"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

03 November 2009

Monolog

Bismillahirrahmanirrahim :)

Semoga sahabat-sahabat yang dikasihi semua dalam keadaan iman dan fizikal yang sihat, insya Allah. Pertamanya ana mohon sebanyak-banyak kemaafan lantaran banyak sms yang lambat dijawab atau tidak terjawab sama sekali. Ana tidak sengaja untuk melewat-lewatkan menjawab pertanyaan dari sahabat-sahabat.

Sudah 2 minggu ana trauma untuk memegang hp, maka sudah 2 minggu juga hp berada pada mode silent. Sudah masuk minggu ke-3 hp berada pada mode silent. Pagi ini ana sudah mampu untuk merehatkan minda dari semua yang berlaku sedari 2 minggu yang lalu, agak penat juga kepala dan perasaan yang berperang. Bezanya tiada gas pemedih mata, bom tangan ataupun M16. Hanya berperang dengan kata hati dan kata yang tak terkata.

Pagi Yang Indah... Satu monolog sepi yang santai dan bersahaja, ana tidak mahu sahabat-sahabat resah dengan monolog demi monolog ana sebelum itu. Ana juga mahu menyihatkan fikiran (dan perasaan) agar kesihatan ana turut sama mengalami perubahan yang positif. Ana mahu HaLaQaH CiNta, program rehlah mahabbah bersama akhawat dilaksanakan dalam suasana ceria. Ana rindukan akhawat pada teratak itu, pada seluruh ahli baeyt... Senyuman mahabbah dan sentuhan mesra kami.

Hari ini ana ternanti-nanti seseorang, ngeeee... Menanti orang telekom yang tak sampai-sampai dari semalam. Tak apa lah, penat menunggu ana malas da nak menunggu. Hehehe, hari ini ana menceriakan diri dengan masak. Menu yang simple dan sedap (siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri, lalalalala).

[1] Sweet Sour Ikan Bawal
[2] Tauhu Masak Cili
[3] Ayam Goreng
[4] Sayur.

Siappppp! Hamdalah, semuanya dipermudahkan Allah.


Setelah selesai masak, rasa macam nak tidur jer sampai pagi esok. Penat sangat, mungkin penat berdiri. Arh.. Mungkin saja :) Sedang merehatkan diri yang memerlukan rehat, saja la tengok Wanita Hari Ini eh jangan lupa Sumpahan Bunian dah habis taw! Lepas ni cerita Nenek Kebaya pula, hihi.

Titttt... (silent mode la katakan)

"Salam, tadi .... tepon.... ngeh3"

Hihi, tengok siapa yang dah terjebak dengan trademark (ngeh ngeh ngeh) ana? Mesti ada yang tak sangka, sebab abi adalah insan yang terjebak tersebut. Hik hik, kesian abi kan. Terpaksa flow ikut rentak anak-anak, yang seorang dengan trademark ngeh3, ada yang trademark "heyyy, ini uncle bob la..." ada yang "apekebendenye laaa" ada pula yang suka "haa...ape dia?" Seolah-oleh dia tak dengar padahal dia dengar tapi dah trademark masing-masing, ikut la. Janji kita happy.

Membaca mesej abi, hish abi ni... Dah duduk tak diam, jap duduk jap berdiri kemudian duduk lagi terus bangun ambil wuduk. Tengok sms yang abi sent tadi, ehhhh betul ke apa yang abi mesej ni. Abi ni saja la tu nak kenekan orang... (husnudzon)

Jeng jeng jeng, saspen je kan... Abi cakap telekom talifon kata tak boleh nak datang, huhuhuhu. Penat je tunggu dari semalam, tak nak tunggu dah. (T_T)

Tiittt... (silent mode... tak di aktifkan bunyi-bunyian lagi)

"...Apabila telah datang meminang lelaki yang kamu (wanita/walinya) percayai akan agamanya dan kejujurannya (amanah); maka terimalah pinangannya. Jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah dan kerosakan yang besar." (HR Tirmizi)

Monolog : Sapa la yang nak kene baling dengan mercun buluh ni, hadoi la.. Tetiba hantar mesej macam ni, ada kaitankah dengan ana?

"... Dan, janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran : 139)

Monolog : La tahzan, innallah hama'ana.

"... dan bertawakkallah kamu kepada Allah yang Maha Hidup (Kekal) yang tidak mati." (Surah Al Furqan : 58)

Monolog : Terkadang tak ada perkataan nak diucapkan kerana tiada kata-kata mampu menafsirkan apa yang sedang ana perangi. Subhanallah, ketenangan itu milik Allah sekiranya mahu menjadi pemilik kepada sebuah ketenangan maka mintalah dari Pemberi ketenangan tersebut, tiada lain dan tiada selainnya... Dialah Allah.

Allahumma nawwir qulubana binuri hidayatik kama nawwamta ardh binuri syams, ameen ya Rabbal alamin. Ya Allah terangilah hati kami dengan nur hidayah Mu sebagaimana Kamu terangi bumi dengan cahaya matahari. Perkenankanlah ya Allah.

Aku kembara kian penat,
Hulurkan izin untuk aku berehat,
Kepada segala yang hampir,
Izinkan aku musafir, kali terakhir...
Jauhku untuk mendekat!

Ana memohon sebanyak-banyak kemaafaan dari sahabat-sahabat yang dikasihi sekiranya ana banyak menyinggung hati dan perasaan kalian dengan berdiam diri. Hehehe, sudah ku bilang di atas 'jauhku untuk mendekat!'.

Semakin jauh ku dari Mu,
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku,
Oh Tuhan yang Maha Pengasih,
Siapalah diriku dipandangan Mu,
Semakin cuba ku dekati,
Semakin kuat pula Kau mendugai aku,
Oh Tuhan yang Maha Sempurna,
Kerdilnya diriku dihadapan Mu,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan Mu,
Sudikah Kau menerima hamba Mu yang hina ini,
Ya Allah Kau Maha Pengampun...

"Bila kita sayang seseorang, kita bukan hanya nak dia bahagia di dunia kerana dunia hanya sementara. Kita mahukan kebahagiaan padanya dunia dan akhirat. Bahagia dengan kehidupannya, dia bahagia bila kembali pada Tuhannya. Kalau kita hanya berikan bahagia di dunia dan akhirat kelak kita yang mengheretnya ke neraka Allah, itu bukan cinta tapi penganiayaan yang sangat menghinakan mereka di depan Tuhan. Nau'zubillah." - Ukhti Balqis -

Ku merintih disisi Nya, agar Jangan Pisahkan Aku dan 'Dia'. Kerana saat ini, hanya 'dia' yang menguatkan langkah kaki untuk terus melangkah, istajib do'a ana...

"Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Al-Hadiid : 1)

Titipan Untukmu :

Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu,
Tidak akan terpaut pada wanita,
Hanya kerana kecantikan,
Senyuman, bicara manja yang menggoda,
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya,
Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita,
Andai belum sampai juga rezekimu,
Anggaplah bahawa lelaki yang dinantikan itu,
Sedang membina sahsiah kepimpinannya,
Bagi memimpin dirimu,
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya,
Dan lelaki yang benar-benar layak pasti hadir,
Untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu.

(Diambil dari *Diam Seorang Gadis*)

~*~ Salahkah Dia? ~*~

Dia hanya manusia biasa, ciptaan Tuhan yang Maha Pengasih Penyayang. Dia manusia yang dikandung dalam kolam cinta dan dilahirkan demi tugas yang istimewa. Sebagai khalifah Allah, sebagai pembawa agama Allah... Dia hanya hamba Allah yang lemah, tak berdaya tanpa pertolongan dari Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Namun, dia juga menjadi fitnah dunia. Pesan Rasulullah yang dirindui sentiasa menjadi amaran pada seketul darah bernama hati. Wanita itu fitnah, apabila keluar dari rumah maka mendongaklah syaitan kepadanya. Nauzubillah. Wanita itu hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita yang solehah. Begitulah pesan Rasul junjungan buat para muslimah.

... Ya Tuhan, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, kerana itu ampunilah aku... (Surah Al-Qashash : 16)

Kolam air matanya tertumpah, dia mencari ayat-ayat Nya dalam memujuk diri. Entah bila kan hadir sebuah senyuman pada sirna kegelapan malapnya hati. Hanya Tuhan yang Maha Tahu apa yang tersirat buatnya nanti. Dia ingatkan kembali dirinya, imannya, hatinya dan akalnya.

... Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir. (Surah Yusuf : 87)

... maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman. (Surah Al-Anbiya’ : 88)

Astaghfirullah hal azhim. Tiada sebarang impian mahupun matlamat mahu menjadi racun yang membunuh pada pokok yang sedang subur membesar. Dia tidak mampu menolak ujian demi ujian yang Allah datangkan kepadanya. Dia hanya manusia biasa, manusia yang lemah dan jahil, hina disisi Tuhannya yang Maha Perkasa.

Ya Tawwab... Ampunkan dosa-dosanya, jadikan dia seorang hamba yang taat pada perintah Mu. Ampunkan dosa-dosanya. Hijabkan hatinya.

Ya Rahman... Hijabkan mereka dari memandang dia, hijabkan para mujahideen yang menggalas agama Mu di medang juang dari memandang segala yang mendatangkan kemarahan Mu, moga dengan ini menjadikan dia aman dalam pemeliharaan Mu.

Bukan dia jual mahal. Apakah mereka membandingkan dia sebagai barang dagangan di dunia ini? Bukan dia sombong. Apakah mereka lupa wanita itu menjadi senjata syaitan laknatullah yang melalaikan hamba-hamba Nya yang berjuang? Senjata para musuh Islam untuk melemahkan jiwa para pejuang? Bukan dia angkuh. Apakah mereka lupa untuk tawakkal pada Nya dalam pengharapan sebuah penantian?

Dia bukan bidadari dunia, dia hanya seorang insan yang mengharapkan cinta dari Tuhan yang menciptakannya dengan penuh kasih sayang. Dahulu... Dia sering meraih simpati dari sahabat-sahabat sefikrah, akal yang dangkal disalut iman senipis bawang membuatkan dia sering buntu membuat keputusan. Kini... Seiring masa berputaran, pengalaman dari sebuah pengembaraan menjadikan dia semakin kenal apa itu pengharapan sebuah pengaduan pada Tuhan.

... dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya... (Surah Ibrahim : 34)

Subhanallah. Rahmat Ilahi sentiasa memberi harapan pada Nya. Hidup ini bererti, usah dikelamkan dengan tangisan kedukaan. Usir kegelapan hati, hadirkan cahaya Ilahi. Istikharah dan tawakkal pada Allah, ungkapkan cinta dalam rias cahaya. Kesamaran hati dipuput angin, sudah berlalu pergi. Indahnya aturan Ilahi.

Istikharah lagi...

Masih ingat ingatan demi ingatan dari seorang teman, usah terlalu fikirkan sesuatu perkara. Hanya dengan taqwa kepada Allah, kamu akan diberikan jalan keluar dari masalah. (Surah At-Talaq : 2) Itulah indahnya warkah dari Tuhan. Tingkatkan iman, pasakkan hati dengan taqwa pada Tuhan. Moga ditunjukkan jalan yang diberkati Allah, bahagia dunia dan akhirat.

Mudah-mudahan dia sabar dalam sebuah penantian. Saat dia menyepi bukanlah dia sepi, saat dia bersendirian bukanlah dia bersendiri, saat dia kedukaan bukanlah dia berduka, saat dia kesunyian bukanlah dia sunyi kerana dia punya Tuhan yang sentiasa memujuk dengan cara dan kehendak Nya.

Alhamdulillah.

Salahkah dia memilih jalan ini? Bukan dia berhasrat membiarkan hamba-hamba Nya berduka dengan keputusan nya. Bagi mereka yang tak melalui, pasti berfikir biarkan hamba-hamba Allah itu memujuk hati sendiri, usah pedulikan, usah hiraukan. Andai mereka ditempat hamba-hamba Allah itu, apakah jawapannya masih sama? Mungkin sudah diberikan pelbagai gelaran padanya: jual mahal, sombong, dan macam-macam lagi.

Perlukah dia menjatuhkan dirinya hanya untuk dipandang sebagai jualan murah dan sangat peramah pada mereka? Tentu TIDAK! Kerana dia masih ingat akan amaran Tuhannya: dan katakanlah kepada wanita beriman; tundukkanlah pandangannya dan peliharalah kehormatannya. Allah masih memujuk hatinya dengan ayat-ayat cinta bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik.


Siapa pun 'dia' di dalam monolog ini, semoga Allah melorongkannya ke jalan yang membawa kepada Tuhannya. Ameen. :)

2 leaves:

Anonymous,  3 November 2009 at 16:01  

Patut la sms ana tak berbalas, cik syirah sedang dalam silent mode (ni bukan hp je silent, agaknya dengan orang sekali pun silent juga).

Unknown 4 November 2009 at 16:54  

singgah lagi di blog adik syira...menikmati coretan ..wp dlm kesakitan...hati tabah dlm senyuman....semoga adik juga begitu

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO