"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

30 October 2009

Selamat Menunaikan Haji

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah. Pada beberapa hari lalu ana tersenyum mendapat sms dari Kak Aini, dah lama sangat tak berhubung dengannya. Berita gembira disampaikan bahawa Kak Aini insya Allah akan berangkat untuk menunaikan haji.

3 tahun yang lalu (kalau tak salah), adik kembar Kak Aini iaitu Kak Aida menunaikan haji semasa sedang hamil Fahri. Tahun ini giliran Kak Aini pula menunaikan rukun Islam ke-5.

Maaf, hanya gambar ini yang ada dalam simpanan :)

Semoga :

~ dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang ibadah

~ dipermudahkan segala urusan pergi dan balik

~ mendapat haji yang mabrur


Ameen :)

Nampaknya Auni dan Afif duduk dengan datuk dan nenek la ye.

p/s: Kak Aida... Semoga selamat melahirkan anak, excited nak tengok baby baru.

Read more...

29 October 2009

Teratak Yang Mendamaikan

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, harini sedikit bersemangat. Hihi, seusai baca satu penulisan pada awal pagi terus berkobar-kobar semangat. Yey! Chayok! Chayok! Hihi, nampaknya kene well behave disebabkan blog ini sudah menjadi tempat lepak adik-adikku serta abi (pak cik dan mungkin pak uteh).

Beberapa hari lalu, abi kelihatan khusyuk mengadap laptop kesayangan ana. Ana sangkakan abi baca e-mail lantaran kesibukan pergi site buat abi tidak sempat masuk ke pejabat. Sekali, terkejut rupanya abi sedang 'menelaah' blog ana. Hihihi. Fadilah dan Mahfuzah banyak copy artikel dalam blog ke dalam folder peribadi mereka. Pagi ini, ana menggaru kepala yang tidak gatal memikirkan apa nak dibuat dengan blog ini kerana pada pendapat ana, ia boleh dijadikan saluran untuk memotivasikan adik-adik lantaran mereka yang gemar membaca. Insya Allah.

Mungkin tulisan tetap sengal tetapi cuba dipulihkan sedikit demi sedikit, tidak mahu penulisan menjadi terlalu berat dan tidak pula terlalu merepek. Apapun, blog ini blog peribadi yang tidak tertakluk kepada mana-mana insan lain selain empunya blog. Ngeh ngeh ngeh... Kecualilah kalau ada yang nak jadi partner blog ana, lalalalaaaa...

Ana sangat teringin nak makan Rose Chicken (Ayam Mawar, cececeee...) tetapi ahli baeyt hampir semuanya sedang demam dan ummi agak teruk. Harapnya hanya demam biasa, bukan ILI (Influenza Like Illness). Huhu. Jadi, untuk memasak Rose Chicken pada tahap kesihatan yang tidak memuaskan amatlah kejam. Semasa Babah Saif dan sahabatnya bertandang, banyak kali ummi bertanya "Nak masak apa ye?." Ana sendiri tidak tahu menu apa yang nak dimasak.

Dalam kepala sudah bercadang untuk memasak Rose Chicken tetapi ana takut Babah Saif takut nak makan tengok ayam seekor atas meja. Huhu. Makanya, ayam itu dipotong menjadi bahagian yang kecil sehingga menjadi rendang ayam. Terjebak juga rupanya ana dengan Novel Ayat-Ayat Cinta... Firoh masywi yang dimakan atas bumbung secara jemaah oleh Fahri dan sahabat-sahabat, firoh masywi dan juga Rose Chicken entahlah ada beza atau tidak.

Bezanya Rose Chicken memerlukan bahan penyedap seperti roti. Rose Chicken juga dimakan dengan nasi yang digoreng (tak sesuai makan dengan nasi putih), side menu pula kentang goreng (atau lenyek) dengan coleslow. Phewww...! Terliur menaip semua ni. Bila fikir tentang menu masakan, sudah agak lama ana tak buat Chicken Chop. Kenapa ana asyik memikirkan ayam? Entah la... Ana bukan mengidam cuma teringin je :)

Masa ziarah Kak Syifa', pernah bawa Rose Chicken dan nasi goreng tanpa coleslow dan juga kentang goreng tetapi... licin, hihihi. Sedap tak kak? <-- perasannnnn.

Untuk menyedapkan Rose Chicken juga, penggunakan microwave lebih baik dari oven. Hihi, isinya gebu dan lembut apabila dimasak dengan microwave. Nyummy!

Membaca blog tetamu yang bertandang ke rumah, katanya teratak damai. Iya, kawasan rumah yang sunyi, hanya bertemankan flora dan desiran air sungai di belakang rumah ditambah pula dengan keriuhan cengkerik di malam hari sangat meredakan pelupuk emosi yang cedera. Bulan ini, terasa sedikit istimewa kerana ramai tetamu datang dari jauh.


SaNaH HeLWa (dah lambat ni) untuk KeKaNdaku, Ahmad Farid yang menyambut ulangtahun perkahwinan, ehh.. nama pun sanah helwa jadi ulangtahun kelahiran yang ke-21 pada 24 Oktober yang lalu. Yeay, insya Allah next PRU dah boleh mengundi. Hihihihi. Mesti sedap kan suara nyanyian kami (adik-adiknya yang 4 orang ni) dihari lahirnya, kui kui kui. Nasib baik tak heart attack. Lalalalaaaa... Dah kaye nanti belanje orang tau, sponser tiked pergi Mesir. Ngeh ngeh ngeh!

Harap-harap misi membuat muffin menjadi, demam pun demam la... Aroma muffin yang menyegarkan nanti boleh la melupakan sejenak sakit tekak. Hihihi. Beberapa ketika ni setelah melakukan sedikit diet (yang sanggup ku hadapi), terasa cincin ni tunggu hari je nak masuk dalam pinggan nasi. Bila makan je mesti kena betulkan cincin, harap-harap tak jadi macam Mak Cik. Hihi, cincinnya masuk dalam adunan cucur, masuk freezer dan goreng, dihidangkan, makan... erk! Jumpa cincin dalam cucur. Sabar je lah. Hihihi.


Blueberry Muffin


Pandan Muffin

Setelah berjaya memujuk tekak minum susu, alhamdulillah rasanya badan lebih 'bertenaga'. Sekarang boleh minum susu, atleast once a day. Alhamdulillah, now twice a day... Hihihi. Puas ummi mengugut (buat peringatan kaum hawa).

"Minum susu sekurang-kurangnya sekali. Cepat sikit tulang belakang nak sembuh. Lagi-lagi perempuan, nanti mengandung semua zat dalam badan akan 'ditarik' anak, nanti umur belum 20 dah tak de gigi."

Dalam hati... "Eh, panjang umur tahun depan dah 20 tahun..." Ngeh ngeh ngeh... Tak de gigi palsu lagi okay! Syuttt, jangan cakap besar nanti jatuh tersungkur tetiba patah gigi sehari sebelum birthday terus la takde gigi sebelum 20 tahun. Huhuhu...


Nabi Yaakub pernah berkata: "Bahkan apa yang kamu perkatakan itu hasil dari sangkaan diri kamu tentang perkara itu. Maka apa yang terbaik bagiku hanyalah sabar. Hanya Allah tempat aku pohon pertolongan terhadap apa yang kamu gambarkan."

Read more...

22 October 2009

Duhai Wanita

Bismillahirrahmanirrahim :)

Semalam, Babah Saif sms pada lewat petang bertanya perihal wanita. Program di Manjung selama 3 hari 2 malam bersama peserta WANITA memang (ana rasa la) membuat seorang lelaki pening. Hihihi. Bertanyalah kepada seorang wanita (ehe, wanita ea? apa-apa je la syirah!) dan ana menjawab dari sudut psikologi. Itu saja yang mampu, kalau nak jawab dari sudut lain-lain tu rasanya bukan ana layak nak menjawab.

"Apa yang membuatkan anak babah rasa bangga menjadi wanita?"

Jujur. Ana menggaru kepala seketika. Bangga jadi wanita. Apa faktor rasa bangga ye. Sebenarnya, jawapan semalam adalah dari tahap 'kekeliruan' minda dan otak kerana ana sedang mengajar Fadilah (da Humairah wa Ibtisam) matematik dan ditanya soalan ini otak secara automatiknya perlu rehat seketika. Hihi, jawapan karutan adalah:

"Saya berbangga menjadi seorang wanita kerana... doa seorang wanita (ibu) lebih makbul dari lelaki (ayah) kerana wanita lebih penyayang dari lelaki. Selain itu, perempuan berjiwa halus dan empati yang lebih tinggi berbanding lelaki. Perempuan juga dikenali sebagai makhluk 'rabun jauh' dan lelaki pula makhluk 'rabun dekat' kerana perempuan suka (tak semestinya) memikirkan perkara yang remeh temeh sebaliknya lelaki tak suka perkara remeh temeh kerana lelaki banyak berfikir perkara yang besar dan penting."

Tetapi apabila pandangan remeh dan besar digabungkan insya Allah tak perlu 'pakai spec', perempuan adakala tak ingat tarikh lahir atau ulangtahun perkahwinan ianya menjadi satu isu yang sangat hebat untuk berperang mulut dan muka dengan suami, muka yang ayu boleh muncung seperti Donald Duck hanya kerana isu remeh temeh yang mana bagi lelaki ia tidak penting. Pertembungan 2 watak ini... Sebaliknya apabila diambil disisi positif, insya Allah menjadi saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Sunnatullahnya begitu, iye dak? :)

Perempuan seorang makhluk yang berjiwa halus, FIKIRAN ADALAH PADA HATINYA... Oleh itu, sekiranya mahu menasihati ataupun berbincang dengan makhluk bernama wanita (eh, ismi Insyirah okay! :P) lihat pada emosinya. Kalau emosi baik insya Allah lebih mudah untuk menegur atau menasihati, sekiranya emosi terganggu biarkan sejenak untuk berfikir (menenangkan gelodak emosinya) kemudian barulah berbincang. Wanita beriman mudah untuk menenteramkan emosinya kerana baginya Allah adalah segala-galanya.

Hati yang tenang juga insya Allah akan melahirkan pemikiran yang hebat, tidak mudah tersinggung dengan sikap 'rabun dekat' lelaki, hihihi. Oleh itu, sebagai wanita peliharalah hati sebaiknya. Al-haya' uminal imaan. Malu itu sebahagian dari iman, kalau lihat perempuan yang tidak menutup aurat itu tandanya tidak malu, tidak malu pula adalah ciri tidak beriman dengan sempurna. Wallahua'lam.

"Tokoh wanita yang memberi sumbangan kepada Islam?"

Hihi, ana terpaksa membuka buku sirah kembali. Maklum la dah tua-tua ni ingatan pun tumpul. Selain tokoh srikandi Islam yang mahsyur seperti Saidatina Khadijah, Aisyah r.a, Fatimah r.a, ana sengaja mencungkil bingkisan sejarah seorang wanita mulia.

Atikah Binti Zaid Bin Amru Bin Nufail. Saidina Ali pernah berseru : "Barangsiapa yang ingin mati syahid dengan cepat, kahwini Atikah!"

Wanita hebat ini sangat terkenal sebagai wanita yang pintar, cerdas, fasih dan juga cantik. Beliau pernah berkahwin dengan Abdullah Bin Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Zubair Bin Awwam, *Atikah pernah menolak lamaran dari Saidina Ali* dan akhirnya menikah dengan Husin Bin Abi Thalib.

Husin Bin Abi Thalib adalah suami terakhir Atikah, apabila dilamar oleh Marwan Atikah berkata : "Aku tidak ingin lagi mempunyai mertua setelah Rasulullah."

Wanita hebat ini menjadi sayap kiri yang istimewa dimata ana pada seorang lelaki kerana SEMUA yang pernah menjadi suaminya gugur sebagai syuhada. Subhanallah, sebaik-baik kematian. Alhamdulillah.

Seorang wanita yang lemah sebenarnya mampu mengalahkan seorang lelaki gagah hanya dengan kuasa pujuk rayuannya. Oleh itu, alangkah indahnya hai wanita sekelian andai pujuk rayu itu mampu menambah cas pada iman seorang lelaki bernama suami untuk thabat dalam perjuangan.

Teori 'rabun jauh' dan 'rabun dekat' itu tak semestinya diaplikasi dalam sebuah baitul muslim (nanti salah sangka pula) tetapi ianya boleh diaplikasi dalam perjuangan, jemaah, adik-beradik, rakan sepejabat dan semua sudut selagi ianya untuk dijadikan manfaat bersama.

Ini hanyalah sedikit dari 'syarahan' ana kepada babah. Urm, masih pening mahu menaip panjang, apapun semoga kita menjadi MUSLIMAH yang sangat mementingkan akhlaq islami. Peliharalah malu... :)

p/s: Mampukah dibawa diri ini terbang ke Manjung... Cemburunyaaaa... :(

Read more...

20 October 2009

Wahai Hati, Menangislah!

Bismillahirrahmanirrahim :)

Hati sangat tersentuh kala membaca bait ayat yang tertera di inbox hp.

"Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga, yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan taqwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati, yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calnkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Ameen..." -Kak Alwani-

Entah kenapa hati seakan dicarik-carik, air mata mengalir kala hati cuba menerima ujian yang datang. Ujian itu tarbiyyah, sabar itu indah. Ana gagahkan juga hati untuk melangkah walaupun tersungkur seketika, ana jahit kembali baju yang terkoyak walaupun luka di jari masih berdarah kerana yakin Allah tidak meletakkan ana 'di sini' hanya untuk diam dan menangis. Jatuh bukan untuk terus meraung sebaliknya supaya ana belajar bangun dan berjalan! Husnudzon ya Insyirah.

"Mengapa diri harus berduka sedang Tuhanmu tak pernah leka. Mengapa hati sering gersang sedang NUR ILAHI tak pernah lekang. Mengapa minda sering kusut sedang INSYIRAH TUHAN tak pernah luput."

Subhanallah, kalam menggetarkan saraf. Terkadang ana rasakan bait-bait ayat yang diberikan kepada ana bukan 'sengaja' mahupun 'kebetulan' tetapi itu yang Allah mahu ana fikirkan. Sedang mencari kekuatan yang hilang, allahuakbar. Tiada kalam terlafaz, hanya mampu meredakan hati dengan kalam Tuhan.

Wahai hati, menangislah! Menangislah di dunia, usah menangis di sana. Rahmat Allah luas, carilah... carilah... carilah cara menggapainya.

... boley tak saya nak nangis sampai reda perasaan ni? :D

Anas ibn Malik r.a berkata: Tiada suatu yang lebih disukai Allah daripada pemuda yang menasihati orang tua dan orang tua yang menasihati orang muda. Dengan yang demikian, jadilah pemuda yang bertaubat tersebut kekasih Allah.

Read more...

19 October 2009

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim :)

Maaf, hampir 1 jam ana mencari tajuk untuk posting baru tetapi hanya "alhamdulillah" terlakar. Itu saja yang terucap di bibir dan terlintas di hati maka gerakan jari jemari pula mengikut arus. Alhamdulillah. Pagi ini masih lagi 'kabur' sementelah mendapat berita dari kampung, datuk tiri meninggal dunia awal pagi tadi. Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah buat Tok Wan Khamis. Ada beberapa perkara yang tidak melorongkan kami pulang menziarahi jenazah buat kali terakhir. Perjumpaan terakhir adalah pada raya dahulu. Takziah di ucapkan kepada keluarga di kampung.

- Tangan masih terketar dan speechless tetapi ana sudah memberi 'harapan' untuk menulis blog, jadi ana usaha sebaiknya menyusun ayat. Maaf kalau entri ini tidak disenangi atau dirasakan tidak perlu bagi orang lain. Apapun, ana tidaklah mengharap apa-apa komen (yang positif mahupun sebaliknya) kerana ianya adalah satu perkongsian peribadi :)

Pada 17 hb yang lalu. Babah Saif ditemani sahabatnya (Ust Firdaus) selamat 'mendarat' di halaman rumah ana yang dikelilingi flora. Alhamdulillah. Jauh musafir mereka pada hari tersebut tambahan pula Babah Saif dari Kelantan pada malam 16 hb, dan awal pagi 17 hb sampai ke Perak terus berprogram di Manjung dan balik ke Kuala Kangsar (rumah mertua Ust Firdaus) kemudian ke rumah ana. Sampai pun dalam 6.30 petang, suasana pula hujan dan kabus. Hujan rahmat, alhamdulillah :)

Maaf, banyak 'perkara' yang tidak mampu diceritakan walhal memang ianya adalah bingkisan dari ana (dan keluarga) buat Babah Saif. Sengaja dikongsikan dalam blog supaya kenangan ini tercatat dan disimpan dalam 'diari maya' ana. Bukan tidak boleh masuk entri ini dan sent pada email Babah, tapi biarlah ana mahu ketepikan KESEMUA komen yang sedang berlegar dalam kepala pembaca. :)

Disebabkan selama ini hanya berkomunikasi melalui SMS, YM dan Blog pendek kata alam mata sahaja dan baru hari Sabtu bertemu di alam realiti sangatlah kekok dan perasaan malu yang tak mampu ana ucapkan hingga 'cacat' di merata-rata sudut. Tangan menggeletar lantaran terlalu malu dan pernafasan sedikit terganggu (ni padahnya kalau nakal sangat di alam maya) lantaran dikuasai perasaan malu yang tak terungkap dengan kata-kata.

Teringat pada nasihat seseorang; "Malu Rasulullah s.a.w. itu lebih hebat dan dahsyat dari perasaan malu seorang gadis yang berada di belakang tabir."

Subhanallah, malu itu sebahagian dari iman. Malu lah benteng segala-galanya. Tapi, ana tak boleh nak kawal diri. Teruk 'dikenakan' ummi dan abi di ruangan dapur sehinggalah beberapa insiden yang tidak sepatutnya cuai tetapi cuai. (Ma'alish jiddan-jiddan ya babah wa ust Firdaus) - boleh tak kalau lupakan je peristiwa tu? :"> Kasihan betul dengan ust Firdaus, entah apa difikirkannya. Aih... Harapnya nasi impit dan kuah kacang 'menggantikan' situasi yang tak sepatutnya berlaku. Aih, cuai betul la dak Syirah ni. :">

"Eleh... Eleh... Rilex je la, ini babah je yang datang bukan abah!"

Amboi, mendalam sungguh maksudnya. Rasa macam nak menjerit-jerit je kerana sungguh extream penyeksaan jiwa dilakukan terhadap ana oleh adik-adik termasuklah ummi dan abi. Jemput Cikgu Shidee dan zaujah untuk sama-sama meramaikan rumah tetapi mereka terlebih dahulu mempunyai agenda di hujung minggu, tiada rezeki untuk berjumpa. Insya Allah, sarat dengan hikmah :)

Walaupun pada hari Sabtu itu perjalanan Babah dan Ust Firdaus 'padat' tetapi mereka masih mampu berceloteh dengan ummi dan abi hingga lewat malam. Ana hanya 'menguping' di sebalik tembok. Hihi, ada yang jelas dan ada yang samar-samar. Tersenyum sendirian dengan bualan mereka hingga lah bab abi yang 'membongkar' rahsia ana yang bercita-cita nak ke Mesir. Tetapi apabila bertukar pendapat dan mengambil pandangan Babah, mungkin berpeluang (alhamdulillah, insya Allah!) untuk menghantar ana ke Bumi Syria. Holalaaaaa... Siap abi suruh roger perbelanjaan lagi. Hikmah orang datang rumah, bawa khabar gembira. Hik hik hik :) Apapun, ana serahkan urusan ini pada Allah, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk ana.

Nampak kedua tetamu keletihan dan abi usulkan supaya mereka berehat.

Pada hari kedua (Ahad) pula, ana terkejut kerana sedang asyik menonton TV (rutin harian) di awal pagi dengan pergerakan kaki 2 pasangan yang lain dari penghuni rumah. Mujurlah sempat melarikan diri, sempat menyambar hp dan hantar sms pada abi yang sedang berada di dalam bilik. Hihi, minta abi pergi kedai sebab nak masak. Tak lama kemudian tetamu dah keluar 'ziarah' penduduk hutan. Hihihi. (Er, Babah jumpa apa?) :P


Mesin yang menyimpan data perjalanan arus elektrik (agaknya faham tak?)

Selepas sarapan, abi bawa keduanya melawat stesen bawah tanah. Kira-kira 500 meter melalui terowong bawah tanah. Cerita abi, awal lagi Babah dan Ust Firdaus cakap; "Saya tengok mesin ni tak faham apa-apa." Hihihi, mereka huffaz Quran dan belajar pengajian Islam pastilah berbeza dengan ilmu kejuruteraan. Gambar di dalam kawasan mesin (janaletrik) hampir semuanya kabur mungkin disebabkan gelombang tenaga yang ada di dalam terowong. Wallahua'lam.

Selepas balik dari ziarah terowong jumpa dan salam-salam dengan mesin-mesin 'gergasi' maka abi balik mengambil kami ke empangan. Ana yang nak ikut (huhu) kerana sudah lama tidak berjumpa dengan rumput-rumput di empangan. Suatu ketika dahulu setiap hari ana jogging di kawasan empangan sambil membuat latihan pernafasan. Hihi, kini segalanya tinggal memori. Sambil abi, Babah dan Ust Firdaus serta adik-adik menikmati udara di tepi empangan, ana dan Adik berjalan lebih jauh dari mereka. Kami berjalan dan belajar dari alam :) Tiba di penghujung simpan, eh eh ada pokok semalu.

"Adik nak tahu, pokok semalu ni dikaitkan dengan perempuan. Pokok semalu ni Pokok Perempuan." Dan ana ceritakan falsafah pohon semalu sambil kami bermain pohon semalu...

"Ouch..!" Adik menjerit, rupanya ralit dengan pohon semalu di sisi bukit kami tidak perasan kehadiran semalu di atas rumput, kaki Adik 'dibelit' pohon semalu yang berduri.


Di sisi empangan, "jangan mandi disini ye, bahaya." - dialog buatan ana

"Pokok Semalu tu Pokok Perempuan ye. Lepas ni kalau orang cakap pokok semalu, adik cakap namanya Pokok Perempuan." Eh budak ni, itu metafora yang tukar nama dia buat apa. Alahaiii... :P

Lama juga di empangan, kemudian kami terus ke kawasan tanah tinggi berjalan-jalan. (Padahal tak banyak jalan pun, duduk dalam kereta je). Abi sungguh 'bangga' dengan hospital, allahu... Selalu betul bawa 'ziarah' kawasan hospital, huhu. Kata-kata Ust Firdaus yang begitu tulus buat ana tak kering gusi. Sabar je la, keras pipi tersenyum dengan kata-katanya. Ziarah beberapa tempat dan akhirnya kami pulang ke rumah hampir juga jam 6.30 petang.

Senang benar bawa 'kaum Adam' jalan ye, memang tidak 'berkuasa' membeli... -> pinjam ayat Ust Firdaus :P Kata-kata spontan Babah juga buat ana monolog "Eh betul ke ni..." semuanya buat jenaka, mujur la sekejap je trip kalau lama lagi mungkin perut ana cramp dengan kata-kata mereka. Asyik duk tergelak je... :">

Abi sangat suka bersembang dengan Babah (bersandarkan pada 'dalil2' abi, keh keh) juga sangat senang dengan Ust Firdaus. Niat abi nak mengajak mereka bermalam lagi tetapi memikirkan zaujah Ust Firdaus yang sedang sarat dan hari ini (19 Okt) nak admit ward lantaran overdue sudah 10 hari tak disuarakan niat abi sebab tak nak tetamu serba salah. Semoga semuanya dipermudahkan Allah, insya Allah. Tak tahu nak kirim apa pada zaujah Ust Firdaus, ummi kirim scone saja.

"Ummi, orang mengandung memang teringin makan macam-macam ke?" Soal ana pada ummi. Hihi, ana tak de pengalaman mengandung :P

"Bukan la. Mana nak tau nanti Ust Firdaus cerita pada zaujahnya, termangu-mangu pula. Itu yang ummi kirim sikit untuk zaujah Ust Firdaus." Owh, camtu rupanya... Hihihi.

Malam tadi selepas Babah Saif dan Ust Firdaus pulang ke Kuala Kangsar, kami buat post morterm. Hihihi, rasa nak gelak je dengan kata-kata abi. Haih, haritu yang datang muslimat jadi abi tak banyak cakap dan tak tahu nak cakap kali ni muslimin, abi banyak cakap pula.

TAHNIAH diucapkan pada abi kerana soalan yang dipendam selama 3 tahun berjaya diperolehi jawapannya dari Babah Saif. Kemudian, ana terangkan pada abi kenapa ana 'berat' nak tanya soalan tu pada sesiapa kerana takut orang rasa ana (penanya) nak MENGUJI ilmu mereka. Ya Allah, tiada niat begitu tetapi itulah sebab utama kenapa ana tidak mengajukan soalan tersebut kepada sesiapa. Alhamdulillah, abi SANGAT senang dengan penerangan dari Babah walaupun kata abi sangat lama Babah menyusun ayat untuk menjawab pertanyaan abi. Alhamdulillah. Tahniah, tahniah pada abi yerk. (^_~)

Alhamdulillah, mujahadah semakin kemas. Hihihi, ana 'tidak endah' melihat Babah Saif, Ust Firdaus, Aiman dan Fadilah makan aiskrim. Wawawawa... Tahniah juga buat ana! :P 2x pula tu mereka uji ana dengan menayangkan aiskrim. Ya Allah, Dia tolong ana untuk mujahadah. Say NO to ice... Hihihi.

ALHAMDULILLAH

Jazakallah pada Babah dan Ust Firdaus yang sudi ke teratak kami yang nunnnn di dalam hutan (tapi ada internet okey!). Maaf atas setiap kekurangan dan insiden-insiden yang tak sepatutnya (kecuaian) berlaku, maaf atas layanan dan semua-semua sekali dari ana dan keluarga. Jazakallah atas buah tangan yang dibawa... :)

Moga tali yang diberikan simbolik pada ukhuwah yang terbina. Siapa kata ukhuwah maya TIDAK WUJUD. Satu lagi bukti ukhuwah itu tidak kira alam maya atau alam realiti tetapi diri kita sendirilah yang 'mencorakkan' bagaimana untuk mewarnai ukhuwah. Wallahua'lam.

Alhamdulillah, rancangan rampasan kereta kebal tidak berjaya... Hip hippp hoooorayyyyyy!!!

Syukran ya Allah!

p.s: Kalau rajin ana lanjutkan posting dalam blog ini. :)

Read more...

15 October 2009

Hanya Ibarat Tandas

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, akhirnya ana telah kembali bertemu dengan laptop+broadband yang telah dibawa lari oleh abi. Holala... Rindu juga dengan laptop kesayangan tambahan pula tulisan-tulisan semuanya di simpan dalam laptop dan salinan ke dalam privet blog. Bila tiada laptop, ana tak tahu nak buat apa. Layan buku di rumah, pesan pada Aiman belikan buku Rindu Bau Pohon Tin tulisan Ustaz Hasrizal (Abu Saif) kalau jumpa tetapi dia tak pula berusaha mencari.

Dah tak tahu nak buat apa, akhirnya mula me'ligat'kan diri atau dalam erti kata lain menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang sekian lama ana tak lakukan ; mencuci tandas. Seingat ana, mungkin sudah 4-5 bulan ana tidak melakukan perkara tersebut. Sepanjang tempoh sakit belakang (sebelum puasa) haritu ana tak buat terapi pun, yeay yeay!! Hanya buat senaman sikit dan ummi sabar melayan ana, setiap malam sapu air zam-zam pada tulang belakang dan kaki. Alhamdulillah, dah boleh bergerak :)

Kiranya minggu ni boleh dikatakan ana jadi anak burung yang baru boleh terbang terus keluar sarang! Siap berjalan keluar rumah (without wheel chair or tongkat) dan tiba-tiba jadi rama-rama yang baru keluar kepompom, habis rumah di 'overhaul' sebab ana dah sakit mata melihat rumah seperti mengalami zon perang. Sarung bantal, cadar dan selimut yang diguna pakai semasa kaum kerabat datang pada raya ke-7 yang lalu, hihihi baru harini selesai menyimpan. Alhamdulillah, ada hikmah laptop 'dibawa lari'.

Cerita tentang TANDAS. Bukan nak cakap tandas di rumah warna apa, apa isinya atau bagaimana design tandas rumah ana. Tetapi yang nak dibawa membebel malam ini ialah kaitan KITA dan tandas :) Seorang sahabat pernah memberitahu kepada ana:

"Adik, hidup ni umpama tandas je."

Gurlp. Bayangkan, macam 'hina' sangat sebuah kehidupan ini apabila disamakan dengan tandas. Kalau diibaratkan seperti sampan/kapal yang berlayar di lautan tu boleh lagi diterima bahkan banyak je mutiara kata mengaitkan kita dan lautan, ibarat nakhoda dan sebagainya tetapi apabila dikaitkan dengan tandas... Fuh... Dup dap dup dap.

"Setiap rumah memerlukan tandas, kalau tak ada tandas pun masalah juga. Tetapi, kita tak perlu duduk lama-lama di dalam tandas kerana itu tempat yang kotor, tempat syaitan. Sama juga seperti kehidupan kita di dunia, kita hanya singgah di dunia mengambil (atau mengumpul) keperluan untuk bekalan kita menuju perjalanan seterusnya. Kita tak perlu berlama-lama di dalam tandas kerana ianya kotor, busuk. Dunia juga begitu, raihlah sebanyak mungkin peluang kebaikan untuk dilakukan kerana dunia hanya ibarat tandas. Perlu tetapi jangan lama-lama."


Mendalam sungguh maksudnya. Allahuakbar. Satu lagi kisah yang ana nak bawakan ialah mengenai seorang hamba Allah. Beliau seorang yang memang boleh dikategorikan sebagai anak orang kaya, seorang anak yang berbapakan TAN SRI. Hidup dilimpahi kemewahan dan kesenangan. Tetapi merasakan kekurangan iaitu nur islam. Alhamdulillah, beliau mendapat nur semasa berkelana di bumi matahari terbit (Jepun) dalam tempoh belajar perniagaan.

Kemudian, beliau dalami islam. Alhamdulillah, perubahan demi perubahan dilakukan (sehingga ada yang kelihatan sangat drastik). Sehingga satu hari, beliau melakukan perkara yang paling 'jijik' iaitu mencuci tandas. Selepas mencuci tandas, beliau menangis sepuas-puasnya. Sebelum ini beliau merasa jijik nak memegang berus apatah lagi membayangkan untuk berus tandas yang selama ini digunakan. Menangis kerana merasakan dirinya jauh lebih hina. Ya Rabb...

Seharian beliau tidak 'membenarkan' kedua tangannya memegang makanan lantaran masih membayangkan kedua tangannya membasuh tandas. Akhirnya, beliau merasakan membasuh tandas adalah bentuk melatih untuk merasa JIWA HAMBA, supaya lebih menghormati orang lain dan sedar bahawa dia sangat hina disisi Allah.

Mudah saja motivasinya; cuci tandas.

Kalau dahulu saiz bilik saja sudah seperti sebuah rumah, kini... :)

Semoga Allah melimpahi dirimu dengan kebaikan, rahmat dan kebahagiaan hakiki. Ameen ya Rabb.

p/s: Semoga bebelan malam ini ada manfaatnya. Penat la... Hehehe, penat mewarna kerja sekolah adik. Semalam proses melukis, hihihi... Cik Mie, selamat men'decorate' tadika yaaa!

Read more...

12 October 2009

Tatkala Hati Teruji

Bismillahirrahmanirrahim :)

Salam kasih sayang buat sahabat-sahabat, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hari membawa sinar dan bahagia buat umat Islam. Hari yang memberi keyakinan kepada kita melangkah lebih ke hadapan. Hari yang membawa perubahan positif ke atas iman, iman dan akhlaq kita. Insya Allah.

Senyumlah di pagi hari. Senyum seindah dan sehangat suria. Semoga permulaan hari yang mempunyai mind set positif mampu memberi natijah yang positif atas gerak kerja yang kita lakukan sepanjang hari, insya Allah.

Hari ini, ana sekadar mahu berkongsi cerita bersama teman-teman. Hanya cerita biasa, tiada yang luar biasa berbanding antum yang hebat. Sekadar berkongsi rasa, bukan rahsia. :)

SEMALAM, ana gembira dan bahagia dengan sesuatu anugerah yang tersangat bernilai dalam hidup ana. Sepanjang berkelana di bumi Allah, selain diberikan hadiah dari abi wa ummi menunaikan umrah, Allah anugerahkan sesuatu yang tidak ternilai... Kasih sayang Allah. Teringat ana akan kata-kata seorang ukhti;

Kita hidup hanya bersandarkan rahmat Allah, walau amal setinggi gunung turnisa belum tentu kita ke Syurga selain dengan rahmat Allah.

Iya, rahmat (kasih sayang) yang terlalu luas. Ada yang merasa ujian sebagai bala bencana, malah mencaci maki akan apa yang berlaku ke atasnya. Ada pula yang berkata 'aku redha dengan ujian ini' tetapi masih berkeluh kesah dan memikirkan apa yang bakal berlaku tetapi tidak berusaha untuk membaiki diri (motivasi) pada saat genting itu. Ada pula yang hanya diam dan mengharap Allah akan berikan taufiq Nya tanpa ada apa-apa usaha, ibarat menanti bulan jatuh ke riba. Masing-masing dengan 'fikiran' yang tersendiri.


Bukanlah ujian itu tarbiyyah? Tetapi sejauh mana kita melihat hikmah dan berfikir akan 'ibrah yang perlu kita muhasabah kembali? Sejauh mana kita membina tembok keyakinan pada Rabb? Sejauh mana kita memberi HATI kepada Allah, sebanyak cinta pada kekasih hati atau bagaimana caranya.

Secara jujurnya, ana tidak berupaya menjawab soalan-soalan ini. Hanyalah insan kerdil, dhaif, faqir lagi hina disisi Allah. Tetapi, satu yang ana cuba sematkan pada hati ialah ALLAH SENTIASA MENDENGAR SUARA ANA. Maka, sekiranya ana hanya mampu menangis mencari kekuatan bagi memotivasikan diri kala terjatuh, terduduk mahupun tersungkur. Ana cuba menjahit kembali baju yang terkoyak walaupun jari masih berdarah kerana ana sendiri perlu bangun dan kembali berjalan!

Kalau hanya air mata mampu memberikan keyakinan pada ana, maka nangis adalah terapi paling berkesan (untuk ana je la, bagi orang lain wallahua'lam) untuk mendidik hati bahawa tiada apa yang Allah datangkan kecuali untuk kebaikan buat kita. Terkadang hati dan fikiran disibukkan dengan perkara remeh temeh, maka itulah yang mengusutkan fikiran yang bersarang! Luaskan skop berfikir, cas ion positif dan aturlah langkah. Jangan fikir apakah kita akan jatuh kembali tetapi berusaha bagi mengelakkan kita jatuh di lubang yang sama! Berhati-hatilah melangkah :)

When Allah drops pins and needles along your path of life, don't step away. Pick it up and collect them. They're designed to teach you to be strong and wise.


Ana tidak punya banyak pengalaman seperti antum/antunna yang memang sangat jauh hebat berbanding ana. Tetapi, ana hanya mahu berkongsi sedikit pengalaman ini yang mengajar ana melangkah walaupun menggunakan sebelah kaki (ia hanya metafora dalam bahasa).

Kunci keyakinan, BERDOALAH kepada Allah dengan jiwa hamba, merasa bahawa diri adalah hamba Allah adalah ubat bagi mengelak kita mendabik dada apatah lagi tika bersimpuh di hadapan Allah. Ana hanya bercakap menggunakan pengalaman, sudut teori wallahua'lam kalian jauh lebih arif. :)

Ana mempunyai satu pengharapan yang sangat besar dan berat. Ana pikul dengan hati yang tak henti menangis, ada masa hanya mampu tersenyum bagi memotivasikan diri. Bahagiakan hati dengan keindahan-keindahan sifat Allah, ar-Rahman, ar-Rahim, al-Latif... Ana hanya mampu berdoa kerana itu saja yang terdaya ana lakukan. Merintih kepada Allah.

Hampir 5 tahun ana menyimpan harapan besar tersebut. Jatuh, tersungkur, gagal berkali-kali tidak buat ana lumpuh walaupun ana hampir putus asa. Tetapi Allah ingatkan kembali; Putus asa hanyalah sifat orang kafir.

Maka, ana atur kembali langkah, bina keyakinan dan muhasabah diri. Tidak pernah terlupa memberi sinar (yang mungkin dirasakan samar-samar kelabu asap) buat qalbi bahawa Allah hanya mahu menguji kesungguhan ana. Bersungguh, berusaha dan terus merintih disisi Nya. Seringkali ana 'bersastera' dengan Pemilik diri ini. Ana tahu, Allah tidak akan membiarkan ana sendiri melainkan ana yang menjauhkan diri dari Nya. Na'uzubillah. Astaghfirullah hal azhim...

Ya Hannan... Jangan diberikan ujian berat hingga tak mampu aku pikul, aku melukut di tepian rahmat Mu mengharapkan titis embun maghfirah dari Mu, aku mendamba wangian kasturi di kamar hatiku supaya aku melangkah yakin ke arah Mu, pimpinlah aku ibarat pasangan yang sedang masyuk di alam percintaan, tuntunlah tapak kaki ku ke arah Mu supaya aku yakin tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu... Ya Latif... gemburkanlah perasaan ini hanya pada Mu. Ya Rahman, titipkan kemanisan perjuangan ini agar aku mampu bangkit dan berjalan ke arah cinta Mu. Ya Rahim, hanya pada Mu ku berserah diri, terimalah ya Allah...


Gagal berkali-kali, air mata acapkali gugur tanpa ana sedari tetapi harapan yang diletakkan pada Rabbul Izzati tidak sekali-kali ana calari. Setiap kali kegagalan (perkara yang sama) ana menjahit kembali, mengutip serpihan sabar yang bertebaran... "Allah hanya mahu menguji kesungguhan ku! Baiki diri, baiki diri, baiki diri. Muhasabahlah."

Setelah melalui jalan berliku, 5 tahun bukanlah tempoh yang panjang dibandingkan dengan perjuangan sahabat-sahabat (yang sedang membaca) yang hebat. 5 tahun terlalu pendek, tetapi sangat mengajar ana untuk tidak menyerah kalah.


Untuk Kak Mia:

Luaskan skop pemikiran agar tidak memikirkan perkara-perkara yang 'kecil' bagi orang lain yang mungkin tidak menghargai akak. Bergaullah dengan orang ramai supaya kita tahu hidup ini tidak sesusah (serumit) yang kita fikir, mudahkan diri, lapangkan fikiran dan berbaik sangkalah dengan orang :) Jangan sedih atas perkara yang tidak mendangkan manfaat, berusahalan mencipta kebahagiaan. Hidup ini indah. Smile

Saat ana bahagia, sebenarnya terlalu ramai sahabat-sahabat yang sedang berduka. Maafkan ana sahabat-sahabat, ana sekadar mahu berkongsi picisan dari perasaan ini semoga kalian turut merasai kegembiraan ini. Bukan ana menidakkan perasaan kalian yang sedang sedih, tetapi seandainya kesedihan itu racun yang membunuh perlukah kita menelannya?

Terima kasih ya Allah di atas anugerah ini... Jadikan kami hamba-hamba yang bersyukur atas nikmat Mu, bersabar atas ujian Mu. Ameen.

~ fi Nur Islam ~

p/s: Tenang dengan alunan dari Hijjaz ' Allah Maha Penyayang ' Smile

Read more...

08 October 2009

Titipan Buat Tersayang

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, semoga kasih sayang Allah bersama kita melimpahkan taufiq dan maghfirah buat kita semua. Ameen allahumma ameen.

SaNaH HeLWa ya ukhti habibati ; Mahfuzah

Image Hosted by ImageShack.us

Terima kasih di atas semuanya, terima kasih kerana menjaga kakakmu yang seorang ini, terima kasih melayan kerenah kakakmu yang selalu sakit ini, terima kasih kerana selalu menemani kakakmu yang selalu sakit ini, terima kasih kerana selalu berkorban untuk kakakmu yang selalu sakit ini.


Semoga Allah melimpahkan rahmat, taufiq, inayah, maghfirah Nya ke atas seorang insan yang bernama Mahfuzah. Belajarlah menghargai segala apa yang ada dan berusahalah untuk menerima apa yang tidak disukai kerana bukan semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan.

Di usia muda ini, manfaatkanlah masa dengan perbanyakkan membaca kerana membaca jambatan ilmu. Dengan ilmu, hidup akan lebih terarah. Sudah 13 tahun hidup di bumi Allah, sebanyak mana masa yang telah dimanfaatkan sebagai saham akhirat? Muhasabah diri. Kurangkan berkhayal (ha, kantoi!) dan berpijaklah di bumi nyata... Hidup ini singkat, jangan disingkatkan lagi dengan perkara yang mendatangkan keluh kesah kepada hati.

* jaga hati *
* jaga iman *
* jaga amalan *
* jaga diri *

Semoga Allah memberkati usia mu dengan ilmu yang bermanfaat, amalan yang sohih, aqidah yang lurus, hati yang sentiasa mencari keredhaan Allah, jiwa yang selalu rindu pada Rasulullah. Ya Allah, rahmati adikku ini. Jadikanlah beliau insan yang berjiwa hamba. Pimpinlah perjalanannya agar menjadi penyejuk mata ayah bonda. Istajiba doa ana, ameen ya Rabb.

i LoVe yOu wiTh hEaRt aNd sOuL (^_^)

Read more...

Allah Mendengar Suaraku

Bismillahirrahmanirrahim :)

"Alhamdulillah"

Hanya itu yang mampu ana ucapkan. Lewat kebelakangan ini gerakan jari jemari hanya ana tarikan di ruangan kanvas putih tanpa banyak mata yang membaca, hanya bicara hati yang lahir pada saat itu. Segalanya lahir dari hati tanpa penilaian akal yang waras, setiap air mata, hembusan kesedihan dan picisan perasaan ana catatkan disana. Mungkin kerana itu juga memontum penulisan ana merudum jatuh (kata seorang teman), ana akui. Jadi, biar sajalah sementara waktu itu ana biarkan cetusan hati ana terubat.

Saban malam hanya air mata merembes keluar, bukan kerana bahagia di atas hamparan sejadah. Jujur, di hati ana sangat cemburu melihat insan-insan lain memanjangkan sujud terakhir di hamparan sejadah, sudah lama dahi ana tidak mencecah hamparan sejadah dunia. Saat mata-mata lain lena dibuai mimpi, ana masih terkedip-kedip berbicara dengan Pemilik hati. Ana menangis tanpa ada yang sedar hingga satu pagi, ana hanya mampu menghantar sms;

"Sayang akak..."

Kerana itu saja yang mampu ana lahirkan dari hati tika itu, dialah antara insan yang bertanggungjawab memulihkan semangat ana disaat terduduk sendiri. Kala itu, ana merasakan perkataan "fasobrun jamil" (sifat sabar itu cantik) tersangatlah mahal berbanding segala yang ana pernah miliki. Iya, SABAR saat menghadapi ujian. Selalu juga ana muhasabah, "aku tidak ikhlas dengan ujian ini... Hanya mulut memujuk hati tetapi hati tidak mahu memujuk jiwa yang terduduk."

Iya, sabar saja tidak cukup untuk melalui frasa ujian yang hadir. Hati perlu ikhlas dan sentiasa berlapang dada, masih banyak penyakit hati yang bersarang. Tetapi, lirih ana masih berterusan. Setiap malam bersulamkan air mata, ana berbicara dengan Allah. Bertemankan unggas dan cengkerik, ana menangis seperti anak kecil yang kehilangan ibu.

"Ya Rabb, aku rindu pada suara yang membangkitkan aku dari lena ini... Bantulah..."

Entah berapa kali ana melirih hingga tidur juga dalam keadaan air mata yang masih bertakung. Iya, keesokan harinya Allah menggerakkan hati seorang insan yang teramat ana rindu, sodiki hakiki... Siti Nur Aisyah. Ukhti menalifon ana, sebak sangat tetapi ana cuba mengawal diri. Sebak kerana diri ini masih diingati dalam kesibukan ukhti... Sebak kerana Allah sentiasa menghadirkan teman saat ana terkontang-kanting. Syukur tak terhingga... Allah saja yang tahu bagaimana perasaan tika itu.

Semalam, ana berbicara dengan seorang teman mengenai niqab. Bukan kerana id ana niqobgirl maka ana bicara soal niqab tetapi mengenai kenyataan seorang Syeikh Azhar (Syeikh Tantawi) yang mahu melarang pelajar di bawah Universiti Al-Azhar dari memakai niqab antara kenyataannya menyebut; niqab tidak ada kena mengena dengan Islam, ianya hanya adat.

p.s: Selepas solat Jumaat dengar khabar ada rapat umum di Mesir... Jemput ye :)

Terpukul dengan kenyataan ini, panjang juga bicara hati seorang ukhti mengenai niqab (dari pengalamannya). Ana memanjangkan perkara ini dengan seorang teman, ana tersenyum. Biarlah... Isinya menjadi rahsia di dalam kotak sms :) Pagi ini ana tersenyum dengan lebih luas (waaa... sila jangan snap gambar ana!) apabila membaca satu blog, kisah seorang usahawanita berjaya -Pn Rozita Pengasas Sendayu Tinggi.

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Subhanallah... Terima kasih ya Allah kerana menemukan kisah ini kepada diri yang sedang tersenyum. Yakinlah wahai hati, ALLAH MENDENGAR SUARAKU.

Read more...

07 October 2009

Tribute For Him


Bismillahirrahmanirrahim :)

(Seorang teman sudah menegur kerana beberapa ketika ini ana acapkali menulis menggunakan bahasa Inggeris, jadi beliau harap 'amalan' ini tidak diteruskan kerana beliau rasa ada yang tak kena dengan ana. Jadi, tajuknya biarlah dalam bahasa Inggeris sebab rasa nak menaip sebegitu.) =P

Thanks for the comment my friend! I'm OK (^_~)

Harini 7 Oktober 2009.

Adik lelaki (the only lil bro I had) ana sedang bertempur di medan peperiksaan untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR). Beliau seorang yang errrr... slumber (mungkinkah?) untuk tidak mahu mendengar cakap ana supaya struggle untuk menempuh peperiksaan kerana dari pengalaman ana yang lalu, PMR mungkin tidak 'sepenting' SPM tetapi kalau PMR tidak memberangsangkan maka di tingkatan 4 nanti sangat la menderita apabila dicampak ke aliran yang mempunyai pelajar bermasalah.

Adik lelaki ana juga sebenarnya pandai tetapi sangatlah malas sampai dah tak larat lagi nak cakap macammana supaya dia study. Dia hanya nampak 'rajin' bila ada homework Math (haha, I knew who teach him Math) Laughing tetapi bila yang lain tu dia tetap buat muka slumber malahan sabtu+ahad yang lalu boleh lagi beliau mengajak ahli keluarga membuat rombongan ke Sungai Buloh for my theraphy! Ceh, ampes punya budak.

"Argh... Tak de, tak de... Duduk je rumah diam-diam, kan nak exam."

Markah penuh untuk ana. Alasan kukuh tak nak pergi buat terapi, holalala... Wink Walaupun beliau agak suka membuli adik-adiknya membuat apa yang sepatutnya dia buat (Ummi suruh dia angkat kain, dia 'sub' pada mahfuzah untuk angkat kain kemudian mahfuzah 'sub' pada fadilah untuk angkat kain. Mujur dah tak de yang lebih kecil, kalau tidak 'sub' lagi la... adeiiii...) lol!

Tetapi, dalam masalah keras kepala beliau yang menyimpan rambut panjang (geram giler tengok rambut dia, hoh!) beliau seorang yang kelakar. Hihihi... Kalau dia slumber je nak mengutuk dan memerli ana, terkadang dari nak merajuk (ngada seh ana kalau di rumah... hoho) ana terus ketawa guling-guling... (yang ni sohih menipu jer) Very Happy


Angkatan Tentera Baeyt al-Firdaus

Apapun, harap my dear lil bro boleh jawab soalan dengan tenang. Dia ni kalau exam je selalu demam, hish... Ummi siap cakap lagi; "Kalau Aiman dapat *A, sohih hantar Aiman sorang je pergi Umrah. Tajaan penuh lagi..." Razz

Hihi, nampak sangat Aiman sangat malas belajar kan? Hingga ummi sanggup berkata begitu!

"Hehehee... Pastu Aiman lari, tak balik Malaysia dah. Aiman duduk je kat Mekah, hafaz Quran tuh. Pastu abi dengan ummi buat umrah, ziarah Aiman sekali pergh Aiman yang jadi mutawif... 'iya bapak-bapak, ibu-ibu sekalian...' nak buat macammana dah negro driver bas pun cakap Indon juga. Pastu datang buat haji pulak, ceh Aiman dah boleh cakap Arab perghhh... Lagi kelas! Nanti Aiman cakap dengan Ustaz (ouh, auto sensored), dia pun tak faham. Punya kelassss bahasa arab Aiman."

Tak ke haru ada adik macam ni... Haiyok! Haiyok! lol!

~ GooD LuCk ~

Semalam abi pergi open house di rumah jiran, balik rumah selepas Isyak sebelum nap abi cerita; "Suami Kak Laila dalam masa 2 hari ni sudah 6X pergi Indon hantar misi bantuan. Nak tau apa orang Indon buat? Dorang lempar batu kat pesawat TUDM Malaysia. Hampes betul, orang hantar makanan dorang buat macam tu. Orang Malaysia baik sangat, selalu bantu dorang tapi dorang hampes! Konon marah pasal isu dera pembantu Indon (yang ni bukan semua la, banyak juga maid yang baik dan majikan baik) dan kerajaan giat banteras PATI (pendatang asing tanpa izin)."

Isk... Terkadang memikir juga kepala ni, napa la mereka selalu ditimpa ujian? Pikir la sendiri. Orang bagi bantuan, dorang tak bersyukur pula. (TUDM tak jatuhkan bom pun dah cukup baik kan, lalalala...) - Menghasut pula... kang muka ana masuk TV, kene tahan ISA. Huhuhu... Cool

Read more...

06 October 2009

Biarkan Kami Bercinta

[1]

Hujung tudung aku basah dengan air mata, hari ini bermula satu pengembaraan hidup yang baru. Turning point bagi umat manusia, apabila berumah tangga dan segalanya pasti berbeza walau sedikit. Semoga amanah ini mampu kami laksanakan bersama, permudahkanlah ya Allah.

"Aku nikahkan engkau, Muhammad Umar Bin Abdul Rahman dengan Nur Sakinah Binti Mustafa dengan mas kahwin RM 90 tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Sakinah Binti Mustafa dengan mas kahwin RM90 tunai."

Ayah sendiri mahu mengaqad nikahkan kami. Semoga keredhaan ayah dan ibu membawa berkat kepada baitul muslim yang dibina.

[2]

"Beg sayang dah siap ke? Sayang tak sihat ke?"

Suamiku, lelaki yang 'asing' dalam hidupku tiba-tiba menjadi yang paling akrab disisiku. Aneh sekali perasaan ini, kalau dulu terasa seperti disimbah minyak panas diraut muka setiap kali namanya disebut ayah dan ibu, kini perasaan itu beransur pergi tetapi aku masih malu. Malu yang aku sendiri sukar untuk mendefisinikan dari manakah malu ini datang, mungkin juga kerana malu yang dititipkan dari Allah kepada wanita Islam, malu itu sebahagian dari iman...

Dia, lelaki yang sanggup menerima aku seadanya. Sebulan sebelum diaqad nikahkan, aku utarakan sekali lagi soalan kepada bekas tunang yang kini menjadi suami aku yang sah.

"Anta sanggupkah menerima tanggungjawab ini?" Soalan yang nampak zahirnya di hati aku sebagai wanita yang meragui dirinya. Bukan itu, tetapi aku mahukan kepastian hati lelakinya.

"Insya Allah, amanah Allah akan sedaya upaya ana pelihara. Sekiranya satu hari nanti Allah takdirkan anti lumpuh tak berdaya, selagi amanah itu terpikul di bahu ana, ana akan laksanakan sebaiknya. Tetapi ana yakin sekali, selagi usaha dan doa diteruskan insya Allah kita masih punya peluang."

Aku terkedu dengan bicara dia menyebut jelas 'sekiranya satu hari nanti Allah takdirkan anti lumpuh tak berdaya' membuatkan hati ana tenang, semoga Allah menjauhkan kami dari ujian yang tidak berdaya kami pikul.

"Sayang, diam saja... Termenung apa?" Soalannya tidak aku jawab sebentar tadi.

"Tak ada apa-apa, anugerah Allah... Dia sentiasa bersama orang yang sabar. Terima kasih kerana menerima diri yang dhoif ini seadanya." Aku melemparkan senyuman namun titis air mata tak mampu aku tahan, sukar sekali aku gambarkan perasaan ini.

"Menangislah andai air mata itu kerana syukur atas nikmat Allah. Moga kita dikalangan hamba Allah yang sentiasa bersyukur atas setiap nikmat dan ujian."

'Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas nikmat ini...'

"Abang, esok kita bertolak dari rumah jam berapa?"

"Insya Allah, selepas Subuh nanti Mak Lang dan Pak Lang datang. Kita hanya menanti Mak Lang dan Pak Lang, mereka nak sangat menghantar di KLIA. Kita kena check-in jam 12 tengah hari dan flight pula insya Allah jam 2 petang."

"Kenapa awal sangat check-in? Solat Zohor dimana kalau flight jam 2 petang?"

"Sayang jangan risau, selagi mana menutup aurat sayang nak solat dimana-mana pun tak apa selagi tempat itu tidak ada najis. Islam kan mudah." Aku termalu sendiri dengan kata-kata yang sedikit ditekankan pada perkataan 'islam kan mudah'.

"Iya la... Mana sayang tahu. Kenapa check-in awal ye abang?"

"Nak masuk luggage, kemudian kita check-in boleh la keluarga semua balik tak perlu tunggu kita, apabila sudah check-in kita rehat saja dalam KLIA di ruangan menunggu, kita tak terkejar-kejar dan keluarga pun boleh balik. Kemudian masuk waktu Zohor kita solat jamak qasar terus, insya Allah kalau flight jam 2 petang selalunya 1.45 petang kita mesti kena ada dalam flight. Sebab itu abang suka awal-awal, boleh santai dan tak tergesa-gesa."

"Insya Allah."

"Beg sayang dah siap?"

"Alhamdulillah, dah siap."

[2]

Allahuakbar Allahuakbar...
Allahuakbar Allahuakbar...

Laungan jelas berkumandang dari Masjid Nabawi. Sedang kami masih kepenatan menurunkan barang-barang dari perut bas, laungan azan pertama dari Masjid Nabawi memberi suntikan halawatul iman dan cas tenaga yang hilang dari permusafiran panjang kami.

"Alhamdulillah... Kita selamat tiba di Madinah al-Munawwarah. Azan pertama sudah berkumandang, ini belum masuk waktu lagi ye tuan-tuan, puan-puan. Kita akan masuk bilik untuk simpan barang, kemudian terus turun untuk solat Subuh berjemaah di masjid. Dalam masa 20 minit lagi, berkumpul di lobi ye."

Suara mutawif kedengaran jelas. Dalam diam, aku tersenyum.

"Tuan-tuan, puan-puan tetamu Allah sekalian, tidak perlu mandi dulu ye bimbang kelewatan. Ambil wuduk, kalau mahu tukar pakaian iya silakan tetapi tidak perlu mandi dulu ya."

Dialek mutawif jelas, beliau seorang warga Indonesia.

"Mutawif Indon ye abang?"

"Iya, jarang pelajar Malaysia nak jadi mutawif melainkan musim haji. Pelajar Malaysia ni 'kaya-kaya' hanya perlu belajar dan belajar. Itulah perspektif pelajar asing kepada penuntut Malaysia di luar negara." Suami masih tersenyum walau raut wajahnya jelas kepenatan.

[3]

"Sayang... Bangun, qiamullail."

Aku masih berpisat mata, baru terasa mahu meletakkan kepala tetapi sudah dikejutkan. Perbezaan waktu di Malaysia dan Madinah hampir membuatkan aku diusung kantuk tak berkesudahan. Di Madinah baru jam 8 malam, di Malaysia sebenarnya sudah jam 1 pagi.

"Sayang demam ni, panasnya badan..."

Aku mencari bungkusan ubat, semalam aku terlupa mengambil vitamin. Penyakit kanser darah aku terkadang membuatkan aku jadi lemah seluruh badan, suhu badan juga mudah naik akibat antibodi aku yang lemah. Mudah saja aku diserang demam, bahkan berhari-hari boleh berlarut hingga berbulan.

"Sayang lupa makan vitamin semalam."

"Subhanallah, ni yang abang nak bagi kuliah sebelum subuh. Kenapa sayang boleh lupa makan vitamin? Panas badan sayang ni..."

Aku tersenyum, penyakit zahir aku seakan hilang kerana merasa lucu melihat muka sang kekasih yang menahan geram.

"Apa senyum-senyum? Sayang ingat senyuman sayang tu akan buat sayang terlepas ke? Makan vitamin sekarang juga, kalau tidak abang..."

"Abang nak apa kalau sayang tak nak makan?"

"Abang merajuk. Nusyuz tau tak dengar cakap suami."

Terhambur ketawa, arh... Semuanya kelihatan manis dan indah. Muncung suami sepanjang 2 inci juga tampak lucu dan comel, ini permulaan kembara kami. Ujian di depan tak mampu kami ramalkan. Allahu Rabbi.

"Sayang nak abang jadi persis Umar, tegas dalam mewarnai rumah tangga yang baru seputik jagung. Bawalah diri ini merasai manisnya cinta."

"Insya Allah, semoga sayang juga sentiasa menjadi sakinah (ketenangan) pada hati abang, sabarlah melayan kerenah abang ya. Semoga syurga dunia ini membawa kita hingga syurga akhirat. Ameen..."

Diam dan sunyi, kami sama-sama enak di bawa aroma segar embun Kota Madinah. Dengan hamparan sejadah mengadap kiblat, kami hanyut dengan al-Khaliq, Pemberi cinta kepada kami.

[4]

"Abang, kenapa rambut sayang keras macam ni ye?"

Tergelak sang kekasih hati dengan soalan aku yang baginya seperti lurus bendul.

"Kalau sayang nak tahu, di Mekah ni menggunakan air laut dan disuling kemudian disalirkan melalui paip dan sayang mandi tu dengan air laut. Sebab itu rambut sayang jadi keras! Insya Allah, nanti abang usahakan supaya rambut sayang tak keras macam meggi ni ye. Syukur perut abang kenyang, kalau tidak rambut sayang pun abang rebus macam meggi."

"Bukan meggi la, ini spagheti... Bolognese! Hehehe..."

"Abang kenal meggi je, abang tak berkenalan dengan spegheti apatah lagi bolognese."

[5]

"Encik, insya Allah sebelum balik ke Malaysia nanti pihak kami akan membekalkan setiap seorang jemaah dengan 1 tong air zam-zam 10 liter. Encik tak perlu beli, tetapi kalau encik nak bawa banyak, iya tak apa."

Mutawif menyapa melihat suamiku membawa 2 tong air zam-zam 10 liter. Suamiku hanya tersenyum dan duduk bersama mutawif.

"La, ana nak mandikan zaujah dengan air zam-zam."

Aku melemparkan pandangan mata jauh ke lantai.

"Oh, begitu ya. Air di sini dari air laut, mungkin kurang selesa. Iya, air zam-zam juga enak." Mutawif tersenyum dengan kata-kata suamiku, habibi qalbi.

"Tidak ustaz, zaujati kanser darah dan insya Allah ini ikhtiar kami. Nak mandi air zam-zam di masjid, mungkin tidak sesuai. Jadi, ana beli air zam-zam yang dijual kanak-kanak di luar masjid."

Suamiku masih tersenyum.

"Subhanallah, maafkan ana. Semoga cepat sembuh, insya Allah berkat air zam-zam menjadi penawar segala sakit lahir batin." Dialek Indonesianya masih bersisa walaupun sehari-harian bergaul dengan jemaah Malaysia. Berkat makan tempe barangkali.

Di dalam lift, suami masih tersenyum.

"Sayang jangan kecil hati ye..."

Aku menggeleng, mana mungkin aku berkecil hati. Suami ku saja berbesar hati dengan ujian ini, aku lebih-lebih lagi perlu berlapang dada.

[6]

"Sayang, lift penuh la. Abang angkat sayang saja ye... Lagipun sekarang memang waktu makan, ramai jemaah balik (hotel) untuk makan, kita naik tangga ye."

Aku hanya mampu tersenyum, hadiah buat suami yang bersusah payah menjaga kebajikan aku. Semasa menunaikan umrah kali ke-2 aku benar-benar keletihan dan tidak mampu berjalan, sa'ei saja suamiku dengan rela hati menolak aku di atas kerusi roda. Ya Habibi, peliharalah zauji.. Semoga dia peroleh kesabaran atas ujian Mu.

Tanpa menghiraukan para jemaah lain, suamiku mendukung dan menapak ke atas anak tangga, bilik kami di tingkat 3 dan Abang masih lagi tersenyum setiap kali menapak di atas setiap anak tangga. Hati aku sedikit tercalar, di awal perjalanan rumah tangga lagi kami di uji. Jemaah lain yang datang bersama kami dari Malaysia juga maklum keadaan aku setelah melihat aku pucat lesi didukung Abang.

"Alhamdulillah, dah sampai. Nanti, sayang jangan lupa mandi dengan air zam-zam. Baca selawat Syifa' dan doa mudah-mudahan sayang kuat dan sihat. Insya Allah. Ikhtiar, sayang kena yakin dengan Allah. Air zam-zam hanya asbab tetapi sebagai hamba kita kena ikhtiar."

Satu demi satu gayung air zam-zam menyiram tubuh lemah aku, setitis air mata mengalir. Entah kenapa aku merasakan sesuatu, kasih sayang yang tebal dari seorang lelaki yang baru sebulan aku kahwini. Aku merasakan Allah terlalu dekat, diberikan ujian tetapi tidak biarkan aku keseorangan di dunia ini. Allah bekalkan aku dengan insan-insan yang tak jemu memberi inspirasi untuk aku bangkit, Allah kurniakan aku seorang lelaki yang begitu penyabar melayan kerenah aku.

[7]

"Alhamdulillah, sayang nampak sihat. Banyakkan zikir dan bersyukur pada Allah. Allah terima doa kita. Sayang nak tahu kenapa abang begitu yakin untuk berkahwin dengan sayang?"

Aku masih memegang mushaf al-Quran. Aku tidak ada jawapan, aku tidak tahu apa yang membuat Abang yakin dengan aku untuk berada disisinya.

"Sebenarnya, masa abang buat haji. Abang duduk depan kaabah dan abang renung kaabah dalam-dalam, kemudian abang tertidur di tiang. Abang rasa macam lama sangat abang tidur, bangun tidur abang ambil wuduk dan membaca al-Quran. Semasa abang membuka lembaran pertama, surah ar-Ruum ayat 21 yang abang baca.

'Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.'

Kemudian sebelum abang melanjutkan pada ayat ke 22, abang disapa seorang lelaki tua. Dia bertanya; "Anak ni pelajar ke?" Kami pun bersembang, ramah sangat kemudian dia katakan pada abang; "Moga mendapat isteri dari kalangan solehah yang sentiasa bersabar dengan ujian, ketenangan akan datang dari isteri solehah. Sakinah itu syurga dunia!"

Kerana itu abang mahu Sakinah menjadi syurga abang..."

Aku tersenyum, abang masih dengan sikapnya yang ceria. Mudah tersenyum hingga aku yang kepenatan juga turut terbawa-bawa sikap tersenyum abang.

"Abang tak menyesal? Sayang kan sakit."

"Sakit itu luaran sayang, selagi sayang bersabar dan kita ikhtiarkan bersama insya Allah selagi itu kita akan bersama. Di depan kaabah ini abang 'bertemu' dengan sayang dan di depan kaabah ini juga abang mahu kita bercinta sampai bila-bila, sampai syurga Allah."

[8]

"Sayang, luggage yang ada barang-barang untuk dihantar ke Malaysia kita asingkan sebaliknya beberapa hagah dan pakaian untuk 2 minggu kita asingkan ya."

"Kenapa nak hantar ke Malaysia? Kita kan memang nak balik Malaysia."

"Masya Allah, abang lupa nak bagitahu sayang. Ini..."

2 keping tiked diserahkan kepadaku. Flight dari Jeddah dan destinasinya adalah Kaherah.

"Kaherah?"

"Ye. Kaherah. Abang nak bawa sayang pergi Kaherah dulu, kalau sempat kita jalan di Iskandariah, Mansurah. Mana-mana yang sayang nak pergi. Sebab itu abang usaha juga angkut 20 liter air zam-zam setiap hari, sebab abang nak sayang siiiihat! Tak seronok berjalan kalau sayang lesu je. Abang pun jadi lesu, shot. Kuat sangat aura sayang."

Subhanallah. Aku terasa seperti mahu menjerit...!

'Terima kasih ya Allah.'

[9]

"Sayang... Di Kaherah, suasananya hiruk pikuk dengan lautan manusia dari macam-macam bangsa dan kerenah. Abang harap sayang tak 'culture shock', abang lebih selesa kalau sayang pakai niqab."

Berkerut dahi aku, niqab?!

"Kenapa kena pakai niqab?"

"Untuk jaga kesihatan sayang. Berhabuk. Kalau kita jaga kesihatan, kita dapat pahala kan?"

"Nanti orang ingat, cantik sangat ke sayang ni sampai pakai niqab. Malu lah."

"Niqab bukan kerana kita cantik, pakai niqab kerana Allah. Tapi, oleh kerana destinasi kita ialah Kaherah yang padat dengan ummat Muhammad tambahan pula berdebu jadi abang nak sayang pakai niqab. Mentaliti orang Melayu, orang berniqab ni orang yang cantik. Salah. Sebenarnya kalau wajah biasa-biasa atau pun tak secantik mana pun, tak salah berniqab. Itu adalah kerana tebal sifat malunya. Tetapi kalau memang cantik, maka niqab adalah lebih baik untuknya khuatiri dihinggapi fitnah dari lelaki-lelaki yang berpenyakit hati."


"Maksud lelaki-lelaki berpenyakit hati tu macammana?"

"Melihat wanita yang cantik sudah buat tak keruan, itulah penyakit hati. Bahkan, kalau sayang nak tahu kalau orang yang belajar ilmu i'rob ni, melihat pada wajah saja sudah boleh tahu apa yang ditutup oleh wanita."

"Ha...! Macammana?"

"Itulah ilmu i'rob, kelebihannya pada mereka yang meletakkan ilmu pada tempatnya. Tetapi ada juga yang salah menggunakan ilmu tersebut. Kalau ilmu i'robnya tinggi, hanya berdasarkan pada dahi seorang wanita yang berniqab sekalipun dia boleh tahu macammana wajah seorang perempuan."

"Ei... Takutnya."

"Sebab itu abang selesa kalau sayang berniqab di Mesir nanti. Boleh kan sayang?"

"Insya Allah."

"Abang dah beli niqab untuk sayang, 3 helai. Cukup rasanya."

"Tapi abang..."

"Aik, ada tapi pula... Apa yang tapi?"

"Kenapa di Madinah, di Mekah abang tak suruh sayang berniqab?"

"Sebab... Abang masih menyusun ayat. Nanti bila dah balik Malaysia, kalau sayang tak nak berniqab pun abang tak larang kerana biah di Malaysia tidak 'memaksa' sayang berniqab."

"Kalau sayang istiqamah?"

"Alhamdulillah... Bertambah tenanglah hati abang sebab orang ingat sayang ni hantu kum-kum. Tak siapa berani kacau sayang."

"Hantu kum-kum? Kenapa la mentaliti kita macam tu ya. Kalau singh memakai 'serban' walaupun ke sekolah tak pula mana-mana menteri nak bantah, tetapi kalau yang memakai serban itu adalah orang Islam, kecoh sampai ke mahkamah. Sama juga seperti tudung,kalau orang Islam memakai tudung keluar macam-macam istilah - islamiphobia la apa la. Tetapi, sister kristian tu hakikatnya 'berlilit' juga tak pula kecoh."


"Kerana... Dunia sudah tua. Islam datang dalam keadaan asing dan Islam akan pergi dalam keadaan asing, beruntunglah mereka yang asing itu. Moga kita di antara yang asing itu, ghuraba'. Insya Allah, ameen."

[10]

Ya Rabbi...
Ya Rahman...
Ya Rahim...

Biarkanlah kami bercinta sehingga mata terpejam rapat buat selamanya. Seandainya perpisahan dunia ini adalah mahar syurga Mu, pertemukanlah kami di daerah alam abadi. Tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta yang membawa kepada Mu.

[Rekod menulis : Jam 9.43 pagi - 11.15 pagi. Alhamdulillah]

p/s: Dedikasi buat semua yang sedang bercinta :)

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO