"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

28 June 2011

Berbaik Sangka Dengan Allah

Bismillahirrahmanirrahim.


Beberapa perkara berlaku disekeliling membuatkan diri terus berfikir. Duduk di kawasan yang elit, bergaul dengan mereka yang 'lebih tinggi' sebenarnya memberi kelebihan untuk berdakwah. Encik zauj ada kuliah bersama muslimat setiap pagi hari Khamis, para hadirinnya terdiri dari suri rumah yang bersuamikan lelaki yang 'berpengaruh'. Setidak-tidaknya, mereka (muslimat) juga nampak terpelajar dari cara dan gaya komunikasi.

Bila berpusing-pusing di sekitar perumahan, melihat rumah yang tersergam indah bak mahligai. Entah takjub entah terkejut. Komuniti yang mana penduduknya 90% adalah Melayu, tak sangka orang Melayu juga kaya raya kerana seringkali dimomokkan bahawa orang Melayu mundur dari segi ekonomi. Harga sebuah banglo di sini paling murah mungkin RM1 juta. Oh, mungkin saja... Kerana rata-ratanya lebih dari harga tersebut.

"Kalau Allah dah bagi (rezeki bergolek) macam ni pun tak nak solat, tak tahu lah."

Mata seakan disihir dengan keindahan banglo-banglo mewah. Mungkin rungutan dari zauji kerana merasakan surau tidak berapa imarah, jemaah ada tetapi tidak sehebat dengan rumah di Sungai Buloh yang sangat meriah dengan majlis ilmu, penuh dengan jemaah meskipun mereka hanyalah golongan sederhana dan ada yang duduk di rumah kos rendah.

Kadang-kadang, dari jendela rumah mengintai orang yang keluar masuk kawasan surau. Selalu ada yang datang meminta sumbangan peribadi mahupun infaq kepada rumah tahfiz/anak yatim. Melihat dari jauh, ada yang memberi tetapi tidak ramai. Suasana yang berbeza dengan kawasan perumahan di Sungai Buloh, bila ada pengumuman minta sumbangan masing-masing nak memberi meskipun hanya sekadar RM1.

"Kita tak tahu, kadang-kadang peminta sedekah ni dari sindiket."

Suatu malam, entah kenapa encik zauj sengaja menguak jendela dan ternampak sebuah van 'mengutip' peminta sedekah yang duduk di kawasan bank. Suasana van yang dipenuhi dengan orang, barangkali sindiket peminta sedekah? Wallahua'lam.

"Kalau nak bagi sedekah, bagi je lah. Sindiket atau tidak, itu di luar kemampuan kita nak tahu apa yang kita tak tahu. Itu antara dia dengan Allah pula. Kalau kita sentiasa fikir peminta sedekah ni sindiket, susahnya orang yang betul-betul perlukan bantuan nak dapatkan bantuan."

Dalam mengharungi kesesakan jalan di bandaraya, tiba-tiba zauji tersenyum sendiri. Lalu, dikisahkan pula dengan cerita yang memberi 'ibrah berdasarkan hadith Nabi s.a.w..

"Pada waktu malam seorang hamba Allah bagi duit (sedekah) pada seorang lelaki, kemudian terus larikan diri. Keesokan harinya, heboh mengatakan ada seorang yang bodoh memberi sedekah kepada seorang pencuri.

Maka, pada hari kedua beliau memberi kepada seorang wanita dan terus larikan diri. Keesokan harinya, heboh mengatakan ada seorang yang bodoh seperti malam yang pertama kerana memberi sedekah kepada seorang pelacur.

Pada hari seterusnya, hamba Allah ini meneruskan usahanya menyampaikan sedekah. Pada waktu malam, dia tetap menyerahkan sedekahnya kepada seorang lelaki dan keesokan harinya heboh pula mengatakan si bodoh mana la yang memberi sedekah kepada orang kaya.

Maka, hamba Allah ini pun merasa sedih lalu berdoa, ya Allah apakah wangku ini layak untuk diterima. Masakan tidak, hasratnya untuk bersedekah tetapi kepada orang yang salah (pencuri, pelacur dan orang kaya). Namun... dengan kudrat Allah, Dia memberi hidayah kepada mereka hasil dari usaha hamba Allah tersebut memberi sedekah meskipun pada pandangan manusia, penerima sedekah tersebut tidak layak untuk menerima sedekah.

Dengan asbab hamba Allah tersebut, Allah mengirimkan hidayah kepada pencuri tersebut dengan keinsafan bahawa rezeki seseorang sudah ditetapkan oleh Allah. Allah tetap memberi rezeki meskipun tidak mencuri, maka si pencuri tersebut meninggalkan perbuatan mungkar tersebut.

Perempuan pelacur itu juga meninggalkan kemungkaran yang dilakukannya kerana hidayah yang Allah datangkan kepadanya asbab dari hamba Allah tersebut, tanpa melakukan zina pun Allah boleh memberi rezeki apatah lagi kalau bekerja secara halal pasti Allah akan mendatangkan rezeki yang lebih baik.

Hartawan tersebut juga banyak melakukan infaq setelah diberikan hidayah oleh Allah taala dengan asbab hamba Allah tersebut."

Ya, di mata manusia dia adalah seorang yang bodoh kerana menginfaqkan harta kepada orang yang tidak layak namun niat lillahitaala dalam beribadah (bersedekah) maka Allah datangkan hidayah kepada manusia-manusia yang menerima sedekahnya. Allah...

Ujian juga kepada kita yang Allah berikan rezeki yang lebih berbanding orang lain. Terlupa hakikatnya, duit yang kita ada (meskipun kita melihat duit datang dengan usaha kita) datangnya dari Allah. Kalau Allah tak buka jalan rezeki, kita pun tak merasa untuk memegang duit tersebut. Bila berburuk sangka nak menginfaq, sebenarnya bukan takut "ter"salah memberi kepada yang tidak berhak tetapi takut duit semakin susut.

Maka, tertipulah kita dengan dunia...

Sama ada yang meminta sedekah itu benar-benar memerlukan atau tidak, itu urusannya dengan Allah. Kalau niat lillahitaala, mudah-mudahan Allah membebaskan mereka yang menjadi mangsa sindiket dan orang yang mendalangi sindiket akan ditangkap oleh penguasa.


~ Allah tidak pernah tidak memberi ~


Wallahua'lam.

Insyirah Soleha.

5 leaves:

dr.najwa al-hafizah mohamad hamdan ibnu ismail 28 June 2011 at 21:25  

salam..setiap hari saya akn menjenguk blog ukhti.ingatkan sudah bersalin td.moga thabat dlm menjadi DAIE menerusi penulisan blog ini.juga dipermudahkan u menghadapi urusan melahirkan zuriat nnt.waallahualam

Insyirah 29 June 2011 at 18:55  

wsalam,
hehe... nampaknya baby belum nak keluar lagi :)

menghitung hari, bercakap dengan baby... doakan kami ya :)

ain 4 July 2011 at 17:10  

bukankah sepatutnya akhir entri ~ALLAH TIDAK PERNAH berhenti MEMBERI~

Che Cha 5 July 2011 at 13:43  

Terima kasih insyirah. Suka betul cerita ni. Saya kadang2 waswas juga nak bagi sedekah takot sindiket. tapi betul kata insyirah, kita bagi lah sebab Allah, yg lain2 tu biar Allah je uruskan kan? =D

Anonymous,  5 July 2011 at 18:17  

alhamdulillah,perkongsian yg bermakna ^^. teruskan perjuanganmu ya ukhti solehah. semoga sentiasa dalam rahmat allah.:)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO