"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

21 July 2010

Gerak Gempur

Bismillahirrahmanirrahim.

Rejab sudah berlalu, Syaaban sudah melambai-lambai dan Ramadhan semakin tiba. Ketibaan yang hanya sebulan dalam setahun, dalamnya terhimpun rahmat dan maghfirah Ilahi, ada pula malam lailatul qadar yang sangat istimewa. Hujung minggu lalu, apabila suami diminta untuk memberikan khutbah Jumaat, beliau berkira-kira untuk mencari tajuk dan meminta idea dari ana. Beberapa perkara diusulkan dan akhirnya suami sendiri yang memuktamatkan apa yang mahu dikhutbahkan, semoga idea-idea terus menyusur untuk berkhutbah! Lahirkan saja apa yang ada di dalam hati, zahirkan dengan perbuatan dan olahkan melalui lisan. Mudah-mudahan orang lain akan terkesan, insya Allah.

Selain persiapan fizikal untuk memberatkan penjagaan kesihatan. Seperti tahun-tahun lalu, seawal bulan Rejab 'ditarbiyyah' oleh Allah dengan nikmat kesihatan yang sekejap-sekejap direntap, ada pula ketika ditarik lembut. Alangkah bertuahnya kalau punya rasa syukur atas nikmat pinjaman tersebut. Pada satu ketika, batuk tidak henti-henti sedari penghujung Rejab sehingga Ramadhan. Syaaban pula mengintai dengan sentuhan tarbiyyah yang lebih 'hebat' dari Rejab, persiapan menghadapi Madrasah Ramadhan. Tidak lama, hanya sebulan dalam setahun.

Rejab - Syaaban - Ramadhan. 3 bulan yang sangat memaknakan erti kesabaran dan pengorbanan. Apabila melihat ahli keluarga gembira untuk solat tarawih berjemaah di surau, ana hanya melambai dengan senyuman tawar. Bukan tidak tergugat hati dan perasaan tetapi lebih selesa untuk mengorbankan kehendak sendiri dan mengutamakan orang lain. Tidak mahu jemaah lain terganggu keenakan ibadah dengan batuk ana yang terkadang terlalu sukar untuk berhenti, batuk yang pertama akan berlangsung beberapa minit sehingga tercungap-cungap menarik nafas. Bukankah lebih baik sendirian di rumah dengan batuk dari beramai-ramai sehingga mengganggu ketenangan orang lain? :)

Cemburu. Tetapi biarkan perasaan itu layu dengan sendiri, kerana Allah tidak pernah menghadirkan sesuatu keadaan dengan sia-sia. Kadangkala habis ubat batuk berbotol namun batuk tidak juga sembuh, pelbagai madu yang dimakan namun batuk masih bersisa. Solat tarawih dengan sesantai yang boleh, setiap 2 rakaat akan berhenti untuk berehat bagi meredakan semput akibat batuk.

Persiapan dari sudut mental juga perlu dilakukan. Menerima sesuatu dari sudut positif. Sekarang, mengemas rumah. Bulan Ramadhan nanti tidak mahu mengerah kudrat untuk aktiviti fizikal memandangkan badan tidak mampu dilanyak :D

Sedari hari Isnin, menggempur baju-baju yang ada. Mana yang tidak dipakai padahal masih elok, simpan dalam plastik dan mahu menghantar ke rumah anak-anak yatim. Minggu lepas, sepupu melayangkan e-mail meminta sumbangan pakaian dan ekonomi kerana beliau dan rakan-rakan sekerja akan ke rumah anak-anak yatim. Dah macam clearence stock je. Di dalam stor, ada banyak baju yang abi sisihkan sebelum majlis pernikahan tetapi stor terletak di luar rumah dan ana sangat kecut untuk duduk sendirian di dalam stor T_T

Niat untuk membuat Kek Batik tertangguh meski bahan-bahan sudah dibeli, insya Allah hari ini akan strive membuat Kek Batik. Chayok! Chayok! Sebelah petang akan berusaha mengemas pakaian adik-adik. Esok bercita-cita membuat kuih karipap, ummi sudah beli 2 kg tepung. Allah, macam banyak betul ummi nak makan kuih karipap. Er, ummi mengidam ke ni? Ahaks. Hari Jumaat, merancang untuk berjumpa buah hati memandangkan pada hari Sabtu majlis pertunangan sepupu. Sudah jadi chipsmore pula sekarang ni, sekejap di sini sekejap di sana. Khair, biar jadi chipsmore sekejap ada sekejap tak ada daripada tenggelam tak timbul-timbul. Hihihi...

Seminggu diperuntukkan untuk aktiviti mengemas kerana memang tidak mampu untuk mengemas dalam masa yang singkat. Biar sikit tetapi kesihatan tidak terganggu berbanding semangat melangit kemudian jasad rebah ke bumi, sekarang sudah pandai mendengar kata dan sudah kurang degil. Bagus bukan? Perubahan positif yang perlu dibanggakan, hik hik. Dulu, semangat sentiasa di depan walaupun jasad sudah mengangkat kedua tangan menyerah kalah tetapi tetap dipaksa sehingga akhirnya kaki juga tidak mampu diangkat sebagai tanda penyerahan diri.

Hai therapist, tak rindu Insyirah ke? Kui kui kui...

Pada mereka yang setia mengikuti perkembangan ana, membaca tulisan-tulisan karutan ana, tersinggah secara tidak sengaja dan terbaca tanpa sengaja.

DOAKAN ANA... DOAKAN ANA... DOAKAN ANA...

"Tidak ada musibah yang lebih besar selain kemalasan dan hilangnya semangat dari hati seseorang untuk berbuat baik. Maka ketahuilah, bahwa dia sedang tertimpa musibah yang paling besar yang tiada lagi musibah yang lebih besar dari itu."

Al Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad


Menikmati kabus pagi,
Insyirah Soleha
Baiti Jannati

20 leaves:

WanitaMustanir 21 July 2010 at 09:25  

InsyaAllah..

Saya sentiasa doakan sahabat-sahabat.. =)

IMmeHuda 21 July 2010 at 10:46  

sis,

just got time to read ur writings after months of busy life!

azam tahun ini - habiskan 30 juzuk Al-Quran sepanjang Ramadhan..chaiyok2!

trying so hard to be a better muslimah =)

شاح اندرني 21 July 2010 at 12:32  

Insya-Allah.. Tidak mudah menjadi isteri dalam usia muda.. Lakukan yang terbaik, lakukan demi mendapat redha suami yang juga redha Allah... :-)

Anonymous,  21 July 2010 at 13:48  

ukhti sntiasa dlm doa saya:)

syafakillah..

ansorullah 21 July 2010 at 14:42  

assalamua'laikum.. adik sayang, terima kasih juga diatas jalinan ukhuwwah fillah yang terjalin. moga ALLAH meredhai..=)

sue 21 July 2010 at 17:12  

salam dik...
kaksu antara peminat baru adik...diperkenalkan oleh seorang adik praktikal di pejabat akak...sebenarnya membaca blog adik niqab menyentuh hati....penyerahan diri kepada al-Khaliq....kaksu ingatkan adik niqab umur 25 thn ke atas...tapi baru 20 sangat bagus penulisan dan luahan minda menyentuh penyerahan diri kepada al-Khaliq..kaksu masih dalam keadaan berdukacita yang redha.....emak yang disayangi telah kembali ke Rahmatullah pada 30 Jun 2010, Rabu...nantilah akak ada masa akak cerita kat adik niqab...k...ukhuwwah fi sabilillah

Anonymous,  21 July 2010 at 18:57  

kek batik? bg sikit..hehehe.....

~ZuLhAiRi~ 22 July 2010 at 01:21  

salam 'alayk...

Lama x singgah, kali ni tersinggah...takpa, mengarut pun ada manfaat juga...

sama2 doakan sahabat dan seluruh ummat Islam...

Insyirah 22 July 2010 at 08:03  

Syukran wanita mustanir,
moga Allah mempereratkan hati-hati yang bertaut kerana Allah.

Insyirah 22 July 2010 at 08:04  

Sis Huda.

Hehe, excited baca pengalaman orang pi London, kita nak pi London pun pikir berpuluh beratus kali... Takpa rezeki masing-masing kan. Hehehe.

Azam baru! Insya Allah, mula 'panaskan' badan dari sekarang nanti Ramadhan dah boleh lajuuuuuuu nak baca 1 hari 1 juzuk, tapi bukan ke kene baca 1 juzuk lebih, sebab... er, er... :)

Insyirah 22 July 2010 at 08:06  

شاح اندرني

Tidak mudah tapi tidak juga susah kalau mengharapkan keredhaan Allah, semuanya terasa ringan bila merasakan hidup ni singkat je :) Pergunakan suami untuk kebahagiaan akhirat (wah, macam pentingkan diri je) T_T

Insyirah 22 July 2010 at 08:06  

Anonymous :

Syukran :)

Insyirah 22 July 2010 at 08:07  

Wa'alaikumussalam ansorullah :

Insya Allah kak, moga tautan hati antara kita berkekalan kerana Allah. :)

Insyirah 22 July 2010 at 08:10  

Assalamu'alaikum kak Sue,

Innalillahi wainna ilaihirajiun. Moga ibu akak ditempatkan dikalangan mereka yang mengerjakan amal kebaikan, ameen.

Insya Allah akak boleh email pada saya di niqobgirl[at]yahoo.com kalau nak berbual privasi. Insya Allah.

Jangan cakap akak PEMINAT saya sebab saya bukan ada apa-apa untuk diminati, cukuplah kalau akak mendapat manfaat kerana hanya itu harapan saya kalau orang baca dapat ambil manfaat maka saya KURANGKAN merepek walaupun susah juga nak kurangkan masalah merepek saya ni. Insya Allah berusaha :)

Ye kak, saya berusia 20 tahun - kanak2 blackcurrent :)

Insyirah 22 July 2010 at 08:10  

kak Mia :

Maaf, kek batik syira tak menjadi... huhu. boleh dimaafkan sebab 1st time, hihi...

Insyirah 22 July 2010 at 08:11  

Ustaz Zulhairi,

Lama bertapa, moga dapat apa yang dicari. Insya Allah. Oh, time ana tak merapu takde pula ustaz nak singgah tapi time ana merapu la ustaz nak singgah yer. Memang nak kantoikan ana la tu, isk isk. Tak apa lah, bukan hide and seek pun nak kantoi... :P

Tapi time ana merapu, ustaz pun singgah... Isk, tak best sungguh.

Anak Ayah... 22 July 2010 at 08:38  

salam cik adik syira..:)

"....KURANGKAN merepek walaupun susah juga nak kurangkan masalah merepek saya ni. Insya Allah berusaha :)" aduhai...tergelak akak baca komen syira ni...

insyaAllah.syafakillah dik..
haipp..nk ckit kek batik...hehehe..:)

Insyirah 22 July 2010 at 09:03  

Salam cik akak Anak Ayah,

Huhuhu napa akak gelak baca komen cik adik Syira ni? Ada yang tak kene ke? Tak apa, memang niat dah ada tu... tinggal usaha je :D

WanitaMustanir 22 July 2010 at 13:04  

Ukhti tahu tak, i've read your blog a year ago..

Segala ayat-ayat yang ukhti tulis, memang sungguh menyusuk nurani.. Makanan rohani santapan jiwa..

Saya tahu blog ukhti dari link sahabat saya..

Rupanya ketika i am ur silent reader, mungkin ukhti dah menjadi tunangan orang.. Dan sekarang, ukhti menanti menjadi seorang ibu muda.. InsyaAllah..

Insyirah 23 July 2010 at 11:09  

Assalamu'alaikum buat ukhti wanita mustanir (nama shira kan?)

A year! Ya Allah, lama tu :)

Ana tak bertunang lama, rasanya sebelum bertunang dengan suami lagi ukhti dah follow (kalau benar a year ago) sebab saya bertunang dengan suami tahun ni, hihihihi... :)

tapi sebelum bertunang dengan suami, sudah bertunang... dengan kematian :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO