"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

23 June 2011

Wahai Anakku, Dengarilah...

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari demi hari berlalu, sesaat demi sesaat meninggalkan ruang waktu lantaran itu terasa semakin berat untuk memikul amanah dari Allah. Ramai yang meninggalkan doa di dalam mesej menerusi akaun facebook, tidak lupa juga yang mengirimkan sms sebagai pengganti jasad yang jauh. Seperti yang pernah di nukilkan dahulu.

Tidak pernah meminta mana-mana simpati.
Tidak pernah mengharap ada yang memahami.
Sekadar memohon doa setulus hati.

Jujurnya, ana tak tahu siapa yang membaca lakaran sepi kanvas putih ini. Pastinya kita semua dari latar belakang yang berbeza, namun insya Allah dari rumpun yang sama, dari Ayahanda Adam dan Bonda Hawa. Atas dasar aqidah dan keimanan kepada Allah, mudah-mudahan hati yang membaca akan mendoakan... Kerana, kita tidak tahu kebarangkalian orang yang membaca punya hubungan yang baik dengan Allah maka Allah mendengar doanya.

Cuba membalas beberapa mesej dari facebook, terkesan dengan satu program yang tertera pada akaun. "Kisah Pertunanganku" , sangkaan ana ada wacana ilmiah tentang pertunangan berlandaskan syariat kerana semakin hari semakin ramai orang salah faham tentang konsep pertunangan di dalam Islam. Meleset sekali sangkaan ana, bukan program apa-apa. Cuma kisah yang dikongsikan di sana. Penulisnya juga 'mengepilkan' link blog sebagai rujukan.

Entah kenapa, hati tiba-tiba meruntun pilu... Mungkin kerana membaca isi dari pengkomen, atau juga kerana respon tuan empunya blog tersebut. Kerenah ibu mengandung barangkali T_T

Tidak salah untuk berkongsi apa-apa maklumat dari internet, tidak salah untuk menyebarkan maklumat yang bermanfaat tetapi ia menjadi SALAH apabila tidak menyelidiki terlebih dahulu isi-isinya. Apa yang membuatkan ana jadi runtun, kerana 99% isinya menyalin apa yang ana tulis tetapi ada beberapa part yang dibuang (1%). Kalau kita belajar hadith, kita kena tahu perawi hadith tersebut. Apabila ada perawi yang tidak thiqah, maka status hadith berkenaan akan bertukar.

Ya... Pasti ada suara yang mengatakan, tidak mengapa menyebarkan manfaat kerana kita mengharapkan saham akhirat. Itu tidak menjadi perbahasan, soal niat dan keikhlasan hanyalah rahsia Allah jadi usahlah mempertikaikan perkara tersebut. La tahzan, kenang-kenangkan kisah Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni dimana buku beliau dicetak tanpa beliau mendapat apa-apa.

Bukan meminta habuan dunia, cuma terkilan bila "anak kita" dibinkan dengan orang lain. Kalau kamu seorang penulis, kamu akan memahami rasa hati ini. T_T

* case closed *

Bila baca semula "anak" yang ditulis (kisah atas ni), sepatutnya tak perlu nak rasa terkilan pun :) Bersyukur dengan ingatan yang Allah beri, kadang-kadang Allah nak ingatkan hamba Nya melalui orang lain sebagai perantara cuma jarang ada manusia yang sedar perkara itu. Muhasabah! Alhamdulillah. Allah punya banyak cara untuk mentarbiyyah hamba Nya, ada kala kita tidak sedar dan manusia di sekeliling menjadi asbab kita tersedar.

Kan sudah dicakapkan, kerenah ibu mengandung. Dalam sekelip mata je boleh bertukar emosi. Mungkin yang tidak pernah merasai fasa mengandung, tidak terasa apa-apa. Sekadar gelak dan ketawa membaca, tapi pada ibu-ibu yang pernah merasai 'lazatnya' perasaan yang boleh bertukar rentak dan irama hanya dengan beberapa saat pasti menghargai nikmat ketenangan.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibubapamu, hanya kepada-Ku lah kembalimu. (Surah Luqman ayat 14)

Tanda bersyukur kepada Allah ialah mentaati perintah Allah, tanda bersyukur kepada ibubapa adalah melayani dengan kasih sayang.

"Ya Allah, sayangilah kedua ibubapaku sepertimana mereka menyayangiku sejak aku masih kecil."

Dulu, hanya membaca saja doa ini tetapi sekarang baru faham kenapa Allah ajarkan doa begini untuk kedua ibubapa. Tidak mudah melewati fasa-fasa kehamilan, tetapi sebenarnya ianya tidaklah sampai ke tahap menderita cuma ada waktu-waktu keluar juga air mata menahan rasa yang singgah. Namun, sebanyak mana pun rasa yang Allah beri... Semua ibu berkongsi rasa yang sama dengan ana.

"Bila tengok baby, hilang semua sakit."

Masya Allah... Hebat sungguh apa yang Allah rezekikan kepada wanita. Meskipun sarat dengan perasaan dan berselang seli dengan ujian kesihatan, mengandung dengan lemah yang bertambah-tambah, melahirkan dengan lemah yang semakin bertambah tetapi Allah kurniakan rasa belas dan kasih sayang seorang ibu pada anak sehingga terlupa semua rasa yang menghentak setiap saraf. Allahuakbar.

Makin ramai sahabat yang bertanya "dah bersalin?", disebabkan semuanya tak sabar maka ana sendiri harus sabarkan diri ana.

"Baby tak nak keluar lagi, dia takut nak berpindah dari alam rahim ke alam dunia. Takut dengan fitnah dunia..." Selalunya, orang tersenyum, tergelak bila ana cakap begini. Hakikatnya, ana yang takut! Takut dengan amanah yang Allah beri.

Hari-hari bercakap dengan anakanda.

Sayang, bila dah keluar nanti jangan lupa perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan Allah. Jangan mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun yang ada di dunia. Selalu berbaik sangka dengan Allah, sentiasa jaga hubungan dengan Allah. Jaga hak Allah, insya Allah pasti Allah akan menjaga kita...


Kadang, rasa tak larat sangat nak ikut zauji ke kuliah macam dulu-dulu tapi bila zauji pelawa... Rasa pelawaan tersebut datang dari Allah yang menjemput untuk menghuni taman-taman Syurga dengan keberadaan di majlis ilmu, digagahkan juga badan. Kalau zauji yang mengajar, melunjur kaki dan bersandar pada dinding pun kurang rasa malu sebab Encik Zauj faham tetapi kalau orang lain yang mengajar takkan nak buat macam tu.

Solat saja di atas kerusi.

Bertaqwalah kamu menurut kemampuanmu. (Surah At-Taghabun ayat 16)

Sekali ruku' dan kemudian kerusi terjatuh... Grrr... Terketar-ketar nak sujud macam biasa. Allah, berpeluh satu badan nak sudahkan solat. Bila cerita pada zauji, zauji geleng kepala je. Mungkin sudah 'biasa' sujud di atas kerusi maka apabila sujud seperti biasa dengan ketar dan mandi peluh, anakanda juga mengeraskan badannya hampir 30 minit. Allah, marah sungguh bila 'terhimpit'.

"Kenapa nak marah-marah ni, ummi kan solat. Allah suruh solat, baby pun kena solat juga. Jangan marah-marah, kalau tak solat nanti Allah marah."

Bila dipujuk dengan kata-kata "kalau tak solat nanti Allah marah" barulah nak lembutkan sedikit badan. Mungkin ruang di dalam rahim sudah padat dan kurang selesa untuk bergerak, jadi bila salah sedikit posisi terus baby keraskan badan.

"Ye, ummi tahu anak ummi kuat."

Huks... Bercakap dengan anak yang tak faham apa-apa, insya Allah beliau boleh mendengar. Mudah-mudahan, dari pendengarannya akan mendatangkan kefahaman setelah lahir nanti.

Selalu kena bercakap dengan anak, mudah-mudahan dari pendengaran akan didatangkan Allah dengan kefahaman untuk beramal. Serahkan pergantungan kepada Allah yang memiliki segalanya.

Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan. (Surah Luqman ayat 22)

Rabbana hablana minladunka zurriyyatan toyyibah.

Wallahua'lam.

Insyirah Soleha

6 leaves:

Misty Melor 23 June 2011 at 09:09  

Seronoknya insyirah :)... semoga anaknya menjadi sperti ummi dan abi nya :)... nanti dah give birth bagitau yer :)...


bout your's penulisan tu :).. syikin setuju dengan apa yang insyirah cakap... kalau ada yang terkurang pasti boleh lari isinya :)..



anyway... take care jaga diri elok2... and ur baby's.. hug and kisses from me :)

cahaya hidayah 23 June 2011 at 11:11  

Assalammualaikum dik Syirah..adui..rasa sedih baca coretan kali ni..betapa 'kuatnya' kekuatan seorang ibu..akak doakan adik selalu sihat..sentiasa dalam jagaan Allah..mudahan dipermudahkan proses kelahiran..sabar dan redha dengan segala ujian dari Allah ye..akak harap suatu masa nanti akak jua merasakan pengalaman seorang isteri dan seorang ibu..

~fam~ 25 June 2011 at 10:11  

semoga insyirah selamat melahirkan new caliph.....
semoga dipermudahkan urusan....

agak terkesan bila baca...berdoa semoga rahim ini akan dihuni oleh permta hati...huhu....

tak kawen lagi pon, tapi rasa teruja lak nak pregnant mcm awak...:)

mama dee 26 June 2011 at 01:19  

sy rasa sejuk hai membaca tulisan tulisan cik.. semoga akan kuat hingga melahirkan..

BungaSahara 26 June 2011 at 13:56  

assalamualaikum... teruja mahu melihat permata syirah :) smga ALLAH mudahkan segala urusan nye ye...

. 28 June 2011 at 14:41  

salam.

sebelum ini pernah mmbaca 'luahan' ust hasrizal ttg karya kita yg disalin, diubah dan tidak disertakan link. kemudian, sy juga terkena perkara tsebut utk bbrapa entri yg hit tinggi. search shj di google, kita akan jmpa blog orang lain yang menyalin entri kita, tetapi blagak seolah dia yg punya.

lebih malang, apabila mmbaca komen2 blog mereka yg memuji2 entri tsebut, dan juga memuji tuan blog, sedangkan tuan blog pula tidak malu langsung berbangga atas usaha orang lain.

skarang baca perkara yang sama di blog ini pula, pada sy, kita ada hak utk terasa. wpn saya tidak mengandung, tetapi saya juga terasa. mgkin kemajuan teknologi mjadikan manusia hilang pekerti.

wallahua'lam.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO