"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

30 September 2009

Dari Ummu Uwais

Salam.

Sebelum waktu Maghrib semalam, saya menerima sms dari ukhti Insyirah.

Salam. Kalau tak menyusahkan sahabat2 nak minta tolong baca yaasin untuk ana selepas maghrib. Maaf. Jazakumullah.

Saya mendengar sms tetapi tidak melihat hp kerana sedang memujuk anak-anak bersiap, suami yang sudah keluar rumah berlari masuk semula.

"Adik sakit...! Lepas solat baca yaasin."

Adik yang dimaksudkan suami ialah ukhti Insyirah. Tergamam seketika. Selepas solat, baru melihat hp dan memanjangkan soalan tentang keadaan adik.

Tulang belakang sakit sangat tak boleh duduk. Semalam dah cucuk painkiller. Baring dan mengiring je, bila tak tahan sangat dah meniarap pula. Nasib baik tak melunjur or merangkak. Hihi.

Dalam hati, ya Allah... Dalam sakit pun boleh melawak lagi :(

Tiada kata-kata dari saya kecuali mengharap doa dari sahabat-sahabat buat adik yang kami kasihi.

-Ummu Uwais-

Read more...

29 September 2009

Gambar :)

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alissa Qashrina, muah-muah (agaknye bunyi camni kot) :P

Syukran pada sahabat-sahabat semua, alhamdulillah ana tak warded lagi (sebab tak nak), hihihi. Semalam dah cucuk painkiller, insya Allah bertahan lagi untuk sehari dua. Layan gambar yer...

~ SaNaH HeLWa buat UMMI tersayang ~
. Semalam birthday ummi yang ke-48
. Semoga panjang umur
. Murah rezeki yang halal dan berkat
. Sihat tubuh badan
. Sihat untuk beribadah
. Senyum dan ceria (^_~)
. Jangan drift sokmo (^_^)


Ummi layan SMS :)


Ummi with Mak Teh


Selepas menyarung cincin pertunangan


Hantaran pihak lelaki (coklat) dan perempuan (putih)

Read more...

28 September 2009

Raya Dan Ubat

Bismillahirrahmanirrahim :)

-post ini ditulis pada 25 Sept 2009-

Masih demam ketupat dan lemang? Ana sudah meninggalkan segala jenis lauk pauk yang membuat kepala toink toink. Sudah sudah la tu makan, huhuhu.

Alhamdulillah, semalam beraya dengan sanak saudara di Kedah. Seawal pagi lagi bertolak ke Kedah, sewaktu memulakan perjalanan dari Penang lagi ana sudah merancang mahu makan bihun sup, dah lama sangat tak makan bihun sup di kampung! (^_^) Tiba di Alor Star, pesan pada Abang Cik yang memandu untuk melalui jalan Pokok Sena supaya boleh melintas di depan Darul Ulum. Lama sangat tak melintas di depan Darul Ulum, kalau dulu hampir setiap tahun semasa raya pasti abi akan ke Darul Ulum Pokok Sena untuk membayar zakat. Sekarang Tok Mak tak duduk Kedah, jarang la balik kampung di Kedah.

Sudah banyak yang berubah (ana pun berubah juga, dulu kecil sekarang dah besar). Kemudian, kami melalui jalan Kuala Nerang. Destinasi pertama ialah rumah Kak Syifa', sedang ana duduk terasa tak puas hati pula. "Siapa pula garu-garu belakang nih!" Pusing belakang tak ada siapa pun. Huhuhuhu. Masih terasa semacam digaru-garu. Rupanya hp telah di 'vibrate' dan hp yang duduk dalam poket sudah 'terjun' ke belakang.

Setelah beraya di rumah Kak Syifa', teringat satu kata-kata Kak Syifa'

Insya Allah tak lama lagi sihat la tu, dah sampai ke kaki.


Ana senyum je. Bermula dari kepala, turun ke dada, terus ke perut, menjalar ke belakang dan berjangkit pada kaki. Settle! Dari kepala hingga kaki, selepas kaki ni insya Allah habis sudah satu badan 'dijelajah'... Hik hik hik.

Ana kene mula berpantang (segala jenis makanan yang disenarai kelabukan - tak la tahap senarai hitam lagi okay!) kerana sepanjang tempoh berhari raya (hari ke-5) sudah banyak ais yang diteguk dan paling menarik tertarik sewaktu beraya di rumah Tok Lang, kami sekeluarga dijamu makan aiskrim. Huhu, tak nak makan nanti tak menghargai tuan rumah (huh, alasan. lalalalaaa..) jadi makan la dengan senang hati. Selang beberapa jam, urat-urat sudah ku rasa sedang 'menari-nari' di dalam badan. Hihihi, pagi ini sudah demam kus-kusss.

Selepas sarapan, ambil habbatus sauda' dan makan ubat serta painkiller kerana ana tidak berhajat mahu minum air dot dot dot. Kenapa kini ana rajin makan ubat yea? Huhuhu. Kenapa dulu ana sangat mengelat mahu menelan ubat? Jawapannya... Sebab malas makan ubat. :)


Kekadang melihat ubat-ubat (yang duduk dalam 1 beg) membuatkan ana 'letih' memikirkan bila la ubat ni nak habis. Sebelum habis, sudah diisi dengan ubat yang baru. Berpapan-papan pula tu (tambah 'letih' lagi). Kalau orang yang cakap malas makan ubat bila demam tu, menyampah pula rasanya dengar (ayat kejam) baru sebiji dua dah complain macam-macam. Kalau tak nak makan ubat, jangan merungut!

Tapi dulu, memang ana sangat malas makan ubat. Hihihi, penat la tengok ubat. Bau ubat pun dah tak larat. Suasana dan bilik ana sendiri bau macam farmasi, tapi itu dulu sewaktu ubat bersepah merata tempat, sekarang dah 5S kan. Hihihi. Ubat hanya berada di dalam beg ubat. (Syira kan good girl) :P

[~..BiLa MaLaS MaKaN uBaT..~]

"Dah makan ubat?"

"Belum"

"Habis tu bila nak sihat?"

..diam..

"Makan la ubat."

"Tak nak."

"Kenapa tak nak makan?"

..diam dan nangis..

Setiap kali doktor tukar jenis ubat, ana mengalami masalah tindak balas bahan kimia dalam badan yang agak teruk. Badan jadi lembik lantaran muntah beberapa hari. Hah, dah jelas kan kenapa ana malas makan ubat. Akhirnya puas abi memujuk ana makan ubat, makan ubat cepat sihat. Benarkah?

Tidak juga, kerana kesan ubat-ubatan yang selama ini diambil memberi 'buah tangan' kepada buah pinggang. Jadi, jangan makan ubat! ~alasan tak nak makan ubat~

Akhirnya, salah satu cara untuk abi memujuk ana makan ubat ialah menyuruh ana sendiri menunggu ubat di farmasi selepas berjumpa dengan doktor. Hahaha, sungguh bijak taktik abi. Setiap kali ambil ubat, of course la ada bill. Bila tengok bill ubat, terbeliak juga mata ana. Setiap bulan 2x berjumpa dengan doktor dan setiap kali mengambil ubat, kos ubat saja +- RM500 kalau sebulan paling senang kan sudah RM1k itu hanya kos ubat. Belum lagi bila masuk wad. Seingat ana, paling murah setiap kali dimasukkan ke wad adalah lingkungan RM8k dan ke atas.

Pernah tuan doktor cakap pada ana;

"Nanti makan ubat ni sampai habis, jangan tinggal ye. Ubat ni sebiji aje RM80 tau."

Haih, dalam hati monolog. Tahu je doktor ni ana selalu malas makan ubat. Huhuhu.

Sebiji ubat berharga RM80? Hurm, kira sendiri lah kalau sebulan :(

Ana seorang yang agak sensitif. Tak boleh tengok orang susah, sebab rasa macam nak sangat tolong (macam la ana ni jutawan hartawan... huk huk) tapi ana masih lagi boleh diam cuma kalau ana tengok orang susah yang sakit. Haaaa, tak boleh tahan woooo!!! Sebab ana boleh rasa picisan dari cebisan perasaan mereka, dah la tertekan dengan ekonomi tambahan pula sakit yang dideritai. Subhanallah... Bukan ujian kecil.

Dulu ana suka juga tengok Bersamamu (TV3) tetapi Mak Yah tak bagi ana tengok lagi sebab Mak Yah kata ana ni senang 'hujan'. Tengok TV nak relief fikiran, jadi jangan la gunakan waktu terluang untuk 'hujan'. Tapi sesekali ana tengok juga, sebagai lapangan muhasabah diri. Tapi sekejap-sekejap je la, ana tak leh nangis, tak leh depress dan tak leh stress nanti ana makin stress tengok ubat... Ngeeeeeee. Cool bebeh! :p


Mari lah makan ubat! Hehehe... Selepas ini, kalau blog dibiarkan itu tandanya sedang mengalami proses terapi yang sungguh menyeronokkan lagi menceriakan dan sangat membahagiakan hati seorang insan comel bernama Cik Syira. Lalalala... Mak cik terapi pun dah rindu ana, sabar mak cik kita jumpa tak lama lagi. (Abes la, entah apa lagi skill mak cik tu nak smack down ana) (T_T)

Sungguh membahagiakan bila beraya di rumah sepupu abi, Mak Cik Rosni namanya. Dengan penuh tatasusila telah mencadangkan abi tercinta membawa ana menunaikan Umrah supaya ana cepat sihat.

"Nanti hang bawa la anak ni pergi Mekah, buat umrah. Bagi mandi dengan air zam-zam. Basah telekung pun tak pa, lepas tu doa depan kaabah. Mudah-mudahan, ikhtiar kita sebagai hamba Allah. Kesian aku tengok anak hang."

Berbunga hati ana, kembang setaman :)

"Insya Allah. Saya dah pernah bawa dia umrah masa dulu. Dia ni memang sakit lama dah, ni pun dah baik banyak ni tapi sejak sakit belakang ni belum bawa lagi."

Yeay yeay! Untung ape... Separuh dari usia ana menelan ubat-ubat... Best kan, alala.. Jeles la tuh. Setelah dihitung-hitung, ehhh duit raya ana banyak dari adik-adik. Itu la, rezeki namanya.

Abi perli...


"Duit raya banyak dari yang lain sebab duit tu orang suruh buat terapi..."

Erk! Tak mo kawan abi...

Read more...

22 September 2009

Cerita Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, sudah 3 Syawal. Sengaja tidak meng'update' blog lantaran sedang asyik menangis menahan sakit. Hik hik hik...

1 Syawal :)

Wah, bangganya kerana ana bangun paling awal dan terus ke kamar mandi, bersiram dan kemudian menggerakkan mangsa-mangsa perang yang bergelimpangan akibat ledakan bom malam Syawal. Huhu, bimbang bilik air jammed menjelang waktu Solat Eid Fitri. Mula menunjuk power dengan mengangkat periuk+kuali berisi makanan untuk dipanaskan di atas dapur. Heh, takut basi jer. Penat seharian memasak sampai rasa nak tercabut kaki (hah, nampak sangat tipu je. Mana ada orang masak sampai nak tercabut kaki!)

Kemudian salam-salaman dengan ahli baeyt. Kami pakai baju sedondon (er, gambar belum masuk dalam pc) dan menuju ke masjid untuk solat sunat Eid Fitri. Yeay! Kenapa ana overexcited? Kerana ana boleh berjalan! Hihihihi. Solat la kami semua, dan masuk rakaat kedua errr tiba-tiba ana tergamam. Allah, kaki ku! Terus tak khusyuk kerana sedang berfikir "oh kenapa kaki ku!" Tapi memandangkan ana ditengah-tengah saff, buat selamba je. Habis je imam doa, terus ana pusing belakang!

Allahuakbar! Yessss... Tiang masjid memang belakang ana. Terus sandar pada tiang dan angkat kaki sambil buat tak nampak orang lain, sungguh tidak sopan :( Kemudian, ana masih boleh berjalan sambil seret kaki. Huhuhu.

"Kenapa kaki tu?"

"Tak ada apa-apa" Jawab ku dengan riang ria di Aidilfitri.

2 Syawal :)

Termenung panjang atas sejadah selepas solat Subuh sambil kepala terlentok saja. Tok Bah mengintai "Tak sihat ke?" Ana hanya angguk. Semua maklum, apabila tidak sihat ana tidak bernafsu untuk bercakap dan hanya boleh guna bahasa isyarat (bahasa badan).

Selepas Subuh, ana dah kiok. Entah macammana boleh tertidur (wah bila sakit ana boleh tidur berhari-hari, bangun solat je itupun duduk. Huhuhu) dan entah mana datang gergasi duduk atas kaki ana. Kussss! Ya Allah, terkejut sangat. Sementelah tulang (tak tahu namanya) bengkak dan semakin ketara pula, dah timbul tulangnya. Ngeh ngeh ngeh... Sesak nafas gara-gara terkejut. Bayangkan tengah tidur dan orang duduk atas anda? Kusss, mujur tak mati terkejut.

Semua orang dah bersiap nak balik kampung sebelah Utara. Ana masih ketiduran lagi, huhuhu. Apabila dipaksa bersiap, wawawawaaaaa sememangnya masa tu air mata laju je menitik dan bila orang duk kejan (bak kata orang Utara) terus meraung... "Sakiiiiiiit." Errr... Tok Mak yang sedang menikmati ketupat di dapur pun terkejut mendengar ana meraung. :(

Terus nangis teresak-esak... Abang Cik dukung ana sampai ke tandas dan membiarkan ana menangis puas-puas dalam tandas kemudian bila dah siap Abang Cik dukung kembali dan meletakkan ana di atas katil. Dah siap comey (tolak mata bengkak dengan hidung merah je) terus dukung ana letak dalam kereta (selepas bersalam dengan semua orang) dan beraya di dua rumah kawan abi.. Ana hanya duduk dalam kereta je.

Er... Kenapa semua orang yang melihat ana terus sebak dan menangis di depan ana? Sedangkan ana tidak menangis sewaktu itu???? Muskil...


Sepanjang perjalanan ke kampung di sebelah utara, ana hanya ZzZzzzzz... Sesekali abi yang duduk di belakang ana (ana duk sebelah driver) membetulkan kepala ana yang terkulai. Memang badan rasa tak larat sangat. Huhuhu.

Sampai kampung halaman, yeay yeay. Tiba-tiba sambil Aiman memimpin tangan ana, meraung sekali lagi.

"Jangan la tarik-tarik, sakiiiiiiit."

Astaghfirullah hal azhim cik Syira... Kenapa kamu menjadi seorang yang pemarah dan tidak bersabar dengan ujian sekecil ini?

Then sambung ZzZzZzzzz hingga la entah jam berapa, bangun dan solat. Huhuhu... Tak de nafsu nak bercakap dengan sesiapa. Owh dear, cheer up!

Malamnya pula ana kuatkan semangat juga ke rumah Pak Tam. Open House untuk family saja. Makanya, ana kuatkan semangat masih muka yang tak ceria. Huhu, sakit sangat sampai rasa kalau boleh nak duduk rumah je tak nak pergi ke mana-mana. Apakan daya, siapalah ana nak tunjuk keras kepala. Huhuhu.

Lensa kemera tak henti-henti snap. Hohoho... Orang nak makan pun tak senang. Dah la seharian ana belum makan, perut dah bergendang pun masih tak nak makan. Hehehe, lastly Pak Cik mengusik ana "Kalau sakit pun kene senyum." Nak tergelak dengar Pak Cik cakap macam tu, dengan tulang yang rasa nak tercabut (hah, tipu lagi) boleh suruh senyum-senyum pula. Lepas itu, ana tayang gigi jeee. Lalalala...

Sila..Sila... Snap la gambar saya! Snap la gambar saya...!

Posing...! Posing lagi...!

"Gambar ni nanti nak sebarkan dalam facebook. Gambar tanpa purdah."

Ana yang tengah makan rasa tercekik pula. Sampai hati Pak Cik dan Pak Uteh (sengaja mention sebab depa memang insya Allah AKAN baca blog, huhu) nak publish gambar orang. Dah la muka 1 sen je time tu walaupun senyum sebesar mana pun tapi tetap juga purak-purak kerana sedang sakit. Huhuhu. Rilex ar, nanti ambil gambar cunS dulu yer... (bodek.. bodek...) :P

3 Syawal :)

Bangun Subuh tercari-cari mangsa seterusnya untuk pimpin ana ke tandas untuk wuduk. Tapi tak de siapa yang boleh dijadikan mangsa. Sepupu yang girlS di bahagian lain, yang ada hanya sepupu yang boyS. Huhu, guane nak pimpin ana amik wuduk nanti batal wuduk pula... :( Lastly nenda pula hulur tangan nak pimpin ana. Erk?! Tak sampai hati rasanya. Akhirnya Abang pegang ana... Alhamdulillah.

"...dan bersabarlah kamu menghadapi susah payah dengan sabar dan dengan melakukan solat...."


YeSsss... Kemudian abi balik solat dari masjid abi syorkan ana minum dot dot dot (auto sensored, ngeh ngeh ngeh) dan ana pun minum la dot dot dot. Beberapa jam kemudian sakit beransur hilang dan ana boleh berjalan dengan sendirinya. Alhamdulillah. Hihihihi... Bestnya! Tapi masih menyeret kaki lagi. Ok la, ada perubahan. Tak payah la nak pimpin tangan ana lagi :)

Selamat bertatih Cik Syira. This is not the 1st time and insya Allah not the last time you must bertatih again and again. Huhuhu... Kenapa ana cemas bila tiba Eid Fitri? Jawapannya kerana terapi tulang belakang akan bermula tak lama lagi... Huwaaaaaaaa!

p/s: Mesti makan painkiller dan ubat demam sebelum terapi, insya Allah.

Alhamdulillah... Ana dapat banyak duit raya la (nak dibandingkan dengan Syudde, kui kui kui). [^_~]

Read more...

18 September 2009

Green Light

Bismillahirrahmanirrahim... :)

"Kenapa macam moody jer pagi-pagi?"

Soalan maut dari abi masa ana mengadap laptop sambil mendengar lagu-lagu sedih. Ana sebenarnya merajuk dengan ummi masa sahur tadi, huk huk huk. Cuma tahan je air mata dari tumpah, ana nak mengikut ummi ke pejabat (bukan ana nak pergi pejabat) sebab ana nak berurusan di town. Ana nak ke bank, nak ke library, nak selesaikan beberapa perkara. Semalam ummi kata "Ikut hari Jumaat la." Lastly pagi tadi ummi kata tak payah, uwaaaa... Tangguh lagi keje.

Dah jam 6.40 pagi baru ummi tanya "Kenapa tak siap lagi? Kata nak ikut." Lagi la terasa nak menangis berguling depan ummi juga.

"Tadi ummi juga cakap tak payah. Tak pe la, nanti orang pergi sendiri." (merajuk dah ni) Nada tahan nangis. Huhuhu.

"La, kan cakap nak ikut."

"Kan ummi cakap tak payah."

"Ye la..."

Sami'na waato'na, sekali cakap tak payah terus tak mo ikut. Haha, siaplah siapa jadi suami ana sekali kata 'tak payah' terus ana tak buat dah. Lainkali kalau tanya "kanda nak minum?" sekali dia jawab "tak payah la... dinda duduk diam-diam" memang jawabnya ana tak bangun dah, sami'na waato'na la katakan. Kui kui kui...

Tapi ana tetap nak merajuk dengan ummi pagi ni sebab ummi tak bagi ikut, huhuhu. Kalau ikut kan dapat duit raya, dapat duit raya leh kumpul, dah kaya boleh kawin... Eh, silap bukan kawin tapi nak ziarah ke bumi ambiya'. Insya Allah, jadi sesiapa nak buat amal sila bagi duit raya pada ana! :P Ana akan gunakan dengan cara yang betul iaitu jihad fisabilillah. Hihihi... Babah kata kalau kumpul duit raya setakat RM5, umur 50 tahun baru leh sampai Mesir (itupun kalau panjang umur).

Nak honeymoon dengan Uwais pun, calculate jap. Umur ana 50 tahun Uwais lak 34 tahun. Erk, macam mak dengan anak pulak rasanya. Malu pulak nak pegang-pegang tangan, sesilap Uwais tolak dengan kerusi roda jer, huhuhuhu. Argh takde, nak Uwais juga! Baju raya Uwais tahun ni tak match dengan ana, apa la Ummu Uwais ni orang dah kata beli warna sama dengan ana. (Erk, suka hati Ummu Uwais la, anak dia... Suka hati dia la nak pakaikan baju warna ape pun) Er tapi Uwais kekasih saya... Ngeh ngeh ngeh.

Pagi ini send e-mail to abi, 'proposal' Pohon Cinta Madinah. Sekali abi jawab (via e-mail) :

Salam,

La……abi cadang tajukanya ditukar ke tadaa………‘Pohon Cinta Cairo’……he..he..he…


Haisey men and women, I am sorry lah. Pohon Cinta Cairo tunggu lepas siap Pohon Cinta Madinah dulu. Pokok Madinah baru je semai, belum pasak kukuh lagi dah nak tanam Pokok Cairo, tak leh gopoh-gopoh. Huhu.

Alhamdulillah abi dah berikan greenlight. Syukran abi!

* Seyakin dan pasti ada orang (mungkin) gelak depan PC. Hurm... Gelak la, masuk lalat kang batal puasa!

Read more...

17 September 2009

Pohon Cinta Madinah

Bismillahirrahmanirrahim :)

[1]

"Istikharahlah ukhti, mohon bantuan Allah dalam membuat keputusan ini. Apapun jangan lupa, bersihkan hati dan hindari dari memberatkan sesiapa pun dalam urusan ini."

Senyum dalam menahan segala rasa. Ada riak luka di wajah. Bukan tidak berusaha untuk menolak dengan sebaik-baik cara tetapi takut melukakan hati sesiapa, bukanlah bermaksud tiada yang terluka tetapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk mengurangkan rasa kecewa.

"Ustazah, ana ada perkara mustahak nak beritahu ustazah sebelum ustazah berangkat ke Madinah."

Satu SMS ku biarkan, fikiran masih penat dengan beberapa urusan yang berkaitan hati. Bukan tidak tegas berdepan kerenah ajnabi tetapi urusan hati melibatkan perasaan membuatkan aku juga turut tak keruan. Allahu Rabbi...

Selang beberapa hari baru aku teringatkan SMS dari sahabat dari bumi ambiya', perkara apakah yang mustahak. Haruskah aku membantu sebelum berangkat ke Tanah Suci? Hati masih berat melangkah namun aku harus kuat mental dan fizikal untuk mengharungi hari-hari indah di Tanah Haram. Tapi, kalau aku biarkan saja... Mungkin sedang terdesak memerlukan pertolongan aku.

"Ustaz nak ana bantu apa?"

Aku gagahi juga menekan "sent" sementelah hari-hari terakhirku di Tanah Air. Arh... Rindu benar aku pada bau debu Tanah Haram. Aku rindu untuk memeluk dan dipeluk jaddatun warga Arab yang bertubuh besar, terasa hangat ukhuwwah walau nasab kami memang jauh benar. Tetapi kata Ammu Harun, aku mirip orang Arab. Aku selalu menggayakan abaya dan tudung hitam di depan mak dan ayah, lagak seorang Arab. Namun, darah Melayu dalam tubuh aku masih pekat. Aku orang Melayu...

"Insya Allah, ana dah hantar e-mail pada ustazah. Bukalah sebelum ke Madinah. Semoga selamat dalam perjalanan, doakan ana najah di sini."

Aku membiarkan SMS tanpa balasan lantas desktop kesayangan di buka. E-mail apakah yang begitu mustahak sehingga di 'saran' untuk membaca sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Assalamu'alaikum waRahmatuLLAH.

Sebenarnya ana mahu menyimpan 'pertolongan' ini sehingga sampai pada masanya tetapi ana khuatir tidak sempat menyampaikan maksud e-mail ana. Ana mahu melamar ustazah, istikharahlah dan ana harap untuk dapat jawapan ustazah setelah ustazah pulang dari Mekah.

Wassalam.


Aku ketap bibir, entah dari mana datangnya airmata tiba-tiba bajuku basah. Allahuakbar... Seolah tanganku menggigil, badan sejuk pantas aku ambil wuduk dan sejukkan getaran jiwa. Sejadah aku hamparkan mengadap kiblat, solat aku bersulamkan esak tangis tanpa reda. Ujian apakah yang Engkau berikan ya Tuhan... Mehnah apa yang Engkau titipkan untukku ya Tuhan... Habis solat dan luahan rasa sepenuhnya pada Khaliq, aku mencapai mushaf al-Quran. Ku dakap penuh rindu, aku mahu meredakan gelora hati. Aku mahu sinar buat hati...

Fazkuruni azkurkum...

Tersekat-sekat alunan suara yang diiringi esak tangis, aku tidak mampu menghabiskan bacaan lalu ku ulang dan terus ulang hingga lancar. Diam. Tuhan, dosa apakah yang aku lakukan hingga Engkau tidak mengizinkan aku melancarkan lidah membaca kalam dari Mu? Tuhan, sehitam manakah hati ini dengan titik hitam hingga kelu lidahku menghabisi ayat indah Mu. Astaghfirullah hal azhim...

Mushaf al-Quran aku tutup kembali, kembali mendakap seeratnya. Aku mahu puas memeluk mushaf al-Quran, aku mencari kekuatan. Istighfar dilantunkan sebanyak mungkin, menggigil badan kesejukan. Akhirnya terlena berselimutkan telekung putih hadiah dari mak dan beralaskan sejadah dari ayah, mushaf al-Quran masih lekat di dada.

"Assalamu'alaikum... Ukhti sihat?"

SMS dari Ummu Hanani melekat di mata, arh... Aku pasti Ummu Hanani mahukan jawapan istikharahku. Dengan hati-hati, aku memuntahkan segala perasaan yang aku pendam.

"Wa'alaikumussalam Ummu Hanani. Alhamdulillah bi khair. Moga ukhti juga sihat hendaknya. Ana tahu, ukhti mahukan jawapan dari soalan. Sudah sampai tempoh yang ukhti berikan. Insya Allah, ana berusaha memberi jawapan yang terbaik untuk ana dan dia. Ana menolak lamaran darinya... Maaf. Doakan perjalanan ana ke Tanah Suci dipermudahkan Allah."

Hanya itu yang terdaya aku sampaikan. Kembali aku mendakap mushaf al-Quran.

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dengan sedikit kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang sabar. (Al-Baqarah : 155)

(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'inna lillahi wa innaa ilaihi raaji'un' (Al-Baqarah : 156)

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah : 157)

****

[2]

Aku memanjangkan munajat hamba di sudut tepi Raudhah. Sengaja aku mencicip rasa hati dan meluahkan bicara. Raudhah, taman syurga. Alhamdulillah, Allah memilih aku mendiami taman syurga yang sangat tenang dan damai. Tika aku mabuk dengan cinta dan merasa dekatnya aku dengan jasad Rasulullah, aku dihujani air mata. Segera aku menutup muka dengan purdah, lantas bangun dan memberi laluan kepada para jemaah lain untuk mengambil tempat aku. Aku bersandar di tiang dalam Raudhah, hatiku masih merintih.

"Ya Ilahi Rabbi, tunjukkan aku kebenaran... Berikan aku kekuatan dalam menghadapi ujian berdepan dengan hamba Mu."

Segera aku berpaling, mata tertancap pada satu sudut. Terpaku. Arh, benarkah ini? Astaghfirullah hal azhim. Aku memisat mata yang masih bersisa air mata. Subhanallah. Aku meneruskan selawat atas Junjungan mulia, aturan langkahku tak selonglai tadi. Seakan ada kekuatan yang menyusup tubuh kerdil.

"Malizi?"

Aku disapa seorang nenek Turki. Tidak susah mengenali mereka, ada imejnya tersendiri. Aku jadi ketawa sendiri, aku meneka ini jemaah Turki, ini pula jemaah Iran dan begini begitu.

Aku sekadar mengangguk kepala. Lantas secawan air dihulurkan kepada aku. Iya, air zam-zam. Aku meneguk dan kembali mengangguk sambil tangan aku dekatkan di dada... "Syukran..." Entah apa doa yang dibacakan untukku tidak sepatah aku memahami, diusap-usap kepalaku lagak si ibu yang sedang mendoakan anak. Aku jadi kaku, entah kemana hilangnya kudratku untuk melangkah. Lantas aku dipeluk dan dicium. Subhanallah walhamdulillah.

Seperti biasa, mak dan ayah menunggu di satu pintu masjid untuk memudahkan perjumpaan sebelum pulang ke pondok. Aku lihat kelibat mak dan ayah sedang berjenaka di sebelah tiang masjid. Ya Rabbi, bersaksikan Masjid Nabawi ini... Aku memohon pada Mu ya Allah, panjangkanlah jodoh mak dan ayah hingga ke syurga Mu. Himpunkan kami bersama orang-orang yang bertaqwa, perkenankanlah ya Allah.

"Assalamu'alaikum. Dah nak balik ke?" Aku menyapa mak dan ayah.

"Wa'alaikumussalam waRahmatuLLAH. Khalas? Jom pusing-pusing di luar masjid. Nak beli kebab kalau kedai dah buka, kemudian balik bilik."

Aku mengangguk dan menarik tangan mak, kami beriringan bersama. Hati resah menjadi berbunga, subhanallah! Moga itu pilihan dari Mu untukku.

****

[3]

Sepanjang bermusafir di Tanah Suci, hatiku bagai dibugar kemas. Kuntum mengembang dan terasa hangatnya berada di dalam rahmat Nya, insya Allah. Malam itu, ayah berhajat untuk qiyam di Masjidil Haram manakala aku dan mak hanya tidur di hotel. Aku tiba-tiba teringatkan peristiwa di Raudhah semasa di Madinah beberapa hari lalu, biarkan dahulu. Sebelum melelapkan mata, aku mengambil wuduk dan solat taubat. Aku yakin harapan Allah tidak palsu.

****

[4]

Beberapa bulan sekembalinya dari Tanah Suci aku tergamam dengan apa yang aku lihat. Air liur seakan tersekat dan air mata semacam laju membasahi pipi, tiada kata dan bahasa yang aku mampu luahkan selain air mata tumpah semacam empangan pecah!

Allahuakbar.

Hati masih kaget, terkejut dengan apa yang diperlihatkan kepadaku. Lantas diam, aku menenangkan diri dalam munajat sepi kala dinihari. Semakin aku tenangkan diri, semakin aku teringatkan peristiwa di Raudhah beberapa bulan lalu. Dalam diam, zikrullah masih aku gagahi supaya hati tidak menari sama rancak dengan tangisan. Menangis apakah ini? Aku tidak sedih. Aku juga tidak mendapat khabar gembira. Tangisan syukur barangkali.

Syukur kerana kepingan puzzle telah ditunjukkan kepada aku. Benarkah ini? Lantas aku kembali sujud pada Rabb, Dia mampu membelai aku supaya aku tidak 'meracau' seperti ini. Tenang dalam zulumat malam.

Akhirnya, kepada ayah aku suarakan bicara hati. Tentang yang aku lihat di Raudhah sewaktu di Madinah, juga apa yang berlaku semasa aku di Masjidil Haram kala berkhalwat dengan Tuhan. Aku terangkan juga apa yang aku rasakan...

"Dialah yang lelaki misteri yang selalu hadir dalam hampir setiap istikharah, tanpa mengenali seraut wajah, tanpa mengenali budi dan pekerti sehinggalah wajahnya di tampakkan di Raudhah di ruangan solat Muslimah. Mustahil seorang lelaki di celah-celah muslimah! Tetapi tidak mustahil pada Allah kan ayah? Dia juga lelaki yang mahu mengambil Jannah, menggantikan ayah untuk menjaga urusan dunia dan agama Jannah."

Aku menghabiskan sisa kata-kata dengan suara terketar-ketar tanpa melihat raut wajah ayah... Tanpa aku sedari, ayah tersenyum dengan anggukan kecil.

"Ayah redha dengan pilihanmu..."

Subhanallah.

~ EnDiNg ~

Lalalala... Sengal jer, dapat idea ni secara spontan dan terus menarikan jari jemari... Hip hip hoorayyy! Dah lama sangat tak tulis macam ni kan. Hehehe. Alhamdulillah. Sebenarnya cerita ni macam tergantung, antum buat ending sendiri jer la sebab ana dah tak de idea nak tulis. Ngeh ngeh ngeh...

Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka - Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar; Analogi Cerpen Aku Pun Tahu.


Wallahua'lam.

Read more...

15 September 2009

Secebis Jihad

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah. Malam ini ana terasa ingin berceloteh sementelah ahli baeyt kesemuanya telah ke medan perang, mudah-mudahan mereka semua mendapat syahid disisi Tuhan (hehehe, ini versi baru ayat ana untuk memberitahu bahawa seseorang itu sedang menuju ke alam mimpi). Insya Allah tidur juga boleh menjadi ibadah tetapi yang pastinya bukanlah tidur yang sepanjang hari tak bangun-bangun kecuali memang tak berdaya nak bangun. Itu lain pula halnya.

Alhamdulillah, Program Ramadhan @ Al-Insyirah pun hampir saja tamat. Tinggal beberapa hari lagi, buat pertama kali ana katakan ia mendapat sambutan. Panjang umur, tahun depan cuba program Ramadhan yang lebih baik. Insya Allah.

Minta maaf pada sahabat-sahabat yang menyertai program kerana urusan cenderahati memang menjadi tanggungjawab ana tetapi keadaan fizikal tidak membolehkan ana bergerak lincah. Adakala ana masih memerlukan sokongan dari tongkat dan ada ketikanya ana hanya berkerusi roda. Insya Allah, mungkin selepas Eid Fitri, panjang umur ana cuba selesaikan penghantaran cenderahati. Harap kalian semua bersabar dan menghadapi penantian dengan kesabaran (sebab orang kata penantian itu penyeksaan).

Hujung minggu lalu, ana sekeluarga (tanpa 2 abang) ke Ipoh bagi membeli sedikit keperluan dan berbuka puasa dengan Tok Mak dan Tok Bah di Ipoh. Disebabkan fizikal ana yang 'terbantut' nak berjalan, tak ada siapa yang sanggup tunggu ana mengatur langkah. Satu langkah ana sama dengan berlangkah-langkah anak kecil yang sudah mampu berjalan (waduh, malunya... Faris dan Aniq selalu cakap "eiii, kakak dah tuaaa!".) jadi ana pun berkerusi roda. Nak dijadikan cerita, adik lelaki yang menolak kerusi roda.

Hah... Memang la beliau lebih arif sebab beliau seorang lelaki tetapi hampir saja ana termuntah gara-gara pening kepala, apa lagi adik lelaki ana 'racing'. Belok kiri dan kanan dengan terkejut tergempar, terhuyung hayang badan ana. Mujur tak tercampak, sekejap langgar tiang sekejap langgar tempat barang. Ya Allah... Mau saja ku sekeh kepalanya. Tak lama kemudian, adik perempuan pula volunteer nak menolak kerusi roda.

Biasa la orang perempuan ni lemah lembut sangat sampai semua orang tinggal kami berdua di belakang. Bila bosan, disepak-sepaknya roda pada kerusi roda... Apa lagi, getaran demi getaran ana menahan saja sakit yang mencucuk-cucuk sendi dan saraf. Sabar aja la, masih pesan; "Jangan tendang-tendang, sakit la..." Dan bila lupa, disepak lagi tayar pada kerusi roda. Adui, nak menangis je rasanya sebab setiap 'pergerakan' yang tidak diundang hanyalah menambah sakit dan perit.

Benar, hasil terapi tulang belakang tempoh hari sepatutnya ana sudah boleh berlari (amboi, ini angan-angan ke impian?) tetapi yang tidak sahabat-sahabat ketahui ialah satu tulang belakang pada bahagian pinggang ana bengkok pada kadar maksimum :) Dan untuk menarik kembali tulang menjadi seperti sedia kala, sangatlah menyakitkan. Rawatan sedikit bagi 'mengangkat' tulang yang bengkok pun sudah cukup buat ana hilang pertimbangan (meronta dan menangis on the spot hingga tidak menghiraukan insan-insan lain) hingga ana perlu ditenangkan.

Ana selalu tanya pada sahabat; "Bagaimanakah SAKIT MATI?"

Orang selalu marah bila ana soal begitu. Tetapi... Inilah salah satu cara ana memujuk diri bertahan dengan sakit yang singgah pada tubuh, ana akui tubuh dan kudrat ana yang kerdil dan sangat lemah ini tidak mampu nak menahan segala sakit yang singgah tetapi sakit apakah yang lebih dahsyat di dunia ini selain sakit mati? Jawapannya tidak ada. Mati itu sudah cukup menyakitkan.

Jadi, cukuplah peringatan mengenai dahsyatnya sakit mati untuk menenangkan ana.

"Relex je la syirah, tulang je yang bengkok belum nak sakit mati yang jauh berganda dahsyatnya. Kan ke dunia ni persinggahan je, sakit pun singgah sekejap je. Kalau sabar, insya Allah ada yang lebih baik disisi Allah. Kalau tak sabar pun, sakit tetap sakit tetapi bezanya tiada kemuliaan di sisi Allah."


Itulah monolog yang ana ciptakan. Memujuk hati meneruskan jihad ini...

Harini, ana melihat blog dan tersenyum melihat mesej shoutbox. Hati kuat mengatakan En Zainure (guru Biologi) yang meninggalkan komen. Haritu sewaktu bertemu dengan cikgu pun katanya selalu benar ziarah blog ana, malu pula ana rasa. Malu sebab cikgu baca tulisan ana yang tidak ada isi, sedangkan sahabat-sahabat ana juga anak didik cikgu jauh lebih mantappppp.

"Kenapa kamu buat blog?"

Soal seseorang pada ana. Jawapannya, ialah suka hati ana la nak buat blog.. hehehe, bukan itu yang ana jawab. Tujuannya ialah untuk memujuk hati ana yang mudah (sentitif) menangis atas sebab-sebab yang remeh, jadi blog ini jalan untuk ana menghimpun nasihat-nasihat dan motivasi buat diri sendiri, ada kata-kata dari guru, sahabat dan pembacaan.

Kadang-kadang susah sungguh hati nak menerima nasihat dari orang yang berkata-kata walaupun dia hebat kerana ana merasakan sungguh dia hanya pandai berkata-kata tanpa mengerti apa yang diperkatakan.

"Pandai la kamu cakap, kamu sihat walafiat..."

Satu yang orang tak tahu (sensitif atau ambil peduli) ialah orang yang berpenyakit, kadar sensitifnya melampau berbanding orang lain. Ini ana akui, dulu ana paling cepat menangis cukup dengan soalan; "Awak ni sakit apa sebenarnya?" Mulut yang macam bertih jagung pun boleh kaku. Tetapi sekarang dah berakal (insya Allah), benda-benda macam tu buat tak tahu jer la hatta terasa hati tapi relex je. Kicik punya hal, jangan bazir air mata... Ngeh ngeh ngeh.

Orang yang sakit, perlu POSITIF. Jangan pencilkan diri, jangan duduk terperap dan sendirian. Kalau kamu bertongkat, berkerusi roda malahan apa saja kekurangan diri jangan malu berdepan dengan masyarakat. Binalah kekuatan diri agar tetap mampu meneruskan hidup, jangan patah semangat dengan suara-suara sumbang.

Yakinlah, Allah berikan ujian bukan untuk kamu bersedih tetapi muhasabahlah! Allah 'membasuh' dari dosa-dosa lalu yang kita lakukan kerana Allah maha Mengetahui kita tak mampu pikul dosa-dosa untuk diazabkan di akhirat kelak. Na'uzubillah.

Bersyukurlah atas kerja-kerja 'pembersihan' Sang Khaliq atas diri kita. Moga ia dijadikan 'ibrah dan juga jalan untu muhasabah diri, peluang keemasan berdampingan dengan Allah. Insya Allah.

Alhamdulillah. Hidup ini indah, kurniaan bagi hamba yang bersyukur.


Sekarang... Orang tanya "Awak sakit apa?"

Slumber macam tak bersalah "Sakit rindu pada Allah, tak sabar nak tidur dipangkuan Nya... Tak sabar nak lena yang panjang, tinggalkan segala penat lelah dunia..."

Ceh...! Ana nak jawab macam tu... Amalan pun ntah kemana.

Apapun, pada sahabat-sahabat yang sedang berjuang bukan saja menadah ilmu dari ulama' tetapi berjuang menahan sakit. Moga ianya jadi kaffarah kepada kita semua. Insya Allah. Sakit juga la yang buat kita rendah diri dan dekat dengan Allah. Sakit itu anugerah Allah. Moga kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insya Allah.

Kak Mia : Jangan lupa makan ubat, jangan nangis-nangis. Kuatkan semangat!
Kak Balqis : Tabahlah, insya Allah ana doakan dari jauh. Moga cepat sembuh :)
Babah Saif : Tak tahu nak cakap apa, banyak sangat dah babah nasihat... Jazakallah, semoga Babah juga diberikan kesembuhan. Ameen.

Tiba-tiba hati ni sayu teringatkan seseorang yang (insya Allah) lena di dalam dakapan Rabb. Al-Fatihah... Nantikan sahabatmu ini, aku pasti menyusulimu!

Ceramah selepas terawih disampaikan oleh Syeikh Abu Wael selaku ketua koordinator Sosial Rabitah Ulama Palestin. Antara isi kandungan ceramah:

1. Israel menjatuhkan kesemua bom seberat 1kg untuk setiap penduduk Palestin yang berjumlah 150,000 orang di Gaza namun kuasa Allah hanya mengenai 200 orang penduduk sahaja.

2. Kem pelarian di Khan Danun menempatkan semua pelarian Islam. Tempat yang tiada haiwan dapat hidup, namun dengan bantuan derma Umat Islam yang sedar dari seluruh dunia, kawasan itu kini ada saluran air tetapi masih memerlukan sumbangan.

3. Seorang kanak-kanak Turki mendermakan USD750 hasil simpanannya beberapa tahun.

4. Ismail Haniyyah (Perdana Menteri dari pihak HAMAS) hidup seperti rakyat yang lain, bergelap, tanpa makanan dan sebagainya.

5. Briged AlQassam masih wujud dan sentiasa mengawal sempadan Gaza dari diceroboh (ditunjukkan klip video, gerakan tentera dan sniper HAMAS).

6. Askar Israel yang ditemu bual bila ada yang lari jika ada pertempuran dengan HAMAS mengatakan mereka sentiasa nampak 'makhluk gergasi berbaju putih' di hadapan tentera HAMAS . Siapakah mereka???

Allahuakbar!
Di cedok dengan penuh tatasusila dari blog Babah.

Read more...

14 September 2009

Chemistry Between Us


Suka gambar ni, pinjam dari Kak Aysarahanan.

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, hati melonjak riang bukan kerana raya dah hampir tiba tetapi ana baru selesai membaca blog Babah dan seperti yang dijanjikan Babah memasukkan cerita bersama Wakil Hamas sempena program surau (masjid) yang mana Babah menjadi imam terawih. Sambil itu, hati terhibur dengan 1 gambar 2 budak comel yang mana abangnya seolah-olah 'defend' adik yang diusik oleh Babah. Er, wallahua'lam. Haaa... Babah ni usik anak orang ye. (^_^)


Today, I would like to share my loving story with someone I love with my heart and my soul. Walla, cukup. Jangan speaking London, nanti makin banyak merapu.

Kami mula berkenalan sewaktu ana masih bersekolah menengah lagi. Setiap kali bertemu (kami sering berselisih hampir setiap pagi) hanya senyuman menyerikan wajah tanpa kami memulakan perbualan, bukan tidak menyebarkan salam tetapi selalunya kami bertemu di dalam tandas. Sampai sekolah, perkara pertama ialah basuh muka untuk menyegarkan badan kerana sepanjang perjalanan ke sekolah ana suka menikmati angin pagi dengan membuka tingkap bas seluas-luasnya. Jadi, muka agak melekit. :)


Kami bertemu, saling senyum tetapi ada satu garis yang membuatkan kami jauh iaitu kami tidak pernah berusaha untuk beramah mesra. Kami masing-masing malu, ala malu kucing gitu. Maklum la, perempuan. (^_~) Dia juga seorang yang selalu namanya disebut-sebut oleh guru biologi (En Zainure), seorang yang istiqamah dalam menuntut ilmu, pelajar yang disegani juga antara pelajar muslim yang selalu mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Ana mengaguminya dalam diam, alhamdulillah.
Sehinggalah di tingkatan 3 baru la pertama kali kami beramah mesra tapi cukup sekadar itu. Kemudian hanya bertukar senyuman kembali. Ana bukan orang yang mudah mesra dengan insan yang ana tak kenal. Tetapi apabila ana masuk ke tingkatan 6 (rendah), semuanya bertukar suasana. Ke mana saja tujuan dan arah, pasti si dia turut mengikut. Sweet sangat masa tu.

Hatta nak ke kantin atau ke surau atau mesyuarat persatuan, si dia masih setia menunggu untuk seiring dan sejalan. Walhal, dulu masing-masing malu kucing. Itulah, tak kenal maka tak C.I.N.T.A kan!


Sehingga kini setelah hampir 3 tahun meninggalkan alam persekolahan kami masih mesra, malahan semakin mesra. Insya Allah. Hanya e-mail penghubung kasih, sementelah si dia seorang yang istiqamah membaca coretan-coretan sepi ana dalam blog. Sangat terharu apabila si dia memberitahu "kesemua entry dah save, print dan simpan dalam satu fail". Ya Allah, terharu sungguh. Sebab ana banyak merapu berbanding sesuatu yang bermanfaat.


Bila si dia stress menempuh imtihan, maka coretan-coretan sepi ana lah yang menjadi penghiburnya. Peneman kala sedih. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya masih ada manfaatnya ana buat si dia. Insya Allah.
Terkadang ana merenung, hal apakah yang membuatkan kami begitu rapat sedangkan kami tidak banyak melakukan aktiviti fizikal seperti berpegang tangan, bersalaman dan lain-lain. Hanya hati yang mendekatkan kami, itulah yang ana katakan chemistry between us!

Inilah yang menggetarkan saraf, si dia mampu berada dekat di hati walau hakikatnya jauh di mata, namun doa tak putus-putus. Moga si dia cemerlang dalam peperiksaan. Cemerlang dunia dan akhirat.
Selepas merenung, ana baru sedar...

"Kita akan selamanya merasakan K.A.W.A.N seorang yang penting selagi mana kita belum berpacaran! Iya, persamaan itu ada pada kami."

Dedikasi ini istimewa buat insan bernama Azmah bt Abdul Latif...
Moga Allah merahmati kehidupan kita, meletakkan kita bersama hamba-hamba yang bertaut kerana mencari keredhaan Allah. Akak harap ukhuwwah kita akan tetap selamanya hingga maut memisahkan kita tetapi ia bukanlah pemisah tetapi ditemukan di Daerah yang lebih baik, Negeri Akhirat dan kekal di sana selamanya. Ameen.

GooD LuCk untuk STPM. (^_~)

With heart and soul,
~ SiS InSyiraH ~


Ini pula gambar untuk didedikasi buat Babah. Semoga cepat sembuh... Ameen. Rajin-rajin makan ubat, contohilah "si BC" mudah-mudahan akan 'istiqamah' macam dia juga. Eh, silap-silap... Mudah-mudahan istiqamah (bukan dengan 'istiqamah' yang double-meaning, hihi). Pesanan Doktor Insyirah "Sila habiskan ubat anda."

Read more...

12 September 2009

Sentuhan Tarbiyyah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Akhirnya ada juga 'buah tangan' dari ana yang sempat ana kutip beberapa hari ini dan ana akan menggarapkan ia sebaiknya khusus untuk diri yang faqir (la tahzan ya insyirah) insya Allah moga ada manfaatnya bagi mereka yang sudi mengunjung teratak maya ana.

Beberapa hari ini ana menelan payah beberapa perkara, ujian terasa berat walau hakikatnya ia kecil nak dibandingkan dengan orang lain. Namun, ana tak pernah lupa memujuk hati agar mujahadah dan mengingatkan diri supaya husnudzon. Selalu ana memintal kata-kata, "Allah beri ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya." Alhamdulillah, memang ujian itu tarbiyyah pada jiwa. Agar jiwa yang kering dan gersang disiram dengan muhasabah, kembali kepada Allah :)

Beberapa hari yang lalu, saat diri dilanda kesedihan yang tak kunjung padam namun ana masih berjaya menyembunyikan hati yang murung dengan meraikan tetamu yang dimuliakan, Ramadhan. Alhamdulillah. Sedang berperang dengan hati dan nafsu, akhirnya Allah menggerakkan hati seorang sahabat bertanya soalan kepada ana.

"Apa dia yang dapat tapi tak dapat?"

Subhanallah. Sudahlah kepala berserabut dan hati berkecamuk, nampak benar jiwa terkontang-kanting, perlu muhasabah dan mujahadah. Kata ustaz, tazkiyyatun nafs itu tulang belakang kepada Islam. Sahabat meneruskan lagi...

"Saidina Ali, kalau berdoa dan doanya dimakbulkan maka Saidina Ali gembira 1x dan sedih 9x."

Ana termenung, itu bahasa jiwa manusia yang hebat! Saat doanya dikabulkan Allah, maka gembiranya tidak sebanyak kesedihannya. Allahuakbar. Mulianya hati insan bernama Ali karamallahu wajhah.

"Ini kerana, bagi Saidina Ali kalau dapat (doanya dimakbulkan) di dunia maka hanya di dunia sahaja. Kalau Allah tidak makbulkan di dunia, insya Allah ada ganjaran yang jauh lebih baik di akhirat kelak."

Subhanallah. Tanpa sedar, pipi donut ana dah basah. Allah sedang mentarbiyyah hati ini melalui perantaraan hamba Nya. Inilah bahasa Allah. Inilah cara dan kehendak Allah memujuk ana... Iya, ana yakin Allah sedang memujuk ana. Syukran ya Allah.

"Kenapa doa Saidina Ali selalu dimakbulkan Allah?"

(Maaf ana tidak menyertakan jawapan-jawapan ana kerana KESEMUA jawapan ana salah, huhuhu. Nampak betul saat itu akal tak mampu digerakkan apatah lagi dengan iman yang mungkin lebih nipis dari kulit bawang.)

"Kerana Saidina Ali mendidik hatinya ALLAH TIDAK PERNAH TIDAK MEMBERI."

Itulah secebis kisah peribadi Saidina Ali, insan yang Allah janjikan syurga Nya. Allah tidak pernah TIDAK memberi. Allah sentiasa memberi namun apabila kita tidak dapat apa yang kita hajatnya, mudah pula kita lupa akan nikmat-nikmat Allah. Atas setiap nikmat-nikmat Nya, atas setiap rahmat Nya dan atas setiap anugerah Nya... Maka, bersyukurlah kepada Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi.

Ana jadi reda dengan kisah yang 'mendidik' hati ni. Syukran sahabat kerana berkongsi ilmu yang ditadah dari bibir sang ulama', moga Allah merahmati Mu dan diberikan kefahaman yang mendalam mengenai Islam :)

Semalam, mata basah lagi dari ceritera lain tetapi hati ana terhibur dengan kiriman dari Perlembahan Nil. Sangat mencabar untuk membuka pembalut bungkusan, haih sabar je lah. Bila dah boleh buka bungkusan, ada 'permata' dari bumi ambiya' 2 buah buku yang memang best! Tengok sekali imbas, iya azamnya selepas khatam al-Quran baru nak baca. Hihihi, chayok! Chayok! Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lagi... (^_^)

Sedang memberikan motivasi kepada segumpal darah bernama hati, maka... seorang insan memberi nasihat yang sungguh buat hati ini termenung. Berfikir dan mencerna kata-kata, menghadam dengan hati yang sebenar-benar redha dengan percaturan Allah.

"Bila istikharah dan kita ditunjuk sesuatu selepas istikharah, tak semestinya jalan itu MUDAH. Mungkin ada ujian, demi menguji keyakinan kita tentang pilihan yang Allah tunjuk, adakah kita yakin dengan pilihan Nya atau sebaliknya. Wallahua'lam."


Entah kenapa, setitis demi setitis air mata jatuh ke pipi. Akhirnya terkedu lidah... Kalam disambung dengan motivasi kisah Uwais al-Qarni.

"Uwais al-Qarni ingin sangat berdamping dengan Rasulullah SAW sebagaimana sahabat-sahabat lain, meneguk ilmu dari baginda. Namun, dia 'diikat' oleh ibu. Tapi apa sebab sabda Baginda SAW? Jika kamu diberi peluang buatmu/terserempak dengan Uwais maka mintalah dia berdoa untukmu kerana doanya mustajab. Apa yang Babah nak bagitahu, "ilmu" yang paling agung ialah redha ibubapa."

Jazakallah Babah.

Inilah cebisan tarbiyyah dari Allah untuk ana, "Allah yang memberi ujian, biarlah Dia yang memujuk dengan cara dan kehendak Nya." Alhamdulillah.

TaZkiRah :

3 perkara untuk mengawal emosi:

[1] Apabila tidak mendapat kebaikan dari orang lain jangan pula kita menyusahkannya.
[2] Apabila tidak sudi menggembirakannya jangan pula membuatkan dia berdukacita.
[3] Apabila tidak mahu memuji jangan pula mencela dirinya

~ Yahya Bin Muaz al-Razi ~

Read more...

11 September 2009

Usaplah Air Matamu

Bismillahirrahmanirrahim.

Ramadhan berlalu, sudah sedikit masa yang berbaki untuk disempurnakan. Sejujurnya, sangat berat ujian sepanjang Ramadhan, lebih menyesakkan dada dari tahun yang lalu. Pelbagai peristiwa yang berlaku tetapi selagi masih mampu membuahkan senyum dan tawa, it is still undercontrol.

Saat insan-insan lain tidur dalam lena dibuai mimpi-mimpi indah, ana menghirup aroma kabus yang menebal. Ada warna warni di langit, walaupun bulan samar-samar di balik kabul yang tebal. Ada suara yang memujuk hati, ada kalam yang menenteramkan jiwa, ada sentuhan yang mendamaikan diri... Walaupun di sebalik setiap senyuman dan hamparan perhiasan, air mata tetap mengalir deras.

Tuhan, bantulah aku memahami segala yang berlaku dengan hati yang benar-benar tunduk pada aturan Mu. Bantulah aku menyelami segala yang terhidang dengan hati yang cinta kepada Mu... Ampunkanlah aku dalam setiap gerak geri yang melupakan kehadiran Mu, tanpa rasa gentar terhadap amaran-amaran Mu, gantikan aku hati yang lebih baik. Hati yang lebih lunak, lebih akrab dengan Mu...

Usaplah air matamu, dalam sujud dan ruku', dalam duduk dan berdiri, dalam lena atau sedar... Kerana engkau masih punya Allah untuk memujuk hatimu.

Read more...

09 September 2009

Jubah Buat Ibu

Bismillahirrahmanirrahim.

Bacalah dengan nama Allah, ana baca kisah ini dengan linangan air mata. Moga ia menjadi iktibar buat kita semua. Syukran jazilan ukhti Syifa' atas perkongsian kisah ini.

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu.

Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.

"Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau.
Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.

"Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.

"Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!"

Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu... sakit.... maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.... Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.

"Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi.

Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.

"Bu... ampunkan Along bu... bukan Along yang mulakan... bukan Along..... bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.

Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini.

Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.

Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya.. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu.
Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya.

Along sayang pada ibu.

Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi.
Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu... Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka...

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan.

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu.
Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.

"Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?"

"Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut.

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.

'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along.

"Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur.

Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.

"Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la.
Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?".

Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

"Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu.

"Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.

Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

"Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu.

Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.

'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri.

Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.

"La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz..

"Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula.

"Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur.

"waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.

"Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya.

"Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan.

Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.." Kata Fariz .

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

"Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?",

soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi.

Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

"Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

"Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam.

Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan.
Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah,adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.

Along mendiamkan diri.. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu
tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja..

"Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang,adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan pemikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat.

Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.

"Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.

"Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan.

"Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu.

Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga.

Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak....ataupun impian ker...?"

Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.

" Ada " jawab Along pendek

"Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku....atau...."

Along menggeleng-gelengkan kepala.

"semua tak... Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya.

Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

" Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan....saya....saya nak jadi anak yang soleh!".

Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.

"Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.

Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak

"Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi

"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe.
Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang.

Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu.. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.

" Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

"Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?"

"Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.

"Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah."

"Zam..kau ni....."

"Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!",
pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

"No problem....tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu.

"Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia", terang Along.

"Abang Joe mana ni?"

"Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar.

Fariz mengangguk .

"Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"

"Hari ni la..." balas Along..

"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?"

"Bukan, minggu depan..."

"Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi.

"Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.
Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.

Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya.

Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu.
Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.

Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita.
Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya.

Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

"Ha..hadiah....untuk.....ibu.........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.

Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat,
terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini......UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium.

Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.

"Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan.

"Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang... walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi.

Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO