"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

18 July 2010

Mukaddimah : Zuriat Yang Dinanti

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama menatap wajahnya, ada garis luka yang tersembunyi namun biasan taqwa yang merimbun dalam hati menutup segala resah dan duka yang menyelubungi. Pada sosok indah itu hamparan mata dijatuhkan, tersedar dari lena yang panjang. Ya Allah, benar-benar tersedar dari angan-angan yang bersarang di minda. Sesekali impian dilebarkan sehingga terdampar di Perlembahan Sungai Nil, tercatat besar impian untuk menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti. Moga Allah memperkenankan hasrat hati kecil ini, ameen. Jauh di sudut hati, rindu pada rumah Nya.

"Kalau Sayang dapat buat haji dengan ummi dan abi, Abang izinkan tak?"

"Insya Allah, pergilah."

Alhamdulillah. Hasrat untuk melaksanakan tuntutan agama, menyempurnakan rukun Islam moga Allah mempermudahkan jalan Nya buat ana. Ameen.

"Duduk Mekah nanti, banyakkan solat hajat di Masjidil Haram minta Allah beri kesihatan supaya sembuh dari segala penyakit."

Tersenyum, diam.

"Dalam Raudhah nanti, doa banyak-banyak."

"Kalau dapat, di Multazam nanti doa bagi sembuh."

Semua mengharapkan kesembuhan. Ana mendengar dengan teliti, hampir tiada yang mengingatkan supaya dikuatkan iman dan dikentalkan hati menghadapi ujian dari Allah. Hampir tiada yang mengingatkan untuk ana meminta Allah menggantikan hati ana dengan hati yang lebih baik, hati yang lebih lunak dan dekat dengan Nya, hati yang sentiasa rindu untuk bertemu dengan Nya.

"Jangan takut mati."

Kalam itu bermain-main di minda, terasa terngiang di cuping telinga. Jauh di sudut hati, kecut setiap kali mengenangkan sakaratul maut yang maha dahsyat, tak terbayang betapa sakitnya jasad tatkala roh pergi meninggalkan tubuh yang sudah bertahun dihuni.

"Hanya mati akan mempertemukan kita dengan Syurga, hanya dengan mati kita akan kembali ke kampung halaman. Jangan sesekali takut untuk mati."

Bergema lagi kalam tersebut, terasa getarannya merentap saraf yang mengecut. Luluh jiwa, terasa hilang sebahagian semangat yang dilentur perlahan dengan gerak waktu yang berjalan semoga Dia menghadiahkan secebis kekuatan buat hati yang semakin kecundang dalam perjuangan.

"Innallahha ma'ana."

Air mata yang semakin membasahi pipi kering melewati hujung baju yang semakin lenjun dengan air mata.

"Allah tak uji kalau kita tak mampu, Allah uji sebab Allah nak bagi yang lebih baik... Ingat tu, bukan saja-saja Allah bagi kalau Dia tahu kamu tak sanggup. Sebelum hidup lagi dah berjanji segala yang dibuat, tujuan hidup untuk Allah. Jangan mengalah."

Suara menyapa. Diam, tersenyum dan menutup kelopak mata.

Di hujung senja, melewati saat demi saat menanti hadirnya bintang yang akan menghiasi langit luas. Sabar mengharapkan rembulan menampakkan wajah, rindu pada cahaya yang membias pada lakaran langit luas. Indah... Selalu menjadi penyeri pada kaburnya hati yang sedang merindu. Merintih dan terkadang tanpa sedar sedang bercakap dengan makhluk-makhluk ciptaan Nya yang tak akan digapai dengan tangan.

Jauh bukan kerana jarak tetapi kita yang menjarakkan sehingga terasa jauh sedangkan andai kita merasakan jauh bukan penghalang, kita akan sentiasa merasa keakraban dalam hati. Insya Allah. Begitu jugalah hubungannya dengan Allah, al-Khaliq! Jauhnya Allah kerana tak mampu dilihat dan dirasa seperti makhluk namun itulah bukti iman, kepercayaan kepada wujudnya Allah yang menjadi Pencipta! Sedangkan Allah itu sangat dekat dengan kita sehingga Dia jauh lebih dekat dari urat leher kita, subhanallah allahuakbar.

Allah tidak meninggalkan kita tetapi kita yang selalu alpa dengan apa yang Dia pinjamkan buat kita. Suka dan duka, bahagia dan derita, kejayaan dan kegagalan adalah ujian semata-mata sebagai pelengkap kehidupan manusia yang juga hamba kepada Tuhan. Andai sedar bahawa kita hanya seorang hamba kepada Allah, semua yang Dia hadirkan adalah pinjaman yang akan kita manfaatkan sebaik-baiknya.

Apabila suka, kita akan bersyukur. Apabila duka, kita akan bermuhasabah. Apabila bahagia, kita berpelukan erat dalam dakapan Nya yang meminjamkan rasa bahagia. Apabila derita, kita semakin memperbaiki hubungan dengan Allah yang menyalurkan rasa derita kerana dengan rahmat Nya menegur kita yang leka dengan dunia. Apabila diberi kejayaan, kita akan merasa betapa Allah menguji kita adakah rendah diri atau sombong mendongak ke langit. Apabila diberi kegagalan, itu tandanya Allah sedang membentuk kita untuk terus berusaha untuk kejayaan yang lebih besar. Insya Allah.

Andai kita sentiasa meletakkan Dia di hadapan dan membelakangkan kehendak duniawi yang serba tidak mencukupi, menggantikan diri dengan qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada) insya Allah kita akan sentiasa mensyukuri nikmat yang Dia berikan. Sesuatu yang negatif apabila dilihat dari sudut yang positif akan menatijahkan sesuatu yang positif, insya Allah :)

"Allah yang beri ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya."

Jarang benar kita membaiki hubungan dengan Allah tetapi selalu pula kita mengharapkan Dia memberi yang indah-indah sebagai kembara sebelum menuju perkampungan Barzakh. Jarang pula kita mengakrabi diri dengan Allah tetapi sentiasa meminta-minta dari Nya.

"Bila semua pesan pada ana untuk minta kesembuhan, minta kesihatan dan dibersihkan dari segala penyakit... Ana rasa sedih, bimbang apa yang Dia 'ikat' akan terlerai bila Dia 'lepaskan' ana." Sahabat, setia mendengar kalam-kalam sepi ana.

"Apa yang Syira minta dan harapkan?"

"Semoga hembusan terakhir di dalam rumah Nya, dalam keadaan sujud terakhir."

Diam.

"Kak, kenapa suka sujud lama-lama?"

"Sebab masa sujud tu kita paling dekat dengan Allah, rasa dekat sangat bila dapat sujud dengan sempurna. Tenang bila boleh 'berbicara' dengannya dengan fizikal (sujud sempurna)."

Mereka tak tahu apa perasaan seorang hamba Allah yang duduk di atas kerusi roda, menopang pergerakan dengan berhati-hati, setiap gerak rukuk dan sujud sangat meruntun jiwa. Sentiasa pula merasa cemburu melihat insan-insan lain mampu rukuk dan sujud dengan sempurna, alangkah bahagianya insan-insan tersebut. Namun, hati tertanya mengapa mereka tidak bahagia?

Mereka tidak faham apa perasaan seorang hamba Allah yang duduk di atas kerusi roda menjadi bahan gelak dan ketawa, tidak diminta lahir ke dunia untuk menjadi bebanan kepada manusia lain tetapi sudah Dia menganugerahkan dengan ujian kesihatan dan fizikal, apakah kita sebagai manusia akan membentak sedangkan Dia sudah membentangkan segala nikmat sebagai pinjaman. Sihat dan sakit itu ujian, maka berlapang dadalah menghadapi ujian Allah.

Astaghfirullah hal azhim.
Astaghfirullah hal azhim.
Astaghfirullah hal azhim.

Dialog demi dialog bergema, pada halwa telinga yang mendengar meski sudah BERTAHUN ia berlagu namun sehingga kini ia bermain-main. Allah...


Eh, sedar tidak sedar sebenarnya ana mahu menukilkan sesuatu... [Zuriat Yang Dinanti] - tajuk ini sudah ana rangka dalam minda sejak awal namun mukaddimah (pendahuluan) yang panjang lebar, tiba-tiba lari tajuk. Hehehe. Mungkin mukaddimah sudah menjadi sebuah entry yang mana mukaddimah sudah berisi, maka isi selebihnya bertemu dalam entry akan datang saja lah. Anggap saja mukaddimah sebagai pencerahan minda :)

Sesekali membiarkan jari jemari menari mengikut rentak hati, tersasar jauh dari isi yang utama. Maafkan ana. Insya Allah, ana akan sambung kembali penulisan ini [Zuriat Yang Dinanti].

Wallahua'lam.

Hamba Ilahi,
Insyirah Soleha
Baiti Jannati

10 leaves:

balqis,  19 July 2010 at 00:20  

Assalamu'alaikum Puan Syira,
Lama jadi silent reader memandangkan blog kamu agak popular, takut bagi komen yang bukan-bukan. Huhuhu.

Baca tajuk ni rasa excited pula, tapi bila baca isi sampai hujung gumam sendiri.

"What ekceli you want to tell dear?"

Unexpected la budak ni (eh, mungkin dah bakal mak budak :D)

Kalau betul menanti zuriat, ehem... TAHNIAH dari kami (",)

Tapi... Hehehe, sukar diramal penulisan kamu di Puan Syira oiiiiii!

Anonymous,  19 July 2010 at 06:49  

ingatkan penutup nk ckp "syira dah ada isi...hehe...sukenya,"

Orchid 19 July 2010 at 09:01  

setuju. tidak kira apa sahaja keadaan kita, sihat atau sakit yg penting kita mempunyai kudrat utk mengharungi ujian2Nya.Setiap dari kita menghadapi ujian melalui cara2 yg telah ditentukanNya sesuai dengan fitrah kejadian masing2. Seekor ikan tidak akn diuji oleh kuatnya angin bertiup sebagaimana burung tidak akn diuji oleh derasnya arus (except kalau burung tu lemas)

"If you are not angry with me,Then I do not bother about anything that happens to me but still I would rather have Your blessings and favour"- this du'a' was recited by our beloved protphet pbuh when he went back from the town of ta'if after being rejected by its people.

wallahua'lam.

May Allah give me strength to follow His light.

Insyirah 19 July 2010 at 09:59  

Wa'alaikumussalam puan balqis :)

Senyum lebar sampai telinga baca komen ukhti, hehehe. Khair, khair... Tunggu la entry akan datang (hopefully rajin nak menaip).

Ekceli i wanna tell about "Zuriat yang dinanti" but ke laut jadinya. Hihihihi :D

Insyirah 19 July 2010 at 10:00  

Kak Mia,

Aduhai... Tergelak syira pagi ni baca komen akak!

Insyirah 19 July 2010 at 10:03  

echluz,

lama tak nampak :)

apa saja ujian dan rintangan yang kita hadapi, pandanglah dengan pandangan iman, fikirlah kebaikan dan belajar untuk menerima hikmah dari Tuhan kerana apa yang Dia sediakan terkadang tidak menepati apa yang kita MAHUKAN tapi sebenarnya Dia sudah menyediakan apa yang kita PERLUKAN.

Untuk jadi kuat, mesti dilalui dengan ujian. Macammana kita nak jadi orang yang sabar dan tabah kalau hidup dilimpahi kesenangan, macammana kita nak jadi orang yang tenang dan pasrah kalau hidup sentiasa senang.

Pandanglah dengan pandangan iman, semoga kita semua sentiasa muhasabah diri dalam perjalanan kepada Nya. Insya Allah.

p/s: Moga Allah memberkatimu.

kak sarah,  19 July 2010 at 13:00  

Assalamu'alaikum...
Dik Syira yg dirahmati Allah..ni bukan nak bagi komen, cuma nak luah perasaan sikit..
ha, kak sarah mula2 tgk title ni, dah senyum2 dah..tapi bila baca entry ni sampai akhir, sebagai cikgu akak rasa out of topic..hehehe..
bukan bermaksud entry ni tak bagus ya, bukan sama sekali..kalo buat karangan ni, adeh..pening nak bagi markah...so, cepat2 update sambungan entry ni supaya akak senang nak bagi markah..hehehe..

Insyirah 19 July 2010 at 17:43  

wa'alaikumussalam whb kak sarah.

hehehe... syira juga gelak sebelum publish, sebelum menaip syira dah setting minda nak menulis "ZURIAT YANG DINANTI" dan tajuknya juga ditulis siap-siap :)

Tapi, bila jari sudah mula 'dibebaskan' menari pada papan kekunci, entah ke mana-mana saja ia belayar sampai hujungnya syira dah ngantuk. Nak sambung menaip isi mata dah tersengguk-sengguk, makanya... publish jer :P

Jadilah macam ni, hehehehe. Pastu tak tahu nak letak tajuk apa selesai menaip, makanya guna je tajuk yang sama walaupun memang OUT OF TOPIC! Hik hik hik, tak payah la bagi markah cikgu Sarah :D

Insya Allah nanti sambung menaip. Hehehehe.

Orchid 21 July 2010 at 12:37  

tiada 1 saat pun kita akn terlepas daripada diuji. ketika senang mahupun payah.

from: The Way to Patience and Gratitude- ibn qayyim al-jawziyyah

{'Abdul-rahman Ibn 'Auf (may Allah be pleased with him) described the state of the Companions of the prophet (PBUH) saying "In times of adversity, we keep patient, while in times of ease some of us failed to remain patient"
....a hungry man bears hunger more easily in the absence of food than in its presence.}

where did I gone?
berjalan2 sekejap :)... tp akhirnya kembali semula kepada fitrah.

p/s- moga Allah selamatkn kamu dari putus asa.

Nur 23 July 2010 at 23:35  

wow! first time i read your entry. sangat mengagumkan

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO