkan doa, mohon kesejahteraan dunia dan akhirat. Ya Allah yang Maha Penyayang, jadikanlah aku orang yang penyayang, berlemah lembut dalam pergaulan, bersabar atas ujian. Ya Allah, jadikanlah aku orang-orang yang sabar. Jauhkanlah aku dari sifat marah.

Muhasabah lagi... Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik. Mahu yang terbaik, berusahalah menjadi yang terbaik.

~ Buat Muslimah Itu ~

Beberapa hari lalu, ana terbaca tulisan seorang muslimah mengenai dipandang 'extream' gara-gara dia pakai sarung lengan. Ana tersenyum je. Biasalah, mulut manusia memang tak buley nak tutup. Kenapa ana tersenyum? Sebabnya, ana memang selalu kena cop begitu. Waktu sekolah dulu (ana bukan berlatar belakang sekolah agama), ana mula pakai sarung lengan (sebab tak buley pakai baju ada butang kat pergelangan tangan) since form 2. Kawan-kawan karibku semuanya pengawas sekolah. Hehehe. Masalahnya, kat sekolah tak buley pakai sarung lengan, cikgu kata macam-macam. Ana yang terkenal dengan kedegilan ni buat 'muka sardin' je.

Bestfriend (Aisyah, Hafizah dan Shuhaila) pengawas, mereka ragu-ragu. Entah berapa kali dah diwarningnya ana supaya JANGAN pakai sarung lengan tu tapi ana pakai juga (memang degil pun). Kesian, mereka pun dilema antara sahabat dan sekolah. (maalish jiddan jiddan ya ukhtun habibah!) Satu hari, ana senyum bila mereka brain wash ana. Ana cakap; "Kalau nak tulis nama sebab pakai sarung lengan ni, tulis la kalau ianya kesalahan di mata kalian dan cikgu-cikgu. Moga-moga ianya tak salah di mata Tuhan."

Full stop. Itu je. Ana senyum dan 'merelakan' nama ditulis dalam buku 'kesalahan pelajar' oleh sahabat-sahabat akrabku. Sampai la ana form 4, buat kesalahan yang sama secara istiqamah 3 tahun tu (ish ish ish, nasib tak kena panggil dengan HM) sampai pengawas buat meeting dan 'terpaksa' minta kebenaran dengan pihak sekolah untuk membenarkan akhawat pakai sarung lengan. Alhamdulillah. Mungkin sebab seorang dalam badan pengawas berjawatan tinggi yang akrab dengan ana, soal-siasat macam ana bersalah sangat "kenapa pertahankan sarung lengan" tu... Alhamdulillah, kini adik-adik juniorku bebas pakai sarung lengan.

Motivasinya: Kebenaran pasti akan menang sekalipun ia perlukan masa yang amat panjang. Jadi, bersabarlah (",)

Kalau orang tanya lebih-lebih, ana senang je. "Saya sayang ABI, saya sayang UMMI, saya sayang AKHUN." Tahukah anda, seorang lelaki dipertanggungjawabkan atas iman, akhlaq, aurat, tauhid dll

[1] Ibu
[2] Isteri
[3] Anak-anak
[4] Adik-beradik perempuan

Kalau benar anda sayangkan:

[1] Ayah
[2] Suami
[3] Anak-anak lelaki
[4] Adik-beradik lelaki

Maka, BUKTIKAN kasih sayang kalian, zahirkan dengan benar! Jangan humbankan mereka dalam neraka dek kerana 'sayangnya' kalian pada mereka. Kalau benar sayangkan mereka, buktikan pada semua. Peliharalah maruah seorang muslimah. Allah dah memuliakan kita, jangan kita menghinakan diri sendiri. Sanggup kalian campakkan 'orang-orang yang tersayang' ke dalam neraka Allah yang teramat panas tu?

Sanggup ke kalian wahai mahkluk Adam untuk dicampakkan ke dalam neraka? Menikmati kepanasan azab api neraka kerana 'kasih sayang' kalian pada saudara-saudara perempuan kalian? Kalau merasakan api dunia saja tidak mampu, maka nasihatilah wanita-wanita tanggungan kalian... Insya Allah, perempuan mudah mendengar kata orang yang disayanginya.

Wallahua'lam.

Muhasabah lagi... Ya Allah, jangan Engkau hinakan kedua ibu bapaku, abang-abangku, adik-adikku di Mahsyar Mu. Muliakan lah mereka seperti mana mereka memuliakan aku, janganlah Engkau jadikan aku asbab kepada kehinaan mereka di depan Mu. Jadikanlah aku hamba yang solehah, taat dan patuh pada perintah-perintah Mu, menjauhi segala larangan Mu. Kurniakan lah aku sekeping hati yang sentiasa rindu untuk menyebut nama Mu dan jadikanlah hati ini sentiasa insaf. Jangan Engkau pesongkan hati ini setelah Kau berikan hidayah. Aamin...

Muhasabah ku... Menanti penghujung usia...

Read more...

18 February 2009

Kembali Mengaktifkan Al-Insyirah

Salamun'alaykum whb, syukran wa jazakumullah khairan katsira pada semua tetamu yang berkunjung ke teratak ana. Sengaja ana melarikan diri sebentar dari blog kerana ana cuba mengaktifkan kembali Al-Insyirah yang semakin sepi. Alhamdulillah, ana juga bertekad, ana tidak akan update blog selagi buku Putera Lembah Bakkah tidak dihabiskan. Sepatutnya, buku itu dihabiskan mungkin 1-2 hari sahaja tetapi dek kerana hati yang selalu sebak baca buku tu makanya selepas hampir 6 bulan membeli, baru berjaya dihabiskan. Alhamdulillah.

Putera Lembah Bakkah: Kisah hidup Rasulullah s.a.w. dari waktu kecilnya hingga baginda berusia 25 tahun. Penceritaan kreatif yang ditulis benar-benar menusuk relung hati, hiba dan sebak rasanya mengenangkan jasad pemuda yang sangat disayangi penduduk Mekah itu. Terlalu rindu untuk kembali ke Madinah al-Munawwarah, rindu untuk menghampiri jasad istimewa, kekasih Allah itu. Ah... Rindu yang terlalu susah untuk di lakarkan.

Ana nak ceritakan mengenai Al-Insyirah. Iya, setelah lama 'melupakan' teratak Al-Insyirah, rasa bersalah pula kerana sekadar menjenguk tanpa mengirimkan buah tangan. Ibarat bertamu ke rumah orang dengan tangan kosong. Makanya, dengan 'uzlah blog' yang dilakukan ana telah pun kembali mengaktifkan diri di Al-Insyirah. Barangkali kerana rumah ana dikunci, agaknya kami (otai-otai) tak bayar sewa/khilaf dengan tuan rumah. Wallahua'lam. (Psiko je ni... huhu) Harap, rumah kami tu dibukakan secepatnya, aamin. Lega rasanya membaca posting Kak Aida dalam pondok buruk ana, masalah log in ke pondok buruk membuatkan lalang-lalang mula naik tinggi. Tapi ana tak boleh nak akses untuk mengemaskini pondokku itu dek kerana ownernya barangkali berada di luar negara... Uwaaaaa...

Inisiatifnya? Hehehe, ana telah membuka Warung Kopi @ Al-Insyirah sebagai alternatif. Sambil membuka warung kopi, dapat juga mengaktifkan kembali ruang Al-Insyirah yang sangat suram tu. Kelibat Kak Aysa nun dari Jordan sedikit sebanyak menceriakan ana, mudah-mudahan ukhuwwah yang terbina walaupun terpisah benua tetap dekat di hati. Aamin (^_^) Hanya bayang-bayang Cikgu Zaki, Dheadz dan ana. Akhi IB yang dah tercampak ke Sabah juga tak nampak lagi, be a good teacher ya... Hihihi.

Ana tersenyum sendirian, nak ketawa pun ada juga. Ana ~ cikgu Zaki ~ Dheadz menikmati paparan demi paparan di Al-Insyirah (Owner Al-Insyirah kena belanja kami makan satey Kajang sebab tak menampakkan batang hidung! Dushh!) :P

Antara kami bertiga (ana, cikgu zaki dan akhi dheadz), jurang perbezaan umur agak ketara.

Cikgu Zaki = 39 tahun
Akhi Dheadz = 30 tahun
Ana =19 tahun

Masya Allah, Subhanallah! Tapi, entah macammana boleh ana buat 'muka sardin' je bergaul dengan mereka. Ish, ish... Teruk betul la ana ni. Topik yang paling ana suka (hot thread also) ialah "Lets Chat in English" sebab ana boleh berbicara menggunakan bahasa Inggeris dengan bebas (^_^) tanpa ada yang mengkritik. Hehehe... Tapi, topik tu memang tak ramai yang respon sekadar playing hide and seek, hohohoho. So, I suggest to Mr Dheadz, should us (me, mr dheadz n mr zaki) playing tom tom bak? (smashing myself, im blushing right now.. kui kui) Nobody below 12 yearls old at Al-Insyirah, huhuhu. So, what do you think? Ngeeeee :P

~ creadit ice-cream for myself :P

Tersenyum dengan mesej-mesej di Shout box. Syukran pada semuanya... (^_^)

p/s: Jemput makan jagung rebus... Hehe.

Read more...

14 February 2009

Up and Down Of Our Life (^_~)

Alhamdulillah. Syukur pada Allah, masih meminjamkan usia untukku bermuara kasih di dunia, berteduh menggali ilmu Nya, berfikir dan merenung sebuah kehidupan yang baru bermula. Insya Allah. Semoga cinta, kasih sayang sesama saudara dikukuhkan dengan niat lillahitaala. Ukhuwwah dan tunjang kasih sayang kita mengharap keredhaan Allah. Aamin.

"Si Anak Abi"

Semalam, abi dapat panggilan talifon dari Uncle Din. Rasanya dah lama sangat tak dengar khabar dia, dan semalam lamaaa juga abi berbual dengan dia. Urm, good news yang rupanya Uncle Din sekarang buat PhD. Masya Allah! Seorang lagi kawan (agak rapat) abi, Uncle Azmi dah pun selesai PhD and now Dr Hj Azmi. Masya Allah. Hujung nada abi agak mendatar. Bukan ana mencuri dengar apa yang dibualkan, tapi abi sememangnya berbual depan ana.

Merasakan nada abi agak suram dan mendatar, ana berteka-teki dalam hati. Sedihkah abi? Ana tau, abi memendamkan sesuatu perasaan yang sukar untuk diluahkan. Pastinya yang ana tahu, abi tak puas hati dengan pihak atasan yang 'menyekat' abi untuk berhijrah ke tempat baru. Abi seorang pekerja yang excellent, masakan tidak... Mohon cuti untuk ke luar negara 2 minggu pun sudah kecoh satu pejabat. Seolah-olah kalau abi tak ada, mesin meletop agaknya (hohoho!). Kalau abi tak ada, banjir agaknya... Allahuakbar, masalah manusia yang bergantung harap pada manusia.

Tak juga ana nafikan, strategi abi bagus. Terkadang hanya dengan panggilan talifon je, abi boleh imagine apa yang sedang berlaku dan apa tindakan yang perlu pekerja lakukan but ke'excellent'an abi membuatkan abi seakan 'diikat' untuk tidak ke tempat lain. Ujian hebat dari Tuhan untuk menduga kesabaran seorang insan bernama abi... Lepas letak talifon, abi 'mengusung' emosinya pada ana. Seperti selalu, ketidakpuasan atau apa saja emosi yang meledak diluahkan pada ana. Ngeeee... Am I a good listener? I hope so... (^_^)

Ramai sahabat-sahabat abi sudah berkembang karier (dan cawangan rumah) tapi abi rasa masih pada tempat yang sama. Still here, walaupun dapat pindah ke sana sini tapi pihak atasan tak nak lepaskan. Macam tak termotivasi lagi nak buat kerja pun. Seperti yang abi cakapkan, company ni tak pentingkan siapa kamu, bagaimana performance kamu tapi siapa orang atas yang kamu kenal? Seorang kenalan abi (same company) sebab dah tak tahan dengan pihak atasan yang tak nak bagi dia pindah, terus resign 24 jam! Wah, bagi sebulan macam tu je. Kalau gaji RM20k, bagi cash Rm20k just like that? Huhuhu.. And now, jadi consultant. Padahal dia la yang perform untuk company sampai dapat anugerah prestij. Ya Allah, macam ni politik dalam kerjaya. Hishhh... Dunia... Dunia...

Ana masih mendengar luahan hati abi. Ana diam dan senyum. Trying to make him happy...

"Kalau dulu abi terima tawaran pergi Manchester, maybe sekarang abi pun tengah buat PhD juga kan? Tapi abi... Abi juga yang cakap, abi tak boleh jadi lecturer sebab abi cerewet."

Finally, abi gelak. "Iya, betul.. Betul. Kalau pergi Manchester maybe sekarang dah jadi Ir Dr..."

Ana pun bertindak 'bijak' menangkas cepat-cepat. "Tapi abi, kalau abi duduk Manchester, tak merasa la kakak nak pergi Mekah dengan abi and whole family... hehehe."

Semoga hati abi terubat... Abi masih menikmati air yang ana buat dengan harapan menyerikan semula hatinya yang seakan luka. "Abi tak bersyukur ke?"

Kok berani sungguh ana tanya macam tu...? Astaghfirullah hal azhim!

"Bersyukur apa?"

Yes! Jarum sudah mengena... Sabar abi, tunggu falsafah akak sebentar ya. (^_^)

"Abi tak bersyukur ke ada anak yang comel macam kakak? Maybe Uncle Azmi and Uncle Din ada Dr, ada PhD tapi tak ada anak yang comel macam kakak kan?"

(Dush! Perah santan sungguh la budak ni...)

Abi gelak lagi (alhamdulillah, berjaya lagi)

Kadang-kadang Allah berikan kita sesuatu tapi Dia tarik sesuatu. Apa yang kita hajatkan tak semestinya Dia akan berikan, sebab Dia lebih tahu apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita fikir dengan adanya gelaran Ir, Dr or whatever, kita akan dipandang manusia. Tapi kita terlupa, bila kita di atas mungkin kita akan lupa memandang ke bawah. Abi sendiri selalu cakap, kita kalau nak pandang jangan mendongak tapi kena tunduk. Abi juga yang ajar, kalau kita berkawan jangan mendamping yang berdarjat tapi carilah kawan yang lebih susah dari kita kerana dari situ kita akan lebih menghargai kehidupan kita.

Abi selalu cakap, kalau kita bersahabat jangan kerana NAMA, bukan kerana ILMU bukan juga kerana SIAPA DIA tapi kita bersahabat dengan seseorang kerana dia manusia. Ada kekurangan tapi ada juga kelebihan yang Allah ciptakan saling melengkapi. Kalau semua nak jadi Dr, nak ada pangkat tinggi-tinggi, siapa nak kerja di Indah Water? (Tidak bermaksud mengecilkan golongan ini) Siapa nak kerja sapu-sampah? Allah dah atur cantik pun, ada yang di atas dan ada yang di bawah. Kalau semua duduk di atas, alamatnya dunia ni pun tak terurus abi...

Siapa nak bersihkan sisa kumbahan kita? Siapa nak tolong sapu-sampah di sekeliling kita? Kalau semua Dr, takkan Dr tu nak sapu sampah? Ada Dr nak basuh logi pembetungan? Abi juga selalu cakap, orang yang kerja jaga lalu lintas tepi jalan (bila ada kerja pembaikan jalan dilakukan) kita kena hormat dia dan kerja dia. Sebab kerja dia walaupun gajinya jauhhhh lebih murah dari orang yang bawa kereta mahal tapi kerana dia mengawal lalu lintas memudahkan orang bawa kereta. Kalau tidak? Semua nak jalan menggunakan arah yang sama. Jawabnya kemalangan la.

Abi still diam dan senyum.

Dalam hati, ana berdoa. Moga hati ab terubat walaupun apa yang ana cakapkan adalah kata-kata abi sendiri. You are always in my heart my dear HERO..!

"Rindu Yang Terusik"

Menjejaki blog demi blog sahabat. Macam-macam kisah, dan entah kenapa emosi ana terusik dengan tautan dari seorang teman. Allahuakbar, apa lagi yang nak dikenangkan pada barang milik Tuhan itu. Doakan agar rohnya tenang disisi Tuhan. Entah, tak tahu perasaan apa yang nak dinukilkan dan perkataan apa yang nak diucapkan. Buat sekian kalinya, ana menjenguk kembali blog seorang teman yang telah kembali ke pangkuan Tuhan. Ana tahu, hanya ana yang setia menjenguk blog tak bertuan itu. Walau ana tahu blog itu sangat mustahil untuk dikemas kini tapi ana masih setia menjadi tetamunya. Selalu ana perhatikan counter guess yang ada dalam blognya, hanya ana yang menjenguk dan insya Allah akan selalu menjenguk walaupun ana tahu dan sangat yakin ianya tak dikemas kini seperti blog sahabat yang lain...

Tuhan... Ku rindu mendengar nasihatnya. Doaku, moga dia tenang disisi Mu kerana Engkaulah yang dia rindui sepanjang kelana hidupnya disini.

Menjenguk blog sahabat baik 'barang milik Tuhan' yang membuatkan emosi ana terusik. Sekeping gambar kenangan yang dikepilkan bersama coretan satu kerinduan pada insan yang pernah suatu ketika dulu ibarat merpati dua sejoti. Teman yang seiring sejalan dari sekolah menengah hingga ke alam universiti. Allah, ana tahu pasti sahabat yang seorang tu lebih merinduinya berbanding ana... Wallahua'lam. Moga hatiku terubat dengan segala yang sedang ku jalani. Aamin.

"Carilah Damai"

Senyum sendirian, soalan yang singgah dari ukhti Husna. Iyaaa... Budak ni memang nak kena cubit dah dengan ana. Siap la dik, akak dapat adik memang habis la pipi kena cubit. (I promise to do that!) Dan ana masih 'berhutang' dengan ukhti Azmah, ana sendiri masih bingung untuk menulis sesuatu untuknya, beberapa kali ana mengarang ayat dan akhirnya ana biarkan tanpa publish. Sulit untuk menukilkan apa yang perlu ana tintakan. Apakah adik berkecil hati dengan sikap akak? Akak pohon maaf sebanyak-banyaknya. Sabar ye, akak masih memikirkan ayat-ayatnya untuk di tamsilkan buat adik. Tak semudah nak menulis cerpen... Kerana kita sedang bicara soal 'KITA'.

"Anda Seorang Murabbi"

Pening lagi (^_^) Ana memikirkan beberapa perkara yang agak mencabar minda. Biar... Rehatkan sebentar minda yang seakan stuck. Usah terlalu beratkan kepala, banyak lagi yang boleh dibuat selain terus berfikir kerana hanya dengan ketaqwaan anda akan peroleh jalan keluar dari masalah. Insya Allah.

Ana masih ingatkan nasihat-nasihat akhi Hanafi dalam blognya. (Kih kih kih) Suggest ana menulis penuh menggunakan bahasa Inggeris. Dia lah antara penyumbang dan pemberi tekanan untuk ana mula menulis bahasa Inggeris. Antara blog yang setia dikunjung adalah blog akhi Hanafi, memang menggunakan 100% bahasa Inggeris. Terkadang, timbul juga soalan bodoh "Akhi, tak nak ajar Hanisah speak Malay ke? Nanti dia balik Malaysia tak reti cakap Malay pula. Hari-hari mak ayah ajar cakap English."

Blog zaujah akhi Hanafi juga 100% bahasa Inggeris cuma adakala dan masanya terselit beberapa perkataan bahasa Arab/bahasa Malaysia. Urm... Tapi, tak kisah la kan sebab tetamu blog mereka adalah kebanyakkannya dari Europe.

p/s: Bila la ana nak mula hafazan ni... kata ustaz, kalau istiqamah setiap hari 1 muka surat dalam masa 2 tahun dah boleh khatam.

"Dilema Bahasa"

Terkadang, berfikir juga otak ni... Kalau menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris, seakan memperlekehkan bahasa ibunda (bahasa Malaysia) tapi kalau tak nak mengasah dan menggunakan bahasa Inggeris, semakin lupa la pula. Tapi, masalah ana ialah bila beremosi keluar jin 'omputeh' yang akan membuatkan ana bercakap/menulis menggunakan bahasa Inggeris. Wargh!

Ana melihat pada Jihadi, sepenuhnya Ummu Jihadi menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dan Jihadi tak berapa faseh nak cakap Melayu. Kesian dia... Tapi, ana yakin dia seorang yang pandai dan cepat belajar. Moga dia tak ada masalah dengan bahasa Malaysia di sekolah, aamin.

Ana juga pelik sedikit, kebanyakan sahabat dalam bidang agama seakan 'memusuhi' bahasa Inggeris. Tapi, ana tak nafikan pula dengan beberapa sahabat yang faseh bahasa Malaysia, Inggeris, Arab, Perancis dsb dalam satu masa. Sekadar pelik, apa salahnya menggunakan Bahasa Inggeris? Takut kita menjadi inggeris kerana bahasanya?

Personally, ana tak berapa setuju. Bahasa ialah bahasa... Bukan kita ikut budayanya. Sebenarnya, kita perlu untuk menguasai beberapa bahasa asing. Kalau dulu bahasa Melayu jadi 'lingua franca' tapi sekarang zaman dah berubah. Bahasa Inggeris menjadi satu keperluan di alam universiti. Abi selalu komen, fresh graduate hanya gah pada kertas peperiksaan tapi bila meeting 100% dengan bahasa Inggeris, laporan dibuat dalam bahasa Inggeris dah jadi lintang pukang. Urm? Terkadang, tragisnya lagi maksud langsung tak sampai.

(Dah lama tak belajar bahasa Perancis, cikgu ku sudah busy dengan kerja mengedit buku...)

Ana masih lagi setia menjenguk blog-blog sahabat tak kiranya mengguna bahasa Malaysia atau Inggeris, selagi ana boleh faham bagi ana tak ada masalah. Insya Allah.

"Betulkan Niat"

Pesanan ukhti Salwa semalam, betulkan niat dengan blog ana ni. Huhuhu (*_*) Mungkin ukhti takut blog ini juga akan menjadi seperti blog-blog ana yang lalu? Wallahua'lam. Terkadang, ana terlalu tekad untuk mendelete tanpa was-was. Dan satu nasihat yang akan ana ingat insya Allah sampai bila-bila...

Menulislah dik selagi kita mampu untuk menarikan ayat-ayat yang membuatkan manusia berfikir tentang kebesaran Tuhan. Kalau seorang yang mengkritik, tak bermaksud memang langsung tak bagus tapi kaca penilaian manusia tu berbeza-beza tapi yakinlah kalau ianya mampu memberi manfaat hatta kepada seorang, teruslah untuk menulis.


Dan nasihat seorang yang terlaluuuuuu ana rindu... Moga Allah temukan, aamin.

Jangan kerana SEORANG, kebaikan yang mampu dilakukan pada orang lain, kita putuskan.

Semalam, terasa hatikah bila seseorang seakan memperli...

".....lebih sangup untuk busy di alam nyata berbanding busy di alam maya."

Ah... Lalikah ana dengan semua ni? Biarlah...! (*_*)

Blog ini ana buat bukan untuk orang lain, tapi adalah sekadar lapangan motivasi untuk diri sendiri dan bagi mereka yang SUDI, tiada paksaan untuk membaca setiap bebelan ana. (^_~) Dan juga sedaya-upaya buat peringatan diri sendiri dengan artikel-artikel yang membina peribadi seorang muslimah yang dambakan watak solehah. Insya Allah. Mudah-mudahan, bila kembali ke Pemilik diri, apabila sahabat-sahabat rindu untuk bagi 'penyekeh' pada ana, dapat juga mengubat rindu dengan membaca bebelan ana. (Perasan lagi, tak ada orang yang nak rindu hang cik Syirah oiii...)

Ukhti Mie, ukhti Syifa', kalau dah rindu kat rumah kita tu... Mai la kita piket hantar mesej pada Dr ye. Hehehehe... Dah banyak hari tidoq kat luaq, tuan rumah tak buka pintu. Aduh, rindu benar pada 'tilam empuk' ku...

Risau juga melihat 'tilam empuk' ku yang sudah lebih 50, 000 pengunjung. 'Pondok buruk' yang sudah lebih 100, 000 tetamu yang berziarah. Risau ada kata-kata yang mengguris bicara kerana ana hanya seorang manusia biasa...

p/s: Mungkinkah 'tilam empuk' dan 'pondok buruk' itu bakal ku delete? Ahhh... Merajukkah ana? Sekali akal mengetuk emosi... "Tak da maknanya...!" :p

Read more...

13 February 2009

Quran : recitation and hafalan for our children


Salam'alaykum. Post menarik untuk dikongsi bersama. Insya Allah. Merayau-rayau ke BMc, terbaca buat kali ke-2 semalam. 1st time baca still young dan buat macam 'tak de kaitan' je. Huhu... (^_^)

Posted by: "Juli Herman"
Mon Aug 14, 2006 8:44 pm (PST)
waalaikumsalam warahmatullah

Sis elisa, how old are your kids?

I will try to answer these questions based on my experience. Ummuhanis, this will insyaalah answer your questions and concerns too. A friend of mine asked me the question concerning how long and patience too

When to start:

I started teaching my kids iqra when my oldest, sakinah is 3. I used Iqra and even to this day I still think iqra is the best because the tajweed is already ingrained in the lessons. I also started the glenn doman thing when she was three.

Where:

I did it on the couch, in our living room we had a big whiteboard in the wall facing the couch. When she had trouble remembering or reading a letter, I wrote it on the white board and repeated it to her every day until she got it.

Since I started it when she was 3, nura (my second) was 2, I started it on her too. Hamzah then was only a baby.

A TIP:

The tip to do it is as with any ibadah or action in life : consistency even if only for a 5 minutes.

My biggest difficulty was having enough patience to do it for 3 children each with different kerenah. The solution: do iqra with each child for 5 minutes, BUT DO IT CONSISTENTLY if possible at the same time everyday (some children love structure in their life. they feel secure).

Time:

The besttime, well kalau nak ikutkan, lepas subuh but since budak kecik lagi it's up to you. I had a baby too when I started with sakinah so I think I did it when he was napping. Squeeze it in whenever you can, try to make it fun by praising the child a lot, hugs, kisses. and doing it for just a few minutes BUT everyday will lessen the boredom insyaallah.

A Balance:

As for serba salah, you can give a choice : nak baca sekarang ke atau pukul --- nanti? let them choose. kalau keras jugak, just call them and buat jugak. Balance between drilling and giving them choices. My husband suka tanya "Who wants to read to me?" I keep telling him, "JUst panggil je, jgn tanya camtu"...and we never agreed on it, but somehow we got the kids to read

Who does it:

Both my husband and I did it. when I burned out, he did it, when he burned out I did it. I think it mattered a bit because our teaching methods were a little different, but overall you do your best (don't burn yourself out by doing it yourself, so yes, both hubby and you should do it)

Discipline:

No, don't use rotan. A somali friend was telling me how diaorg menghafal dirotan bila silap, and kesan rotan tu still ada. I personally don't think we should do that but that's my opinion. I don't want to associate Islam with harshness but not too much laxity either, so find a balance. Explain to them why it's important, read the Quran a lot yourself so they develop a love for it.

What would help: (esp sis elisa since you're in saudi you have opportunity to have them learn arabic. I envy you) I think one thing that would hel is if they know arabic. Sbb I realize that when they are able to read a word, and they don't know what it means, cam bosannya. But sometimes when we read surah and they read the Iqra and the word is kebetulan the same on as in a surah that they know, their eyes lit up, they recognize it. So hafalan should be hand in hand with the reading.

HAFALAN:

For hafalan, what I do is secara tak sengaja I did this when they were toddlers. Bedtime, I don't read them stories, I read them the three quls. and also some other short surahs, while they're on the bed, sambil tu usap2, kiss etc. After a while they seem to catch on to the surah and interject when I recited, and after a while, what i did, was to sya the first part of each ayat and let them sambung. They were able to sambung. I was surprised and it was only then that i realized they secara tak langsung terhafal surah2 tu. They were about 2/3 yrs old at the time. Oh btw, I want to share with you ada budak 4 thn kat sini (org syria) knows half of yasin, masyaallah!

Do it when kids are small their brains are like sponges! seriously! To me, let them have the Quran in their hearts than those barney or nursery rhymes songs (my opinion) because they will develo a love for Allah that will help keep their hearts pure insyaallah. Kdg2 yg susah kita nak ajar anak2 kita sbb hati diaorg dpt dot dot hitam tu sbb kita tunggu sampai diaorg besar baru nak ajar ini itu psl islam, but to do this we have to live a life of Islam in its entirety (to me this is no music) except occasionally halal music (ni pun not too much), read quran a lot, (parents hafal quran etc)

Iqra/ Muqaddam:

I personally did iqra and not muqaddam because the method is different. I didn't want to confuse them and I still think Iqra is better. Maybe different kids different approach?

Ambience:

I just did it on the couch. I guess it's up to you if want to lay out the sejadah.

Extra Help:

SInce I have three kids and sakinah is obviously advanced than her siblings, when I couldn't handle it I employ her as my helper. I said, "Sakinah, can you do the abata (what we call the Iqra in our hoursehold) with nura?"

So she would teach them and then I would have one less kid to teach and more time with the other one.

More on Hafazan:

I did that thing with the kids when they were toddlers (bedtime surah reading) right? but then we moved, my schedule got messed up and I slacked off on their memorization such that they forgot it. (still kicking myself over this) so we taught them again. The method we used (my husband did more of the hafazan with them than I did, I was too exhausted with homeschooling by then and didn't want to have anything to do with the kids anymore) was to say a phrase of the ayat have them repeat it until they get it. I also noticed that each child has different strengths. Nura is more audio: she can tangkap is she listens to it often enough. Sakinah and hamzah on the other hand not so audio, so struggle skit la.

What sakinah did was to read it, and repeat it herself. Once when I sent her to summer school at the masjid, her teacher told her to write it down and that seemed to also help her (masa ni dia dlm 6/7 thn and her arabic writing was much better than her rumi..hmm) this year she used that method at times, even when helping her siblings (I was surprised actually).

We stumbled upon reciter.org and told the kids to use that. Now that they can all read arabic (quran) with tajweed etc, they can do it themselves. A tip I learned from a mother is to with hold any 'fun' until they do what they're supposed to do. For example,

"Sakinah, you cannot read until you memorize two more ayah."

They spend their time reading. Btw I don't let them watch TV anymore (been for months now, no major complaints, but I explained at length why I forbid them) This is my opinion and my approach, I am aware of the discussion about it (pro and cons) and I'd appreciate it if people do not use this as a base from which to attack this choice of mine. I battled with this decision but I'm at peace with it now alhamdulillah, and by the Grace of Allah, He has made it easy for me alhamdulillah by making the kids insyaallah understand why. I stress the purity of their hearts a lot to them. Not that I don't let them watch it at all, but only some videos that I approve. Computer games they play, but I only let them go to PBS.org and even that they know not to do it too much, so that's why they spend their free time reading (you don't know how many library books we check out-and this is also a problem that led to me posting that petition for more islamic fiction weeks ago), creating stuff from odds and ends in their room (as a result bilik bersepah!), doing Paint on the computer, imaginary play, drawing, writing stories, and creating toys, games. So I withhold this from them until they memorize what they need to for that day.

Sakinah has finished memorizing juz amma in time with the end of her summer school at the masjid this year, albeit she still has some rought spots in some surahs. What i did was I painted on three paper cardboards.

1. I painted an apple tree with as many apples as there are surahs in Juz amma.
2. beads - as many as there are surahs
3. morning glories on vines - as many flowers as there are surahs.

I write the name of each surah they have memorized on each apple/flower/bead. So when they're done with juz amma, it will be a homemade certificate with a lot of love.

This is also the time when i celebrate (we don't celebrate birthdays) with cakes. there are many occasion for dishing them cakes and gitfs (sakinah won a speling bee early in the year and I still owe her the cake) believe it or not.

What I also noticed is when the parent is also immersed in Quran, memorising, reading, the kids follow suit. I find my children reciting surah yusuf (part of what i am memorizing) since I play sa'd ghamidee's recitation out loud in the house so much and in the car too when they're playing. terkejut jugak and made me think (surah yg diaorg kene hafal susah plak nak hafal, yg aku hafal pulak yg diaorg pick up). Nura would ask me,

"Ummi can you recite surah yusuf when we pray maghrib?"

or sometimes just whenever.

Another thing I do is the somali subcis: you sit in a circle, i did this with nura and sakinah while waiting to pray asr at the masjid recently. I told them each of us will read 5 ayat and go round continuously. I would start at random (pick any surah at any starting point). I did ghashiyah since they both memorize it. So we did that and they enjoyed it! That's a way to do it without putting too much pressure on them.

Or, pick any starting point and they will pick up from there (make this into a game where they get points competing with each other etc).

Ni tapi, after they have memorized the surah la helping them memorize the surah was the difficult part for us. But if your kids are still young do the 'bedtime session' I did. Insyaallah they'll get it just like that after a number of times.

Oh, I also leave reciter.org playing when they go to bed, and plan nye jugak nak keep it playing at subuh, just before they bangun, so that they sleep and bangun will be full or quran. We also try to recite any part of the surah whenever (in place of chanting a song that gets stuck in your head, you know how sometimes irritating that can be? especially when I was trying to stop listening to music almost 8 years ago) you're working in the kitchen etc, so they always hear you doing it and they pick it up.

I also sometimes hear them chanting their surah to each other (I think this is the benefit of having them immersed in Quran and getting rid of all extra distractions like TV, games, pokemon, toy idols that they would talk and rave about). Also, talk to them about the meaning of the surah that they are memorizing so they know it inside out. my kids are always pestering me to tell them the story of yusuf together with my recitation of the surah. Haa now I'm kebelakang because my memorization is so lembab, that I told them, "I have to memorize them first before I can tell you"

I'm also listening to yasir Qadhi's tafseer of surah yusuf

you can find it here: very beautiful anf full of lessons masyaallah you would not expect:

http://audioislam.com/?subcategory=Tafseer

and go to tafseer surah yusuf by yasir Qadhi.

What I did with sakinah was to do her quran reading after subuh (since dia dah start bangun subuh with us), tp nura dgn hamzah belom lagi. This is not memorization, readingand memorisation are two different things.

With Hamzah, insyaallah we're going to send him to the masjid every day after this (he's 6 ) utk buat hafazan dgn imam masjid who is a hafiz. Sakinah and Nura I will teach myself insyaallah. I will also send them to a sister who can teach them arabic insyaallah starting this school year.

Sis elisa, since you are living in saudi I'm sure you have lots of opp to send your kids to hifdz school if you want. I really want to do that for my kids but so far these are the only opp we have here as of now.

Hamzah was so hyped up about diong his surah memorization this summer school. He was bristling with utmost excitement and joy (of course ada la moment2 dia merajukla tak nak hafal la susah la, alasan la) at his memorization. Baru td he asked me.

"Ummi can you wite at takweew in my suwaa thing?"

He memorized surah takweer and told me to tambah tu kat homemade certificate dia.

So to sum it up, have them choose a reciter they like listening to. My kids chose Abdul
basit (reciter.org) despite loving Sa'd ghamidee's surah yusuf (he is too fast though in surah juz amma, so that's why) let them hear it a lot. It would help a lot if you have all youf kids do the same surah (we had a lot of trouble because the teacher was assigning the kids different surah so every day masa summer school we had to work with each kids different surah a certain number of assigned ayat-whooo stress jugak, but very rewarding in the end alhamdulillah). Hubby kept saying,

"Kita dua je, nak kene ajar tiga, org lain anak sorg, parents dua org, dah la lain2 surah lak tu sorg satu."


So tu yg I told each of them, "Turn on reciter.org, you know what to do."

COmputer ada 2 kat rumah ni so while two of them work by themselves, sorg work with me. You won't believe how exhausting it is! I kept thinking apesalla anak aku ni susah sgt nak hafal, anak org lain senang je? but after a while i said to myself, takpela we do the best we can and leave the rest to Allah. sakinah sampai nangis2 la susah nak hafal and I told her the only one who can help her is Allah, and every time semayang or almost everytime she would prolong her sujud. Kesian tgk. Tp i notice after getting used to memorizing everyday it does get easier for them alhamdulillah.

And many ppl of knowledge say : Quran ni mudah nak hafal and Allah even mentinoed it in the Quran (i don't remember whcih ayah), it's just kita nak ke tak nak or Allah kasi ke tak.

Well, this is a VERY long email, I hope you read it all the way through. I'm so excited writing about this topic because after I took that class ulum al quran my perception and attitude of the QUran changed. and I want to share this with as many people as I can, and in my zeal, I might have sounded 'harsh' (refer back to the email about world cup) but that's where I was coming from, because I was realizing with disgust at myself that our focus sometimes on the wrong things in life. I'm happy to be able to talk about this and share this, and all I shared above is not to brag (May allah protect me from that) but to share and hope that more people will be able to embrace the Quran fully in their life and so we can produce a future generation of Qurra insyaallah!

Everything good is from Allah and everything bad is from my own shortcomings. Please forgive me. If you need more clarification let me know. I'll be morethan happey to help insyaallah. Other ummis or abis who have any other tips please share so we can benefit from each other. I'm taking another almaghrib class insyaallah : history of the khulafa. All hyped up about it!

wassalam,
juli


Actually, haritu teringatkan soalan Abu Uwais pasal 'Muslimah Era Globalisasi', walla tajuknya pun bukan main lagi. Ana 'ter'cakap (that mean tak sengaja) yang nak 'product'kan anak-anak generasi Quran bukannya senang tapi it must begin from now and starting from parents. Waduh! Terasa Gunung Everest menghempap kepalaku. Nak anak-anak yang hafiz/hafizah, tapi mak ayahnya masih 'caca merba' lagi (ana le tu). Even belum pun 'ke arah' parenting tapi persiapan je la kan, bukan senang kena mujahadah. And nasihat from Abu Uwais wa Ummu Uwais memang benar-benar bernas... Alhamdulillah.

Coz them hafiz/hafizah, so environment yang mereka masukkan dalam rumah tangga tu penuh dengan warna-warni kalimah toiyibah. Insya Allah. Tak sia-sia 'ter'jatuh chenta dengan si Uwais tu, lalalalala (^_~) Even ada beberapa sahabat yang hafiz/hafizah tapi kenapa la perlu ana ask this ques pada golongan ummi-abi yerk? Wallahua'lam, maybe coz the topic is recitation and hafalan for our children.

This article credit from ukhti Aini, tQ much-much-much 4 sharing. (^_^)

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO