Menyubur Rasa C.I.N.T.A
Bismillahirrahmanirrahim.
Di saat melihat, mendengar dan membaca kisah muda-mudi mengenai cinta, saya membiarkan sahaja. Bila yang muda-muda seronok dan tak sabar nak menikah, asyik bercerita jejaka idaman, imam impian dan angan-angan mahligai rumah tangga. Saya lalu jadi resah, kalau dirasakan perkahwinan untuk suka-suka sebab orang lain nampak macam best je berkahwin, eloklah berhenti sekejap dan berfikir dalam-dalam.
Saya terkejut apabila adik perempuan yang berusia 16 tahun bercerita kawannya disekolah asyik berangan dan bertanya; "Bilalah aku nak kahwin ye?" Sampaikan adik perempuan saya ni cakap nak bawa rakannya tadi kepada saya; "Malas dah cakap, penat. Macam nak bawa dia jumpa, suruh sekolahkan je. Biar dia dengar tazkirah."
Subhanallah!
Kadang-kadang, pelbagai ayat bunga yang dinukilkan di dalam facebook mengenai bakal imam atau pemimpin yang dibayangkan sehingga terkadang saya melihat fenomena ini sebagai satu jenaka untuk saya gelak santai di waktu senggang. Astaghfirullah hal azhim.
Suami yang soleh dan ideal tu bukanlah seorang lelaki yang pakai jubah dan serban, janggut panjang meleret :) Suami soleh dan ideal adalah suami yang pandai melihat suasana rumahtangga dan menjaga 'suhu' di dalam perkahwinan. Ramai lelaki yang zahirnya kelihatan begitu soleh dan dirasakan sungguh ideal untuk dijadikan sebagai suami, hakikatnya tidak semua begitu. Soleh itu neracanya iman dan taqwa, ideal itu parameternya kematangan menilai sisi kehidupan.
Kalau anak menangis di waktu malam dan isteri sedang tidur kepenatan, suami yang soleh tersebut akan bangun dan mendukung anaknya. Kalau anaknya meminum susu formula, maka akan dibancuh susu buat anaknya dan kemudian memberi anaknya minum susu tanpa dia mengejutkan isteri. Kerana, dia bukan sahaja suami tetapi seorang bapa yang selalu berusaha untuk berbuat baik kepada keluarga.
Nah! Kalau ada sesiapa yang bersungguh-sungguh nak menikah... Janjilah untuk buat sepertimana yang adik ini buat. Dia berusia 21 tahun, mempunyai seorang anak lelaki berusia 1 tahun setengah yang sudah menghafal juzu' amma selain dia seorang pelajar perubatan tahun 4!
Allah. Dia menikah di usia muda tetapi bukan dengan angan-angan, impian menggunung, hajat meleret mahupun melihat perkahwinan sesuatu yang 'aku pun nak kahwin sebab tengok orang kahwin!' sebaliknya dia serius dalam rumahtangga dan menjadikan rumahtangga sebagai wasilah untuk menabur bakti, menuai cinta, memperkemas kasih, mengutuhkan iman dan taqwa kepada Allah.
Saya sendiri, saaaangat malu dengan dia.
Tapi, nak buat macammana dah tak boleh reverse lagi. Sudah menapak di alam rumahtangga, tinggal berjuang sajalah jawabnya!
Kalau seronok fikir nak kahwin muda, sila seronok berfikir metodologi untuk mentarbiyah anak pula :)
------------------------
Saya berkenalan dengan Kak Naseem, kisahnya ada saya catat DI SINI. Alhamdulillah, saya sangat terkesan dengan beberapa perkongsian ilmu dari beliau. Meskipun baru berkenalan tetapi rasa sangat selesa dan senang berbual dengannya. Saya tertarik dengan kisahnya yang saya baca di dalam facebook lalu saya terus berkenalan. Sungguh, dia menerima pelawaan perkenalan dari saya dan tidak menunggu lama untuk berkongsi ilmu mengenai tarbiyatul aulad (pendidikan anak) kepada saya.
Masha Allah.
Saya rasakan facebook lebih bermanfaat apabila berkenalan dengan mereka yang menjadikan ilmu, iman dan taqwa sebagai pemangkin dalam sesebuah perhubungan. Daripada berjenaka karut-marut, bercerita yang tidak-tidak, lebih baik saya manfaatkan peluang untuk menadah ilmu dari mereka yang berpengalaman.
Saya tonton Qari Junior di TV3 (meskipun rata-rata memboikot saluran ini), kerana saya melihat bukan semua kena boikot. Remote control di tangan saya, maka saya sendiri perlu bijak mengendali remote tersebut bukannya saya di kawal oleh televisyen. Apa yang saya lihat, hampir kesemua peserta Qari Junior tersebut ditarbiyyah dalam lingkungan keluarga yang mesra al-Quran. Waktu tidurnya diperdengarkan al-Quran, waktu senggangnya membaca al-Quran, dan al-Quran bukan hanya dibaca tetapi dihafaz meskipun mereka bukan di sekolah tahfiz.
Allahuakbar. Dan yang paling saya terkesan ialah, rata-rata mereka mendapat sokongan dari ibubapa. Pendidikan awal di rumah untuk menanam rasa minat dan cinta kepada al-Quran. Bukan sahaja untuk membaca tetapi menghafal dan mudah-mudahan menghayati dan mengamalkan al-Quran.
-------------------
Para ibu bapa harus ikhlas mendidik anak anak jadi pencen kubur kita yang akan mendoakan kita bila kita di alam barzakh. Jangan sekali niat mendidik anak untuk membuat kita bangga. Bayangkan anak-anak kita bersama kita menuju syurga di padang mahsyar. Kalau ini tujuan kita lihat betapa ia akan mengubah cara kita fikir, rasa dan bertindak. Jangan sekali mencari penghargaan manusia dalam mendidik anak. Hanya redha Allah. Ini akan mengubah bahasa di rumah kita. Perkataaan "apa orang kata" akan hilang dan timbul "apa Allah lihat dan apa Nabi Muhammad saw akan buat" dalam situasi ini.
~ Prof Dr Muhaya
Allahuakbar.
-------------------
(Mesej dari saya buat Kak Naseem)
Assalamualaikum buat Kak Naseem.
MashaAllah meskipun baru je kenal dan mendengar pengalaman Kak Naseem, rasa macam dah lama kenal. Masha Allah, terima kasih banyak-banyak Kak Naseem atas semua ilmu. Moga Kak Naseem terus sudi berkongsi dengan Insyirah.
Alhamdulillah, suami memang suruh Insyirah duduk rumah sahaja. Tak bagi kerja sebab nak suruh fokus kepada tarbiyah anak. Cuma, insyirah nak tanyakan... bila Insyirah recite Quran kan, nak cuba ajak anak dengar sekali tetapi selalunya dia akan kacau Quran. Tutup Quran, selak-selak halaman yang lain. Anak insyirah alhamdulillah aktif, masha Allah... tapi kadang-kadang dia macam nakkan perhatian Insyirah dan suami kalau kami recite Quran. Sampaikan suami kalau nak menghafaz Quran, gunakan hp sebagai bantuan. Kalau pegang Quran, anak akan ambil. Kalau sekadar pegang dan selak tak apa, tapi bimbang dia akan campak Quran, nauzubillah.
Insyirah sangat bimbang... nak dekatkan sangat anak dan biasakan dia dengan Quran tapi bila kami recite Quran together, dia akan kacau. Kalau letak atas riba pun sekejap je, kemudian dia nak duduk bawah. Main-main dengan Quran. Jadinya, yang kami mampu... Insyirah recite Quran dan suami hanya mendengar bacaan Insyirah, secara tak langsung suami akan mengulang hafazannya sambil mencelah-celah mengajar tafsir Quran pada Insyirah sambil suami melayani anak.
Insyirah perasan, sejak akhir-akhir ni kalau kami sibuk buat sesuatu, dia akan tarik perhatian. pura-pura menangis, kalau tak layan, dia gosok-gosok mata kononnya menangis. Allahu Rabbi, macammana nak buat ye kak?
Antara yang Insyirah pesan dengan suami, kami tak nak bercakap dengan bahasa yang PELAT sebab kami tak nak nanti menyusahkan anak kami belajar membaca (mengeja) dan membaca al-Quran, kami tak mahu 'menyokong' anak-anak bercakap pelat sebab nanti menyusahkan anak nak belajar mengeja dan membaca al-Quran, susah nak sebut makhraj dengan betul.
Tapi, bila di luar lingkungan dan kawalan kami (berada bersama orang lain) seolah-olah semuanya 'memberi sokongan' anak bercakap pelat.
Di rumah, kami tidak bercakap pelat dengan anak. Kadang-kadang rasa cemburu juga melihat orang boleh tarbiyyah anak ikut acuan sendiri berlandaskan syariat tanpa campur tangan pihak lain, kan? Tapi inilah cabaran.
Bila fikir semula, nanti anak dah besar pun akan lalui cabaran-cabaran lain, jadi masa dia kecil bila dia tengok yang tak bagus, kita explain kepada dia supaya dia tahu kenapa itu tak bagus ini tak elok, tidaklah dia terkena kejutan budaya bila besar tengok macam-macam perkara.
Suami agak strict, tak bagi anak tengok TV melainkan kartun. Hehehe. Suami kata kartun tak ada maksiat. Sekarang pun banyak pilihan kartun yang islamik, alhamdulillah.
Jazakillah atas perkongsian Kak Naseem.
-------------------
(Replied from Adik Angkat Kak Naseem, anaknya Aqeef berusia 1 tahun setengah dan sudah menghafal juzu' amma. Masha Allah. Jom kita baca bagaimana dia mentarbiyyah anaknya di bumi London, dia juga seorang pelajar perubatan tahun 4 yang hafizah al-Quran.)
Assalamualaikum saudari Insyirah.
Semalam saya ada berborak dengan Kak Naseem. Kak Naseem sibuk sikit minggu ni, dia ada persidangan neuro di Austria, ditambah anak sulungnya sudah dihantar ke Yaman, mengaji di sana, dan anak-anak perempuannya sudah diambil datuk nenek mereka pulang ke Kelantan.
Kak Naseem kata dia serabut sikit minggu sampai raya sebab anak-anak jauh daripadanya.
Kami ada berbual tentang anak Insyirah, Amir. Kata Kak Naseem Amir sangat minat dgn alquran yg dibaca umminya ye. Kak Naseem minta saya kongsi macam mana nak restrain anak yang sangat minat dengan al quran yang dibaca oleh orang tuanya.
Basically, anak saya aqeef dulupun macam itu. Sangatlah minat dgn al quran yang saya pegang, jadi apa yang saya buat adalah
1. Beri dia buku berciri al quran yang berwarna, contohnya saya beri dia buku ni :
Ada buku quran stories for kids, my arabic alphabet book. Buku-buku ni saya beli di London, tapi kalau di Malaysia boleh beli daripada kakchik niza. Kakak saya beli daripada kakchik.
2. Dah bagi buku anak duk makan?
Ok anak yang dalam lingkungan usia 6 bulan-setahun setengah memang akan makan buku atau apa-apa yang dia jumpa. Untuk elak anak makan buku, caranya secara psikologi, perhati apa yg anak tu suka main/toys yang dia paling suka.
Pilih 1 masa yang sesuai, bagi buku tu pada tangannya. Kemudian bagi toys. Tunggu sampai dia nak makan buku tu, dan ambik toys tu daripada tangan dia. Cakap pada dia "kalau adik/amir/abang nak toys ni, tak boleh bite buku".
Anak saya setelah 3-4 kali cuba cara ni sampai sekrang tak gigit buku dah.
3. Anak suka melompat atas riba time ibu recite quran untuk ambil selak quran?
Anak saya dulu pun macam ini bila dia dah mobile. Apa yang saya lakukan adalah saya belikan playpan masa dia dalam umur 9 bulan kot. Bila nak baca quran, kami masukkan dia dalam tu. Playpan tu tak jauh daripada kami pun, sebelah je. Time solat kami tak masukkan sebab nak dia solat sekali. Time baca quran kami masukkan sebab dia suka nak quran tu. Dia tak akan rasa terasing sebab dia akan berdiri betul-betul sebelah kita sambil berpaut dekat dinding playpen tu. Dalam playpen tu letak bukunya. Bukakan buku tu dan tunjuk, beritahu dia isinya sama.
4. Mengajar anak mengenal huruf al quran.
Saya ajar anak saya mengenal huruf al quran betul-betul masa dia umur 10 bulan macam tu. Sebab dia dah start jadi verbally masa tu, dah boleh sebut mum, milk. Jadi saya ajar secara berperingkat satu hari satu huruf. Alhamdulillah dalam 2 bulan dia kenal semua huruf al quran. Selain tunjuk di buku, saya juga belikan whiteboard dan marker untuk bantu tangannya menulis dan melukis, kadang-kadang kami lukis benda karut-karut je pun supaya dia tak bosan belajar.
5. Cakap pelat.
Saya tak cakap pelat dengan anak saya tapi ada beberapa perkataan yang kami suami isteri pilih untuk pelikkan sedikit bunyinya supaya anak lebih fun. Contohnya kalau tengah main-main, gurau dengan anak, saya panggil dia temanja mommy, untuk perkataan manja. Tebucuk mommy, temomei. Tapi cuma perkataan ni sahaja. Perkataan lain tak boleh biasakan.
6. Komunikasi.
Terangkan setiap apa yang berlaku, walaupun orang kata budak kecik bukan faham pun. Kita tak tahu dia faham atau tak tapi komunikasi itu penting. Kadang-kadang saya jalan-jalan dengan anak saya, ada leaf gugur, saya akan kutip leaf tu, terangkan dekat dia ini leaf apa, kenapa leaf tu tak lekat dekat pokok. Memang ada orang gelakkan termasuk adik beradik saya sendiri, tapi dia anak kita. Tak ada orang lebih tahu perihal anaknya sendiri daripada seorang ibu dan Allah.
Lupa saya nak beritahu formula saya create dengan suami saya. 1 malam 1 kisah dari Al Quran.
Setiap malam, saya atau suami akan take turn bacakan kisah dari Al Quran atau kisah-kisah pahlawan Islam macam sultan muhammed al fateh, kisah-kisah ulama pada anak saya. Kami mula dulu masa dia umur sekitar 3 bulan, tak pernah miss setiap malam.
Ini untuk memupuk rasa cinta dia pada pejuang-pejuang islam, pada nabi-nabi, pada sejarah islam. Sekarang alhamdulillah, bila dia buat perangai contohnya baling barang atau nak sesuatu yang dia tak boleh main, saya boleh 'threat' dia by saying "Aqeef nak dengar halimah as saadiah gives milk to prophet tak?" dia akan terus berhenti buat perangai dan ambil buku dia.
Selain tu kadang-kadang bila kami bercerita, saya sediakan barang-barang sokongan, contohnya cerita tentang salahudin al ayubi, saya sediakan toys kuda kecik untuk translate cerita tu pada motion, gerak-gerakkan kuda tu, cerita tentang halimah as saadiah saya tunjukkan dia milk dia, banyak kita boleh buat kalau cerita tu bukan dibaca dari dalam buku yang bergambar. Tapi buku yang bergambar sebaiknya sebab kita boleh tunjuk pada dia gambar-gambar.
---------------------
(Replied from Kak Naseem)
Assalamualaikum Insyirah.
Maafkan kak Naseem lambat balas, kak naseem sibuk sedikit ada conference di Austria. Ditambah dengan urusan anak-anak. Anak sulung kak, Adam ke Yaman, mengaji Al Quran di sana. Beria-ia benar dia nak ke sana. Fatma dan Zainab pula sudah pulang ke Kelantan dengan ibu bapa kak. Kak pula sibuk kerja, jarang dapat buka laptop.
Kak ada cerita dengan Farah tentang Amir Solihin melalui telefon. Minta pendapat dia. Maklumlah anak bongsu kak sudah nak masuk 4 tahun, dah lama tinggalkan arena pendidikan anak kecil post baby ni. Farah kata memang lazim anak sebesar Amir Solihin tu sangat minat dengan apa yang dipegang ibu bapanya.
Insyirah, kak Naseem rasa Insyirah kena tackle minat Amir Solihin. Perlahan-lahan cakap padanya yang Al Quran tu kitab suci, kita tak boleh main sebarang. Baru ni kak Naseem jumpa doktor paediatrics yang berconference sama dengan kak Naseem di Austria, dia kata budak seawal dalam perut sebenarnya dah faham apa yang kita katakan terutamanya ibunya sendiri. Insyirah kena cuba-cuba cakap pada Amir Solihin. Farah pula, dia gunakan cara tukar Al Quran dengan buku lain untuk diberi pada anaknya. Buku yang bermanfaat, semoga dengan belek-belek tengok buku anak pun boleh belajar.
Tentang bercakap pelat Insyirah, Kak Naseem rasa Insyirah kena beritahu pada orang lain jangan bercakap pelat dengan anak. Macam Kak Naseem, kak Naseem beritahu pada adik-adik kak Naseem jangan mencarut depan anak-anak Kak Naseem. Sebab anak-anak Kak Naseem tak berapa fasih cakap Melayu, mereka cakap Germany, bila balik kampung di kelantan tu, kalau ada yang bercakap tak elok di hadapannya, mudah sahaja mereka mengikut. Tapi kak Naseem pun memang jaga percakapan depan anak-anak. Tak mahu mereka cakap benda bukan-bukan.
Tapi kebanyakan masa Insyirah bersama Amir Solihinkan, jadi Insyirah boleh kawal perkataan-perkataan yang Amir Solihin belajar. Alangkah untung jadi suri rumah macam Insyirah. Kalau Kak Naseem boleh, Kak Naseem pun nak jadi suri rumah sepenuh masa duduk rumah untuk didik anak-anak. Kerja doktor ni penat :)
Insyirah, pesan kak Naseem, Insyirah gunakanlah masa sebaiknya untuk mendidik Amir Solihin. Selalulah bercakap dengan Amir Solihin, terangkan perkara-perkara yang terjadi walaupun Insyirah ragu-ragu samada dia faham atau tidak. Insya Allah dia faham. Farah pun buat macam itu. Dia terangkan pada anaknya apa yang berlaku. Dan Kak Naseem nampak anaknya faham. Anaknya dan anak Insyirah tak jauh beza usiakan. Insya Allah Amir Solihin mudah memahami setiap apa yang diajarkan kepadanya.
-----------------
Alhamdulillah :)
Saya tak tahu nak cakap apa. Allah bagi 2 orang doktor muslimah yang insha Allah solehah untuk belajar dari mereka, rugi kalau sia-siakan. Allah bagi anak comel macam Amir Solihin, menyesal kalau tak didik sebaiknya.
Duhai anakku sayang, dengarlah ayat-ayat cinta dari Rabb mu. Ingin sekali mewarnai dunia kecilmu dengan kalam-kalam cinta Tuhan agar engkau tumbuh membesar sebagai pencinta Ilahi.
Dah beberapa hari saya train Amir Solihin (belum menggunakan kaedah di atas) sebaliknya saya cuba kaedah sendiri (yang saya buat sebelum dapat mesej-mesej dari doktor muslimah solehah ini).
Setiap kali nak tidurkan Amir Solihin, saya akan recite Quran kepadanya. Kalau suami ada, beliau akan mendengar dan menegur serta memperbaiki bacaan saya. Alhamdulillah apa yang saya lihat, Amir Solihin sudah 'mengalah' dengan ayat-ayat al-Quran.
----------------
Nuzul Quran, semua sibuk nak khatam Quran tetapi Dr Danial kata jadilah al-faham! Faham apa yang dibaca, tadabbur maknanya dan hayati maksudnya. Bila tahu, faham dan amalkan insha Allah al-Quran akan mencorak peribadi dan akhlaq kita.
Bila Saidatina Aisyah di tanya bagaimanakah akhlaq Rasulullah? Aisyah r.a. menjawab, akhlaq Rasulullah adalah al-Quran :)
Suami cakap, pahala baca Quran lain. Pahala faham Quran, lain. Untung orang yang baca + faham. Tetapi kalau kita baca Quran, tambah satu step iaitu faham, kan seronok :)
Hai I.L.M.U, saya nak jadi bestfriend awak!
-----------------
Nota 1 : Kita boleh cuba metadologi yang disarankan, tetapi kita tak boleh mengharap anak kita macam anak orang. Setiap anak hatta yang lahir dari perut yang sama, bapa yang sama pun tetap tidak sama dalam pencapaian dan tumbesaran apatah lagi anak orang lain yang keluar dari perut berbeza dan ayah yang lain.
Jangan banding-bandingkan anak kita dengan anak orang. Hargai anak dan didiklah anak untuk redha Allah bukannya apa yang manusia akan kata tetapi apa yang Allah akan nilai.
Nota 2 : Tak salah kahwin awal, yang salahnya sibuk nak kahwin tapi tidak ada persiapan. Hanya fokus kepada baju kahwin, hantaran, tempat bersanding, cadar pengantin, make-up artist (mak andam), jurugambar, itu ini begitu begini... Tak ada pula yang sibuk membuat persiapan ilmu dalam rumahtangga. Ingat kahwin macam try and error agaknya.
Nota 3 : Bila hati cinta kepada al-Quran, kita kenal siapa Pencipta kita, kita kenal siapa pembawa risalah rahmatan lil 'alamin, kita tahu tujuan hidup kita. Bila kita menganggap dunia adalah persiapan untuk bersenang lenang di akhirat, maka kita akan bersungguh-sungguh tegakkan syariat Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah (bukan sahaja dari segi pakaian tetapi cara hidup dan tatacara kehidupan Rasulullah).
Wallahua'lam.
8 leaves:
Salam syira...wah...senang firah dah ade pnduan.....syukran atas perkongsian ilmu :)
masyaALLAH. moga ALLAh permudahkan urusan utk mendidik anak-anak kita semua.
terima kasih dik, atas perkongsian. Insya'ALLAH, akan cuba sebaik mungkin.
terima kasih. =)
masyaALLAH.terima kasih ats perkongsian bermakna. moga ALLAH permudahkan urusan kita semua dalam mendidik anak-anak.
terima kasih dik
Assalamu'alaikum kak..
Subhanallah.. terketuk-ketuk hati dan fikiran pagi ni.. T__T
mana taknya, mmg perasaan semenjak dua menjak sibuk ke arah tu (kahwin).. sedangkan, tahu perjalanan masih jauh..
tunang pun masih belajar.. patutlah tertarik sangat nak klik kat link akak hari ni.. tak banyak, sedikit terubat rasa yg membuak-buak ni... hamdan lillah.. hamdan lillah... :')
Alhamdulillah dpt perkongsian ilmu y amat bermanfaat utk masa depan ank2...time kasih :D, harap dpt berkongsi lg ilmu dlm mentarbiyahkan ank2 pd masa skrg y byk cubaan...semoga Allah memberkatimu
Alhamdulillah dpt perkongsian ilmu y amat bermanfaat utk masa depan ank2...time kasih :D, harap dpt berkongsi lg ilmu dlm mentarbiyahkan ank2 pd masa skrg y byk dugaan...semoga Allah memberkatimu...
alhamdulillah.
terima kasih akak sudi berkongsi ilmu..
terasa sangat kerdil apabila dibandingkan dengan Dr. Naseem,kak Farah dan Kak Insyirah.
subhanallah :))
akak,kalau tak menyusahkan..boleh tak letak button share,saya nak share kat facebook.:)
Allahu akbar akak,
saya suka baca post2 akak
post ni buat saya menangis dua tiga kali memikirkan yang masih banyak yg saya tak tau
hebatnya mereka yg masih belajar dan mentarbiyah anak2
hebatnya akak yg mnjadi suri rumah,
punya bnyk ilmu utk dicurahkan pd Amir
saya belum kahwin,masih belajar, tapi rasa macam, ya Allah, sikitnya yg aku tau, apa modal aku nak didik anak2 nanti.
semoga Amir Solihin akan menjadi pemimpin orang2 yg soleh..
=)
Post a Comment