"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

30 March 2010

Seorang Ibu Yang Menyusahkan

Bismillahirrahmanirrahim.

Berat sangat hati nak menulis tajuk kali ini. Berat hati dan sangat susah untuk menulis tajuk, belum lagi nak menulis isi-isinya.

Hari ini, ana ditemani ummi dan abi ke hospital. Bukan mahu cerita apa yang berlaku di hospital, sesekali menjengah ke hospital terasa 'rindu' untuk baring di katil yang cadarnya serba putih. Sesekali melihat orang lalu lalang dengan kerusi roda dan diusung katil (atau pengusung) ana hanya menghadiahkan senyuman pada mereka. Tidak kira muslim mahupun bukan, ana tersenyum dan mereka membalas senyuman ana. Tanpa kata-kata, hanya lirikan mata seorang gadis berpurdah yang menghadiahkan senyuman.

Senyuman ana sendiri banyak maksud.

"Abi nampak Syirah letih sangat, ok tak ni?"

Ana hanya memandang abi. Hati monolog sendiri.

'Mana abi tahu aku penat, bukan abi nampak muka aku macammana pun.'

"Mana abi tahu?" Ana gelak kecil.

"Tahu lah, dari mata pun abi tahu Syirah penat kan?"

Ana tersenyum... Senyum dan terus tersenyum.

Kadang-kadang, sangat rindu untuk menghidu bau ubat-ubatan di hospital. Dengan makanan yang serba 'sihat', kurang gula, kurang minyak, kurang garam dan serba kekurangan. Tetapi, bila dah duduk sehari di wad pun ana tak senang hati, menggelisah teringat rumah. Bukan rindukan tilam empuk dan bantal busuk tetapi sangat sukar untuk menjaga aurat.

Tiba-tiba kenangan-kenangan ini menjengah dalam minda kerana hari ini mendapat layanan superb dari hospital, subhanallah.

Siap urusan ana di hospital, ummi ajak makan di kafeteria hospital. Memandangkan ana sudah membawa bekal dari rumah, ana sekadar minum segelas air sambil melayani ummi dan abi. Ya, detik-detik yang ana mahu manfaatkan sepuas-puasnya. Akhirnya dalam kereta sekejap dibuka purdah, sekejap dipakaikan semula. Bila rasa air mata macam nak menitis, ana menarik purdah menutupi muka... Memandangkan jalanraya yang dipilih adalah hutan belantara, maka main tarik-tarik purdah adalah perkara biasa. Di dalam kereta, selesa membuka purdah sebab abi suka nak tengok muka ana semasa bersembang :)

Hari ini, wasiat demi wasiat abi buat ana sebak pula...

"Orang sayanggggggg abi..."

Semasa di kafeteria, ummi menyambung kisah seorang teman ummi yang ditimpa musibah. Ana yang selalu mendengar lontaran perasaan ummi dan setia mendengar luahan hati abi sudah lali dengan masalah demi masalah manusia lain, ada 'ibrah yang dikutip. Cuma hari ini, setelah lama mengikuti cerita-cerita ummi, terpacul satu soalan secara tidak sengaja.

"Cuba ummi tanya kawan ummi tuh, dia ada tak buat sesuatu yang menyinggung hati ibunya?"

Abi berhenti makan, terus pandang muka ana.

"Ada. Dia pernah cerita yang isterinya dot dot dot, bla bla bla..."

Allah... Lantas ana teringatkan seorang hamba Allah, beliau selalu meminta pendapat dari ana (si kecil yang jahil ini) kerana selalu bermasalah komunikasi dengan isteri. Ana hanya memberi pendapat, tidak lebih dari itu. Kemudian, entah macammana boleh terpacul soalan keramat.

"Uncle pernah buat sesuatu yang menyinggung hati ibu uncle tak? Kadang-kadang sebab hati seorang ibu terguris, hidup seorang anak lebih-lebih lagi anak lelaki yang melebihkan isteri secara tidak sengaja akan terumbang ambing, hidupnya tidak putus-putus musibah sehinggalah kemaafan dari ibu diperolehi."

Ana terkenangkan kisah Juraij. Sejak soalan itu di tanya, hamba Allah tersebut terus senyap dari ana. Kecil hati agaknya... Entahlah. Cuma itu yang terdetik di hati ana. Lama kemudian, baru beliau kembali hubungi ana.

"Sejak Insyirah tanya soalan tentang ibu uncle, entah... Uncle rasa malu sangat-sangat dengan Insyirah. Uncle muhasabah semula, kemudian uncle balik kampung sendirian selama seminggu. Uncle bercakap dengan ibu uncle sampailah akhirnya ibu uncle mengaku yang ibu kecil hati dengan perangai isteri uncle. Susah Insyirah, isteri uncle ni... Silap uncle, uncle terlupa melihat 'agamanya' kerana waktu itu yang uncle pandang adalah bersifat dunia."

Ana seorang perempuan.
Ana seorang anak perempuan.

Ana sangat rapat dengan ummi dan abi. Entahlah... Berat menulis semua ini.

"Insyirah, apa ciri-ciri lelaki idaman enti?"

Soalan ni selalu buat ana tergelak, kalau disyarahkan mahu lebih panjang dari Sungai Nil syarahan, impian, idaman dan khayalan ana. Semua itu hanya fantasi bagi ana, mungkin kalian tidak setuju. Terpulang.

"Enti nak satu satu perkara. Ana teramat rapat dengan ummi dan abi, terlalu rapat! Kalau Allah jodohkan ana dengan seorang lelaki di dunia ni pun, biarlah dia seorang yang dapat menyenangi hati ummi dan abi. Sehebat mana pun dia, sebanyak mana sekalipun phd yang dia perolehi ana tak pandang pun. Seharum mana sekalipun namanya di mulut manusia, kalau dia tidak mampu menyenangi ummi dan abi... Maka, di mata ana tetap nothing. Bila ana berkahwin, ana tidak mahu ummi dan abi merasa kehilangan anak perempuan mereka. Ana sesekali tidak mahu ummi dan abi rasa ana dirampas dari mereka."

Sekali lagi, air mata gugur. Berat... Berat menulis semua ini.

"Biarlah lelaki tu menyenangi hati ummi dan abi... Ana mahu ummi dan abi rasa mereka dapat seorang lagi anak lelaki yang bakal menyerikan lagi taman hati mereka. Ana juga mahu begitu, ana tidak mahu ibubapa lelaki tersebut merasakan ana merampas anak lelaki mereka. Ana tidak dibesarkan begitu... Ana tidak dilahirkan atas tujuan itu. Biarlah ibubapa lelaki pilihan Allah tersebut merasakan mereka mendapat seorang lagi anak perempuan. Memang benar, apabila seorang perempuan berkahwin, dia seolah-olah menjadi 'tawanan' pada suaminya. Sekiranya ada makhluk yang Allah arahkan untuk disembah, maka suami adalah makhluk tersebut."

Allah... Beratnya nak menulis semua ini.

"Enti... Bila kita sayangkan seseorang, bila kita kasihkan seseorang maka kita tidak seharusnya mencampakkan dirinya ke dalam neraka. Kalau kita tidak mampu membawa dia ke syurga sekalipun, usahlah menjadi penyebab dia ke neraka Allah... Kerana, cinta itu bukan untuk dibakar dengan api neraka tetapi perlu disuburkan dengan haruman kasturi syurga."

Beratnya... Beratnya ya Allah.

"Enti... Siapa saja lelaki pilihan Allah tersebut, ana tidak sesekali akan buat-buat lupa untuk tanya 'Ummi benar-benar redhakah kalau dia pilihan tersebut?' kerana... sedikit saja calar yang terpalit pada hati seorang ibu, natijahnya pada kehidupan di hadapan."

Dewasa ini, anak-anak melupakan ibu dan bapa. Bila ada sahabat yang mengadu itu dan ini mengenai ibubapa mereka, ana hanya mampu katakan satu saja.

"Kumpullah saham akhirat banyak-banyak. Mungkin di dunia kita tak ada apa-apa, kita mati juga akhirnya dan harta dunia ditinggalkan tetapi sekiranya saham akhirat dihimpun dari awal insya Allah kita akan turut membawa harta tersebut hingga ke 'sana'. Enti nak tahu kenapa ana boleh selamba badak tak belajar dan bekerja? Satu saja sebabnya, UMMI... Orang nak cakap apa sekalipun ana tak peduli asalkan ana jaga hati ummi. Walaupun setiap hari bergaduh dengan ummi hingga abi pening kepala dengan kerenah kami berdua tapi ana bahagia... Rasulullah berpesan, wasiatnya adalah pertama solat awal waktu, kedua berbakti kepada ibubapa, ketiga jihad fisabilillah. Mudahkan nak ke syurga?"

Tersenyum penuh makna.

Bila ada orang mengadu dan meminta pendapat dari permasalahan mereka. Satu saja soalan ana.

"Kamu ada buat sesuatu yang menyinggung hati ibu kamu?"

"Kamu buat sesuatu yang ibu kamu tak suka?"

Kerana, kalau kamu sewenang-wenangnya melukakan hati ibu kamu. Mungkin mereka tidak mendoakan kecelakaan kamu tapi murka Allah akan membuatkan hidup kalian susah! Seorang ibu bisa membuatkan hidup kamu susah! Tidak percaya? Terpulang.

Cuma ana mahu kongsikan apa yang pernah seorang sahabat katakan pada ana.

"Sepanjang pengamatan ana, seorang ibu hanya boleh cakap 'TIDAK atau JANGAN' tanpa tahu kenapa tetapi sebenarnya itu naluri ibu, datang dari Allah."

Subhanallah.

Mana mungkin lahir bayang-bayang yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok. Kiranya mahu mencetak anak-anak soleh solehah, silalah berusaha keras menjadi si soleh dan si solehah... Kerana hati ibu yang berkuntum mekar akan selalu membuat hidupmu dirahmati dan diberkati, insya Allah!

Permisi dahulu. Assalamu'alaikum.

Insyirah Soleha
9.55 pm

Read more...

26 March 2010

DeDiKaSi bUaT BoNDa III

Bismillahirrahmanirrahim.

"Akak, nanti kirim salam Bonda eh. Rindu la dengan Bonda, dah lama tak jumpa Bonda."

"Insya Allah."

"Akak tak cemburu ke adik sayang Bonda?"

"Tak la sayang, adik kan adik akak. Bonda akak, Bonda adik juga."

"Hehe, Bonda akak Bonda adik tapi Ummi adik, Ummi adik je tau bukan Ummi akak."


Kadang-kadang apabila diusik oleh mereka yang suka mengusik nak berebut abi/ummi dari ana, terasa juga hati. Lama kelamaan, boleh accept. Erti hidup pada memberi, bagi pinjam jer bukan bagi terus ^_~

Pada suatu hari, apabila batuk berterusan dengan kuat menyebabkan rusuk sangat sakit. Batuk menyebabkan rusuk menjadi semakin bengkak, batuk juga membuatkan ana tercungap-cungap bernafas. Dalam menahan batuk yang berterusan, nafas tersekat dan kepala terasa berpinar gara-gara tidak mendapat oksigen yang cukup. Menahan setiap rasa yang singgah, tiba-tiba sesuatu membuak-buak dan kudrat yang tersisa berlari secepat yang mungkin. Muntah lagi :)

Duduk dan mencari posisi yang paling selesa untuk menahan sakit pada rusuk dan memudahkan pernafasan. Air mata sudah mencurah-curah, rusuk yang membengkak sakitnya menjalar hingga tangan langsung tidak boleh digerakkan dan terasa kebas sehingga hujung jari. Subhanallah!

"Sini la ummi sapu minyak, ummi tak boleh duduk. Kaki ummi sakit."

Ummi masih memujuk, air mata mencurah-curah. Kalau di tempat lain sedang kemarau, ana pula berhujan lebat dengan air mata.

Pada waktu yang sama, ummi juga demam dan beberapa hari sebelum itu ummi terjatuh. Natijahnya lutut ummi lebam, kelihatannya sangat sakit tetapi ummi... semangat srikandinya hebat!

Beberapa kali ummi memanggil tapi ana tak mampu menggerakkan badan kerana nafas yang tak lepas-lepas. Adik hanya memandang wajah ana yang sudah basah dengan air mata. Jangan ditanya bagaimana rasanya, susah untuk diungkap dengan kata-kata :)

Sejak dari program di Melaka lagi kesihatan terganggu. Sahabat mengingatkan.

"Dia bagi nikmat berukhwah time tu, tapi Dia tarik nikmat kesihatan sikit. Anggap ja Dia sangat sayang kat enti, sebab Dia tak nak bila terlalu gembira dengan sahabat hingga cintakan sahabat lebih dari cinta padaNya... hikmah dari Nya ada di mana-mana kan."

Sodiki hakiki lalu meluahkan kebimbangan. "Demam kenapa ni... Something mengganggu ke?"

Lalu, jawab ku tenang. "Sebab Allah sayang lebih!"

Teringat pada nasihat sahabat.

"Allah sayang kita semua kan, kita ja yang sering lupa untuk sayang padaNya, kita kata kita sayang Allah, tapi selalu ja lupakanNya, kita suka sangat bila dapat sahabat yang baik, kita suka sangat dapat ibubapa yang baik, kita suka sangat dapat anugerah dan ganjaran, kita suka sangat bila diingatkan bahawa ujian semua tu adalah kerana Allah masih ingat kat kita, tapi sering saja kita meragui akan kasih sayang Allah pada kita, kita sering memikirkan apa yang diperoleh insan lain, kita juga sering membayangkan betapa indah anugerah Allah yang tidak kita dapat, tetapi kita lupa untuk melihat hikmah atas nikmat dan anugerah yang Allah kurniakan pada kita... Manusia sering melihat yang jauh, yang dekat selalu tidak kelihatan... Allah sayang kita!"

Subhanallah.

Kala terisak dengan tangis dan sendu, kata-kata ini berlegar dalam kepala.

"Syirah, sini dekat ummi."

Selepas hampir 20 minit kemudian baru ana cuba untuk menghampiri kerusi ummi. Air mata masih mengalir laju. Dalam terisak-isak, ummi menyapu tangan ana yang sudah tidak terasa apa-apa.

"Ya Allah, sakit mi..."

"Iya, ummi tak picit pun. Ummi sapu minyak je ni."

Lembut jari ummi menyapu minyak pada tangan yang sudah kebas tak terasa apa-apa, langsung tidak boleh digerakkan kerana sakitnya menyucuk ke bahagian rusuk.

Tangan dikeraskan, bimbang pergerakan demi pergerakan akan menyebabkan kesakitan yang lebih parah.

Beberapa minit kemudian, ummi bersuara lagi.

"Dah, jangan menangis. Tidur..."

Selalunya begitulah, apabila tidak boleh berhenti menangis maka ummi akan memujuk untuk ana memejam mata. Mudah-mudahan mimpi yang indah ^_~

Seorang wanita yang terlalu sarat dengan kasih sayang, limpahan rahmat Nya memenuhi atmosfera perasaan seorang wanita bergelar ibu. Rongga-rongga belaian Nya memasuki denyut nafas dan mengalir ke dalam darah seorang srikandi berjiwa lembut, ummi... Dikaulah ratu hatiku.

Aku sayang ummi...
Ummi ku sayang... ummi...
Sayang... Sayang... Ummi...
Ummi ku sayang...
(Lagu siulan zaman kanak-kanakku)


Terima kasih ya Allah.

Read more...

23 March 2010

Rambutnya Gugur Lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Santapan emosi... Dari jendela hospital yang begitu dekat di hatiku.

[Rambutnya Gugur Lagi]

Nur Ibtisam. Cahaya senyumanku. Begitulah nama yang diberikan kepada puteri kami, senyuman yang diharapkan sebagai penyeri kehidupan. Nur Ibtisam juga menjadi penawar keresahan bagi melepaskan setiap kelelahan namun ketika usianya mencapai 5 bulan, Nur Ibtisam semakin kuat menangis sehingga abang terpaksa memandu dari Kangar ke Kuala Lumpur hanya untuk meredakan tangisan Nur Ibtisam. Di dalam kereta, Nur Ibtisam lebih nyenyak tidurnya.

2 hari kemudian, abang membuat keputusan untuk memasang penghawa dingin di dalam bilik. Kata abang, mungkin Nur Ibtisam panas dan tidak tahan dengan cuaca maka ketidakselesaan tersebut diterjemahkan dengan tangisan. Ada waktunya, esak tangis Nur Ibtisam sehingga tiada suara. Buntu kami. Zikrullah, kalamullah, asma' al-husna dan pelbagai dendangan nasyid dinyanyikan bagi meredakan tangisan Nur Ibtisam, akhirnya setelah penat menangis Nur Ibtisam tertidur sendiri di bahu ayahnya.

"Abang, kita bawa Nur ke klinik. Bila menangis sampai biru mukanya."

Satu hari, aku buntu mencari cara untuk meredakan tangisan Nur Ibtisam.

"Insya Allah, esok abang ambil EL (Emergency Leave)."

Malamnya, sekali lagi Nur Ibtisam menangis dan terus menangis. Abang memandu sepanjang malam bagi meredakan tangisan Nur Ibtisam, akhirnya kami sama-sama tertidur di Pantai Merdeka, sehingga ke Sungai Petani kami menyusur jalan. Segalanya untuk Nur Ibtisam.

Seminggu setelah ujian keseluruhan dilakukan ke atas Nur Ibtisam, sama-sama akur atas kehendak Allah.


"Anak encik mengidap leukimia, 2nd stage."

Longlai rasanya, kabur pandangan. Manik-manik air mata menitis, hampir sahaja melepaskan Nur Ibtisam dari pelukan. Aku mendakap Nur Ibtisam seerat-eratnya. Itulah kali pertama aku melihat abang menitiskan air mata. Abang memegang erat tanganku.

"Apa harapan yang ada doktor? Bolehkah Nur Ibtisam di rawat?"

"Sel darah putihnya semakin banyak, sel darah semakin berkurangan. Hari ini kita akan masukkan darah kepada Nur Ibtisam. Kita lihat bagaimana progress Nur Ibtisam. Insya Allah."

Doktor Abdul Rahman lancar membariskan ayat-ayatnya. Tanpa sedar, manik air mata gugur di atas pipi Nur Ibtisam yang nyenyak dalam pangkuanku.

"Patutlah sayang sering menangis tidak henti-henti, sayang sakit... Maafkan ibu."

Monologku terhenti dengan pertanyaan doktor.

"Encik atau Puan punya sejarah keluarga yang mengidap penyakit kanser?"

Maka, sejarah kami berdua dibongkar susur galurnya. Akhirnya, kami sama-sama redha. Bapa mertuaku meninggal akibat kanser paru-paru, kakak iparku meninggal kerana kanser usus, anak buahku juga meninggal kerana kanser tulang. Terbaru, anakku punya kanser darah ; leukimia. Subhanallah. Sudah takdir Allah mengaturkan begini, semuanya milik Allah.

Selepas 2 tahun berulang alik dari Kangar ke Kuala Lumpur, hospital merupakan rumah kedua bagi kami. Lebuhraya juga menjadi pemandangan kami yang sangat biasa, tiada lagi keindahan yang terbentang selain Nur Ibtisam membuahkan senyuman.

Kimoterapi dilakukan. Nur Ibtisam mula menunjukkan kesan terhadap kimoterapi yang dijalaninya, setiap makanan yang dimakan akan dimuntahkan semula, setiap hari rengekannya semakin menguji kesabaranku. Rambutnya semakin menipis. Nur Ibtisam semakin berkerenah, kadang-kadang aku hanya mampu keluar dari bilik dan menangis semahu-mahunya di dalam surau. Di surau juga tempat aku menenteramkan gelora hati yang diterjah ombak besar. Allahuakbar.

Jam 2 pagi, Nur Ibtisam diserang sawan akibat suhu badannya terlalu tinggi. Subhanallah. Mata putihnya sudah kelihatan dan anak mata hitamnya semakin naik ke atas.

"Allah... Allah..."

"Nur... Nur..." Abang menepuk pipi Nur Ibtisam.

Akhirnya aku menenangkan diri, mengepak ibu jari kaki Nur Ibtisam. Itulah pesanan dari Ummi, apabila Nur Ibtisam diserang sawan kerana suhu badannya terlalu tinggi kepak ibu jari kakinya.

Sudah dua kali aku kepak ibu jarinya. Nur Ibtisam masih tidak menunjukkan perubahan.

"Allahuakbar!"

Akhirnya Nur Ibtisam kembali reda, abang mengusap dadanya. Selalu saja Nur Ibtisam diserang sawan semasa demam panas.

Semalam, Nur Ibtisam menaikkan darahku. Sedang aku cuba menyuapnya minum air sesudu demi sesudu semuanya diludah kembali ke arahku sehingga air mata ini mengalir entah kali ke berapa. Akhirnya, aku tinggalkan Nur Ibtisam di bilik. Aku tenangkan diri dan jiwa...

"Ya Allah yang Maha Sabar, jadikanlah aku orang yang sabar... Sabarkanlah aku ya Allah!"

Astaghfirullah hal azhim.
Astaghfirullah hal azhim.
Astaghfirullah hal azhim.

"Nur... Minum la sayang, ibu suap ni."

Nur Ibtisam memalingkan mukanya, matanya tepat ke arah televisyen di depan mata. Rancangan Tom and Jerry selalu membuat Nur Ibtisam tergelak sendirian. Aku hanya tersenyum sepi, tiada rencah perasaan selain kehibaan melihat buah hati yang semakin kurus.

"Assalamu'alaikum kak Khansa, esok insya Allah Ayu dan suami nak ziarah Nur Ibtisam di hospital, suami teringin nak dermakan darahnya buat Nur Ibtisam. Kak Khansa nak kirim apa-apa?"

SMS dari Ayuni, rakan seperjuangan di alam kampus masuk ke dalam kantung inbox.

"Subhanallah, betapa Dia sering memberi dengan cara Nya. Alhamdulillah." Hanya itu yang terucap di hati.

Selepas beberapa sahabat menawarkan darah mereka kepada Nur Ibtisam, abang hanya mampu mengucapkan ungkapan terima kasih. Tiada yang mampu kami balasi, semoga Allah membuka pintu rezeki yang luas kepada mereka.

"Wa'alaikumussalam Ayu. Jazakillah khair, Nur Ibtisam sangat memerlukan darah. Setiap hari Nur Ibtisam memerlukan 2 bungkusan darah. Tiada apa-apa yang akak nak pesan, kesudian Ayu dan suami sangat kami hargai."

Saat ini, tiada keperluan lain bagi kami selain sahabat-sahabat dan kaum keluarga yang sudi mendermakan darah buat Nur Ibtisam.

"Nur... pandang ibu, minum air sikit."

Bibir Nur Ibtisam nampak kering, bimbang Nur Ibtisam dehidrasi.

Hari demi hari. Bulan berganti bulan.

Hari ini, genap usia Nur Ibtisam 3 tahun. Sepasang baju berwarna biru laut disarungkan, abang nampak gembira dengan keletah Nur Ibtisam. Sudah banyak hari Nur Ibtisam mengamuk dan tidak mahu aku berada di sisinya, hanya air mata yang mengalir setiap kali melihat abang memujuk Nur Ibtisam. Nur Ibtisam tenang dalam lenanya di atas bahu ayahnya. Aku hanya memandang dengan pandangan hiba, hatiku tak siapa tahu.

"Nur, sini dekat ibu..."

Aku memanggil Nur Ibtisam tetapi anakku masih memalingkan mukanya.

"Ibu nak sikat rambut Nur... Cantik, nanti ambil gambar dengan ayah." Aku masih setia memujuknya, hilang semua amarah dengan kerenahnya, yang aku rindu hanya senyuman Nur Ibtisam.

Nur Ibtisam mendekati, kepalanya ditundukkan. Aku rapikan seurat demi seurat rambut Nur Ibtisam yang tersisa. Namun, sebakku tak mampu dibendung, rambutnya gugur ke lantas setiap kali usapan lembut tanganku menerjah kulit kepalanya. Rambutnya gugur dicelahan jari setiap kali ku ulus lembut ubun-ubunnya. Akhirnya, aku ambilkan tudung berwarna light cream pemberian Opah Khaulah. Aku mahu menyarung tudung kepada Nur Ibtisam namun hatiku luluh dengan pertanyaan tulus dari si kecil.

"Ibu, Nur dah tak cantik ke sampai Ibu nak suruh Nur pakai tudung?"

Tangannya masih memegang buku "Basic Arabic" dan pensel warna. Aku tergamam.

"Tak sayang, anak ibu cantik sangat tapi bila Nur pakai tudung lagi cantik."

Nur Ibtisam tersenyum malu, pipiku dicium.

"Nur cantik macam ibu!" Abang bersuara setelah melihat aku hilang kata-kata.

Sudah terlalu lama aku menantikan Nur Ibtisam untuk mencium pipiku. Sudah beberapa hari ini, Nur Ibtisam menangis dan merengek setiap kali aku menghampirinya. Dia betah dengan ayahnya, aku hanya memandang mereka dari jauh. Nur Ibtisam, cahaya senyumanku. Aku hanya mahu melihat senyumannya.

Berjalan di perkarangan hospital, melihat kerenah manusia yang pelbagai. Nur Ibtisam ceria disamping ayahnya, aku mengekori langkah mereka dari belakang.

"Khansa..." Abang menoleh ke belakang, segera aku memberikan senyuman.

"Ibu, kenapa ibu jalan lambat sangat? Ibu sakit ke?"

Nur Ibtisam menoleh, tampak keceriaannya berbeza. Pasti kesan sampingan kimoterapi sudah semakin lali pada Nur Ibtisam.

"Ibu tak sakit, ibu nak tengok Nur jalan dengan ayah. Comel anak ibu pakai tudung, macam anak patung." Aku memuji dan terus memuji buah hatiku. Nur Ibtisam tersenyum simpul, manis. Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah ayahnya, ibarat abang versi junior itulah paras rupa Nur Ibtisam.

Dua hari kemudian, Nur Ibtisam diserang demam. Badannya lemah, Nur Ibtisam terbaring di atas katil.

"Nur nak ibu...!" Lirih Nur Ibtisam, aku masih solat Maghrib di birai katil tidak mampu membendung perasaan. Gugur air mata ke atas lantai sejadah.

"Ibu solat, nanti ibu siap ibu datang sini ye sayang..." Abang setia memujuk Nur Ibtisam.

Saat azan Isyak berkumandang, Nur Ibtisam pengsan... Nadinya semakin perlahan.

"La ila ha illallah..." Abang setia memperdengarkan kalimah agung di telinga Nur Ibtisam.

Tiba-tiba, Nur Ibtisam tidak bernafas. Doktor dan jururawat mahu memberi renjatan elektrik kepada Nur Ibtisam namun aku menghalang.

"Jangan... Biarkan Nur pergi dengan tenang."

Abang memandang dengan pandangan hiba, segera aku mendakap tubuh Nur Ibtisam. Denyut-denyut nadi terakhirnya tenang di sisi ibu dan ayahnya. Dalam keadaan penuh tenang, Nur Ibtisam dipulangkan kembali pada Pemiliknya, Allah taala.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan!

Kullu nafsin za'iqatul maut!

Rupanya Nur Ibtisam mula melarikan diri, menjauhkan hatinya dari aku kerana dia mahu meninggalkan aku. Nur Ibtisam mula memberi reaksi yang selalu mencetus marahku hanya kerana mahu aku 'melepaskannya' dalam keadaan hati yang sakit supaya aku tidak menangis sedih atas pemergiannya. Saban waktu, melihat baju-bajunya yang tersimpan di dalam bakul tetap merembeskan butiran air mata. Amanah Allah, pinjaman dari Nya selama 3 tahun cukup membenihkan sabar dalam kalbu, sabar seorang ibu menjaga permata hati yang sakit. Allah, Nur Ibtisam milik Mu. Tiada yang menjadi milikku, semuanya milik Mu.


Inspirasi dari kisah benar, gabungan dari rentetan memori bersama Arwah Adik Asyraf dan juga kisah Adik Ain Hafiza yang sedang menjalani rawatan kimoterapi last stage di wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Kedua-dua mereka mengidap leukimia.



Sahabat-sahabat, sudikanlah menderma darah!

Insyirah Soleha
8.53 am

Read more...

22 March 2010

Senandung Aisyah r.a

Bismillahirrahmanirrahim.

Berjalan-jalan, bersiar-siar di kebun penulisan, tertancap pada satu lembaran perihal Saidatina Aisyah r.a., tulisan yang sudah bertahun usianya tetapi membekas di hati. Menulis dikala itu, bila dikenang-kenang bertahun kemudian mampu membuah senyuman dan tawa sendiri. Membelek kembali sebuah buku "The Great Wife : Aisyah r.a." dan berikut adalah senandung yang terkandung dalam buku tersebut, ia diucapkan oleh Aisyah r.a., disusun oleh seorang yang berasal dari Andalusia, Abu Imran Musa bin Muhammad bin Abdullah.


Apa cela Ummul Mukminin dan celaku
Jika setiap yang mencintai mereka
Akan diberi petunjuk syurga
Dan siapa yang mencelaku
Akan mendapat kesesatan yang nyata

Aku ingin menjelaskan keutamaannya
Dengan menterjemahkan semua katanya

Wahai orang yang membenciku
Tak usah kau kunjungi kubur Nabi Muhammad s.a.w.
Kerana rumah itu adalah rumahku
Dan tempat itu adalah tempatku

Aku mempunyai keistimewaan di antara isteri-isteri lainnya
Kerana berbagai kebaikanku yang penuh makna
Aku mengungguli segala kemuliaan mereka
Maka kemenangan adalah milikku
Tali kekang adalah milikku

Nabi Muhammad s.a.w sakit dan wafat dalam pelukanku
Hari itu adalah hariku
Dan waktu itu adalah milikku

Suamiku hanyalah Rasulullah s.a.w.
Dan aku tidak pernah berkahwin dengan orang lain
Allah s.w.t. menikahkanku dengan utusan Nya
Dan mencintaiku sepenuh hati

Jibril mendatanginya dalam rupaku
Lalu baginda jatuh cinta ketika melihatku
Akulah perawan sucinya
Di tangankulah rahsia-rahsianya
Akulah teman tidurnya
Dan di rumahku ada dua cahaya *

Allah s.w.t. berbicara membelaku
Menjelaskan ketidakbersalahanku
Di dalam al-Quran yang sudah baku

Allah s.w.t. melindungi dan mengagungkan kehormatanku
Melalui lisan nabi Nya membebaskanku

Di dalam al-Quran Allah s.w.t. melaknat sesiapa saja yang mencelaku
Setelah turun ayat yang menyatakan ketidakbersalahanku

Allah s.w.t. mencela sesiapa saja
Yang memfitnahku dengan tuduhan palsu
Sambil menyucikan ZatNya Yang Esa
Aku terjaga dan tidak berdosa
Dengan bukti kesucianku

Allah s.w.t. menjagaku dengan Rasul terakhirNya
Lalu menghina para penyebar dusta

Aku mendengar turunnya wahyu
Yang dibawa Jibril kepada Muhammad ku
Dengan cahayanya yang memenuhiku
Jibril mewahyukan kepadanya
Ketika aku berada di bawah selimutnya
Lalu baginda membalik dan melindungiku

Siapakah yang menyombongkan diri kepadaku
Atau mengingkari kesetiaanku
Sedang di rumahnya Nabi Muhammad s.a.w. mendidikku

Aku menganut agama Nabi Muhammad s.a.w. daripada ayah tercinta di mana keduanya selalu bersama.

Ayahku menegakkan agama setelah Nabi Muhammad s.a.w.
Maka pedangnya adalah pedangku
Dan pengasahnya adalah milikku
Kebanggaannya adalah kebanggaanku
Dan tampuk khalifah ada pada ayahku
Cukuplah semua ini sebagai kebanggaanku

Aku adalah puteri as-Siddiq, teman Nabi Muhammad s.a.w.
Yang selalu dia cinta sepenuh khidmat
Ayahku menolong baginda dengan segenap jiwa raga
Lalu berhijrah bersamanya ke mana saja

Dialah yang menemani ketika berada di dalam gua
Yang menutup lubang dengan serbannya
Sehingga kekayaan lenyap tanpa sisa
Sebagai bentuk zuhud dan sikap papa
Bersamanya ada malaikat dari angkasa
Yang memberi khabar gembira akan syurga

Ayahku tidak takut dikritik dan cela
Untuk menumpaskan pembangkang yang derhaka
Dia memerangi penentang zakat dengan perkasa
Lalu menghinakan kaum kafir pembuat dosa
Dia mendahului para sahabat dalam memeluk Islam
Dia pemimpin dalam kemuliaan dan kebaikan

Setiap kali mereka berebut mendapatkan kemuliaan
Seperti kuda yang berebut dalam pacuan
Pasti ayahku yang di depan

Celakalah orang yang mengkhianati keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dengan memusuhi isteri dan saudara-saudara mereka. Beruntunglah orang yang mendukung sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sehingga menjadi orang yang disukai.

Antara sahabat dan kerabat Nabi Muhammad s.a.w
Ada hubungan erat sekali
Tidak mungkin retak oleh godaan syaitan yang terlaknat
Mereka laksana jemari dan tangan
Yang selalu menyatu dalam kesatuan

Dada orang kafir sesak kerana ayahku
Dan hati mereka dipenuhi dendam yang mambatu
Cinta perawan dan jandanya tidak berbeza
Terhadap Islam selalu dibela

Mulialah empat Imam utama
Yang laksana empat tiang penyangga
Kecintaan mereka sudah terpatri
Sehingga bangunannya kukuh tidak dapat ditandingi
Allah s.w.t. menanamkan sikap sayang di hati mereka
Yang membuat setiap munafik benci tiada terkira
Saling menyayangi dan berakhlaq suci
Hati bersih tanpa hasad dengki

Allah s.w.t. menyatukan ummat Islam menerusi ayahku tercinta
Sehingga takut berganti aman sentosa
Jika Allah s.w.t. sudah berkehendak menolong hamba Nya
Siapakah yang mampu melarangnya

Siapa yang mencintaiku
Maka jauhilah orang yang mencelaku
Kika orang yang mencintaiku tetap akrab dengan mereka yang mencelaku
Bererti mereka sama-sama membenciku

Aku orang baik yang diciptakan untuk orang baik
Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. adalah perempuan paling baik

Aku adalah bonda orang beriman
Maka siapa yang tidak mencintaiku
Hanya akan mendapat kerugian

Allah s.w.t. membuatkan nabi Nya mencintaiku
Dan pada jalan yang lurus Dia menunjukkanku
Allah s.w.t. memuliakan orang yang memuliakanku
Dan menghinakan orang yang menghinaku

Kepada Allah s.w.t. aku memohon tambahan anugerah Nya
Dan aku memuji seraya bersyukur ke atas nikmat Nya

Wahai yang berlindung pada Ahli Bait Nabi
Demi mengharap rahmat daripada Sang Pemberi
Jalinlah tali silaturrahim
Dengan ibunda orang-orang beriman
Dan jangan engkau tentang
Agar kalung iman tidak pudar

Aku berkata jujur lagi mulia
Wahai yang di atasnya jin dan manusia menjadi tunduk hina
Bawalah ia bersamamu
Sebab ia adalah taman nan ayu
Penuh aroma wangian menyedapkan kalbu

Allah s.w.t. melimpahkan anugerah Nya
Untuk Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga
Yang pada mereka tercium harumnya kebun penuh bunga!

* Dua cahaya tersebut adalah Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.


Kedudukan Saidatina Aisyah di hati Rasulullah teramat istimewa.

"Janganlah menyakitiku dengan menyakiti Aisyah. Sesungguhnya wahyu tidak pernah turun kepadaku di saat aku tidur berselimut dengan isteriku, kecuali ketika bersama Aisyah." (HR Tirmidzi dan Nasai)

"Jabir bin Abdullah berpendapat bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang selalu menuruti kemahuan isteri. Untuk itu, apabila Aisyah menginginkan sesuatu, Rasulullah s.a.w. akan menurutinya." (HR Muslim)


Saidatina Aisyah juga merupakan seorang Ahli Tafsir dan Hadis, Ahli fiqih, Ahli Ijtihad dan Jurufatwa.

"Apabila terdapat kemusykilan dalam bidang hadis, kami para sahabat akan bertanya kepada Aisyah dan darinya kami akan memperolehi ilmu baru dan sekali gus jawapan kepada kemusykilan tersebut." (Abu Musa al-Asyari)

"Aku tidak tahu ada perempuan yang lebih pandai di kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w, bahkan di seluruh dunia daripada Aisyah." (Adz-Dzahabi)

"Apabila pengetahuan Aisyah dibandingkan dengan pengetahuan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang lain dan seluruh kaum perempuan, tentu pengetahuan Aisyah jauh lebih banyak." (Az-Zuhri)

"Aisyah adalah orang yang paling fakih dan berjasa dalam bidang fiqh. Seorang fakih tidak sama dengan orang yang berilmu. Hal ini kerana orang berilmu lebih kepada menghafal, manakala orang fakih lebih kepada analisa. Aisyah memiliki kedua ciri ini. Dia memiliki pendapat bernas di dalam masyarakat. Bermakna, Aisyah mengetahui tentang urusan masyarakat, liku-liku kehidupan dan bagaimana untuk memimpin sekelompok masyarakat." (Adz-Dzahabi)

Read more...

19 March 2010

Merindui Saat Itu

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tadi, sodiki hakiki menghantar sms bertanya khabar. Merindui ana katanya, tiada update blog dan tidak online facebook. Rindu untuk membaca celoteh ana, rindu itu anugerah Allah. Ana katakan padanya, bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah. Semuanya bagi mengharap dan mengejar keredhaan Allah. Insya Allah, moga diizinkan untuk bertemu lagi.

Tak banyak yang dapat ana kongsikan perbualan diantara kami. Sekadar mengingati masa yang lalu dan mengingatkan satu sama lain untuk bekalan di masa hadapan. Alhamdulillah, peluang masa yang lapang diberikan Allah dimanfaatkan sebaiknya. Insya Allah.

Dalam pada itu juga, ana terkejut apabila mendapat khabar dari seorang ukhti mengenai anak kepada sahabat kami, Akhi Adnan dan Ukhti Nor. Seingat ana, kami berhalaqah pada hari Jumaat (cuti umum sempena maulidur rasul) dan pada hari Isnin berikutnya Ukhti Nor bersalin bayi perempuan. Alhamdulillah. Tetapi, Akhi Adnan memberitahu baby dijangkiti kuman. Bila baby dah sihat, 'kholah' dijemput datang. Eish, ana bukan kholah, ana ukhti ataupun khlatie, lalalala. Mengejutkan, pada hari Rabu semasa sedang pening-pening lalat di KLIA dapat berita yang baby dijangkiti GBS Maningitis. Subhanallah.

Ana speechless. Tak tahu nak balas sms ukhti, akhirnya ana melayan perasaan sendiri dalam ribut lautan manusia di KLIA. Ya, sungguh luarbiasa ramai orang di KLIA. Tak pernah seramai itu (semasa ana berkunjung di KLIA). Tambahan pula kata-kata ukhti, "...setahu akak, kalau baby yang dijangkiti kuman ni berakhir dengan kematian atau cacat kekal..."

Allah...

Ana merasa 'aura' Akhi Adnan dan zaujahnya. Tika berhalaqah, kami semua ceria. Sepantas itu juga kami menjadi suram kerana berita tersebut. Moga Allah menyembuhkan bayi itu, ameen!

Ana masih ingat dengan Amni, anak sulung Akhi Adnan dan zaujah yang begitu confuse kerana semua akhawat dipanggil "achik" tetapi ana mahu dipanggil "kakak". Akhirnya, ana menjadi "achik kakak". Dua-dua dapat! Adilah juga awalnya takut-takut dengan ana, tetapi beliau memang tidak mesra dengan orang lain. "Jual mahal" sikit kata umminya, maka kuranglah komunikasi antara kami :) dan ana masih mahu mengimbau kenangan-kenangan manis saat itu, mengusik Amni dan menyakat Adilah yang terkedek-kedek bila melangkah. Ya, ana merindui keceriaan tersebut. Namun, hidup ini ada pasang surutnya, ada hitam dan putih.

Semoga Allah menguatkan hati Akhi Adnan dan zaujah di atas nikmat dan anugerah dari Allah ini. Ana tidak suka apabila mendapat berita penyakit atau ditimpa sakit, orang mengandai itu sebagai ujian kerana ana lebih redha ianya dipanggil sebagai ANUGERAH. Sangat beza maksudnya bagi ana, malahan perkataan anugerah lebih memberi impak positif kepada psikologi.

Kalau sakit dianggap ujian, maka orang yang sedang sakit akan mengeluh dan mendesah malah resah apabila tidak sihat. Sebaliknya apabila dikatakan sakit sebagai anugerah, maka setiap saat sepanjang menahan sakit adalah nikmat-nikmat yang tidak ternilai harganya di sisi Allah. Kita akan jauh lebih positif, kita akan sentiasa berlapang dada dan setidak-tidaknya berusaha untuk tidak melayan perasaan.

"Sakit ni umpama Allah bersihkan diri kita, seperti karat yang hilang dari besi."

Maka, kesabaran itulah yang menjadi tunjang sepanjang proses 'pembersihan' dilakukan. Ada orang kata, sakit itu kaffarah (penyucian diri dari dosa) tetapi ana rasa sakit itu tetap satu anugerah dari Allah. Dari situ, Allah akan mentarbiyyah kita dengan cara dan kehendak Nya. Kita tak tahu apa yang kita mampu dan boleh lalui, tetapi Allah Maha Tahu. Mungkin dengan hadirnya anugerah ini, Allah melatih kita mendidik sabar, mengajar kita hakikat pinjaman dari Nya, melentur emosi untuk bersyukur dengan nikmat kesihatan, bahkan Allah mahu kita lebih sensitif untuk menjaga kesihatan sendiri.

Seorang adik mahu balik ke Kelantan bagi rawatan susulan di HUSM. Beliau menaiki bas ke stesen komuter kemudian menaiki komuter ke Seremban, pulang ke Kelantan dengan menaiki bas. Dan, pada saat itu beliau sedang menahan kesakitan. Subhanallah, ana boleh bayangkan situasi beliau.

"Dik, tak ada kawan yang boleh temankan ke?"

"Kawan-kawan lain sibuk kak."

Ya Allah, rasa hati dicarik-carik. Sangat hiba, kerana ana memahami perasaan itu. Mahu saja ana terbang dan membantunya melangkah, kalau mampu mahu saja ana menghantarnya terus ke rumah keluarga beliau. Ya Allah, hati terasa dipalu-palu. Katanya sayang kerana Allah, tatkala dia memerlukan pertolongan, ana tidak mampu menghulurkan apa-apa bantuan. Hanya doa kepada Allah semoga memelihara dia sebaik-baiknya.

"Insya Allah, Allah akan jaga adik."

Hanya itu ungkapan ana, buat menyejukkan hati ukhti fillah yang mungkin sedang menahan sakit dan gelora emosi untuk menuntun langkah.

"Dik, kenapa tak ambil break sem for one sem? Focus on your treatment, bincanglah dengan keluarga. Kadang kita kena korbankan sesuatu untuk sesuatu."

Bagi ana, belajar tu boleh ditangguh dan ilmu tidak semata-mata dengan segulung sijil. Tetapi, rawatan kesihatan yang lebih diperlukan oleh badan harus diutamakan. Mungkin orang lain merasa ana mudah bercakap kerana tidak berada di situasi tersebut, TIDAK. Kalian salah. Ana terlebih dahulu sudah berada dalam situasi tersebut. Hak badan kita ni bukan milik kita, badan kita ni milik Allah yang harus kita jaga amanah dari Nya. Jagalah kesihatan baik-baik, dengan sebaik-baiknya.

Ana rindu pada adik ana ni... Rindu pada tawanya setiap kali ana mengusik. Moga cepat sembuh. Anggaplah setiap penyakit itu hadiah dari Allah, kad jemputan buat insan-insan pilihan. Bila sakit, tidak bermaksud akan mati secepatnya tetapi lebih banyak beringat pada kematian, alhamdulillah. Bila rasa nak buat sesuatu yang lagha, cepat-cepat tersedar... Itulah yang ana katakan, sakit ini anugerah!

Teringat pula masa ana kecil dahulu, ana suka menangis. Pantang diusik pasti menangis. Maka, abi menganggap ana menangis kerana panas. Masa kecil, jarang rambut ana panjang seperti kanak-kanak lain. Selalu saja pendek, alasannya ana menangis kerana panas. Sehinggakan bila melihat gambar-gambar dalam buku cerita, pasti ana membayangkan ana si kecil berambut panjang menjurai. Satu hari, abi potong rambut ana. Seingat ana, usia ana waktu itu 5 tahun. Bila gunting hampir dengan telinga, "zaappppp" ana rasa ngeri dengar bunyi gunting. Badan berkeriuk ke kiri, kanan... Melengkung, menegak menahan rasa setiap kali gunting berbunyi.

"Heish, duduk diam-diam."

"Nanti abi gunting telinga orang." Ana menutup kedua-dua telinga.

"Duduk diam-diam, kang abi gunting telinga kang..."

Setiap kali teringat dialog ni, ana pasti ketawa. Dan saat menaipnya kembali, ana turut menahan geli hati. Ya, kenangan itu harus selalu diingati biar terpahat dihati kerana ia mungkin tidak akan berulang lagi. Benar, ana tidak lagi mendengar dialog abi mahu menggunting telinga ana.

Insyirah Soleha
8.30 am

Read more...

17 March 2010

Cetusan Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

"Dengar khabar nak dapat menantu ye?"

Soal Mak Cik Safiah pada Mak Lang. Tanganku masih berkerja dan mulut masih terkunci rapat, bergotong-royong menyemai semangat persaudaraan yang kian terhakis dimamah arus kemodenan. Di dalam majlis keraian begini, selalu saja timbul pelbagai soalan dari sekecil-kecil soalan boleh jadi sebesar-besar soalan.

"Insya Allah, pertengahan tahun nanti."

Mak Lang tersenyum, Mak Lang pendiam orangnya. Susah untuk bercerita perihal sendiri apatah lagi mengenai orang lain. Aku masih mematung di sisi, kebanyakan yang hadir adalah warga senior maka tiada topik yang sesuai dengan diriku yang masih mentah.

"Kawan saya cerita ada satu kes tu, dah nak kahwin pun tapi keluarga perempuan minta putus. Mahu tak minta putus, rupanya lelaki tu dah kahwin anak 4 pun! Baru kenal beberapa bulan, pihak lelaki minta cepatkan majlis. Rupanya dah anak 4! Abang si perempuan ni pelik la kenapa nak cepat-cepat kahwin, tergesa-gesa. Siasat punya siasat, anak 4 dan si isteri tengah sarat mengandung. Dia bawa la adiknya (bakal pengantin) tapi tak bagitahu pada isterinya (isteri lelaki tersebut). Bila minta batalkan perkahwinan, lelaki tu terpinga-pinga tapi keluarga perempuan cakap perempuan tu belum bersedia nak kahwin. Selepas si isteri lelaki tu bersalin, mereka buat rombongan ziarah isteri ni. Mau tak pengsan lelaki ni, terdiamlah dia tengok 'isteri tak jadinya' di rumah!"

Panjang bicara Mak Cik Safiah. Aku telan air liur yang seakan menutup trakea.

"Subhanallah!" Mak Lang tidak bersuara banyak seperti selalu.

"Lelaki zaman sekarang ni, macam-macam! Susah nak dapat lelaki yang baik. Perempuan pun sama, bukan senang nak dapat perempuan yang baik!" Mak Cik Safiah memanjangkan katanya.

"Ada satu kisah ni pula, si lelaki ni kahwin senyap-senyap. Masa bersanding tu, isteri pertama bawa anak-anak dua orang bersila di depan pengantin. Tak lama kemudian, lelaki tu pengsan masa bersanding! Mana tidak, kahwin tanpa pengetahuan isteri pertama. Terkejut isteri dia bila tahu yang duduk di depannya adalah madu, isteri pertama suaminya." Mak Cik Safiah bercerita lagi.

"Allahuakbar... Sampai macam tu? Terkejut la agaknya." Mak Lang menyampuk perlahan.

Aku sudah kaku, pisau di tangan tak terasa hampir menghiris salur darah.

Bicara soal jodoh pula orang-orang tua ini, andai bicara soal Gaza, Palestin, Masjid al-Aqsa, tahu juga aku untuk menyampuk. Boleh juga memberi peringatan hati dan iman yang selalu lupa pada saudara-saudara yang bermandi air mata dan darah. Tetapi, bicara mereka tentang 'kegagalan' demi 'kegagalan' institusi kekeluargaan. Panas telinga aku mendengar, kecut hati memikirkan apa yang dibualkan. Benar, pasti ada 'ibrah yang terkandung di sebalik butir bicara mereka namun aku si gadis yang belum melangkah ke alam itu, merasa fobia tatkala di asak tentang jodoh.

Kadang-kala aku membentak sendirian, mak cik-mak cik yang lebih dahulu makan garam dari anak-anak gadis (sebab itu lah ramai yang hipertensi, haha) sepatutnya memberi nasihat bukannya menakutkan.

"Elok juga kan kalau bagi anak-anak 'berkawan' biasa-biasa dulu, tak tergesa-gesa nak kahwin." Mak Cik Safiah melanjutkan bicara.

Hati kecil aku panas. Alangkah malangnya andai aku punya ibu yang berfikir seperti ini. Seorang ibu yang selama ini mendidik, membelai dan mengajar segala ilmu kehidupan dunia dan akhirat, apabila bicara soal jodoh terus merestui dan meredhai anaknya 'couple' bagi mengelakkan terjadinya insiden seperti yang diceritakan sebentar tadi.

"Boleh kenal hati budi dahulu..."

Aku mula mengomel sendiri.

"Institusi kekeluargaan GAGAL bukan kerana tidak kenal hati budi tetapi kerana tidak mengamalkan syariat Islam yang sebenar. Kalau benar Islam itu diikuti, pasti perkara sebegini tidak terjadi. Orang yang bercinta 9 tahun pun hanya berkahwin beberapa hari, tak cukupkah 9 tahun kenali hati budi?"

Memang hatiku panas. Seorang ibu lebih redha anaknya diusung ke sana ke mari hanya kerana khuatir anaknya 'ditipu' sang lelaki. Subhanallah, betapa dangkalnya penilaian tersebut. Namun, memikirkan jarak usia diantara kami, aku masih berlembut dan bertutur dengan nada perlahan. Sedih bercampur geram.

Teringat pula aku di satu pagi semasa menunggu abang untuk menghantar aku ke perpustakaan. Abang masih sibuk di dalam pejabat, maka aku ke kedai untuk membeli roti bagi mengalas perut.

"Saya keluar sekejap, hantar adik ke perpustakaan."

Waktu itu jam 10 pagi, memang waktu minum pagi bagi pejabat abang. Aku sebolehnya tidak mahu mencuri waktu kerja abang, jadi aku memilih waktu rehat supaya tidak menggangu waktu 'wajib' berkerja.

"Suruh je lah adik kamu tu jalan kaki, kamu jaga sangat adik kamu. Apa salahnya bagi orang kacau, nanti tak kahwin kot adik kamu tu asyik 'diikat' saja." Ketua bahagian abang memerli sambil ketawa.

Astaghfirullah. Jujur, aku sangat panas hati. Ikutkan hati yang meledak, mahu saja aku buka kasut dan campak kepadanya, biar tepat masuk ke dalam mulut yang sedang mentertawa seorang abang yang bersungguh-sungguh menjaga dan melindungi adik perempuannya.

Aku kenali sosok itu, seorang lelaki tua yang berjiwa muda. Masih tidak ingat mati, bersuka ria ke sana sini lagak hidupnya tidak akan berakhir dengan terhentinya jantung yang sedang berdenyut sementara dipinjamkan Allah.

Alangkah malangnya anak-anak punya seorang bapa berkelakuan seperti itu bahkan pemikiran yang sangat jahil. Bukan aku tak tahu, dia juga seorang lelaki yang punya isteri tidak lain seorang perempuan, dia juga seorang lelaki yang menjadi bapa kepada anak-anak perempuannya. Astaghfirullah hal azhim. Moga Allah campakkan hidayah Nya kepada dia.

Pada pemikirannya, seorang perempuan itu harus selalu keluar, diganggu oleh lelaki jalanan supaya dilihat wujud di bumi Allah ini dan seterusnya melamar sebagai isteri. GILA! Itu pendapat aku, hanya orang GILA yang akan 'menyerahkan' anak seperti itu.

Mana mungkin akan lahir bayang-bayang yang lurus andai datang dari kayu yang bengkok. Si lelaki mahu isteri solehah tetapi suka berpelesaran dengan wanita yang berpeleser. Si perempuan mahu lelaki soleh tetapi selalu mahu berpeleseran dengan lelaki yang berpeleser. Sudah dikata, HANYA DENGAN ISLAM HIDUP INI AKAN TENANG.

Kita marah apabila tidak diadakan perarakan Maulidur Rasul, kita berjuang lagak sang perwira mempertahankan agama. Tetapi, di waktu yang sama sunnah-sunnah yang Rasulullah ajarkan, syariat Allah yang Rasulullah sampaikan tidak pula kita bersungguh-sungguh mempertahankan. Allahu...

Wahai Ibu, yakinilah sekiranya anak gadis yang kalian asuh dan didik selama ini dengan tunas Islam, membesar sebagai wanita solehah akan berjuang bersungguh-sungguh mempertahankan kehormatan dan maruah keluarga. Seorang gadis yang berusaha menjadi solehah tidak sesekali membenarkan sang lelaki ajnabi merapati diri sewenangnya hanya kerana bimbang jodohnya lewat.

Seandainya sudah terdidik dengan biah solehah sedari kecil, yakinilah imannya pada Allah seteguh terumbu karang dan tawakalnya kepada Allah membulat tenang kerana hanya lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Maka, usahalah menjaga anak gadismu MENJADI gadis yang baik sebelum kalian MENCARI lelaki yang baik!


Wahai Bapa, usahlah kalian merasakan bahawa anak-anak perempuan kalian sebagai bebanan yang terpaksa kalian tanggung. Sedangkan seorang lelaki yang berbuat baik kepada 3 orang anak perempuannya, melebihi anak-anak perempuan berbanding anak-anak lelaki, pahala di sisi Allah itu tetap ada. Usahlah kalian menggadai maruah anak gadismu di jalanan, peliharalah mereka umpama berlian gemerlapan kerana seorang anak gadis itu bisa menyayangi kalian jauh lebih besar dari anak-anak lelaki kalian!

Ingatlah wahai Bapa, dari rahim seorang wanita itu akan lahir zuriat-zuriat dan dari peribadi seorang wanita itu akan terbias akhlaq kepada anak-anak. Usah ditanya mengapa anak-anak (mahupun cucu-cucu) menjadi 'syaitan' kalau ianya kerana salah didikan kalian.


Ingatlah... Lelaki yang baik, di sisinya akan ditemani wanita yang baik.
Ingatlah... Wanita yang baik, di sisinya akan dipelihara lelaki yang baik.

Teringat akan kisah seorang ulama yang mengajar di Masjid Nabawi. Beliau mempunyai seorang anak yang cantik, pintar dan sangat solehah. Anaknya dipinang oleh seorang pembesar tetapi beliau tidak menerima pinangan tersebut kerana melihat pada akhlaq dan agama pembesar tersebut tidak bercirikan seorang lelaki yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Suatu hari, salah seorang pelajarnya tidak hadir ke kelas seperti biasa. Beberapa hari kemudian, pelajar tersebut mengikuti kelas seperti biasa. Selepas selesai pengajian, ulama tersebut memanggil pelajarnya tersebut lalu bertanya.

"Hai anakku, mengapa engkau tidak hadir selama beberapa hari?"

"Isteriku baru meninggal dunia." Jawab pemuda tersebut dengan perasaan hiba dan sedih.

"Mahukah engkau aku menikahkan engkau dengan seorang perawan?"

"Aku tidak punya apa-apa untuk dijadikan mahar."

"Sediakan mengikut kemampuanmu." Jawab ulama tersebut.

Ulama tersebut lebih rela anaknya hidup miskin di dunia kerana sangat yakin pemuda tersebut adalah lelaki yang sangat memelihara agama dan sunnah Rasulullah s.a.w., maka beliau 'meminang' lelaki yang soleh walaupun tahu lelaki itu tidak punya apa-apa harta di dunia dan beliau menolak pinangan seorang pembesar yang sudah pastinya berlimpahan harta.

Nah! Lihatlah bagaimana orang terdahulu memelihara nasab keturunan. Dipilih berdasarkan AGAMA, bukannya harta benda. Walaupun akhirnya ulama tersebut dipenjara gara-gara menikahkan puterinya dengan seorang pemuda miskin menyebabkan pembesar (yang meminang puterinya) terlalu marah kerana pinangannya di tolak. Contoh seorang bapa yang begitu mementingkan agama anak perempuannya, sanggup dipenjara di dunia semata-mata mahu anak perempuannya bahagia dunia dan akhirat. Allahuakbar.

Saban waktu terdengar dendangan lagu 'Puteriku Sayang', hati muhasabah kembali.

Catatan ini adalah catatan realiti sebuah kehidupan, watak dan keadaan saja diubah mengikut kesesuaian semasa. Sama-sama la muhasabah!

Read more...

11 March 2010

14 Hari

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah 14 hari kesihatan tidak stabil. Tiada 'usaha' untuk menulis, alhamdulillah Allah bagi peluang untuk memperbanyakkan bacaan. Insya Allah.

Masih batuk yang teruk, demam yang tidak benar-benar sembuh. Muntah yang masih tidak berhenti, takut untuk makan. :)

"Adik rindu akak yang dulu."

"Apa beza akak dulu dengan akak sekarang dik?"

"Akak dulu lebih sengal dan nakal."

Tersenyum lebar. Setelah lama ana 'meninggalkan' seorang adik, baru semalam berkesempatan untuk berhubung. Semalam juga, kakak kesayangan meluahkan perasaan. Sudah banyak kali hantar sms tetapi failed, rindunya sampai ana muncul dalam mimpi beliau. Mimpi tersebut juga buat ana tersenyum.

"Akak betul-betul risau tau dik, nanti bagi no hp abi."

Allah bagi peluang untuk uzlah, masih buka YM tetapi selalu juga online YM tetapi tuannya enak sedang tidur. Hanya mahu dilihat 'masih wujud' oleh teman-teman.

"Syirah dah putus tunang ke?"

Masih termangu-mangu lagi, disebabkan suhu badan yang agak tinggi menyebabkan telinga tidak sensitif. Buat tak tahu jer dengan soalan, rasa macam mimpi walaupun kaki masih menapak. Haha.

"Ni, cincin jangan letak rata-rata. Dah 3x abi jumpa cincin dalam tandas, lain kali buka cincin letak di luar. Nanti masuk dalam sinki baru tahu. Sebelum ambil wuduk, letak cincin di sini." Abi menunjukkan rak di tepi tandas. Kepala masih pusing, tiba-tiba rasa nak ketawa.

"It works!"

Maksud ana, orang menghormati ana dan 'tunang' ana. Lalalalalala...

Ana tunggu 'hadiah' dari Allah, mudah-mudahan hujung bulan ni dapat hadiah tersebut.

"Adik, doakan akak ye. Akak tak nak kelihatan sakit."

"Ya, I understand that sis. Setiap kali teringat akak, mesti adik nangis."

Ya, ana tidak mahu kelihatan sakit :) Mahu ceria-ceria saja, hope my weight tidak turun mendadak lagi. Belek gambar lama.

"Ei, tak comelnya."

"Gambar bila tu?"

"I think around 2003, maybe."

"Macam mayat berjalan je."

"Ceh, kurang asam betul. Tapi betul la, cengkung sangat sampai melengkung. Mata pun nampak macam orang sakit."

"Bukan ke that time memang sakit?"

"Hahahaha..."

Apa kena dengan ana ni, asyik gelak je.


Rabbi yassir wala tu'assir.

Read more...

09 March 2010

Senandung Buat Mujahidku

AmiR SyuHaDa


~ gambar hiasan ~

"Dia tetap hidup, aman dalam lena panjangnya. Tersenyum melihat rezeki yang tiada ternilai, sedang berterbangan di dada beburung."


Untuk pertama kalinya dia tumpahkan airmata kesedihan saat usianya belum genap sepuluh tahun. Saat itu, di depan matanya dia menyaksikan kedua orang tuanya dan ratusan ribu bangsanya dibantai dan diusir dari Deir Yasin. Itulah saat pertama dia mengenal kekejaman Yahudi yang selama ini hanya didengari cerita ibunya, dan saat itu pula tergambar bayang-bayang penderitaan bangsanya.

Kemudian tangis kesedihan itu secara beruntun menerpanya, ketika Irgun membawa satu persatu orang-orang tercintanya tanpa pernah lagi kembali. Saat dia melepas suaminya pada perang Ramadhan (1973), saat itu Amir, putera mereka, baru saja melewati satu tahun usianya. Amir masih terlampau kecil untuk memahami, ketika suatu senja seseorang datang memberitahu tentang kesyahidan ayahnya.


Sudah terbayang masa depan hidupnya, seorang janda dan seorang bayi di tengah penindasan Yahudi. Saat itu tidak ada yang ingin dilakukannya kecuali menangis. Tapi tidak, dia tidak melakukan itu. Saat itulah dia memulai tekadnya untuk tidak ingin menambah kegembiraan orang-orang Yahudi dengan airmata kesedihannya. Lebih dari itu dia tidak ingin mengajari Amir menjadi pemuda yang lemah. Dan sejak saat itu pula, setiap kesedihan yang menerpa, digubahnya menjadi senandung-senandung jihad yang dia bisikkan ke telinga Amir, hingga memenuhi rongga dada anaknya.

Dia masih mampu bertahan untuk tidak menangis saat pembantaian Taal el-Zatar ataupun Sabra Shatila yang menghabisi kerabatnya yang tersisa. Masih disisakan sedikit harapan dalam dirinya demi seorang Amir putera tercintanya. Dia tidak ingin menyia-nyiakan warisan paling berharga dari suaminya itu. Sekian tahun dia telah membendung tangis itu, tapi tidak untuk hari ini.


Kata-kata pemuda tampan dihadapannya telah mengikis kekukuhan benteng pertahanannya. Dicubanya untuk mengelak dan memujuk hatinya, bahawa yang didengarnya beberapa minit yang lalu hanyalah mimpi. Tapi susuk di depannnya teramat nyata untuk dia mengingkarinya. Amir Syuhada, pemuda tegap didepannya itu, satu-satu puteranya, kembali mengulang kata-katanya, "Bonda, izinkan anakanda pergi berjihad". Suara itu terdengar lembut dan penuh harap, seperti lima belas tahun yang lalu ketika Amir kecil meminta baju buat berhari raya. Tapi suara itu kini memendam sebuah tekad dan keberanian, dan dia tahu bahwa dia takkan mungkin sanggup menahan gelora itu.

Wanita tua itu menarik nafas panjang menahan esak yang satu persatu saat keluar. Terasa masih terngiang di telinganya 23 tahun yang lalu, kalimat senada diucapkan suaminya. Dengan berat hati dilepasnya pemergian suaminya. Dia masih menyimpan sedikit harapan bahawa suaminya akan kembali, meskipun kenyataan yang terjadi tidaklah sesuai
dengan apa yang diharapkannya. Tapi kali ini hatinya teramat berat, kerana dia tahu benar apa yang dimaksud dengan kata "Jihad" oleh Amir anaknya. Baru dua hari yang lalu Amir dengan bersemangat bercerita tentang kawan-kawannya yang syahid dalam aksi bom syahadah. Itu ertinya, dia harus menguburkan seluruh harapan akan kembalinya puteranya dengan selamat, bahkan sepotong tubuhnya sekalipun.

"Amir Syuhada" (pemimpin para syahid), perlahan diejanya nama puteranya. Nama yang diberikan oleh suaminya. Nama yang menyimpan sebuah cita-cita amat dalam. "Aku tidak berharap dia menjadi orang terkenal di dunia kerana memimpin sebuah angkatan perang, tapi aku ingin dia menjadi orang terkenal di akhirat kerana memimpin rombongan syuhada. Dia harus menjadi orang yang pertama menyambut setiap kali kesempatan jihad itu datang", begitulah harapan suaminya. Betapa cepat perjalanan hidup. Betapa cepat harapan-harapan berganti.

Seminggu yang lalu, Amir dengan malu-malu mengungkap keinginannya untuk mengakhiri masa bujangnya dengan membina rumahtangga. Ya, Amir ingin menikah. Sudah terbayang seorang gadis cantik menjadi menantunya, bahkan sudah terbayang pula cucu-cucu yang akan meramaikan rumah buruknya ini. Namun kehendak ternyata berkata lain. Bukan perlengkapan nikah yang dibawa pulang puteranya hari ini. Tapi sepotong baju khusus dengan kabel-kabel di sana sini dan beberapa
bungkusan aneh yang baru kemudian dia tahu berisi bom. Esaknya mulai terdengar saling memburu. Begitupun cairan bening di matanya dibiarkannya mengalir, tanpa usaha lagi untuk menahan.

Amir pun terdiam mematung. Ketika ibunya mulai tenang, diraihnya tangan tua itu dan digenggamnya penuh perasaan sambil berucap, "Bonda, anakanda lakukan ini kerana anakanda ingin merealisasikan apa yang selama ini menjadi doa bonda terhadap anakanda."


Sekilas wanita tua itu terhenyak mendengar pertuturan anaknya, tapi dia tetap diam tak menyahut. Amir melanjutkan ucapannya, "Bukankah bonda yang setiap malam berdoa agar anakanda menjadi anak yang soleh? Inilah anakanda yang berusaha mewujudkan harapan bonda. Bukankah bonda selalu menasihati anakanda untuk sentiasa istiqamah memegang panji dakwah ini, dan sentiasa memenuhi hidup dengan jihad dan pengorbanan? Menegakkan kalimat tauhid, melindungi kaum yang lemah, membela kebenaran dan keadilan?

Bukankah bonda selalu mengingatkan bahawa kemanisan iman hanya dapat dirasakan oleh orang yang menegakkannya dalam dirinya, bahawa bahagia hanya dapat dirasakan oleh orang yang berjuang membela kebenaran dan keadilan, bahawa kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan pada pejuang yang telah berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan, bahawa ketabahan dan kesabaran berjuang hanya akan diberikan pada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah? Bukankah bonda yang ber
ulangkali mengatakan hal itu? Inilah anakanda Amir yang berusaha menjalankan nasihat Bonda."

Amir mencuba untuk tetap tersenyum, tangannya menggenggam telapak tua ibunya. Dulu ketika masih kecil dia suka merengek dan menarik-narik tangan itu jika menginginkan sesuatu. "Tapi aku tidak berdoa agar kamu mati," perlahan ibunya bereaksi.

Dan masih dengan tersenyum Amir berucap, "Bonda...," dengan gaya merajuk Amir menyebut ibunya dan melanjutkan ucapannya, "Siapa yang mahu mati? Bonda tentu masih ingat, bagaimana ketika anakanda masih berusia 7 tahun. Jika anakanda menangis, Bonda selalu menghibur dengan cerita tentang kepahlawanan ayah, tentang keberanian ayah dalam setiap medan tempur, tentang kisah kesyahidan ayah, dan bonda selalu mengakhirinya dengan membaca ayat, Janganlah kamu mengira bahawa mereka yang terbunuh di jalan Allah itu mati, namun sesungguhnya mereka itu hidup di sisi Rabbnya dengan mendapatkan rezeki.
Bonda, anakanda berjihad bukan untuk mati, tapi anakanda berjihad untuk syahid, untuk kehidupan yang lebih abadi."

"Tapi tidak dengan bunuh diri," ibunya menukas.

"Bunuh diri? Siapa yang mengatakan itu pada Bonda," terdengar nada bicara Amir meninggi, ketika sedar dengan siapa dia berbicara, kembali Amir melunakkan suaranya sambil mengulang pertanyaannya. "Siapa yang mengatakan itu pada Bonda?" tanpa menunggu jawapan, Amir melanjutkan.


Ya ummi, aina syabab???

"Bonda.., Bonda tentu masih ingat ketika anakanda masih kecil, bonda yang selalu mengiringi tidur anakanda dengan senandung jihad. Bonda yang menanam benih-benih keberanian itu dalam rongga dada anakanda, Bonda yang telah menyalakan api revolusi itu dalam jiwa anakanda. Kini hantarkanlah anakanda pergi ke medan jihad dengan senandung itu, izinkan anakanda membakar kesombongan Yahudi dengan api itu. Bonda, masih ingatkah Bonda akan senandung Khubaib bin Ady r.a. saat menjelang digantung orang-orang kafir Quraisy?"

Sekiranya Allah menghendaki keberkahan dengan menghancur lumatkan tubuhku aku takkan peduli, asalkan aku mati sebagai muslim untuk Allah lah kematianku pasti.


"Sungguh Bonda, jika tegaknya kalimah Allah di bumi ini harus dibayar dengan carikan- carikan tubuh anakanda, anakanda tidak akan pernah mundur. Bonda pula yang berkisah tentang kepahlawanan Ikramah dalam perang Yarmuk, ketika dia berseru, "Siapa yang sedia berjanji setia kepadaku untuk mati?" Kemudian 400 mujahidin serentak menyambutnya, dan mereka tidak mundur sejengkal pun sampai menemui kesyahidan. Inikah yang hendak bunda katakan bunuh diri...? Tidak Bonda, anakanda telah menjual diri ini pada Allah, biarkan anakanda menepati janji."

Sejenak ruang itu hening. Esakan wanita tua itupun sudah lama reda, hanya genangan bening yang masih tersisa di sudut matanya. Meski tanpa harap, dicubanya untuk terakhir kali memujuk puteranya, seperti mengingatkan dia bertanya, "Bukankah beberapa waktu lalu kau telah berniat untuk menikah?"

Masih dengan senyumnya, Amir menjawab, "Bonda, sekian lama anakanda belajar tentang erti sebuah cinta. Dan anakanda telah menemukan, bahawa cinta y
ang tertinggi hanyalah untuk Allah. Sekian lama anakanda memendam rindu untuk bertemu Allah, dan saat ini kesempatan itu telah datang. Sungguh Bonda, anakanda tidak ingin kehilangan kesempatan."

Diucapkannnya kalimat terakhir dengan nada yang tegas.


Wanita tua itu kembali menarik nafas panjang. Ditatapnya pemuda tegap di hadapanya, seakan dia ingin memastikan bahawa pemuda di hadapannya itu benar-benar Amir anaknya. Dia sebenarnya sudah menyedari sejak lama, bahawa saat-saat seperti ini pasti akan terjadi. Dia tahu tak seharusnya mencegah impian puteranya. Amir bukan lagi kanak-kanak kecil yang boleh dipulas telinganya kalau nakal, atapun dipujuk dengan sepotong kuih agar tidak menangis.

Amir kini telah membesar menjadi pemuda dewasa, bahkan mungkin terlalu dewasa untuk pemuda seusianya. Dia tahu bahwa kata-kata yang diucapkan Amir benar adanya tapi dia merasa begitu berat untuk memujuk naluri keibuannya. Sejak Amir terlibat dengan berbagai aktiviti HAMAS, dia sebenarnya telah berusaha mencuba meyakinkan hatinya, bahawa Amir bukanlah miliknya.


Benar, ia telah melahirkannya, memberinya kasih sayang, tapi dia sama sekali tidak berhak mementingkan keinginannya. Benar dia telah menyerikan rumah bagi raganya, tapi tidak pada jiwanya, kerana jiwanya telah menjadi penghuni rumah masa depan yang kini sedang dirisaukannya. Amir telah menjadi milik zamannya, sejarahnya dan tentangannya.

Dia hanyalah sebatang busur, dan Amir adalah anak panah yang meluncur. Sang Pemanah Maha Tahu sasaran bidikan keabadian. Direntangkan Nya busur itu dengan kekuasaan Nya hingga anak panah itu meluncur jauh dan tepat. Meliuk dalam suka cita dalam rentangan tangan Sang Pemanah. Sang Pemanah mengasihi anak panah yang meluncur laksana kilat, sebagaimana pula dikasihi Nya busur yang mantap. Dia seharusnya gembira, 24 tahun ini mendapatkan kesempatan menyertai perjalanan sejarah Amir. Dia seharusnya bangga kerana benih yang dia tanam dengan senandung-senandungnya telah tumbuh subur, dan kini saatnya berbuah.

Tidak, dia tidak boleh terbawa perasaannya. Dia tidak boleh menghalangi buah yang telah ranum untuk dipetik. Di tatapnya wajah pemuda di hadapannya, sungguh tampan dan bercahaya, persis wajah as-syahid suaminya. Sorot matanya tajam, menyimpan semangat yang bergelora. Sama sekali tak ditemukan keraguan di sana.


Perlahan tangan tuanya meraba wajah itu. Wanita tua itu mencuba untuk tersenyum, ya, dia harus ikhlas. Dengan suara bergetar dia berkata, "Pergilah anakku, jangan kau risaukan bonda. Simpan kesedihan dan derita bonda jauh disudut hatimu. Jangan kau pergi jika masih ada setitik dendam, bersihkan niatmu hanya untuk meraih redha Allah. Pacakkan tinggi-tinggi panji tauhid di bumi ini. Kalau memang hanya dengan carikan tubuhmu ia akan tertegak, bonda merelakanmu. Pergilah anakku, dan jangan kau kembali kepada bonda selama nyawamu masih tersisa..." Diciumnya dahi putera tunggal, zuriat yang ditinggalkan oleh as-syahid suaminya. Wanita itu tak lagi menangis.

Dilepaskannya pemergian puteranya dengan senyum keikhlasan. Matahari senja menyapu lorong-lorong Tel Aviv. Tidak ada yang memperdulikan ketika seorang pemuda tegap berjalan menghampiri sebuah pos tentera Israel. Tanpa sebarang kata-kata, Boommm..!!, tubuh pemuda itu meledak menghantar menemui Rabbnya. Berjajar para bidadari berebut kekasih yang baru tiba, seorang pemuda tampan dengan pakaian pengantin dari syurga tampak berbahagia.

Selepas Isya' di sebuah perkampungan di jalur Gaza, seorang lelaki berjalan mengendap-hendap, mengetuk pintu sebuah pondok dengan hati-hati sambil mengucap salam. Wajah seorang wanita tua muncul menjawab salamnya. Tanpa menunggu lelaki itu mendahului berbicara, "Amir Syuhada telah syahid petang tadi. Dan hanya ini yang tersisa dari jasadnya, yang dipesankannya menjelang berangkat."

Lelaki itu memberikan sebuah mushaf mungil di tangannya. Wanita tua mendakap mushaf itu didadanya, seperti ia mendakap Amir semasa kecil sewaktu tidurnya. Dia tidak pernah merasakan kebahagiaan sebagaimana kebahagiaan yang dirasakannya hari ini. Seakan ada yang menuntun, dia berjalan menghampiri kamar puteranya. Dengan hati-hati dikuakkannya pintu kayu yang menghalanginya. Sungguh, dia mencium bau harum di kamar itu. Bau harum yang khas keharuman kamar pengantin.


Bonda...,

Kau ucapkan selamat tinggal,

Tatkala aku berangkat berjihad,

Dan kau katakan padaku,

Jadilah singa yang mengamuk meraung,

Kemudian aku berlalu,

mencatat segala pembataian dengan darahku,

Bonda jangan kau bersedih,

Kini belengguku berat Bonda,

Namun... kemahuanku tak terkalahkan,

Penjara dan siksaan mereka tak menakutkanku,

Aliran letrik tak kuasa menyengatku,

Bonda jangan bersedih,

Goncanganku akanku jadikan pintu jahim,

Yang meledak menghentam para musuh,

Betapapun kuatnya belenggu,

Dengan sabar dan tekad bulat kurantas belengguku,

Bonda jangan kau bersedih,

Bersabarlah Bonda,

Jika tiada lagi pertemuan,

Dan semakin panjang malam mencengkam,

Maka esok kita kan hidup mulia,

Di atas negeri kita sendiri,

Bonda... jangan kau bersedih.

"Wahai, kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan menjajah kamu hanyalah kerana Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira bahawa musuhmu telah meraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya Allah Yang Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu. Demi Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah." (As-Syahid Hasan al-Banna)


Anak-anak Gaza mencari sesuatu untuk mengalas perut di sebalik timbunan sampah.
"
Mereka memenuhkan perut-perut tanpa mempedulikan nasib kita."

"Saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan saya mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya. Sebab, keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda, sedangkan malu adalah kecantikan pemudi yang paling utama." (Mustafa Lutfi al-Manfalut)

Catatan asal oleh Ibn al-Haramain, disunting oleh Insyirah.

Mahu menyimpan catatan ini buat bakal-bakal mujahidku, semoga dari rahim sempit seorang ibu akan melahirkan anak-anak yang sentiasa tangkas berjuang di medan amal Islami. Rabbi yassir wala tu'assir :)

* frasa berangan tahap gaban *

Read more...

05 March 2010

10 Tahun : Berita Gembira


Bismilahirrahmanirrahim.

Biarpun berjuta manusia dihimpit pelbagai persoalan dan ujian mahupun musibah yang tiada kesudahan tetapi terselit hati-hati yang bahagia, mereka tenang dan aman dengan setiap tusukan yang menerjah kalungan hati. Kerana apa?

Bagi orang yang beriman, mereka merasakan setiap ujian adalah berita gembira dari Allah.

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

[Surah Al-Baqarah : Ayat 155]


Orang yang sakit mengeluh.


"Kalaulah aku sihat aku nak solat berjemaah hari-hari di masjid..."

"Kalaulah aku sihat aku nak berdakwah ke serata tempat..."

"Kalaulah aku sihat aku takkan susahkan orang lain..."

"Kalaulah aku sihat, hari-hari aku nak baca al-Quran 1 juzuk biar setiap bulan boleh khatam..."


Orang yang sihat mengeluh.


"Kalau sakit kan best, dapat ambil MC harini..."

"Kalau sakit kan best, selalu dapat merasa nikmat..."

"Kalau sakit kan best, orang beri perhatian pada aku..."

"Kalau sakit kan best, tak perlu buat apa-apa. Orang tolong buatkan."


Penganggur mengeluh.


"Kalau dapat kerja kan best, tak lah aku bosan macam ni."

"Kalau dapat kerja kan best, banyak benda boleh buat."

"Kalau dapat kerja kan best, boleh tengok wayang setiap minggu."

"Kalau dapat kerja kan best, hari-hari boleh usha awek/mamat."


Pekerja mengeluh.


"Kalau tak perlu kerja kan best, goyang kaki hari-hari."

"Kalau tak perlu kerja kan best, tak la aku stress."

"Kalau tak perlu kerja kan best, tak la nak hadap bos macam hampes."

"Kalau tak perlu kerja kan best, bosan aku buat kerja yang sama setiap hari."


Pelajar mengeluh.


"Kalau dah habis belajar kan best, tak payah buat assignment lagi."

"Kalau dah habis belajar kan best, boleh kerja pegang duit sendiri."


Bekas pelajar mengeluh.


"Kalau belajar kan best, tak payah fikir kerja dan masalah lain."

"Kalau belajar kan best, enjoy dengan kawan-kawan buat assignment, study group ect."


Jangan berkalau-kalau.

Memerhati sekeliling, ramai orang suka 'berkalau-kalau'. Sayu hati membaca komen.

"Alangkah indah kalau la saya sakit juga dapat peringatan dari Allah selalu.. hati akan sentiasa ingat betapa kerdilnya diri ini."

Jangan minta apa yang tak mampu kamu pikul.
Jangan minta Allah uji kamu dengan apa yang tak mampu kamu hadapi.
Jangan minta Allah beri apa yang kamu tak sanggup redahi.

Mintalah diberikan kekuatan menghadapi ujian.
Mintalah diberikan ketabahan melalui tribulasi perjuangan.
Mintalah diberikan kesabaran berdepan dengan manusia.

Ana juga adakalanya 'berkalau-kalau'. Alangkah indahnya kalau sihat, boleh struggle for exam and strive to enlight my future, furthur study at UK. Got some experience at Middle East. Simpan duit banyak-banyak dan mengembara ke tempat orang. Belajar tamadun orang, melihat sosiologi yang pelbagai, mencerna minda dengan zikir fikir yang lebih banyak. Tetapi, ana tersentak dengan apa yang ana 'kalau-kalau'.

"Kalau aku sihat, agaknya aku sayang ummi dengan abi macam ni tak?"

"Kalau aku sihat, boleh ke aku gunakan amanah kesihatan tersebut dengan baik?"

Sembang santai di waktu senja,

"Ukhti Insyirah, orang yang sihat ni pun ada deritanya. Derita apabila tidak.......... Bahagia di dunia, menderita di akhirat."

Menelan air liur pahit.

Kita semua manusia biasa, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Pada yang memiliki kelebihan akan menjadi pelengkap kekurangan insan lain. Pada yang kekurangan satu sudut, pasti ada kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Kalau belum nampak kelebihan diri, muhasabah kembali. Allah tidak mencipta kamu dengan sia-sia, semata-mata untuk memenuhi dunia ini dan membuat kerosakan.

Fikirkan, untuk apa Allah mencipta aku?

Setiap dari seorang manusia ada peranan dalam kehidupan. Ada pembersih bangunan, pengangkut sampah, jurutera, arkitek, guru, ustaz/ustazah, doktor, peguam dan sebagainya. Bayangkan kalau salah satu elemen ini tiada, pasti akan cacat dalam organisasi kehidupan.

"Ala, aku ni cleaner je. Siapa la aku ni..."

Tanpa pembersih bangunan. Sekiranya manusia tidak mampu menjaga kebersihan, bayangkan betapa kotornya bangunan dengan sampah sarap tidak dibersihkan. Makcik cleaner itu sangat besar peranannya walaupun bergaji rendah berbanding dengan seorang doktor!

Apa yang membezakan 'peranan-peranan' manusia ini? Apa yang membezakan kita?

Iman dan taqwa.

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki Nya tanpa batas."

[Surah Al-Baqarah : Ayat 212]

Dunia ini hanya penjara bagi mukmin, pada mereka yang berjual beli dengan Allah pastilah mereka perlu menghadapi susah payah kehidupan ini kerana mahar cinta Allah terlalu mahal. Harga bidaan terlalu tinggi, tetapi kita tidak pernah akan kecewa andai cinta Nya yang kita dambakan. Alangkah indahnya andai semua meletakkan dunia hanya di hujung jari, mampu dikuis sekelip mata demi merebut akhirat yang tersemat di hati.

"Insyirah, awak sedih tak bila awak sakit?"

Kenapa perlu bersedih dengan berita gembira dari Tuhan? Kesedihan itu bertandang sekiranya tiada kesabaran dalam diri, sebagai seorang muslim yang meyakini alam Akhirat... Kesedihan itu diusir sejauh-jauhnya walaupun air mata mengalir deras. Air mata itu tidak terzahir hanya kerana derita tetapi sedang bahagia dengan rahmat Nya.

"Habis, kenapa akak baca blog akak boleh rasa Insyirah menangis?"

Berfikir apa yang ditinggalkan untuk jariah, apa pula yang menanti di hadapan. Adakah melangkah destinasi bahagia atau bermulanya sengsara?

"Bukankah ianya berita gembira seperti yang Insyirah ungkapkan pada akak?"

Ianya berita gembira sekiranya kita ialah hamba Allah yang bersabar dengan musibah, bersyukur atas kurniaan Nya yang sangat banyak.

Ingatlah wahai teman-teman yang ku kasihi kerana Allah, tidak rugi bersabar!

Terimalah seadanya yang terindah di lubuk hatimu :)

Semoga Allah menghadiahkan ketabahan dan kesabaran buat sahabat-sahabat yang sedang berdepan dengan ujian Nya tidak kira ujian sihat mahupun ujian sakit.


Terasa nak baring di celah-celah pohon lavender ni main nyorok-nyorok dengan Uwais. Ana merangkak, dia berlari. Tak sudahnya bukan ana tak jumpa Uwais tapi Uwais tak jumpa ana sebab satu badan dah bersalut dengan warna ungu. Ngeeee. LoVe LaVeNDeR! (",)

Insyirah Soleha
11.27 am

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO