"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

29 January 2010

Tarbiyyah Madrasah Mujahadah

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana mohon kemaafan dari sahabat sekalian kiranya kata-kata ana di bawah ini yang lebih kepada luahan peribadi tidak layak ditatap secara umum, bukan mahu memuntahkan emosi, tidak juga mahu menjaja cerita. Sekadar berkongsi rasa, bagi yang tidak suka ana pinta usahlah terus membaca.

Di beberapa ketika ini, kesihatan masih belum sihat sepenuhnya. Masih selalu demam (on off). Tadi, ana terjumpa kalam Srikandi Umar dalam blognya.

Ukhtiku,

Dalam riak wajahmu ada pancaran dakwah

Dalam tutur bicaramu ada gema tarbiah

Dalam gerak langkahmu ada semangat mujahadah

Kita tinggalkan wajah yang layu, bicara pilu,

kita kuburkan langkah yang lesu

Ukhtiku,

Bangkitlah berjuang

Tatkala yang hak mendabik megah

dan kebatilan akur menyembah

ALLAH tahu bahawa kita pernah bersama

Menyeka peluh dan air mata demi Islam tercinta

Moga sinar Islam sentiasa terangi hidupmu

Uhibbuki fiLLAH, ya ukhti!:-)

Pada saat ini berputar, seputar kenangan lalu menerjah ruang fikiran. Lalu, diusap lembut hati dengan kalam tasawuf yang sangat berkuasa dalam memujuk relung hati yang gundah gulana.

"ALLAH beri ujian biarlah DIA memujuk dengan cara dan kehendak NYA."

Akhirnya, satu per satu juga terungkai simpulan hati yang tertanam. Kepada ukhti juga ana curahkan secebis rasa yang terpendam, susah sungguh untuk menzahirkan rasa di hati, tersimpan kukuh jauh di dasar. Bimbang kelemasan untuk terus menyelami rahsia hati. Allahuakbar. Namun, sedikit luahan yang sungguh panjang itu ada syifa'nya.

".... bukan semua orang melalui apa yang adek lalui, untuk pertama kalinya kesyukuran harus dipanjatkan jika ini caranya Dia mentarbiyyah adek dalam madrasah mujahadah. Bersangka baiklah dengan-Nya. Jangan menghukum diri dengan memikirkan apa yang tidak sepatutnya..."

Melihat segumpal yang bernama hati, ada ripuh yang bergelora, ada air mata yang mengiringi. Susah sangatkah nak menyebutnya? Bukan susah cuma tidak mudah untuk menyebutnya, banyak hati yang harus dijaga dan ditatang. Banyak perasaan yang perlu diambil kira, tapi perasaan ana sendiri harus dilayan begini kah? T_T

Ana tidak berapa ambil peduli sangat dengan sekeliling yang seakan-akan terumbang-ambing kerana ana rasa dunia kecil ana masih aman. Alhamdulillah. Allah ada untuk menjaga dan memelihara ana, Allah ada untuk damaikan sekeping hati yang berduka. Bukan berduka dengan keadaan tetapi berduka dengan cara ana dilayan. Huwaaa...

"... akak mengharapkan ketenangan dan kekuatan mengiringi perjalanan hidup adek. moga dengan ujian ini iman kita lebih mantap dan keakraban kita dengan-Nya makin kukuh. jangan direnungi ujian @ dugaan yang sedikit hingga kita melupakan nikmat yang telah banyak kita kecapi. bersyukurlah di saat insan lain kurang kasih sayang adek mendapat nikmat kasih sayang yang tidak terhingga...moga itu menjadi inspirasi untuk adek terus tabah..."

Subhanallah, semoga Allah mewariskan kelazatan iman yang berpanjangan buat yang tersayang. Ujian yang hadir terlalu kecil, tersangat kecil kalau dibandingkan dengan segala nikmat yang hadir. Benar.

Teringat akan ungkapan seorang teman saat membelai hati dan emosi untuk gagah melangkah sebelum menjalani terapi.

"Kalau jasad tak tahan sakit, terbangkan roh kepada ALLAH. Biar jasad menanggung sakit tapi roh hangat dalam pelukan RABB."

Sebenarnya, ujian atas kesakitan jauh lebih mudah dan kecil berbanding ujian atas nikmat kesihatan dan harus kita sama-sama saling mengingatkan, bahawa semuanya adalah pinjaman sementara dari Allah. Semuanya milik Allah, sesekali Dia tarik seketika adalah untuk mengingatkan kita supaya lebih menghargai nikmat yang dipinjamkan. Sesuatu itu menjadi SANGAT BERHARGA bila jauh dari kita. Sesuatu itu menjadi bermakna apabila ia bukan lagi menjadi milik kita.

Hargai apa yang menjadi milik kita dan usahlah berkeluh kesah dengan apa yang tak mampu kita miliki kerana Allah sentiasa punya cara untuk mentarbiyyah hamba-hamba Nya. Apabila sesuatu itu kita miliki, maka hargailah ia sebaiknya dan usahlah menangisi kehilangannya. Mungkin kita tidak menghargai 'keberadaannya' semasa ia menjadi milik kita dan Allah menarik kembali pinjaman Nya itu dan diberikan kepada yang lebih menghargai, insya Allah setelah perbaiki diri dan muhasabah kembali atas setiap yang terjadi... Berhijrahlah menuju jalan yang diredhai Allah agar digantikan yang lebih baik untuk kita atas kehilangan tersebut.

Ana bercakap bukan memujuk kamu, kamu atau kamu... Tapi, ana mengingatkan sekeping qalbi yang sering terlupa menghargai sesuatu yang menjadi milik ana. Ana terkadang bimbangkan sesuatu yang luar bidang kuasa ana lalu ana terlupa kehadiran barang-barang pinjaman Allah, allahuakbar. Hanya seorang hamba Allah yang tersangat mudah lupa dan alpa. Ingat-ingatkan diri dan hati ini akan hari Akhir semoga bisa ku lepaskan segala pinjaman Nya yang sementara.

Saat melayan celoteh, terlayar satu email yang menghentikan senyuman ana. Galak mengusik orang, akhirnya tanzir itu melupakan segala keceriaan. Padang Mahsyar... Destinasi untuk sama-sama kita teduhi sebelum melangkah ke Rumah Abadi. Allahuakbar. Mata melirik kemas pada satu gambar yang bertakhta di hati. Berlatarbelakangkan warna merah hati, ana tersenyum sendiri.


"Ya Allah, aku serahkan mereka dalam jagaan Mu kerana Engkaulah sebaik-baik Penjaga..."

Ayuh, bangkitlah saudariku sayang...
Ayuh, sedarlah saudariku sayang...
Semua ini tarbiyyah dalam madrasah mujahadah.

Teringat sesuatu yang berlaku di bulan Ramadhan yang lalu, kata-kata teman yang bergema di ruangan hati.

"... Insya Allah, apa yang didengar itu adalah sesuatu yang baik. Mujahadahlah."

Apa harus ku tangiskan anugerah ini? ^_~

Selayaknya jawapan ku ialah "tidak" namun, tidak mampu menidakkan kerana setiap air mata tidak semestinya rawan duka tetapi air mata bahagia dan gembira dalam dakapan dan belaian rahmat Tuhan Yang Esa. Alhamdulillah.

Pesan sahabat dalam mesej ringkasnya... "Nak jadi srikandi kena tabah!"

Buat Insyirah, sahabat mu berpesan : sentiasa jaga dan sucikan hati

Ayuh, mujahadahlah!

Read more...

Dialog

Bismillahirrahmanirrahim.


Dialog 1

Insyirah : Akak rasa, akak rindu syirah tak?
Akak : Syirah rasa akak rindu syirah ke?
Insyirah : Wallahua'lam, rasanya rindu.
Akak : Tak la, syirah perasan je. Mana ada akak rindu.
Insyirah : Ye, syirah tahu. Syirah yang rindu akak...
Akak : Ala, merajuk la tuh.
Insyirah : Tak la kak, syirah dah tua. Tak leh merajuk.
Akak : Bukan tua la sayang, dah berusia kena matang.
Insyirah : Matang ke, berusia ke sama je maksudnya TUA.
Akak : Habis tu, nak cakap akak LEBIH tua ke dik?
Insyirah : Alhamdulillah, faham pun.

Hoh! Tolong la syirah jangan ngusik orang... ^_^

Dialog 2

Insyirah : Syukran atas ingatannya ya.
Sahabat : La syukran. Biasa je.
Insyirah : Syukran untuk kata-kata yang diberikan. Haritu ana copy dan letakkan dalam blog dan link pada tuan blog, tapi ana bimbang tanggapan orang terus ana delete.

Sahabat : Memang semakin tua, maksud ana semakin matang kena lebih rasional. Kena fikir baik buruk sesuatu.

Insyirah : Iya, dunia hujung jari, sepantas itu juga berita tersebar sama ada fitnah mahupun sesuatu yang sahih.

Alhamdulillah, dalam mencari-cari, akhirnya Allah temukan satu keyword untuk ana muhasabah kembali. "Semakin matang semakin rasional"

Dialog 3

Akak : Dik, show picture lepas terapi. Nak tinguk!
Insyirah : Jap ye kak... Nah, ni semua gambar semasa berusia 20 tahun.
Akak : Echeh! Birthday girl la konon.
Insyirah : Akak nak jeles napa pula ni.
Akak : Ala... Nak tengok muka syirah.
Insyirah : Tak leh, comel sangat sekarang ni.
Akak : Capture la dik, akak tunggu.
Insyirah : Tadaaaa...!
Akak : Huh, pucat seh! Ni gambar bila.
Insyirah : Lorh, tadi akak suh ambil gambar sekarang. Ni gambar sekarang la.
Akak : Few minutes ago?
Insyirah : Ye kak. Comel sangat kan?
Akak : Pucat.

Kemudian, mencari cara untuk memerahkan muka. Tak nak la ana mewarna muka dengan poster colour apatah lagi magic colour mahupun pencil colour, nak letak pemerah pipi pun tak pernah tahu dan tak pernah ada menda alah tu. Aih... Jap la keluar duduk bawah matahari, few seconds terasa kepala sudah denyut-denyut. Pengsan di luar naya je. Masuk rumah semula... Tengok cermin, ala tak merah pun muka.

Harus bagaimana untuk memerahkan muka yang pucat? Ambil vacum je la, vacum carpet! Hehehe, senaman la juga tu. Few minutes, terasa tercungap-cungap je. Kamon la syirah, vacum carpet pun semput ke, adeh.. Macam keropok goreng je, rapuh! Tapi rangup apa, enak dimakan begitu saja. Kih kih kih! Rehat sejenak sambil kacau Cikgu Azmah. Ngeee...

Sambung vacum carpet, lalalala... Eh, tinguk cermin dulu. Ala, napa pucat juga. Lama-lama malas dah ambil 'pot' nak merahkan muka. Malam menjelma, nak makan nasi ke tak nak. Nak ke tak nak. Makan la sikit... Lepas makan, chakkk! Ha... merah pun. Patut la, tak makan. Kui kui kui. Pening kepala je buat itu ini nak merahkan muka, rupanya sebab tak makan nasi. Bukan tak nak makan nasi, nasi yang tak nak masuk mulut nak buat camne.

Dialog 4

Akak : Dik... Dik, orang makan nasi. Syirah makan apa?
Insyirah : Makan orang, lalalalaaaaa...
Akak : Syirah makan beras gaknya, tu yang pucat.
Insyirah : Tak la kak, Syirah makan padi...

Lalalala... Dah lama ana tak merapu kan? Mungkin keberkatan hari Jumaat ni, perlu merapu sikit untuk menurunkan suhu badan. Kenapa demam tak kebah-kebah? Sebab syirah berhenti merapu. Bila merapu nanti dia sihat la... Hihihi.

Sorry sahabat-sahabat, nothing to say... Just wanna say, I AM SORRY. (",)

Oh ya, ana ada 'kenangan' yang tersirat di sebalik video ni, semoga sahabat yang lain mendapat manfaat darinya. Subhanallah, semasa berkongsi video ini dengan seseorang, mendengar ceritanya buat ana speechless. Subhanallah. Allahuakbar. Pesan ana, guna head/ear phone dan kuatkan sedikit volume untuk audio yang lebih jelas. Klik --> Ismail Ali Al-Nouri.

Oh ya, nak tolong promot satu entry ~ Mawar Ku ~ ni besh tau, sila-sila la baca bagi yang tercari-cari mawar mahupun sudah memiliki mawar, atau juga kepada mawar-mawar sekalian. Selamat membaca. ^_~

Satu lagi... Babah sudah mula menulis cerpen (ke novel ke apa tah... nak kata cerpen, panjang semacam. Novel? Wallahua'lam). Apapun, semoga mendapat manfaat darinya.

Read more...

24 January 2010

Misi Hibernate

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah. Bagi yang setia dengan blog .:: HaRuMaN MaWaR ::. jazakumullah khairan ana ucapkan. Ramai yang menegur ghaibnya shout box pink yang berada di sisi kanan blog. Sengaja ana remove buat seketika mengikut suasana, kalau perlu ana tidak akan memasukkannya lagi atas sebab-sebab tertentu. Lalalala...

Alhamdulillah. Semalam (Sabtu - 23 Januari 2010) ana sudah melakukan terapi. Sharing is caring, ahaks! Nak kongsi sikit-sikit je, part yang lawak untuk gelak terguling-guling je. Pertama, ana pesakit pertama yang sampai, wah bangganya! Bila semua ahli terapi dah bersedia, panggil ana masuk bilik rawatan.

Bila mereka melihat IC, mereka semua cakap... "Eh, esok birthday dia la. Jom kita bagi 'hadiah'." Gurlp, rasa macam nak cabut lari je. Kus semangat, huhu. Bila dah ready, memejam mata dengan rapat, membayangkan sedang menikmati secawan teh panas di kaki gunung di tepi ladang teh sambil memotong scone lalu menyapu dengan jem strawberry lalu buka mulut perlahan-lahan, ngap ngap ngap... Aduh, sakitnya. Gurlp, failed da... Sambung berangan yang lain pula.

Ok, ok... Bayangkan sedang tawaf di baitullah kemudian bersaie, tahallul, minum zam-zam, solat di dalam masjidil haram... Lalalala... Ouch! Sakittttt... Buka mata. Masya Allah, terkujat je. 6 orang tuh! Dah la macam 'menyerah diri' untuk dibelasah je. Hohoho... Menci betul la. Buat la sikit-sikit, kalau dah 6 orang sekaligus tak tahu nak tahan sakit yang mana dulu. Wawawa...

1. Spinal cord
2. Tulang belakang
3. Kaki kiri
4. Kaki kanan
5. Bahu kiri
6. Kepala

KuSsss! Ingatkan 2-3 orang je macam selalu.

"Eh, muka dia dah tak tahan sakit sangat la... Sian la aku tengok."

"Eh, tak boleh kesian nanti macammana dia nak sihat."

"Eh, dia dah nak nangis la..."

"Dik... mana yang paling sakit?"

Boleh pula dia tanya? Allah, kelu lidah nak jawab apa-apa.

"Ops... Dia dah sakit sangat tak boleh nak cakap apa-apa. Kita buat love-love ye..."

Rasa macam nak jerit panggil ummi je, adeh la. Sakit semuanya one shot, itu pun ada orang cakap 1 jam 30 minit tu SEKEJAP AJE??? Ini yang menanggungnya rasa macam berpuluh jam je, uhuks. Tapi, demi pengorbanan ummi dan abi, ku teruskan juga. Sabar ye Syira, sabar... Huhu.

Selesai je 'dibelasah' seenaknya oleh 6 terapist tersebut, makcik yang selalu buat terapi tu datang. Check apa yang patut. Jangan sesiapa berani nak sentuh bahu ana, kena slap free je satgi. Huhu.

"Vacuum sat bahu dia ni, bengkak sangat ni."

"Kita buat spinal cord dengan back bone dulu."

Toink! Toink! Rasa macam nak menjerit je, alhamdulillah tulang belakang yang berbentuk 'S' sudah tidak berapa ketara lagi. Alhamdulillah. Alhamdulillah... Cuma bengkok sikit belum 'dibetulkan' sebab ana dah lembik. Nangis tak tahu berapa kali, lalalalalaaaaaa.

"Ambil touch light sat, nak tengok mata dia..."

"Kamu ni pikir apa banyak sangat? Kamu understress teruk ni, tengok mata kamu besar sangat ni."

Erk, mata ana besar? Setahu ana, mata ana comel je... Kui kui kui.

"Muka dia tak macam orang ada masalah pun..."

"Dia ni kuat memendam, tengok mata dia. Orang kata dari muka dah leh tahu masalah ke tidak tapi dia ni kuat memendam, tengok anak mata dia. Ni mata pun bengkak..."

Ngeh ngeh ngeh. Tak pasal dorang duk 'irab mata ana dalam bilik rawatan.

Macammana tak bengkak, dah 6 orang 'belasah' hidup-hidup, nangis lah... Takkan nak ketawa tergolek-golek laks! Lalalala...

Balik terus rehatkan badan, tempat yang kena vacuum semuanya lebam :)
Malamnya Mak Ngah dan Mak Teh ajak makan steak. Hihihi... Lalalala...

Happy Birthday Insyirah Comey :D
Happy 20th Birthday...

Hadiah paling besh --> Demam.

Awat la ana stress sangat? Mungkinkah kerana mesej-mesej itu? Hoh! Mungkinkah? Mungkinkah? Mungkin agaknya... Hanya Tuhan yang tahu ^_~

p.s: Tata... Hibernate sekejap till sihat. Take care of imaan :)

Read more...

22 January 2010

Comelkan Saya? ^_~


Semalam, Adik tanya gambar apa yang sedang dilihat hingga kakaknya tersenyum lalu tergelak sendirian melihat screen komputer lalu berkata. 'Comelnya... Rasa nak peluk je.'

Hati kecil ana lalu berkata "Mana boleh peluk, kalau duduk dalam pelukan makhluk ini jawabnya kemudian saya 'menikah' segera dengan 'tunang' saya..." --> kukunya sangat tajam!

Dan sebenarnya, geram sangat bila tengok gambar-gambar beruang. Dan sebenarnya, baru semalam tahu beruang ada banyak jenis. (Beruang Panda, Beruang Kutub, Beruang Koala, Beruang Matahari dan ada juga Beruang Madu)

Tapi, yang paling ana suka ialah beruang panda, comel... Macam ana :D

Badan dia tembam sangat (ana tak la sampai macam tu) dan paling besh sebab bulu dia banyak. Buat selimut di musim shita tu sangat besh kan? Aduh, Kak Ida cakap salji nak turun dah di Jordan tapi masih malu-malu. Kalau boleh main salji, hari-hari nak guling atas salji. Hehehe.


Ini beruang kutub. Tengok badannya yang solid dan bulunya yang sangat tebal, di bawah bulunya yang tebal tu ada lapisan lemak yang tebal untuk memanaskan badannya. Bayangkan kalau kita manusia pakai baju berlapis-lapis semasa shita (winter), beruang kutub langsung tidak berbaju kerana Allah menciptanya sebegitu. Sesuai dengan kedudukannya yang berada di tempat bersalji. Subhanallah.

Bila tengok gambar beruang kutub yang dua ekor ni, terus teringatkan baby Insyirah (bukan anak ana, haih nanti lain pula pemahaman kalian tapi baby tu namanya Insyirah) yang sangat comel dan tembam, bila bungkus baby Insyirah dalam selimut, rasa macam anak patung pula. Hehehehe.


Ini pula beruang koala, comel sangat. Kecil dan jinak je... Insya Allah yang ini boleh peluk, hehehe. Koala ni kalau tak salah ana, banyak di Australia. Wallahua'lam. Nampak sekali macam doll je kan, subhanallah. Comel. Geram... Sangat-sangat-sangat ^_~

Binatang pun tahu untuk meluahkan kasih sayang, inikan kita sesama manusia. Ada akal, ada iman... UMMI, ABI... Syirah sayangggg bangat sama kalian.

Read more...

Meniti Jalan Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah. Ana 'jumpa' ramai sahabat-sahabat lama semasa sekolah dulu dalam Facebook. Macammana boleh terjebak ni? Awalnya buat tak layan bila ada sahabat yang invite, tapi bila kaum keluarga masing-masing buka Facebook dan ana yang nak nyibuks tengok gambar, buka juga la Facebook. Awalnya invite sodiqi hakiki sahaja, supaya niat asal tak lari :p Bila dah jumpa kawan-kawan sekelas, masya Allah punya la ramai!

"Ha... syirahhhhh! Tahu tak, baru je kite sembang dengan Ekin cari syirah tak jumpe-jumpe dalam FB ni tau! Sekali muncul juga akhirnya."

"Syirah, eiii... ko hilang pegi mana? Sapa sebelah ko tuh?"

"Eh syirah, tu husband kamu ye? Kahwin senyap-senyap ye?"

"Sorry, susah sangat nak ku akui tapi terpaksa cakap yang I really miss you... Lama sangat cari, sekali you muncul... Terkejut I."

"Syirah sekarang dah sihat ke?"

Dan berpuluh lagi reaksi yang tak perlu ana masukkan semuanya dalam ni.

"Cuba tengok betul-betul. Itu kan Aiman, Aiman dah form 4 la..." -jawabku sebab mereka menyangka aiman tu zauji. Hahaha.

"Eh, Aiman dah besar la. Muka dah matang... Patut la kite tak kenal." -respon paling lawak.

"Kalau bukan Aiman, ingat itu pakwe ke? Huhu, elergik la dengan istilah pakwe." -mula merapu.

"Eh, tak la. Ingatkan dah kawin senyap-senyap..."

"Ye la, syirah dah 'bertunang'!" -provok! kui kui kui

"Wei syirah, slumbe kamu tulis macam tu dalam blog! Ingatkan kamu bertunang dengan human, hishhhh always like dat. Dari dulu sampai sekarang."

Allah... Akhir sekali ketemu mereka hujung tahun 2006 sebelum SPM. Oleh kerana ana ambil SPM sebulan di hospital sambil disscussion minta jawapan biologi pada doktor, suh makcik cleaner buatkan esei, suh pakcik tukang kebun jawab soalan fizik dan minta makcik kantin selesaikan paper kimia. Huhu, tidak lah ana exam di sekolah. Dan last, jumpa kawan-kawan sekelas masa mereka buat rombongan ziarah ana di hospital masa ada break paper dalam tempoh SPM.

Kini, 2010. Banyak yang sudah berubah, banyak sangat kisah yang nak dikongsikan. Ana senyum sendiri.

"Bagi la gambar, nak tinguk...!"

Ana hantar secara privasi.

"Eh, kenapa tak berubah je ni. Tak kurus, tapi tak gemuk."

Baru ana perasan, sahabiah ana dah 'membesar'. Hihi, transformasi.

Banyak request yang tidak approve, kalau kamu antara rakan sekelas yang lama. Silalah hantarkan mesej untuk perkenalkan diri sebelum ana 'deny'. Satu bonus, yaa... Sudah kenali wajah Cik Santun. Hihihihi...

Masing-masing mahu meletakkan status mereka 'in a relationship' with bla bla bla...

"Eh, ni pakwe kite. Nama dia bla bla bla.."

Gurlp! Kan sedap kalau dikenalkan sebagai... "Ini suami kiteee.." Ehhh, bukan KITA tapi SAYA, tak mau la ana kongsi suami dengan dorang. Huhuhuhuhuhu *_*

Ana yang letak status 'single' dikatakan kahwin senyap-senyap, caption gambar ditukar... "ini pengapit saya, encek aiman (adik laki seibu sebapa)". Bukannya bahasa sastera, guna bahasa melayu rojak je pun. Adoi la.

"Nanti kahwin jemput kite tau, eh... si polan tu sihat ke... yang si polan tu pula... bla bla bla..."

Kenapa mesti dikaitkan dengan kahwin? Apakah semasa sekolah dulu memang ana ni 'spesis' yang dah ke tahap wajib kahwin? Adoi la...

"Ha, apa ni cakap pasal kahwin, dah gatal nak kahwin ke?" (tiba-tiba je la hai... nak gak kene ngan ana nih!)

"Eh, orang yang kahwin memang semuanya gatal ek?" <-- amik, soalan tak leh blah. Last, terkekek-kekek je hamba Allah yang buat kenyataan 'kahwin=gatal'. Pelik lorh! Ingat makin tua makin matang, tapi ku lihat masing-masing nak jadi budak.

Bila diamati, haruskah ana tersenyum sendiri dan membawa diri semula, menyepikan diri dari kawan-kawan sekelas. Bila fikirkan semula, haruskah pergi ke daerah sepi menyiapkan diri menemui Kekasih yang menanti. Akhirnya, diamkan sejenak dan teringat ada e-mail yang nak ditaipkan, 'warkah buat penculik'... Oh kejam sekali tajuknya. ^_~

Memilih meniti jalan bahagia, esok (Sabtu) adalah hari bahagia... Melakukan terapi. Yey! Positif. Dah makan kek hampir nak habis, kalau tak positif tu saja je la. Agaknya kena beli kek lain pula la untuk tambah power aura positif :D

Di sini selalu hujan, terima kasih ya Allah :)

Siru 'ala barakatillah.

Read more...

19 January 2010

Saya Sudah Bertunang


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti

Read more...

18 January 2010

Menghitung Hari


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sudah banyak pekerjaan diselesaikan dan menghitung 5 hari lagi. Maaf, aktiviti YM dihentikan buat sementara waktu. SMS juga sudah banyak berkurangan, maaf banyak soalan tidak dijawab (tunggu kumpul soalan banyak-banyak, jawab sekaligus) dan ana mahu maksimakan baki 5 hari dengan baik. Insya Allah. Sudah banyak kali menangguh, sudah lama tertangguh akhirnya memilih tarikh 5 hari lagi.

Nervous.
Excited.
Afraid. (seriously!)

5 hari lagi (hari Sabtu) ana akan berhibernate, memulakan rawatan terapi yang sudah lama ditangguhkan. Alhamdulillah, perancangan asal minggu lepas (16 Januari) mahu melakukan terapi tetapi fully booked, maka hari Sabtu nanti pada 23 Januari insya Allah proses terapi akan dimulakan.

Ana tidak tahu apa natijahnya selepas terapi. Mungkin depress, stress, malas nak cakap, malas nak makan, malas nak bergerak dan semuanya malas. Boleh jadi juga ana malas nak buat apa-apa. Atau ia berlaku sebaliknya, ceria, gembira, tersenyum, kelakar dan rajin serba-serbi. Semuanya 'mungkin'. Tiada kepastian tetapi yang pastinya makcik terapi tu dah rindu ana. :p

Sebenarnya, ana masih dibayangi igauan ngeri semasa proses melakukan terapi. Hehe, awal bulan abi suruh buat appoinment, ana tersenyum lebar... Senyum minta simpati untuk ditangguhkan seketika, bagi menyediakan fizikal dan mental. Proses terapi yang sungguh menyeronokkan, semoga apa juga yang bakal dialami akan dihadapi dengan tenang dan sabar. Kiranya ia memeritkan, moga Allah berikan kekuatan. Kiranya ia menyenangkan, moga diri ini terus-menerus bersyukur kepada Nya atas segala nikmat yang dipinjamkan.

Sekitar 5 hari ini ana mahu clear rumah. Bimbang selepas 5 hari yang akan datang, ana hanya termenung di jendela, merenung panorama alam di atas kerusi roda. Bimbang 5 hari mendatang, ana hanya suram tanpa senyuman, menahan rasa yang hadir pada segenap tubuh. Kebimbangan itu jugalah yang menguatkan ana untuk membersihkan rumah, cuci tingkap, clean dapur, lap hiasan dalaman. Hehe, pendek kata aktiviti yang memerlukan kudrat :) Wangi sangat dapur, bau lavender. Ruang tamu berbau serai wangi. Penat, rasa nak tidur je :D

Tak boleh buat kerja sekaligus, esok insya Allah sambung lagi dan lagi sehingga la hari Jumaat.

Tahukah kalian, sesuatu kepahitan itu jangan terus diluahkan kerana setiap kepahitan itu bukan semuanya merosakkan bahkan ia menjadi penawar. Sesuatu kemanisan itu jangan terus ditelan kerana bukan semua kemanisan itu kenikmatan tetapi akan menjadi racun yang membunuh.

Ulam-ulaman yang terkandung banyak khasiat itu sangat pahit, namun demi untuk mendapatkan manfaatnya, kita tetap makan. Gula itu manis, namun kemanisannya hanya seketika dan akhirnya kita menderita gara-gara diabetis! Dan tahukah kalian, hakikatnya penyakit diabetis jauh lebih bahaya dari penyakit jantung? Ini kerana, kalau heart attack, terus meninggal tetapi diabetis akan 'memakan' berdikit-dikit organ dalaman kita satu per satu yang mana akhirnya kita akan terbaring kaku, derita hanya kerana kemanisan yang sedikit.

Sama juga dengan kehidupan. Ujian itu jangan terus membuatkan kita merasa hidup ini sudah berakhir, ujian itu jangan terus kita menghukum bahawa Allah itu kejam, sebaliknya ia adalah peluang untuk muhasabah dan meningkatkan diri. Insya Allah, ujian akan membuka peluang dan ruang untuk kita menjadi lebih matang, dengan pengalaman tersebut kita akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Ingat! Seorang muslim tidak jatuh ke dalam lubang yang sama 2x.

Kenikmatan hidup jangan terus membuat kita terbuai-buai, merasa indahnya fatamorgana sementara ini bimbang menatijahkan kehidupan akhirat yang penuh dengan sendu air mata. Walhal ketika itu tiada lagi peluang kedua kerana di dunia ini sudah berkali-kali Allah hulurkan peluang dan kita hanya melemparkan peluang itu, kejam sungguh manusia.

Sama juga dengan terapi ni (hik hik hik), zahirnya ia teramat la menyakitkan fizikal dan mental tetapi tidaklah hingga ana terpaksa dimasukkan ke wad gila. Cuma, ujian dari sudut mental itu sebenarnya jauh lebih parah dari fizikal. Kalau zahir hanya berkerusi roda, mampu tersenyum dan masih berjenaka itu sudah cukup bahagia. Tetapi, saat ini emosi sangat (teramat) rapuh, diusik sedikit saja sudah buat seperti hilang arah tujuan. Dan bermulalah hujan air mata, kih kih kih. Oleh itu, izinkan hati ini berlalu membuat persiapan yang sebaiknya walaupun ia bukanlah persiapan yang terbaik!

Ana bisa membiarkan diri dihunus tusukan jarum sebanyak mana yang doktor mahu sehingga puas hati, ana bisa menahan tanpa tangisan tetapi mengalir juga la air mata. Hihihi. Tetapi, satu kata-kata, sebaris ayat yang mendera emosi sudah cukup untuk ana menangis berjam-jam lamanya. Itu la bahaya betul... Macam empangan, ditakung-takung. Sekali 'pintu' terbuka bila terlebih takungan, banjir dibuatnya! Dan 'pintu' hanya terbuka bila hati terluka. Rapuhnya hati.

Ada yang bertanya costochondritis tu apa. Susah sangat menyebut nama sahabat baru ana ni, hihihi. Ianya berkisar tulang rusuk. Boleh baca lanjut di sini. Permisi dulu, assalamu'alaikum.


Read more...

17 January 2010

Ladang Cintahati


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.
Ana ketemu CintaHati di masjid. Tempat paling mudah dan selesa, alhamdulillah. Beliau menanti ana sekitar 15 minit di masjid hingga mengantuk. Maaf ya! Banyak yang kami bincangkan, dari seputar kenangan di zaman persekolahan, cerita tentang kawan-kawan juga para pendidik, kalam nasihat yang saling ingat mengingatkan tentang kebenaran dan kesabaran, masalah feqah juga sempat kami bualkan, bicara keluarga juga kami selang selikan dengan tawa, senyum dan usik mengusik. (masing-masing cerita kerenah adik-adik)

Setibanya di dalam masjid, ana terus mendakap erat CintaHati. Sungguh, hati ini tenggelam dengan kasih sayangnya. Terima kasih CintaHatiKu! Berbual dan terus bertanya itu dan ini, sekali ana terkejut dengan kata-kata CintaHati yang berada di depan.


"Akak, buka la. Nak tengok muka..."


Allah... Tersipu-sipu sekejap, macammana boleh terlupa. Hihihi. Asifi ya ukhti! Ana tidak pernah memegang pendapat bahawa muka adalah aurat apatah lagi di hadapan seorang muslimah, sungguh teruja sampai terlupa bab 'kecil' ini. Diakui, sebahagian orang kurang selesa berbicara apabila tak nampak wajah. Ana setuju! Dengan syarat dalam keadaan yang tidak terbuka, kalau di tempat umum pun biarlah terlindung. Macam ada 'batas' yang membataskan keserasian bila bercakap sesama muslimat tapi tak nampak muka. Maaf dik!


Ana memerhatikan seorang demi seorang makcik yang singgah solat di masjid. Tiada masalah, tetapi di sebabkan niqab tidak dibuka sepenuhnya, nampak macam 'bermasalah' pula. Akhirnya, ana buka niqab sepenuhnya dan ukhti di hadapan pula membelek.

"Oh, macam ni ye jahit niqab. Adik nanti dah sambung belajar, insya Allah nak pakai niqab juga."


Dan seputar kemudian, ana berbicara tentang niqab pula dengannya. Ana quote beberapa kalam dan nasihat juga pendapat yang sempat ana simpan sepanjang beberapa tahun mengutip pendapat dan mengorek pengalaman dari ukhtun yang memakai niqab. Alhamdulillah, serba sedikit boleh dikongsi dengan sahabiah yang berhasrat untuk berhijrah. Insya Allah :)


Ana terasa seperti amat mengenali wajah seseorang yang memerhatikan ana, dan ana mula rasa tak selesa dipandang seperti itu. Tapi recall dulu memori, benarkah dia insannya, tak salah orang ke, agak-agak dah benar-benar mampu mengimbau kenangan lalu, akhirnya ana bangun bersalaman dengan seorang yang sedari tadi memerhatikan ana.


"Assalamu'alaikum. Makcik ni kerani di sekolah ** kan?"


"Wa'alaikumussalam. Eh, iya ke? Betul ke?"


Subhanallah. Macam nak menyorok dalam tiang masjid (bukan belakang tiang lagi) sebab makcik tu tanya macam tu. Eh, salah orang ke ni? Tapi, ukhti yang berada di sisi juga turut mengiyakan perkara yang sama seperti ana. Tidak salah orang, makcik tu menguji ana je. Huhu.

"Kamu dah kahwin ke?"

Allah... Awat la semua orang yang jumpa, mesti tanya soalan yang sama. Ternganga ana sekejap dengan soalan tu. Aduhai... Umur muda lagi pun dah puas ditanya soalan ni, kalau umur ana 30 tahun agaknya setiap jam orang tanya soalan tu.


"Tak la makcik, belum kahwin lagi..."
Muka dah merah padam.


"Oh, ingat dah kahwin. Lama tak nampak..."
Hehehe, biasa la tu halimunan memang la orang tak nampak.


"Insya Allah makcik, tak lama lagi nak kahwin..."
Melopong ana mendengar CintaHati cakap macam tu, Allah... Nasib tak lemah jantung, kalau tidak tergolek di situ terus. Aih, kaku badan ana seketika 'dikerjakan' CintaHati. Pandai-pandai je budak ni. Ikut la tafsiran 'tak lama' lagi tu mengikut kamus dewan bahasa atau kamus ana... Hohoho. Ikut kamus dewan bahasa mungkin beberapa bulan atau pape je lah, ikut kamus ana mungkin 20tahun lagi. Kui kui kui... :P Sian makcik tu nanti tunggu kad jemputan, ana tak bertanggungjawab dalam masalah ni tapi CintaHati yang dipertanggungjawabkan kalau makcik tu tertunggu-tunggu. Muehehehe...

Selepas solat Asar, abi ambil dan tolong hantarkan CintaHati ke rumahnya. Hehehe, dah balik tu abi cakap. "Abi ingat nak ajak minum, makan ke dulu... Tapi dah lewat."

Yes, abi ada anak perempuan dan dia akan anggap sahibah seperti anak perempuannya juga. Dihantar hingga depan pintu pagar, dilayan seperti seorang anak perempuan.


"Untung jadi perempuan, nak pergi mana pun ada yang hantar."

Lalalalala... Tu keuntungannya bila tak nak ambil lesen kereta. Ngeeee... Lesen motor jauh sekali, usahkan nak ambil lesen, nak naik motor pun terketar kaki, punya la penakut. Hihihi.


"Entah apa-apa, naik motor takut, bawa kereta takut, kucing takut, lembu takut, ***b*** apatah lagi..."
Amboi, sedap abi mengata ana.

Read more...

16 January 2010

Sahabat Baru

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah beberapa hari perut meragam. Duduk salah, berdiri salah, yang betulnya apa ya? ZzZzZ... Semuanya dilupakan sejenak. Apabila diisi dengan minuman atau makanan, maka bermula gelombang pada perut hingga berpeluh-peluh akibat menahan rasa yang singgah. Bila biar perut kosong, rasa lega seketika. Satu warning dari sang perut agar tidak selalu dipenuhi, juga satu teguran dari al-Khaliq agar ingati saudara di Palestin juga di mana-mana yang tidak ada apa untuk dimakan. Astaghfirullah hal azhim.

Di sisi lain, bimbang juga dengan keadaan ini. Rasanya perut juga mengalami gempa bumi seperti Haiti, lalu menatijahkan tsunami seperti Acheh. Tak tahu bagaimana harus describe rasanya, bila diserang hanya mampu duduk diam-diam sambil menarik nafas sedalam-dalam, tahan selama yang boleh dan dilepaskan perlahan-lahan. Ini adalah perkara paling asas dalam bab nak menahan sakit ye tuan-tuan, puan-puan. Apabila paru-paru terisi oksigen sebanyak yang boleh, ia mampu melegakan kesakitan yang sedang mencucuk.

Ana terbayang pada Ayah Musa, suatu ketika dahulu terlantar seketika di hospital gara-gara ususnya luka. Setiap yang keluar dari usus kecil dan besarnya hanya DARAH akibat dari penipisan dinding usus kerana banyaknya makan ubat-ubat (terutama painkiller). Dahulu, ana juga pernah menangis dari petang sampai ke malam akibat sakit perut, tapi dilupakan dengan tidur. Berpeluh-peluh badan dibuatnya walaupun depan kipas!

Hujung tahun 2009, Pak Uda 'hadiahkan' ana dengan suplement air gamat juga ekstrak madu, kurma dll (perlu ke buat promosi di sini?). Alhamdulillah, rasa sedikit berbeza. Tidaklah sentiasa lesu tak bermaya. Ana cuba untuk meninggalkan painkiller, 2 minggu penuh drug free. Sakit sikit-sikit masih boleh diatur, selagi boleh berjalan dan tak menangis maka tak perlu painkiller.

Tulang rusuk kiri membengkak hingga timbul, ana sendiri pun takut. Demam, demam dan demam. On dan off, barangkali sebab tulang rusuk dah lama sangat bengkak. Akhirnya, masa jumpa doktor rasa satu bebanan terlepas dari fikiran. Tiada yang serius, ianya normal saja. Walaupun tergeliat lidah nak menyebut nama sahabat baru yang menghuni dalam tubuh, akhirnya boleh juga biasakan diri memanggilnya 'Costochondritis'.

"Macam-macam..." Itu yang diucap pada ummi seusai jumpa doktor. Iya, macam-macam sakitnya sampaikan ana sendiri selalu ketawa nak menyebut satu per satu nama 'sahabat' dalam badan ni. Anda cemburu bukan? Tak pe, rezeki masing-masing. :D

Kisahnya sahabat yang bernama Costochondritis ialah, beliau mengakibatkan ana tak mampu nak angkat tangan kiri. Holaaa... Sakitnya merebak pada bahu kiri hingga belakang. Sipi lagi je nak guna laluan tulang belakang. Oh, lupa... Mereka berjiran. Juga, ada masanya ia membuatkan ana seperti tercari-cari pokok untuk mendapatkan oksigen. Oh ya, terima kasih pada abi kerana membela 2 pokok (hidup) dalam rumah. Padahal tidak banyak, hanya 2-3 rusuk saja yang timbul dengan ketara. Itulah yang dinamakan NIKMAT dan ANUGERAH dari Allah.

Alhamdulillah.


Di saat mentari bersinar, rembulan tersenyum... Ingin aku terbang mengutip bebintang di langit untuk ku simpan cahayanya di saat gelap zulumat. Ingin aku berlari mengejar pelangi, agar hidupku sentiasa ceria dengan warna-warni kehidupan yang penuh dengan rahsia. Ingin aku ke gigi air, mencari pasir-pasir halus agar aku mampu memenuhi setiap kaca hidupku ini dengan ilmu yang bermanfaat. Aku ingin setiap hari jendela hati ini terbuka, hanya Allah yang aku mahukan.

Aku mahu setiap hari jendela hati ini ditutup dengan segugus doa buat ummi, abi, akhun wa ukhtun, sahabat-sahabat, mereka yang telah mendahului aku ke 'sana', mereka yang bakal menyusuli aku untuk ke 'sana', juga para saudara dari jendela hatiku yang masih dengan sisa air mata dan darah yang melata di serata dunia. Aku mahu jendela hatiku ini punya kunci yang hanya dibuka oleh DIA, Allah taala...


...Selamat Malam Bulan...
...Selamat Pagi Matahari...

Read more...

14 January 2010

Mereka Berjiwa Halus


Bismillahirrahmanirrahim.

Tahukah kalian, ini adalah entri budak comel (oh ya, ana di LARANG menggelar diri sebagai budak comot - harap maklum -) yang ke 300! Banyaknya ana mengarut ye. Kalau buat buku, dah tebal ni.

Awal pagi tadi, ana tersentuh sangat baca mesej dari Ibu (seorang yang ana gelar 'ibu' dan usianya hampir sebaya ummi) tapi ana tahan perasaan. Nak jadi mujahidah kena kuat semangat! Nak jadi srikandi kena kebal melawan perasaan tetapi ianya melibatkan emosi seorang wanita, akhirnya ana dengar lagu Lafaz Yang Tersimpan. Lagu ni dulu, Babah yang suruh dengar. Ana tak faham apa pada awalnya, bila beberapa kali dengar baru faham ianya tentang kebisuan seorang anak untuk menzahirkan kasih sayang pada ibubapa.

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata...


Kebanyakan anak-anak begitu pemalu nak ungkap "sayang" pada ibubapa tetapi tak ragu-ragu nak sebut "I sayang you" pada pujaan hati. uwek, nak muntah ana... Huhuhu.

Setiap kali berutusan khabar dengan Ibu, ngada-ngada je air mata ni nak mengalir. Ibu agak berbahasa jiwa, sehati dengan ana. Terkadang, entah berbunga-bunga je ayat kami, ana bahagia sebab sama-sama berjiwa sastera, apa yang disampaikan selalu faham. Itu satu chemistry, hihi.

Sayang...
ketulusan hatimu seringnya menyentuhi hati ibu.
kata2 mu sudah cukup mengembirakan dan membahagiakan
hati ibu. Ibu pun tidaklah mengharap pertemuan atau
ikatan apa2 antara kita. Pertemuan kita di dalam * ini bagi ibu adalah kerana Allah jua. Dan biarlah persahabatan ini juga kerana Allah...

Wawawawa, sedih bukan? Itu belum lagi ayat mukaddimah dan penutupnya. Ana mahu selalu jadi orang yang tahu nak ekspresi kasih sayang. Kalau dengan ummi, ana tidak malu jalan berpegang tangan, peluk ummi, cium ummi tapi satu yang belum kuat iaitu melafazkan 'i love you with my heart and my soul'. Kebisuan suara yang hanya hangat dengan ekspresi. Kadang-kadang boleh senyum, ketawa malah mengekek (isk isk...) dengan ummi, kalau di dapur berdua dengan ummi, abi jadi tension je.

"Apa la dua beranak ni buat, pot pet pot pet dari tadi..." Laughing

Abi suka buat kerja di dining room, hampir dengan dapur tapi seriously! Abi tak faham apa yang kami bualkan, hanya mendengar tawa di celah-celah bicara.

"Ala, sembang orang perempuan..." Laughing

Ini adalah alasan yang paling BIJAK supaya abi tidak memanjangkan soalan, bila abi di dapur, yang seorang pura-pura jadi gadis melayu terakhir dan seorang lagi pura-pura jadi ibu yang paling anggun. Ahaks! Bila berdua, ketawa hingga sakit perut. Huh, ini aksi-aksi yang sepatutnya dihindari bila bersama seorang ibu. Tetapi dengan ummi, tak boleh tahan lagi. Ummi kelakar dengan caranya, ada ketika lawaknya kecil tetapi tawa bukan main besar.

Ana takut kecilkan hati ummi, ana kenal sensitivi hati seorang ibu. Amatlah pelik kalau seorang anak perempuan tak boleh faham perasaan ibu, teramat pelik bila anak perempuan boleh sewenang-wenangnya menghancur luluhkan hati seorang ibu.

Bila ana show of kasih sayang ana pada ummi dan abi, bukan ana harap suatu hari nanti anak-anak ana akan buat perkara yang sama, tetapi ana cuma mengharap mampu menghulurkan kecebisan kasih sayang yang lompong dari seorang anak. Ana hanya mahu selalu melihat ummi dan abi tersenyum dan gembira, ana hanya mahu mereka rasa tenang bila bersama ana, ana hanya mahu melihat ummi dan abi rasa dihargai oleh seorang anak. Ana hanya mahu itu saja, kebahagiaan dunia akhirat buat ummi dan abi.

Ana mahu mati dalam keadaan ummi dan abi meredhai ana... Agar di 'sana' nanti mampu ku ungkapkan di hadapan Rabb bahawa diri ini sudah sepenuh hati menyerahkan hati buat ummi dan abi, tetapi usahaku masih terlalu sedikit tidak terbanding dengan segala kasih sayang ummi dan abi. Namun, ana tidak mahu mengalah, usaha dan terus berusaha!

Bila berbicara dengan Ibu, ana anggap ana sedang berbual dengan ummi. Bezanya, tika berbicara dengan Ibu, bahasanya berbunga dengan lantunan nada yang ada kala buat ana tersenyum sendiri.

'Puitis benar...' Embarassed

Tetapi ana tidak kekok kerana bahasa Ibu pada ana juga selalu begitu. Selalu ramah dan mesra, selalu sarat dengan nasihat dan hikmah, selalu bersastera dan bermadah. Bukankah wanita itu halus jiwanya, disentuh hanya sedikit tetapi tersentuhnya begitu besar!

Alangkah berbunganya hati setiap kali menerima salam perkhabaran dari Ibu yang selalu membuat ana tersenyum sendiri, penghargaan Ibu selalu buat ana merenung diri.

"Aku hanya beri sedikit, tetapi Ibu membalas dengan sangat banyak! Aku beri sedikit tetapi Ibu membalas dengan penuh penghargaan... Ibu terlalu menghargai aku." Embarassed

Kadang, ana baca apa yang mahu dihantar pada Ibu berkali-kali. Bimbang ada kata yang mengguris perasaan halus seorang ibu tetapi Ibu setiap kali katanya ternanti-nanti bicara ana. Bila seorang Ibu begitu menghargai kehadiran anda, bersiaplah... Anda akan selalu rasa hati berbunga-bunga. Kalau orang bercinta pun tak senang duduk, perasaan ini jauh lebih besar hinggakan berdiri pun tak senang!

Kata seorang teman, anak ke-3 mewarisi 50% sifat ibu dan 50% sifat bapa. Ada kebenaran kata-kata tersebut. Sentuh saja hati ibu sedikit, ibu akan terasa banyak!

Apabila kita mengecilkan hati ibu sedikit, ibu akan selalu sedia memaafkan. Perempuan berjiwa 'absorb', semuanya mahu disimpan dan pendam. Ibu akan memendam setiap perilaku anak yang mengguris hati, ibu akan memendam kata yang menyentap jiwanya. Jiwanya halus, terguris sedikit sudah besar lukanya namun kasih sayang seorang ibu, secebis Rahiim Nya ke dalam hati ibu sudah cukup untuk membuat si anak selalu ada ruang waktu untuk dimaafkan! Tetapi apabila kita menghargai hanya sedikit, ibu sudah menganggapnya begitu besar. Subhanallah.

Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan!

Kalau belum, buatlah... Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan anda, siapa lagi?

Cuba merenung wajah lembut seorang ibu semasa sedang tidur... Wajahnya lembut, biasan hatinya yang penuh kasih sayang. Nur wajahnya membekas, titis wuduk yang membersihkan terasa bersinar. Biasan taqwa dan iman pada Tuhan...

Ana selalu mengulang cerita seorang ibu dan anak yang sedang berada di unggun api. Di waktu unggun api semakin membesar, si ibu mengalihkan anaknya dari bara api kerana bimbang anaknya terkena api. Tetapi, Rasulullah berkata pada para sahabat, kasih sayang Allah jauh lebih besar dari kasih sayang seorang ibu! Bukan jiwa ibu tidak mahu anaknya disakiti malah Allah jauh lebih lagi tidak mahu hamba Nya tercampak dalam neraka Nya.

Buat seketika ini, tidak lama... ambillah 2 minit atau kurang darinya, talifonlah si ibu. Tanyalah khabar, kalau mampu menghabiskan kredit untuk talifon dan sms dengan 'si dia', apalah sangat bercakap 2 minit dengan ibu! Mereka berjiwa halus, beri sedikit tetapi mereka nampak ianya besar! Sekali diucap sayang, senyumnya entah sampai bila... Belajarlah menghargai bukan untuk dihargai tetapi kepuasan sendiri apabila mampu memecah tradisi kebisuan agar lafaz itu tidak lagi tersimpan! Wink

Hari-hari bagiku adalah hari ibubapa,
Hari-hari bagiku adalah hari kasih sayang,
Hari-hari bagiku adalah hari penghargaan,
Kerana mungkin hari ini adalah hari akhirku,
Mungkin esok bukan milik mereka lagi,
Mungkin esok bukan milik kita lagi,
Sebelum mata rapat terpejam,
Luahkan apa yang terpendam.

Ya Allah, sayangilah kedua ibubapa ku sepertimana mereka menyayangiku sejak aku masih kecil!

~ 16 Januari, jumpa cinta di masjid, insya Allah -> sapa nak ikut sms ana yek!
~ 23 Januari... jeng jeng jeng, chayok, chayok!
~ 24 Januari, lalalalalaaa... hohohoho...

p/s: Insya Allah Smile

Read more...

13 January 2010

Anda Bijak Jauhi Zina!

Assalamu'alaikum.

Prebiu KEMPEN ANDA BIJAK JAUHI ZINA akan diadakan pada

Tarikh : 28 Januari & 18 Februari 2010
Tempat : Danau Golf Club Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Bangi)
Masa : 9.30 pagi (pendaftaran) - 1 tengah hari

Dijemput hadir semua para guru, pendidik,pensyarah IPTA/S, kaunselor dan individu yang prihatin dan berminat untuk bersama menyokong usaha ini agar permasalahan gejala sosial di kalangan generasi muda dapat dikurangkan. Sertai prebiu ini dan bersama menyelamatkan generasi muda kita.

Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

untuk pengesahan kehadiran, sila smskan

[Nama],[Tarikh prebiu],[Bilangan kehadiran][Dari (sekolah, pensyarah, agensi, NGO, dsb)]

kepada 0169398199

untuk pertanyaan lanjut

Pn Rosmawati 0192386333
Syamil 0169398199

Apakah isi kandung prebiu ini?

Antara isi kandung dalam masa dua jam, anda akan memahami:

1. Perkongsian realiti remaja belia kita hari ini.

2. Tindakan kita untuk membantu menentukan halatuju remaja belia kita.

3. Perkongsian mengurus dan mentadbir Rumah Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah.

4. Pakej modul & latihan untuk melaksanakan kempen Anda Bijak Jauhi Zina.

5. Program dan aktiviti Kempen Anda Bijak Jauhi Zina untuk sekolah, universiti, serta korporat.

6. Sesi perkongsian idea dan pelaksana untuk membantu menyelesaikan masalah gejala sosial diperingkat individu, kelompok (syarikat motivasi, sekolah, univerisiti, agensi kerajaan dsb).


Ahli panel yang akan membentangkan ialah:

1. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj (Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi)

2. Puan Rosmawati Zainal (Pengasas Rumah Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah)

3. Puan Yusnani Abdul Hamid (Pengerusi Raudhatus Sakinah Selangor)

Read more...

12 January 2010

Out Spoken

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada masa dan ketikanya, ana banyak diam dari berkata-kata tetapi sangat jarang ana diam di rumah kecuali sedang berhibernate. Ana selalu berjenaka dengan ummi dan abi, tetapi dengan adik-adik ana bukan berjenaka, lebih kepada mengusik. Satu kenikmatan bila boleh tengok adik terjerit bila diusik, tapi itu dulu masa kecil. Waktu belum matang (eh, sekarang pun belum cukup matang) dan kanak-kanak riang.

Ada masa dan ketikanya, ana lebih banyak bercakap dari diam. Itu tandanya sudah berkurun mengumpul cerita sehingga ceritanya itu tidak lawak pun digelakkan juga. Kadang, lawaknya kecil tetapi tawanya bukan main besar!

Ada masa dan ketikanya, ana begitu lurus untuk cakap apa yang terbuku. Kemudian, diam sejenak dan fikir. Benarkah tindakan yang diambil itu yang terbaik sebagai solution? Abi selalu cakap, solution focus, bukan mencari salah siapa atau dimana salahnya tetapi lebih kepada penyelesaiannya.

Malam ini, sekali lagi merasakan ada yang tidak kena. Ada yang tidak beres. Ana bukanlah jenis yang suka membiarkan diri terus bertanya dan tertanya-tanya, bila disoal siasat dengan hebat oleh ayahanda tercinta, tertanya-tanya harus mula mencari solution di mana.

Tidak tahu dimana punca tapi yang pastinya ana tenggelam punca.

Zazzzz...

Last (kini), ana berkeriut sendiri.

'Beraninya tanya soalan begitu pada orang. Beraninya berterus terang macam tu.'

Itulah, bertindak dulu sebelum membuat perancangan. Akhirnya termangu-mangu, betul ke cara tu? Begitu out spoken nak tanya macam tu, oh ya... Ana tidak suka membiarkan ianya berlarutan apatah lagi bila disiasat, meremang je rasanya berdepan dengan abi.

Maaf lah, perempuan (maksudnya ana la tu) selalunya begini.
Buat dulu, kemudian baru berfikir! Hurm.
Jarang fikir dahulu sebelum buat sesuatu.

Moga malam ini jadi 'ibrah untuk belajar bersabar seketika.

Oh, rupanya Allah mengajar sesuatu.

Terima kasih ya Allah.

Pelajaran kedua, jangan baca sms semasa mamai. :P

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO