"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

21 June 2011

Hanya Tangisan Ayah...

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Pada hari Ahad yang lalu, ana dan zauji berpeluang menziarahi bapa angkat yang terlantar di hospital Temerloh akibat serangan strok dan pendarahan otak. Awalnya, sedari hari Rabu merencana mahu ke sana namun banyak halangan yang datang dan jadual harian perlu disusun dengan baik.

Hari Sabtu selepas sahabat-sahabat encik zauj pulang, kami terus ke Sungai Buloh untuk memenuhi undangan kuliah Maghrib dan menziarahi ibu saudara. Akhirnya, bermalam di Sungai Buloh kerana keesokan paginya encik zauj ada kuliah Subuh dan Muslimat. Kebetulan, hari Ahad juga jiran buat majlis walimah anaknya. Serba salah dibuatnya, kalau hadiri jemputan walimah maka kami akan terlewat pulang ke Shah Alam dan juga jadual lawatan di hospital jam 12-2 petang, 5-7.30 petang.

Kalau melawat jam 5 petang, tak sempat untuk sampai Shah Alam sebelum Maghrib. Akhirnya, pesankan pada ahli kariah surau untuk maklumkan pada tuan rumah ketidakhadiran kami ke majlis walimah kerana mahu ke Temerloh menziarahi bapa angkat ana.

Tersenyum dengan ingatan dan pesanan dari makcik-makcik di surau. Ada yang terkejut besar bila zauji khabarkan mahu ke Temerloh, nak tergelak pun ada juga.

Akhirnya, jam 1 lebih petang kami tiba di hospital. Ziarah bapa angkat sekitar 25 minit. Bapa angkat yang ana panggil "Ayah Ce" sedang enak tidur kerana waktu malam beliau menjadi agresif. Tekanan darah tingginya meningkat, malam sebelumnya beliau mencabut wayar yang menyalurkan susu di bahagian hidung dan anaknya tak sedar keadaan tersebut. Al-hasilnya, Ayah Ce tidur nyenyak dan tekanan darahnya turun sedikit selepas mencabut wayar tersebut T_T

Masa kami sampai, ada ramai tetamu juga berada di sekitar Ayah Ce. Ada kanak-kanak yang ligat berlari sini sana. Hanya memandang kosong, mengambil kedudukan paling belakang dan berbual dengan anak sulung Ayah Ce. Bising. Itulah tujuan hospital tidak membenarkan kanak-kanak dibawah usia 12 tahun masuk ke dalam wad, mengganggu rehat pesakit. Ana yang sudah biasa dengan hospital, memang runsing teramat sangat bila menahan sakit, orang buat bising, macam nak baling bom je. T_T

Selepas encik zauj bersembang dengan anak lelaki Ayah Ce, dan beliau mula merasa runsing kerana suasana crowded... Huhu, lagipun ziarah orang sakit mana boleh lama-lama. Tambahan pula, orang yang sakit sedang tidur jadi baiklah kami meminta izin untuk balik. Dah lepaskan hajat untuk ziarah, mahu bertangguh-tangguh bimbang langsung tak menziarahi.

Sebelum wida', ibu angkat tanya bila nak bersalin. Sambil tersipu-sipu, jawab dengan selamba. Terus ibu angkat terbeliak memegang kepala.

"Eh, kamu ni biar betul..."

Lalalalala.

"Itu la, semua orang dah pesan jangan duduk lama-lama nanti bersalin di Temerloh. Hahaha..."

Toink, ibu angkat terus geleng kepala. Tawakal kene tinggi... Hehehe. Hatta orang tanya bila nak bersalin, sentiasa jawab "wallahua'lam" sebab memang tak tahu bila nak bersalin pun. Kui kui kui. Bila Allah nak keluarkan Cik Baby, Allah je yang tahu. Doktor hanya menjangka tarikh sekian, tapi yang pasti Allah je yang tahu bila baby akan keluar. Jadi, jawapan yang tepat apabila orang tanya bila nak bersalin adalah "wallahua'lam." hihi ^_~

Masa wida' tu rasa macam jejak kasih. Suasana tiba-tiba jadi suram bila Ayah Ce menangis dengan kuat. Erk! Sebak pula rasa, dah la ana nak balik masa tu... Tiba-tiba Ayah Ce menangis, toleh ke belakang dan terus cakap pada anak sulung Ayah Ce untuk minta diri. Tak sampai hati nak tengok... Dulu, boleh berjenaka. Solat berjemaah dengan Ayah Ce, sambil belajar memasak itu dan ini tapi bila tengok Ayah Ce dalam keadaan tu... Allah...

Tiada lagi kata-katanya, yang dengar hanyalah tangisannya.

Moga Allah memberi kesembuhan buat Ayah Ce. Selaut ketabahan buat isteri dan anak-anak Ayah Ce, insya Allah.

Sungai Buloh-Temerloh-Shah Alam = natijahnya, semput :)


Insyirah Soleha.

6 leaves:

Mhamdan 21 June 2011 at 16:04  

penat tak pe asal pahala dapat....

Khair as-sofi 21 June 2011 at 16:41  

insyirah, moga dpermudahkan urusan untuk melahirkan nanti, insyaAllah..tahniah anti muda lagi dah nak peroleh zuriat (jeles ana) =)

ummufathi 21 June 2011 at 19:33  

salam..syira gi temerloh ke?awat x habaq..dekat dh tu..Allah x izinkn lg nk jumpa...

Insyirah 22 June 2011 at 18:45  

ummu fathi :

pegi kejap sesangat kak, ziarah ayah angkat semata2 then terus balik ke shah alam, x sempat singgah mana-mana :)

mama dee 26 June 2011 at 01:08  

asslmkum..
semoga dipermudahkan melahurkan nanti..

Syuqairo~ 29 June 2011 at 18:03  

salamualaik.kak insyirah.salam dakwah ya ukhti.kalau tak keberatan,boleh tak minta emeil.sebab ana ade banyak benda nak tanya.mungkin ukhti org y sesuai utk ditanya sekarang.mohon ya kalau boleh.ni blog ana.jemputlah ziarah.http://alquranitutenang.blogspot.com.mohon ditegur mane y silap.syukran khair

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO