Tatkala Hati Teruji
Bismillahirrahmanirrahim :)
Salam kasih sayang buat sahabat-sahabat, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hari membawa sinar dan bahagia buat umat Islam. Hari yang memberi keyakinan kepada kita melangkah lebih ke hadapan. Hari yang membawa perubahan positif ke atas iman, iman dan akhlaq kita. Insya Allah.
Senyumlah di pagi hari. Senyum seindah dan sehangat suria. Semoga permulaan hari yang mempunyai mind set positif mampu memberi natijah yang positif atas gerak kerja yang kita lakukan sepanjang hari, insya Allah.
Hari ini, ana sekadar mahu berkongsi cerita bersama teman-teman. Hanya cerita biasa, tiada yang luar biasa berbanding antum yang hebat. Sekadar berkongsi rasa, bukan rahsia. :)
SEMALAM, ana gembira dan bahagia dengan sesuatu anugerah yang tersangat bernilai dalam hidup ana. Sepanjang berkelana di bumi Allah, selain diberikan hadiah dari abi wa ummi menunaikan umrah, Allah anugerahkan sesuatu yang tidak ternilai... Kasih sayang Allah. Teringat ana akan kata-kata seorang ukhti;
Kita hidup hanya bersandarkan rahmat Allah, walau amal setinggi gunung turnisa belum tentu kita ke Syurga selain dengan rahmat Allah.
Iya, rahmat (kasih sayang) yang terlalu luas. Ada yang merasa ujian sebagai bala bencana, malah mencaci maki akan apa yang berlaku ke atasnya. Ada pula yang berkata 'aku redha dengan ujian ini' tetapi masih berkeluh kesah dan memikirkan apa yang bakal berlaku tetapi tidak berusaha untuk membaiki diri (motivasi) pada saat genting itu. Ada pula yang hanya diam dan mengharap Allah akan berikan taufiq Nya tanpa ada apa-apa usaha, ibarat menanti bulan jatuh ke riba. Masing-masing dengan 'fikiran' yang tersendiri.
Bukanlah ujian itu tarbiyyah? Tetapi sejauh mana kita melihat hikmah dan berfikir akan 'ibrah yang perlu kita muhasabah kembali? Sejauh mana kita membina tembok keyakinan pada Rabb? Sejauh mana kita memberi HATI kepada Allah, sebanyak cinta pada kekasih hati atau bagaimana caranya.
Secara jujurnya, ana tidak berupaya menjawab soalan-soalan ini. Hanyalah insan kerdil, dhaif, faqir lagi hina disisi Allah. Tetapi, satu yang ana cuba sematkan pada hati ialah ALLAH SENTIASA MENDENGAR SUARA ANA. Maka, sekiranya ana hanya mampu menangis mencari kekuatan bagi memotivasikan diri kala terjatuh, terduduk mahupun tersungkur. Ana cuba menjahit kembali baju yang terkoyak walaupun jari masih berdarah kerana ana sendiri perlu bangun dan kembali berjalan!
Kalau hanya air mata mampu memberikan keyakinan pada ana, maka nangis adalah terapi paling berkesan (untuk ana je la, bagi orang lain wallahua'lam) untuk mendidik hati bahawa tiada apa yang Allah datangkan kecuali untuk kebaikan buat kita. Terkadang hati dan fikiran disibukkan dengan perkara remeh temeh, maka itulah yang mengusutkan fikiran yang bersarang! Luaskan skop berfikir, cas ion positif dan aturlah langkah. Jangan fikir apakah kita akan jatuh kembali tetapi berusaha bagi mengelakkan kita jatuh di lubang yang sama! Berhati-hatilah melangkah :)
When Allah drops pins and needles along your path of life, don't step away. Pick it up and collect them. They're designed to teach you to be strong and wise.
Ana tidak punya banyak pengalaman seperti antum/antunna yang memang sangat jauh hebat berbanding ana. Tetapi, ana hanya mahu berkongsi sedikit pengalaman ini yang mengajar ana melangkah walaupun menggunakan sebelah kaki (ia hanya metafora dalam bahasa).
Kunci keyakinan, BERDOALAH kepada Allah dengan jiwa hamba, merasa bahawa diri adalah hamba Allah adalah ubat bagi mengelak kita mendabik dada apatah lagi tika bersimpuh di hadapan Allah. Ana hanya bercakap menggunakan pengalaman, sudut teori wallahua'lam kalian jauh lebih arif. :)
Ana mempunyai satu pengharapan yang sangat besar dan berat. Ana pikul dengan hati yang tak henti menangis, ada masa hanya mampu tersenyum bagi memotivasikan diri. Bahagiakan hati dengan keindahan-keindahan sifat Allah, ar-Rahman, ar-Rahim, al-Latif... Ana hanya mampu berdoa kerana itu saja yang terdaya ana lakukan. Merintih kepada Allah.
Hampir 5 tahun ana menyimpan harapan besar tersebut. Jatuh, tersungkur, gagal berkali-kali tidak buat ana lumpuh walaupun ana hampir putus asa. Tetapi Allah ingatkan kembali; Putus asa hanyalah sifat orang kafir.
Maka, ana atur kembali langkah, bina keyakinan dan muhasabah diri. Tidak pernah terlupa memberi sinar (yang mungkin dirasakan samar-samar kelabu asap) buat qalbi bahawa Allah hanya mahu menguji kesungguhan ana. Bersungguh, berusaha dan terus merintih disisi Nya. Seringkali ana 'bersastera' dengan Pemilik diri ini. Ana tahu, Allah tidak akan membiarkan ana sendiri melainkan ana yang menjauhkan diri dari Nya. Na'uzubillah. Astaghfirullah hal azhim...
Ya Hannan... Jangan diberikan ujian berat hingga tak mampu aku pikul, aku melukut di tepian rahmat Mu mengharapkan titis embun maghfirah dari Mu, aku mendamba wangian kasturi di kamar hatiku supaya aku melangkah yakin ke arah Mu, pimpinlah aku ibarat pasangan yang sedang masyuk di alam percintaan, tuntunlah tapak kaki ku ke arah Mu supaya aku yakin tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu... Ya Latif... gemburkanlah perasaan ini hanya pada Mu. Ya Rahman, titipkan kemanisan perjuangan ini agar aku mampu bangkit dan berjalan ke arah cinta Mu. Ya Rahim, hanya pada Mu ku berserah diri, terimalah ya Allah...
Gagal berkali-kali, air mata acapkali gugur tanpa ana sedari tetapi harapan yang diletakkan pada Rabbul Izzati tidak sekali-kali ana calari. Setiap kali kegagalan (perkara yang sama) ana menjahit kembali, mengutip serpihan sabar yang bertebaran... "Allah hanya mahu menguji kesungguhan ku! Baiki diri, baiki diri, baiki diri. Muhasabahlah."
Setelah melalui jalan berliku, 5 tahun bukanlah tempoh yang panjang dibandingkan dengan perjuangan sahabat-sahabat (yang sedang membaca) yang hebat. 5 tahun terlalu pendek, tetapi sangat mengajar ana untuk tidak menyerah kalah.
Untuk Kak Mia:
Luaskan skop pemikiran agar tidak memikirkan perkara-perkara yang 'kecil' bagi orang lain yang mungkin tidak menghargai akak. Bergaullah dengan orang ramai supaya kita tahu hidup ini tidak sesusah (serumit) yang kita fikir, mudahkan diri, lapangkan fikiran dan berbaik sangkalah dengan orang :) Jangan sedih atas perkara yang tidak mendangkan manfaat, berusahalan mencipta kebahagiaan. Hidup ini indah.
Saat ana bahagia, sebenarnya terlalu ramai sahabat-sahabat yang sedang berduka. Maafkan ana sahabat-sahabat, ana sekadar mahu berkongsi picisan dari perasaan ini semoga kalian turut merasai kegembiraan ini. Bukan ana menidakkan perasaan kalian yang sedang sedih, tetapi seandainya kesedihan itu racun yang membunuh perlukah kita menelannya?
Terima kasih ya Allah di atas anugerah ini... Jadikan kami hamba-hamba yang bersyukur atas nikmat Mu, bersabar atas ujian Mu. Ameen.
~ fi Nur Islam ~
p/s: Tenang dengan alunan dari Hijjaz ' Allah Maha Penyayang '
9 leaves:
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan
kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup untuk kami
memikulnya. Maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah
Penolong kami, maka bantulah kami terhadap kaum yang kafir.
Ya Allah Ya tuhan kami
Ya Allah yang Maha Mendengar...
sesungguhnya telah banyak kali daku terjatuh namun dikau sambut tanganku..lalu kutemui entry ini..seolah menyedarkanku agar jangan sesekali serik untuk bangkit lagi. insyaAllah semoga ukhti terus tabah...
Salam'alaik buat adekku yg selalu di hati akak..
Hanya terukir satu senyuman. Pasti adek memahami apa yg akak bicarakan padamu, sayang..Ingat, Allah sgt2 dekat dengan kita. Rahmat Allah lah yg harus kita minta sebab kita hamba..Hamba yg tak layak untuk meminta tetapi menerima atas segala2 ketentuanNYA.Anggaplah segala2nya sebagai angin lalu yg esoknya ia akan bertukar menjadi pagi yang cerah..
Akak sayang adek walau kita jauh..semoga adek tabah..
p/s: adek seorang yg sangat2 hebat di hati akak..:)
assalamualaikum..
sudah sebulan ana mengikuti blog ukhti ni..
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..ucapan sabar dan tabah dari pelbagai pihak bukan hanya berupa kata-kata penyedap hati buat ukhti..ketahuilah ianya mengandungi doa penguat jiwa, pemangkin kekuatan buat ukhti..
setiap orang punya medan pertempuran sendiri..ada yg cedera kesakitan akibat kesan peperangan, ada yang berusaha supaya tidak lalai dengan kekayaan dan lain-lain.
a'la kulli hal, mardhatillah yg di cari..
Assalamu'alaikum buat semua pemberi komen :)
Terima kasih di atas kata-kata yang kalian titipkan, insya Allah semoga Allah membalas dengan sebaik-baik pembalasan.
p/s: Maaf, masih 'hibernate' :)
Subhanallah...
Saya tak pasti bagaimana boleh terjumpa blog ini. Bila baca entry ni, terus buat saya terpaku jap.
Hati menjadi sejuk. Saya print kata-kata entry untuk bacaan di kelapangan nti. Terima kasih ye. :)
akak, nak pinjam teddy bear blh? seb baik tak letak gambar panda lalala
Seseorang hamba tidak akan masuk ke syurga dengan 'amalannya, tetapi dengan rahmat ALLAH. Namun kedudukan dalam syurga pula bergantung kepada 'amalannya pula. Moga ALLAH terus merahmati kita dengan mentaati-Nya dengan sebaik-baik ketaatan.
salam ..to adik syira,
kak mia tinggalkan nota balasan di my blog..maafkan kak mia jika adik tersinggung hati @ akak ada tersalah kata.
http://mia-ina.blogspot.com/2009/10/tatkala-hati-teruji-ya-rabbmaafkan-aku.html
Post a Comment