"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

02 April 2011

Mujahadah Tidak Mudah

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesekali menyelak kembali coretan-coretan yang dikirimkan oleh teman-teman yang sudah beberapa tahun tersimpan, sekadar mengingati memori semalam yang terasa masih segar lagi di benak fikiran. Ada pelbagai rasa yang menyinggah, terkadang mengugah emosi yang rapuh. Namun, air mata haru dan sayu dipinggirkan kerana dalam perjuangan pasti ada cabaran.

Beberapa hari sebelum menikah, sambil mengemas barang-barang lama terjumpa kotak simpanan yang menyimpan banyak warkah-warkah dari kekanda Syifa' Mardiyyah dan juga kekanda Amiera Salmi. Warkah yang tersimpan kemas, masih berlipat dan bagaikan semalam ia tercatit di lembaran putih tersebut. Sambil membaca, mengimbau kenangan dan mengingatkan kembali apa yang pernah dilakarkan, air mata merembes laju lalu pada jendela yang dikuak luas... Pandang pada langit yang gelap, ada bebintang yang menyinar di hujung seakan memberi sinar pada hati yang rawan.

Selepas berkahwin, ana masih menjadi 'adik manja' kepada kekanda Syifa' Mardiyyah dan selalu menjadi 'adik manja' kepadanya. Tambahan pula, beliau sudah katakan walaupun ana bercicit sekalipun ana tetap menjadi 'adik manja' untuknya. Kami masih bertemu, berkasih-sayang dan bersilaturrahim meskipun status ana sudah menjadi isteri orang. Jarak tidak menjadi pemisah, perubahan status tidak menjadi pemutus kasih sayang kami. Terima kasih ya Allah.

Mungkin, segelintir orang berpendapat apabila menjengah ke alam rumahtangga maka kehidupan sebagai seorang sahabat perlu 'ditamatkan' kerana keperluan utama adalah suami. Lama menyorot dan meneliti, namun encik zauj banyak menjadi penghujung kepada tali ukhuwwah antara ana dan sahabat-sahabat. Bahkan, sesekali encik zauj pula yang mengajak untuk menziarahi sahabat-sahabat ana.

Apabila sahabat (muslimah) bertandang ke rumah, jarang encik zauj mengambil tahu apa yang kami lakukan. Beliau memberi kebebasan mutlak untuk berbuat apa, memberi peluang kepada kami untuk memiliki privasi. Teringat semasa Ramadhan lalu, saat kekanda Syifa' bertandang ke rumah, encik zauj mempelawa beliau bermalam di rumah namun atas sebab tertentu kekanda Syifa' perlu pulang ke rumah abangnya. Dan, seharian bersama kekanda Syifa'... Zauj 'membawa diri' duduk di surau bersama dengan anak muridnya untuk memberi peluang kepada kami berceloteh.

Semasa fatrah pening lalat dan tidak berselera untuk makan, kekanda Syifa' datang menemani... Walau hanya sepetang, namun terasa bagaikan memenuhi lompong-lompong hati yang terluka. Juadah tengah hari yang begitu sederhana, zauj menyepikan diri di ruangan peribadi untuk memberi keselesaan kepada kekanda Syifa'.

Sesekali, mengikuti encik zauj ke kampus UKM selalu beliau menawarkan untuk menjemput seorang sahabat yang comel dan memberi kebebasan untuk bertemu dengan teman-teman.

"Nanti, dah kahwin mesti tak ingat akak lagi..."

Entahlah, ingatan tak pernah luntur pada sahabat-sahabat cuma perlu bijak dalam meletakkan keutamaan dalam persahabatan. Keutamaan sebagai seorang isteri adalah suami, apabila suami memberi keizinan maka ana bersenang lenang untuk bertemu dengan sahabat-sahabat. Bahkan, suami yang selalu bertanya... "Cuba tanya Aisyah ada di rumah tak, kalau ada jom la kita pergi ziarah." Allah, kadang-kadang sebak juga dibuatnya bila encik zauj cakap begitu. Seakan dapat mentadbir apa yang tersirat di hati ana.

Semalam, seorang kakak yang orang sangkakan kami adik beradik kerana ada iras... menghantar satu mesej yang begitu tersentuh. Ya Hayyu ya Qayyum, peliharalah ukhuwwah kami dan jadikanlah kami orang yang saling berkasih sayang kerana Mu, amiin. "Moga kita jadi kakak-adik (lain mak lain ayah) sampai bila-bila"

Setelah seharian tidur di rumah akibat sakit belakang di awal peringkat kehamilan, akhirnya meminta izin untuk mengikut encik zauj ke surau belakang rumah. Bukan sekadar menadah ilmu di dalam kuliah yang disampaikan tetapi untuk mengecas semangat dan juga mengelakkan diri dari terus tidur. Zauji memimpin tangan perlahan-lahan, pulangnya dari surau ada jiran-jiran (juga sahabat ummi) turut berjalan seiringan dengan ana.

"Ya Allah, beruntung kamu dapat suami macam tu. Yelah, suami faham keadaan kamu. Kalau lelaki lain, entah dimaki hamun kamu."

Terdiam. Dalam diam yang terdiam, sebenarnya menahan diri dari mahu menangis.

"Yelah, bersyukur dapat suami macam tu."

Diam. Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi.

Semalam, dalam menahan batuk yang menjadi-jadi di waktu malam. Dari posisi baring terus bangun untuk duduk untuk meredakan batuk. Kemudian, terbatuk-batuk sehingga tersembur isi perut. Dan... dengan tidak sengajanya muntah terpercik atas zauji di sebelah. Lari masuk ke tandas, zauji ikut dari belakang.

Habis keluar apa yang dimakan waktu malam, kepenatan. Sangkaan ana sudah selesai, rupanya ada lagi isi yang mahu keluar. Akhirnya 3 kali pusingan muntah, baru selesai sehingga tiada apa lagi yang boleh dikeluarkan. Kejang sungguh perut apabila muntah & batuk berselang seli. Waktu tengah malam, disaat orang lain enak dibuai tidur... Zauj terpaksa menguruskan ana.

Bila zauj bersihkan tandas selepas ana keluar tandas, jalan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik dan lap sisa muntah di atas lantai.

Dahulu, bila orang katakan "Untung siapa yang dapat Insyirah" ana terfikir untungnya di mana? Sekarang, ana berfikir kalau memilih suami hanya kerana nafsu tidak mustahil suami akan menghadiahkan sepakan percuma pada ana bila mengganggu lenanya di waktu malam bahkan memberikan buah tangan muntah di atas badannya.

Ya Allah, mujahadah itu tidak mudah. Didiklah hati kami untuk tenang dalam mujahadah kami... Bantulah kami dalam mendidik nafsu kami.

Terima kasih ya Allah atas segala yang Engkau pinjamkan untukku.

* Bahagia bukan ada di hujung jalan, bahagia ada di sepanjang jalan *


Suamiku,
Moga Allah mengikat hati kita untuk kekal mengemis cintanya sehingga akhir hayat, moga dikaulah suamiku di dunia dan akhirat.

Abi,
Terima kasih kerana mewalikan pernikahan anakanda dengan lelaki yang soleh pilihan Allah ini. Redha abi penawar segala sulit yang menemani kami.

Ummi,
Terima kasih kerana merestui pernikahan anakanda dengan lelaki yang soleh pilihan Allah ini. Iringilah kebahagiaan anakanda dalam doa ummi.


Rindu pada Aisyah... :(

Insyirah Soleha.

8 leaves:

fArhAnA 2 April 2011 at 18:13  

subhanallah. moga Allah sentiasa membantu akak dan zauj sampai ke akhirnya insyaallah :)

Perindu Ilahi 2 April 2011 at 20:34  

Salam. Syukur alhamdulillah, beruntungnya adik insyirah dapat suami yang soleh. Allah memberi yang terbaik untuk adik kerana sudah lama dalam keadaan duka. Suami yang soleh hanya untuk wanita yang solehah seperti adik Insyirah. Semoga bahagia dunia & akhirat..=))

Unknown 2 April 2011 at 20:57  

Ya-Allah, moga MR juga mendapt suami pilihan Allah seperti Insyirah,,


Moga Insyirah terus bersabar menjalani liku liku hidup,,,

Dato' Zabran Bin Haider 2 April 2011 at 21:23  

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Man Jadda wajada...

Teruskan perjuangan dan semoga Allah SWT merahmati Insyirah Soleha dan Suami.


Betapa penulisan blog Insyirah Soleha ini banyak memberi kesedaran.. InsyaAllah

Jazzakallah Khairan Kathira


Zabran Haider a.k.a Dato' Zet

mamawana 3 April 2011 at 15:33  

Assala,

Pertama kali visit sini, semoga bahagia selalu.

Hafriz Mohamad 5 April 2011 at 12:13  

~_~ huhu.. dpt ke x jd zauj yg baik pd zaujah nt..huhu

sy doakan.. smoga Akak dan Zauj bhgia sntiasa.. Barakallahulakuma..
InsyaAllah. ^_^

dCb 5 April 2011 at 15:39  

-- terharu. subhanallah,, moga kalian kekal sampai syurga..

Che Cha 8 April 2011 at 00:16  

Alhamdulillah =) saya doakan semoga En. Zauji menjaga dan mendidik Insyirah dengan penuh kasih sayang. =)

Saya pun berdoa agar dapat bakal suami yang dapat jadi imam untuk saya. =D

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO