Zuriat Yang Dinanti
Bismillahirrahmanirrahim.
Setiap pasangan yang melangkah ke alam rumahtangga mengharapkan kehadiran cahaya mata, walaupun tanggungjawab yang tersedia di pundak sudah cukup berat namun memiliki cahaya mata bererti menambah tanggungjawab tidak sesekali membuatkan pasangan yang berkahwin memilih hidup berdua sehingga akhir hayat. Di negara Barat, meskipun mengamalkan kehidupan yang 'bebas' dan ramai pula yang takut memikul tanggungjawab (dalam keluarga) namun mereka masih juga merancang untuk memiliki cahaya mata setidak-tidaknya 2 orang.
Quote entry Mukaddimah : Zuriat Yang Dinanti.
Lama menatap wajahnya, ada garis luka yang tersembunyi namun biasan taqwa yang merimbun dalam hati menutup segala resah dan duka yang menyelubungi. Pada sosok indah itu hamparan mata dijatuhkan, tersedar dari lena yang panjang. Ya Allah, benar-benar tersedar dari angan-angan yang bersarang di minda.
Walaupun kerdipan matanya bersahaja, namun biasan hatinya mengetuk pintu hati ana untuk sesuatu yang lebih besar. Berfikir dalam diam, mendengar dan terus mendengar. Ujian itu tarbiyyah dan sabar itu indah, alangkah bertuahnya pada mereka yang melihat ujian sebagai anugerah dari Allah dan merasakan betapa bertuahnya diri kerana diuji oleh Allah. Tidak Dia ciptakan sesuatu bagi tujuan sia-sia tanpa sebab, pasti terselit hikmah yang tidak terfikir oleh hamba.
"Syira tahu tak, ini anak akak yang ke-3?"
Melopong ana mendengar, ana menggeleng perlahan. Seingat ana, suami ana bercerita pasangan tersebut menanti kehadiran cahaya mata dan kehadiran si kecil dalam rumah tangga agak lewat lantaran 2 kali mengalami keguguran. Namun, ana merasakan keguguran adalah fasa awal mengandung jadi ana membuat jugdement sendiri bahawa keguguran bukanlah 'kehilangan' anak melainkan sudah menjadi fetus. Mungkin ia hanya pendapat peribadi yang SALAH, mentafsir dengan dangkal.
"Anak pertama akak, masa mengandung dah 7 bulan doktor mengesahkan baby tak ada tempurung kepala. Ya Allah, masa tu Allah je yang tahu perasaan akak. Akak teruskan juga sampai bersalin."
Allahuakbar, ana terkedu. Walaupun muka mungkin tidak berubah namun hati ana sedang mengalami kocakan yang agak kuat.
"Akak bersalin normal ke?"
"Anak sulung akak bersalin normal. Tapi baby tak hidup lama, 2 jam selepas dilahirkan baby meninggal. Doktor pun dah cakap, kalau teruskan kandungan pun baby tak dapat hidup lama sebab tak ada tempurung kepala."
"Akak tengok baby selepas lahir?"
"Akak rabun. Masa bersalin, spec entah ke mana pergi. Nampak samar-samar gitu lah. Tak cantik pun, tak macam baby normal kan sebab tak ada tempurung kepala."
Ana angguk perlahan. Tangan ana memicit-micit si kecil dalam pangkuan, geram!
"Bila tak menyusu, 3 bulan kemudian akak mengandung lagi. Kali ni, akak check-up dengan swasta dan dalam masa yang sama follow-up dengan klinik kerajaan juga sebab kad merah tu penting masa bersalin. Dalam 4 bulan lebih baby, doktor sahkan perkara yang sama. Baby tak ada tempurung kepala. Kedua-dua berita ni dapat bulan Ramadhan. Tapi kali ni akak rasa tak mampu nak teruskan, kalau mengandung pun baby tak dapat hidup juga. Doktor masuk ubat untuk paksa bersalin."
Ya Allah, kuatnya hati wanita ni.
"Anak pertama perempuan, hidung mancung muka macam (si kecil) ni. Anak kedua lelaki, masa lahir tu dah sempurna ada semua anggota badan tapi organ dalaman belum sempurna lagi. Yang ketiga, perempuan semula. Yang ni hidung penyek."
Ana ketawa perlahan.
"Alhamdulillah, 7 bulan selepas anak kedua meninggal akak mengandung yang ketiga dan syukur sangat bila check doktor cakap baby normal tak ada masalah."
Ok, ana sedang berusaha menahan diri dari menggigit si kecil depan mata. Pertama kali berjumpa dengan si kecil tersebut, ana terus jatuh cinta dengan wajahnya yang sangat comel. Seorang anak yang sangat baik, tak banyak kerenah dan ana selalu kata pada suami.
"Solehah sangat budak ni..."
Semasa berkunjung ke rumah ibu angkat (suami ana dan suaminya), ummi juga geram dengan si kecil tersebut. Allah, solehah sangat! Sampaikan kata ummi kalau ada anak macam (si kecil), 10 orang pun tak apa. Allah, ummi jauh lebih faham kerenah anak-anak memandangkan beliau sudah mempunyai cucu. Masakan beliau boleh kata "10 orang pun tak apa" kalau susah untuk dijaga. Hehehe...
Hidup ini medan ujian.
Ada pasangan yang kahwin bertahun-tahun tetapi tidak memiliki zuriat, pasti hatinya terusik apabila melihat sahabat yang berkahwin sudah mempunyai zuriat sendiri dan makin terusik hatinya bila melihat sahabat yang baru kahwin cepat pula mempunyai zuriat. Satu kisah yang pernah suami ceritakan pada zaman Imam Malik (kalau ana tak salah), pasangan yang sudah bertahun-tahun bernikah tetapi tidak dikurniakan zuriat maka Imam Malik menasihatkan agar pasangan tersebut bangun malam dan istighfar banyak-banyak. Alhamdulillah, selepas mengikuti nasihat tersebut, mereka dikurniakan zuriat.
Ada pula pasangan yang berkahwin dan mendapat zuriat, tetapi Allah menguji kehadiran zuriat tersebut dengan masalah kesihatan sama ada dari rahim atau setelah lahir ke dunia. Ada juga sahabat ana yang sangat sabar dan tabah melayan dan mengurus bayi mereka yang baru beberapa bulan, kehadiran cahaya mata tersebut menjadi ujian apabila doktor mengesahkan bayi tersebut mempunyai penyakit. Andai hidupnya panjang, mungkin akan cacat sepanjang hayat. Jadual kehidupan mereka suami isteri juga berubah dengan kehadiran cahaya mata tersebut, di hening pagi si anak akan minta didukung dan hanya tidur dalam keadaan dukung.
Pada siang hari, si ibu sibuk mengurus anak-anak seramai 3 orang (termasuk bayi yang sakit) dan selepas pulang dari kerja si ayah akan turut membantu. Pada waktu malam, tatkala isteri sudah kepenatan mengurus rumah tangga dan suami yang penat di pejabat menggalas tanggungjawab melayani si kecil yang hanya selesa apabila di dukung. Ujian Allah.
Ujian yang hebat hanya untuk insan yang hebat.
Kalam yang sentiasa ana pegang, apabila melihat insan-insan yang teruji menjadikan ana insaf dan muhasabah diri. Apa yang Dia hadirkan di atas dunia ini untuk kita fikirkan kebesaran Nya, andai kita bersyukur maka Dia akan tambah nikmat dan sekiranya kita kufur maka azab Nya amatlah pedih.
Ana meletakkan kisah ini setelah semangat semakin down dengan perkara yang tak perlu dikongsikan secara umum di sini. Alhamdulillah, ziarah mahabbah di petang Jumaat tersebut banyak membuka rongga muhasabah untuk ana berfikir. Allah sentiasa memujuk dengan cara dan kehendak Nya :) Dengan asbab rindukan si kecil tersebut, ziarah mahabbah tersebut Allah bekalkan ana dengan sebuah 'ibrah (pengajaran) yang sangat besar.
Apabila Dia berkehendakkan sesuatu, maka jadilah perkara tersebut.
Sejauh mana kita bersangka baik dengan Allah? Merasa nikmat-nikmat yang hadir belum cukup, malah dirasakan terlalu kurang dibandingkan dengan nikmat hamba yang lain?
Allah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi. Dan celakalah bagi orang-orang kafir kerana siksaan yang sangat pedih.
(Iaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.
(Surah Ibrahim ayat 2-3)
Anak-anak itu sebagai saham akhirat. Sekiranya dididik dengan ilmu agama, insya Allah akan memberikan hasil yang baik untuk kehidupan dunia dan akhirat. Ana sangat menghafal kata-kata dari abi tersayang.
"Bila kita tanam padi, lalang pun akan tumbuh. Tapi kalau kita tanam lalang, padi tak akan tumbuh!"
Maksudnya, kalau kita bersungguh-sungguh untuk kehidupan akhirat (padi) insya Allah kita akan 'dapat' dunia (lalang). Tetapi kalau kita hanya bersungguh-sungguh untuk kehidupan di dunia (lalang) dan melupakan kehidupan akhirat, maka hidup ini amatlah rugi. Abi selalu mengingatkan bahawa kehidupan ini bukan hanya di dunia saja, kita ada kehidupan selepas ini (alam barzakh dan negeri akhirat yang kekal abadi). Orang yang bersungguh-sungguh untuk kehidupan akhirat akan menjaga segala 'jalan' di dunia ini, maka kehidupan di dunia terjaga kehidupan di akhirat sejahtera. Insya Allah :)
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".
(Surah Ibrahim ayat 40-41)
Pada si kecil buah hati ummi dan walid tersebut, moga menjadi anak yang solehah, anak yang taat pada perintah agama, anak yang menjaga kemuliaan agama, anak yang akan mendukung perjuangan dan dakwah Islam. Ameen.
My dear habibi qalbi (zauj) can't say anything when I start talking about dearest solehah, hehehe. Sorry Abang, I do really in love with her!
Insyirah Soleha
Baiti Jannati
10 leaves:
Subhanallah... Kisah yang sangat2 menyentuh hati..
Ujian yang hebat untuk insan yang hebat...
Semoga kita semua berjaya lulus dalam ujian demi ujian di dunia.. ameen..
Assalamualaikum insyirah,
Subhannallah, comel sangat kanak-kanak itu..
Sebab saya juga ada cousin yang comel..
Memang fitrahnya seorang wanita, sukakan kanak-kanak.. Apatah lagi jika wanita itu telah berumahtangga..
Semoga Allah murahkan rezeki syirah untuk mendapat baby.. InsyaAllah..
Alhamdulillah, kisah ni banyak membuat diriku bertanya kepada diri sendiri lantas muhasabah dan tersungkur, terasa Dia sedang mengajak untuk berbicara. Allahu Rabbi...
Wa'alaikumussalam wanita mustanir.
Masya Allah, ana dah jangka akan ramai yang komen tentang baby ni :D
Allahumma ameen, moga Allah memakbulkan doamu sahabat :)
Assalamu'alaikum..
akak pun dah jatuh cinta pada kecumelan baby ni..bila lah nak dapat anak perempuan ni..Hanya Allah yg tahu segalanya..kenapa DIA memberi dan belum memberi..
bercerita tentang kisah ini, akak pun ada pengalaman yg seumpama dengan ini..walaupun masalahnya tidak sama, tapi ujiannya sama dik..
tidak mampu utk bercerita dgn lebih detail..pokok pangkalnya apa2 yg Allah beri itu adalah 'rezeki'..dan apa yg belum diberiNya ada sebab musabab terbaik yg hanya Dia yg mengetahui..
p/s : untuk entry ni, tiada markah yg akan diberikan..kerana pengajaran dan nilai yg turut serta dalam kisah ini adalah lebih dari segala peratusan yg ada..
terasa ada sesuatu yg ingin disampaikan penulis...sesuatu yg berkaitan dengan ujian. terkadang kte lalai dengan duniawi yg menghadirkan kte kebahgiaan....terkadang sesuatu ujian yg Allah ciptakan mgkn terkandung hikmah di sebalik membawa kte agar x lalai mengingati kehadiran-Nya dlm hidup kte.....
pasrahkan diri menerima ujian..menyebut zuriat, ada sebak & segalanya mgkn tercipta krn dugaan itu mkn membesar....
Wa'alaikumussalam Kak_S,
Alhamdulillah, Allah kurniakan kepada akak seorang anak lelaki yang comel dan sweet. Peliharalah permata hati akak dengan kasih sayang (tak perlu la nak cakap sepatutnya sebab akak memang sayangkan dia kan), terapkan sunnah Nabi sedari awal supaya dia membesar dengan sunnah... Bila dah besar, merasakan sunnah adalah suatu "kewajipan".
Syira tahu setakat 2 pengalaman "kehilangan" akak, namun syira tak dapat nak nafikan yang syira juga menopang semangat dengan kisah-kisah orang lain. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi orang yang berfikir dengan zikir, Insya Allah.
p/s: Kalau ada rezeki, minggu ni nak jumpa lagi si kecil ni ^_^
Assalamu'alaikum kak Mia,
Setiap tulisan Syira hanya monolog-monolog yang "sesuka hati" menari pada jemari, kekadang lahir dari hati dan kekadang tu sesaja jer psiko diri sendiri. Huhuhu...
Doakanlah semoga kita sama-sama kuat dan redha dengan apa yang Dia rezekikan, insya Allah ada sesuatu buat Kak Mia yang sedang minda ini rancangkan selebihnya Allah saja yang akan menentukan sama ada rancangan tersebut diteruskan atau tidak mengikut keadaan.
Mudah-mudahan apa yang Syira rancangkan buat Kak Mia ada manfaatnya untuk KITA ^_~
salam sis...
comel bangat sih anak ini..=)
my wish & pray for u - may u'll always get the best of everything in life..u've already got a good hubby, good family and may u'll be granted with Zuriat soleh! =)...
take care..love ya sis =)
salam sis, rindu lorh!
ehek, comel kan? ini anak angkat. first step before had a kid *sigh*
Post a Comment