Diuji Dengan Kalam Sendiri
Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa mesej dari facebook terbiar, email juga ada yang tidak dibalas hatta sms yang masuk juga hanya dibaca tanpa memberi apa-apa balasan. Apabila ada yang 'berhajat', maka ana hanya diam dan berfikir-fikir. Apabila tulisan hanya sekadar bertanya khabar, ana membalas seringkasnya.
Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia.
Tersenyum. Membaca kembali apa yang pernah ditulis, membelek mesej-mesej dari suami dan tersenyum. Duduk sendirian, meneruskan pembacaan dan tersenyum. Bila berfikir, duduk diam-diam dan tersenyum. Berjalan, tersenyum. Senyuman akan membuatkan kita akan berfikir betapa singkatnya hidup ini, maka hadapilah dengan penuh keceriaan. Senyuman akan mematahkan ranting-ranting berputus asa dari hati, tetaplah dengan senyuman.
Bila tidak mampu untuk terus diam dan tersenyum, menarik nafas perlahan-lahan dan menikmati aliran oksigen yang memasuk rongga paru-paru dan kemudian terus tersenyum walaupun tiada manisnya.
"Penawar untuk meredakan degupan jantung, baca al-Quran dengan lidah dan hati."
Suami mengingatkan lagi, tersenyum.
"Minta tolong anak-anak huffaz Ustaz Hasmin baca yaasin ye."
Tidak mahu merengek, sekadar meminta tolong. Berpusing rasanya tulang belakang :p
"Nak buat terapi."
Harus bersyukur bila ana yang ungkapkan ayat ini, masakan tidak selalunya ana yang menangguhkan terapi dan memberi pelbagai alasan yang ntah apa-apa bila nak buat appoinment terapi. Iya, setiap kali appoinment dibuat sendiri oleh ana selepas berbincang waktu yang sesuai dengan jadual ummi dan abi. Kali ini, ana yang meminta pada suami untuk melakukan terapi, macammana tak minta kalau dah selalu sangat dihembus-hembus pada telinga atas alasan "tak nak bagi degil, supaya dengar cakap" kalau degil tu memang nak kena tarik telinga la jawabnya.
"Ustaz, ana Insyirah Soleha. Nak minta ustaz dan anak-anak huffaz bacakan tolong yaasin untuk ana." Iya, kepada seseorang yang dahulu banyak memberi pengajaran untuk ana. Alhamdulillah, kini pun tetap memberi pengajaran untuk ana.
Duduk di atas kerusi roda, merenung luar jendela. Langit mendung, awal pagi bertemankan hujan dan guruh yang sesekali menakutkan. Irama alam yang selalu menemani hari-hari ku. Duduk di atas kerusi roda, melihat adik-adik bersiap untuk ke sekolah. Perlahan-lahan bergerak dan cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa, tersenyum melihat kerenah adik-adik.
Merancang untuk bertemu seseorang di hujung minggu ini, namun ketentuan dan perancangan Allah lebih indah. Ana sendiri yang duduk di atas kerusi roda dan merenung ke luar jendela, arh pasti dia mengerti perasaan ini dan ana sangat mengerti perasaannya kerana terlebih dahulu menikmati saat-saat berkerusi roda :)
"Dah call buat appoinment?"
Abi dan zauj bertanya dari jauh, dua lelaki ini dihambat kerisauan.
"Kredit hp dah nak habis ni, bila nak call kena naik tangga dan setiap kali call tak angkat, rasa nak menangis!"
Talifon di rumah letaknya di pertengahan tangga, maka setiap kali nak menalifon akan mendaki tangga perlahan-lahan apabila tidak dapat bercakap ana turun semula dan duduk di tingkat bawah bergerak menggunakan kerusi roda. Alhamdulillah. Kemudian, beberapa ketika naik semula untuk talifon tetapi tetap tidak diangkat meski sudah berkali-kali mendaki tangga. Penat. Sakit.
"Innallahha ma'assobirin."
Abi memujuk ana. Diam, perasaan untuk tidak membuat temujanji bagi melakukan terapi memuncak. Lalalalaaaa!
Chayok Insyirah, gambette... Terapi tu kan best, rasa macam kene lenyek-lenyek jer bukan sakit sangat pun. Terapi tu macam kena rentap-rentap tulang, alah sikit sangat je pun sakitnya. Terapi tu kan dia tarik-tarik je tulang, kata nak sihat kena lah berubat. Terapi tu kan nikmat yang bukan semua orang dapat, maka nikmatilah ia dengan berlapang dada.
Yeayh!
Selepas terjatuh 2 x (eh, bukan terjun bangunan untuk sengaja cari penyakit tetapi TERjatuh) dan masih cuba berjalan, akhirnya kena akur bahawa usah kufur pada nikmat... Naik je kerusi roda. Muahahaha... Dah beberapa hari duduk di atas kerusi roda, maka kerana itu ana tidak membalas mesej-mesej dari sahabat semua kerana takut untuk berkata-kata tatkala apa yang dikata itu diuji pada diri sendiri :)
Innalillahi wainnailaihi rajiun ^_~
Insyirah Soleha
Baiti Jannati
6 leaves:
salam cik adik syira...
moga saat ini masih dihiasi ceria n ketenangan membalut jiwa..:)
nak tergelak pn ada sayu pn ada akak baca entry ni.selalu aja coretan syira mencuit hati akak.buat akak senyum n gelak sorg2.alhamdulillah..blh jg akak senyum kn? hihi...
apa2 pn tabahkan hati selalu yea.bersyukurlah kerana masih ada umi wa abi serta zauj sbg sumber kekuatan selain Allah mengutuskan kekuantanNYA buat syira.x semua insan melalui detik ujian yg mana masih dipinjamkan insan2 hebat buat penguat semangat.
senyum selalu ok...senyuman mmg selalunya penawar yg baik kpd keresahan hati.walau x banyak sedikit pasti ada...^_^
kuatkan semangat tabahkan hati Allah sentiasa bersama syira n hamba2 yg berkehendak padaNYA.insyaAllah...:)
betapa beratnya ujian itu...semoga adik tabah selalu..kuatkan smgt
BANYAKKAN BERSABAR... DAN YAKINLA DENGAN UJIAN Y DIBERIKAN PADA UKHTI ADALAH TANDA KASIH DAN SAYANG ALLAH PADA UKHTI..
PAPER PON, MOGER CEPAT SEMBUH...
~SALAM KASIH SAYANG SELUAS MAHABBAH~
SALAM SAYANG FILLAH..
TERUSKAN BERSABAR YER DIK SYIRA, UJIAN ALLAH ADALAH SALAH SATU TANDA Y ALLAH SERING INGAT KAT SYIRA.. MOGER CEPAT SEMBUH.. =)
wah wah... pandainya dia menulis...
dijemput shopping di blog saya
salam,
sayu bila membaca entri syira, walaupun prnh diuji,tp ujian sahabat2 lg hebat..ujian yg hebat utk org2 yg hebat.. apa lg yg leh akak buat di kejauhan ini, sekadar berdoa setulusnya smg Allah mmberatkn iman adik mghadapi sglnya..dan smg adik cpt sembuh..sembuh sebelum ramadhan menjelang..amin..
Post a Comment