"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

19 November 2009

Sakinah Pada Layar Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Pelupuk hati tenang dalam resah, mungkin sudah ku temu kepingan-kepingan puzzle yang berselerak. Alhamdulillah, moga datangnya dari Allah. Sudah-sudahlah menghabiskan air mata secara membazir begitu, tidak bagus untuk kesihatan. Insya Allah, selepas Eid Adha ana mahu meneruskan terapi tulang belakang yang sudah tertangguh semasa Ramadhan yang lalu. Insya Allah, ana kena kuatkan semangat yang luntur. Mohon doakan ana :)

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan (",)

Terngiang kalam Mak Ngah yang menasihatkan supaya ana mengagahkan semangat untuk menyambung terapi tulang belakang. Kini, lutut ana juga sering terasa ngilu. Mak Ngah juga kata, ana masih muda dan masih boleh mengharap untuk kembali sihat. Insya Allah, gagahkan juga semangat dan berjanji pada ummi dan abi selepas Eid Adha ana mahu meneruskan proses terapi yang insya Allah amat menyakitkan :) Yang pahit itu jugalah yang menjadi penawar, sabarlah hati.

Bila ana duduk, bergerak sedikit saja meletup-letup tulang. Hihihi. Ahli baeyt Kak Syifa agak ngeri bila melihat ana bergerak, hehehe. Kelakar pula bila diingatkan. Kak Fara yang begitu prihatin, walaupun di tempat umum tetap juga Kak Fara usahakan untuk memberi ana meluruskan kaki dan beliau memicit-micit kaki ana.

"Irah, dah kejang kaki ni..."

Kak Syifa yang membelikan roti untuk ana jamah. Bukan tidak mahu makan berjemaah tetapi melihatkan keadaanya yang amat ramai manusia, malu pula nak makan. Itu alasan saja, sebenarnya mengerang sakit belakang dan kaki yang sudah kejang. Tetapi ana melangkah seperti biasa, chayok chayok. Beruntung kerana perubahan muka ana langsung tidak disedari oleh Kak Syifa juga Kak Fara :) Maafkan la budak comel ni ye kak.

Ya Hannan,
Denai hijau, langit biru, gunung kelabu

Bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan
Yang menyuratkan sebuah keindahan
Tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran
Cermin alam yang memantulkan keindahan Tuhan

Denai, langit dan gunung
Adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan
Pada limpahan nikmat selaut indah
Kemana tumpahnya munajat seraut sembah?
Sekian lama melihat alam penuh teratur
Mengapa hatimu masih lupa untuk bersyukur?

Denai, langit dan gunung
Adalah pantulan lambing biasan tamsilan
Gunung… bagai pasak teguh kemurnian iman
Langit… hamparan saujana kelapangan islam
Denai… lembah subur kelembutan ihsan
Adalah citra dikanvas hati yang dihiasi…
Rasa kehambaan...

Ketika sunyi, berwacanalah diri di dalam diri
Ya Hannan, teguhkanlah imanku
Seteguh gunung itu!
Ya Hannan, lapangkanlah islamku
Selapang langit biru!
Dan lembutkanlah ihsanku
Selembut rumput di denai itu!
Nescaya bertemulah diri yang hakiki
Di kamar hati yang cinta Ilahi

Ya Allah,
Tika gagah Mu bercermin alam sepenuh
Terasa lemahku mencengkam diri seluruh
Dan kolam hatiku takkan selamanya keruh
Insya Allah!

Moga Allah redha dengan keputusanku, moga ia datang dari rahmat Allah yang mengetahui kebaikan untuk agamaku, untuk duniaku, untuk akhiratku. Insya Allah. Akhirnya, ku temu sakinah pada sebuah layar perahu cinta. Subhanallah.

Hanya pada Mu ya Allah ku sandarkan sebuah harapan...

Terangi jalan hidupku,
Dengan cahaya kasih Mu,
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu.

~ el-faqirah ~

6 leaves:

Anonymous,  19 November 2009 at 16:28  

Ini sambungan teka teki tekuk dari monolog-sepi ker?

Asma' Suardi 19 November 2009 at 21:52  

salam ziarah ukhti...

-moga tabah dalam pelayaran menuju cinta ilahi-

Insyirah 20 November 2009 at 08:03  

Tanpa nama, entahlah apa yang dimaksudkan teka teki tekuk. Barangkali benar dan barangkali salah. Wallahua'lam.

Insyirah 20 November 2009 at 08:03  

Salam buat Bidadari Besi, syukran atas doa. Mohon didoakan buat semua :)

Unknown 21 November 2009 at 14:59  

semoga Allah permudahkan ujian yg ditimpa kpd adik syira hendaknya.

insyaAllah, pasti adik bisa lakukannya...jgn lupe buat kimo tu ye,dik.

Insyirah 23 November 2009 at 01:01  

Syukran kak Mia :) Insya Allah, doakan HATI, IMAN, EMOSI dan segalanya jernih. Terima kasih Kak Mia.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO