Tribute For Him
Bismillahirrahmanirrahim :)
(Seorang teman sudah menegur kerana beberapa ketika ini ana acapkali menulis menggunakan bahasa Inggeris, jadi beliau harap 'amalan' ini tidak diteruskan kerana beliau rasa ada yang tak kena dengan ana. Jadi, tajuknya biarlah dalam bahasa Inggeris sebab rasa nak menaip sebegitu.) =P
Thanks for the comment my friend! I'm OK (^_~)
Harini 7 Oktober 2009.
Adik lelaki (the only lil bro I had) ana sedang bertempur di medan peperiksaan untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR). Beliau seorang yang errrr... slumber (mungkinkah?) untuk tidak mahu mendengar cakap ana supaya struggle untuk menempuh peperiksaan kerana dari pengalaman ana yang lalu, PMR mungkin tidak 'sepenting' SPM tetapi kalau PMR tidak memberangsangkan maka di tingkatan 4 nanti sangat la menderita apabila dicampak ke aliran yang mempunyai pelajar bermasalah.
Adik lelaki ana juga sebenarnya pandai tetapi sangatlah malas sampai dah tak larat lagi nak cakap macammana supaya dia study. Dia hanya nampak 'rajin' bila ada homework Math (haha, I knew who teach him Math) tetapi bila yang lain tu dia tetap buat muka slumber malahan sabtu+ahad yang lalu boleh lagi beliau mengajak ahli keluarga membuat rombongan ke Sungai Buloh for my theraphy! Ceh, ampes punya budak.
"Argh... Tak de, tak de... Duduk je rumah diam-diam, kan nak exam."
Markah penuh untuk ana. Alasan kukuh tak nak pergi buat terapi, holalala... Walaupun beliau agak suka membuli adik-adiknya membuat apa yang sepatutnya dia buat (Ummi suruh dia angkat kain, dia 'sub' pada mahfuzah untuk angkat kain kemudian mahfuzah 'sub' pada fadilah untuk angkat kain. Mujur dah tak de yang lebih kecil, kalau tidak 'sub' lagi la... adeiiii...)
Tetapi, dalam masalah keras kepala beliau yang menyimpan rambut panjang (geram giler tengok rambut dia, hoh!) beliau seorang yang kelakar. Hihihi... Kalau dia slumber je nak mengutuk dan memerli ana, terkadang dari nak merajuk (ngada seh ana kalau di rumah... hoho) ana terus ketawa guling-guling... (yang ni sohih menipu jer)
Hihi, nampak sangat Aiman sangat malas belajar kan? Hingga ummi sanggup berkata begitu!
"Hehehee... Pastu Aiman lari, tak balik Malaysia dah. Aiman duduk je kat Mekah, hafaz Quran tuh. Pastu abi dengan ummi buat umrah, ziarah Aiman sekali pergh Aiman yang jadi mutawif... 'iya bapak-bapak, ibu-ibu sekalian...' nak buat macammana dah negro driver bas pun cakap Indon juga. Pastu datang buat haji pulak, ceh Aiman dah boleh cakap Arab perghhh... Lagi kelas! Nanti Aiman cakap dengan Ustaz (ouh, auto sensored), dia pun tak faham. Punya kelassss bahasa arab Aiman."
Tak ke haru ada adik macam ni... Haiyok! Haiyok!
Semalam abi pergi open house di rumah jiran, balik rumah selepas Isyak sebelum nap abi cerita; "Suami Kak Laila dalam masa 2 hari ni sudah 6X pergi Indon hantar misi bantuan. Nak tau apa orang Indon buat? Dorang lempar batu kat pesawat TUDM Malaysia. Hampes betul, orang hantar makanan dorang buat macam tu. Orang Malaysia baik sangat, selalu bantu dorang tapi dorang hampes! Konon marah pasal isu dera pembantu Indon (yang ni bukan semua la, banyak juga maid yang baik dan majikan baik) dan kerajaan giat banteras PATI (pendatang asing tanpa izin)."
Isk... Terkadang memikir juga kepala ni, napa la mereka selalu ditimpa ujian? Pikir la sendiri. Orang bagi bantuan, dorang tak bersyukur pula. (TUDM tak jatuhkan bom pun dah cukup baik kan, lalalala...) - Menghasut pula... kang muka ana masuk TV, kene tahan ISA. Huhuhu...
0 leaves:
Post a Comment