"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

29 September 2010

Istikharah, Mimpi & Gerak Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Kes 1

Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi.


Kes 2

Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut . Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah.


Kes 3

Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya.


Masalah Istikharah

1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah


عن ‏ ‏جابر بن عبد الله ‏ ‏قال ‏
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يعلمنا ‏ ‏ الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول ‏ ‏إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏

Maksudnya : Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya: Adalah Nabi s.a.w. mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):

ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏


‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي بكر الصديق ‏
أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان إذا أراد أمرا قال ‏ ‏اللهم ‏ ‏ خر لي ‏ ‏ واختر لي ‏

Maksudnya : Dari Aisyah r.a. meriwayatkan dari Abu Bakr as Siddiq bahawa Nabi s.a.w. apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : "Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku."

عن ‏ ‏جابر ‏ ‏قال ‏
قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه ‏

Maksudnya: Dari Jabir r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)


2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah

Pertama:

Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana Nabi s.a.w. menyatakan dalam hadis:

إذا همّ أحدكم بالأمر

Perkataan yang Nabi s.a.w. yang digunakan ialah " هم" yang bermaksud hasrat, dan bukannya " تردد" ( teragak-agak). Perkataan " همّ" adalah tahap sebelum " عزم"(keinginan kuat)

Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut

Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.


Kedua :

Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaja contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang 'grand', sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :


(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها((

Maksudnya : Adalah dia (Nabi s.a.w.) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara (Riwayat Tirmizi)


Ketiga :

Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi s.a.w. :

(( فليركع ركعتين من غير الفريضة.((

Maksudnya : Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu.

Penggunaan perkataan "من غير الفريضة"( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar Nabi s.a.w., maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah.


Keempat :

Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan.

Sila perhatikan kepada firman Allah s.w.t.:

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)) البقرة:216)

Maksudnya: Dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut.

Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya.


Kelima :

Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah "nur" yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t. terhadapnya, jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang.

Inilah beberapa salah faham yang perlu kita perbetulkan atau memberi kesedaran kepada yang masih lagi kurang jelas dalam permasalahan ini. Semoga ada kebaikan hasil dari tulisan ini.

****

Wallahua'lam.

Lewat kebelakangan ini, ramai yang meminta pandangan ana melalui permasalahan ISTIKHARAH atas urusan jodoh. Moga artikel ini ada manfaatnya kepada pembaca. Insya Allah.

Edit dari tulisan zauj.

Salam Sayang,
Insyirah Soleha.

Read more...

28 September 2010

Syurga Di Wajah Mu


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini bertarikh 28 September 2010, genap usia ummi 48 tahun. Tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu, kalau dahulu ana selalu cium dan peluk ummi di waktu pagi, tahun ini peluang itu tidak ada. Memasak sesuatu masakan kegemaran ummi, tahun ini sekadar menghantar ucapan sms dan kiriman doa sahaja. Alhamdulillah.

Kehidupan sudah berubah dan waktu yang selalu mendidik untuk mengambil 'ibrah dari apa yang berlaku. Minggu lepas, encik zauj merancang untuk menghantar ana balik ke rumah keluarga ana hari ini. Hihi, tapi malam ini zauj ada kuliah jadi ana rasa mengada-ngada pula kalau zauj menghantar balik dan terpaksa kembali ke Sungai Buloh semula. No, no, no... Nak naik keretapi tapi zauj kesian dengan ana sebab keretapi tak berhenti depan pintu rumah. Hoho! Nak suruh abi buat kereta kebel (read : kereta kebel NOT kereta kebal :P) dari Sungai Buloh ke Jor. Hihihi...

Selalunya, orang menjaga ana sakit tetapi kali ni Allah beri peluang untuk jaga orang sakit. Baru faham perasaan orang yang menjaga orang sakit ni sebenarnya sangat-sangat tidak best! Rasa kesian dan kalau boleh biar pindahkan sakit tu pada ana daripada tengok orang sakit. Ya, encik zauj demam mungkin akibat beraya tempoh hari banyak minum ais. Ana mengaplikasi apa yang ummi selalu buat pada ana, pagi tadi badan zauj sangat panas...

Selepas subuh, beri zauj minum susu dan makan roti kemudian lap badannya dengan ais. Menggeletar tengok zauj menahan kesejukan tapi kuatkan juga hati dan lap keseluruhan badannya... Aduhai, kesian sangat. Tercalar hati perempuan ku, huhuhu. Kemudian, suhu badan zauj dah turun sedikit alhamdulillah. Mahu bawa ke klinik, ana bukan saja tidak ada lesen bahkan tidak pandai memandu. Biarkan zauj berehat.

Jam berputar dan waktu berlalu, sekejap badannya panas sekejap sejuk. Jam 10.30 pagi kejut zauj bangun dan suapkan sarapan. Tapi, sedikit sangat yang dimakan. Stress pula tengok orang sakit, selalunya diri sendiri yang sakit. Hehehe. Kalau boleh dipindahkan sakit tu pada ana kan mudah. Tapi, kalau ana pula yang sakit mesti encik zauj pula stress :P Jadi, biarkan sahaja encik zauj demam kerana ini adalah kesempatan buat ana untuk menjaga encik zauj macam baby... yeay!

Sekarang, ana cuba membayangkan betapa kuatnya hati ummi yang sangat setia menjaga ana di hospital dan begitu sabar melayan kerenah ana yang pelbagai. Bukan mudah nak jaga orang sakit, sensitif dan terkadang sukar untuk dijangka respon yang datang. Apatah lagi kalau tak tahu nak buat apa dan tak tahu apa yang diperlukan oleh orang yang sedang sakit... Hurm.

Beberapa minggu lepas, balik ke rumah keluarga ana dan mengambil peluang memasak bersama ummi bermaksud bersembang macam-macam dengan ummi ^_~ Hari yang lain pula, ana dan zauj memasak manakala ummi menyiang ikan dan lauk-lauk lain. Sedang memasak tiba-tiba ummi ketawa, terkejut juga ana. Kenapa pula ummi ni tiba-tiba ketawa sorang pula tu...

"Kenapa ummi?"

Ummi masih ketawa... Erk, musykil.

"Nasib baik la Saiful pandai masak, kalau ummi tanya abi macam tu... Abi jawab 'ikut suka la'." Ummi menyambung tawa yang belum selesai.

"Kenapa?"

"Sebab abi tak kisah, abi ikut je la.."

Baru ana faham maksud ummi, sedari awal memasak ana asyik bertanya pada zauj sukatan yang sepatutnya dan zauj sabar melayan soalan-soalan ana. Hohoho... Hari itu, jadi satu sesi kelakar sebab ana dan zauj asyik bergaduh dan ummi pula ketawa sendirian. Bila ummi ketawa, ana pandang zauj dan zauj buat tak tahu je... Pening ummi dengan keletah kami agaknya ^_^

Alhamdulillah, atas restu dan redha ummi dari awal... Ana yakin bahawa mendahulukan perasaan ummi akan membawa keberkatan kehidupan, insya Allah. Tersenyum pada tulisan dahulu tentang kedudukan istimewa seorang wanita bergelar ibu. Alhamdulillah. Alhamdulillah :)

Hari Ahad lalu, ummi dan abi datang ke Sungai Buloh... alhamdulillah, terlerai kerinduan pada mereka. Di rumah Pak Cik, sewaktu ummi duduk di atas kerusi dan ana duduk di atas lantai, menopang dagu di atas peha ummi sehingga Mak Teh menegur... Hihi.

"Hai... lepas rindu ke?"

Ana senyum.

Rindu itu sesuatu yang pahit namun dengan kepahitan menahan rindu ada sesuatu yang manis kerana tanpa kepahitan, kita tidak akan tahu nikmat sebuah kemanisan.

... sanah helwa ummi ...
... moga Allah memberkati kehidupan ummi ...


Seredup Kasih Anakanda,
Insyirah Soleha

Read more...

27 September 2010

Tabir Buat Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, Allah masih menyinarkan matahari di siang hari dan meminjamkan keindahan bulan di malam hari. Semalam, bulan sangat cantik di dada langit dan ana merenung lampu-lampu yang menghiasi jalan-jalan. Cantik, namun kecantikan cahaya yang indah pada lampu tidak terbanding dengan keindahan ciptaan Ilahi pada bulan yang membiaskan cahayanya. Allahuakbar.

Andai muslimah itu ibarat lampu, keindahan itu tidak mampu terbanding dengan keindahan pada sang rembulan yang menyinari langit di waktu malam. Muslimah solehah itu adalah sang rembulan yang menebakkan cahayanya, memukau pandangan mata dan mampu membelai halus perasaan dan jiwa manusia. Betapa berbezanya hakikat seorang muslimah dan muslimah solehah...


Muslimah adalah seorang wanita muslim. Tidak semua muslimah mengikut acuan Al-Quran dan sunnah Rasulullah, maka pada tafsiran muslimah dan muslimah solehah itu sangatlah berbeza. Seorang muslimah itu indah namun tidak seindah muslimah solehah. Lampu neon yang kepelbagaian warna itu cantik namun tidak mampu menandingi kecantikan dari sang rembulan walau hakikatnya permukaan bulan diselaputi kawah-kawah manakala lampu itu dihiasi dengan kaca-kaca yang indah ukirannya.

Zahir bukan penentu pada biasan cantik dan indah sesuatu. Lampu kaca yang cantik dan mahal ukirannya, indah dipandang mata tidak mampu menawan hati-hati yang rindu pada redupnya kerdipan cahaya. Bulan yang berkawah, cahayanya mampu membelai jiwa yang layu... Arh... Perumpamaan yang sukar untuk ditamsilkan dengan kata-kata. Dan ana, biarlah tidak seindah ukiran kaca yang mahal, cukuplah kekurangan diri ini memaksa untuk terus berfikir dalam zikir supaya lebih memaksa diri untuk menawan hati sang suami agar mampu kelihatan seperti tersenyum umpama bulan di waktu malam. Cahaya yang mendamaikan, senyuman yang memukau...


... Sila berjiwa sastera sikit ye, bulan memang tidak pernah tersenyum :p

Pernahkah seorang muslimah terfikir atau berfikir kenapa di dalam masjid dan surau (di Malaysia) dibuat tabir bagi memisahkan ruangan muslimin dan muslimat? Pernahkah seorang muslimin terfikir atau berfikir kenapa di dalam masjid dan surau (di Malaysia) ditabirkan ruangan muslimat dan terlindung dari pandangan muslimin?

Ini adalah kerana Islam sangat memelihara dan menjaga kehormatan juga kesucian para wanita muslimah. Allahu Allah... Islam begitu 'cemburu' membiarkan wanita dipandang sewenang-wenangnya oleh lelaki. Rasulullah s.a.w. tidak menggalakkan wanita untuk solat (berjemaah) di masjid tetapi Rasulullah s.a.w. berpesan supaya tidak menghalang para wanita untuk turut solat (berjemaah) di masjid.

Kenapa? Kerana duduknya seorang wanita itu adalah di dalam rumahnya :)

Tetapi, Rasulullah s.a.w. meraikan juga kehadiran para wanita yang datang bersolat di masjid, namun bagi menjaga para wanita ini, selepas solat Rasulullah tidak akan segera balik tetapi akan berbual dengan para sahabat (lelaki) sehingga hal ini memberi peluang kepada muslimah untuk pulang ke rumah dahulu sebelum jemaah lelaki meninggalkan masjid. Lihat bagaimana Islam meletakkan wanita di tempat yang sangat istimewa. Alhamdulillah.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., para wanita mula bertabarruj (berhias/bersolek) sehingga Ibnu Umar pernah melarang para wanita keluar rumah untuk ke masjid dan Saidina Umar r.a. mengisytihar 'perang dingin' kepada anaknya sendiri kerana melarang wanita ke masjid sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri membenarkan para wanita untuk ke masjid. Ini adalah kerana Ibnu Umar merasakan bahawa wanita-wanita mula menimbulkan fitnah apabila bertabarruj untuk ke masjid dan Saidina Umar r.a. pula menjaga adab dengan hadith Rasulullah, menghalang wanita ke masjid adalah sama seperti mengharamkan apa yang dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w., begitulah akhlaq para sahabat dengan hadith nabi...

Pada zaman Saidatina Aisyah sendiri, beliau pernah mengatakan bahawa; "Sekiranya Rasulullah s.a.w. melihat bagaimana para wanita bertabarruj pastilah Rasulullah tidak akan membenarkan mereka ke masjid."

Jadi, masalah tabarruj di kalangan wanita yang mahu ke masjid sudah berlaku pada zaman Umar dan Aisyah.

Selepas zaman tabi' tabiin... Untuk tidak mengharamkan (menghalang) para wanita ke masjid sedangkan ada unsur-unsur tabarruj, maka ulama' berpendapat bahawa tabir di ruangan muslimah adalah bagi mengelakkan dipandang oleh muslimin.

Pernahkah kalian terfikir, kalau di dalam solat pun ditabirkan wanita dari pandangan lelaki sedangkan di waktu solat hati dan jiwa berbicara dengan Sang Pencipta. Untung bagi mereka yang khusyuk dalam solat. Maka, pernahkah kalian merasakan bahawa wanita itu sangat indah dan lebih indah apabila ia tertutup indah dari pandangan lelaki-lelaki berpenyakit hati? Dan ana yakin, cahaya lampu dan bulan sangat berbeza impaknya kepada hati manusia. Muslimah dan muslimah solehah itu sangat berlainan sifatnya.

Jadi, mengapakah kalian wahai muslimah yang ku cintai sewenangnya membiarkan tubuh kalian diratah oleh pandangan nafsu sang lelaki? Bukankah Islam sudah meletakkan kalian pada kedudukan yang terlalu istimewa? Rasulullah sangat mencintai para wanita sehingga tidak membiarkan kalian menjadi tatapan mata lelaki yang soleh sekalipun... Islam begitu menjaga kesucian dan kehormatan kalian, mengapa kalian bogelkan maruah sebegitu rupa?

Jadi wahai muslimin yang ku hormati, mengapakah kalian tegar membiarkan ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anak perempuan kalian diratah tubuh mereka dari pandangan nafsu lelaki? Bukankah kalian diamanahkan sebagai imam dan pelindung kepada muslimah-muslimah itu? Mengapakah kalian menjatuhkan martabat wanita-wanita yang ku cintai ini? Katanya kalian berbangga menjadi umat Muhammad, tetapi adakah akhlaq Muhammad diikuti? Sanggupkah kalian membiarkan muslimah-muslimah itu dibogelkan maruah sedangkan mereka menjadi tanggungjawab kalian...

Apabila mereka memandang dengan pandangan pelik ke arah diri ini, ana hanya melemparkan senyuman di balik sehelai kain buruk ini... Apabila mereka menghina pada pakaian ini, ana hanya melihat dengan perasaan kasihan.

"Kenapa kamu pakai purdah?"

"Untuk menjaga mata-mata lelaki..." Dan pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari syaitan, barangsiapa yang memelihara pandangannya dari melihat perkara haram maka Allah mewariskan kelazatan hatinya sehingga dia bertemu dengan Allah! Allahuakbar.

Ana mencintai saudara seagama dan ana tidak mahu mencampakkan mereka ke dalam azab api neraka asbab dari diri ana.

"Macammana kamu makan?"

"Saya makan macam awak makan."

Maaf, ana tidak suka jawab sebegini... Ia statik, membuat sesuatu tanpa penjelasan. Kalau kita raikan soalan-soalan mereka yang bertanya, mereka akan lebih faham kenapa kita memakai purdah dan kita juga seorang manusia yang menikmati kehidupan ini dan mengambil kehidupan ini sebagai alat untuk kehidupan di akhirat. Menghuraikan dengan panjang lebar akan membuka mata (dan mungkin juga hati) seseorang untuk memandang munaqqobah (orang yang memakai purdah) sebagai seorang biasa, bukan alien dari planet lain :D

"Insyirah, kalau pergi kenduri atau majlis macammana kamu makan?" Soal seseorang.

"Saya memilih tempat yang tersorok, kalau tempat lelaki dan perempuan diasingkan saya akan membelakangkan lelaki dan mengadap ke arah perempuan. Kalau tidak pun, makan tepi dinding... Tapi, kalau makan secara 'open' maka kamu kena tengok macammana saya makan, kamu akan rasa betapa khusyuknya saya menikmati makanan tersebut :P dan tengok keadaan juga la, bila crowded saya tak suka makan. Bila pakai purdah, saya kena jaga untuk hormat kepada purdah saya. Tak boleh suka-suka nak buka di khalayak ramai."

Tiba-tiba sang suami bersuara.

"Nasib baik isteri saya pakai purdah."

"Kenapa?"

"Bila kereta lalu sebelah kita, dia akan tengok isteri saya dulu..."

Hahaha... Nak tergelak dibuatnya. Satu lagi kelebihan berpurdah, boleh meminimakan tahap cemburu suami apabila isterinya dipandang oleh lelaki lain. Sebenarnya, semua suami perlu ada perasaan cemburu (kalau tak ada tu maksudnya something wrong la) kepada isteri. Cemburu di sini ialah cemburu yang selari dengan syariat Islam.

Sekian ~ mengarut lagi la Insyirah ni ~ sebelum lebih banyak mengarut, lebih baik ana sudahkan entri ini :)


"Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat." - pandangan dari ulama' Mazhab Hanafi.

Diwaktu solat, di dalam masjid ditabirkan wanita bagi mengelakkan fitnah kepada lelaki. Jadi, di luar solat di luar masjid bukankah fitnah itu lebih kuat kepada lelaki?

Wallahua'lam.

Munaqqobah Berjiwa Bulan,
Insyirah Soleha.

Read more...

24 September 2010

Untukmu... Cinta!

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesekali disapa angin rindu, dihelus dengan hembusan bayu menambahkan lagi sakit kerinduan pada ranting-ranting hati. Sakit itu membuatkan jiwa duduk merenung dan terus berfikir, apakah kerinduan ini mungkin terubat dengan menatap wajahnya? Haruskah ku biarkan kelopak mata ini basah demi melepaskan belenggu yang melingkari...

Terkadang langkah kaki ini laju menyusuri denai-denai perjalanan, adakalanya tersusun rapi pada sebuah perjuangan kehidupan. Namun, pada waktu yang berputar dan berubahnya siang malam ku membuatkan bintang-bintang itu seringkali terasa jauh dan begitu sukar untuk digapai. Jalan ini bukan semudah kata penyedap bicara, jalan berduri penuh dengan liku dan ujian yang berbeza. Menyerah bukan sakti seorang srikandi.

Andai jalan pulangku berliku, mohon restu dari Yang Satu agar ditunjukkan jalan kebenaran. Andai jalan pulangku jauh tidak berwaktu, mohon pertolongan dari yang Esa agar tidak membiarkan kesunyian ini merobek-robek tangkai hatiku. Biarlah sesekali sakit itu membuatkan aku termenung dan terus menyapa pada sang bayu yang menemani sang beburung bercicip bahagia di dahan pohonan.

"Wahai angin, sampaikan salam rinduku untuknya..."

Andai pesan ini sampai ke pemilik yang dirindu, moga hatiku terus dibuai rasa yang tidak berkesudahan. Biarlah segar merindu bagai pungguk rindukan bulan dari mematikan atma yang berlagu pilu, harus melayani geselan gemalai tarian perasaan andai itu penawar yang ku punya pada saat ini. Biarlah... Biarlah... Melayani membuatkan daku terasa disayangi.

"Wahai bintang, bersinarlah di sana... Ingin ku gapai tak sampai."

Usahlah menghilang si sebalik awan, bimbang rinduku menusuk rongga hingga terbeban tak terkata. Kala bebintang menyinari gelapnya zulumat malam, hati seakan menari riang ditemani cahaya-cahaya kecil yang kerinduan. Pada bulan yang menyinar di hujung dunia, sesekali terasa bulatnya harapan bersama terangnya cahaya. Ah... Masakan pungguk tidak merindukan bulan, bias cahayanya saja mampu mendodoi lentok hati yang gusar.

"Wahai bulan, duduklah di sana..."

Cintaku akan menatap cahayamu dari hujung sana dan aku akan melihat bias cahayamu di sini. Jauh tidak berjarak, rindu tidak terkata namun hatiku masih bisa bergetar saat kalam-kalam Ilahi menerobos di gegendang telinga. Alhamdulillah, cinta pada indahnya ciptaan Nya adalah lambang ekspresi takjubku pada Ilahi. Masya Allah.

Lidahku tidak bertulang, bermain kata menyusun bahasa namun perasaanku turut sama hiba dalam langkah kaki yang tertahan rasa. Biar kudratku lemah menghempas derita namun untuk cintaku, segalanya akan ku pertahankan. Biar jasadku longlai menghadap badai namun tidak ku biarkan pantai hatiku turut berubah mengikut tersungkurnya ombak di atas pantai.

Lalalala... Lalalala... Lalalala...

Akan ku usir perasaan gundah ini, bukan kerana marah pada lara yang menyinggah tetapi bimbang langkahku akan merebahkan jasad ini dari jalan tarbiyyah Rabb.



Allah yang memberi ujian, Dia akan memujuk dengan cara dan kehendak Nya. ^_^

Hanya Tuhan Yang Tahu,
Insyirah Soleha

Read more...

20 September 2010

Keserasian Dalam Rumahtangga

Bismillahirrahmanirrahim.

* Tulisan ini ditaip berlatarbelakangkan lagu "Selamat Pengantin Baru" *

Semenjak melangkah ke marhalah rumahtangga, menjadi suri hati seorang lelaki dan bertindak sebagai sayap kiri seorang da'ei selalu pula diasak soalan tentang jodoh. Mencetus gaya berfikir seorang isteri lalu ana mengambil ruang dan peluang tersebut untuk melihat apa yang dilihat oleh orang lain.

"Seronoknya muda lagi dah kahwin."

Ana menggaru kepala. Perkataan seronok itu mempunyai definisi yang berbeza pada setiap orang, barangkali yang diertikan seronok adalah kerana menjadi isteri bermaksud ada tempat untuk mengada-ngada lebih malah dalam ikatan yang halalan toyyibah wa barakah, insya Allah :P mungkin juga seronok adalah kerana sudah terselamat dari fitnah lelaki, entahlah. Banyak sangat kemungkinan yang dibentangkan di dalam kotak minda ana sehingga ana hanya meraikan sahaja soalan dan juga pernyataan mereka.

"Umur berapa?"

"20 tahun."

"Ya Allah, mudanya kahwin."

Menggaru kepala yang langsung tidak gatal. Menggaru kepala adalah tindak balas secara sedar untuk meluahkan bahawa ana agak pelik dengan mereka yang merasa pelik apabila menyedari hakikat usia ana untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri yang mana sememangnya sangat-sangat-sangatlah berat!

"Ustaz, carikan jodoh untuk ana."

Apabila akhawat meminta zauj untuk mencari jodoh dan dalam masa yang sama ada sahabat zauj yang meminta zauj untuk match dengan mana-mana akhawat yang sesuai, ana menggaru kepala lagi. Urusan kahwin bukan suka-suki dan hanya untuk 'lepaskan diri' dari satu situasi tetapi ia adalah urusan dunia dan akhirat, apabila menerima seorang lelaki untuk dijadikan suami bererti wanita itu telah meletakkan urusan agama, dunia dan akhiratnya di tangan lelaki tersebut selepas ijab kabul.

Apabila meminta untuk 'dicarikan jodoh' pastikanlah terlebih dahulu persetujuan dari ibubapa :) Sebagai seorang anak perempuan (mahupun lelaki) dahulukan pendapat ibubapa yang bertanggungjawab atas urusan agama, dunia dan akhirat kita. Apabila ibubapa merestui, lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan ibubapa. Ingat! Redha Allah terletak pada redha ibubapa. Setelah menjadi isteri, baru berpindah kepada redha suami.

Kalau step pertama (redha ibubapa) sudah lompong, susah nak memperbetulkan step kedua (redha suami) kerana step pertama sentiasa menjadi asbab kepada rantaian step kedua.

Selepas menjadi isteri, sekiranya ada kesempatan solat berjemaah dengan suami (kerana suami lebih memilih untuk berjemaah di surau dan ana lebih suka solat di rumah), suami akan mengucup dahi ana. Pernah suatu hari, ana bertanya.

"Abang doa apa?"

"Tak ada apa."

"Doalahhhh..." Ohoho, ana sentiasa memaksa suami melakukan apa-apa kerja yang beliau tak mahu lakukan sambil mengharap beliau akan rela melakkan pekerjaan tersebut.

"Doa takda, tapi sentiasa niat semoga menjadi isteri yang diredhai Allah."

Tergamam. Terharu. Sebak pun ada tapi buat muka comel sahaja.

"Amiin."


Kamu, kamu dan kamu di luar sana yang masih 'single' tak kira lah available mahupun unavailable, pergunakanlah peluang sebagai ANAK untuk membuat sebanyak-banyaknya saham akhirat. Kelak, apabila sudah menjadi isteri perbanyakkanlah pula saham akhirat sebagai seorang ISTERI, kerjakan suami kalian sungguh-sungguh.

Ana faham, akhawat di luar sana mungkin selalu sedih dan tertekan dengan ujian demi ujian yang datang terutamanya ujian dari lelaki tetapi usahlah terus melutut dan tersungkur dengan ujian tersebut. Ujian-ujian 'kecil' itu hanyalah satu tarbiyyah langsung dari Rabb kepada hamba Nya untuk melatih diri kita menjadi lebih kuat, insya Allah. Ana tidak kata ana kuat, tetapi ujian-ujian sebelum menjadi isteri membuat ana lebih matang dan berfikir hakikat ujian-ujian sebelum kahwin hanya sebutir pasir di pantai kerana hidup berumahtangga lebih hebat mehnahnya :)

Apabila buat sesuatu pekerjaan, ana tidak melakukan kerana ana seorang isteri tetapi sebagai hamba Allah. Apa sahaja pekerjaan di rumah mungkin bagi orang lain merasa "Wah, best jadi isteri. Buat air pun dapat pahala" ana terasa nak ketawa berguling sahaja dengan ayat ini okey! Serius, nampak sungguh rigid dan terlalu sempit skop kebajikan yang disuntik ke dalam minda para wanita sehingga hanya melihat perkahwinan sebagai medan mengumpul pahala.

Sebagai seorang ANAK juga kita boleh berbakti kepada orang tua. Celakalah bagi ummat Muhammad, sekiranya tidak memperdulikan ibubapa yang masih ada di dunia ini! Doa ini diaminkan oleh Rasulullah s.a.w., ya Allah... Hargailah ibubapa kalian, asingkan sejenak gelora perasaan untuk mencintai pasangan (yang sah) dengan muhasabah diri. Sudah cukupkah kebajikan kepada ibubapa? Sudah bersediakan menjadi ibubapa yang bertanggungjawab?

Luaskanlah skop kalian. Buat air untuk SAHABAT pun dapat pahala, selagi mana kita melakukan kebajikan dan memberi manfaat kepada orang lain :)

Kata seorang...

"Kami dah bercinta 3 tahun, dah kenal hati budi masing-masing jadi kami merancang untuk berkahwin."

Kata seorang lagi...

"Setelah mengenali hati budi masing-masing, kami mendapati kami serasi bersama. Jadi, kami nak ikatan ini hingga ke pelamin."

Kata seorang lagi dan lagi...

"Kami putuskan untuk berkahwin kerana saya melihat banyak persamaan antara kami."

STOP. Kalau ini yang berlegar dalam pemikiran kalian, berhentilah dari angan-angan tersebut. Kalau orang-orang veteran mendengar ungkapan ini, muntah hijau agaknya. Kalau ibubapa yang sudah berpuluh tahun kahwin mendengar kalimah ini, gelak terberak agaknya. Alahai, luaskanlah sedikit skop tentang kehidupan berumahtangga. Tidak mustahil, insan-insan yang kononnya serasi bersama semasa bercinta ini tidak panjang tempoh perkahwinan mereka.

Tidak ada manusia yang sama dalam dunia ini. Setiap orang memiliki personaliti yang BERBEZA diantara satu dengan yang lain, maka usahlah dicari PERSAMAAN antara kita kerana memang takdirnya kita diciptakan tidak sama! Tetapi, adakah kita akan SERASI apabila bersama? Alam percintaan sama sekali berbeza (ohhh, jauh sungguh bezanya!) dengan kehidupan berumahtangga. Ana tidak berhasrat membebel, kerana ana juga masih mentah tentang rumahtangga.

"Sebagai isteri, kena banyakkkkk mengalah."

Ana tersenyum, nasihat dari datuk yang dikasihi menusuk di dalam hati. Sebak rasanya tetapi masih tersenyum.

"Nanti dah kahwin, jangan buat itu, jangan begini, jangan macam tu..." Panjang lebar abi tersayang memberi 'wasiat'. Mungkin orang melihat ibubapa ana kelihatan berharta, tetapi itu meterial yang ada susut nilainya. Hakikatnya, harta yang dipusakai oleh ana hanyalah ilmu-ilmu dan nasihat juga tarbiyyah dari mereka.

"Nanti dah kahwin, sentiasalah alert perasaan suami adik." Seorang kakak memberi peringatan.

"Kami dah 40 tahun pun masih berkenal-kenalan lagi. 40 tahun tak cukup untuk kami berkenalan, sekarang pun masih juga berkenalan. Manusia sentiasa berubah, dan dari perubahan-perubahan itu kita akan sentiasa mengenali pasangan kita."

Ana melopong di hadapan ibubapa angkat ana. Mereka yang sudah lama hidup berumahtangga, katanya 40 tahun tidak cukup untuk mengenali pasangan dan sentiasa saling mengenali antara satu dengan yang lain. Allahu Rabbi. Ini yang selalu menjadi PUNCA keretakan rumahtangga, masing-masing merasa sudah mengenali pasangan sedangkan terlupa bahawa manusia sentiasa berubah dan setiap perubahan tersebut adalah proses mengenali sehinggalah nafas terakhir di bumi ini.

1,2,3 mahupun 10 tahun bercinta sekalipun tidak sama dengan kehidupan dalam rumahtangga. Tetapi, Allah sudah berjanji bahawa Dia menciptakan isteri dari jenismu (lelaki) sendiri, supaya suami menjadi cenderung terhadap isteri dan berkasih-sayang terhadapnya. Subhanallah. Tempoh berkenalan bukanlah menjadi satu kata putus pada sebuah perkenalan lelaki dan perempuan dalam fasa membina rumahtangga idaman namun dengan ILMU, IMAN, TAQWA dan SABAR insya Allah rumahtangga sakinah, mawaddah wa rahmah akan terbina.

Kita meraikan dua pengantin baru
Mari doakan agar mereka bahagia
Dapat zuriat yang soleh solehah
Mentaati Allah dan juga Rasul Nya

Agar rumahtangga aman bahagia
Bertolak ansur kenalah ada
Maaf bermaafan rukun setia
Bekerjasama meneraju rumahtangga

Rabbani ~ Pengantin Baru


... Hanya yang bertaqwa akan bahagia ...

Wallahua'lam.

Seorang Isteri,
Insyirah Soleha.

Read more...

18 September 2010

Petir Dan Guruh Dari Pandangan Sains dan Perspektif Islam

Bismillahirrahmanirrahim.

Rayuan sang isteri yang berkali-kali meminta untuk dicoretkan sesuatu pada kanvas mayanya, baru sekarang nampak bersahut.

Asalannya, ia berkisar tazkirah ringkas yang ana sampaikan di Surau al-Islah Bandar Baru Sungai Buloh lewat Ramadhan yang lalu.

Apakah Kilat?


Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi samada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.

Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000°C - iaitu lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh.

Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Akibatnya, udara tersebut terbias melebihi kelajuan suara (bunyi) walaupun rencatan gelombang kembali ke gelombang suara normal dalam jarak beberapa meter. Gelombang suara terbentuk mengikut udara atmosfera dan bentuk permukaan selepasnya.

Itulah penjelasan proses kejadian petir dan guruh terjadi susul menyusul menurut pemerhatian sains. Namun Islam ada huraian yang berbeza.

Petir atau Kilat

Kilat merupakan panahan terhadap syaitan dan jin yang cuba untuk mencuri dengar takdir Allah SWT.

Dikisahkan bahawa, sebelum kerasulan Nabi SAW, syaitan bebas mencuri dengar segala berita di langit, namun semuanya terhalang setelah Nabi diangkat menjadi Rasul. Lantas Iblis mengarahkan tenteranya mencari sebab kenapa mereka terhalang. Akhirnya mereka mendapati puncanya adalah kerana Rasul akhir zaman telah dibangkitkan.

Jika dahulu mereka bebas mencuri maklumat di langit, sekarang ini mereka pasti berdepan dengan lontaran panahan api yang sentiasa mengekori. Panahan itulah yang kita lihat sebagai kilat.

Semuanya ini dapat kita maklumi menerusi firman Allah dalam surah al-Jinn.

Guruh

Nabi SAW bersabda :

الرعد ملك من الملائكة موكل بالسحاب بيده أو في يده مخراق من نار يزجر به السحاب والصوت الذي يسمع منه زجره السحاب إذا زجره حتى ينتهي إلى حيث أمره

Maksudnya : Guruh itu merupakan golongan malaikat yang diwakilkan untuk mengawal awan, ditangannya ada penukul dari api yang digunakan untuk mengarah/mengekang awan. Suara yang didengari itu merupakan arahannya sehinggalah awan berada ditempat yang diarahkan.

Imam al-Qurtubi pula menukilkan dalam kitab beliau al-Jami' li Ahkamil Quran, ketika beliau membicarakan tentang tafsir surah Saba ayat 23:

"Apabila Allah SWT memutuskan sesuatu maka para malaikat tunduk hormat kegerunan sambil melebarkan sayapnya, suara yang didengari merupakan geseran antara sayap-sayap malaikat" .

Ia bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (hadis no. 4800) dan Tirmizi (hadis no.3233) dalam sunan beliau.

Begitulah huraian dan penjelasan menurut perspektif Islam, sama ada kita menerima atau menidakkannya, itu terpulang kepada keimanan masing-masing.


Salmanfasiri

Read more...

17 September 2010

Buat Pengikut Dan Pembaca Blog

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Setelah 11 hari membiarkan blog sepi tanpa sebarang khabar dan berita. Alhamdulillah, dapat mencuri sedikit ruang waktu untuk mencoretkan sesuatu. Pertamanya, SALAM SYAWAL dari ana dan zauj kepada sahabat-sahabat yang mengenali kami mahupun pembaca (dan pengikut) yang setia mengikuti perkembangan ana yang semakin mengecil (ayat sengaja). ^_^

Alhamdulillah, tahun ini ana meraikan Eid Fitri di kampung halaman zauj di Kelantan. Maka, ana pun 'berkampung' dari melayari internet kerana sangat tertarik dengan buku zauj yang tersusun kemas di rak. Yihha! Teruja sungguh apabila memegang buku-buku yang usianya hampir sebaya dengan diri ana. Berjaya menghabiskan sebuah buku yang sangat membakar semangat, sambil menikmati kesesakan jalanraya dalam perjalanan beraya sempat meluahkan hasrat di hati.

"Abang, nak tulis cerpen bersiri macam Catatan Hati Fatinah tapi versi pejuang pula..."

Yang dimaksudkan pejuang ialah pejuang yang bukan berjuang ilmu meneguk mutiara dari syeikh mahupun profesor tetapi rantaian tarbiyyah langsung yang ditempa hasil peperangan dan juga perjuangan dalam menegakkan kalimah tauhid. Allahuakbar. Entah kenapa, sebuah buku tersebut merantai hati ana untuk terus menyusur galur kisah-kisah yang terangkul di dalamnya.

"Insya Allah, nanti bila dah ada zuriat... Sebelum tidur, akan baca kisah-kisah ni pada mereka." Monolog kecil sambil melihat gelagat manusia di jalanraya, besar sungguh impian dan cita-cita.

"Sayang tak pernah hidu darah syuhada (orang yang mati syahid), kan?"

Tersenyum.

"Kalau macam ni tak boleh la nak ada anak yang jadi syuhada." Abang perli semacam bila diluahkan betapa kecutnya perut melihat darah. Ana sangat-sangat tak tahan melihat darah dalam jumlah yang banyak, usahkan darah orang sedangkan darah sendiri yang meleleh dari tiub di jari pun sudah berpinar.

"Allahuakbar." Tiba-tiba menjerit. Terkejut. Mercun di sini sana. Abang menjenguk ke jendela, melihat keluar.

"Bagus betul budak-budak ni. Kalau hantar ke Palestin mesti diorang tak rasa takut, dah biasa booom sana kemudian booom sini."

Ana garu kepala. Bunyi mercun yang bertalu-talu dari sudut sini dan sana, umpama berada di dalam peperangan. Subhanallah, alangkah kuatnya semangat para mujahid yang sentiasa merindui pertemuan untuk bertemu dengan Rabb. Mereka berlumba-lumba mencari kematian sebaik-baik pengakhiran. Ya Allah...

Seminggu di Kelantan, menyelongkar almari kitab Abang... Diterjah idea-idea untuk menulis, alhamdulillah. Beberapa tulisan Arab yang mengharapkan terjemahan dari Abang.

"Insyirah, tulis la buku. Kawan ana ni ayahnya kerja dengan majalah ANIS. Maybe dia boleh tolong enti kembangkan bakat."

Tersenyum. Ana hanya mampu menulis sesuatu yang ana rasa nak luahkan. Idea tidak selalunya seperti aliran air :)

"Adik, tulislah buku..."

Tersenyum.

"Kak suka baca blog Insyirah, ayat macam dalam buku. Sastera."

Tersenyum.

Ana hanya tersenyum. Teringatkan pada manuskrip ana buat ana tersenyum dan terus tersenyum. Lelah. Akhirnya, ana ungkapkan bahasa hati pada zauj, teman luahan ana.

"Tulis sebab nak tulis... Bila orang minta tolong, kita pun bersemangat nak bantu tapi bila follow-up pun macam tak ada progress lama-lama biar je lah."

Tidaklah sampai ke tahap merajuk, tapi mungkin sudah malas nak 'bertanya khabar' bimbang disangka menyibuk. Lama-lama, ana rasa lebih bahagia menulis dan terus menulis di dalam blog. Tidak terikat hak cipta penulisan kepada mana-mana pihak, andai ada yang sudi menyebarkan... Alhamdulillah. Andai ada yang plagiat, alhamdulillah. Setidak-tidaknya, dia sangat berjasa dalam penyebaran. Bila dizahirkan dalam bentuk buku, mungkin penyebaran lebih meluas tetapi di kotak minta masih melakar banyak perkara.

Merapu, melalut atau apa saja. Itu yang nak ditulis, kalau rasa kritikal sangat pandai-pandai lah sisihkan apa yang tidak patut disimpan.

"Insya Allah nak letak nama Amir Mujahid lah... Ketua Pejuang."

"Biar lahir dulu baru letak nama."

"Eh Abang ni, sibuk lah. Ni watak dalam cerpen orang la..." Ketawa.

Dalam perjalanan panjang, lelah di dalam kereta menanti tibanya kami di destinasi. Ada saja soalan ana, terkadang berbincang persoalan fekah dengan zauj buat ana 'pening lalat' juga tapi pengakhirannya selalu menyenangkan kepala untuk memahami.

"Abang, nak tanya soalan cepumas boleh tak?"

"Apadia pulak..?"

"Apa yang Abang berkenan dengan zaujah Abang?"

Merona muka zauj, hihi... Lalala... Yes! Yes! Diam. Tiada bahasa, tiba-tiba kelu lidahnya untuk berkata-kata. Bab nak mengenakan zauj, serahkan saja pada Puan Insyirah. Hik hik... Tapi, sekarang Abang pun dah pandai kenakan ana bahkan jauh lebih dahsyat lagi dari ana.

"Berkenan dengan tulisan."

"Erk?!!!"

Maka dengan ini, insya Allah... Ana dan zauj akan berkongsi 'rumah' maya kami di .:: HaRuMaN MaWaR ::. memandangkan penat ana memaksa zauj untuk menulis tetapi kemalasan beliau menaip membuatkan ana terfikir untuk mencari alternatif lain iaitu 'mengajak' beliau bersama-sama di teratak pink ini. Insya Allah. Walaupun alamatnya http://niqobgirl.blogspot.com dan penulisnya mungkin kopiahboy tapi tak kisahlah asalkan isinya diterima pembaca. :)

Zauj ana menggunakan nama pena salmanfasiri. Nama Salman diambil kerana orang-orang Arab memanggil zauj dengan panggilan Salman semasa daurah suatu ketika dahulu. Fasiri pula kerana beliau berasal dari Alor Pasir, Kelantan.

Salam 8 Syawal


Minal Eid Wal Faizin

dari kami

Insyirah Soleha & Ust Saiful Azuran
Baiti Jannati

Read more...

06 September 2010

Ziarah Wida'

Bismillahirrahmanirrahim.

Nota [1]

Salam 27 Ramadhan. Tinggal saki baki Ramadhan, sudah diingatkan bahawa Ramadhan akan berlalu dan meninggalkan kita tetapi janganlah kita yang meninggalkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang Ramadhan. Insya Allah, moga amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan diteruskan pada bulan-bulan yang akan datang.

"Janganlah engkau beribadah kerana Ramadhan,
Ramadhan pasti meninggalkan engkau,
Beribadahlah kerana Allah,
Allah tidak pernah meninggalkan engkau."

Bagi mereka yang mengetahui kelebihan Ramadhan, pasti tidak mahu berpisah dengan Ramadhan. Dikala hari demi hari berlalu, berjuraian air matanya mengalir kerana sendu untuk berpisah dengan Ramadhan yang mungkin tidak sempat dinikmati pada tahun akan datang. Betapa beruntungnya bagi mereka yang bersungguh-sungguh memanfaatkan kelebihan Ramadhan tetapi harus diingat amalan bukan bermusim (ada musim panas, musim sejuk, musim luruh dan musim bunga!) tetapi tarbiyyah Ramadhan perlulah diteruskan.

"Saya rasa malam tadi lailatul qadar la..."

Sepintas lalu membaca status di dalam facebook, tersenyum. Lailatul qadar itu adalah rahsia Allah subhana wa taala. Tidak seharusnya kita merasa telah mendapat lailatul qadar dan menghebahkan kepada orang lain, ianya rahsia Allah. Sekiranya benar, maka simpanlah rahsia tersebut dan bersyukurlah di atas kurniaan yang telah Allah berikan.

"Abang, kenapa kita tak boleh cakap kita rasa kita dapat lailatul qadar?"

Dalam perjalanan pulang dari rumah sahabat, sempat ana bertanya pendapat dari zauj.

"Lailatul qadar ni RAHSIA Allah. Bila kita cakap kita dapat lailatul qadar dan hebahkan, orang yang mendengar akan rasa 'oh, lailatul qadar dah lepas' maka usaha dan ibadah cukup setakat itu, kita dah tak cari dan bersungguh lagi mencari lailatul qadar. Itu adabnya, kalau kita rasa kita dapat lailatul qadar cukuplah ianya di hati kita."

"Oh, macammana pula pendapat mengatakan lailatul qadar ialah 27 Ramadhan. Statik."

Meneruskan pertanyaan.

"Macam di Arab Saudi la, 27 Ramadhan tu penuh! Waktu Maghrib lagi dah penuh, kalau keluar dari masjid (Masjidil Haram) memang tak boleh masuk semula. Ibadah jadi bermusim, hanya pada 27 Ramadhan saja orang bersungguh-sungguh, hari lain biasa je."

Teringat akan hadith Nabi s.a.w., carilah lailatul qadar pada 10 malam terakhir yang ganjil. Nabi dalam sabdanya, "CARILAH" maka kita perlulah mencari. Ada juga hadith lain yang dipesan oleh Nabi s.a.w. supaya kita tetap juga beribadah dengan extreme (bersungguh) pada malam-malam yang genap. Nabi s.a.w. juga menitip pesan untuk kita mencari lailatul qadar, tidak pula diberitahu hari tertentu yang pasti ia adalah malam al-qadar tetapi yang diberitahu lailatul qadar ada tanda-tandanya. Wallahua'lam.

Nota [2]

"Assalamu'alaikum kak, harini ada di rumah tak?"

"Wa'alaikumussalam, ada. Kenapa?"

"Nak ziarah, esok nak balik dah..."

"Bestnya dia nak balik kampung dah. Bila nak datang?"

Bincang-bincang dengan zauj, akhirnya kami bercadang untuk berbuka di rumah sahabat tetapi tidak dimaklumkan terlebih dahulu bimbang menyusahkan sahabat. Maka, kami menyediakan makanan sehinggalah jam 5.30 petang sahabat talifon sebab ana belum juga menampakkan bayang-bayang. Hihihi.

"Insya Allah, nanti Syira sampai..."

"Berbuka di sini ke?"

"Ye, tapi akak jangan buat apa-apa tau. Syira dah buat Nasi Daging."

"Betul ni?"

"Betul."

Beberapa minit kemudian, sms pula.

"Akak jangan buat apa-apa, Syira dah buat Nasi Daging, puding, bawa buah. Insya Allah nanti Syira beli kuih. Jangan buat apa-apa ye."

"Syira, tak payah la beli kuih akak dah buat roti."

(Resepinya : roti+telur+cheese+mayonis+sos cili = SEDAP!) ^_~


Jam 5.45 petang keluar dari rumah. Berdepan dengan jalan yang sesak, singgah di Bazaar Ramadhan dan beli 2 keping murtabak dan terus ke rumah sahabat. Tiba di rumah sahabat, budak comel si Amanina baru siap mandi dan sedang dipakaikan baju. Hihi, beliau hanya memandang saja Ummi Syira dan Abi Saif.

Tolong Ummu Amanina di dapur dan selesai menyiapkan juadah berbuka, terus duduk sebelah zauj dan buka tangan. Amanina dengan rakusnya merangkak pada ana dan membuka tangannya (ayat sengaja nak bagi orang cemburu) minta diangkat. Hehehe, ana berdirikan Amanina dan beliau memeluk ana macam orang geram je. Dicium-cium ana, aduhai...

"Tarik... Tarik cepat."

Zauj memberi semangat dan galakan padu pada Amanina yang sedang geram dengan ana. Amanina memegang niqab dengan kuat, lalalala... Habis niqab basah dengan air liur Amanina yang mencium ana, aduhai budak comel ni rasa nak gigit je pipi dia.


Kasih seorang ibu, lalalaaaa...

Amanina dah pandai bersembang dan bergurau, hehe. Bila kami kenang-kenangkan apa yang dimain bersama Amanina, tersenyum sendiri. Patut lah walidnya selalu cakap Amanina buas, hehe. Tak boleh duduk diam, ada je aktiviti explore yang nak dilakukan. Semalam, jatuh modem komputer walidnya dikerjakan Amanina.

"Habislah komputer ambe..."

Ana, Ummu Amanina dan zauj tersenyum je. Nak cakap apa lagi? Memang tak boleh duduk diam, kalau letak dalam walker maka 5 minit je la kemudian Amanina mungkin rimas sebab dia menjengket dan meraung nak keluar dari walker. Kesian umminya :)

Selepas Maghrib, perlu balik sebab zauj imamkan solat terawih. Makanya, nak bersalam dengan Cik Amanina... Disangka ana nak bawa dia balik pula :P Kalau bawa Amanina balik kampung, bukan Amanina yang menangis tapi umminya yang menangis. Ngeh ngeh ngeh.

Pada yang sudah balik kampung, moga baki Ramadhan tidak dibazirkan sebegitu saja. Pada yang tidak dapat balik kampung, selamat berjuang di medan masing-masing. Pada yang bakal pulang ke kampung masing-masing, kami doakan perjalanan kalian selamat dan dipermudahkan Allah. Amiin.

Doakan ana dan zauj yang bakal pulang ke kampung pagi ini, insya Allah :)

P/S : Sesiapa yang nak paksa ana beraya ke rumah, sila sediakan duit raya untuk ana. Lalalala... Atau, boleh ke nak request Kek Batik? Hik hik hik :P

Kampung Sedang Menanti :)
Insyirah Soleha

Read more...

02 September 2010

Booster U.K.H.U.W.A.H

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa hari masuk ke dalam blog, mahu meng-update tetapi dikuburkan saja perasaan tersebut. Entri sebelum ini [Cerpen] Taman Hati ditulis minggu lepas. Bukan tiada motivasi untuk menulis tetapi apabila membaca blog sahabat-sahabat, rasa bersalah pula untuk menukilkan apa-apa di dalam blog. Maka, ana pun membiarkan saja keadaan menjadi pulih seperti sedia kala. Alhamdulillah, sekarang sudah sihat dan kuat. Kalau boleh pergi Bazaar Ramadhan tu kira sihat la kan :p

Pada hari Sabtu yang lepas, ana dan suami dengan seronoknya mengajak sahabat-sahabat datang berbuka puasa di rumah. Awalnya, sahabat-sahabat facebook ana nak ziarah kemudian sambil bersembang dengan suami, suami rajin bercerita perihal kehidupan masa bujangnya dan selalunya ia menjadi cerita yang akan buat ana nak ketawa berguling. Sudah banyak kali suami menyebut nama sahabat karibnya, Ustaz Hamdan, mereka berkawan dari Maahad sehinggalah sekarang. Sudah 19 tahun ukhuwah mereka. (Uih, kurang 1 tahun je dari umur ana)

"Abang rindu Ustaz Hamdan ye?"

Suami tersipu-sipu malu meow depan ana.

"Bila kali terakhir jumpa dengan Ustaz Hamdan?"


Nama saya Nur Ilham Amanina (kredit gambar dari Kak Jie)

Ana teruskan soalan memandangkan muka suami yang malu-malu meow buat ana nak cubit je pipi dia macam selalu buat pada Amanina (Amanina ni anak angkat ana dan suami tetapi ada orang lain pun nak jadi mak angkat Amanina juga walaupun belum bersuami :p).

"Sebelum kahwin..."

"Oh, masa Pesta Buku PWTC kan? Masa ambil kain untuk baju kahwin ek?"

Kebetulan, tunang (ketika itu) ada urusan di Kuala Lumpur dan berada di PWTC untuk menambah kesesakan umat manusia yang membeli belah buku setahun sekali dengan harga yang murah sambil minta autograf penulis.

"Ajak la Ustaz Hamdan datang berbuka di rumah."

Maka, bersinar matanya. Cecece... Ana pula memanjangkan idea untuk mengajak suami menjemput Ustaz Rahim dan zaujah juga Ustaz Hasmin dan zaujah. Jadi, kira-kira ia semacam jejak kasih la juga :p

Dipendekkan cerita, pada hari Isnin lagi ana kurang sihat. Hihihi... Diserang semput dan demam on-off, sehingga ke hari Sabtu juga ana terasa kurang sihat. Zauj memberi lampu hijau supaya ana tidur saja, bayangkan jam 12 tengah hari zauj menyelimutkan ana dengan selimut yang tebal - confirm demam! :p Maka, zauj masak sendirian di dapur. Kasihan juga tapi memang tak larat sungguh, rasa nak tidur je tak nak bangun sampai esok.

Selepas zohor keluar dengan zauj, zauj hantar ana untuk dapatkan rawatan memandangkan kaki ana sudah bengkak beberapa hari. Its normal, since sakit belakang akhir tahun 2008 lagi kaki ana membengkak dan ia tidak pernah normal cuma bezanya bengkak sedikit atau sangat bengkak :) Balik dari rawatan, ana terasa sihat dan mula membantu zauj di dapur. Hihi, kerja ana mudah saja bancuh air (entah manis entah tawar :p) dan goreng ayam.

Tiba-tiba, jam 6 petang ada orang bagi salam. Er, kaget seketika. Abang menjenguk ke depan, ternyata tetamu sudah tiba. Alhamdulillah, ana terus masuk dalam bilik untuk menukar baju dan menyarung tudung. *wink* Dengan kesan gorengan ayam, bersalaman dengan zaujah Ustaz Hamdan dan zaujah Encik Khairi (nama pena beliau Xarine, penulis Bintang-Bintang ke Syurga & Yuda Di Padang Maya). Minta diri ke dapur dan meneruskan aktiviti penggorengan ayam yang menanti untuk bermandi di dalam minyak yang panas. Lauk utama sudah zauj siapkan sekitar jam 5 petang.

Tick tock. Semua tetamu tiba... Azan Maghrib berkumandang, kami pun berbuka puasa. Tapi, terasa kurang selesa. Bahagian kiri badan agak lemah mungkin kerana tulang dada sudah mula membengkak - cik costocondritis selalu je ziarah masa ana 'tak bersedia' nak menerima beliau sebagai tetamu, lalalala. Tulang bahu kiri yang pernah tercabut pun terasa sengal, maka membuli Kak Jie untuk mengangkat air adalah salah satu aktiviti yang tidak dirancang :p

Apabila zauj dan muslimin semuanya keluar untuk solat di surau, baru la kami yang muslimah take over ruang depan untuk bersolat. Biasa la que up untuk berwuduk, sehingga muslimin balik dari surau pun kami belum sudah solat lagi sampai ada yang menyangka kami berterawih, huhu. Maaf la ye terpaksa bergurau senda dan menyedekahkan sedikit darah untuk nyamuk-nyamuk di luar tapi menikmati udara malam bagus juga kan? :p

Pendekkan cerita lagi, selepas muslimin keluar menyahut seruan azan untuk solat Isyak kami sekali lagi solat di ruang tamu hadapan. Sebelum solat, terasa urat kaki sangat tegang - bukan cramp seperti didakwa :) Amaran pertama dari tulang belakang bahawa beliau mahu aktiviti fizikal dihentikan serta merta. Ia sangat normal, tulang belakang ana bengkok dan ia menekan saraf tunjang maka kaki ana tidak boleh bergerak. Apabila disentuh juga terasa sungguh sakit. Tetapi, ana lebih suka kalau sentuhan itu menyakitkan berbanding deria itu tidak lagi singgah. Kesakitan adalah berita gembira, itu tandanya ana masih punya deria rasa. Kerana, mungkin... kelumpuhan itu akan bertandang bila-bila masa. Lalalala...

Ana kira sempat lagi solat, rakaat pertama berdiri seperti biasa tetapi selepas sujud kedua ana terasa kaki sudah tidak bergerak. Lalalala... Maka, ana teruskan dengan keadaan duduk sopan-sopan sehingga rakaat terakhir. Dan... kebummmm... Landing time!

Stop. Tak nak sambung cerita... Sad ending la pula, tak best. Ana rasa sangat bersalah dengan semua tetamu yang hadir. Tak kira la muslimin atau muslimat, huhuhu. Baca komen Ustaz Hamdan di dalam facebook ana menambahkan perisa bersalah "Kak Su ada, Kak Ja ada... Syirah sepatutnya dot dot dot."

Kemudian, baca
blog Xarine pula. Huwaaa... Umpama serbuk penaik dalam kek saja, semakin terasa bersalah. Dalam blog Kak Jie pada [Episod Satu] dan [Episod Dua], ana tak tahu nak rasa apa. Tapi yang ana tahu, ana rasa bersalah tetapi ana tidak bersalah. Ngeh ngeh ngeh.

Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.

Bagi menebus perasaan bersalah yang menebal, mungkin perlu untuk menjemput datang ke rumah sekali lagi sebagai qadho sad ending tersebut. Hihihi... Insya Allah!

Satu perkara yang ana dapat... Ana sangat gembira pada sebelum, semasa dan selepas majlis tersebut kerana encik zauj sangat-sangat gembira dapat jumpa dengan sahabat karibnya dan menghimpunkan sahabat-sahabatnya. Thanks all!

Kak Jie, Kak Shida dan Kak Nor... Lainkali kena datang semula ye, terima kasih sebanyak-banyaknya atas pertolongan kalian. Moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik pembalasan. Sangat terharu kerana Kak Nor datang dari Perak semata-mata sebab nak ketemu dengan ana, si Insyirah Soleha. Seorang budak 'kecil' ni.

First
perkataan yang keluar dari mulut Kak Shida semasa tiba di rumah ana "Ei... budak kecil ni." wah, macam ada satu perasaan je menyimbah ana - perasan kecil! :)


p/s: Nak ambil gambar dengan Harraz dan Absyar tetapi mereka sudah mengantuk, unhappy T_T

Budak Kecil,
Insyirah Soleha
Teratak 1052

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO