Duhai Wanita
Bismillahirrahmanirrahim :)
Semalam, Babah Saif sms pada lewat petang bertanya perihal wanita. Program di Manjung selama 3 hari 2 malam bersama peserta WANITA memang (ana rasa la) membuat seorang lelaki pening. Hihihi. Bertanyalah kepada seorang wanita (ehe, wanita ea? apa-apa je la syirah!) dan ana menjawab dari sudut psikologi. Itu saja yang mampu, kalau nak jawab dari sudut lain-lain tu rasanya bukan ana layak nak menjawab.
"Apa yang membuatkan anak babah rasa bangga menjadi wanita?"
Jujur. Ana menggaru kepala seketika. Bangga jadi wanita. Apa faktor rasa bangga ye. Sebenarnya, jawapan semalam adalah dari tahap 'kekeliruan' minda dan otak kerana ana sedang mengajar Fadilah (da Humairah wa Ibtisam) matematik dan ditanya soalan ini otak secara automatiknya perlu rehat seketika. Hihi, jawapan karutan adalah:
"Saya berbangga menjadi seorang wanita kerana... doa seorang wanita (ibu) lebih makbul dari lelaki (ayah) kerana wanita lebih penyayang dari lelaki. Selain itu, perempuan berjiwa halus dan empati yang lebih tinggi berbanding lelaki. Perempuan juga dikenali sebagai makhluk 'rabun jauh' dan lelaki pula makhluk 'rabun dekat' kerana perempuan suka (tak semestinya) memikirkan perkara yang remeh temeh sebaliknya lelaki tak suka perkara remeh temeh kerana lelaki banyak berfikir perkara yang besar dan penting."
Tetapi apabila pandangan remeh dan besar digabungkan insya Allah tak perlu 'pakai spec', perempuan adakala tak ingat tarikh lahir atau ulangtahun perkahwinan ianya menjadi satu isu yang sangat hebat untuk berperang mulut dan muka dengan suami, muka yang ayu boleh muncung seperti Donald Duck hanya kerana isu remeh temeh yang mana bagi lelaki ia tidak penting. Pertembungan 2 watak ini... Sebaliknya apabila diambil disisi positif, insya Allah menjadi saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Sunnatullahnya begitu, iye dak? :)
Perempuan seorang makhluk yang berjiwa halus, FIKIRAN ADALAH PADA HATINYA... Oleh itu, sekiranya mahu menasihati ataupun berbincang dengan makhluk bernama wanita (eh, ismi Insyirah okay! :P) lihat pada emosinya. Kalau emosi baik insya Allah lebih mudah untuk menegur atau menasihati, sekiranya emosi terganggu biarkan sejenak untuk berfikir (menenangkan gelodak emosinya) kemudian barulah berbincang. Wanita beriman mudah untuk menenteramkan emosinya kerana baginya Allah adalah segala-galanya.
Hati yang tenang juga insya Allah akan melahirkan pemikiran yang hebat, tidak mudah tersinggung dengan sikap 'rabun dekat' lelaki, hihihi. Oleh itu, sebagai wanita peliharalah hati sebaiknya. Al-haya' uminal imaan. Malu itu sebahagian dari iman, kalau lihat perempuan yang tidak menutup aurat itu tandanya tidak malu, tidak malu pula adalah ciri tidak beriman dengan sempurna. Wallahua'lam.
"Tokoh wanita yang memberi sumbangan kepada Islam?"
Hihi, ana terpaksa membuka buku sirah kembali. Maklum la dah tua-tua ni ingatan pun tumpul. Selain tokoh srikandi Islam yang mahsyur seperti Saidatina Khadijah, Aisyah r.a, Fatimah r.a, ana sengaja mencungkil bingkisan sejarah seorang wanita mulia.
Atikah Binti Zaid Bin Amru Bin Nufail. Saidina Ali pernah berseru : "Barangsiapa yang ingin mati syahid dengan cepat, kahwini Atikah!"
Wanita hebat ini sangat terkenal sebagai wanita yang pintar, cerdas, fasih dan juga cantik. Beliau pernah berkahwin dengan Abdullah Bin Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Zubair Bin Awwam, *Atikah pernah menolak lamaran dari Saidina Ali* dan akhirnya menikah dengan Husin Bin Abi Thalib.
Husin Bin Abi Thalib adalah suami terakhir Atikah, apabila dilamar oleh Marwan Atikah berkata : "Aku tidak ingin lagi mempunyai mertua setelah Rasulullah."
Wanita hebat ini menjadi sayap kiri yang istimewa dimata ana pada seorang lelaki kerana SEMUA yang pernah menjadi suaminya gugur sebagai syuhada. Subhanallah, sebaik-baik kematian. Alhamdulillah.
Seorang wanita yang lemah sebenarnya mampu mengalahkan seorang lelaki gagah hanya dengan kuasa pujuk rayuannya. Oleh itu, alangkah indahnya hai wanita sekelian andai pujuk rayu itu mampu menambah cas pada iman seorang lelaki bernama suami untuk thabat dalam perjuangan.
Teori 'rabun jauh' dan 'rabun dekat' itu tak semestinya diaplikasi dalam sebuah baitul muslim (nanti salah sangka pula) tetapi ianya boleh diaplikasi dalam perjuangan, jemaah, adik-beradik, rakan sepejabat dan semua sudut selagi ianya untuk dijadikan manfaat bersama.
Ini hanyalah sedikit dari 'syarahan' ana kepada babah. Urm, masih pening mahu menaip panjang, apapun semoga kita menjadi MUSLIMAH yang sangat mementingkan akhlaq islami. Peliharalah malu... :)
p/s: Mampukah dibawa diri ini terbang ke Manjung... Cemburunyaaaa... :(
1 leaves:
mudah-mudahan seperti yg insyirah doakan.......menjadi wanita solehah & gunakan kelebihan wanita demi menerangi Islam hendaknya
Post a Comment