"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

09 June 2011

Adakah Perkahwinan Penyelesaian Masalah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Mahu menulis mengenai 'Tarbiyyatul Aulad' yang diwar-warkan dahulu, namun belum menaipnya lagi. Duduk seketika sudah sakit pinggang, jadi ana kongsikan sedikit pandangan ana kepada seorang pembaca yang meminta pandangan dari ana mengenai masalah beliau. Mudah-mudahan ada manfaatnya kepada orang lain :)

Assalamualaikum Insyirah Soleha,

Kita mungkin saling tak mengenali antara satu sama lain, tapi ana adalah salah seorang pembaca blog awak. Sedikit pengenalan, nama ana **, umur kita sebaya. Sekarang masih lagi tengah study. Ana sebenarnya sedang mengalami beberapa masalah dan pertanyaan, dan ana rasa Insyirah adalah salah seorang yang ana boleh jadikan sebagai tempat rujukan untuk minta pendapat.

Begini ceritanya, ana telah berkawan dengan seorang lelaki ni selama 6 tahun, dan kami sememangnya bercouple dulu, sebelum ana mengenali Islam... Tapi selepas dapat belajar di oversea, honestly penghayatan Islam yang ana dapat sangat amazing. Dengan sentuhan dari usrah dan pelbagai pengalaman mempraktikkan islam yang ana tak dapat even di negara sendiri. Start dari situ, ana sedar apa yang kami buat selama ini satu perkara yang salah, dan ana terangkan pada dia, kalau dia betol-betol nak pada ana, jumpa dgn family ana, untuk kita halalkan hubungan kami mengikut syariat.

Dia buat perkara yang betul, dan alhamdulilah kami telah bertunang pada 3 bulan yang lepas, namun bukan itu yang kami mahu sebab tunang langsung tidak menghalalkan apa-apa. Tapi rancangan kami untuk bernikah sangat ditentang oleh ahli keluarga dia hanya sebab ana tak habis belajar lagi. Pada pndangan ana, alasan yang diberi langsung tak kukuh sebab si dia sudahkan bekerja dan mampu untuk tanggung ana.

Pertunangan langsung tak membantu malah lebih membuatkn ana dan si dia resah. Kami sangat risau akan terjadi sesuatu yang sangat kami tak nak seperti maksiat n zina. Kami dah cuba pelbagai cara macam berpuasa. Tak contact, tak berjumpa.. tapi keresahan hati tetap tak hilang. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tambahan ana di oversea yang jauh dari family, lagi la ana perlukan seseorang untuk teman even dari jauh.

Sekarang ni, cuma 1 pilihan yang ada kami ada, iaitu bernikah di thailand tanpa pengetahuan keluarga utk menyelesaikan masalah hati dan mengelak mana-mana pihak dari menanggung dosa maksiat kami. Jika ini berlaku, adakah pernikahan itu sah kerana tidak diketahui oleh wali (ayah) saya?

Cuma disini, saya nak minta pendapat insyirah mengenai bende ni... Takpe, cakap apa saja yang awak fikirkan, insyaAllah mungkin itu akan jadi satu faktor yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini...

Aseef panjang sangat celotehnya, jazakillah ana dahulukan kerana sudi membaca.

---------

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh :)

sedap nama, ** ()... ^__^

Alhamdulillah, ramai yang masih tersisih dari nur islam hatta duduk dikelilingi orang-orang islam bahkan ramai yang masih tercari-cari nur islam hatta duduk di dalam negara islam namun Allah rezekikan kepada awak untuk merantau dan merasai kelazatan iman di rantau orang. Itu adalah salah satu bentuk tarbiyyah yang tidak semua orang merasainya, maka sentiasalah bersyukur kerana Allah memilih awak untuk menikmati rasa tersebut.

Seorang sahabat pernah berkongsi dengan ana pesanan dari ibunya.

"Perbanyakkanlah solat taubat berbanding solat hajat, lebihkan solat taubat berbanding solat hajat."

Manusia yang hebat adalah manusia yang sentiasa merasai kehadiran Allah dalam setiap apa yang dilakukannya. Di dalam al-Quran, Allah ada menyatakan "dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang"... apa yang orang selalu faham ialah berzikir maka akan tenang namun berapa ramai orang yang melazimi zikir sehingga tangan tidak melepaskan tasbih tetapi hatinya tetap juga tidak merasai nikmat ketenangan?

Berapa ramai manusia yang berzikir di kala hati dilanda kegelisahan namun hatinya tetap juga berombak kencang? Ketenangan itu dari Allah, kalau mahukan ketenangan maka pohonlah dari Allah. Benar, zikrullah adalah salah satu cara mendidik nafsu supaya tidak buas dan akhirnya menjadikan ketenangan buat hati... namun ramai orang yang berzikir tetapi tidak juga ketemu dengan ketenangan yang dicari... :)

Ini adalah kerana, orang memahami konsep "mengingati" Allah hanyalah dengan zikrullah sedangkan apa yang dimaksudkan dengan "mengingati Allah jiwa akan tenang" <-- sila perhatikan, Allah MENJANJIKAN ketenangan bagi mereka yang mengingati Allah namun ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. jadi, adakah Allah tidak menepati janji? Bukan... bukan Allah tidak menunaikan janji kepada hamba sebaliknya kita yang tidak memahami konsep tersebut :)

Maksud mengingati Allah ialah dalam setiap perbuatan kita, kita akan sentiasa merasai kehadiran Allah. Apabila kita tidak mampu untuk merasai kehadiran Allah, kita tetap yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita bahkan ciri-ciri orang yang bertaqwa adalah mereka yang beriman kepada hari AKHIRAT. Kenapa? Kita yakin setiap perbuatan baik/buruk ada implikasinya kepada kehidupan kita di akhirat maka sebaik mungkin kita menjaga diri dari menjerumuskan diri melakukan perkara yang Allah cegah.

Bila nak berbohong, kita tahu azab menanti di akhirat sangat pedih maka kita akan sentiasa benar dalam bicara.

Bila nak marah, kita tahu bahawa syaitan mengapi-apikan kita supaya terus hilang kewarasan yang memungkinkan kita menggunakan lidah untuk menyakitkan hati saudara seislam kita, sedangkan hak seorang saudara islam ialah kita menjaga kebajikannya dan menjaganya dari kezaliman lidah, tangan kaki dan sebagainya. Orang yang meyakini adanya hari akhirat akan sangat menjaga lidahnya dari dikuasai amarah :)

Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam gerak geri dan perilaku akan sentiasa tenang kerana yakin dengan segala percaturan Allah.

Awak faham tak apa yang cuba ana sampaikan? :)

Nafsu boleh dididik apabila mujahadah dengan baik. Benar, awak jauh dari keluarga :) jadi, dengan kehadiran tunang maka awak akan jadi bersemangat. Gantikanlah kedudukan tunang tersebut dengan SAHABAT muslimah, seorang yang awak yakini akhlaqnya dapat membantu awak bermujahadah :) bila kita ada sahabat yang boleh mendengar bahasa dan memahami perasaan kita maka kita tidak akan merasai kehilangan lelaki yang bukan halal buat kita. Perasaan rindu pada lelaki yang caring pada kita terjadi kerana kita tidak menyalurkan sifat "caring" pada sahabat-sahabat sejantina dengan kita.

Perkahwinan tidak semudah ABC, tidak semudah apa yang dibaca dalam novel dan drama. Perkahwinan adalah turning point bagi seorang muslimah :) kita "menyerahkan" urusan agama, dunia, akhirat kepada seorang lelaki... Kalau lelaki tersebut seorang nakhoda kapal yang hebat, maka beruntunglah kita menjadi anak kapal yang berada di bawah naungan penjagaannya. kalau nakhoda kapal tersebut tidak menjaga hubungannya dengan Allah, maka rugilah seluruh kapal tersebut kerana Allah melebihkan lelaki (suami) dari perempuan (isteri) dengan mengurniakan pangkat sebagai KETUA kepada perempuan.

Sekarang, awak hanya melihat perkahwinan adalah penyelesaian masalah untuk meredakan gelora hati. Tapi, cuba bayangkan perasaan ibubapa yang selama ni menatang awak dengan peeeenuh kasih sayang dan mencurahkan segala pengorbanan buat awak, apa perasaan mereka bila anak perempuan mereka kahwin senyap-senyap tanpa mereka? Setiap ibubapa yang WARAS mengimpikan perkahwinan anak gadis mereka dengan cara yang TERBAIK.

Perasaan seorang bapa saat "melepaskan" tanggungjawab semasa bersalam (akad nikah) dengan bakal suami anak perempuannya bercampur baur diantara sebak dan gembira. Sebak kerana anak gadis yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh kini tidak lagi menjadi "haknya" bahkan akan menjadi "hak" suami, gembira kerana anak gadisnya kini akan dijaga dengan kasih sayang oleh seorang lelaki yang dipercayai. Bayangkan, kalau awak bernikah senyap-senyap di Thailand maka ayah awak pasti akan sangat terkilan bila dapat tahu perkara tersebut.

Lagi pula, kita nak bina rumahtangga... binalah dengan cara yang paling baik, cara yang menepati syariat ALLAH agar rumahtangga tersebut melimpah ruah dengan rahmat ALLAH dan juga barakah dari Allah, salah satunya jalan untuk menikmati barakah tersebut adalah dengan redha dan restu dari ibubapa :)

Kita berkahwin bukan hanya sehari, sebulan, setahun atau dalam tempoh yang ada limitnya sebaliknya biarlah berazam agar perkahwinan tersebut ada barakah yang akan menyatukan suami dan isteri dalam naungan rahmat Allah sehingga hari akhirat. Kita hidup bukan hanya di dunia, jauh lagi perjalanan hidup kta :)

Perkahwinan/keinginan untuk berkahwin adalah cabang dari ujian-ujian hidup, pasti ada sebab mengapa ibubapa menghalang anak dari menikah. Ia juga sebenarnya ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kalian bersabar... untuk merasai NIKMATNYA iman, maka haruslah merasai PERITNYA bermujahadah ^_~

Wallahua'lam.


Jangan jadikan perkahwinan sebagai "penyelesaian segala masalah" tanpa terlebih dahulu mengetahui TUJUAN sebuah perkahwinan, biarlah berkahwin setelah tahu KENAPA mahu berkahwin supaya segala badai yang akan ditempuh dalam bahtera rumahtangga akan dihadapi dengan misi dan visi yang jelas supaya tidak terfikir perceraian adalah "penyelesaian segala masalah".

Setelah menapak di alam rumahtangga, terbuka satu pintu luas yang tidak mudah untuk berpatah balik ke belakang!


Salam kasih sayang,
Insyirah Soleha

22 leaves:

Misty Melor 9 June 2011 at 16:39  

syikin setuju 200 % ... yupz.. syikin tak malu untuk akui yg syikin semasa kahwin juga mempunya dilema yg sama :).. alhamdulillah... solat taubat bnyk2.. dan solat istikharah juga untuk betul2 meneguhkan hati dan diri...


Alhamdulillah... syikin tk berkenalan lama dengan zauj.. belum bercinta.. tapi mungkin kerana syikin yakin.. since 1st time zauj khitbah sudah buat solat istikharah.. sampai mahu bernikah.. alhamdulillah parents syikin mula2 ada halangan.. iyalah anak pertama :).. perempuan pula tu.. manja.. tp slow talk.. alhamdulillah.. lepas kahwin lebih barakah rasanya...

w'pun sudah 2 tahun masih belum ada rezeki menimang zuriat,tetapi keakraban dan keteguhan antara ibu,ibu mertua dan ahli keluarga lain,sahabat2 yang memberi warna warni dalam rumahtangga..

ya.. syikin bernikah kerana syikin cukup yakin dia boleh mebimbing syikin dunia dan akhirat insyAllah :) ..

taratiana 9 June 2011 at 18:07  

salam ...

just nak tambah...biasanya ramai yang nak kahwin lari ke thailand kalau hubungan tidak direstui... for me, kat malaysia kita ada law tersendiri. masih lagi boleh berkahwin jika ditentang oleh wali...dan wali tersebut dikenali sebagai 'wali enggan'

Menurut Jumhur Fuqaha (Shafi’e, maliki dan hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasullullah s.a.w. bersabda: Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali (Riwayat Abu Daud dan At-Tamizi).

Ini bermakna wali yang enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa alasan munasabah mengikut syarak, maka hak wali itu berpindah kepada wali hakim.

Dalam situasi yang dihadapi, bolehlah membuat permohonan wali hakim kepada mahkamah di bawah seksyen 13 (b) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah

itu saje...

Cahayamylife 9 June 2011 at 18:49  

Bernikah tanpa restu ditakuti berlaku sesuatu yang tidak diingini kelak.

Qemey 9 June 2011 at 18:54  

emm.. nice la kaq.. maseh2..
nk like 10 kali..

Afiqah Umairah Mohamed 9 June 2011 at 23:47  

salam 'alaik.... ukhti...
tinta yang mantap buat saya yg sdg mengorak lgkh dan masih jauh dlm pembabitan ke arah parkahwinan... tapi insyaallah.. dgn izinNYA... saya dpt iktibar dri tinta dri seorg petinta yg hebat.... syukran ukhti...

noraini mardhiyah 10 June 2011 at 07:51  

terima kasih atas perkongsian. :D
terima kasih pada yang bertanya dan juga kepada yang menjawab.

Insyirah 10 June 2011 at 08:32  

Ukhti Syikin,

Alhamdulillah. Ada ibubapa yang awalnya tidak bersetuju anak nak menikah kerana melihat anaknya belum cukup matang untuk berkahwin dan untuk tidak menyakitkan hati anak maka mereka menggunakan bahasa kiasan.

Syikin juga cakap, sebab anak sulung, dan manja :P

Kadang kala mereka ingin melihat kesungguhan kita, kalau nak berkahwin hanya sekadar "rasa" berkahwin, ibubapa terlebih dahulu berpengalaman dalam kehidupan rumahtangga.

Alhamdulillah, Allah rezekikan syikin dengan suami yang baik. Moga Allah memberi rezeki zuriat buat syikin, aamin :)

Insyirah 10 June 2011 at 08:34  

Salam buat Wan Nor Izzati,

Iya, memang boleh bernikah tanpa persetujuan wali. Tapi, kalau dilihat semula bukan ibubapa pasangan ini TIDAK merestui hubungan mereka bahkan ibubapa mereka telah mengikat tali pertunangan pun... itu adalah salah satu tanda ibubapa merestui perhubungan mereka.

Bukan ibubapa tak bagi kahwin (tak nak mewalikan anak perempuan) cuma ibubapa pihak lelaki tidak mahu mereka berkahwin lagi kerana yang perempuan masih lagi belajar. Mungkin, fikiran orang tua takut pelajaran terjejas mahupun nanti bila dah ada anak, anak tak dapat perhatia yang baik. Wallahua'lam.

Jazakillah atas perkongsian :)

Insyirah 10 June 2011 at 08:35  

Norhayati :

Ya benar, bernikah tanpa restu bimbang tiada barakah dari Allah. Lagi pun bukan ibubapa tak restu hubungan cuma minta tangguhkan perkahwinan sehingga selesai belajar je.

Insyirah 10 June 2011 at 08:35  

Qamey,

ikut rasa, binasa
ikut hati, mati
ikutlah ilmu dan iman, moga-moga jadi panduan sepanjang perjalanan :)

Insyirah 10 June 2011 at 08:36  

Wa'alaikumussalam afiqah umairah.

Berbicara soal berkahwin... Apabila ditulis orang yang TELAH berkahwin, sudutnya berbeza dengan bicara perkahwinan oleh orang yang BELUM berkahwin. itu je :)

Insyirah 10 June 2011 at 08:37  

noraini mardhiyah,

moga bermanfaat. :)

Anonymous,  10 June 2011 at 11:55  

tapi macam mana pula kalau pasangan ni terlanjur? sapa yg patut dipersalahkan?
syaitan itu kan di mana saja...ape2 pon boleh berlaku...nak tunggu bertahun-tahun bukan senang tu...byk lagi kena fikir. zina hati dan sebagainya..
macam mana pula ye?

Leya,  10 June 2011 at 16:48  

Bukankah kalau nak ta'at pada ibu bapa pon ada had nya? klu dah sampai nak bernikah yg ikut syara' tu di halang oleh ibu bapa, tapi mereka meredhakan anaknya buat maksiat seperti dating, terus berhubung... macam mana pula ye?

dan kalau perkara ni membuatkan gangguan utk khusyu' dalam beribadah, bagaimana pula?

Insyirah 10 June 2011 at 18:41  

Anonymous :

Sebelum nak jawab soalan awak ni, saya nak tanya. Awak ni dah kahwin ke belum? :)

Dari apa yang saya tahu mereka bukan duduk dekat, yang seorang di malaysia dan seorang lagi di luar negara. Kalau penzinaan berlaku itu bermaksud memang orang yang berzina itu BERUSAHA untuk berzina. wallahua'lam

Insyirah 10 June 2011 at 18:45  

Leya,

Perlu faham dahulu kenapa nak kahwin, ramai yang kahwin hanya kerana nafsu (seolah-olah perkahwinan hanya berkaitan seks saja kah bagi orang yang nak berkahwin?) dan akhirnya rumahtangga porak peranda bila nafsu (amarah) tidak mampu dikawal, bahkan kerana nafsu (ego) juga banyak rumahtangga yang retak.

Ketaatan pada ibubapa pada semua sudut selagi seorang wanita belum berkahwin KECUALI kalau dipaksa oleh ibubapa untuk syirik kepada Allah, kalau dipaksa kahwin (oleh ibubapa) tanpa kerelaan sekalipun Islam tetap menjaga hak seorang wanita untuk menolak perkahwinan tersebut bahkan perkahwinan tidak sah.

Islam menjaga maslahat setiap orang, cuma... perincikan dahulu, tengok awlawiyat terlebih dahulu. jangan hanya pandang 1 sudut sahaja. :)

wallahua'lam

daie sydney,  11 June 2011 at 09:22  

subhanallah..syukran untuk perkongsian..tersentak diri yg membacanya..

satu persoalana dari ana;
ana telah bertunang dan alhamdulillah mendapat restu dari kedua ibu bapa..
cuma ana nk minta pandangan, dalam tempoh pertunangan ini, bagaimana untuk ana bermujahadah dgn hati dek perasaan rindu..memang kami tidak pernah keluar bersama tp kami selalu jugak contact..

hazirah hassim 13 June 2011 at 01:38  

kak..nice entry~!masya-allah..selama neh sy ingt kawen adlah penyeselai sgala masalah...tp alhamdulillah..dr sudut yg berbeza antry akak macam my mind br terbukak cket psal kwen..;)doakan skoga jodoh cpat dan dipermudahkan..;);)

Anonymous,  13 June 2011 at 13:16  

setuju dgn pendapat insyirah berdasarkan mslh di atas bahawa 'perkahwinan bukan jalan akhir penyelesai masalah...perlu luhat tujuan sbnr asas perkahwinan & restu kedua2x pihak...

-->singgah sini setelah kembali bercuti lama.....moga adik & baby sihat selalu

salmanfasiri 17 June 2011 at 11:17  

Wan Nur Izzati bt Wan Nor Anas : saya harap saudari cuba check balik terjemahan hadis tentang wali enggan.

Seingat saya, lafaz hadis : "man la waliyya lahu fa alsultan waliyyu."

walaupun ada ulama yang membahaskan tentang ketiadaan wali membolehkan seseorang menggunakan wali hakim, namun dalam masalah wali yang enggan, ia perlu perincian dan kesesuaian penggunaannya dalam negara kita.
Jika ia bersifat penyelesaian terbaik, itu tidak mengapa namun bagaimana sekiranya akan membawa kesan yang lebih negatif?

Apa pun, terima kasih atas makluman/tambahan.

Anonymous,  8 August 2011 at 18:01  

assalamualaikum w.b.t..em, akak, sy nk ambil sikit kata2 dr artikel ni bleh? nk post kt fb..klau bleh, akq inbox kt fb sy bleh? yang..sal pkhwinan bkn pnyelesaian tu..huhu..
ni fb : al-harits nahnu ansorullah
emel : rys_hussain90@yahoo.com
tme ksh kak..

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO