"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

26 July 2010

Mawarku Yang Tercinta

Bismillahirrahmanirrahim.

"Pada setiap yang hampir,
Izinkan aku bermusafir,
Jauhku untuk mendekat!"

Tiba-tiba suami menuturkan dengan lancar seolah-olah sebaris ayat ini dihafal. Allahuakbar, ana tercengang seketika dan melihat wajahnya yang selamba.

"Abang hafal ayat tu?"

"Tak hafal, ingat je..."


Cherating ~ 14 Februari 2010

Ana hanyalah seorang makhluk lemah, seorang makhluk yang dibaluti dengan pelbagai emosi dan kerapuhan emosi yang melingkari hati sering pula melemahkan gerak langkah ini sehingga perlahan menapak dalam perjuangan. Tatkala diasak ujian demi ujian yang bertandang ke dalam hati, bersoalkan tentang hati menjadikan ana semakin lemah untuk berfikir dengan waras maka jalannya adalah uzlah (pengasingan diri) yang mana akan membuatkan ana berfikir, muhasabah dan terus mencari jawapan dari Nya di celahan-celahan ujian yang menyesakkan emosi.

"Pada setiap yang hampir,
Izinkan aku bermusafir,
Jauhku untuk mendekat!"

Sebaris ayat yang selalu diberikan sebagai satu kata ganti "Tolong jangan ganggu ana" atau bahasa lainnya "Stay away from me" namun sejauh mana ana berlari, seluas mana lautan yang ana renangi, setinggi mana bukit yang ana daki untuk mengasingkan diri dari manusia ana tetap menyalurkan rasa sekeping hati yang tak pernah pudar untuk seseorang yang begitu istimewa. Dalam hidup ana, dia antara manusia yang begitu penting. Mungkin dia bukan terpenting (paling utama) namun dia adalah manusia yang sangat istimewa.

Makan bersuap, berkongsi minuman, tidur sekatil berkongsikan bantal hatta selimut yang sama. Di saat tiada manusia yang memahami bahasa "sepi" ana, dia antara insan yang mampu membaca tafsiran hati ana. Melalui gerakan mata dan pandangan sepi, dia mengerti apa yang sedang ana minta. Dia selalu mengerti lirikan mata ana sehingga suatu ketika tatkala terlalu lelah dengan sapaan ujian yang menghempas hati, ana tak sanggup untuk berjumpa dengan beliau...

Ana mampu diam dan menyembunyikan perasaan dan sengketa masalah, memendam setiap rasa yang bergolak dalam jiwa namun tatkala melihat wajahnya dan bicara dengannya... Seakan muntahan lahar dari gunung berapi yang sudah beratus tahun menanti saat memuntahkan lava! Ana tidak mampu menyembunyikan kesedihan, kegembiraan malah apa juga perasaan di hadapannya.

Setiap hati itu dihubungkan oleh Allah, pengikat hati adalah kerana berpaksikan keimanan pada Allah maka Allah yang membolak balikkan hati manusia. Pada Allah jugalah doa dipohon agar menyatukan hatinya dengan hati ana agar tetap bersama dalam kejauhan jarak yang memisahkan. Rindu ana padanya bukan sebarang rindu, kasih ana padanya bukan sebarang kasih, cinta ana padanya bukan sebarang cinta. Dia begitu istimewa bahkan terlalu penting dalam diari seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan ini.

... Sanah helwa ya ukhti habibati ...


Beliau sahabat istimewa, jalinan hati yang sudah terlafaz "akadnya" sejak 8 tahun yang lalu dilalui dengan setiap rasa... Kegembiraan, kedukaan, kemanisan dan setiap tawar, manis, masin, kelat, pahit... Dia antara sahabat yang akan mengetahui rahsia-rahsia ana. Di saat bergelora hati dan perasaan tatkala Allah menguji dengan ujian yang hadir dari lelaki, dia antara manusia yang ana relakan untuk mengetahui gelora hati ana :)

Dia juga sahabat yang sangat setia, di saat ana sendiri dan menyendiri dari manusia lain... Dia masih di sisi ana memberi semangat dan sokongan.

"Insyirah sakit..."

Dialah manusia yang akan bergegas untuk melihat ana, dialah manusia yang akan mengorbankan kepentingan diri untuk bersama ana. Di saat lidah tidak mampu menuturkan apa-apa, dia masih memahami gerak mata yang "sunyi" kerana hubungan kami diakrabi dengan hati, dasarnya adalah cinta kepada Rabbi.

"Panggil Aisyah... Tak tahu Insyirah nak apa."

Kadangkala, dalam keadaan yang lemah ana mendengar sahabiyah menjerit dan panic meminta pertolongan dan mengharapkan sodiki hakiki segera datang untuk menterjemah apa yang ana mahukan. Di saat ana kekejangan, sentuhan kasih sayangkan membuatkan ana lupa seluruh tubuh ana sedang kekejangan sehingga rahang ana juga tidak mampu untuk digerakkan. Di saat ana kesakitan, kata-katanya bisa meluluhkan segala duka yang bersarang.

"Sabar ye..."

Kata-kata yang lahir dari hati insya Allah akan menerombos ke dalam hati sedangkan kata-kata yang lahir dari mulut belum pasti akan melepasi telinga!

8 tahun kami berukhuwah, seandainya lahir seorang bayi maka sudah darjah 2. Kiranya belajar, mungkin sudah membentangkan thesis peringkat PhD. Namun, semusim ukhuwah ini terlalu singkat kerana hadirnya di dalam hati... selamanya akan menghuni hati.

"Kita berpisah untuk bertemu, mungkin bukan di dunia tapi pertemuan di akhirat yang diimpi. Moga kita dikumpulkan bersama golongan orang yang berkasih sayang kerana Allah, ameen!"


Sanah helwa ya sodiki hakiki...


Bertindak sebagai "driver" kereta pengantin. Menjadi sebutan sehingga ke hari ini, keadaan panic semasa ketibaan pengantin. Pemandu tidak kelihatan (sebab comel sangat). Hihi, you make my day so beauty memorable!

Moga Allah melimpahkan rahmat dan maghfirah Nya untukmu, memberikan kemanisan iman dan kelazatan islam sehingga akhir hayat, memberkati usia mu dan merahmati kehidupanmu.

Ya Allah, sahabatku ini buah hatiku, aku melepaskan dia kepada Mu kerana aku tahu ya Allah hanya Engkau yang boleh menjaganya lebih baik dariku dengan sebaik-baik penjagaan.


Ya Allah, aku meyakini qada' Mu bahawa setiap pertemuan pasti disusuli dengan perpisahan namun aku mengharap kepada Mu ya Allah, jadikanlah pertemuan kami sebagai ladang tempat kami berkasih-sayang dan perpisahan kami adalah kerana mengharapkan pertemuan yang lebih baik, pertemuan yang Engkau berkat dan redhai.

Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami untuk berkasih sayang kerana Engkau dan satukanlah hubungan hati ini sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan dunianya agar mudah pula urusan akhiratnya. Teguhkanlah hati kami dan himpunkanlah kami menjadi hamba-hamba Mu yang taat kepada Mu. Ameen ya Rabb.


Happy Sweet 21 My Dear Siti Nur Aisyah!

Crater of LOVE,
Insyirah Soleha
Baiti Jannati

6 leaves:

kak sarah,  26 July 2010 at 01:11  

Selamat ulangtahun juga buat ukhtie Aisyah..nama sebijik serupa macam adik ipar kak sarah ni..
mula2 baca ingat ke cerita tentang suaminya..rupenya tentang besprennyer..hehehe..

p/s: bestnya ada orang dedikasikan ucapan hari lahir panjang lebar gini dalam blog.hihi!

Insyirah 26 July 2010 at 09:23  

Kak Sarah, yer la kak... orang yang penting dalam hidup syira ni, kene tribute entry istimewa :)

Tak seberapa pun ucapan ini dibandingkan dengan nilai ukhuwah dan juga kasih sayang kami yang baru 8 tahun :) semalam bila dia baca blog, dia cakap nak lari dan peluk Syira kuat-kuat. Huhu, masing-masing memendam rindu T_T

syauqina,  26 July 2010 at 20:04  

salam~

a good tribute for a good friend.

saya rindu sahabat saya. namun di sebalik kerinduan itu, saya terkadang bimbang. apakah benar irndu ini kerana Allah, atau rindu itu dicemari nafsu?? Nau'zubillah.

terkadang, terasa ingin menjauhkan diri dari dia yg dicintai. kerana benar takut andai rindu ini perkontaminasi dengan bisikan syaitan. takut andai ukhuwah yang dibina atas dasar imaniah, hancur dgn bisikan syaitan laknatullah...

ukhtiku sayang, ana sayang kamu.. izinkan ana menjauh barang sebentar waktu, untukku mencari diriku, apakah benar tulus cintaku...

ya Allah...
tetapkan hati ku dan hatinya,
di atas cahaya cinta imani,
agar ia kekal ke syurga firdausi.

aku ingin menjadi pembantunya,
aku ingin meneguhkannya,
aku ingin menyokongnya,
di jalanMu....

jgn biar rinduku padanya melebihi rinduku padaMu ya Allah...
jgn biar cintaku padanya melebihi cintaku padaMu ya Allah....

hapuskan dari segala bisikan nafsu
yang terus membelenggu..
sungguh aku takut azab siksaMu.

:(

ukhtiku sayang, maafkan ana.

Anonymous,  26 July 2010 at 23:00  

sahabat yg baik susah & sng akan sentiasa diingati utk selamanya

sue 27 July 2010 at 17:04  

salam dik niqab...
tersentuh hati kaksu.....kasih sayang adik pada seorang sahabat....teringin mendapat sahabat-sahabat yang sentiasa ingat mengingati...nasihat-menasihati....
teringin..........

Ahlia 'Ammar 27 July 2010 at 23:53  

salam'alayk ukhti.. :)

dah lama ana jd silent reader d sini. sgt suka cara penyampaian ukhti dlm menyampaikan sesuatu mesej. moga trus thabat dlm brdakwah ya. :)

moga ukhuwwah ukhti dan shbat trcinta itu berkekalan hgga ke sana.aminn.. :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO