Wahai Hati, Menangislah!
Bismillahirrahmanirrahim :)
Hati sangat tersentuh kala membaca bait ayat yang tertera di inbox hp.
"Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga, yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan taqwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati, yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calnkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Ameen..." -Kak Alwani-
Entah kenapa hati seakan dicarik-carik, air mata mengalir kala hati cuba menerima ujian yang datang. Ujian itu tarbiyyah, sabar itu indah. Ana gagahkan juga hati untuk melangkah walaupun tersungkur seketika, ana jahit kembali baju yang terkoyak walaupun luka di jari masih berdarah kerana yakin Allah tidak meletakkan ana 'di sini' hanya untuk diam dan menangis. Jatuh bukan untuk terus meraung sebaliknya supaya ana belajar bangun dan berjalan! Husnudzon ya Insyirah.
"Mengapa diri harus berduka sedang Tuhanmu tak pernah leka. Mengapa hati sering gersang sedang NUR ILAHI tak pernah lekang. Mengapa minda sering kusut sedang INSYIRAH TUHAN tak pernah luput."
Subhanallah, kalam menggetarkan saraf. Terkadang ana rasakan bait-bait ayat yang diberikan kepada ana bukan 'sengaja' mahupun 'kebetulan' tetapi itu yang Allah mahu ana fikirkan. Sedang mencari kekuatan yang hilang, allahuakbar. Tiada kalam terlafaz, hanya mampu meredakan hati dengan kalam Tuhan.
Wahai hati, menangislah! Menangislah di dunia, usah menangis di sana. Rahmat Allah luas, carilah... carilah... carilah cara menggapainya.
... boley tak saya nak nangis sampai reda perasaan ni? :D
Anas ibn Malik r.a berkata: Tiada suatu yang lebih disukai Allah daripada pemuda yang menasihati orang tua dan orang tua yang menasihati orang muda. Dengan yang demikian, jadilah pemuda yang bertaubat tersebut kekasih Allah.
6 leaves:
salam adik syira, ingat lagi kata-kata adik dalam "tatkala hati teruji"..Jika adik msh ingat, dari situlah akak memintal benang yang nak putus bercantum semula menjadi utuh...
Bg kak mia, saat kak mia sakit lani...kak mia selalu kata "mia,sabar. Allah duga hanya smentara. I/allah mia boleh buat pe je mia nk di dunia ni," . ayat ni kak mia tuturkan tika kak mia rs perit sgt sakit..kdg2 rs nk ngadu tp...ngadu pd allah jela..bg yg mendengar..ada yg kata pd mia.."ala kak ni.,.LEMAH betul..br buat keja sikit, dh sakit..dah lemah"
Namun, airmata akak simpan di hati,dik..Pedih jiwa ..but kte mesti kuat kan....sabar bukan di dimulut je..tp iktikad di hati sebetulnya
semoga adik beroleh kekuatan. Menangislah semahumu & tatkala air mata henti, usaplah dgn kata-kata semangata agr terbias segala beban di jiwa, rintihlah pd allah swt.
ceria-ceria selalu dik..
adik pernah kata
"yg remeh temeh boleh jd kecil. jika hal tu tak dibesar2xkan..keep it up ur word dik....,"
Salam kak Mia,
hakikatnya syira sedang sangat terganggu dengan satu perkara yang sangat besar hingga tak da lagi air mata mengalir. Allahu... Moga Allah ampunkan syira atas kelalaian selama ni. Ni bukan sebab sakit, ada masalah lain... Ujian berat. Syukran kak atas ingatan.
Salam dik, no words to say selepas baca privet blog. Apapun banyakkan berdoa dan husnudzon! akk yakin adk kuat.
Sollu 'alan nabi ya habibati :)
Asifah ya habibati, ana tak tahu nak 'komen' cuma boleh mengajak sama-sama berselawat atas Nabi. Mudah2an Allah bg ketenangan yg dicari.
Ummu Uwais, syukran atas bingkisan yang amat istimewa. Alhamdulillah dah baca (maaf tak balas msej, mogok pegang hp) :D
Balqis ya habibati... Insya Allah, sollu 'alan nabiey!! :)
p/s: Kalau ada heart attack jangan baca privet blog, kih kih kih
Post a Comment