Teratak Yang Mendamaikan
Bismillahirrahmanirrahim :)
Alhamdulillah, harini sedikit bersemangat. Hihi, seusai baca satu penulisan pada awal pagi terus berkobar-kobar semangat. Yey! Chayok! Chayok! Hihi, nampaknya kene well behave disebabkan blog ini sudah menjadi tempat lepak adik-adikku serta abi (pak cik dan mungkin pak uteh).
Beberapa hari lalu, abi kelihatan khusyuk mengadap laptop kesayangan ana. Ana sangkakan abi baca e-mail lantaran kesibukan pergi site buat abi tidak sempat masuk ke pejabat. Sekali, terkejut rupanya abi sedang 'menelaah' blog ana. Hihihi. Fadilah dan Mahfuzah banyak copy artikel dalam blog ke dalam folder peribadi mereka. Pagi ini, ana menggaru kepala yang tidak gatal memikirkan apa nak dibuat dengan blog ini kerana pada pendapat ana, ia boleh dijadikan saluran untuk memotivasikan adik-adik lantaran mereka yang gemar membaca. Insya Allah.
Mungkin tulisan tetap sengal tetapi cuba dipulihkan sedikit demi sedikit, tidak mahu penulisan menjadi terlalu berat dan tidak pula terlalu merepek. Apapun, blog ini blog peribadi yang tidak tertakluk kepada mana-mana insan lain selain empunya blog. Ngeh ngeh ngeh... Kecualilah kalau ada yang nak jadi partner blog ana, lalalalaaaa...
Ana sangat teringin nak makan Rose Chicken (Ayam Mawar, cececeee...) tetapi ahli baeyt hampir semuanya sedang demam dan ummi agak teruk. Harapnya hanya demam biasa, bukan ILI (Influenza Like Illness). Huhu. Jadi, untuk memasak Rose Chicken pada tahap kesihatan yang tidak memuaskan amatlah kejam. Semasa Babah Saif dan sahabatnya bertandang, banyak kali ummi bertanya "Nak masak apa ye?." Ana sendiri tidak tahu menu apa yang nak dimasak.
Dalam kepala sudah bercadang untuk memasak Rose Chicken tetapi ana takut Babah Saif takut nak makan tengok ayam seekor atas meja. Huhu. Makanya, ayam itu dipotong menjadi bahagian yang kecil sehingga menjadi rendang ayam. Terjebak juga rupanya ana dengan Novel Ayat-Ayat Cinta... Firoh masywi yang dimakan atas bumbung secara jemaah oleh Fahri dan sahabat-sahabat, firoh masywi dan juga Rose Chicken entahlah ada beza atau tidak.
Bezanya Rose Chicken memerlukan bahan penyedap seperti roti. Rose Chicken juga dimakan dengan nasi yang digoreng (tak sesuai makan dengan nasi putih), side menu pula kentang goreng (atau lenyek) dengan coleslow. Phewww...! Terliur menaip semua ni. Bila fikir tentang menu masakan, sudah agak lama ana tak buat Chicken Chop. Kenapa ana asyik memikirkan ayam? Entah la... Ana bukan mengidam cuma teringin je :)
Masa ziarah Kak Syifa', pernah bawa Rose Chicken dan nasi goreng tanpa coleslow dan juga kentang goreng tetapi... licin, hihihi. Sedap tak kak? <-- perasannnnn.
Untuk menyedapkan Rose Chicken juga, penggunakan microwave lebih baik dari oven. Hihi, isinya gebu dan lembut apabila dimasak dengan microwave. Nyummy!
Membaca blog tetamu yang bertandang ke rumah, katanya teratak damai. Iya, kawasan rumah yang sunyi, hanya bertemankan flora dan desiran air sungai di belakang rumah ditambah pula dengan keriuhan cengkerik di malam hari sangat meredakan pelupuk emosi yang cedera. Bulan ini, terasa sedikit istimewa kerana ramai tetamu datang dari jauh.
SaNaH HeLWa (dah lambat ni) untuk KeKaNdaku, Ahmad Farid yang menyambut ulangtahun perkahwinan, ehh.. nama pun sanah helwa jadi ulangtahun kelahiran yang ke-21 pada 24 Oktober yang lalu. Yeay, insya Allah next PRU dah boleh mengundi. Hihihihi. Mesti sedap kan suara nyanyian kami (adik-adiknya yang 4 orang ni) dihari lahirnya, kui kui kui. Nasib baik tak heart attack. Lalalalaaaa... Dah kaye nanti belanje orang tau, sponser tiked pergi Mesir. Ngeh ngeh ngeh!
Harap-harap misi membuat muffin menjadi, demam pun demam la... Aroma muffin yang menyegarkan nanti boleh la melupakan sejenak sakit tekak. Hihihi. Beberapa ketika ni setelah melakukan sedikit diet (yang sanggup ku hadapi), terasa cincin ni tunggu hari je nak masuk dalam pinggan nasi. Bila makan je mesti kena betulkan cincin, harap-harap tak jadi macam Mak Cik. Hihi, cincinnya masuk dalam adunan cucur, masuk freezer dan goreng, dihidangkan, makan... erk! Jumpa cincin dalam cucur. Sabar je lah. Hihihi.
Dalam hati... "Eh, panjang umur tahun depan dah 20 tahun..." Ngeh ngeh ngeh... Tak de gigi palsu lagi okay! Syuttt, jangan cakap besar nanti jatuh tersungkur tetiba patah gigi sehari sebelum birthday terus la takde gigi sebelum 20 tahun. Huhuhu...
10 leaves:
salam adikku sayang...
panjang2 ira tulis nie mata akk nmpak satu mende jer...CHIKEN ROSE..walla...sedap banget..hehehe..ntah bila bley buat yer...
jga kesihatan dik..moga Allah permudahkan semuanya untuk kita.ameen.
Assalamu'alaikum. Takde mende lain ke nak citer, asyik citer makan je budak ni. Telan airliur je lah membacanya! Nasib baik x ngidam ke hape, kalau tak naya je anak keluaq nanti meleleh je alaq lioq. (Awat cakap peghak versi kedah ni?) Huhu...
salam syira....mmg nampak chicken rose...dlm sakit, kak mia dtg menjenguk lg di sini....gembira blebc blog adik ni
Salam Kak Syifa :)
Rose chicken telah menjatuh cintakan ahli baeyt akak pada diriku.. hik hik hik (perasannya)
Salam Kak Mia :)
Semoga Allah menganugerahkan kesabaran untuk akak, insya Allah.
Wa'alaikumussalam whb ukhti balqis. insya Allah ada rezeki nanti kita buat rose chicken ye, anti kejar la chicken tu pastu sembelih, buang bulu dan semua2 dah siap basuh dan wangi (jangan lupe sabon dan syampoo skali) baru ana akan selinsing tangan utk masak je... hehehe :P
salam. insyirah, mohon resepi muffin nya boleh? syukran.
Assalamu'alaikum Azi...hihi, ni yang ana rasa nak terjun dalam sungai belakang rumah jerk. Minta resepi ek? Ana beli yang dalam kotak tu, dah siap semua sukatan + bahan2, ana cuma perlu ikut arahan dan bakar je... Huhuhu...
Assalamu'alaikum dik syira, nape susah2 nak kejar ayam tu kite beli je la ayam yg dah siap proses kat pasar. He3 simpan jek tenaga utk masak :P
dah tau dah cmne ayam ros tu sedap, upernya dik syira sabon siap sampu lagi yek, isk3... pasni nak try la, hi3.
salam. insyirah, boleh tau jenamanya ke? sbb nmpk mcm sdp. :)
Post a Comment