Salam'alaykum sahabat-sahabat.
Alhamdulillah. Mungkin post kali ini panjang lebar dari yang lainnya. Sekadar luahan hati seorang yang bermusafir di bumi Nya yang sentiasa dalam perhatian Nya, tak sunyi dari tautan ukhuwwah dari sahabat yang cintakan perjuangan, tak lelah dari jatuh bangun kehidupan dan pastinya mengharapkan maghfirah dan keredhaan Allah semata-mata. Insya Allah.
Syukran wa jazakumullah khair katsir pada setiap insan yang pernah hadir dalam kamus kehidupan ana. Pastinya yang terpenting adalah ummi dan abi. Jasad istimewa yang bertanggungjawab membawa ana ke dunia, yang mana bersaksi untuk beribadah kepada Nya dan akhirnya hanyut di buai fatamorgana. Astahgfirullah hal azhim. Hanya ummi dan abi yang jauh mengerti setiap kelompongan perasaan ini, subhanallah. Allah Maha Mengetahui. Maha Adil.
Ana tersentak. Puas memujuk hati, terkadang biar ia berlalu pergi tapi yang pastinya sering merintih sendiri. Allah selalu bersama. La tahzan, innallah hama'as sobirin. Malam berlarut, hati sayu. Air mata padu... Menjenguk blog sahabat-sahabat, terkesan dengan entry dari seorang sahabat yang ana gelarkan 'babah' (moga redha digelar begitu) "Tabahkan Hatimu Sahabat". Air mata ditahan, masih ada adik-adik di depan mata. Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu ya Ilahi...
"Anti tak ada planning nak furthur study?"
Ana senyum. Alhamdulillah, ramai sahabat yang merisaukan keadaan ana yang 'stay at home' selepas SPM yang lalu. Banyak rahsia yang tak terungkai dengan kata-kata, banyak bicara yang tiada bahasa kerana Allah saja tempat meluah bicara. Sendu dan tangis kala sendiri, terasa hati? Bukan... Tidak... Ana yakin, kalian tak bermaksud begitu malah tidak sedikit pun mengharap ada yang cuba memahami walaupun hakikatnya ramai yang berusaha keras memahami ketidak-normalan hati ana yang tak semena-mena berubah drastik.
Sensitif agaknya...BUKAN ana tak nak furthur study. Malah, ana yakin dan ana tahu ummi dan abi meletakkan harapan yang sangat tinggi pada ana di bidang akademik. Ana yang paling
'gila' study, kerana ana yakin nak menjadi orang luar biasa kena hidup seperti orang yang luar biasa. Seawal usia kanak-kanak, kecenderungan di bidang akademik membuatkan ummi dan abi menaruh harapan
(yang ana fikir) sangat tinggi! Terkadang, mereka risau kiranya ana berbangga menyelesaikan beratus-ratus soalan matematik dalam masa sehari pada usia sekolah rendah. Walau tidak segenius Adi Putra. Namun, ku doa moga adik Adi Putra terus cemerlang iman dan akademik.
Angka-angka menjadikan ana seorang yang
'gila', semakin usia menginjak dewasa ana semakin mencintai bidang bahasa. Ana mula menyemai bakat menulis, alhamdulillah. Sekadar mengisi masa lapang selain bermain nombor. Ujian Nya silih berganti, ana bersyukur dengan segala yang di takdirkan buat ana.
Kadang Allah tak beri apa yang kita minta kerana Dia menggantikan apa yang kita perlukan. Dia mentarbiyyah dengan penuh 'halus', Allah yang beri ujian maka biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Ayat yang sering ana ulang pada diri sendiri mahupun sahabat-sahabat. Alhamdulillah.
Ana
FAHAM dan berusaha untuk memahami perasaan ummi walau hakikatnya ana memang tidak bisa memahami hati seorang ummi. Kata 'babah', kita hanya akan faham hati seorang ibu/ayah kalau kita dah pun jadi ibu/ayah. Subhanallah. Terima kasih ya Allah. Melepaskan ana berjuang mencari ilmu, satu tindakan yang ummi izinkan tapi bagi ana ummi tidak redha sepenuhnya. Wallahua'lam.
(Maafkan kakak melukai hati ummi...)Melepaskan si gadis ini berjuang mencari ilmu, natijahnya setiap malam ummi tak bisa melelapkan mata. Risau pada akhun lain, risau pada si gadis ini ternyata jauh lebih 'berbisa' pada ummi juga abi.
(Maafkan kakak...) Setiap kali berkesempatan sms dengan abi atau ummi, sedaya upaya mencanai ayat yang tetap ceria walau mata kebasahan dan kemerahan setiap kali usai solat hingga senior menegur dek kerana mudahnya mata ini mengalirkan air. Ubat yang ummi bekalkan, sedaya upaya dimakan. Hingga ramai yang tertanya-tanya, beg apa yang
'mustahak' sangat.
Perbezaan budaya, makanan, suasana dan sebagainya di letak tepi. Sedap atau tidak, selera atau tidak, makan tetap makan. Perut perlu diisi supaya ubat dimakan tepat masanya.
Ukhti Nisa sering temani ana, setiap usai solat pasti dia mengesan lama ana merajut seorang diri di sejadah. Saat sahabat lain bersalam-salaman, ana masih lagi di tikar sejadah mengesat air mata. Barangkali hati ummi terkesan walau anak jauh di rantauan.
(Maafkan kakak, ummi) Sering ukhti Nisa pujuk ana, tapi hati ana tak terpujuk. Barangkali kerana dosa pada ummi.
Astahgfirullah hal azhim.Tawaran demi tawaran IPTA/IPTS ana letak ke tepi. Ana pejamkan mata, tabirkan hati. Kesalahan lalu masih segar di kamar hati. Nada kesal, tak lagi bererti... Sekurang-kurangnya Dia tunjukkan jalan sebelum
'lebih jauh' meneroka. 5 jam ana pengsan
'di sana' hingga suasana tenang jadi ribut! Senior-senior M.A (Medical Asstn) jadi bingung, pelbagai usaha dilakukan tapi masih tidak juga ana sedarkan diri. Hinggakan ntah berapa kali pipi tak bersalah jadi mangsa tepuk
(ntah kene sepak?) tapi muka tetap pucat lesi. Kasut juga dicampak
(kasut tu pun hilang ntah tak dapat dikesan sampai sekarang)."Bernyawa lagi tak budak tu?"
Kata ukhti Nisa... Gitulah dialog pensyarah! Ada kala mata terbuka tanpa sedikit respon, sedar dalam tidak sedar. Kata pak doktor, ana mengalami
sleeping level di mana macam orang sedar tapi fasa
'tidur', tangan diangkat senior tapi terkulai begitu saja hingga 5 jam penantian tanpa respon akhirnya nadi yang semakin lemah dibawa ke 'situ'... Ummi dan abi dari Utara Semenanjung bergegas, akhi yang sepatutnya daftar sem terpaksa menangguhkan perjalanan dek kerana budak ini. Rasa bersalah...
(Moga kalian memaafkan diriku)Sukar meramal keadaan fizikal. Ada kala mata terpejam tanpa bisa menggerakkan hatta kelopak mata, tapi hakikatnya bisa mendengar segala yang diperkatakan insan disekeliling.
(Ku tahu siapa yang mengata dan siapa yang menghina, terima kasih ya Allah) Terkadang, terasa mustahil untuk menggerakkan jari jemari. Alhamdulillah. Allah mentarbiyyah hamba dengan cara Nya yang 'halus'.
Yang paling sedih, dalam fasa
'berjuang' selepas sedar dari pengsan yang panjang... Tersedar, terlalu dhaif kudrat badan. Hanya dipapah pensyarah dan ukhti Nisa
(Jazakillah!) Dan ana faham benar, selepas lama tak sedar pasti badan akan lembik yang nyata. Hanya tidur selama beberapa minggu malah berbulan. Subhanallah! Bila
'betul-betul sedar', menghitung dan mengingatkan apa yang terjadi... Dan pagi itu, solat secara maraton.
Qadho Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh yang
'berlalu' kerana langsung tak mampu bangun dan tiada yang membantu mewudukkan ana. Itu lah asbab utama
'meninggalkan' tempat menadah ilmu. Hanya merangkak dan ber
JIHAD.
ya Allah.. bantulah hamba Mu, aku belum solat dari semalam. Aku takut berdepan dengan Mu dalam keadaan begini. Bantulah aku ya Allah, terlalu 'jauh' untuk berwuduk. Tiada siapa yang mahu membantu... Hanya Engkau sandaran harapan ku ya Allah.
Tangan masih mengalir darah. Subhanallah! Subhanallah! Plaster juga penuh dengan darah... Ditarik perlahan-lahan, ya Rabb... Terlalu sedikit sakit yang ku hadap berbanding lautan rahmat dan nikmat Mu. Izinkan ya Allah, aku mahu solat.
Perlahan-lahan ana buka plaster, ana memang alah hatta darah sendiri. Berpinar mata!
(Failed la nak jadi doctor or nurse) Cuci darah yang sudah kering di sekitar tangan dan salin baju yang terkena darah. Cucuk sedikit, tapi merata darah melekat di baju. Ambil wuduk dan solat... Ana masih menanti akhi dan pastinya masih jauh perjalanan mereka. Ana tidak makan dari semalam. Itu hanya fizikal, tapi meruntun jiwa kerana melepaskan solat.
Ana diberi cuti selama seminggu untuk rehat. Tapi ana sendiri tahu, 1 minggu tidak cukup
(dari pengalaman lalu). Akhirnya berita kematian datuk yang sampai sewaktu tempoh bercuti di rumah. Sepanjang perjalanan, ana hanya tidur. Dan sememangnya ana lebih banyak tidur, tak perlu makan atau minum. Badan hanya mahu tidur. Untuk menyedapkan pandangan, ana gigihkan badan mengatur langkah ziarah rumah datuk walaupun jenazah selamat dikebumi. Dan masih lagi tidak stabil... Akhirnya, ana yang menjadi
'fokus' pada tetamu lain yang berziarah.
Dalam duduk dan bersandar di tiang...
1... 2... 3...
Booommmmm!Pengsan sekali lagi dan
'enak'nya bila kepala terhempas di lantai. Terkulai... hampir 4 bulan menahan sakit kepala, tapi ana seronok menjadi
'pelakon' depan ummi dan abi.
Beberapa bulan kemudian,
1... 2... 3...
Booommmmm!Sekali lagi kepala terhempas sewaktu sedang duduk di atas kerusi. Benar! Diri ini belum benar-benar
'ready' untuk berjuang
'sendiri'. Ana
'melupakan' sebentar hajat untuk berbakti mencari ilmu, ada
'misi' yang UTAMA >>
ummi dan abi!Dan 2 insan ini lah sebenar-benarnya
MUALLIMI dan juga
SODIKI HAKIKI yang terlalu setia membawa diri dan hati ini kepada Nya saat jiwa tandus di lambung ombak dunia.
Ilahi, ku infaq sebahagian perasaan ini buat ummi dan abi. Moga keputusan ini datangnya dari Engkau, Pemilik diri dan setiap isi dunia ini. Moga sahabat-sahabat lain bisa memahami gelora hati ini, mungkin ini yang terbaik di pandangan Mu sedang ana hanya manusia biasa yang sangat lemah dan jahil. Insya Allah. Ana telah pun redha dengan keputusan ini... Wallahua'lam.
~ UMMI wa ABI ~
Masa... Nostalgia dan makna cinta
Detik... Singgah dan lalu begitu saja
Rindu... pada Kekasih tercinta
Terima kasih ummi dan abi kerana mengabulkan permintaan anakanda agar dapat menjejak ke bumi Mekah dan Madinah sebelum kembali pada Pencipta Yang Esa. Moga dengan
'pengorbanan' ini, Allah akan memurahkan rezeki kalian. Moga dengan
'jihad' ini, Allah memuliakan kalian disisi hamba-hamba Nya. Moga dengan
'kemurahan' ini, Allah akan melapangkan kembara kalian menuju cinta Nya. Ameen (",)
Ummi wa abi,Hatta nyawa ini diganti seribu kali, sungguh tak bermakna setiap saat tanpa kalian disisi. Diriku berNAFAS disini dengan izin Nya, dari doa ummi juga abi. Terima kasih kerana tidak pernah berputus asa dalam
'membekalkan' sabar buat jiwa tandus ini. Alhamdulillah.
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa... Begitulah pesan akhi yang entah kesekian kalinya.
TeRiMa KaSiH pada SaHaBaT:ukhti
AISYAH dan
HAFIZAH yang selalu merelakan kepala ini landing atas kalian, setia mendoakan ana yang selalu melukakan hati kalian.
ukhti
SYIFA' dan
AMIERA yang sangat setiaaaaaaa memberi kata-kata yang sangat bermakna. Tak terjangka indahnya ukhuwwah yang terbina.
ukhti
ATIQAH kerana menautkan hati ini pada jalan cinta yang sukar kerana mendambakan yang jauh lebih indah dan manis disisi Nya. InsyaAllah.
ukhti
SALWA dan
USTAZ KHAIRUL yang sangat-sangat istiqamah membantu ana untuk merasakan mudahnya perjuangan ini... (kak & ustaz, adik windu uwais+durrah+mus'ab bangat nih... gimana ya..?)
ustaz
FAIEZ dan
SAIFUL yang selalu mendera minda ini memikirkan ayat-ayat kalian... terima kasih...
ukhti
NAEMAH dan
USTAZ MARWAN setianya kalian 'menggodam' minda ini supaya segera bergerak dalam keadaan kritikal. Moga jodoh berpanjangan.
ukhti
FARRA dan
YANNA, ana sayanggggg kalian!
ukhti
NAJWA dan
FAUZANI, kalian berharga di lubuk hati ini ^_~
ukhti
NOR dan
CIKGU SHIDEE, the gift from Allah and I always wish and pray to be your 'junior', hehehehe...
pakar psikologi dan ustazah :p
akhi
MUN'IM dan akhi
G-JUL, setianya kalian memberi ruang untuk minda ini bernafas. Syukran!
ukhti
NISA' dan akhi
HANAFI, kalian selalu mendorong untukku memaksa kudrat otak berfikir seperti orang dewasa.. Jazakumullah!
dik
AZMAH, kau terlalu prihatin atas diri ini. Jazakillah!
ukhti
BALQIS dan ustaz
RIDWAN, ma'alish selalu fight dalam blog Mr and Mrs Wan tentang 'married life-story' antum... Hehe :p (saja cari pasal)
TeRiMa KaSiH pada
SEMUA yang pernah singgah dalam hidup ini sama ada secara kebetulan mahupun tidak... Kalian telah mendidik ku menjadi lebih matang
(insya Allah) dalam hidup yang 'singkat' ini agar 'panjang'. Ameen... (",)
al-wardah as-syaukiyyah
20 Desember
1.16 am
Malaysia
Read more...