"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

08 October 2009

Allah Mendengar Suaraku

Bismillahirrahmanirrahim :)

"Alhamdulillah"

Hanya itu yang mampu ana ucapkan. Lewat kebelakangan ini gerakan jari jemari hanya ana tarikan di ruangan kanvas putih tanpa banyak mata yang membaca, hanya bicara hati yang lahir pada saat itu. Segalanya lahir dari hati tanpa penilaian akal yang waras, setiap air mata, hembusan kesedihan dan picisan perasaan ana catatkan disana. Mungkin kerana itu juga memontum penulisan ana merudum jatuh (kata seorang teman), ana akui. Jadi, biar sajalah sementara waktu itu ana biarkan cetusan hati ana terubat.

Saban malam hanya air mata merembes keluar, bukan kerana bahagia di atas hamparan sejadah. Jujur, di hati ana sangat cemburu melihat insan-insan lain memanjangkan sujud terakhir di hamparan sejadah, sudah lama dahi ana tidak mencecah hamparan sejadah dunia. Saat mata-mata lain lena dibuai mimpi, ana masih terkedip-kedip berbicara dengan Pemilik hati. Ana menangis tanpa ada yang sedar hingga satu pagi, ana hanya mampu menghantar sms;

"Sayang akak..."

Kerana itu saja yang mampu ana lahirkan dari hati tika itu, dialah antara insan yang bertanggungjawab memulihkan semangat ana disaat terduduk sendiri. Kala itu, ana merasakan perkataan "fasobrun jamil" (sifat sabar itu cantik) tersangatlah mahal berbanding segala yang ana pernah miliki. Iya, SABAR saat menghadapi ujian. Selalu juga ana muhasabah, "aku tidak ikhlas dengan ujian ini... Hanya mulut memujuk hati tetapi hati tidak mahu memujuk jiwa yang terduduk."

Iya, sabar saja tidak cukup untuk melalui frasa ujian yang hadir. Hati perlu ikhlas dan sentiasa berlapang dada, masih banyak penyakit hati yang bersarang. Tetapi, lirih ana masih berterusan. Setiap malam bersulamkan air mata, ana berbicara dengan Allah. Bertemankan unggas dan cengkerik, ana menangis seperti anak kecil yang kehilangan ibu.

"Ya Rabb, aku rindu pada suara yang membangkitkan aku dari lena ini... Bantulah..."

Entah berapa kali ana melirih hingga tidur juga dalam keadaan air mata yang masih bertakung. Iya, keesokan harinya Allah menggerakkan hati seorang insan yang teramat ana rindu, sodiki hakiki... Siti Nur Aisyah. Ukhti menalifon ana, sebak sangat tetapi ana cuba mengawal diri. Sebak kerana diri ini masih diingati dalam kesibukan ukhti... Sebak kerana Allah sentiasa menghadirkan teman saat ana terkontang-kanting. Syukur tak terhingga... Allah saja yang tahu bagaimana perasaan tika itu.

Semalam, ana berbicara dengan seorang teman mengenai niqab. Bukan kerana id ana niqobgirl maka ana bicara soal niqab tetapi mengenai kenyataan seorang Syeikh Azhar (Syeikh Tantawi) yang mahu melarang pelajar di bawah Universiti Al-Azhar dari memakai niqab antara kenyataannya menyebut; niqab tidak ada kena mengena dengan Islam, ianya hanya adat.

p.s: Selepas solat Jumaat dengar khabar ada rapat umum di Mesir... Jemput ye :)

Terpukul dengan kenyataan ini, panjang juga bicara hati seorang ukhti mengenai niqab (dari pengalamannya). Ana memanjangkan perkara ini dengan seorang teman, ana tersenyum. Biarlah... Isinya menjadi rahsia di dalam kotak sms :) Pagi ini ana tersenyum dengan lebih luas (waaa... sila jangan snap gambar ana!) apabila membaca satu blog, kisah seorang usahawanita berjaya -Pn Rozita Pengasas Sendayu Tinggi.

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Subhanallah... Terima kasih ya Allah kerana menemukan kisah ini kepada diri yang sedang tersenyum. Yakinlah wahai hati, ALLAH MENDENGAR SUARAKU.

4 leaves:

~ummusumayyah~ 8 October 2009 at 12:07  

Salam 'alaik..

moga ukhti sihat..jalan2 baru terjumpe blog nih..bagus penulisan ukhti..menarik sekali..barakallahu fiik.. =)

Anonymous,  8 October 2009 at 16:00  

salam adik syira,

Mari kita sama-sama banyakkan bersabar ye....tiada manusia yang tidak diuji oleh allah...allah makin sayangkan kte....tabahkan hati, makin dekat dengan-Nya

semua masih ada di cc syira...bersyukurlah syira.

wp org sekeliling tak mendengar rintihan kte...Allah Maha Mendengar keluhan & rintihan hati kte sbg manusia..berdoa smeoga dipermudahkan allah selalu jln hidup ye

Insyirah 8 October 2009 at 16:38  

Wa'alaikumussalam ukht Filzah Al-Safi :)

Terima kasih atas ziarah blog ana yang tak seberapa. Barakillahu fiik :)

Insyirah 8 October 2009 at 16:40  

Salam kak Mia :)

Alhamdulillah, banyak sangat yang berlaku hari ini. Hati terasa sangat la gembira, alhamdulillah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.

Hayya bil jihad...! :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO