"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

15 October 2009

Hanya Ibarat Tandas

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, akhirnya ana telah kembali bertemu dengan laptop+broadband yang telah dibawa lari oleh abi. Holala... Rindu juga dengan laptop kesayangan tambahan pula tulisan-tulisan semuanya di simpan dalam laptop dan salinan ke dalam privet blog. Bila tiada laptop, ana tak tahu nak buat apa. Layan buku di rumah, pesan pada Aiman belikan buku Rindu Bau Pohon Tin tulisan Ustaz Hasrizal (Abu Saif) kalau jumpa tetapi dia tak pula berusaha mencari.

Dah tak tahu nak buat apa, akhirnya mula me'ligat'kan diri atau dalam erti kata lain menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang sekian lama ana tak lakukan ; mencuci tandas. Seingat ana, mungkin sudah 4-5 bulan ana tidak melakukan perkara tersebut. Sepanjang tempoh sakit belakang (sebelum puasa) haritu ana tak buat terapi pun, yeay yeay!! Hanya buat senaman sikit dan ummi sabar melayan ana, setiap malam sapu air zam-zam pada tulang belakang dan kaki. Alhamdulillah, dah boleh bergerak :)

Kiranya minggu ni boleh dikatakan ana jadi anak burung yang baru boleh terbang terus keluar sarang! Siap berjalan keluar rumah (without wheel chair or tongkat) dan tiba-tiba jadi rama-rama yang baru keluar kepompom, habis rumah di 'overhaul' sebab ana dah sakit mata melihat rumah seperti mengalami zon perang. Sarung bantal, cadar dan selimut yang diguna pakai semasa kaum kerabat datang pada raya ke-7 yang lalu, hihihi baru harini selesai menyimpan. Alhamdulillah, ada hikmah laptop 'dibawa lari'.

Cerita tentang TANDAS. Bukan nak cakap tandas di rumah warna apa, apa isinya atau bagaimana design tandas rumah ana. Tetapi yang nak dibawa membebel malam ini ialah kaitan KITA dan tandas :) Seorang sahabat pernah memberitahu kepada ana:

"Adik, hidup ni umpama tandas je."

Gurlp. Bayangkan, macam 'hina' sangat sebuah kehidupan ini apabila disamakan dengan tandas. Kalau diibaratkan seperti sampan/kapal yang berlayar di lautan tu boleh lagi diterima bahkan banyak je mutiara kata mengaitkan kita dan lautan, ibarat nakhoda dan sebagainya tetapi apabila dikaitkan dengan tandas... Fuh... Dup dap dup dap.

"Setiap rumah memerlukan tandas, kalau tak ada tandas pun masalah juga. Tetapi, kita tak perlu duduk lama-lama di dalam tandas kerana itu tempat yang kotor, tempat syaitan. Sama juga seperti kehidupan kita di dunia, kita hanya singgah di dunia mengambil (atau mengumpul) keperluan untuk bekalan kita menuju perjalanan seterusnya. Kita tak perlu berlama-lama di dalam tandas kerana ianya kotor, busuk. Dunia juga begitu, raihlah sebanyak mungkin peluang kebaikan untuk dilakukan kerana dunia hanya ibarat tandas. Perlu tetapi jangan lama-lama."


Mendalam sungguh maksudnya. Allahuakbar. Satu lagi kisah yang ana nak bawakan ialah mengenai seorang hamba Allah. Beliau seorang yang memang boleh dikategorikan sebagai anak orang kaya, seorang anak yang berbapakan TAN SRI. Hidup dilimpahi kemewahan dan kesenangan. Tetapi merasakan kekurangan iaitu nur islam. Alhamdulillah, beliau mendapat nur semasa berkelana di bumi matahari terbit (Jepun) dalam tempoh belajar perniagaan.

Kemudian, beliau dalami islam. Alhamdulillah, perubahan demi perubahan dilakukan (sehingga ada yang kelihatan sangat drastik). Sehingga satu hari, beliau melakukan perkara yang paling 'jijik' iaitu mencuci tandas. Selepas mencuci tandas, beliau menangis sepuas-puasnya. Sebelum ini beliau merasa jijik nak memegang berus apatah lagi membayangkan untuk berus tandas yang selama ini digunakan. Menangis kerana merasakan dirinya jauh lebih hina. Ya Rabb...

Seharian beliau tidak 'membenarkan' kedua tangannya memegang makanan lantaran masih membayangkan kedua tangannya membasuh tandas. Akhirnya, beliau merasakan membasuh tandas adalah bentuk melatih untuk merasa JIWA HAMBA, supaya lebih menghormati orang lain dan sedar bahawa dia sangat hina disisi Allah.

Mudah saja motivasinya; cuci tandas.

Kalau dahulu saiz bilik saja sudah seperti sebuah rumah, kini... :)

Semoga Allah melimpahi dirimu dengan kebaikan, rahmat dan kebahagiaan hakiki. Ameen ya Rabb.

p/s: Semoga bebelan malam ini ada manfaatnya. Penat la... Hehehe, penat mewarna kerja sekolah adik. Semalam proses melukis, hihihi... Cik Mie, selamat men'decorate' tadika yaaa!

1 leaves:

Cleaner,  16 October 2009 at 09:48  

Slm ukht.
Tersentap ati bc entri ni, krn kisah ke-2 tsebut. doakn sy. tq atas nasihat n sokongan.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO