Ujian Penghapus Dosa
"Ubat ialah sejenis makhluk asing perosak organ manusia...!"
Astaghfirullah hal azhim. Istighfar panjang ana terima sms dari seorang sahabat. Ana faham benar perasaan dan suara hati kecilnya. Walaupun tidak di zahirkan dengan kata-kata namun ana faham apa yang tersirat.
"Awak marahkan Tuhan? Awak salahkan Tuhan?"
Mungkin cara ini akan buatkan kami lebih memahami situasi yang sedang bergolak. Allah jualah yang memberi kekuatan juga ketabahan buat sekeping qalbu yang mudah dilambung ombak perasaan bila tidak di lentur dengan keimanan yang padu. Sabarlah sahabatku...
"Saya tak salahkan Tuhan, saya salahkan ubat. Saya tak nak mati lagi..."
Berat nampaknya situasi yang melanda. Sedaya upaya dikembalikan semangat yang hilang. Ana yakin sekali, semangatnya jatuh menjunam selepas medical check up tempoh hari.
"Setiap yang hidup pasti mati, sesaat pun tak lewat atau cepat. We must always be positive. Things comes and go, it same like our life. We have mission to complete, we are khalifah. We are nothing without Allah. You can’t be like this. You must built it again. When you feel frail, look into your deep heart, Allah is always be there for you."
Ana tau sejarah sakitnya, kami berkenalan di hospital. Komplikasi pada paru-paru, ada kala terdengar bunyi burlp... burlp... dan bersembur darah dari mulutnya. Subhanallah. Once, its happen in front me! Bersembur darah atas lantai. Sekarang, buah pinggangnya pula yang mengalami kesan dari pengambilan ubat-ubatan.
Kadang-kadang, kita berkeluh kesah dengan sedikit ujian yang datang tanpa kita sedar masih ramai yang tak punya nikmat seperti kita. Mereka hidup dengan air mata bukan kerana kesedihan untuk bermuram durja, tapi mereka bergelut dengan kesakitan yang tak putus-putus. Mereka di asak dengan pelbagai ujian dari segenap sudut, emosi, fizikal dan juga IMAN. Iya, bila ujian yang datang tak putus-putus, mereka akan mempersoalkan kenapa mereka diuji sedemikian hebat. Apa dosa mereka. Apa salah mereka dan sebagainya. Kembali koreksi diri, apalah sangat ujian seharian yang sangat kecil dibanding dengan orang lain.
Bersyukurlah! Kita masih tersenyum walaupun dihimpit ujian, kita masih ada makanan sebelum lapar, kita masih boleh ketawa dengan rakan-rakan, kita masih boleh menghitung bintang di langit, kita masih boleh menadah tangan pada Tuhan Yang Maha Agung.
Tersenyumlah! Kerana ujian hanya angin kasmaran yang bertiup sayu agar larian juang ini kembali memecut laju hanya kerana Allah Yang Satu.
Wahai Tuhan aku redha
Dengan ujian ini padaku
Aku cuba untuk bersabar
Sepanjang ia berlaku padaku
Dan bantulah aku untuk meyakini
Dengan kebaikan yang Engkau janjikan
Jangan sia-siakan keyakinan ini
Itulah harapanku di dalam ketakutan ini
Perkenankanlah wahai Tuhan Yang Pemurah
Lagi Maha Penyayang!
1 leaves:
salam, saudari sy mohon share ayt nie di fb sy ye? :)
"Bersyukurlah! Kita masih tersenyum walaupun dihimpit ujian, kita masih ada makanan sebelum lapar, kita masih boleh ketawa dengan rakan-rakan, kita masih boleh menghitung bintang di langit, kita masih boleh menadah tangan pada Tuhan Yang Maha Agung.
Tersenyumlah! Kerana ujian hanya angin kasmaran yang bertiup sayu agar larian juang ini kembali memecut laju hanya kerana Allah Yang Satu."
Post a Comment