"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

03 November 2009

Resepi Ringkas

Wedges Cik Insyirah

Bahan-bahan :


Ubi Kentang - setengah kilo
Tepung Goreng Kentucky (Adabi) - 1 kotak
Telur Ayam - 1 biji
Mayonis
Cili Sos

Cara-caranya :

[1] Kupas kentang dan potong panjang-panjang.

[2] Letak kentang yang siap dibasuh dalam basin (atau bekas)

[3] Taburkan Tepung Goreng Kentucky dalam basin di atas kentang secukupnya.

[4] Pecahkan telur dalam bekas lain dan kacau dengan garfu sehingga bercampur telur kuning dan putih.

[5] Masukkan telur ke dalam basin dan gaul sehingga rata.

[6] Panaskan minyak, goreng, hidang.

[7] Susun atur kentang yang siap di goreng, letakkan mayonis dan cili sos.

Kalau tak nak letak mayonis dan cili sos di atas kentang, boleh la cicah dalam sos macam makan cucur. Ngeh ngeh ngeh.


* Sesuai dijadikan makanan dimasa senggang bagi mereka yang tidak berniat untuk menguruskan badan. - Harap maklum -

p/s: Kalau tak nak guna Tepung Goreng Kentucky, mungkin boleh guna tepung gandum tetapi hasil dan rasanya tidak sama :)

4 leaves:

Na Shari 3 November 2009 at 10:10  

Thanks for sharing this recipe...Insyaallah nak try buat juga...Saya suka recipe yang simple dan cepat :)

Alwani Abu Bakar 3 November 2009 at 11:10  

salam...

thanks syira, resepi ni mmg sedap...dulu syira dah pernah bg resepi ni...kwn2 kak wani pun suka...

Insyirah 3 November 2009 at 14:19  

Salam buat Na Shari dan Kak Alwani, insya Allah semoga resepi simple ini boleh menjadi penyeri tekak. Hehehe. Dulu adik-adik saya addict dengan wedges ni hinggakan setiap hari terpaksa buat wedges.

Kemudian, dah jadi seminggu sekali... Sebulan sekali dan sekarang jarang buat kerana ianya (kentang) kan memudahkan proses kegemukan, huhuhu... Dah la makan sebagai "mengisi masa lapang" jadi tak boleh dibuat selalu :)

Kak Wani : Ni ada orang sibuk minta itu yang syira bagi lagi. Hehehe.

ana.azi,  4 November 2009 at 17:29  

salam. insyirah, boleh diambil resepinya ni? karang main ambil x de izin nnt x seronok la pulak.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO