Tawakkal AlaLLAH
Bismillahirrahmanirrahim.
Astaghfirullah... Astaghfirullah...
Astaghfirullah hal azhim allazi la ilaha illallah
Aamin... Aamin... Aamin...
Ku bermohon pada Mu ya Allah
Tetapkanlah imanku sentiasa pada Mu
Berserah pada Mu
Sesungguhnya solat serta ibadahku
Hidup dan matiku hanyalah untuk Mu
Ku bermohon pada Mu
Tiap detik ku mengharap kebaikan Mu
Lindungilah aku selamatkanlah
Dari seksaan Mu yang azab sengsara
La ilaha illallah... La ilaha illallah...
Ku bermohon pada Mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat
Aamin... Aamin... Aamin...
Astaghfirullah hal azhim allazi la ilaha illallah
Aamin... Aamin... Aamin...
Ku bermohon pada Mu ya Allah
Tetapkanlah imanku sentiasa pada Mu
Berserah pada Mu
Sesungguhnya solat serta ibadahku
Hidup dan matiku hanyalah untuk Mu
Ku bermohon pada Mu
Tiap detik ku mengharap kebaikan Mu
Lindungilah aku selamatkanlah
Dari seksaan Mu yang azab sengsara
La ilaha illallah... La ilaha illallah...
Ku bermohon pada Mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat
Aamin... Aamin... Aamin...
Encik zauj terdengar lagu ni dan terus jatuh hati pada bait-bait ayat tersebut, dari kerana lirik lagu ini maka kami mengikuti drama "MAKBUL" yang ditayangkan di TV2 setiap hari khamis jam 9-10 malam. Alhamdulillah, baru ikuti selama 2 minggu. Hanya kerana terkesan dengan lirik lagu ini :)
Sepanjang tempoh mengandung, encik zauj tidak menggalakkan ana mendengar lagu hatta nasyid. Lagho ^__^ Kalau rasa nak mendengar hiburan sangat, menyanyi sendiri. Biar anakanda dalam rahim dihiburkan oleh suara umminya sendiri, mudah-mudahan setelah keluar dari alam rahim maka anakanda akan lebih suka mendengar suara (bebelan?) umminya berbanding menyumbat halwa telinga dengan hiburan yang entah apa-apa.
"Abang tak nak kata mendengar muzik itu harus, makruh, haram ke apa. Tapi, cuba lihat Nabi s.a.w. bagi umat Islam berhibur dengan muzik tetapi adakah setiap hari? Hanya pada hari raya sahaja Nabi biarkan para sahabat mendengar nyanyian tetapi Nabi tak hadiri majlis tersebut, Nabi tak dengar pun."
*Senyum seposen*
Berusaha menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. meskipun kita sebagai manusia yang hidup di hujung zaman yang dilimpahi fitnah, cuba-cubalah untuk mengikut mana-mana sunnah yang termampu. Kalau tak mampu buat semua, jangan sampai tak buat semua. Itulah yang selalu encik zauj bebelkan, eh silap... Nasihatkan :)
Lagu ni terkesan juga di hati selepas mencarinya dalam youtube. Mungkin 'kena' dengan situasi sekarang.
Sepanjang 9 bulan mengandung, banyak fasa-fasa yang dilalui. Hanya sedikit ujian-ujian yang Allah berikan, sebagai tarbiyyah buat ana dalam menghadapi hari-hari mendatang. Apa yang ana nak kongsikan, kesimpulan 9 bulan mengandung ini.
"Allah nak tarbiyyah untuk menyerahkan pergantungan semata-mata kepada Allah, hanya kepada Allah segala harapan disandarkan dan hanya kepada Allah segalanya diserahkan. Pendek kata, tawakkal alaLLAH."
Minggu lepas, jumpa dengan doktor pakar. Nak kata takut, tak juga. Nak kata resah gelisah, tak juga. Mungkin sebulan sebelum jumpa doktor pakar, hati dilambung-lambung ombak tsunami tetapi kemudian semuanya seakan desiran angin yang mendesir. Hilang entah ke mana, dalam hati di sisip kemas-kemas.
"Khair, insya Allah. Allah kan ada, Allah tahu apa yang terbaik buat hamba Nya. Allah yang beri ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya."
Itu sajalah yang dicakapkan pada hati. Allah dah beri macam-macam bentuk tarbiyyah, hanya untuk mengajar ana menggantung tawakkal kepada Dia tapi hati ni je keras sangat sampai tak tertarbiyyah meskipun dah banyak yang Dia 'tunjukkan'. Bak kata zauji, ma'rifat aqli saja belum ma'rifat qalbi. Ye la, nama pun manusia akhir zaman kan? T__T
Dari dulu, bila doktor cakap macam tu... Tak jadi macam tu pun.
Dari dulu, bila doktor cakap macam ni... Tak jadi macam ni pun.
Sekarang, doktor kata begitu dan begini. Ana hanya tersenyum.
Allah dah ajar, tawakkal alaLLAH! Allah yang memiliki setiap apa yang ada di langit dan bumi, Dia juga berkuasa untuk menggubah perjalanan hamba Nya. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin :)
Nak ada anak yang kental, ibunya perlulah menjadi seorang yang kental. Kan? :)
Ummu Mujahid,
Insyirah Soleha
12 leaves:
assalamualaikuM
usaha+doa+tawakal = KEJAYAAN..
-Take care adik:-)
Nak ada anak yang kental, ibunya perlulah menjadi seorang yang kental. Kan? :)
betul tu ummu mujahid! :)
lepas ni nak panggil ummu mujahid la...doa utk ummi dan baby (^_^)
semoga penuh barakah menyambut kelahiran baby sulong.
hehe dah berapa bulan sekarang ?:D cepatnye masa berlalu kan. hari tu cam baru je awak nikah. =D
Jaga bebaik, saya doakan awak melahirkan seorang anak yang soleh Insya Allah.
Terima kasih atas perkongsian oleh dik Syirah..terkesan di hati akak..kadang2 bila bersendirian akak rase tkut bila penyakit akak dtg, akak slalu bawak ubat..tetapi akak selalu lupa bergantung hnya pada Allah..Alhamdulilah Allah beri peringatan melalui perantaraan adik Syirah..:)
waalaikumussalam kak Azlen,
insya Allah :)
cik syauqah,
insya Allah.mudah-mudahan :)
nurulhusna,
aamin insya Allah :)
terima kasih mendoakan.
Tuan Auz,
haish... kahwin pun dah setahun :)
alhamdulillah dah 9 bulan.
Cahaya Hidayah,
Ubat hanya "alat" untuk mengawal rasa sakit sebaliknya kalau hati kita dikawal oleh rasa yang mendalam kepada Allah, insya Allah kita akan lupa pada rasa sakit sebab kita yakin dengan Allah. ada ulama' yg hebat (tak ingat nama, hanya pernah baca dalam buku) semasa sakit yang mana kakinya perlu dipotong maka beliau meminta kakinya dipotong semasa dalam solat dalam keadaan beliau sedang sujud.
jadi, orang potong kaki dia masa dia sedang sujud... dia tak rasa langsung kesakitan kakinya dipotong lantaran rasa khusyuk dalam solat sehingga dia lupa apa yang berlaku pada badannya.
allahuakbar. susah nak dapat hati yang sebegitu... belajar untuk bergantung pd Allah, insya Allah.
tawakkal alaLLAH ^_~
umur enti sama ana =)
doakan ana juga =)
( tak boleh bayang ana jadi seperti enti =)
Assalamualaikum...
dlm setiap perkara yg kita buat, mmg kene disertakan dgn tawakkal.
happy blogging :-)
regards,
BLADE EDGE
Post a Comment