"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

07 June 2011

Hanya Tinggal Semangat

Bismillahirrahmanirrahim.

Kemungkinan laman sesawang .:: HaRuMaN MaWaR ::. hanya menjadi rumah yang semakin sunyi dan sepi buat seketika waktu, ada waktunya sangat bersemangat untuk menulis tetapi baru mula merangka beberapa ayat sudah sakit pinggang dan kurang selesa, akhirnya terus meninggalkan laptop tanpa sempat mengisi apa-apa.

Penulis sampingan juga sepi tanpa mahu menulis apa-apa di ruangan ini, tambahan pula rumah beliau sendiri dibiarkan sepi :)

Kondisi bayi di dalam kandungan yang masih tidak mahu duduk diam-diam menghadkan pergerakan ana, dalam masa sehari entah 2-3 kali berpusing-pusing di dalam rahim. Kedudukan yang masih tidak tetap seperti kebanyakan bayi lain yang sudah hampir waktu untuk dilahirkan.

Paling 'seronok' saat bayi dengan gembiranya 'port' kepala di bawah rusuk, jadi robot sehinggalah bayi kembali bergerak ke posisi yang lain. Agaknya si kecil mahu round the womb sebelum lahir ke dunia untuk round the world pula menuntut ilmu supaya jadi ulama', insya Allah. Tinggi sungguh cita-cita ummi :)

Kesakitan di bahagian belakang menjadi semakin sakit sejak akhir-akhir ini, Allah saja yang tahu. Hihihi... Tapi, apapun sejak di awal usia kandungan lagi sudah diberitahu orang yang tidak sakit belakang pun akan sakit belakang seiring dengan pertambahan usia kandungan inikan pula ana, barangkali gandaan sakit akan berlaku tambahan pula kedudukan bayi agak rendah dan memberi tekanan yang lebih pada tulang belakang.

Chaiyok! Insya Allah, moga Allah memelihara kami sepanjang sisa waktu yang ada... Allahumma amin ^_~

Mohon maaf andai mana-mana hati yang terluka atau terguris tanpa ana tahu, siapapun kalian moga memaafkan ana.

Sampai ketemu insya Allah, assalamu'alaikum.


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur."


Rabbi yassir wala tu'assir.


Insyirah Soleha.

12 leaves:

fArhAnA 7 June 2011 at 16:06  

Moga Allah permudahkan smuanya insyaallah

NooR AzLen BinTi HaRoN 7 June 2011 at 16:36  

Moga ALLAH permudahkan semuanya.

Baby adik dh xsabar nak "round the world"..sbb tu duk "round the womb"..hehe

akue 7 June 2011 at 17:33  

semoga semuanya baik2 sahaja dan lahir seorang pjuang yang mnegakkn agama Allah..

Qemey 7 June 2011 at 17:46  

kaq... selamat jdi ibu ek...
aniwei tahniah.. selamat hari ibu..

anonymax,  7 June 2011 at 18:41  

biar sepi seketika bila ada post baru tetap akan ada yang setia membacanya

Muslimah Optimis 7 June 2011 at 18:44  

semoga Allah permudahkan urusan insyirah.. nanti post gambo baby tau.. teringin nak tengok baby insyirah.. :D

nusrah 7 June 2011 at 22:01  

InsyaAllah, moga Allah permudahkan segala urusan :)

simpleshida 7 June 2011 at 23:56  

salam ziarah..;)
keep up menulis dik..
teruskan wasilah dakwah bil kalam.

u hv many followers..so manfaatkan bersama dgn ilmu, pglmn etc yg tersemat di dada.. hatta sharing is caring =D

slm juang min kak ss!!
ALLAhu yubarik feek...

JHaZ KiTaRo 8 June 2011 at 00:23  

salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 46 buah negara.. :)

Mutiara Islam 8 June 2011 at 01:10  

insyaallah anak yang hebat akan lahir dari rahim ibu yang hebat!

Afiqah Umairah Mohamed 9 June 2011 at 11:25  

assalam.. ukhti... salam ukhwah ~ terima aksih approve saya in FB...
semoga allah permudah urusan ukhti... insyaallah....

hawa jamilah 10 June 2011 at 15:28  

semoga tabah ya...man shobara zhafira...from womb to world...sabar ya cik baby...cuma bila keluar mak cik hawa nak pesan jangan dilupakan janji kamu sebelum kamu lahir kedunia...dan rasailah nikmat selesanya kamu berada di rahim ummi mu kerana lepas ini kamu akan rasai hiruk-pikuk dunia...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO