"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

31 March 2009

DeDiKaSi BuaT BoNDa


Kalau ibunda membelai rambutmu,
Kalau ibunda mengusap keningmu, memicit kakimu,
Nikmatilah dengan syukur dan batin yang bersujud,
Kerana sesungguhnya Allah sendiri yang hadir dan maujud.

Kalau dari tempat yang jauh engkau rindu kepada ibunda,
Kalau dari tempat yang jauh ibunda rindu kepada engkau,
Dendangkanlah nyanyian puji-pujian untuk Tuhanmu,
Kerana setiap bunyi kerinduan hatimu adalah,
Sebaris lagu cinta Allah kepada segala ciptaanNya.

Kalau engkau menangis,
Ibundamu yang menitiskan airmata,
Dan Tuhan yang akan mengusapnya.
Kalau engkau bersedih,
Ibundamu yang kesakitan,
Dan Tuhan yang menyiapkan hiburan-hiburan.

Menangislah banyak-banyak untuk ibundamu,
Dan jangan membuatkan satu kalipun ibumu menangis keranamu,
Kecuali engkau punya keberanian,
Untuk membuat Tuhan murka kepada hidupmu.

Kalau ibundamu menangis,
Para malaikat menjelma menjadi butiran-butiran air matanya,
Dan cahaya yang memancar dari airmata ibunda,
membuat para malaikat itu silau dan marah kepadamu,
Dan kemarahan para malaikat adalah kemarahan suci,
Sehingga Allah tidak melarang mereka,
Tatkala menutup pintu syurga bagimu.

Ibu kandungmu adalah ibunda kehidupanmu,
Jangan sakiti hatinya,
Kerana ibundamu akan senantiasa memaafkanmu,
Tetapi setiap kemaafan ibundamu atas setiap kesalahanmu,
Akan digenggam erat-erat oleh para malaikat,
Untuk mereka usulkan kepada Tuhan,
Agar dijadikan kayu bakar nerakamu.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

26 March 2009

T.A.G (dari Kak Nisah)

Salam'alaykum.

Hehe, jawapan tag dari Kak Hanisah yang cantik rupawan adalah seperti di bawah. (Ngarut je banyak ni... Wawawa...)

1. Apakah pendapat anda tentang isu boikot yang menjadi isu hangat perbincangan ketika ini. Adakah ia patut, perlu, buang masa, wajib atau..?


Pada pendapat saya (eh betul ke pendapat saya nih), para ulama juga sudah mengeluarkan fatwa wajib hukumnya bagi umat Islam memboikot barangan-barangan yang menyalurkan dana bagi tentera kafir untuk menghancurkan Palestin. Patut? Memang patut. Perlu? Memang perlu. Buang masa? Eh jap-jap, siapa yang cakap buang masa tu. Mungkin ilmu dia lebih hebat dari ulama-ulama sehingga berani sungguh menyangkal fatwa yang dah pun dikeluarkan. (bukan ulama salafi je, malah ulama wahabi pun kata wajib boikot.)

2. Jika umat Islam ingin bersatu dan kuat, apakah tindakan atau langkah yang pertama dan paling utama sekali yang anda rasakan perlu dilakukan?

Kekuatan seorang muslim itu adalah kerana imannya. Langkah pertama untuk dilakukan ialah menerapkan kecintaan pada Allah dan Rasul Nya sedari kecil, ibu bapa haruslah mendidik dari kecil. Selain mengajar menyebut perkataan "ibu", "ayah", "kucing", "bola", perkataan yang perlu di ajar ialah menyebut "Allah". Kalau tak kenal, macammana nak jatuh cinta. (tak gitu kak Nisah? :p) Rasa saling peduli pada muslim yang lain, kalau ukhuwwah pun sudah longgar dan dirasakan tidak perlu, macammana nak jitukan kekuatan itu pada perjuangan. Palestin diserang, seluruh umat Islam berperang (eh, wat simpulan bahasa sendiri pula).

3. Jika anda adalah pemimpin, apakah yang anda akan lakukan untuk membantu rakyat-rakyat Palestin ketika mereka semua menghadapi serangan daripada pihak Israel? Berikan 3 isi utama pelan tindakan anda itu.

Saya adalah pemimpin? Uish, rosak binasa dunia kalau perempuan pimpin dunia, huhu. (Tukar sikit lah ye kak Nisah, tak pe kan? :p) Kalau saya menjadi tulang belakang seorang pemimpin kepada sebuah negara (walla, chayok la syirah) maka, saya akan memberikan usul kepada pemimpin agar:

[1]
2/3 dari pasukan tentera kerajaan saya dihantar ke Palestin. Daripada askar-askar tu duk kawat je hari-hari, bek hantar perang. Moga-moga melemahkan kemaraan musuh, melumpuhkan semangat musuh atau sekurang-kurangnya syahid.

p/s: Kalau hantar semua, siapa nak jaga negara kalau-kalau diserang. [kene ada strategi otak seorang pejuang] :)

[2] Mengeluarkan sejumlah dana wang rakyat jelata dari hasil bumi untuk membeli peralatan yang canggih, tak de la baling-baling batu lagi. Daripada duit rakyat tu saya gunakan untuk kepuasan nafsu kroni-kroni, ada baiknya saya membeli atau membina senjata yang lebih canggih. Senjata yang mampu sekali tembak 10 orang tentera kafir mati. Ameen ameen.

[3] Kalau yang ditadbir tu ialah bumi Kinanah, pintu masuk ke sempadan Palestin akan ku buka seluas-luasnya agar setiap pejuang yang mengimpikan syahid dapat berpusu-pusu mendapatkan peluang menjadi syuhada. Atau setidak-tidaknya, membina bom nuklear yang mampu dihantar dari Malaysia tepat ke kepala presiden Israel.

p/s: Kesan radioaktif nuklear sangat-sangat-sangat lama dan teramat panjang tempoh yang diambil sebelum kembali stabil. Maka, setidak-tidaknya rakyat Israel kalau tidak terus mati pun, mereka akan menderita akibat pelbagai jenis kanser dan marilah beramai-ramai melihat daging dari badan mereka jatuh seketul demi seketul akibat kesan nuklear [wah semangatnye sayaaaa!] nasib kak Nisah minta 3 je, banyak lagi ni. Tak pe la, nanti orang cakap tak faham soklan pula, huhu.

4. Anda dikehendekai mengetag sesiapa saja yang anda suka dan boleh menambah bilangan soalan tetapi tidak boleh mengurangkan dan mengubah soalan sedia ada dan soalan yang ditambah itu mestilah berbentuk ilmiyah sahaja. Selamat menjawab ya..=)

[1] Yanna
[2] Kak Syifa
[3] Kak Amiera
[4] Pakcik Kasha
[5] Ustaz Saiful
[6] Nurul Muslimah
[7] Dik Farra



Terima kasih.

Read more...

25 March 2009

Bila Hati Berkata-kata

Salam'alaykum w.h.b..

Moga dikurniakan iman dan kesihatan yang sihat, insya Allah. Alhamdulillah, banyak perkara yang berlaku memberikan pengajaran dan peringatan juga pengalaman. Iya, pengalaman itu tidak dibayar dengan harga sekeping wang tapi perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Kunci utama ialah kesabaran dan juga bersangka baik dengan Allah. :)

Ahad - Selasa (semalam) Kholah Safin pinjamkan bibik dia, sementara dia ada urusan perniagaan di Terengganu. Mbak Darma, pembantu yang sangat-sangat-sangat rajin. Kenapa? Sebab dia tak henti-henti buat kerja dari pagi-malam. Ana sendiri penat melihat dia buat kerja, ana sedikit pun tidak memberi 'arahan' apa yang perlu dia lakukan, semuanya atas kerelaan dan inisiatif sendiri. Alhamdulillah. Cumanya, terkilan sangat hati dengan cara dia 'pulang' semalam. Sepatutnya harini baru dia balik ke rumah kholah Safin, tapi lain pula jadinya petang semalam. Kami sekeluarga terkilan dengan situasi tersebut.

+ Pembantu Rumah juga SEORANG Manusia.

Terkilan. Sangat terkilan terkadang melihat situasi pembantu-pembantu Indonesia yang datang ke Malaysia. Tidak semuanya yang JAHAT, mungkin ada tapi janganlah terlalu cepat membuat perbandingan. Kenalilah dulu hati mereka, sayangkan mereka seperti kita ingin mereka sayang kita.

"Eh, jangan baik-baik dengan bibik, nanti dipijaknya kepala kita."

"Ala, kan kita bayar gaji pada mereka."

"Eh, kat Indon lagiii susah la... Dorang patut bersyukur!"

Macam ini la dialog-dialog 'lapuk' yang ana sangat tidak suka untuk mendengar. Benar, kalau terlalu baik mereka akan demand macam-macam, banyak songeh dan sebagainya. Tetapi, kaitkan juga dengan rezeki. Setiap maid yang datang ke Malaysia bukanlah orang berpelajaran tinggi, kalau iya pun mereka tetap manusia sama seperti kita (majikan). Kadang-kadang ana sakit hati tengok majikan terjerit-jerit panggil bibik, dah tu panggilan yang sangat tidak sopan.

"Hey pekak mari sini."

"Hoi gendut, makan lah cepat."

Kami adik-beradik diasuh oleh ummi dan abi untuk menerima maid seperti keluarga kerana kami mengharapkan agar kami disayangi juga seperti keluarga mereka (maid). Tidak pernah lagi kami memanggil maid Indonesia yang datang bekerja dengan panggilan 'bibik', memang bagi orang kebanyakkan itulah gelaran sepatutnya. Tetapi, atas keperimanusiaan abi mendidik kami memanggil 'mbak', satu panggilan yang terhormat bagi orang Indonesia. Malahan, Kak Darma sangat terkejut apabila kami adik-beradik memanggil dia "mbak" atau "kakak" kerana tidak pernah sekali pun dia dipanggil sebegitu sepanjang 4 tahun di Malaysia.

Kak Darma buat kerja tanpa henti, malah terpaksa pula ana ingatkan dia untuk makan dan rehat. Akhirnya, abi pula merungut pada ana bila melihat kak Darma mencabut rumput di halaman rumah dari pagi. "Suruh dia masuk sekarang, makan. Dah panas tu. Nanti demam."

Puas mencari dia di halaman rumah, tak jumpa-jumpa. Lorh, rupanya dia duduk satu side sambil cabut rumput. Urm, "Kak Darma, abi suruh masuk makan sekarang. Dah panas, nanti demam." Senyum dan tunggu dia bangun. "Eh dik, tak apa. Kalau panas sebegini tak demam." Beberapa minit kemudian selepas ana masuk, dia menyusul. Ajak makan sekali pun tak nak, dia makan di dapur. Isk, ni yang payah ni. Lastly, duduk dengan dia ana cakap.

"Kak... Abi tak suka orang buat kerja tak henti-henti dari pagi sampai la malam. Kena ada masa rehat, kena ada masa untuk makan. Kalau mbak saya yang lama, siang buat kerja contohnya buat kenduri dah penat masak dan mengemas, malam memang abi tak bagi kerja lagi. Abi suruh duduk, tengok TV." :)

Dia tengok je muka ana.

"Iya dik? Owh, maksudnya kalau waktu makan kena makan. Kalau waktu solat, kena solat. Gitu?"

Huhu, faham pun.

"Abi tak sukaaaa kalau buat kerja tak ada rehat." Ana menekankan ayat 'tak suka' dan 'rehat'.

Memang la setiap dari pembantu Indonesia yang datang ada ragamnya tersendiri tapi janganlah terus dihukum mereka, kerana mereka juga manusia. Boleh belajar dari kesilapan. Janganlah diherdik-herdik. Abi selalu tegur kalau adik-adik jerit panggil mbak. Walaupun hakikatnya mbak di luar rumah, abi suruh keluar dan panggil. Jangan jerit-jerit, nanti dia anggap kita fikir dia pekak pula walau hakikatnya memang dia tak dengar. Itulah kelebihan abi, sentiasa memikirkan kebajikan pekerja.

Semalam, masa hantar dia. Macam-macam yang dia cakapkan pada ana, 3 hari sudah cukup untuk dia rasa sangat seronok duduk di rumah kami, Baiti Jannati. Dia rasa disayangi, dihargai dan paling penting dihormati. Dia cakap 'salute' melihat keakraban kami adik-beradik dengan ummi dan abi, majikan-majikannya sebelum ni tidak begini. Ada cerita dan seribu duka yang terpendam di hatinya, wallahua'lam.

Adik pula agak akrab dengan Kak Darma, melayan cerita dan melayan kerenah adik menjadi satu keseronokan pada kak Darma. Ana senyum dalam hati. Moga dia dapat sedikit penawar dari kami sekeluarga sebelum meneruskan perjalanannya yang masih panjang. Sebak dan getar suaranya sangat jelas di kuping telinga ana, tapi ana tak mahu mempengaruhi emosinya. Rezekinya bukan dengan kami, bukan rezeki kami untuk menjadi sebahagian dari hidupnya tetapi insya Allah dia telah pun menjadi sebahagian dari keluarga kami. :)

Moralnya:

Terkadang kita (majikan) terlalu demand dengan pembantu, mengarah dan terus mengarah. Tetapi kita tidak memperdulikan apa yang mereka lalui. Kata orang, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. Iya, berbaik dengan sesiapa saja perlu berpada, janganlah hingga menjerumuskan diri kita sendiri dalam kesusahan dunia apatah lagi kesusahan di akhirat. Hargailah setiap manusia yang pernah berjasa kepada kita hatta seorang manusia yang mengatakan kata-kata yang sangat menyakitkan hati kita. Hakikatnya, dengan kata-kata yang amat menyakitkan itulah yang membuatkan kita berfikir dan berusaha menjadi yang lebih baik.

+ Bergedil ku dan Nasi Minyak

Pagi ni ana berjaya menyiapkan bergedil, alhamdulillah. Ummi dah lama suruh buat bergedil tapi tak juga ana buat, bukan susah tapi mim alif lam sin. Huhu. Kerjanya remeh. Tapi, dengan kekuatan semangat dan kejituan (cecece...) kasih sayang buat ummi mucuk-mucuk, ana dan Mahfuzah menyiapkan bergedil daging. Serius cakap, comel macam tuannya. Hik hik hik, sekali ku lihat eh eh eh lagi kecil dari kuih yang jual di kedai. Apa nak buat, tengah rajin. Ngeeee... :)

Pagi tadi, buka page yang di respon oleh Akhi Adnan pada kata-kata ana semalam. Haa... Apa lagi, mula la timbul idea-idea nakal. Ish, entah bila nak berubah ni. Huhuhuhu.

Ana : Bila la agaknya nak makan nasi minyak di Muorrr, nasi minyak di Kuala Nerang pun agaknya bila lah ye...

Akhi : syirah jgn sibuk tanya nasi minyak orang .....kalau belum makan nasi minyak sendiri...tau ...nanti kena soal balik.......kalau dah makan nasi minyak sendirik tu...orang dah takleh nak persoal kat awak balik....skadar ngusik jer....jadi faham2 lah sendrik...hihihihi

Ana : Ngeh Ngeh Ngeh [gelak jahat...]

Baru je beberapa minggu lepas buat nasi minyak, nyum nyum nyum. SOri la tak ajak, len kali insya Allah diajak...

[Untuk menjawab soalan 'paham-paham je la']

Insyirah kan ke budak kecik lagi... ahaks. Ini kene tunggu kakak-kakak punye nasi minyak berhidang baru lah dak kecik leh tolong senduk-sendukkan, tak gitu Pakcik Muhandis? Orang tua-tua kata [orang muda pun kata jugak] jangan langkah bendul. Takut nanti bukan setakat langkah bendul, skali dengan alang, bumbung atap sumer dilangkah sama. Lalalala... Pendek kata, panjang pun kata jugak... Bahagia melihat orang lain bahagia. :)

+ TaZkiRaH [fwd dari Ustaz Faiez]

Imam Ja'far ash-Shadiq berkata: Allah SWT menyembunyikan tiga hal dari tiga hal.

1. Menyembunyikan redha-Nya dalam ketaatan kepada-Nya, oleh itu janganlah engkau cela ketaatan itu sekecil apapun, mungkin di situ terletak redha Allah SWT.

2. Menyembunyikan kemarahan-Nya dari kemaksiatan terhadap-Nya, oleh itu janganlah engkau menganggap ringan suatu kemaksiatan sekecil apapun mungkin di situ terletak kemarahan-Nya.

3. Dia menyembunyikan wali-Nya dari sekalian hamba-hamba-Nya, oleh itu janganlah engkau menganggap rendah seorang hamba Allah SWT, mungkin dia adalah wali Allah.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

24 March 2009

Nilai Diri

Seekor ikan di dalam laut = tiada nilai

Ikan itu ditangkap dan dijual di jeti = RM 0.30

Ikan itu dijual di pasar = RM 0.60

Ikan itu dimasak lalu dijual di kedai makan = RM 1.80

Ikan itu dimasak lalu dijual di restoran sederhana = RM 2.30

Ikan itu dimasak dijadikan hidangan di hotel biasa = RM 4.00

Di hotel mewah = RM 12.00


PENGAJARAN

1. Kita kenalah berusaha meningkatkan nilai diri kita. Jika tidak mendapat nilai tertinggi pun, sekurang-kurangnya janganlah biarkan diri kita tiada nilai ataupun sangat rendah nilainya.

2. Nilai diri seseorang itu bergantung juga dengan persekitarannya. Jika dirinya seorang professor bidang kelautan, apalah nilainya jika tersesat dan duduk dalam kalangan puak-puak bertelagah di Afghanistan ataupun puak asli hutan Amazon. Carilah persekitaran yang sebaik mungkin buat diri kita.

3. Nilai seseorang mungkin juga bergantung kepada topeng yang dipakainya. Bukankah ada persamaan nilai antara seorang remaja punk yang selalu menghabiskan masa di lorong-lorong belakang dan berbahasa kasar dengan mereka yang bertopeng ahli parlimen dalam sidang parlimen yang dengan kasar ataupun mengejek “diam la Bigfoot”, “pegi mampos la”, “hoi lutong” dan sebagainya sambil menghentak meja ataupun mengacukan penumpuk.

* Buat penat guru-guru mendidik anak-anak supaya bersopan, baik tutur kata, berkhilaf pandangan dengan kaedah yang berakhlak dan lain-lain. Padahal banyak pimpinan sendiri perangainya lebih kurang sama dengan pelajar-pelajar kelas hujung di sekolah-sekolah.

** By alexenderwathern

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

23 March 2009

Keluargaku Buah Hatiku

Alhamdulillah. Akhirnya diberikan kelonggaran waktu untuk mengemaskini blog. Tengah pening berfikir, waaa tak de idea nak buat kerja. Macammana nak buat ni? Rasa sekali macam tak nak buat jer, kih kih kih. Isk, tak baik kan menghampakan harapan orang. Dah la ni salah satu sumbangan buat Islam, insya Allah akan dicari gali juga idea hingga ke dasarnya. Moga Allah permudahkan.

Kerja-kerja mengedit buku Ustaz Khairul juga hampir siap, hehehe. Buah tangan buat para pelajarnya sebelum beliau terbang ke bumi ambiya’. Ana pula yang terasa sedikit sebak dengan beberapa ayatnya, termasuk satu puisi yang ditintakan dari Ustazah Salwa dengan penuh puitis. Subhanallah, terharunya diberikan kepercayaan tersebut. Walaupun buku itu sekadar satu buah tangan untuk para pelajarnya, tetapi apa yang ditamsilkan dari hati menerjah kelopak hati ana juga. Memandangkan ana pelajar yang paling istimewa, maka ana la yang pertama sekali baca keseluruhan isi tersebut dan menggatal jari pula mengedit.

Cadangan dari seorang teman untuk membantu beliau juga sedang menyeliratkan saraf-sarafku. Sejujurnya, sedang tiada idea untuk dilontarkan bagi melaksanakan cadangan tersebut. Sebenarnya, ana sedang kepeningan untuk merancang beberapa program yang bakal menggunakan tenaga fizikal. Insya Allah, cuba yang termampu.

Hujung minggu yang lalu, satu keluarga ke Ipoh. Shopping di musim kegawatan ni, kami nak tolong rolling duit kerajaan je. Kui kui kui. Tengok comforter, muuuuurah sangat! Eh, selalunya akhir tahun atau musim perayaan je ada sale tapi sekarang ni tengah sale. Ada yang sampai 70%, wahhhh... Salesgirl tu suruh ambil satu comforter yang harganya RM500++ apa lagi, protes la. Ade ke mahal camtu sekali, baik buat menda lain. Huhuhu. Sekali dia cakap; ini 70% discount la cik. Cantik. Warna cantik, barang pun baik.

Dan ana tambah; duit pun cantik la amoii... Huhuhu.

Ana ni memang suka protes promoter, buat dorang tension je. Ada sorang promoter tu memang hangin sangat dengan ana. Bukan main lagi dia promote dengan abi dan ummi, slumber je ana cantas hujah dia. Huhuhu. Tak de la, dalam keadaan ekonomi sekarang kan macam tak berbaloi je nak shopping sakan. Lain la kalau duit tu memang dah tak tahu lagi nak buat apa, huhuhu.

Satu babak yang hingga sekarang buat ana tersenyum.

Khamis yang lalu, ana ikut abi ke Imigresen. Abi berhenti isi minyak, ana pergi tandas. Muka sudah berpeluh-peluh menahan sakit perut. Hehe, penangan mee rebus punya la pedas. Tsunami perutku. Ana memang bermasalah sikit dengan pemakanan ni, banyak masalah kesihatan. Hek hek hek. Sejarah ususku ialah apabila mengalami tanda-tanda awal kanser usus, alhamdulillah dikesan awal maka dapatlah cegah. Cumanya, kena jaga pemakanan. Mungkin sebab banyak ambil ubatan, itu lah ususku juga mengalami masalah. Ayah angkat ana juga pernah mengalami luka pada usus dek kerana banyak sangat makan ubat. Sakit woooo bila tsunami perut melanda, sampai ke pinggang menggeletar.

Duduk depan sinki, basuh muka. Tengok muka depan cermin, basuh lagi. Lama juga la duduk depan cermin tu. Perutku macam berpusing-pusing je. Sekali dengar suara abi jerit panggil nama ana. Tak menyahut pun, lap muka dan terus keluar tandas. Masuk kereta tanya abi kenapa jerit nama orang nih. Abis semua orang tau nama... Kih kih kih.

Abi : Ye la lama sangat, buat apa entah dalam tu.
Ana : Basuh muka laaa… Abi takut ea orang lari ikut sesapa?
Abi : A’ah, iyer la tu. Kot berkenan dengan mat bangla mana-mana.
Ana : Hohoooo, sapa la lelaki bertuah tu yerk?
Abi : Apa? Bertuah?
Ana : Ye la, bertuahhhhh.
Abi : Em, betul la bertuah. Kena ambilkan insurans, bla bla bla [sensored]
Ana : Hehe, kalau dia amik insurans hayat sesilap dia yang bunuh orang pastu dapat ratus-ratus ribu, dia kawin lain.

Kui kui kui... Dialog seterusnya adalah sesi kutuk mengutuk. Tak pe la, bukan orang lain yang kutuk pun. Abi sendiri. Rela je la kan, redho. Ahaks. Aih, mana la nak dapat abi macam ni kan. Ramai yang cemburu dengan hubungan ana - parents. Nak buat macam mana, dah kami memang macam ni.

Weekend, Abang Cik balik. Haa... Ni sorang lagi yang kuat mengutuk ana. Sambil makan, dia pun mula mengutuk.

A.C : Cuba sesekali berjemur tengah panas 2-3 jam.
Ana : Buat apa entah jemur tengah panas, ingat orang ni ikan masin ke?
A.C : Bagi hitam sikit la, tengok tu nampak parut jerawat clear la. Payoh mu ni, jadi orang putih ni memang payoh. Naik jerawat satu, dari jauh dah nampak merah. Kalau itam macam Abang Cik ni kan senang, tak de siapa pun perasan.

Kui kui kui. Sampaikan jerawat pun dia perhati juga, sesilap hari bulan dia kira lak. Huhuhu.

Pergi pasar malam [nasib la pergi dengan adik-adik, leh tolong angkat barang] jumpa dengan PK HEM sekolah menengah. Wah wah wah... Soalan cepumas.

Cikgu : Haa... Awak sihat? [soalan standard]
Ana : Alhamdulillah. Cikgu sihat? [bla bla bla]
Cikgu : Saya dengar awak masuk hospital. Betul ke?
Ana : A’ah, dah lama dah...
Cikgu : Jaga kesihatan tu [panjang sangat, malas tayep semua]
Ana : Terima kasih cikgu.

Waduh! Ingatkan selepas tamat sekolah, hilang populariti ana. Rupanya, masih popular di kalangan cikgu. Haa... Sebut aje nama ana, hampir semua cikgu kenal. Macammana la tak kenal, ana ni anak emas sekolah. Kui kui kui. Kalau ada budak pengsan, ana la saspek utama. [Protes sungguh!] Walhal orang lain pengsan, nama ana juga yang naik. Pernah suatu ketika, adik junior yang pengsan. Sekali ada la seorang cikgu ni ternampak ana, dengan penuh keyakinan dia tanya ‘Eh, bukan awak ke yang pengsan tadi?’

Protes! ‘Cikgu, kalau tadi saya pengsan tak la gagah perkasa berjalan macam ni.’ Senyum je la. Aih, kenangan tu... Bukan senang nak ada pengalaman macam ni, huhuhu. Zaman sekolah, zaman penuh kenangan. Tak sebanyak kenangan orang lain, kalau ada anugerah pelajar paling banyak tak pergi sekolah rasanya ana lah calon utama yang bakal merangkulnya. Kui kui kui. Paling tak boleh lupa, cikgu siap cakap seghiauuu kalau nampak kelibat ana di sekolah. Mau tak nye, ana ni macam ‘wanted’ pakcik pemandu ambulance. Lalalalala...

RINDU sangat pada semuanya, terutama pada 2 insan yang sangat akrab dan dekat di hati ana; ukhti Siti Nur Aisyah dan ukhti Nor Hafizah. Sodiki hakiki, tetap di hati. Insya Allah.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

20 March 2009

Apakah Doa Kamu?

"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pula yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, "asyik-asyik ke masjid aje", kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh? [erk? yang ni... no komen]

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri- isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

Anak Kecil Dan Seketul Batu

Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni? Siapa awak dan apa kejadahnya awak berada di sini? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki? Awak tau tak? Kenapa awak buat ini semua?" jerit ekskutif tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

"Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya?

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. "Terima kasih pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat."

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Read more...

18 March 2009

Sharing Is Caring?


Assalamu'alaikum whb.

Ana tersenyum apabila ditanya seorang akhawat yang dikasihi, "Kak Syirah ada masalah ye? If you need someone, I here with you. Sharing is caring." Insya Allah, masalah tu semua orang ada kan bezanya ialah cara kita berdepan dan mengatasi masalah itu. Masalah itu adalah satu cara mudah untuk kita menggerakkan saraf-saraf otak supaya lebih aktif berfikir menggunakan akal dan dipandukan dengan suluhan iman. Yang didambakan adalah hidayah Allah agar apa yang kita putuskan datang dari Nya, sebaik-baik percaturan kehidupan.

Awal pagi tadi, dalam jam 1 a.m panjang lebar juga ana berceloteh dengan sodiki hakiki, ukhti Aisyah. Mabruk ukhti! Buat ana menangis... kekekek... Orang pun rinduuuuu bangat dengan dia. Nanti break sem kita jalan macam haritu, kali ni kita jemput cik Jijah dengan hamparan permaidani merah tawww..! Agaknya berjaya tak? Hehe. Insya Allah, bulan 6 ni kita makan nasi minyak yer. :)


Apa yang antum fikir dari gambar katon ni? Inilah 3 sekawan, hehehe. Lengkap dengan perwatakan sekali, yang suka buat 'peace' tu memang kena la dengan orangnya. Ana tak tahu, dah jadi habit agaknya kalau ambil gambar dengan sahabat atau family gatal je jari nak buat 'peace'. Kadang kala kedua-dua tangan pula tu. Ana tahu, melihat gambar ni ada yang tersenyum. "Oh... Macam ni Insyirah, nakal budaknya." Nakal atau tidak, bukan itu yang nak ana utarakan di sini.

Sebenarnya ada kaitan antara ana dan 'peace'. Baru-baru ni setelah ditegur oleh Achik Teddy tentang beberapa perkara, termasuklah ingatan tentang tangan wanita. "Awak jangan suka-suka nak tunjuk tangan terutamanya pada lelaki..." Barulah ana teringat pada pesanan Ummu Uwais dan penerangan dari ukhti Atiqah beberapa ketika dahulu. Lama juga la... Biasa la, memang manusia ni pelupa. Ana ingatkan apa yang Achik Teddy nak cakap lain rupanya sama macam yang pernah diberitahu pada ana. Ternanti-nanti ayat seterusnya dari Achik Teddy, jeng jeng jeng "... Sebab awak ada 10 jari." :)

Ya Allah. Kalau la Achik Teddy depan mata ana, mungkin beliau telah selamat kene cekik dengan ana, paling kurang pun ana gigit dia... Huhuhu. Tapi ana rasa lebih baik kalau dibuat Achik Teddy Chop, insya Allah enak dimakan begitu saja!

Terbaca blog Ukhti Syifa' dan lampiran artikel dari iluvislam.com mengenai paparan gambar muslimah di internet. Urm, ana berfikir panjang. Benarlah, wanita itu adalah aurat maka jangan dijadikan hiasan. Niqabis pun ramai yang tontonkan gambar dalam Friendster/Tagged/Facebook dan sebagainya, tak apa ke? Suatu ketika dulu, ana juga pernah melakukan kesilapan atas kejahilan juga. Barangkali hanya terfikir... 'ala.. tak nampak muka pun' sebenarnya ana terlupa, astaghfirullah hal azhim. Hakikatnya, memang wanita itu perhiasan. Setiap yang ada pada seorang wanita adalah hiasan. Mahukah nilai perhiasan tu berkurang atau langsung tidak berharga lantaran terlalu ramai yang 'menikmati' keindahannya? Pernah ana diingatkan, "mata wanita juga mampu menjadi anak panah syaitan." Dan tahun lalu, ana disyarahkan oleh seorang sahabat dari Bumi Syam, panjang muhasabah ana...

Semalam, dek kerana kerinduan sahabiah yang tak terbendung ana 'terpaksa' mengirimkan mms padanya. Ana takut sahabiah 'angau' pula asyik tenung gambar yang sama. Huhu... Dedikasi buat sahabat-sahabat yang ana rindui, walau jauh mana jarak kita yang penting antunna selalu dalam hati ana. Insya Allah, ada kesempatan kita pasti bertemu dalam ikatan kasih sayang. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. :)


Terpaksa crop gambar ini, hatta mata yang tekedip-kedip. Wanita itu aurat...

+ Cheer Up Insyirah +

Ana senyum sendiri bila seorang adik risau melampau-lampau dek kerana kelainan ana berintonasi. Bukan sengaja, memang tiada 'hati' nak bercakap pun masa tu. Iya, insya Allah may all the bad feelings gone. Ameen.

+ Pink For Girls +


Kotak perhiasan dari abi. Pinky with butterflies. I love it! Girls stuff.

p/s: Syukran atas nasihat :)

Read more...

17 March 2009

+ Happy ScHooL HoLiDay +


Selamat Bercuti Sekolah pada adik-adik yang masih sekolah. :)

Insya Allah semoga cuti seminggu ada manfaatnya sekurang-kurangnya pada diri sendiri, lebih baik kalau dimanfaatkan untuk agama, ibu bapa, keluarga, masyarakat juga dunia dan akhirat. Masa ibarat emas. Masih ibarat emaskah? Bagi ana, masa ibarat pedang. Kalau kita tak guna ia sebaiknya dengan betul, ia akan memancung kepala kita. Oleh itu, uruslah masa dengan baik. Insya Allah.

+ Cerita Cuti Sekolah

Weekend mengemas bilik, alhamdulillah selesai. Isnin (semalam) pergi ke Ipoh. Harini hampir sepanjang hari ana tidak membenarkan adik-adik menonton TV. Awal pagi ana dah mula mengerah tenaga mereka. Sibuk buat kerja-kerja rumah, sampai tengah hari ana tak sedar rupanya ana tak makan apa-apa pun. Patut lah perut menjerit-jerit, tambahan pula malam semalam sebelum tidur telan ubat dulu. Wah, melimpah-limpah la agaknya jus gaster dalam perut. Hik hik. :)

Siap kerja-kerja rumah, Mahfuzah request for "Masak Kurma", Fadilah ok jer nothing special. Ayam Masak Kicap (teringin lama dah nak makan api tak de siapa request harini nak masak juga, huhu) dan Ikan Masak Cili untuk Aiman. Cukup! Sayur tak pe, campak-campak dalam kuali dah siap. Hohoho! Alang-alang my both sister tanya nak tolong apa, terus suruh kupas bawang. Kecoh dan bersepah dapur bila 3 orang buat kerja, yang berdua tu sambil buat kerja nak melawak. Cuit sana sikit, cuit sana sikit. Aih, sabar je la.

Sambil tunggu budak-budak bertuah kupas bawang, ana chop ayam. Malam nak buat Chicken Chop. Beberapa hari yang lalu ummi sebut nak makan Chicken Chop, alang-alang tengah kuat ni terus chop ayam. Dapat 7 ketul, alhamdulillah. Budak berdua tu bersembang entah apa butir bicaranya, tak ambil pot sangat pun. Sekali salah seorang darinya menyanyi. Ha, pantang orang tua-tua anak dara menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua. Kekekeke... Ana pun cakap la "Uish, jangan nyanyi la kat dapur. Nanti dapat suami tua baru tau." Hakikatnya ana pun tak tahu, tapi bagi ana pantang larang tu sebab orang tua tak nak anak dara nyanyi sambil masak:

[1] Air liur masuk dalam makanan
[2] Tak manis melalak kat dapur
[3] Afdhalnya baca la apa yang lebih baik (e.g selawat)

Wallahua'lam. Ana cakap macam tu sebab nak suruh dia diam je. Hehehe. Sambil tu baru la ambil kisah apa yang dibualkan budak berdua ni. Ana buat muka serius je, biasa la ana kan kakak yang kejam ala-ala mak tiri gitu. Siap Pak Utih kata ana ni Kak Rus. Ha? Memang la haritu macam pelik je tetiba Pak Utih panggil Kak Rus, buat tak tau je la sebab ingatkan Pak Utih mention nama sesiapa (Kak Rus) rupanya dimaksudkan ana ni Kak Rus cerita Upin & Ipin tu. Aih, tak de maknanya. Ana berganda jauh lebih garang dari Kak Rus Upin & Ipin, lalalalala... :gelak:

Disebabkan kucing dah semakin banyak di luar rumah, dari 1 ekor kemudian mereka bermastautin di sini 4 ekor. Bunyi tak henti-henti, bagi makan pun bunyi juga. Allahuakbar, rasa macam nak geget jer kucing-kucing tu. Geli hati bangat dialog budak berdua ni pasal kucing, dari ana buat muka serius terus tersenyum. Tak boleh tahan wooo... :oops:

Mahfuzah : Adik, kita kejar kucing ni nak? Kejar sampai dorang pegi umah kak Lin (jiran).
Fadilah : Akak kejar la, adik malas la.
Mahfuzah : Ala, kita kejar pastu kita tepon kak Lin suruh bagi kucing makan. "Ellow kak Lin, ni tolong bagi kucing makan. Dorang bising la, bunyi tak henti-henti."
Fadilah : Ajuk gaya Kak Lin "Ala, kenapa tak cakap awal-awal, kucing tu dah pegi umah kamu pun."

Ana : (tak buley nak tahan lagi, memang terus senyum. Memang slumber sangat cara dia cakap) :oops:

Mahfuzah : Sambung merapu "Laaa... Kak Lin kejar kucing tu datang sini balik ke?"
Fadilah : "Eh tak de la, Arif (anak Kak Lin) yang kejar."

Ana : (buley sewel kalau melayan cerita budak berdua nih, ampunnn!) :oops:

+ Baju Bertimbun Tak Lipat

Few days ni hujan dan juga sebab ana merayau ikut abi. Hehehe. Weekend dah penat operate bilik, rasa tak berdaya nak lipat baju. Semalam pergi Ipoh, balik dah penat sangat. Harini nak atau tak nak kena juga habiskan semua baju tu. That's why dari pagi-tengah hari buat kerja non stop. Lepas Zohor memang syahid terus la, rasa lembik sangat. Alhamdulillah, siap juga semua baju yang dah kering dalam lipatan kemas. Teringat lagu Wonderpats, "... Kami tak kuat... Bila kerjasama semua jadi muuudah!" Hehehe.

+ My Chicken Chop

Alhamdulillah. Petang adik-adik dah makan nasi. Malam makan chicken chop saja. Buat sikit French Fries dan potong buah, cukup! Tak larat dah nak buat wedges. Lepas Maghrib terus goreng ayam yang dah diperam dari 11.30 a.m till 8 p.m, nyummy..! Ummi dah siap, terus baca doa makan. Waa... Ummi komen ayam lain macam je rasanya. Hehehe, silap minyak la ummi. Patutnya goreng guna minyak baru, ana pula campur minyak baru + lama, maka rasanya tu pahit la sikit. Tapi lepas topping dengan sos, dah tak rasa pahit pun.

Nota Kaki : Dulu, ana ni punya la tak reti nak masak. Sampai abi kata nak bagi kawen dengan anak raja. So, tak yah masak. Duduk goyang-goyang kaki. Uish, tak mo la! Biar la bukan putera raja asalkan putera agama. Kalau putera raja istananya bak syurga, putera agama insya Allah leh bawa ke istana dalam syurga. Uish, mana lebih untung tu. Hik hik hik. Makanya, sebab tak mau putera raja, kena la polish cooking skills. Hek hek... Malu la ummi pandai masak, anaknya tak reti masak. Jadi sekarang ni ummi bagi arahan je, semua rasa nak masak sendiri. Nanti tak la kekok bila duduk dapur, semua dah hafal dalam kepala. (Entah bila nak salin resepi, malas!) :matabulat:

Moralnya : Jom kita ke dapur!

+ Hikmah Dari Allah s.w.t..

Dalam bergelut dengan percikan emosi dan serpihan rasa yang bertamu di kelopak hati. Alhamdulillah, ana rasa dah jumpa key word bila berdepan dengan situasi ini.

Make other people happy, then you will happy insya Allah when you see the real happy's face.


Kenapa ana rasa happy sangat walaupun teramat penat seharian keep working malah dapat pula mengadap blog dalam keadaan badan yang layu. Fizikal tampak lemah, tapi semangatnya melambung naik. Alhamdulillah. Apa yang ana rasa, apa yang ana dapat hari ini ialah membuat orang lain bahagia. Terutamanya ummi dan abi. Bila tengok ayam, teringat ummi sebut nak makan chicken chop. Ummi sampai rumah, tengok bawah tudung saji 7 ketul chicken chop terus bersinar mata dan mukanya. Subhanallah, bahagianya tat kala itu. Allah saja yang lebih tahu.


TipS bila bersedih: Usaha untuk buat orang lain bahagia, insya Allah kebahagiaan itu akan terasa walaupun hanya tempias pada kita. Sama juga bila berdoa, merasakan doa kita masih tidak makbul walaupun sudah puas berdoa maka doakan orang lain. Insya Allah, bila kita doakan orang lain malaikat turut mengaminkan doa kita. Alhamdulillah. Ana bersyukur, walaupun banyak mehnah yang datang menjenguk pintu hati tetapi Allah sentiasa menjaga ana dan selalu memujuk ana dengan cara dan kehendak Nya. Dikirimkan sahabat-sahabat yang tak jemu-jemu menasihatkan diri ini. Alhamdulillah.

Plan esok nak jalan dengan adik-adik, relief emosi yang berkocak. Eheks. Tapi larat ke aa nak bawa dorang jalan? Khamis pula maybe abi nak pergi Imigresen, kalau di ajaknya ikut sama. Wah, tak dapat dibayangkan tahap kepenatan badan ni. Dilanyak cukup-cukup nanti terus k.o.. Hehe, tak pe la agak-agak malam ni mimpi pergi jalan-jalan, esok dah tak yah jalan lagi. Kih kih kih... Rindu la nak rasa dikelilingi bunga, allahuakbar. Moga Allah memudahkan segala perancangan terdekat supaya teratur dan kemas. Ameen. :kenyit:

~ SeLaMaT BeRCuTi SeKoLaH ~

Read more...

16 March 2009

Rawatlah Hatimu

Salam'alayum w.h.b.

Moga kita dikurniakan iman dan kesihatan yang sihat, ameen insya Allah. Jam sudah melewati angka 1.24 a.m di Malaysia. Entah suara hati mana yang akan ana menangkan, antara bicara dan juga berbicara. Ana memilih jalan bersoal jawab dengan Qarin sendiri. Moga Allah melimpahkan rahmat Nya buat kita semua. Ameen.

Malam semakin merangkak pergi, suasana tenang dan damai zahirnya melingkari tubuh. Suhu sejuk malam ditambah dengan kesejukan embunan pagi yang menitis menambahkan lagi kesakitan yang tak seberapa. Hari minggu yang amat melelahkan! Insya Allah, proses mengambil pembantu rumah yang baru membuatkan ana jadi serba salah dengan ummi dan abi. Tak tahu ungkapan apa yang mahu ana ucapkan. "Maaf"? Entah, semuanya di luar kawalan ana sebagai anak, tepatnya sebagai hamba Allah.


Sebelum bibik baru sampai, sebenarnya sudah 9 bulan rumah ini tidak ada pembantu (bibik). Cadangnya tidak mahu mengambil pembantu rumah lagi, tapi dengan keadaan fizikal ana yang tak berapa mengizinkan pergerakan, maka ummi buat keputusan untuk mengambil bibik baru. Maka, minggu ini kami supergirls geng membuat beberapa perubahan dalam rumah. Menukar bilik! Disebabkan 2 anak teruna dah keluar dari rumah (bukan lari dari rumah, eheks) maka tinggal seorang je jejaka harapan keluarga. Kami pun (girls) dengan kejamnya 'menghalau' jejaka harapan keluarga ke bilik lama ana. Dan kami (girls) 'pecah masuk' dalam bilik anak-anak teruna. Ha! Bilik sang lelaki? Ampunnn... Tak semena-mena ana menjadi seorang yang buat lawak tak henti-henti.

"Ummi, kalau macam ni la bilik orang laki... Tak mo kawin la. Penat nak mengemas... Ada ke patut... bla bla bla" :matabulat:

Membebel pula ana dalam bilik, uwargh! Sangat memenatkan.

"Ummi, baju ni nak simpan ke nak bagi pada orang?"

Amboi, slumbe nya soalan ana. Padahal baju elok lagi, mau tak hangin kalau baju-baju tu semuanya 'menghuni' bawah katil. Boleh dikatakan full bawah katil double dalam bilik tu dengan pelbagai khazanah mereka. Dengan jayanya kami clearkan semuanya. Kih kih kih. Ada yang masuk tong sampah, ada yang donate, ada yang ummi basuh semula. Kemudian ambil pula buku-buku dan baju-baju ana masuk dalam bilik (baru...ehem ehem) entah berapa kali sit-up sampai rasa bengkok dah belakang ana ni. Orang kuat kononnya. :gelak:

Bangun pagi Ahad yang hening, allahuakbar sakit sungguh belakang hingga badan pun demam tapi tak lah panas mana pun. Tapi sambung juga sesi mengemas bilik yang rupanya macam kapal pecah. Eh salah, kapal diserang lanun. Huhu. Lastly, duduk diam-diam dan melipat kain-kain yang dilonggok-longgok. Rasa macam nak cakap jer "Lelong.. Lelong.." tapi tak jadi sebab dulu penah buat macam tu, sekali ummi sambung cakap "Lelong baju semua RM10 tapi kalau nak ambil tuannya sekali kira RM5 je la, discount hebat.. Mari.. Mari" Erk? Sebelum ana buat ummi sengal, baik ana behave. Hik hik.

Finally, jam 6.30 pm pada hari Ahad setelah 2 hari melakukan proses pengubahsuaian dan perpindahan bilik. Ana terus meluruskan badan, terasa nak terus terbang ke hospital dan menikmati kepanasan larva dari oven. Rasanya badan ku sudah langsung tidak dapat diluruskan. Solat Maghrib, abi menunggu anak-anak perempuan bersiap (pakai telekung pun lambat tul bebudak nih). Ana tak larat nak tunggu... Haha, sesi mengenakan abi "Ohhh ummi, cepat la. Nanti orang jadi imam lak kang. Tak larat berdiri dah ni." Memang kami adik beradik termasuk la ummi & abi kalau bab 'mengena' ni memang arif sangat. Dan dengan slumber je abi jawab, "Ha, ummi nye pun kalau tak larat berdiri solat je la atas kerusi" sambil ambil kerusi letak betul-betul depan ana. Allahuakbar, kena lagi! :oops:

Finally, jadi lah kakak si bongkok 3. Terasa ketar-ketar lak bila sakitnya 'menjalar' ke tulang peha dan mula 'menyerang' sendi-sendi lutut. Kaki mula bengkak. Harap sangat esok lepas fisio kesakitan tak terus menapak ke tapak kaki seperti haritu. Tak dapat nak bayangkan kalau sekali lagi kaki langsung tak dapat digerakkan. Allah Maha Berkuasa, moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran buat hamba Nya.

Alhamdulillah. Sebenarnya, sesi mengemas dan berhijrah bilik ni adalah salah satu terapi buat hati ku yang sedang rawan. Bila buat kerja dan menyibukkan diri dan mengelakkan otak dari berfikir apa yang sedang melanda hati, maka tidaklah hati ni terlalu merebak parahnya. Alhamdulillah. 2 hari selepas dimotivasikan oleh cikgu, ana lebih cool. Malah tak rasa nak fikir lagi apa yang sedang berlaku. Cuma, ana rasakan berdiam diri adalah langkah yang terbaik.

Syukran Achik Teddy atas nasihat-nasihat.

Salah satu cara merawat hati adalah dengan menatap gambar bayi. Hehe, maka ana menatap wajah Aqef Haikal yang sempat diambil. Walla, hensem bangat! Sambil mengimbau gambar-gambar di Mekah dan Madinah, ya Allah sebak pula hati ni. Rinduuuuuu sangat! Salah satu gambar kegemaran adalah pose ana di depan Raudhah pada tahun 2006. Kubah hijau pada Masjid Nabawi membuat hati ini meronta-ronta ingin terbang ke sana. Moga Allah perkenankan lagi ziarah ke sana.

Membodek abi untuk support ana ke Syria. Hip hippp hooray! Nampaknya dah ada greenlight, ahaks! Alang-alang ke Syria terus menerjah je Jordan dan meniti ke Ardhul Kinanah (Mesir) opss... Ye ke rancangannya macam ni? Ada la tuh orang yang senyum depan pc. Lalalala... Tour ke Bumi Ambiya', insya Allah ana sendiri sedang berusaha untuk mengumpul dana dan nanti boleh lah abi top-up sedikit. Dan kata-kata Babah haritu segar membugar dalam kotak fikiran:

"Insya Allah, ukhti akan sampai ke Mesir."

Ameen allahumma ameen. Hik hik... Semacam terkejut dengan kata-kata itu, haaa... Satu doa. Dari orang yang soleh. Moga Allah perkenankan! Ana tak tahu apa 'tarikan' di Mesir, tapi sejak di bangku sekolah rendah lagi ana selalu cakap pada ustazah "Saya nak ke Mesir!" barangkali kerana ustazah masa tu masih menuntut di Al-Azhar, kemudian bila masuk sekolah menengah pun tetap berazam "Saya nak ke Mesir" bila selalu dengar cerita Ustaz Syukri yang juga bekas pelajar Al-Azhar berceloteh tentang Mesir. :)

Bila nak sampai? Allah lebih tahu. Tapi selalu diungkapkan... Moga jadi kenyataan. Insya Allah.

Selalu ana tersenyum dengan kata-kata sahabat "Mesir ni macam-macam boleh dapat, pilih lah nak ambil tinggalan Musa a.s. mahupun Firaun."

Ya! La tahzan ya Insyirah! Innallah hama'as sobirin. Biar apapun ujian yang menjengah, srikandi Islam tak pernah goyah imannya. Malah keyakinannya pada Tuhan semakin meningkat kerana srikandi Islam hanya dambakan keredhaan Allah dalam melayari bahtera kehidupannya, tak dihiraukan segala tohmahan yang diterima kerana kasih sayang Allah adalah segala-galanya. Kalau tidak diri hina ini bergelar srikandi Islam, cukuplah merasai biasan iman dan solehahnya para mujahidah Islam... INgin ku rasai manisnya menjadi insan seperti Sumayyah, Siti Khadijah, Mariam juga Fatimah Binti Muhammad. Maharnya, pengorbanan atas segalanya demi meraih cinta Allah.

Rawatlah hati mu wahai Insyirah. Setiap yang berlaku ada warna untuk menjadi ceria, ada titik yang menjadi penghubung, ada garisan yang menjadi pemisah. Setiap aturan Tuhan ada hikmah, usah ditangiskan apa yang bukan milik Mu. :)

Menjenguk kalam demi kalam yang pernah ana tintakan, malunyaaaa! Tulisan yang entah apa-apa tapi ada seseorang yang membaca secara maraton dari Maghrib - Subuh esoknya tanpa tidur! Hanya berhenti seketika untuk solat dan beberapa keperluan lain. Ya Allah, moga kalam ku ada manfaatnya. Dan tak semena-mena rindu pada seorang teman yang sudah lama kembali pada Tuhan, Pemilik insan... Arwah Akhi Afnan Imtiaz. Al-fatihah.

Aqef Haikal.

Read more...

15 March 2009

Gemuruh Tangisan Kerana Rasulullah Diqisas

Petikan buku : Senyum & Tangis Rasulullah [Hidayatullah Mohd Syarif Aziz]

Pada saat sudah hampir ajal Rasulullah s.a.w., baginda menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para muhajirin dan ansar di masjid Rasulullah. Kemudian, Rasulullah menunaikan solat dua rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai, baginda bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:

Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya seorang Nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izin Nya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu, kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.

Rasulullah berkata demikian sebanyak 3x, kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah b Muhshan dan berkata; Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah, kalau tuan tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.

Lalu ‘Ukasyah berkata lagi; Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta tuan dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri tuan dengan tujuan supaya dapat mencium tuan, tetapi tuan telah mengambil tongkat dan memukul unta tuan untuk berjalan cepat, yang pada masa itu saya pun tuan pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu, saya hendak tahu sama ada tuan sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut.

Rasulullah berkata; Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu.

Kemudian, Rasulullah berkata kepada Bilal; Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku bawa ke mari.

Bilal keluar dari masjid menuju rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepada dengan berkata; Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas (Qisas).

Setelah sampai di rumah Fatimah, maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah menyahut dan berkata; Siapakah di pintu? Lalu Bilal berkata; Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk mengambil tongkat beliau. Kemudian Fatimah berkata; Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya? Bilal berkata; Wahai Fatimah, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqisas. Bertanya Fatimah lagi; Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqisas Rasulullah?

Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah, sebaik sahaja Fatimah memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah menerima tongkat tersebut dari Bilal maka baginda pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah. Melihat hal ini, maka Abu Bakar dan Umar tampil ke hadapan sambil berkata; Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu menqisas Baginda Rasulullah tetapi qisaslah kami berdua.

Apabila Rasulullah mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar maka dengan segera baginda berkata; Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah telah menetapkan tempat untuk kamu berdua. Kemudian Ali bangun dan berkata; Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa di samping Rasulullah. Oleh itu, pukullah aku dan janganlah menqisas Rasulullah.

Lalu Rasulullah berkata; Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu. Setelah itu, Hasan dan Husin bangun dan berkata; Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah, kalau kamu menqisas kami sama seperti kamu menqisas Rasulullah. Mendengar kata cucunya, Rasulullah pun berkata; Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua. Wahai ‘Ukasyah, pukullah saya kalau kamu hendak memukul.

Kemudian, Ukasyah berkata; Ya Rasulullah, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju. Maka Rasulullah pun membuka baju, sebaik saja Rasulullah membuka baju, maka terdengarlah gemuruh tangisan semua yang hadir. Sebaik saja ‘Ukasyah melihat tubuh badan baginda dan berkata; Saya tebus tuan dengan jiwa saya, ya Rasulullah siapakah yang sanggup memukul tuan. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan tuan yang dimuliakan oleh Allah dengan badan saya. Dan Allah menjaga saya dari Neraka dengan kehormatanmu.

Kemudian Rasulullah berkata; Dengarlah kamu sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.

Kemudian, semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu, para jemaah pun berkata; Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu. Engkau telah memperoleh darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah di dalam Syurga.

Read more...

12 March 2009

* Cahaya Mata *

Alhamdulillah. Moga dikurniakan iman dan fizikal yang sihat, ameen allahumma ameen.

Teringatkan dialog antara ana dan Babah suatu ketika dulu.

Insyirah : Ustaz, orang kata kalau kita marah atau stress kita tengok baby. Insya Allah kita akan rasa seronok, tenang, damai. Wallahua'lam.

Babah : A'ah, betul. Sebab tu orang panggil cahaya mata.

Dalam hati monolog sendiri. Subhanallah. Betapa cantiknya aturan Ilahi.

Dialog ana dan abi.

Insyirah : Abi, kenapa kalau kita tengok baby kita rasa happy?

Abi : Sebab baby tak ada dosa. Tapi kalau dia meraung, buas, lasak bukan kita relief tapi semakin tension ada la.

Insyirah : A'ah la, patut la Yanna salu cobet Haziq. (kui kui kui)

Masya Allah! Bila kita pandang muka baby, kita insya Allah akan rasa seronok. Setiap ciptaan Allah ada hikmah. Kalau baby tu suka marhaban dan baca surah yang panjang (menangis tak henti-henti = hobi) maka bila dia tidur tu tatap la muka baby. Masya Allah, tenang! Selalu la pandang muka ibu bapa kita bila mereka tidur, tengok tapak kaki mereka. Dalam tidur, wajah mereka adalah pure. Melambangkan hati mereka, keresahan jiwa yang tak pernah kita fikirkan. Lihat pula kerutan di dahi mereka, memikirkan anak-anak. Ya Allah...

Kita tak akan tahu hati ibu bapa kita selagi belum menjadi ibu bapa! Noktah! Hakikat yang perlu kita selalu ingat dan muhasabah. Terkadang memang la tak dinafikan sebagai anak ada perkara yang kita minta tapi mereka tak beri (sama ada meterial atau keizinan). Memang tak semua ibu bapa nak faham anak-anak, tetapi kalau dah mereka tak nak faham kita apa kata kita belajar untuk faham mereka. Hidup ni sekejap jer, walaupun terkadang keputusan mereka menyinggung hati kita tapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita. Mereka nak yang TERBAIK untuk kita. Tak ada siapa yang lebih sayangkan kita selain ibu bapa, tetapi ingat dan yakin... Kalau kita rasa ibu bapa kita tak jadi seperti ibu bapa orang lain yang memahami anak-anak mereka, perlu kita ingat ALLAH masih menyayangi kita.

Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.

Subhanallah! Terkadang memang la kita rasa ibu bapa ni unfair, biasa lah darah muda yang membuak, semangat terover tapi janganlah pula kita singgung hati kedua ibu bapa kita semata-mata kerana selain mereka. Tak juga ana nafikan, segelintir anak-anak nak berhijrah menjadi muslim yang lebih baik, ibu bapa menjadi penghalang. Kita kena fikir juga, bukan semua dari kita berlatar belakangkan keluarga yang sama. Ada ibu bapa yang tak boleh terima bila anak-anak menjadi islamic, malahan kata anak tu sesat.

Positif lah!

Bukan Allah sengaja menguji begitu hebat tanpa asbab. Ada hikmah yang perlu kita koreksi dan muhasabah. Allah mahu melihat sejauh mana keyakinan kita pada Nya. Allah mahu melihat adakah kita benar-benar mujahadah, sebenarnya ujian hebat begitu hanya diberikan kepada orang yang hebat! Ujian yang menerjah kelopak hati sebagai "antibody" dan "vitamin" jiwa dan rohani. Insya Allah, bahkan kita lebih kuat dari tu. Masya Allah. Betapa Allah mendidik kita dengan cara dan kehendak Nya. Cuma kita je yang selalu su'udzon dengan Allah, na'uzubillah. Sedangkan Allah dah pun berfirman dalam al-Quran maksudnya: Aku adalah apa yang hamba Ku fikir.

Wallahua'lam.

Berusahalah, Islam datang dalam keadaan keterasingan, Islam juga akan pulang dalam keadaan asing. Maka, berusahalah kita menjadi dikalangan mereka yang asing. Demi Islam. Agama yang kita cintai.

Sahabat sahabiah yang ana sayangi,
Berusahalah menjadi cahaya mata kepada kedua ibu bapa kita. Berapa saja angka usia kita, 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun? 40 tahun? 50 tahun hatta 60 tahun? Anak tetap anak. Sejauh mana mereka berusaha melemahkan kita apabila kita menjunjung agama Islam, yakin lah bukan mereka sengaja mahu menjadi penghalang kepada usaha kita, fahamilah mereka... Tidak semua ibu bapa kita ditarbiyyah dalam biah solehah.

Anak tetap anak. Anak adalah cahaya mata walaupun angka usianya sudah layak digelar datuk mahu pun nenek. Kasih sayang ibu, pengorbanan seorang bapa tak mungkin kita balas walaupun seisi dunia ini milik kita. Apabila kita melukakan hati kecil mereka, janganlah pula kita sangka kita menang dalam "mujahadah" sebaliknya kita sedang menempah neraka Allah yang sangat panas. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa! Ingat kisah Juraij? Ana selalu takut baca kisah Juraij.

Terkadang hati ana bagai disentap bila selalu ditanya "Anti kenapa tak furthur study? Ruginya tak study!" Apa yang boleh ana katakan. Alhamdulillah. Kerugian di dunia, moga menjadi keuntungan dan saham akhirat buat ana. Ameen! Pesan Ustaz Faiez tempoh hari "Kata Tuan Guru (Nik Aziz) biarlah kita rugi di dunia asalkan kita untung di akhirat."

Subhanallah. Memang menuntut ilmu itu fardhu ain bagi ummat Islam. Ana tidak berhasrat membahas tentang kepentingan menuntut ilmu. Ana masih ingat nasihat emas dari sahabat, Ammu Abdul Mun'im... "Dik, tak per la. Redha Allah pun terletak pada redha mak ayah kita. Ingat kisah seorang pemuda yang nak menunaikan haji. Dia ada mak yang dah tua tapi dia tak endahkan perasaan sebab rasa cinta dan rindunya nak menatap kaabah dan menunaikan haji. Akhirnya dalam perjalanan, dia dituduh pencuri hingga tangan dan kakinya dipotong."

Kisah-kisah begini selalu membuatkan ana berfikir panjang. Perlukah ana memberontak macam orang yang kalah jiwanya? Sedangkan ana punya kedua ibu bapa yang soleh solehah. Ana punya ibu bapa yang menjadi pendamping dan teman akrab. Terkadang, abi suruh ana baca al-Quran selepas solat sambil abi baring atas sejadah dan pejam mata. Ana suka menjeling muka abi saat ini, sekilas dua kilas berkilas-kilas... Ya Allah, moga Engkau melimpahkan kasih sayang Mu kepada kedua ibu bapaku seperti mereka menyayangiku sejak kecil. Ameen.

... Dan jika kamu bersyukur maka Kami akan menambah nikmat mu ...

Ya Allah,
Jadikanlah Insyirah anak yang mampu menjadi penyejuk mata dan penawar hati buat kedua ibu bapanya. Lembutkanlah hati Insyirah untuk mentaati kedua ibu bapanya. Jadikanlah Insyirah hamba Mu yang sentiasa bersyukur. Ameen.

Ummu Uwais : Insyirah suka main dengan baby ye?
Insyirah : Suka! Kenapa kak?
Ummu Uwais : Buka la taska!
Insyirah : Ha?

Balik kampung haritu, kesian Aqef menjadi mangsa ana.

Mak Teh : Mak Teh tengok (sensor... nama manja ana... =P) ada bakat jaga baby. Jadi la baby sitter.

Insyirah : Ha! Kalau kecik ni buleh la dukung (Aqef 2 bulan). Kalau dah macam Arissa tu tak buleh la. Sakit belakang!

Mak Teh : Kalau sihat kan boleh buat duit, jaga budak-budak. Buka nursery ke.

Insyirah : (senyum je)

Mak Teh : Nanti baby sitter masuk wad abi + ummi pulak kena EL (emergency leave) sebab nak jaga anak orang.

Insyirah : (kekekeke... sabor je la)

Memang pun haritu ada staff abi bagitau, tadika kat sini nak guna cikgu. Nak suruh ana jadi cikgu tadika, petangnya jaga taska (budak-budak yang sama juga la) tapi abi kata NO.

Abi : Tak yah la... Nanti budak tu hari pertama OK. Hari kedua, cikgu dah penat. Hari ketiga semua budak tu lari keluar dari kelas sambil jerit-jerit "cikgu... cikgu pengsaannnnn" (sambil abi wat gelagat yang amat menggelikan hati)

Insyirah : Ye la.. Ye la. Kutuk lebey-lebey sket. Orang mogok kanggg..!!

Hahahaha... Insyirah... Insyirah... Moga diriku sentiasa menjadi "cahaya" buat ummi dan abi, ameen allahumma ameen.

Mummy...
Daddy...
I LoVe YoU so MUCH!

Read more...

11 March 2009

Bidadari Berwajah Manusia

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...

"Wahai kakakku, kenapa lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"Wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi di situlah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... Menjadi 'izzah' yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s. terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tapi senjata." :)

Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hamba Nya? Wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanan Nya? Pada hamba yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yang beriman dan solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh." :)

Adik masih tak puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini! :)

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya' nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu."

Adik garu-garu kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yang solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada hatinya... pada akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yg toleh. Namun adikku... jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu... kerana dalam hati mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pada ALLAH... Kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka th hak ALLAH. Cuma kadang-kadang term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pada persepsi wara' dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. Bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan..."

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu kilauan pasir.

"Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yang tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya, epal itu terlalu tinggi, elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya... tak semestinya dipetik di taman dunia kan? Tapi lebih bermakna bila ALLAH sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak."


Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yang kemerahan.

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH s.w.t., kamu kanak-kanak adalah penghuni syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? :nangis: Wallahu'alam.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO